Sumber dan Matlamat Tamadun Islam


SUMBER TAMADUN ISLAM
Sesebuah tamadun yang berjaya perlu mempunyai sumber dan matamata untuk menjadikan tamadun yang dibina lebih berjaya dan cemerlang. Begitu juga denan tamadun Islam yang mempunyai sumber dan yang dijdkan sebagai rujukan ketika proses ketamadunan ini berlaku. 
 Sumber dalam tamadun Islam terbahagi kepada dua iaitu wahyu dan Al-Ijtihad. Antara contoh wahyu adalah Al-Quran. Al-Quran adalah kitab untuk umat Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’alauntuk seluruh umat manusia. Al-Quran ini diturunkan kpada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam melalui malaikat Jibrail a. s. Al-Quran diturunkan selama 23 tahun iaitu 1 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Al-Quran sangat penting dalam membentuk perjalanan umat Islam. Al-Quran mempunyai lebih daripada 6200 ayat dan mempunyai 114 surah. Ayat pertama yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’alaialah Al-Alaq yang membawa maksud bacalah. 

Al-Quran juga adalah mukjizat terbesar untuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai Nabi yang terakhir. Al-Quran mempunyai banyak nilai, dasar, prinsip serta hukum serta memandu manusia untuk membentuk sesebuah tamadun yang lengkap dan universal. Al-Quran berupaya untuk menjadi panduan untuk umat Islam dalam pelbagai idang kehidupan sama ada dalam bidang poitik, sosial, akidah, ibadah dan ekonomi. Al-Quran adalah sangat lengkap dan seimbang. 

Dalam Al-Quran juga terdapat sirah nabi yang dahulu. Sirah sirah ini dapat mengajar dan memberi pengajaran kepada manusia supaya mengambil pengajaran tentang apa yang telah belrlaku pada zaman dahulu. Manusia juga dapat mencontohi keperibadian pemimpin pemimpin yang terhebat yang terkandung didalam Al-Quran. 

Membaca Al-Quran dikira sebagai ibadah. Kerana setiap ayat itu adalah kata-kata Alah subhanahu wa ta’ala. Dalam aspek akidah, Al- Quran menganjurkan konsep tauhid sebagai teras dal pembinaan tamaun Islam. Firman Allah SUBHANAHU WA TA’ALA. “Dan tuhan kami ialah Tuhan Yang Maha Esa (tiada Tuhan yang berhak disembah sebenar-benarnya) selain dari Allah, Yang amat pemurah, lagi amat mengasihani. ” Al-Quran adalah kalam Allah yang paling agung. Diantara ciri-ciri Al-Quran adalah bahawa ia diturunkan dari Allah SUBHANAHU WA TA’ALA. dengan pengertian dan kata-kata ArabNya seperti yang disebut oleh Al-Quran sendiri. “Kami turunkan wahyu berupa Al-Quran yang berupa Al-Quran yang berbahasa Arab” (Surah Yusuf:2) 

Ciri khas ini adalah sangat berbeza dengan wahyu yang telah diberikan kepada nabi nabi yang lain sebelum Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ciri khas lain adalah, Al-Quran diturunkan secara berpingkat-peringkat dalam tempoh masa yang lama tanpa mengalami perubahan atau pemalsuan dalam kandungannya. “Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kami pula yang menjaganya” (Surah Al-Hijr:9) 

Dalam Al-Quran juga telah menggesa umat Islam supaya berusaha gigih mncari rezeki kurniaan Allah SUBHANAHU WA TA’ALA. Sebagaimana firmannya bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carlah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah SUBHANAHU WA TA’ALA, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak(dalam segala keadaan) supaya berjaya (di dunia dan di akhirat)” (Al-Jumaah, 62:10) 

Justeru itu, Al-Quran dalah sumber yang paling penting untuk umat Islam dalam membina sesebuah tamadun yang berjaya didunia dan diakhirat. Seterusnya, Hadis. Hadis atau As-Sunnah dari segi Bahasa iala membua jalan sama ada yang baik atau yang buruk. Dari segi istilah, As-Sunnah ialah Semua perkara yang keluar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuannya. 

Pengakuan pula ialah apabila sahabat bertanya kepada Rasulullah maka baginda berdiam diri atau memujinya. As-Sunnah juga adalah jalan kehidupan dan tradisi atau perkara yang dipraktikan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dijadikan sebagai “role model” yang patut dicontohi umat Islam yang lain. Al-Sunnah termaksud perkataan (Sunnah Qawliyyah), perbuatan (Sunnah al-Fililyyah) dan Pengakuan (Sunnah Taqriyah). Nabi Muhammad adalah manusia yang paling patut dicontohi dalam dunia ini. 

As-Sunnah adalah sumber yang kedua yang menjadi pegangan untuk Umat Islam dalam setiap sudut poitik, ekonomi dan sebagainya. Ia juga merupakan sumber yang paling penting untuk umat Islam dalam membina sesebuah tamadun Islam. As-Sunnah juga adalah bersifat bukti sokongan dan meyediakan penjelasan yang lebih terperinci kepada kebanyakan isi Al-Quran yang bersifat ijmal iaitu umum. Sebagai contohnya Allah Subhanahu Wa Ta’alamemerintahkan umat Islam melaksanakan ibadah solat melalui firmanNya yang bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkan zakat dan rukuklah bersama-sama dengan orang-orang yang rukuk” (Al-Baqarah, 2:43) 

Cara-cara melakukan ibadah solat pula diterangkan oleh Rasulullah kepada sahabat dan umat Islam dengan terpeinci dan perkara ini jelas melaui sabda yang bermaksud: “Dirikanlah solat kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Perkara yang lain seperti ibadah-ibadah zakat, haji, zakat dan puasa juga turut diterangkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada para sahabat dalam melaksanakan ibadah-ibadah tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan agar umat Islam dapat memahami perkara-perkara yang dijelaskan dalam Al-Quran. As-Sunnah bukan sahaja menjadi panduan dalam teori kehidupan manusia, malahan sirah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga turut menjadi contoh yang terbaik dalam pembinaan tamadun. Baginda telah berjaya menunjukan secara praktikal bagaimana sebuah tamadun Islam yang lengkap dan unggul telah dibina. 

Bangsa Arab dan bangsa lain juga bersatu dalam suasana jahiliyyah telah muncul sebagai satu umat yang bertawa, bersatu padu, maju dan bertamadun. Oleh itu, As-Sunnah adalah panduan yang tepat dalam membina sesebuah tamdun agar lebih berjaya dan cemerlang.  
Al-Ijtihad
Al-Ijtihad ialah daya pemikiran yang bersungguh-sungguh oleh para ulamak (digelar mujthid) untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak bagi sesuatu masalah yang tidak terdapat hukumnya secara qat’ie atau secara putus dari Al-Quran dan As-Sunnah. Proses ijtihad hanya akan berlaku apabila berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Contohnya sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum ataupun berpunca daripada krediabiliti dalil yang digunakan. Tetapi ia juga perlu berpandukan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. 

Tujuan Ijtihad adalah untuk memenuhi keperluan umat manusia dalam beribadah kepada Allah subhanahu wa ta’ala di lokasi dan waktu yang tertentu. Manakala fungsi jtihad adalah untuk mendapatkan penyelesaian terhadap sesuatu hukum. Dan jika terdapat suatu masalah yang harus diterapkan hukumnya tetapi tidak dijumpai di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Ijtihad sangat penting dalam Islam. Namun hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang dapat melakukan ijtihad dan dapat memenuhi syarat-syarat menjadi mujtahid. Antara syarat-syarat menjadi seorang mujtahid adalah mengetahui ayat dan sunnah yang berhubungan dengan hukum. Selain itu, mempunyai pengetahuan tentang Ushul Fiqh dan mengtahui bahasa Arab dan ilmu-ilmunya dengan sempurna. 

Hanya para ulamak yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian terhadap hukum ni. Dalam kehidupan serba moden ini, Umat Islam menghadapi banyak persoalan-persoalan baru yang tidak terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Justeru persoalan itu pelu diputuskan secara ijtihadi oleh para ulamak bagi menentukan kedudukan hukumnya dengan menggunakan beberapa kaedah seperti ijmak dan qias. Contohnya dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxic Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa “Botulinum Toxin Type A atau Botox didapati mengandungi bahan –bahan yang meragukan, najis, dan diharamkan, antara bahan-bahannya adalah Khinzir” Suntikan yang boleh menyebabkan penguna yang memakainya boleh memudaratkan kesihatan dan boleh dimanipulasi untuk tujuan penipuan. Kesimpulannya, suntikan botox adalah haram digunakan. Tetapi jika keadaan darurat atau untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat pengunaanya adalah dalam keadaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah agar pengguna tidak akan mengunakan secara melampaui batas. 

Pengertian ijmak adalah kesepakatan seluruh ulamak Islam dari golongan umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam terhadap sesuatu hukum syarak yang berlaku dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan al-din yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 

Seterusnya, Qiyas. Qiyas adalah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana ada persamaan illah antara keduanya. Contohnya persamaan seperti sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek dalam perkara sebelumnya sehingga dihukumi sama. Contohnya, hukum pengharaman dadah diqiaskan dengan hukum arak kerana mempunyai ‘illah yang sma iaitu memabukkan dan menjejaskan kewarasan akal. Ijmak dan qiyas adalah bersifat darurat dimana belum ditetapkan sebelumnya. 

 Seterusnya Al-Maslahah Al-Mursalah. Maslahah mursalah adalah cara menetapkan hukum yang berdasarkan atas pertimbangan kegunaan dan manfaatnya. Ia adalah untuk tujuan kebaikan untuk keperluan yang tertentu. 

Sad al-Dharai’ pula adalah memutuskan suatu perkara itu haram atau makruh demi kepentingan umat Islam. Al-Istishab pula adalah tindakan dalam menetapkan suatu ketetapan sehingga ada alasan untuk mengubahnya. Seterusnya adalah mazhab sahabat-sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam selepas kewafatan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Contoh Ijtihad yang seterusnya adalah, pada penentuan 1 Syawal, para ulama akan berkumpul untuk berbincang dan mengeluarkan pendapat untuk menentukan 1 syawal dan begitu juga dengan menentukan awal Ramadhan. Setiap daripada para ulamak mempunyai dasar hukum dan cara perhitungan. Jika para ulamak sudah bersepakat, maka munculah kesepakatan dalam penentuan 1 Syawal. 

Dengan adanya Ijtihad ini, masalah yang berkaitan dengan persoalan-persoalan yang tidak diketahui oleh umat Islam dapat diselesaikan hukumnya. Seterusnya, Ijtihad juga dapat menyesuaikan dengan berdasarkan perubahan zaman, waktu dan keadaan agar sentiasa sesuai dengan kedaan umat Islam pada ketika itu. Seterusnya dapat menentukan fatwa terhadap masalah-masalah yang tiak berkait dengan halal atau haram. Dan juga dapat membantu umat Islam dalam menghadapi setiap masalah yan belum ada hukumnya. 

Dengan adanya pengiktirafan Islam terhadap peranan para ulamak, segala bentuk tamadun yang hendak dibina akan mendapat keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala. Tambahan pula dalam arus kemodenan bidang Sains dan Teknologi, bantuan daripada ulamak Islam amat diperlukan agar pembangunan tamadun tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah. 

Jadi kemunculan Ijtihad juga menunjukan bahawa tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang universal dan sentiasa memberi ruang kepada akal manusia untuk memutuskan hukum terhadap perkara yang tidak dijelaskan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Selagi tidak bercanggah dengan Islam, dan berpandukan prinsip-prinsip syariah, Islam memberi ruang untuk umatnya untuk kemajuan dan kejayaan. 

Kesimpulannya, sumber tamadun Islam memainkan peranan yang penting dalam membangunkan tamadun Islam agar lebih cemerlang. Oleh itu, sumber Al-Quran, Hadis dan Al-Ijtihad adalah sumber sumber yang terpenting untuk menjadi sumber rujukan dan panduan dalam pemprosesan sesebuah tamadun tersebut. Justeru, kita perlu memanfaatkan sumber ini dalam kehidupan kita dalam membangunkan kehidupan diri sendiri agar diredai oleh Allah subhanahu wa ta’ala. 

TAMADUN-TAMADUN ASING
Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang bersifat terbuka, oleh itu ia sentiasa menerima semua hasil tamadun yang dibina oleh masyarakat dunia selama ia tidak bercanggah dengan dasar akidah, syariat dan akhlak Islam. 

Para Sarjana Islam berusaha untuk mencari dan mengkaji khazanah ilmu dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, sains, serta perubatan daripada sumber-sumber asing seperti Tamadun Parsi, Romawi, India, China, Mesir Purba dan sebagainya. Ia adalah untuk kecemerlangan dan kegemilangan umat Islam dan tamadun-tamadun lain juga agar dapat berkongsi pendapat dan pengetahuan dalam membina sesebuah tamadun. 

Dengan berkongsi ilmu pengetahuan dan pendapat, Tamadun-tamadun ini akan lebih maju kehadapan kerana adanya perkongsian. Tetapi mesti berlandaskan syariat Islam. 

Tamadun Islam sangat menerima pendapat dari tamadun lain. 


MATLAMAT TAMADUN ISLAM
MENJAGA HUBUNGAN BAIK ANTARA MANUSIA DAN KHALIQ
Kebanyakan manusia beranggapan bahawa akhlak mulia hanya pada lingkungan manusia dengan manusia sahaja tetapi menjaga hubungan baik antara sang pencipta juga perlu kerana manusia adalah hamba Allah subhanahu wa ta’ala. Sesetengah beranggapan bahawa kejahatan yang paling besar adalah kejahatan sesame manusia. Segelintir masyarakat kita percaya bahawa menyekutukan Allah seperti menpercayai kuasa lain selain daripada kuasa Allah adalah dianggap remeh temeh bagi mereka. Mereka menganggap tidak perlu diberi teguran kerana ini tidak bersangkut paut dengan hak asasi manusia contohnya seperti mengambil hak orang lain atau merosakkan harta benda dan sebagainya. 

Akhlak mulia merupakan aset yang paling bernilai yang sepatutnya diterapkan dalam menjaga hubungan dengan Allah, sepatutnya mereka sedar bahawa kesan mensyirikkan Allah adalah antara dosa yang paling besar yang wajib dihindari. Ini kerana Alah tidak akan mengampunkan hamba-Nya yang telah melakukan syirik kecuali mereka bertaubat kepada Allah. Taubat nasuha adalah taubat yang bersungguh-sungguh tidak akan melakukan perbuatan tersebut kembali. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Setiap manusia melakukan dosa jika dia bertaubat Allah sedia menerima taubatnya dengan syarat dengan penuh bersungguh-sungguh dan tidak akan melakukan perbuatan tersebut lagi. Ini dikenali sebagai taubat nasuha. Disini kita sedia maklum Allah maha penyayang kerana Allah menerima kembali hamba-Nya yang telah melakukan dosa dan sedia memberi peluang kepada hamba-Nya untuk bertaubat kembali kepada-Nya. 

Sebaliknya, sesetengah manusia pula selalu beranggapan bahawa akhlak Islam hanya sekadar menunaikan hubungan Allah sahaja tetapi mereka lupa menunaikan hak sesame manusia di atas muka bumi ini juga penting. Menunaikan hak sesame manusia juga merupakan sebahagian dari menunaikan hak Allah pencipta alam semesta ini. Hubungan konsep akhlak mulia ini dibahagikan kepada dua iaitu hablum minannaas dan hablum minaallah. Hablum minannaas adalah hubungan diantara manusia dan hablum minannaas ialah hubungan diantara manusia dengan Allah. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menyeimbangkan diantara hubungan allah dengan manusia dan hubungan manusia dan manusia bagi menyempurnakan kehidupan kita nanti. Tetapi sejak akhir-akhir ini ia hanya tinggal istilah sahaja tanpa menpratikkan benda tersebut. Hubungan manusia dan manusia ini hanya sekadar luaran sahaja tanpa mendalami erti disebalik hubungan tersebut contohnya seperti bertegur sapa sahaja dan hubungan dengan Allah sekadar sebuah luaran juga seperti zikir solat puasa. Kedua-dua hubungan ini hanya Nampak luaran sahaja tanpa mendalaminya secara terperinci. 

Setiap muslim juga perlu mentauhidkan Allah dari sudut uluhiyyah dengan cara mengesakanNya taat dan patuh kepada ajaranNya. Mencintai dengan sepenuh hati serta meninggalkan segala laranganNya. Ini kerana kita sebagai hamba perlu mematuhi segala ajaran Allah kerana Allah yang menghidupkan kita sebagai makluk menberikan kita kehidupan, menberikan segala nikmat, kita patut mensyukuri segala apa kurnian Allah kerana setiap kurnian adalah anugerah yang amat berharga dengan itu sebagai balasan kita terhadap sang pencipta alam semesta ini kita hendaklah mematuhi segala suruhanNya dan mematuhi segala suruhanNya. Ini adalah cara yang terbaik untuk kita sebagai hamba untuk menbalas segala kurniaan yang diberikan. Kita patut bersyukur kerana kita terpilih menjadi manusia kerana banyak lagi makluk lain yang ingin menjadi manusia. Menjaga hubungan diantara makluk dan Allah adalah amalan mulia 

Akhlak mulia adalah cerminan iman di dada. Ini kerana hadith at tarmizi menyatakan bahawa “kaum mukmin yang paling sempurna imannya adalah paling baik akhlaknya diantara mereka”. Hal ini sekan menperkuatkan lagi aqidah merupakan bentuk iman yang terdapat dalam diri seseorang adalah sesuatu yang sebenarnya berkait rapat dengan akhlakNya. Dengan ini kita hendaklah menperkuatkan aqidah kita sebagai umat Islam kerana kuatnya aqidah terbentuknya keperibadian akhlak yang mulia. Sesetengah manusia beranggapan bahawa masa lalu yang buruk menbataskan untuk mencapai cita-cita untuk meperoleh akhak mulia dan sesetengah individu pula menganggap bahawa akhlak buruk susah untuk ditinggalkaan kerana sudah sebati dengan hidupnya kerana sejak kecil lagi menpratikkan amalan tersebut. setiap idividu menpunyai akhlak masing-masing ada yang boleh diubh ada yang susah diubah. 

Berkait akhlak mulia kepada Khaliq hendaklah mengadungi tiga perkara iaitu mebenarkan berita-berita yang disampaikan oleh Allah melalui al-quran ataupun disampaikan secara lisan oleh rasul-Nya yang terpilih. Al -quran adalah kitab yang paling agong setiap intipati dalam al-quran mengandungi seluruh jawapan bagi persoalan dimuka bumi ini. Jika kita mematuhi ajaran al-quran maka kita juga mematuhi suruhan Allah dengan kita mengamalkan suruhan dari Allah maka kita selamat di dunia dan diakhirat. 

Selain itu, melaksanakan hukum-hukumNya iaitu jihad paling berat ialah melawan hawa nafsu. Contoh yang paling senang ialah ketika kita sedang berpuasa, kita wajib menahan lapar dan dahaga ketika ini kita berperang dengan hawa nafsu. Secara realitinya ini bukanlah sesuatu yang ringan untuk kita, tetapi jika kita sabar menahan hawa nafsu maka hubungan baik antara Allah dapat terjalin. Akhlak mulia kepada Allah adalah dengan menjalani hal tersebut dengan hati yang ikhlas. Maka hubungan baik antara manusia dengan Khaliq terjalin dengan erat kerana mematuhi suruhaNya. 

Sabar dan redha dengan ketentuan takdirNya juga merupakan salah satu cara menjaga hubungan baik antara Khaliq. Meskipun susah unuk menerima kenyataan terhadap apa yang ditetapkan oleh-Nya tetapi kita haruslah redha dengan ketentuan ilahi sebagai contoh kematian ahli keluarga. Ini sememangnya berat tetapi kita harusah redha kerana ini suratan takdir. Allah menyimpan hikmah yang besar dan tujuan terpuji. Hendaklah kita meredhai, ini juga salah salah satu cara menjaga hubungan dengan Khaliq 

Dengan iman yan kuat, tekad yang tinggi dan niat yang tulus sabar dan berdoa insyaAllah akhlak yang mulia boeh menjadi milik kita. Tetapi hendaklah berniat kearah itu dalam usaha menggapai akhlak yang mulia tersebut supaya mendapat pahala dan keredhaan daripadaNya. Penyucian terhadap jiwa lebih berat daripada mengubati Sesutu penyakit. 

MENJAGA HUBUNGAN BAIK SESAMA MANUSIA

Manusia merupakan makhluk sosial. Selain menjaga hubungan dengan Allah, kita juga perlu menjaga hubungan dengan manusia kerana hal ini dituntut oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Kita perlu menjaga hubungan kita dengan ibu bapa, guru, jiran, keluarga, sahabat, tetamu, dan masyarakat. 

Berbuat baik terhadap ibu bapa. 
 Islam mewajibkan ke atas setiap anak agar mentaati ibu bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi adalah sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan. 

 Sebagai seorang anak, kita hendaklah mengutamakan ibu bapa berbanding orang lain. Ini kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas Allah Subhanahu Wata’ala dan rasulNya. Ketahuilah jika ibu bapa reda kepada anaknya maka Allah Subhanahu Wata’ala akan reda kepadanya, sebaliknya jika ibu bapanya berkecil hati atau marah kepada anaknya maka Allah Subhanahu Wata’ala juga akan murka kepada anak tersebut

Firman Allah dalam surah al-isra’ ayat 23 dan 24 yang bermaksud ; “ dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan ‘ah’ dan jaganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah ‘wahai tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah menyayangiku di waktu kecil’ “. 

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud “ redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kepada kedua-dua ibu bapa “. [hadis riwayat hakim] 

Berbuat baik terhadap guru. 

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud “ muliakanlah orang-orang yang pernah memberikan pelajaran kepadamu “. [hadis riwayat abu hasan mawardi]

Berbuat baik terhadap jiran. 

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang bermaksud “ sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah menyakiti jiran tetangga “. [hadis riwayat bukhari dan muslim]
Firman Allah:“ beribadatlah kamu kepada Allah dan jangan mempersekutukan dengan sesuatu yang lain, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh”. An–nisa’ ayat 36

Berbuat baik terhadap tetamu. 
Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberikan layanan kepadanya. ” Sahabat bertanya, ” Apakah layanan itu wahai Rasulullah ?” Rasullullah menjawab, “ layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan
ISLAM menitikberatkan hubungan sesama manusia. Justeru, Islam menggariskan adab dan etika bagi memuliakan tetamu. Sebenarnya, tetamu adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Tuan rumah bertanggungjawab terhadap tetamu selama berada di rumahnya. 
Menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya menjadikan Muslim memiliki iman sempurna. Lebih utama, apabila tetamu itu ialah saudara seagama tetapi itu tidak menafikan hak bukan beragama Islam untuk mendapat layanan terbaik daripada tuan rumah beragama Islam. 

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya. ” (Hadis riwayat Muslim)

Menghormati serta memuliakan tetamu juga sunnah nabi dan rasul yang diutuskan sebagai contoh ikutan terbaik. 

Nabi Ibrahim AS antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu yang bertandang ke rumahnya dengan hati terbuka serta melayani mereka dengan layanan yang baik. Allah merakamkan perihal Nabi Ibrahim menerusi firman-Nya bermaksud: 
“Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu”, Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu (sambil berkata dalam hati): mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Silakanlah makan. ” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27)

Begitu juga dengan Nabi Lut ketika didatangi tetamu yang sebenarnya malaikat untuk menguji kaumnya. Baginda sedaya upaya menjaga keselamatan tetamu itu daripada menjadi mangsa kezaliman kaumnya yang dilaknat Allah. Firman Allah bermaksud: 
“Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Lut berkata: Wahai kaumku, di sini ada puteriku, mereka lebih suci bagi kamu (maka kahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu memberi malu kepadaku di depan tetamuku. Tidakkah ada antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” (Surah Hud, ayat 78)

Inilah antara contoh menggambarkan pentingnya memuliakan tetamu yang datang ke rumah. Jika disoroti sejarah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, dapat dilihat golongan Ansar menunjukkan contoh yang baik dalam hal memuliakan tetamu. Mereka memberi layanan dan bantuan istimewa kepada golongan Muhajirin yang meninggalkan keluarga, harta benda serta kemuliaan di bumi Makkah semata-mata untuk berhijrah ke Madinah. Segala keperluan Muhajirin dipenuhi dengan sempurna oleh golongan Ansar. 

Allah menjelaskan dalam firman-Nya bermaksud:
 “Dan orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah (Muhajirin) ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat. ” (Surah al-Hasyr, ayat 9)

Amalan menghormati dan memuliakan tetamu bukan saja menunjukkan perilaku terpuji, malah ia berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Siapa beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya. ” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara adab memuliakan tetamu yang dianjurkan Islam ialah menyambut kedatangan mereka dengan perasaan gembira serta wajah manis, bertanya khabar dan menyembunyikan masalah keluarga supaya tidak diketahui tetamu. 

Selain itu, menyajikan hidangan makanan dan menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan diperlukan jika mereka bermalam di rumah juga sebahagian daripada adab memuliakan tetamu. Apa yang lebih penting, semua itu disediakan mengikut kemampuan tuan rumah, tidak terlalu berkira dan tidak berlebihan serta bukan untuk bermegah. 

Firman Allah bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. ” (Surah al-Furqaan, ayat 67)

Ulama menyatakan bertamu yang disyariatkan ialah tiga hari. Melayani tetamu pada tahap yang wajib secara terbaik mengikut kemampuan hanya untuk sehari semalam, sementara dua hari selebihnya, maka disyariatkan melayani tetamu dengan apa yang ada di rumah saja. 

Sebenarnya, keadaan ini bagi mengelak perasaan terbeban oleh tuan rumah. Amalan yang awalnya dianggap mulia, tetapi jika berlarutan sehingga menyusahkan tuan rumah, dikhuatiri menimbulkan suasana tidak elok, malah mungkin menimbulkan perbalahan dan persengketaan pada kemudian hari. 

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu. ” (Hadis riwayat Bukhari) Bagi pihak tetamu, mereka juga harus menjaga adab serta etika bertamu. Contohnya, memilih masa sesuai bagi tuan rumah sebelum bertandang. 

Percakapan juga mesti sentiasa dijaga supaya tidak mengundang rasa kurang senang kepada tuan rumah serta tidak sesekali menyakiti hati mereka. Selain itu, mereka harus menjaga tingkah laku serta tidak mengganggu masa tuan rumah menyelesaikan tugasan lebih penting. Tetamu patut mengucapkan terima kasih atas layanan diberikan tuan rumah pada akhir kunjungan serta mendoakan kebaikan buat tuan rumah seisi keluarga. Di samping itu, tetamu wajib menjaga rahsia serta aib tuan rumah jika didapati berlaku sepanjang berada di rumah itu. 

Menjaga hubungan baik antara makhluk dengan alam
Matlamat tamadun Islam yang seterusnya ialah melahirkan manusia yang tahu menjaga hubungan dengan alam di sekitarnya. Sesuai dengan kesempurnaan akal yang diciptakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala, manusia mampu mengambil kepentingan mereka. Allah subhanahu wa ta’ala ada berfirman mengenai ha ini yang bermaksud : Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk kepeingan mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang menbantah tentang keesaan Alahh tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan. 

Selain daripada itu juga, kewujudan alam ini dijadikan sebagai iktibar dan renungan untuk kepentingan mereka. Sebagaimana dalam maksud firman Allah subhanahu wa ta’ala : Dan Dia lah, Allah yang menundukkan lautan yang menundukkan lautan untukmu agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar dan kamu mengeluarkan dari lautan ituperhiasan yang kamu pakai dan kamu melihat bahtera berlayar padanya dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnian-Nya dan supaya kamu bersyukur. (an-Nahl : 14) 

Dial ah yang menurunkan air hujan dari langit untuk kamu sebahagiannya mrnjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan-tumbuhan yang pada tempat tumbuhnya kamu menggembalakan ternakanmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman, zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang memikirkan. 

Dalam usaha untuk membina tamadun dalam berbagai seperti industry, ekonomi, teknologi, dan lain-lain, muslim juga dituntut supaya menjaga hubungan mereka dengan makhluklain seperti haiwan, tumbuhan, alam sekitar, jin dan malaikat. Dengan haiwan misalnya, Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan ihsan dan melarag mereka daripadanya melalukan penganiayaan. 

Umat Islam tidak dibenarkan melakukan kerosakan di bumi Allah ini seperti pencemaran terhadap alam, udara, dan air. Begitu juga dengan tembuhan-tumbuhan tanpa sebarang maslahat. 

Semua ajaran dan tuntutan ini adalah untuk kebaikan untuk manusia itu sendiri, akibat daripada sikap manusia yang tidak menjaga alam sekitar telah berlaku pelbagai bencana di seluruh alam dunia. 

Pencemaran bunyi
Definasi pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ditakrifkan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga boleh mengakibatkan kesakitan pada gegedang telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selenjar, kebisingan selang-seli dan hentakan impuls, dan kebisingan fluktuasi. 

Punca-punca pencemaran bunyi
Pembangunan dalam kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, dan kenderaan antara punca-punca berlakunya pencemaran bunyi. Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran, kerosakan pada telinga dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan. 

Kesan pencemaran bunyi
Terdapat dua kesan pencemaarn bunyi ke atas manusia. Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan kesan psikologi. Kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang menggangu komunikasi antara manusia, mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental manakala kesan fisiologi pula melibatkan kehilangan respons dan pendengaran semasa keadaan cemas. 

Pencemaran udara
Definasi pencemaran udara
Pencemaran udara boleh ditakrifkan kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Eksos kenderaan, industri yang melepaskan asap seperti kilang-kilang simen atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal antara punca pencemaran udara primer. . Pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas–gas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. 

Punca-punca terjadinya pencemaran udara
Terdapat banyak punca-punca pencemaran udara antaranya termasuklah perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industri kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan. Selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan secara sengaja atau akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dalam kuatiti yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku. Pencemaran udara juga boleh merosakkan mata kerana debu atau asap memasuki dalam mata dan boleh menyebabkan kerosakkan mata seperti rabun. 

Kesan-kesan pencemaran udara
1. Kesan kepada manusia
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas

2. Kesan kepada tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Apabila banyak tumbuhan terbantut dan banyak daun yang gugur, akan melambatkan proses fotosintesis kerana kekurangan daun untuk memproseskan karbon dioksida yang dihasilkan oleh manusia dan haiwan. Ini akan menyebabkan kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan banyak masalah seperti sesak nafas. 


3. Kesan kepada haiwan
Kesan kepada haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan boleh mengganggu sistem pernafasan. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh haiwan di darat tetapi juga haiwan di dalam air kerana tumbuhan di dalam air turut akan menghasilkan udara. Tetapi jika tumbuhan di dalam air turut mengalami kerosakan maka akan menggangu proses fotosintesis dan hidupan akuatik turut akan terjejas kerana kekurangan udara dan mengakibatkan kematian. Bagi haiwan darat, kemungkinan untuk mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar adalah tinggi. Haiwan akan mengalami keracunan makanan dan menyebabkan penyakit. Perkara ini membolehkan berlakunya perlupusan haiwan. 

Langkah untuk mengatasi pencemaran udara
Pengasing elektrostatik antara salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Di samping itu penampalan dinding ozon yang berlubang dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon. 

Pencemaran Air
Definasi pencemaran air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi keadaan, warna dan kandungan sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi fizik, kimia dan biologi. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk sebagai contoh dalam keadaan gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut, pantai dan lain-lain tempat berair. 

Punca pencemaran air
Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kebanyakan kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk membolehkan bahan-bahan buangan disalurkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah tidak akan timbul jika bahan buangan diproses terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Tetapi masalah timbul apabila cecair kimia yang dialirkan ke dalam sungai tidak dirawat terlebih dahulu dan mengandungi bahan toksik dalam kuantiti yang banyak yang akan menyebabkan pencemaran air sungai dan laut. 

Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Ini terjadi disebabkan proses cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata yang menyebabkan pencemaran air. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia kerana banyak haiwan akuatik mati kerana kekurangan oksigen
Kesan-kesan pencemaran air
Terdapat banyak kesan-kesan daripada pencemaran air ini dan telah menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Pembentukan bakteria juga boleh berlaku apabila terdapat segelintir manusia membuang sampah-sarap dan najis ke dalam laut atau sungai dan mengakibatkan masalah kepada hidupan laut atau manusia itu sendiri. 

Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai adalah masalah utama. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan memberi impak yang besar kepada hidupan bumi samada di dalam laut ataupun hidupan darat. 

Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran air
Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. Selain itu, menyediakan tangki takungan bawah tanah yang boleh dirawat. Tangki takungan bawah tanah ini berfungsi untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan. Masalah ini boleh dirawat dengan menggunakan rawatan bioteknologi. Kaedah bioteknologi sesuai digunakan di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan tugas untuk manusia. Kaedah ini akan berfungsi untuk memakan bakteria yang hidup akibat sampah-sarap. 

Memelihara kemurniaan aqidah 
Aqidah dari segi Bahasa bermaksud berasal dari Bahasa Arab yang bermakna ikatan atau sangkutan atau menyimpulakan sesuatu. Manakala menurut istilah ‘aqidah’ beerti ‘kepercayaan’, ’keyakinan’, keyakinan atau keimanan. Yang mantap atau tidak terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang. Seperti yang kita sedia maklum tamadun Islam dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah untuk menperbetulkan akidah umat manusia yang syirik kepada Allah pada ketika itu. Rasulullah menerapkan konsep nilai keimanan berteraskan syahadah dan rukun iman sebagai bentuk pembersihan. Mereka juga perlu diyakinkan dengan kewujudan Allah, diperkenalkan dengan konsep keimanan kepada Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah serta kewujudan hari akhirat. Kita hendaklah brpegang teguh dengan ajaran Al-quran. Al-quran menbentuk keperibadian muslim yang hanya berpegang kepada Rabb, Rasul dan jam’ah Islam. 

Kehancuran umat Islam bermula dengan terpesongnya aqidah umat Islam sehingga kecintaan umat Islam terhadap Islam semakin pudar sedikit demi sedikit yang pada akhirnya umat Islam akan lupa terhadap aqidah keIslamannya yang merupakan tonggak dalam diri seorang muslim tersebut. Kehancuran aqidah tidak secara langsung tetapi secara terbuka terutamanya melalu generasi muda secara khsusnya. Ada yang merosakkan aqidah generasi muda ini dengan pelbagai cara media massa contohnya yang paling sedia media elektronik yang paling mudah adalah yang paling dekat dengan kita iaitu media maya yang sering generasi muda pelopori setakat ini. Dengan cara ini senang untuk menpengaruhi anak muda kerana anak muda sering menghabiskan dengan media maya ini. Hal-hal sebegini sudah tidak Nampak kesan terhadap seseorang individu kerana buta dengan kekayaan duniawi dan keuntungan yang besar yang boleh diperoleh dengan apa cara sekalipun walaupun ianya merosakkan aqidah seseorang muslim itu, sebagai contoh cuba kita lihat dunia moden sekarang ini, sesetengah ibu bapa bangga terhadap pencapaian anak-anak mereka yang berusaha berjihad ke jalan Allah, malah sesetengah ibu bapa ini sanggup menghantar anak-anak mereka belajar agama hingga ke luar negara demi melihat anak-anak mereka Berjaya dalam hidup. tetapi kebanyakkan ibu bapa sekarang ini bangga melihat anak mereka Berjaya dalam kehidupan dunia yang penuh lara. Ibu bapa sebegini tidak sedar akan pendidikan ilmu akhirat dan tidak menyeimbangkan kedua-duanya antara ilmu akhirat dan ilmu dunia. Bertitik tolak daripada konsep tauhid inilah umat Islam berada pada landasan yang aqidah yang lurus. Tamadun yang dibangunkan adalah menjurus kepada tamadun yang syumul (lengkap) yang mencakupi aspek embinaan peribadi muslim yang bertaqwa, mencintai Allah dan Rasul, serta melakukan kebaikan di muk bumi ini dengn ini, akidah yang dibina dapat terus terpelihara serta membina kemajuan di muka bumi ini dalam pelbagai bidang yang kita pelopori contohnya dalam bidang perubatan. Jika kita menpolopori bidang perubatan kita dapat menolong beribu-ribu orabg yang memerlukan pertolongan dalam menyembuhkan penyakit. Kita dapat membina kemajuan kerana orang yang sakit kita dapat menolong sedaya upaya dengan izin Allah. Antara sebab terpesongnya aqidah seseorang muslim ialah jahil tentang agama kerana tidak mahu belajar tentang agama. Kedua taqlid( membabi buta) iaitu mengikut pendapat orang lain tanpa soal selidik seberapa jauh kebenaran yang diterima olehnya. Jika kita mengikut secara membabi buta contohnya mengikut seseorang iman atau ajaran sesat tanpa menyelidiknya maka kita akan menjadi penganut yang sesat. Bila berlakunya benda sebegini maka tidak hairanlah dia lupa siapa dirinya seorang muslim sehingga kekadang ada yang tidak merasa bangga lagi menjadi umat Islam bahkan ada yang merasa malu. Inilah pentingnya aqidah seseorang musim ini. Allah telah menberikan kita peringatan agar selalu berhati-hati dalam menjaga kemurnian aqidah. Sebagaimana dalam surah Ali-Imran ayat 118

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُون

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. 
Aqidah yang diberikan oleh Allah kepada kita seharusnya kita jaga dan diperkuatkan dengan kehidupan yang diredhai oleh Allah dan kita harus berusaha memahami Islam melalui pelbagai sumber agar kita lebih memahami tugas kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. 
 Sehingga kita selalu memilih kawan yang selalu menasihati kita dalam kita menjaga kemurnian aqidah ini dan tidak akan memilih teman yang menjurus kepada menghancurkan aqidah kita. Semoga kita termasuk dalam golongan yang menpertahankan aqidah kita luar dan dalam agar selalu teguh dan kuat dalam diri kita. Amin. 
Menjaga maruah dan harga diri
Sebagai makhluk yang mulia, Islam amat menjaga maruah manusia agar ia terpelihara daripada segala bentuk gejala yang tidak sihat yang boleh menjatuhkan martabat manusia. Oleh itu Islam mewajibkan umatnya menutup aurat agar terpelihara keselamatannya. Islam juga melarang keras umatnya dari mengumpat, memfitnah, menuduh zina, menuduh liwat, pergajulan bebas serta sebarang bentuk perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan sebagainya. 
Islam telah menyalurkan keperluan fitrah manusia seperti keperluan berkeluarga melalui pernikahan yang sah. Menerusi pembinaan institui keluarga, Islam mengharamkan pergajulan bebas termasuk perbuatan zina kerana ia akan menodai kesucian keturunan manusia. Begitu juga perbuatan homoseksual dan lesbian kerana perbuatan tersebut telah menjatuhkan manusia ke lembah yang lebih hina daripada binatang. 

Firman Allah subhanahu wa ta’ala bermaksud Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesunggguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan) (al-Israk, 17:32) 

Aurat diambil dari perkataan Arab, aurah yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. 

Di dalam hukum Islam, terdapat beberapa keadan di maan seorang Islam dibenarkan membuka aurat, yakni hanya pada orang-orang yanh tertentu. Menutup aurat bagi wanita-wanita Islam adalah kewajipan. Terdapat tiga kategori wanita dalam cara menutup aurat. Yang pertama menutup aurat dengan sempurna. Kedua menutup aurat tertapi tidak sempurna dan ketiga tidak menutup aurat sama sekali. 

Kelompok pertama adalah kaum wanita yang menutup aurat dengan sempurna kerana menyedari bahawa itu adalah perintah Allah subhanahu wa ta’ala. Menyedari bahawa hokum menutup aurat itu wajib erta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. 

Kelompokkedua pula adalah wanita menutup aurat, Tetapi tidak sempurna. Golongan ini cukup ramai Abilangannya. Begitu juga kelompok ketiga yang langsung tidak menutup aurat sama sekali yakni sama seperti orang-orang kafir. 

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala. Menutup aurat adalah memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada oarng ramai. Kadang-kadang kepala ditutup dngan tudung tetapi pada masa sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang ramai. 

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Islam dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Kebanyakkannya hanya menutup aurat sekadar begitu sahaja, asalkan nampak tertutup meskipun sebenarnya masih mendedahkan sebahagian besar bentuk badan. Ada juga yang hanya memakai scarf atau tudung yabg berfesyen yang langsung tidak menepati kehendak Islam. 

Perintah menutup aurat datang dari Allah subhanahu wa ta’ala yang telah menjadikan manusia. Sementara manuia hanya menerima emua yang diberi oleh Allah seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi. Kalau mahu dihitung, sudah pasti manusia tidak dapat menghitung segala nikmat Allah. Kewajipan Menutup Aurat Bagi Wanita Dalam Pandangan Para Iman Mazhab

1. Mazhab Hanafi
Dalam kitab Al Ikhtiyar, salah satu kitab Mazhab Hanafi, disebutkan bahawa tidak dibolehkan melihat wanita lain kecuali wajah dan telapak tangannya, jika tidak dikhuatiri timbul syawat. Diriwayatkan dari Abu Hanifah bahawa beliau menambahkan dengan kaki, kerana pada yang demikian itu ada darurat untuk mengambil dan member, serta untuk tujuan bagi mengenali wajahnya ketika urusan bermuamalah dengan orang lain, untuk menegakkan kehidupan dan keperluannya, kerana tidak adanya orang yang melaksanakan sebab-sebab kehidupannya. Beliau berkata, adapun kaki, maka diriwayatkan bahawa ia bukanlah aurat secara mutlak, kerana sebahagiannya kaki ini diperlukan untuk berjalan. Selain itu, kemungkinan timbulnya syawat kerana melihat muka dan tangan itu lebih besar, maka halalnya melihat kaki adalah lebih utama. 

2. Mazhab Hambali
Dalam mazhab Hambali kita dapati Ibnu Qudamah mengaktakan di dalam kitabnya, Al – Mughni sebagai berikut “Tidak diperselisihkan dalam mazhab tentang bolehnya wanita membuka wajahnya ketika solat dan dia tidak boleh membuka selain wajah dan telapak tangannya. 

Manakala mengenai telapak tangan ini, ada dua riwayat. Para ahli ilmu berbeza pendapat, tetapi kebanyakan mereka sepakat bahawa boleh melakukan solat dengan wajah terbuka. Mereka juga sepakat bahawa setiap gari kaum wanita yang merdeka itu harus mengenakan tutup kepalanya jika melakukan solat dan jika dia melakukan solat dalam keadaan seluruh kepalanya terbuka, maka dia wajib mengulanginya. 

Iman Malik, Al- Auza ‘ I dan Imam Syafi’I berkata bahawa seluruh tubuh manusia itu adalah aurat kecuali muka dan tangannya, dan selain itu wajib ditutup pada waktu mengerjakan solat. Ini adalah kerana dalam mentafsirkan perhiasannya kecuali apa yang biasanya nampak daripadanya, Ibnu Abbas menyatakan iaitu wajah dan telapak tangan. Selain itu, kerana Rasullulah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang wanita berihram dan tangan itu aurat, nescaya baginda tidak akan melarang menutupnya. 

Juga dibolehkan melihat wajah wanita pada waktu urusan meminang kerana wajah itu merupakan pusat kecantikan. Ini adalah pendapat Abu Bakar Al-Harits bin Hisyam, dimana beliau berkata bahawa wanita itu keseluruhannya adalah aurat hingga kukunya. 

Tujuan Tuntutan Menutup Aurat

Berdasarkan dalil Al-Qurandan Hadis, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh. Ia adalah termasuk dalam kategori hokum qati’I dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. 
Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh menambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, dan pelbagai lain. 

Tujuan pertama adalah untuk member perbezaan antara manusia dengan haiwan. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman : “Wahai anak Adam, telah Kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” (Al-A’raf : 26) 

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru sesiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung dia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup sempurna kemampuan dan akal bagi menjalankan arahan menutup aurat. 

Tujuan kedua adalah tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam 
Perkara ini juga boleh difahami dari surah Al-Azhab ayat 59 apabila Allah subhanahu wa ta’ala berfirman bahawa “…yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali…”
Dari ayat ini, jelas menunjukkan salah satu fungsi menutup aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah subhanahu wa ta’ala “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah, maka ia adalah dari tangan ketaqwaan hati. ”Tujuan yang ketiga adalah tanda professionalism dalam sistem pemakaian Islam

Islam adalah agama dan cara hidup yamg amat professional dan pastinya begitu sempurna menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas, hinggalah ekonomi dan kenegaraan. 
Walaupun demikian, agama Islam tidak pula mengarahkan penganutnya membuat perkara yang tidak rasional. Justeru, sudah tentu standard pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan, bahkan amat bertetapan dengan logik akal manusia yang sihat. 


MENJAGA KESELAMATAN AKAL 
Akal fikiran merupakan organ yang paling penting dalam ke¬jadian manusia. Akal merupakan anugerah yang tertinggi dan berharga diberikan oleh Allah kepada manusia. Akal yang dianugerahkan kepada manusia, merupakan faktor yang paling utama membezakan di antara manusia dengan makhluk¬makhluk lain kejadian Allah. Melalui kekuatan akal, manusia dapat menyempurnakan amanatnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Akallah yang menaikkan taraf manusia menjadi semulia-mulia makhluk dan akal juga yang menjadikan manusia sehina-hina makhluk di atas muka bumi. 

Mengikut Haji Abdullah Siddik (1980), pengajaran Islam bersemboyan dengan akal dan fikiran untuk mencari Tuhan dengan bantuan al-Quran. Setiap agama yang tidak bersendikan akal atau sesuatu agama yang berjalan dengan membatasi akal, agama sedemikian tidak akan dapat hidup kekal. 
 Manusia dapat menggunakan akal untuk memikirkan betapa besarnya nikmat yang diterima daripada Allah dan kebesaran Allah, sesuai dengan sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang diriwayatkan oleh Jabir pada sisi al-Baihaqi. Antaranya yang bermaksud:

”Agama manusia ialah menurut akalnya dan siapa yang tiada berakal, tiadalah agama baginya. ”

“Tiada sempurna agama manusia selama-lamanya sebelum sempurna akalnya. ”

Jelaslah daripada pengertian hadis di atas menunjukkan bahawa apabila akal fikiran tidak berfungsi dengan sepenuhnya, keseluruhan kehidupan individu berkenaan tidak bererti dan bermakna lagi. Dengan lain perkataan, apabila seseorang telah mengidap penyakit gila, sasau dan 'kurang masak', keseluruhan kehidupannya tidak bermakna lagi bagi dirinya, keluarga, agama dan masyarakat. 
Semua tanggungjawab dan peranannya terhadap Allah (ibadat khusus), dirinya, keluarganya dan negara (undang-undang) tidak diambil kira dan dip ertanggungjawabkan. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan akal, memberi kemerdekaan akal sepenuh-penuhnya sesuai dengan sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang bermaksud:

“Yang mengangkatkan manusia kepada darjah dekat kepada Tuhan ialah menurut qadar akal mereka jua. ” (Hadis riwayat Bukhari)


Sehubungan itu agama Islam sangat mengambil berat bagi proses pemeliharaan akal fikiran sehingga mewajibkan kepada manusia menjaga kesempurnaannya. Agama Islam telah menggariskan beberapa panduan agar akal fikiran manusia terkawal dan berfikiran balk, seterusnya tercapai kesempurnaan akal dan keseluruhan individu berkenaan. Antara panduan tersebut ialah:

1. Islam mewajibkan dan menghendaki agar setiap umatnya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa had masa, tempat, umur, jantina, bangsa dan puak yang tertentu. Dengan ilmu pengetahuan manusia dapat meng¬gunakannya untuk mencapai ke arah kebaikan akal dan keseluruhan hidup. Saranan untuk menuntut ilmu, ini jelas seperti yang dinyatakan oleh sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang bermaksud. 

“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. ” (Hadis riwayat Muslim)

Kenapakah Ilmu pengetahuan sangat penting bagi ma¬nusia. Mengikut H. Zainuddin dan Fachruddin (1987), yang membuat ulasan ayat 9, surah Adz Dzariyat. Beliau menjelaskan bahawa orang yang tidak berilmu dan tiada berpendirian dengan mudah dapat diputar oleh sesiapa yang pandai memutar. Tetapi yang beriman teguh dan berpendirian tetap, tiadalah mereka berkisar dari kebenaran yang diyakininya. 
2. Penekanan kepada pemeliharaan akal fikiran dapat dilihat dengan jelas pada sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang hanya membahagikan manusia kepada dua golongan sahaja iaitu golongan cerdik pandai dan para pelajar, selain daripada kedua-dua itu tidak ada kebaikan. Sabda Nabi Muham¬mad sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang bermaksud:
“Manusia itu dua golongan, orang yang berilmu dan orang yang belajar dan tidak ada kebaikan selain dari keduanya. ” (Hadis riwayat Muslim). 

3. Allah Taala telah mengharamkan semua tingkah laku yang dapat merosakkan kesempurnaan akal fikiran. Contohnya sekarang telah diakui oleh pakar-pakar perubatan bahawa arak merupakan salah satu bahan yang dapat merosakkan akal manusia. Namun begitu agama Islam telah mengharamkan arak sejak 1400 tahun lalu, seperti yang dijelaskan oleh Allah Taala dalam firmannya yang bermaksud:

”Hai orang-orang yang beriman! Minuman keras, main judi, ber¬hala dan mengundi nasib dengan panah itu, sesungguhnya, perbuatan kotor, termasuk pekerjaan syaitan, sebab itu hendaklah kamu tinggalkan supaya kamu menjadi beruntung. ” (Al-Maidah: ayat 90) 

4. Islam bukan sahaja melarang melakukan perbuatan yang boleh mencacatkan kesempurnaan akal tetapi sebaliknya menyediakan tapak dan asas supaya umatnya sentiasa berfikir, merenungi, memerhati, membuat kajian dan penyelidikan ke atas kejadian di muka bumi. Manusia dikehendaki mengkaji dirinya sendiri, binatang¬binatang, bumi, langit, laut, gunung ganang dan sebagainya supaya akal sentiasa cergas dan intelek dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Banyak ayat-ayat al¬Quran yang membuat gesaan tersebut, antaranya ialah seperti yang bermaksud: ”Tiadakah mereka memperhatikan burung di atas mereka ter¬bang mengembangkan sayapnya dan mengepitkannya?. Tiada siapa pun yang menahannya selain dari Tuhan yang Pemurah. Sesungguhnya Dia melihat segala sesuatu. ” (Al-Mulk: ayat 19) 

”Dan juga pada dirimu sendiri mengapa kamu tidak per¬hatikan?” (Adz Dzariyat: ayat 21)

”Dan mereka berkata: kalau kiranya kami mendengarkan dan mempergunakan fikiran kami, tiadalah kami akan menjadi penghuni api yang menyala. ” (Al-Mulk: ayat 10)

”Demi (perhatikan) langit yang penuh dengan jalan jalan. ” (Adz Dzariyat: ayat 7)

5. Mereka yang menggunakan akal fikiran sahaja dapat menerokai dan menggunakan petunjuk yang disarankan oleh Allah melalui kitabnya. Apa yang digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran tidak mungkin diterokai kecuali oleh golongan intelek dan cendikiawan. Ini telah dijelaskan oleh Allah yang bermaksud: ”Dan perumpamaan yang demikian Kami buatkan untuk manusia, dan hanyalah orang-orang yang berilmu dapat mengerti. ” (Al-Ankabut: ayat 43) 

Menjaga keselamatan harta benda
Pengertian harta dalam Bahasa Arab disebut Al-mal beerti condong cenderung dan miring. Harta mengikut syariat segala sesuatu yang bernilai, boleh dimiliki, dikuasai, dimanfaatkan menurut syariat. Dalam Al-qurandalam berbagai bentuk disebut 87 kali yang terdapat dalm 79 ayat dalam 38 surat. Berdasarkan pengertian tersebut, harta meliputi segala sesuatu digunakan manusia dalam kehidupan seharian. Islam sebagai agama yang benar memandang harta dan sempurna memandang harta tidak lebih sekadar anugerah Allah yang dikirimkanNya kepada manusia sahaja. Pembentukan sesebuah tamadun Islam yang maju memerlukan kecemerlangan dari sudut keimanan dan kebendaan. Islam telah memberi garis panduan agar harta kekayaan yang dimiliki hendaklah dari sumber yang halal dan dibelanjakan mengikut jalan yang yang halal dengan ini Islam sangat mementingkan tentang sumber dan jalan yang halal unntuk menbelanjakan harta itu dengan cara yang halal. Pembangunan kebendaan yang dilaksanakan mesi dalam bentuk yang halal membawa kebaikan kepada umat Islam di dunia dan diakhirat. Ini juga harus diambil kira persoalan pembangunan akhlak manusia mampu mendekatkan diri mereka kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Adalah menjai fitrah manusia untuk memenuhi keperluan hidupnya secara zahir dan batin. Hal ini mendorong manusia untuk memunuhi keprluan harian mereka dengan menperoleh sesuatu yang menjadi keperluan. Zaman moden ini manusia ingin mengumpulkan harta mereka sebanyak yang mungkin salah satu cara adalah bekerja untuk memnuhi keperluan harian dan selebihnya dijadikan harta dan berusaha mengumpul sebanyak mungkin. Pandangan Islam tentang harta ialah pertama pemilik yang mutlak iaitu Allah subhanahu wa ta’ala, pemilikan Allah secara menyeluruh manakala pemilikan manusia bersifat terbatas. Status yang dimilki oleh manusia adalah harta yang diamahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala, manusia hanyalah diamahkan untuk memegang sahaja amanat dari Allah tanpa boleh memilikinya secara mutlak. Kedua harta kepada manusia hanya perhiasan semata-mata tanpa berlebih lebihan. Harta bagi manusia juga ialah sebagai ujian keimanan. Hal ini kerana berkaitan cara manusia mendapatkan harta tersebut dan cara memanfaatkannya. Sesetengah manusia leka dengan harta yang dimiliki kerana mreka yakin harta mereka hak mereka, tetapi mereka tidak sedar, harta yang dimilki hanya amanah dari Allah sahaja bukan hak mereka yang mutlak. Harta juga sebagai bekalan untuk akhirat kelak. Ini kerana Allah menguji sejauh mana manusia mengunakan harta yang diamanhkan kea rah jalan yang betul seperti zakat, sedekah dan lain-lain. Ketiga ialah pemilikan harta yang diperolehi melalui titik peluh sendiri iaitu usaha( ‘amal) atau mata pencarian( Ma”isyah) yang halal dan sesuai mengikut peraturaNya. 

 ‘Sesungguhnya Allah mencintai hambaNya yang bekerja. Barangsiapa yang bekerja keras mencari nafkah yang halal untuk keluarganya maka sama dengan mujahid di jalan Allah’ (HR Ahmad). 

Kempat pula menurut pandangan Islam ialah dilarang mencari harta atau bekerja yang melupakan mati iaitu hari akhirat kelak. Sibuk dengan duniawi. Melupakan solat, zakat yang mejurus kepada kepada akhirat. Kelima pula ialah dilarang mendapat harta secara haram isitu dengan cara riba. Hal ini kerana riba diharamkan kerana ini akan menindas golongan yang lemah. Islam mengharamkan penyeksaan terhadap sesame umat Islam. Kegiatan jual bei barang secara haram, menipu timbangan dan rasuah. Semua ini adalah bentuk-bentuk kaedah melipat gandakan kekayaan dengan cara yang salah dan haram tanpa menghiraukan orang yang akibatnya terhadap orang lain kerana dibutakan dengan hawa nafsu yang inginkan cepat kaya. 

Pemilikan harta menurut Islam ialah yang pertama iaitu pemilik mutlak adalah Allah subhanahu wa ta’ala. Harta Allah bertujuan diarahkan untuk kepentingan manusia selaras dngan tujuan penciptaan harta sendiri. Islam akui pemilikan secara individu iatu secara khusus iaitu konsep khilafah bahawa manusia di muka bumi ini dhidup sebagai khalifah dimuka bumi ini. Khalifah di muka bumi ini mestilah dimanfaatkan dengan betul sesuai dengan aturan dari Allah. Dalam al-quran ada menyebut tentang hak harta yang menunjukkan hak pemiikan seseorang individu itu. Islam ini mudah kerana Islam menjamin keselamatan harta dan perlindungan harta secara hukum untuk memudahkan urusan manusia di muka bumi ini. Islam juga mengakui kepemilikan bersama contohnya kepemilikan negara. Ini dilihat dalam bentuk kerjasama bagi kedua pihak dana atas kerelaan. 

Kaedah menbelanjakan harta pula menperoleh harta yang halal dengan beberapa konsep iaitu sukarela manfaat dan meghidari dari memudaratkan seseorang individu itu. Diantara cara menperolehi harta iaitu perjanjian-perjanjian hak milik seperti jual beli, hibah( hadiah) dan wasiat serta warisan sesuai dengan ajaran Islam dan pemberian dari pemerintah juga hak-hak keagamaan seperti zakat nafkah isteri dan sebagainya. 

Cara menperolehi harta yang dilarang pula ialah bertentangan dengan konsep diatas yang dilarang yang bertentangan dengan prinsip-prinsip tersebut diatas, iaitu memperoleh harta dengan cara-cara yang mengandungi unsur-unsur paksaan dan tipuan yang bertentangan dengan prinsip sukarela. Sebagai contohnya prinsip meampas harta orang, menjual barangan palsu, mengurangi ukuran dan timbangan dan sebagainya. Kemudiannya, mmperoleh harta dengan cara yang justeru mendatangkan mudharat dan keburukan dalam kehidupan masyarakat ini. Oleh itu, kita perlu mencari jalan untuk memperolehi harta yang halal yang diredhai oleh Allah subhanahu wa ta’ala

Kesimpulan
Secara ringkasnya, perkembangan kehidupan manusia pada zaman ini adalah sejajar dengan ciri-ciri madani pada diri seseorang manusia sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Ibnu Khaldun. Proses memanfaatkan ciri-ciri madani tersebut menbolehkan manusia menbina tamadun mereka sendiri berdasarkan sejarah tamadun- tamadun dahulu menbuatkan kita perbaiki pada masa depan iaitu mengambil iktibar. Perubahan peradaban manusia dari zaman batu hinggalah kepada zaman teknologi menbolehkan manusia mencipta sesuatu berdasarkan idea zaman-zaman terdahulu supaya ia lebih bermanfaat dan berdaya saing sejajar dengan menbangunkan sesebuah tamadun. Manusia yang bertamdun bertamadun telah berjaya menjimatkan penggunaan tenaga, mendekatkan jarak dana masa serta menggunakan semua sumber kehidupan secara optimum. 

Sejarah terdahulu latar belakang menjadi pengajaran kepada kita supaya menperbaiki pada masa akan datang dan tidak mensia-siakan peluang yang ada sebagai manusia yang bertamadun. Pelantikan Rasulullah sebagai nabi dan rasul adalah rangka dan proses menperkukuhkan rangka tamadun melalui tauhid dan ubudiyyah. Islam mengajak manusia meneliti sejarah yang tersedia dan memahami secara terperinci untuk menperbaiki pada masa yang akan datang. 
Faktor penting untuk menentukan pembinaan, perkembangan serta kejatuhan sesuatu tamadun manusia adalah berdasarkan penghayatan dan pegangan terhadap ajaran Islam ini. 
Agama Islam adalah agama yang benar yang menyediakan manusia peraturan-peraturan asas dalam menbina sesuatu tamadun yang kukuh demi kelangsungan hidup. 

Rujukan 
1. Pemikiran Dan Tamadun Islam, Penulis Mohd Zainodin bin Mustaffa, tahun terbit 2011. 
2. Tamadun Islam Pemikiran dan Sejarah Perkembangan, 2014, Penerbit akademik Islam kontemporari UiTM Melaka, Jalan Lendu 78000 Alor Gajah, Dicetak oleh Percetkan Kok Bin Sdn. Bhd. 
3. Al-Quran Dan Terjemahan, Mujamma’al Malik Fahd Li Thiba’at Al-Mush-haf Asy-Syarif Madinah Al-Munawarrah P. O Box 6262 Kerajaan Arab Saudi


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)