Al Quran Sebagai Sumber Tamadun Islam

Al-Quran Merupakan Sumber Tamadun Islam. 

PENGENALAN:
Tamadun Islam tidak bersumberkan kepada pemikiran manusia semata-mata. Sesuai dengan sebuah tamadun yang berasaskan ajaran Islam, maka sumber yang digunakan untuk mendirikan dan memajukan tamadun adalah sama dengan ajaran Islam iaitu al-Quran, as-sunnah dan ijtihadi. Dalam perbahasan ilmu ketamadunan Islam ditambah lagi satu iaitu pengalaman tamadun asing. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai sumber tamadun Islam:

Al-Quran
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam bahasa Arab secara beransur-ansur melalui malaikat Jibrail as. Ianya bersifat mukjizat yang disampaikan secara mutawatir dan menjadi ibadah kepada orang yang membacanya. 

Kepentingan di dalam proses membina tamadun ialah al-Quran membekalkan asas-asas keimanan kepada manusia. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 164 yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu pelbagai jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. 

Al-Quran juga menjadi sumber bagi asas keilmuan yang penting untuk pembinaan sesebuah tamadun. Allah subhanahu wa ta’ala ada berfirman mengenai penciptaan haiwan seperti alam dalam surah al-Nahl ayat 5 yang bermaksud “ Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan. ”

Al-Quran juga menjadi rujukan kepada asas-asas kebenaran sebagaimana dalam maksud firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah an-Nisa’ ayat 58 iaitu “ Ssungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (mnyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat. ”
Sesungguhnya al-Quran tidak meninggalkan suatupun permasalahan hidup manusia. Menurut Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, sekiranya wujud sesuatu yang tidak diketahui dan tidak diketahui jawapannya dalam al-Quran, bukanlah bermakna Allah subhanahu wa ta’ala terlupa, akan tetapi manusia yang tidak mengetahui di mana letaknya hukum dan permasalahan yang dibincangkan dalam al-Quran. 

Seperti yang kita ketahui, terdapat banyak keistimewaan al-Quran lebih-lebih lagi untuk memperbaiki masyarakat. Sifat-sifat istimewa al-Quran termasuklah bersifat ketuhanan (rabbaniyah), bersifat menyeluruh (syumul), bersifat realistik(waqi’ah), bersifat stabil dan fleksibel (murunah), bersifat beransur-ansur (tadarruj), bersifat sebagai penyemangatan dan pemberi ancaman dan bersift mudah (taisir)
ANTARA TIPS UNTUK CEMERLANG DARIPADA ALQURAN AGAR TAMADUN DAPAT DITINGKATKAN:
1- Cemerlang Dengan Iman dan Taqwa
“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya. ” (surah al-Talaq, ayat 2-3) 

Kecemerlangan bermula dari dalam. Ledakan iman dan taqwa mampu mengubah dunia dan seisinya. Berhubung dengan ayat di atas, Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Zahr, “Nabi Muhammad telah membaca ayat ini kepadaku (Abu Zahr), kemudian beliau berkata, ‘Wahai Abu Zahr apabila manusia berpegang teguh dengan ayat ini ia sudah mencukupi bagi mereka’. ”
Sahabat Abdullah bin Masud menganggap ayat ini sebagai ‘formula menyelesaikan masalah teragung di dalam Quran’. Ia menunjukkan, mereka yang bertaqwa akan diilhamkan Tuhan dengan petunjuk. Berpandukan petunjuk itu, mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lebih daripada itu, taqwa juga memurahkan rezeki mereka di dunia. 

Mengikut Ibn Abi Hatim, “Ayat ini diturunkan berkaitan dengan insiden Auf bin Malik ditawan oleh musuh. Ayahnya, Malik al-Asyja’ii meminta nasihat nabi berhubung dengan perkara ini dan nabi menyuruh Malik memperbanyakkan zikir dengan kalimah “lahaulawala quwwata illa billah”. Tidak berapa lama selepas itu, Auf dapat melepaskan diri dan terus kembali dengan membawa unta-unta musuh bersamanya. Bapanya bersyukur dengan apa yang berlaku dan berita ini terus disampaikan kepada nabi. Nabi turut bersyukur dan mengizinkan untuk dimanfaatkan unta-unta tersebut”. Kisah ini boleh dijadikan tauladan dan menunjukkan taqwa sangat berkait dengan pertolongan daripada Allah dan kemurahan rezeki. 

Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 29 yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu serta mengampuni dosa-dosamu”. Sahabat Abdullah bin Abbas, Imam Mujahid, Ikrimah, Dakhak, Qatadah dan Mutaqil bin Hayyan mentafsirkan bahawa kalimah furqan yang terdapat dalam surah tersebut membawa maksud jalan keluar. Mengikut sesetengah riwayat pula, seperti sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkan furqan sebagai kemenangan dan pertolongan dari Allah. 

Imam Ibn Kathir merumuskan pandangan-pandangan ini dengan berkata, ” Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yan ditegah, dia akan diberikan petunjuk sehinggal dia mengenali yang mana hak dan yang batil. Ini akan menjadi penyebab kepada kejayaan dan pelepasan dirinya dari masalah di dunia, serta menjadi punca kebahagiaan untuk nya di akhirat…”
Apa itu taqwa?
Umar bin al-Khattab pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab berkenaan maksud taqwa. Ubai bertanya, “Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?” jawab Umar “Ya, pernah. ” Ubai bertanya lagi, “ Apakah kamu lakukan ketika itu?” Umar berkata “Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)” Berkata Ubai, “ Itulah taqwa. ” Daripada jawapan ini dapat disimpulkan bahawa taqwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak terjebak dengan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh semasa beramal berlandaskan al-Quran dan Sunnah. 

Dalam surah ali Imran ayat 102 hingga 10, Allah mengarahkan mereka yang beriman supaya bertaqwa melalui firmannya yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. ”
Abdullah bin Masud mentafsirkan ‘sebenar-benar taqwa’ sebagai ‘melaksanakan taat dan janganlah bermaksiat, sentiasa mengingatinya, jangan lalai dan sentiasa bersyukur serta jangan kufur’. 
Apabila ciri-ciri ini dapat kita hayati, kita menjadi orang paling mulia di sisi Tuhan berdasarkan firmannya dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa antara kamu. ”
Iman sejahtera sebagai asas

Iman sejahtera adalah iman yang berasaskan kepercayaan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Ia adalah asas kepada taqwa. Sehubungan dengan itu, Imam Ibn Hazm berkata, “Ahlu Sunnah Wal Jamaah ialah sahabat-sahabat nabi serta mereka yng mengikut minhaj serta landasan sahabat-sahabat nabi dari kalangan tabiin, ahli hadis serta ulama fikah, dari generasi ke generasi hinggalah ke hari ini. ”
Antara aspek penting dalam iman adalah beriman kepada Allah tanpa melakukan syirik. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu. Ia terbahagi kepada dua iaitu syirik besar dan syirik kecil. Mereka yang melakukan syirik besar terkeluar dari Islam seperti golongan yang mempercayai bahawa Allah mempunyai anak dan Tuhan menjelma ke dalam diri makhluknya. 
Berhubung dengan ini, Allah berfirman dalam surah an-nisa’ ayat 116 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa yang menyekutukannya dengan sesuatu dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakinya. Sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia dalam kesesatan yang jauh. ”
Beriman dengan Allah menyebabkan orang itu menjauhi segala syirik kecil. Syirik kecil tidak menyebabkan orang itu terkeluar daripada Islam, namun ia menyebabkan individu itu berdosa kepada Allah. Kadangkala ia menyerang hati manusia secara halus, sekaligus menghitamkan hati manusia tanpa disedari. Berhubung dengan ini, Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 22 yang bermaksud, “Maka janganlah kamu mengadakan andada bagi Allah sedangkan kamu mengetahui. ”

Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-azim menyatakan pendapat Abdullah bin Abbas berhubung kalimah ananda ini. Beliau menyatakan bahawa ananda adalah perbuatan syirik yang tersembunyi yang lebih halus daripada seekor semut hitam yang melata di atas sebuah batu hitam di malam yang kelam. Syirik ini berlaku apabila, sebagai contoh, ‘Demi Allah dan demi nyawaku. ’ Ia juga berlaku apabila seseorang mengucapkan perkataan, “Jika tidak kerana anjing ini, pencuri itu pasti telah memasuki rumah kita semalam. . . ’. Ini adalah antara syirik kecil yang perlu dijauhi. 
Iman ada naik dan ada turunnya dan naik turun ini ditentukan olh amal. Di dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi an-Nawawi disebutkan, “Iman di hati perlu disempurnakan dengan amal. ” Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, “ Amal ibadah adalah syarat kepada kesempurnaan iman, bukan syarat kepada sahnya iman. Apabila amal kebajikan mukmin itu bertambah maka bertambahlah imannya. Sebaliknya, apabila amal ibadahnya berkurang maka berkuranglah imannya. 

Kejayaan kesan daripada taqwa
Khalifah Omar bin Abdul Aziz terkenal sebagai pemimpin yang bertaqwa lagi adil. Pemerintahannya memakan masa 30 bulan. Dalam jangka masa itu, kemiskinan berjaya dibanteras dan rakyat hidup dalam kemewahan. 

Berhubung dengan ini, Yahya bin Said menyatakan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutuskan aku untuk mengutip zakat di Afrika. Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiannya aku pun mencari golongan fakir untuk diberikan zakat namun golongan ini tidak ku temui. Sesungguhnya Khalifah Omar Abdul Aziz menjadikan kami kaya raya. ” Justeru, taqwa mendatangkan kesenangan kepada individu bukan hanya di akhirat, malah di dunia juga. 

2. Cemerlang dengan memelihara amanah
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka amat zalim lagi jahil. ” (surah al-Ahzab, 72) 

Ayat di atas menunjukkan amanah adalah perkara yang penting dan besar maknanya dalam kehidupan. Tanpa amanah, kualiti akan digadaikan oleh manusia kerana kepentingan peribadi. Memang benar, amanah adalah perkara yang berat sehingga makhluk-makhluk Tuhan yang besar seperti langit, bumi dan gunung-ganang tidak sanggup memikulnya. Sebaliknya, manusia yang kerdil sanggup menerimanya. Justeru, sebahagian daripada manusia mendapat azab Allah kerana mengkhianatinya. Mereka adalah golongan yang zalim lagi jahil. 

Individu yang cemerlang adalah individu yang beramanah. Mengikut Imam Qatadah, “Amanah ialah Islam, ibadah yang fardhu dan batas-batas agama. ” Imam Alusi pula berkata, “Amanah ialah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak Tuhan dan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan atau kepercayaan. ”

Hidup ini adalah amanah
Seluruh hidup ini adalah amanah dan amanah dituntut dalam setiap perkara. Ubai bin Kaab berkata, “Amanah dituntut dalam setiap perkara termasuk wudhuk, solat, zakat, mandi wajib, puasa dan timbangan (dalam perniagaan). ” 

Setiap pancaindera yang dikurniakan Allah kepada makhluknya juga adalah amanah. Allah berfirman dalam surah al-Israk ayat 36 yang bermaksud, “Sesungguhnya pendengaran, pnglihatandan hati, semuanya akan dipertanggungjawabkan. ” Manusia cemerlang adalah mereka yang memanfaatkan pancaindera dan tubuh jasadnya bagi mencapai kejayaan. Ramai orang tidak menyedari bahawa faraj juga adalah amanah. Abdullah bin Amr bin As berkata, “Amanah adalah alat kelamin manusia. Apabila manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya serta keturunannya. ” Antara lambang kejayaan mukmin adalah mampu mengawal keinginan nafsu. Allah berfirman dalam surah al-Mukminum ayat 6-7 yang bermaksud “ Dan mereka ( iaitu orang mukmin yang berjaya), memelihara kemaluan mereka melainkan kepada isteri mereka dan hamba perempuan mereka, yang demikian tidaklah dicela. Dan sesiapa yang mencari lain daripada ini, mereka adalah golongan yang melampaui batas. ” 

Amanah menjadikan individu itu bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan. Oleh sebab itu, Allah berfirman dalam surah al-Qasas ayat 26 yang bermaksud, “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata, ’Sesungguhnya orang yang paling baik untuk dijadikan pekerja ialah orang yang kuat lagi beramanah’. ” Amanah melahirkan integriti dan amanah menjadi syarat penting individu itu diterima bagi memikul sesuatu tugas. 

Amanah Amir dan Yunus
Di dalam Tarikh at-Tabari diceritakan, “Ketika umat Islam berjaya menakluki ibu kota Empayar Parsi, Madain, tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim membawa kotak untuk diberikan kepada pemiliknya dari bangsa Parsi yang bukan Islam. Selepas diserahkan kotak itu kepada pmiliknya, orang-orang Parsi berasa begitu pelik dengan perangai lelaki ini. Mereka berkata sesama sendiri, ‘Kita belum pernah bertemu manusia yang bersikap seperti ini’. Mereka pun terus bertanya kepada lelaki Muslim itu, “Adakah sesuatu yang kau ambil dari isinya?” lelaki Muslim itu lantas berkata “Aku tidak perlu memberitahu namaku yang sebenarnya kerana ia menyebabkan manusia memujiku. Cukuplah bagiku pujian dan pahala daripada Allah’. Mereka terus bertanya tentang hal ehwal lelaki tersebut dan akhirnya mereka diberitahu bahawa beliau adalah Amir bin Abdul Qais. ”

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin pula terdapat kisah seseorang yang bernama Yunus bin Ubaid. Beliau adalah penjual kain. Di kedai beliau terdapat kain yang beharga 400 dirham dan 200 dirham. Pada suatu hari, semasa Yunus sedang solat di masjid, datang seorang Badwi membeli sepasang baju dengan harga 400 dirham. Pada ketika itu, kedai itu diurus oleh anak saudara Yunus. Anak saudaranya membuat kesilapan dengan menjual kain yang beharga 200 dirham pada harga 400 dirham. Dalam perjalanan pulang, Badwi tersebut bertemu dengan Yunus dan beliau bertanya berkenaan baju yang dipegang oleh Badwi tersebut. Menyedari anak saudaranya telah membuat kesilapan, Yunus meminta Badwi itu ke kedainya untuk diganti baju tersebut dengan baju yang beharga 400 dirham. Lantas Badwi itu berkata, “ Tidak mengapa. Saya bersetuju untuk membelinya dengan harga 400 dirham. Lagipun, di tempat saya, pakaian seperti ini dijual dengan harga yang lebih mahal. ” Yunus tetap bertegas dan menarik Badwi itu ke kedainya dan menukarkan baju yang dibeli olh Badwi tersebut dengan yang sepadan dengn harganya. 

Jika pada hari ini Yunus dan Amir dapat diteladani, kita bakal menjadi umat yang cemerlang dalam bidang yang kita ceburi. Sekaligus dapat meningkatkan tamadun bangsa kita. 

3. Cemerlang bekerja dalam pasukan. 
“Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan. ” (surah al-Maidah, 2) 

Pada hari ini, konsep teamwork atau bekerja dalam pasukan amat ditekankan kerana ia adalah unsur penting yang menjamin kecemerlangan dan kejayaan. Sebenarnya, konsep ini bukanlah konsep baru dalam Islam. Ia ditekankan oleh Islam sejak awal dahulu terutamanya dalam usaha menegakkan kalimah Allah. 

Allah berfirman dalam surah al-Saf ayat 4 yang membawa maksud, “ Sesungguhnya Allah menyukai jika perjuangan di jalannya dilakukan (secara tersusun) seperti saf seolah-olah mereka seperti sebuah bangunan yang kukuh. ” 

Imam Qatadah memberi pandangan yang amat mnarik berhubung dengan ayat ini. Beliau berkata, “Tidakkah kamu melihat bagaimana bencinya pmilik bangunan jika bangunan yang terbina tidak tersusun? Begitulah juga kiasnya dengan Allah. Dia tidak menyukai perintahnya dilaksanakan dengan cara yang tidak teratur. Allah memerintahkan agar barisan di medan perjuangan berada dalam keadaan yang tersusun rapi sebagaimana tersusunnya saf ketika sedang melakukan solat berjemaah. ”

Walaubagaimanapun, tolong-menolong dalam Islam ada prinsip dan landasannya. Oleh sebab itu, dalam surah al-Maidah ayat 2, Tuhan melarang umat Islam tolong-menolong dan bekerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan. Sebaliknya, tolong-menolong itu diizinkan hanya dalam aspek taqwa. 

Solat berjemaah sebagai latihan. 
Islam mendidik umatnya berkenaan kepentingan bekerja dalam sebuah pasukan melalui solat. Apabila solat berjemaah ditegakkan, imam yang berwibawa perlu dipilih. Pada masa itu, umat Islam sedang dididik berkenaan kepentingan memilih seorang pemimpin yang berwibawa untuk pasukan mereka. Berhubung dengan ini, Imam Ibn Majah meriwayatkan bahawa nabi bersabda mafhumnya, “Tidak boleh seseorang yang keji dilantik menjadi imam kpada orang mukmin. ”

Semasa ahli-ahli jemaah berdiri dan menghadapkan wajah mereka ke arah kiblat di samping merapatkan saf untuk solat, ia menunjukkan kepentingan perpaduan, kerjasama dan disiplin dalam sesebuah pasukan. Pada zaman nabi, sahabat-sahabat sering diingatkan, apabila mereka tidak bersungguh-sungguh meluruskan saf, benih-benih perslisihan akan mula bercambah di kalangan mereka. Nabi bersabda mafhumnya, “Hendaklah kamu meluruskan saf-saf kamu atau Allah akan perselisihkan antara wajah-wajah kamu. . . ” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, an-Nasai dan Ibn Majah. 

Di samping itu, solat berjemaah juga mengingatkan umat berkenaan konsep persamaan dalam Islam. Mereka yang solat berjemaah akan berdiri berdekatan antara satu sama lain. Masing-masing menghadapkan wajah pada satu arah kiblat yang sama serta menyembah Tuhan yang satu, tidak kira sama ada di raja mahupun orang biasa. Begitu juga suasana yang perlu diwujudkan dalam pasukan. Perasaan ego dan bangga diri perlu diketepikan jika ingin berjaya dalam projek yang dijalankan. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa nabi bersabda mahumnya, “Kesemua kamu berasal dari Adam. . . . Tidak ada kelebihan seseorang ke atas seseorang yang lain melainkan berdasarkan agama dan taqwa. . . . ”

Apabila kesalahan berlaku dalam solat, imam boleh ditegur. Apabila kesalahan imam melibatkan rukun solat, makmum dilarang mengikut imam. Pada masa itu, makmum hendaklah berniat mufarraqah atau berpisah dari imam. Begitu juga dalam pasukan. Ketuanya haruslah bertanggungjawab dengan kepimpinannya dan tidak boleh bertindak melulu. Apabila penyalahgunaan kuasa berlaku antaupun ketua melanggar prinsip dan polisi, dia perlu ditegur dan diperbetulkan. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, nabi bersabda mafhumnya, “Setiap Muslim dituntut mendengar dan mentaati pemimpin dalam perkara yang mereka suka ataupun benci melainkan jika disuruh melakukan maksiat. Ketika itu tiada lagi tuntutan untuk dengar dan taat. ”

4. Cemerlang melalui musyawwarah
“Mereka yang mematuhi seruan Tuhan mereka dan menegakkan solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawwarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. ”(surah asy-syura, 38)

Antara perkara yang perlu dilakukan oleh umat Islam berpandukan ayat di atas adalah musyawwarah. Musyawwarah penting terutamanya semasa bekerja dalam sebuah pasukan. 

Di dalam Tafsir al-Azhar, Hamka berkata, “Urusan dalam kehidupan boleh dibahagikan kepada dua iaitu urusan agama dan dunia. Dalam hal yang berkaitan dengan agama seperti ibadah, syariah dan hukum dasar, ia perlu dirujuk kepada Allah. Dalam hal yang berkaitan dengan perang dan damai, ekonomi, pertanian dan perhubungan sesama manusia, musyawwarah perlu dilakukan. Keputusan hendaklah dilakukan berdasarkan pertimbangan antara maslahat (iaitu apa yang baik untuk umum) dan mafsadat (iaitu apa yang memudaratkan). 

Kepentingan musyawwarah
Musyawwarah ada kebaikannya. Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir menukilkan pandangan Imam Nasafi yang berkata, “Dalam hadis telah disebutkan, “Tidaklah satu kaum bermusyawwarah melainkan Allah akan menunjukkan mereka jalan yang lebih betul berhubung urusan mereka. ” Abu Hurairah berkata, “Tidak pernah aku meihat golongan yang lebih banyak bermusyawwarah dari sahabat-sahabat nabi. ”

Musyawwarah ada adabnya. Imam Alusi berkata, “Kebanyakan musyawwarah yang berlaku antara nabi dengan sahabat-sahabat beliau berhubung dengan strategi peperangan. Pada era para sahabat, di samping brmusyawwarah berkenaan stratregi peperangan, mereka juga berbincang berkenaan hukum hakam tertentu seperti hukum memerangi golongan murtad, penetapan harta pusaka bagi datuk, jumlah sebatan bagi peminum arak dan seumpamanya. Perlu diketahui bahawa dalam perkara yang telah jelas nas dan hukumnya, maka musyawwarah tidak boleh dilakukan untuk mengubah hukum itu. Mengikut al-Khattib, sahabat Saidina Ali pernah bertanya kepada nabi, “Ya Rasulullah, jika berlaku selpasmu perkara-perkara yang tidak pernah disentuh oleh al-Quran dan tidak pernah kami mendengar tentangnya darimu (apakah yang perlu kami lakukan)?’ Nabi menjawab, “Himpunlah ahli-ahli ibadah dari kalangan umatku dan bermusyawwarahlah sesama mereka. Janganlah kamu membuat keputusan berdasarkan pandangan seseorang individu. Hendaklah orang yang kamu minta pendapat itu seorang yang baik akalnya dan baik ibadahnya’. ”

Selagi mana musyawwarah dilakukan secara yang betul, selagi itulah umat akan berada dalam kesejahteraan. Di dalam al-Asas fit Tafsir, Said Hawa menukilkan sebuah hadis yang bermaksud, “Jika pemimpin-pemimpinmu adalah dari kalanganmu yang terbaik, golongan hartawanmu pula adalah dari kalangan yang pemurah, dan urusanmu diselesaikan mengikut musyawwarah, maka (hidup) di atas bumi adalah lebih baik dari di bawahnya. Sebaliknya, jika pemimpin-pemimpinmu adalah dari kalangan yang keji, para hartawanmu adalah dari kalangan yang kikir, dan urusanmu kamu serahkan untuk diputuskan oleh kaum wanitamu, maka ketika itu hidup di bawah bumi (iaitu kematian) adalah lebih baik dari atasnya. ”

Sumber wahyu tamadun Islam adalah al-Quran dan as sunnah. Dalam al Quran membicarakan pelbagai aspek dari sudut social, ekonomi, politik dan akhirat. As sunnah pula adalah sebagai penyokong kepada al quran. Sebagai contoh, dalam al quran menyuruh umat Islam menunaikan solat lima waktu tetapi al hadith menerangkan bagaimana untuk mengejarkan solat tersbut. Sebab al quran menjadi sumber utama juga kerana: 
-merupakan mukjizat
-kekal hingga akhir zaman
-membacanya adalah ibadah
-merangkumi semua persoalan kehidupan
-menjadi penawar dan ubat
-menjadi rahmat kepada seluruh umat manusia. 

SEBAB-SEBAB AL-QURAN MENJADI SUMBER UTAMA TAMADUN ISLAM:
Al quran adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Di dalamnya terkandung rislah Islam yang merangkumi ilmu, hikmat dan petunjuk berkaitan dengan kepercayaan, ibadat, kemasyarakatan, pentadbiran, hokum da nisi pengajaran yang berkaitan dangan hidup. Ia merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad yang kekal sepnjang zaman. Al Quran juga banyak membincangkan mengenai ketuhanan, nilai moral, alam ghaib, alam semesta, social budaya, politik, undang- undang, ekonomi dan ketenteraan. 

Ketuhanan: 
Dalam al-Quran banyak menyebut tentang kewujudan tuhan. Selain itu, Al- Quran banyak menceritakan kebesaran dan keesaan Allah subhanahu wa ta’ala. Ia juga ada meceritakan mengenai ketuhan agama lain dan mengenai kepercayaan manusia pada zaman jahiliah, dimana mereka mempunyai pelbagai agama dan kepercayaan seperti agama samawi, yahudi, kristian dan lain-lain. Pada awal agama Islam sampai di tanah arab, mereka yang hidup di zaman jahiliah menolak ajaran dan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah dengan mengatakan baginda membawa ajaran sesat. Setelah, baginda berdakwah secara terang terangan, ramai masyarakat arab memeluk Islam. Sepanjang berdakwah baginda mendapat tentangan yang amat dahsyat akan tetapi dengan rahmat dan bantuan daripada Allah taala, baginda dapat membuka satu kerajaaan yang dipanggil khulafa’ Ar’rasyidin. Disini satu contoh ayat al-Quran menunjukan Allah maha berkuasa : 
“katakanlah Allah subhanahu wa ta’ala yang telah menurunkan al-Quran itu amat egetahui segala rahsia di langit mahupun di bumi, sesungguhnya Dia adalah Maha pengampun dan Maha Penyayang. (Surah al-Furqan 25:6)

Alam semesta:
Al Quran banyak memuatkan pembicaraan tentang alam semesta dari berbagai aspek. Al quran juga telah memperkenalkan kita petunjuk-petunjuk tentang kewujudan Maha Pencipta serta dalil keesaan-Nya. Diceritakan hal itu kepada kita dengan gambaran yang sangat terang dan nyata dapat ditanggapi sama ada oleh orang bijak atau bodoh, yang boleh membaca atau buta huruf. 
Al quran juga memperingatkan kita bahawa alam semesta dengan segala manifestasi yang kelihatan itu bersifat menipu daya. Justeru, al quran memberi peringatan agar jangan sampai kita terpedaya dan cenderung kepadanya. Namun, pada masa yang sama al-quran turut mendorong kita supaya mempergunakan alam semesta ini serta mengambil manfaat daripadanya. Ia menunjukkan kepada kita bahawa alam ini mempunyai kepentingannya demi mewujudkan sebab-sebab yang membolehkan kita hidup dan membentuk masyarakat yang kukuh. Ia memperingatkan kita supaya jangan meminggirkan alam ini atau cuba melarikan diri daripada mengecapi nikmat yang ada padanya. Perkara paling penting yang menarik perhatian kita oleh al-Quran tentang hakikat alam semesta yang mengelilingi kita ialah ia diibaratkan sabagai lidah yang berbicara dan penerangan yang muktamad. Alam ini bagaikan menyeru dengan seruan yang dapat difahami oleh semua orang yang mahu berfikir. Seruan ini mengajak mereka untuk menyedari bahawa alam semesta ini adalah hasil daripada ciptaan Maha Pencipta dan keesaanNya. Ia sebagai bukti bahawa Maha Pencipta itu bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, tanpa ada sedikitpun sifat kekurangan. 
Ayat al quran yang menerangkan kepada kita mengenai alam semesta ini amat banyak. Antara yang dapat kami sebutkan ialah:

“ dan tidakkan oarng-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum(sebagai benda yang satu), lalu kami pisahkan antara keduanya? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? Dan kami telah menjadikan di bumi gunung ganang yang mentapnya, supaya bumi ini tidak mengegarkan mereka: dan kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka(yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan kami) yang ada padanya. Dan dia lah (tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapun-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). 
 (surah al-Anbiya’:21: 30-32)

Namun, al Quran memberikan penjelasan kepada orang yang mahu menggunakan akal fikirannya bahawa keadaaan sebenarnya bukan begitu. Persoalannya tersembunyi disebalik satu syarat asas yang merupakan aspek yang sangat penting ( dalam mewujudkan kekekalan tamadun). Kalau sesuatu umat berjaya melaksanakannya dengan cara yang betul dalam usaha membangunkan tamadun manusia, maka dengan sebab syarat itu wajarlah tamadunnya akan mencapai ke mercunya. Kemudian dengan adanya syarat itu juga tamadun akan dapat bertahan daripada seabarang factor yang melemahkan dan membinasakannya. Tamadun itu akan kekal gemilang dan kuat selagi syarat itu masih kekal dikawal selia dengan cara yang betul. 

Tamadun terbentuk daripada himpunan ilmu pengetahuan dan pengalaman amali yang tertentu. Tamadun itu sendiri tidak akan menjadi tua atau nyanyuk. Hal ini disebabkan komponen maknawi bagi sesuatu perkara tetap kekal dengan keistimewaan dan kesesuaian sebagaimana adanya. Yang berubah dan bertukar ganti atau menjadi muda dan tua ialah perkara yang terpaksa bangun dengan bergantung kepada komponen-komponen itu, iaitulah manusia. 

SOSIAL BUDAYA: 
Dalam al quran juga meggalakkan kita berkenalan antara satu sama lain antara umat Islam mahupun bukan Islam. Pada zaman Rasulullah, beliau telah menyatukan kaum ansar dan muhajirin. Tamadun Islam menekankan hubungan manusia dengan Allah subhanahu wa ta’ala dimana disebut beribadat untuk mendapat keredhaan Allah. Selain hubungan dengan Allah, hubungan dengan masyarakat, haiwan dan harta benda juga dititikberatkan. Dalam membina tamadun memerlukan hubungan antara manusia kerana tamadun berkait dengan perubahan akhlak dan sasiah diri seseorang. Muamalat sering dikaitkan dengan social budaya kerana ramai yang memakai perkataan itu. Muamalat mengenai kehidupan seseorang. Al-Quran juga melarang mengada hubungan songsang antara manusia seperti mana berlaku pada zaman nabi yusof. Dimana mereka mendapat bala dan diterbalikkan bumi. Oleh itu, untuk mecipta tamadun yang berjaya hendaklah menjaga hubungan dengan allah terlebih dahulu. Di dalam Islam individualisme dengan kolektifisme atau perseorangan berimbang dengan masyarakat. Islam menyuruh mulakn dengan diri sendiri tetapi hendaklah meluas kepada masyarakat. Penuhkan keperluan untuk diri sendiri tetapi jangan lupa kepada keperluan masyarakat. Islam membenarkan hak-hak asasi manusia, tetapi dalam perlaksanaannya jangan ganggu hak-hak asasi orang lain. Dalam usaha menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kejahatam harus dimulai deangan diri sendiri berlanjutan kepada keluarga dan tetangga dan meluas kepada masyarakat. Dalam pergaulan seharian orang muslim harus merendahkan diri tetapi dilarang menghinakan diri, sebab muslim mempunyai maruah atau harga diri sendiri. 

Moral dan akhlak :
Al-Quran sebagai kitab hidayah banyak menjelaskan dan menyeru umat Islam menjaga akhlak dan maruah masing-masing. Allah sentiasa menutup aib kita jika kita sentiasa berdoa dan istiqamah dalam megejarkan ibadah. Manusia juga digalakkan mengikut akhlak iaitu siddiq, amanah, tabilgh dan fatanah. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambing ketiggian, tanda kesempurnaandan gambaran tingkah lakuyang bersih dan suci. Akan tetapi sifat benar merupakan salah satu dari sifat Allah. Dijelaskan firman Allah bermaksud: “Dan siapakan (pula) yang lebih benar perkataannya daripada Allah. ” (Al Nisa: 87) 

Marilah sama-sama ambil pengajaran dan megikut akhlak Rasulullah . Al quran banyak menegas kan dan meyuruh umat manusia menjaga akhlak masing-masing samaada antara umat Islam atau bukan Islam. Akhlak yang baik menunjukkan agama yang baik. Bagi menarik perhatian masyarakat bukan Islam memeluk Islam kita perlu menunjuk akhlak dan kelakuan yang sopan kerana itulah yang diajar dan diperintahkan oleh Allah. Rasulullah juga menunujukkan tingkah laku baik dan percakapan yang lemah lembut dalam mendakwah dengan itu, masyarakat arab mudah tertarik untuk mendengar dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Islam. Secara tidak langsung, dengan kerelaan hati, mereka mengucapkan dua kalimah syahadah. 

Politik: 
Islam amat menitikberat keadilan dan amanah dalam sesuatu pertadbiran. Seperti pada zaman khulafa Ar-rasyidin selepas kewafatan Rasulullah, mereka mengadakan syura untuk menggantikan baginda. Dengan mengadakan sistem syura dab baiah mereka dapat melantik seorang pemimpin yang amanah dalam mentadbir sebuah Negara. Sejak awal dakwah Islam di Makkah dan ketika orang Islam dalam keadaan tertindas, Allah subhanahu wa ta’ala telah menetapkan untuk mereka suatu masyarakat yang saling membantudan saling meyempurnakan antara satu sama lain. Mereka diikat dengan ikatatn ukhuwah(persaudaraan Islam) iaitu beriman dan beribadah kepada Allah subhanahu wa ta’ala, bekerjasama, saling bersyura sentiasa takaful dalam perbelanjaan dan lain-lain. Firman Allah subhanahu wa ta’ala: “dan orang-orang yang meyahut seruan tuhan mereka serta mendirikan solat dan urusan mereka diputuskan secara sesame mereka dan mereka menafkahkan rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka”.  (surah al-syura 42: 38) 

Ini menunjukkan bahawa syura amat penting dalam mentadbir sesuatu tamadun. Sebagai pemimpin juga perlu amanah dan adil dalam menguruskan Negara. Mereka mesti tabah hadapi dugaan dan cabaran, seperti khalifah-khalifah terdahulu, abu bakar as siddiq, dimana beliau tabah memerangi orang-orang murtad dan riddah. Khalifa uthman pula mecipta undang-undang pentadbiran baru dan membuang pegawai yang lemah. Hal ini kerana beliau 
mahu melindungi Negara dengan aman. 

Ketenteraan: 
Al-quran banyak menceritakan mengenai strategi ketenteraan yang disusun oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam beberapa peperang besar seperti perang khadak. Selain strategi yang cemerlang, taat dan setia mematuh arahan juga menjadikan umat Islam berjaya dalam peperangan. Dalam al-quran juga ada menceritakan mengenai ketenteraan Muhammad al-fatih, dimana ketenteraan yang kuat dan mempunyai strategi yang luar biasa. Salah satu rahsia kejayaan beliau adalah mereka tidak meninggalkan sunnah Rasulullah iaitu menunaikan solat secara berjemaah. Mereka yang hidup di zaman peperangan boleh mejalankan sunnah nabi kenapa tidak kita yang hidup dalam dunia yang aman damai. Kita juga perlu berjihad menegakkan agama Islam dari segi emosi dan fizikal kerana zaman semakin canggih dan yahudi boleh mehancurkan Islam dalam senyap melalui teknologi sekarang. Oleh itu, kita sabagai umat Islam mestilah berusaha membela dan melindungi maruah agama Islam daripada tercalar. kita boleh jadi teladan kepada kesungguhan khalifah terdahulu dimana khalifah umar telah menambahkan jumlah tentera dan mencipta benteng perlindungan yang kuat, bagi megelak ancaman dari musuh. Telah pun dijelaskan sebelum ini, bahawa Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian dari peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama pemeluk-pemeluknys supaya sentiasa menjaga keamanan dan berbaik-baik kepad semua bangsa. Islam tidak memusuhi mana-mana kaum atau bangsa. Allah berfirman :

“wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah meciptakan kaum dari lelaki dan perempuan dam Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-puak. Supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra ialah orang yang lebih takwanya di antara kami(bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya) sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuan-Nya(akan keadaan dan amalan kamu). 
 Al-Hujurat: 13

Ekonomi:
Al quran telah menjelaskan dan menyelesaikan masalah ekonomi Islam. Dalam Islam terdapat beberapa cara untuk menghalalkan harta kerana harta yang kota milik di dunia hanyalah sementara dan pinjaman sahaja. Oleh itu, sebagai umat Islam perlu menyucikan harta mereka dengan megeluarkan zakat. Zakat tersebut aakan diagihkan kepada asnaf-ansaf yang memerlukan. Selain itu, ekonomi Islam juga melalui hadiah, sedekah, muamalat, jual beli, wakaf, wasiat dan lain-lain. Dalam al-quran menerangkan satu- persatu tentang masalah ekonomi dan cara menyelesaikannya. Tiada lagi keraguan mengenai ekonomi Islam. Akan tetapi, Islam juga melarang melakukan riba, tipu dalam jual, judi dan rasuah. 

Tiap-tipa muslim diharamkan memboros atau membazirkan dan bakhil, sebab kedua duanya adalah bertentangan dengan muslihat masyarakat. Firman Allah : “dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” At-Taubah 34 

Sikap kedekut amatlah bertentangan dengan pengajaran-pengajaran Islam yang meyuruh umatnya supaya mengambil nikmat tanpa boros dan bangga. Islam amat menggalakkan umat nya berusaha menambahkan rezeki. Dalam mencari rezeki banyak Allah menceritakan cara, rukun dan larangan apabila melibatkan harta benda. 

Alam ghaib: 
Dalam al quran juga ada menerangkan mengenai alam ghaib separti jin dan iblis. Allah menceritakan bagaiman jin diciptakn iaitu daripada api neraka. Selain itu, allah juga memberitahu kewujudan syurga dan neraka, dimana umat manusia tidak mampu melihat nya. Ini diceritakan melalui peristiwa israj dan makraj, Rasulullah diangkat ke langit untuk bertemu Allah, disana juga baginda dibawa oleh malaikat jbrail untuk melihat umat nya yang berada di syurga dan di neraka. Pelbagai keseksaan yang diterima oleh manusia atas perbuatan mereka sendiri. Manusia tidak berhak menkaji untuk melihat Allah, syurga dan neraka keran manusia hanya sekadar perlu tahu. 

Undang-undang :
Satu lagi asas untuk membentuk masyarakat disamping asas-asas diperkatakan tadi ialah undang- undang dan peraturan. Undang-undang juga diceritakn dalam al-quran dimana terdapat pelbagai undang-undang dalam Islam seperti undang-undung jenayah, syariat, keluarga, aljimak, ijtihar dan qisas. Terdapat juga beberapa istilah yang digunakan seperti al-syariah al-Islam atau syariah Islam, dan al-fiqh al-Islam atau hukum fiqh Islam. 

Undang-undang keluarga mengenai masalah dan cara pinang-meminang, batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan, rukun nikah dan syarat-syarat bagi tiap rukun, mahar dan mas kahwin, syarat wali dan susunanya, syarat saksi, fasakh nikah, talak, tebus talak serta masalah-masalah nya. Islam mengalakkan perkahwinan keran ia menjadi “sunnah Allah”, hokum semula jadi alam untuk melanjut dan mengekalkan keturunan zuriat manusia hingga ke hari kiamat. Antara dalil dai al quran ialah: Maksudnya: “maka berkahwilah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan(lain): dua, tiga tau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (dia antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. Al-Nisa’:3 

Sebelum berkahwin terdapat beberapa cara seperti pinangan, maskahwin, mahar, wali dan saksi. Penceraian juga mempunyai tatacara, hukum dan rukun tersndiri yang perlu kita lalui. Undang-umdang jenayah pula membincangkan mengenai kesalahan atau melanggar undang-undang yang dilakukan oleh manusia. Dalam menghadapi jenayah, Islam mempunyai pandangan yang khusus yang amat menekankan perimustahaknya jenayah itu dihapuskan atau setidak-tidaknya dikurangkan kejadian itu. Bentu-bentuk hukuman bagi kesalahan jenyah dalam Islam ialah hudud, qisas dan takzir. Hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah. 

Sains dan teknologi:
Sains dalam Islam pula mengenai kebesaran Allah subhanahu wa ta’ala, al-quran banyak menceritakan kebesaran Allah taala seperti kejadian angkasa lepas dan kejadian manusia. Di dalam al-quran banyak ayat yang meyebut galakkan berfikir, meyelidik dan mengkaji. Lebih 750 ayat saintifik yang menyentuh fenomena alam yang menjadi tanda kebesaran dan kekuasaan allah. Penyelidikan Islam berasaskan wahyu Allah membawa setiap kajian kea rah keputusan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda keesaan Allah yang menjadikan segalanya sama ada dalam bentuk hukum-hukum fizik, fenomena atau sistem-sistem kosmos ini. Penyelidikan demikaian amatlah digalakkan dalam Islam dan hanya mereka yang berpandukan wahyu sahaja yang mampu melihat kenyataan di luar alam kebemdaan ini. Firman Allah dalam surah al-Imran(3) : 190-191 yang membawa maksud :
“sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih berganti malam dam siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang akal iaitu orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata” Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari seksa zab neraka. 

Oleh itu, tidak boleh dinafikan lagi bahawa Allah maha pencipta dan maha besar. Kita sebagai umat Islam perlu tunduk dan bersyukur kepada Allah taala. 
Dengan ini dapat dirumusankan bahawa dalam aql-quran menceritakan segaala-galanya mengenai di bumi dan hal-hal manusia. kita sebagai makhluk Allah tidak layak untuk membantah suruhan nya. 

Setiap rasul yang diutuskan Allah di dunia ini, membawa keterangan-keterangan atau kitab-kitab agma untuk disampaikan kepada kaumnya, umatnya atau manusia seluruh seperti nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad. al-quran itu sendiri mengandungi peringatan dan nasihat untuk manusia mengetahui tentang hukum, syariat yang harus mereka patuhi dan taati, dan mengetahui keadaan umat-umat terdahulu apa mereka telah lakukan dahulu dan diturunkan azab siksa kepada mereka kerana mengikari suruhan Allah. Di dalam al-quran juga di terangkan hukum-hukum supaya kemudahan manusia untuk mengetahui. Justeru, al-quran ini sangat sesuai bagi semua lapisan masyarat untuk menjadikan panduan hidup untuk kebahagian di dunia dan di akhirat. Al-quran bukan semata-mata kitab agama dan ibadat bagi umat Islam. Akan tetapi ia mempertanggungjawabkan manusia semuanya dengan tanggungjawab membina tamadun. Sebagai penerangannya, pusat agama yang diwajibkan oleh Allah terhadap hamba-Nya (yang di dalamnya mengandungi ajaran-ajaran ibadat) ialah pembersihan jiwa manusia. Tujuan ibadat itu ialah untuk membersihkan jiwa manusia daripada kekotoran dan keburukan yang bergayut padanya. Pembersihan jiwa merupakan syarat asasi yang melayakkan manusia memikul tanggungjawab tamadun dengan penuh ketelusan dan kesungguhan. Seseorang akan memikul tanggungjawab setulus hati dalam menunaikan pelbagai tanggujawab kepentingan sesamanya mengikut sejauh mana jiwanya bersih dari kekotoran. Manusia hanya menjadi alat untuk melakukan kerosakan di muka bumi mengikut sejauh mana jiwanya bergelumang dengan sifat-sifat yang kotor dan buruk. Dalam hal ini akan melakukan pemusnahan terhadap tumbuh-tumbuhan dan zuriat keturunan hanya kerana mementingkan diri sendiri dan hawa nafsunya, walaupun pada zahirnya kelihatan sebagai orang yang memiliki sifat-sifat terpuji dan akhlak yang mulia. Justeru, pada hakikatnya peranan yang dipertanggungjawabkan oleh Al-quran kepada manusia ialah memakmurkan muka bumi ini secara yang komprehensif. Usaha pemakmuran itu merangkumitanggungjawab membangunkan masyarakat manusia yang sejahtera serta memperkuatkan tamadun manusia yang menyeluruh. Tujuannya supaya manusia akan menjadi penzahir kepada keadilan dan hukum Allah di muka bumi, bukan dengan kekerasan dan pemaksaan, tetapi dengan pengetahuan yang tinggi dan rela hati. 

Walaubagaimanapun, pada zaman sekarang begitu ramai umat manusia yang memandang remeh terhadap kecucian dan tidak menggangap betapa pentingnya isi Al-quran itu sendiri sehingga mengakibatkan pelbagai kesan terhadap hamba Allah itu sendiri. Sedangkan mahhaj tamadun manusia dalam al-quran secara ringkasannya dapat dilihat melalui pentakrifan al-quran tentang manusia. Pentakrifan yang diberikan adalah terperinci merangkumi batang tubuh dan kehidupan serta alam tempat mereka berpijak. Seperti yang sedia maklum tiga aspek ini merupakan rukun bagi mana-mana tamadun sepanjang sejarah manusia yang panjang ini. Semua kerja buat manusia atau masyarakat walau bagaimana pun berlainan hal keadaan mereka tidak terlepas daripada tiga aspek ini, tidak kira apa akidahnya, atau sejauh mana tingginya kedudukan ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Dengan sedikit pemerhatian kita dapat mengetahui bahawa satu-satunya neraca untuk mengukur perjalanan tamadun manusia yang sejahtera serta kemungkinan untuk mendapatkan hasil tamadun yang diimpikan, terletak kepada sejauh mana pengetahuan manusia itu sendiri terhadap tiga elemen tamadun tersebut iaitu manusia, kehidupan dan alam semesta. Pengetahuan tentang hal inilah yang memungkinkan manusia untuk mengatur rapi segala kelengkapan tamadun dengan cara yang betul, iaitu kelengkapan yang dicantumkan daripada himpunan ketiga-tiga elemen tamadun itu sendiri. 

Oleh itu, kesan terhadap umat manusia yang tidak mengamalkan al-quran dapat mengakibatkan manusia itu sendiri tidak dapat melaksanakan hukum-hakam syariat Islam dengan sempurna dan betul seperti yang ditetapkan oleh Islam. Hal ini demikian kerana, terdapat satu dahlil yang menerangkan hakikat itu sendiri yang hampir satu pertiga hukum syariat Islam setelah dikecualikan hukum-hakam ibadat kesemuanya perlu dilaksanakan melalui mekanisme hukum dalam komuniti Islam sama ada melalui pemerintahan tertinggi, iaitu hukum kepimpinan yang dinamakan hukum siasah syar’iyyah atau melalui kuasa kehakiman iaitu semua hukum yang berkaitan dengan perundangan. Ertinya, jika tidak wujud kuasa hukum yang saling lengkap melengkapi seperti yang dikehendaki maka semua hukum menjadi tergantung dan tidak ada ruang untuk dilaksanakan. Oleh kerana itulah perbahasan tertinggi serta bai’ah dan perkara lain yang berkaitan dengannya merupakan perkara paling utama yang diambil berat oleh syariat Islam. Ini kerana perkara tersebut merupakan kunci yang amat diperlukan untuk menjamin perlaksanaan hukum yang disyariatkan oleh Allah kepada hamba-Nya. Ini juga kerana kebanykan hukum dalam syariat Islam menghala kearah membangunkan masyarakat manusia dengan segala keperluan yang membantunya seperti prinsip-prinsip kerjasama, jamin-menjamin serta keselarasan hubungan dan tindakan. Hal yang demikian tidak mungkin dapat direalisasikan dengan sendirinya kecuali melalui pengawasan mekanisme hukum yang bertindak sebagai kuasa pemelihara dan pelaksana, di mana ia perlu dipatuhi dan ditaati berdasarkan perintah Allah sendiri. 

Selain itu, manusia itu sendiri tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah kerana kurang dalam menghayati ilmu yang terkandung didalam al-quran itu sendiri. Maha Pencipta yang bijaksana ini berkehendak supaya manusia dipertanggungjawabkan menjalankan misi memakmurkan muka bumi seperti yang telah kami jelaskan. Tanggungjawab itu diserahkan kepada manusia dengan unit-unit alam yang lain ditundukkan dipermudahkan kepadanya. Begitu juga kehidupan yang ada di segenap batang tubuhnya ditundukkan kepadanya dalam rangka menjalankan misi yang dipertanggungjawabkan. Namun Allah tidak membiarkan manusia terus berada dalam kejahilan dan kebingungannya. Allah tidak membiarkan manusia berterusan dalam telahan dan imaginasinya sendiri. Malah di samping tiga elemen yang ditundukkan kepada manusia ini, Allah sertakan pula sebuah kitab terunggul iatu al-quran yang mengandungi kandungan yang lengkap dan benar, tidak bersimpang siur. Kitab inilah yang memperkenalkan kepada mereka peralatan-peralatan penting ini satu demi satu. Tinggal kepada manusia yang merupakan ketua elemen-elemen tersebut dan perggeraknya untuk menyelidiki kitab yang diberikan kepada mereka. Langkah pertama sekali mereka hendaklah menyakini dengan demonstrasi ilmu, bahawa kitab ini benar-benar diturunkan oleh Maha Pencipta Yang Bijaksana. Setelah itu, ia hendaklah bertekun mengamati dan mentadabburkannya. Maka dengan cara itu akan ternyatalah kepadanya hakikat dan peranan manusia dalam kehidupan ini serta kepentingan tanggungjawab yang perlu dipilukan. 

Dengan merujuk kepada kitab ini manusia akan mengerti apakah hubungan antaranya dengan dunia yang mengepungnya dari segenap arah. Manusia akan menyedari betapa berharganya umur yang dikecapinya dari awal hingga akhir. Setelah manusia benar-benar memahami itu semua, maka tibalah masanya dia menjalankan tugas yang serius. Dialah yang perlu tampil melaksanakan misi suci yang menjadi sebab memuliakan terhadap makhluk-makhluk yang lain. Pelaksanaan misi ini hendaklah dengan adanya kerjasama sesama mereka dengan berpandukan kepada metode yang telah digariskan oleh al-quran. Memang tidak diragukan bahawa jika manusia melaksanakan hal yang demikian dengan berpegang teguh kepada tunjuk ajar yang ada di depannya, penuh keimanan dengan titik tolak yang menjadi asas pegangannya pada langkah yang pertama, maka nantinya Allah akan menimbulkan kebaikan yang tidak putus-putus melalui tangan manusia. di sebalik usaha itu Allah akan menimbulkan kebahagiaan yang tidak dapat digangu gugat untuk mereka. 

Dalam masa yang sama, sesebuah Negara tidak dapat membanggun dengan baik kerana umat manusia tidak mengamalkan garis panduan pentadbiran yang terdapat dalam isi al-quran bagi memajukan Negara. Bukankah telah tiba masanya kepada kita, setelah kita mengetahui semua ini, untuk memulakan usaha yang gigih mempelajari metode tamadun manusia sebagaimana yang digariskan oleh al-quran. Terdahulu, kita telah pun beriman bahawa al-quran ini benar-benar diturunkan daripada Tuhan semesta alam Maha Pencipta langit dan bumi. Bukankah sudah tiba masanya untuk kita memahami dengan sebenarnya tentang hakikat manusia, alam dan kehidupan serta ciri-ciri dan petunjuk-petunjuknya. Al-quran diturunkan kepada manusia, tidak lain dengan tujuan membekalkan pengetahuan ini kepada mereka. Al-quran bertujuan memberikan pendoman kepada manusia bagaimana hendak menggunakan semua instrument yang ada dan mengambil manfaat dengan cara terbaik. Kemudian dengan pemakmuran terhadap muka bumi ini dan pembinaan tamadunnya manusia akan menjadikannya sebagai jalan pengabdian kepada Allah dengan penuh rela hati sebagaimana sebelumnya perhambaan ini diperintahkan kepada mereka secara terpaksa. Terdapat orang hanya faham tentang dirinya dan ciri-ciri kemanusiaannya. Tetapi dia tidak memahami hakikat unit-unit alam yang bertebaran di sekitarnya. Pada satu masa dilihatnya unit-unit alam sebagai perkara yang boleh dimanfaatkan dan pada masa yang lain secara umumnya dia melihatnya sebagai cabaran kepada manusia. Orang ini patut benar tidak mendapat pedoman bagaimana hendak menarik tali pengekang yang terikat pada kesemua manifestasi alam di sekitarnya sebagaimana yang dapat dilakukan oleh orang yang berakal dan berupaya membuat pemerhatian. Maka dengan akal dan keupayaan itu dia dapat memagang unit-unit alam tersebut dengan cara yang bersesuaian. Akhirnya berjayalah dia menundukkan manifestasi alam sebagai alat untuk memberikan perkhidmatan kepada manusia dan kepentingannya. Namum mereka yang tidak mengerti tentang keadaan seperti orang yang takut dan neraca terancam atau bagaikan dirinya adalah musuh yang bertarung dengan alam. 

Secara umumnya orang yang tidak peka dengan himpunan dua hakikat kemanusiaan yang ada dirinya biasanya akan melakukan salah satu daripada dua perkara ini, iaitu sama ada bersikap melampau dan membesar diri terhadap orang lain, bila sahaja ada ruang untuk berbuat demikian. Atau akan terjebak dalam perasaan hina dan rendah diri jika tidak mendapat peluang atau putus harapannya. Lalu di antara dua sikap inilah lahirnya apa yang diterangkan oleh al-quran dengan perbuatan melakukan kerosakan di muka bumi. Malah itulah sikap yang memusnahkan tamadun seperti yang kita lihat dalam lipatan sejarah. Atau tamadun itu hanya akan tinggal saki baki dan sisa runtuhnya yang berselerakan di sana sini. Itulah punca kerosakan yang berlaku di muka bumi. Perbuatan melakukan kerosakan itulah sering diperingatkan oleh al-quran. Al-quran menarik perhatian manusia dengan peringatan ini supaya mereka tidak terjebak melakukan sebab-sebab yang mewujudkan kerosakan. Al-quran memberikan peringatan tentang musibah yang pastinya akan ditanggung oleh mereka akibat mengambil sikap tersebut. Bumi ini tidak pernah berlaku kerosakan pada mana-mana masa pun kerana faktor-faktor semulajadinya. Tidak juga oleh perbuatan binatang. Tetapi kerosakan yang terjadi di bumi sehingga menimbulkan bala bencana itu berlaku apabila nanusia menyimpang daripada mamainkan peranan mengikut fungsi hakikat dan ciri-ciri kemanusiaan yang ada padanya. Akhirnya orang yang kuat berlagak seperti tuhan sementara orang yang lemah terus menjadi hina. Dengan ini setiap kumpulan terkeluar daripada sifat kemanusiaannya. Satu pihak menyimpang ke arah sikap meninggi diri dan menindas, sementara satu pihak lagi mengalah dan merasa hina diri. Lantaran itu hilanglah sikap kerjasama antara sesame mereka, lalu api kebencian menyeramak di kalangan mereka. Akhirnya membawa kepada perbalahan dan pembunuhan. Dengan itu sempurnalah kerosakan yang melalui tangan mereka di muka bumi ini. Fenomena ini merupakan perkara yang berlaku sejak dulu hingga kini. Setiap kali timbul sebab dan faktornya maka berulanglah fenomena tersebuat. Adalah penting mengetahui sebab-sebab kehancuran dan peristiwa yang berlaku sejak dulu sampai kini sama sahaja, walaupun keadaan dunia mengalami perubahan serta corak hidup dan kebudayaan yang berbeza. Daripada al-quran orang yang memahaminya dapat mengambil manfaat untuk dilaksanakan sebagaimana yang difahaminya. 
 Biasanya makhluk yang perasaan dan jiwanya dibentuk oleh dua hakikat ini akan berjaya memainkan peranannya sebagai manusia yang sempurna. Justeru, sebarang tindakannya akan didasarkan kepada inspirasi terhadap pengetahuan mengenai dirinya yang menjadi sebab ia memiliki iman yang sempurna. Perasaan itu akan menguasai emosi dan tingkah lakunya dalam segenap aspek yang diceburinya. Sikap ini merupakan hasil daripada pendidikan yang diberikan dari al-quran kepadanya. Pendidikan tersebut mengawalkan daripada melampaui batas dan had atau menyimpang ke kanan dan kiri. Orang yang terdidik dengan perasaan seperti ini bisanya tidak akan merasa hina sesama manusia yang lain, walau bagaimana banyak sekali pun kelemahan atau kesusahan yang dihadapinya. Pada masa dia tidak rakus untuk berkuasa sewenang-wenangnya walaupun jalan terbuka luas untuknya berbuat demikian. Sejarah telah membuktikan bahawa mana-mana bangsa yang menghayati pendidikan al-quran dengan mendalam ini kebiasaannya akan menyebabkan golongan yang lemah di kalangan mereka terkeluar daripada rasa hina diri yang membelenggu mereka, sementara golongan yang kuat dan berlaku angkuh, sombong terpaksa turun daripada tahta kekuasaan dan kebongkakan mereka. Akhirnya kedua golongan itu saling bertemu di satu titik pertemuan yang pertengahan. Mereka menjadi saudara-saudara yang saling bekerjasama dalam memakmurkan muka bumi dan membangunkan tamadun manusia yang sejahtera. Mereka inilah yang tercanai sikap dan peribadinya melalui pendidikan al-quran. Merekalah pelopor tamadun manusia dan tentera-tenteranya. Merekalah manusia yang diberikan kelengkapan yang cukup untuk membanggunkan tamadun itu mengikut acuan dan hukum al-quran. 

Jika diperhatikan bagaimana al-quran berbicara kepada manusia serta bimbingan dan pengajaran yang ditunjukkan olehnya, maka kita akan mendapati kesemuanya berlegar pada objektif ini. Al-quran mengajarkan kepada manusia bahawa pertama sekali yang perlu mereka ketahui ialah tentang hakikat dirinya sendiri. Kemudian berdasarkan pengetahuan tentang dirinya maka manusia membina peribadi dan tingkah laku yang betul, iaitu dia tidak akan merasa hina dina terhadap selain Tuhan Maha Pencipta yang menghidup dan mematikannya serta mendatangkan manfaat dan mudarat kepadanya. Pada masa yang sama dirinya tidak akan bersalut dengan pakaian keangkuhan dan pelampauan kerana dia tidak menyedari dirinya hanya hamba yang dimiliki oleh tuannya. Kemudian al-quran menunjukkan kepada manusia bagaimana mendapatkan rawatan daripada penyakit hina diri yang mencengkamnya dan bagaimana menyedarkannya daripada rasa mabuk dengan keangkuhan dan besar diri. Namum sekarang kita belum lagi membicarakan tentang rawatan tersebut dan cara penggunaannya. Walaupun begitu kita boleh meringkaskan rawatan tersebut dengan menyatakan: Agama ini sama ada secara umum atau terperinci semuanya tidak lain merupakan rawatan untuk menyembuhkan dua watak ini iaitu hina diri dan keangkuhan yang sangat sukar untuk dibenteras dalam masyarakat atau tamadun manusia. 

Tambahan pula, umat manusia akan mundur dan menganggap diri yang berkuasa kerana kurangnya penghayatan ilmu yang terdapat dalam isi kandungan al-quran itu sendiri. Pada hakikatnya apa yang dimaksudkan oleh al-quran akibat yang berlaku apabila orang tidak beriman dengan Allah dan tidak mengenali hakikat diri manusia ialah timbulnya sikap menganggap dirinya tuhan ke atas orang lain dan berlagak dengan ciri-ciri ketuhanan yang palsu. Namum reality yang berlaku itu tidaklah semestinya dengan menggunakan perkataan ketuhanan atau kehambaan atau pun tidak menggunakannya. Manusia yang berlagak menjadi tuhan begitu mudah mempratikkan sifat ketuhanan palsu mereka melalui slogan kebebasan, persamaan, keadilan, demokrasi dan sebagainya. Bahkan kita semua sedia maklum cara seseorang melaung-laungkan di kalangan kaumnya konon dia adalah tuhan demi mencapai matlamat untuk berkuasa dan melakukan kezaliman merupakan cara lama yang ketinggalan zaman. Cara terbaik pada zaman moden ini ialah dengan mengeksploitasikan slogan-slogan yang memukau tetapi mempunyai maksud yang terselindung. Cuba anda lihat kepada dunia sebelah sana yang bermegah dengan kekufurannya serta kemahuan kepada kebendaan semata-mata, kemudian kesampingkan slogan dan lafaz-lafaz yang mereka gunakananggapkan slogan itu bagaikan tiada dan lihat kepada hakikat cara hidup mereka. Bukankah anda akan dapat melihat dengan cukup jelas bagaimana manifestasi ketuhanan kelihatan melalui tindak-tanduk seperti yang berlaku di kalangan generasi silam. Malah keadaan sekarang penuh dengan cogan kata dan slogan-slogan baru ada yang lebih dahsyat daripada keadaan dahulu. Cukuplah lihat sendiri bagaimana kemanusiaan seseorang manusia hancur lebur hanya kerana hendak menjaga ketuhanan tuhan-tuhan yang ramai lalu dibiarkan mereka itu tanpa sebarang peringatan atau kritiakan. Kesimpulannya, al-quran mendidik manusia dengan memberinya dua jenis makanan. Pertama, makanan yang menyuburkan perasaan betapa manusia asalnya sangat hina dan dia adalah tetap berstatus hamba di sisi Allah. Kedua, makanan yang menyuburkan rasa kemuliaan dan kehormatan diri serta kepentingan kewujudannya di alam hanya tempat dia diciptakan. Mana-mana manusia tidak mungkin bersedia untuk menerima dua jenis makanan ini atau salah satu daripadanya melainkan satelah dia benar-benar menyakini kewujudan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya. 

Tujuan membincangkan perkara yang di atas supaya kita iaitu sebagai umat Islam dapat penjelasan yang jelas untuk membezakan antara memberi kuasa dan memuliakan martabat. Harus diingat bahawa ketinggian Barat dengan tamadun dan kekuatan yang ada padanya ke atas umat Islam, sama seperti tingginya tongkat di atas belakang orang yang akan disebat oleh tukang sebat ke belakang orang yang akan diseksa. Ia sama sekali bukannya ketinggian yang menunjukkan kehormatan dan kemuliaan itu. Ini bererti sangkaan orang bahawa tamadun Barat adalah gemilang pada hakikatnya sebagai pemantulan kepada kemunduran tamadun Islam. Justeru, penyelewengan umat Islam dari sudut akhlak dan social sampai ke darjat yang amat rendah itulah yang menyebabkan mereka sendiri menyangka tamadun Barat adalah tamadun yang kukuh di mercunya. Umat Islam hendaklah membebaskan diri daripada kebodohan dan kejahilan tentang hakikat diri mereka dan merealisasikan pengertian sebenar tentang perhambaan kepada Allah, kemudian berinteraksi dengan kehidupan dan dunia ini mengikut manhaj yang digariskan oleh Allah dan kitab-Nya kerana mengharapkan ganjaran Allah dan takutkan azab seksa-Nya. Jika mereka Berjaya melakukan demikian maka tatkala itu barulah mereka dapat mengetahui dan melihat hakikat sebenar tamadun Barat, penguasaan Barat akan terlepas daripada mereka, dan mereka Berjaya membebaskan diri daripada terikat di bawah landasan orbit dan graviti Barat. 

Pengertian Al-sunnah atau al-hadis dari segi bahasa ialah membuka jalan yang sama ada yang baik atau buruk. makna yang kedua dalam segi bahasa ilah digunakan kepada lawan bagi perkara bidaah, yakni perkara di syarakkan secara mutlak sama ada berpandukan al-quran atau athar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Maksud bidaah ialah perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam yang benar. Takrif al-sunnah di dalam istilah ialah perkara yang datang daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang merangkumi perkataan, perbuatan dan pengakuan. Menurut takrif yang dibuat oleh Dr. Mohd Yusuf Musa ialah tiap-tiap perkara yang keluar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. sama ada perkataan atau perbuatan atau pengakuan. Maksud pergakuan di sini ialah setengah sahabat berkata atau membuat sesuatu perkara di hadapan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. maka baginda berdiam diri atau memujinya. Maka ini pun dikira persetujuan atau pengakuan dari nabi juga. Sunnah menjadi pegangan kepada kaum muslim dan menjadi sumber kedua di dalam perundangan. Seluruh ulama menerimanya sebagai satu daripada sumber atau punca pengambilan hukum di dalam Islam, kerana al-quran itu kebanyakannya bercorak ijmal atau berbentuk umum, yang memerlukan kepada penjelasan atau keterangan selanjutnya. Misalnya al-quran memerintahkan kaum muslim mendirikan sembahyang dengan firmannya: dirikanlah kamu akan sembahyang, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam lah yang menyatakan secara satu persatu tentang kaifiyat dan cara sembahyang itu. Missal yang kedua, Allah memerintahkan kaum musliman untuk mengeluarkan zakat, perintah tersebut adalah berbentuk am, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. telah menerangkan dengan lebih terperinci tentang zakat iaitu diterangkan bahawa zakat haiwan ternakan itu dikenakan kepada jenis unta, jenis lembu, jenis kerbau, dan jenis kambing biri-biri. 

Sunnah juga merupakan sesuatu wahyu dan apabila kita berpegang dengan sunnah atu hadis bererti kita berpegang kepada al-quran juga. Walau bagaimana pun terdapat segelintir orang yang termasuk dalam golongan ahli bidaah yang bersikap sangsi terhadap sunnah. Ada pun ulama-ulama yang muktabar dan seluruh kaum muslimin telah memberi penghargaan yang tinggi kepadanya. Apabila sahlah hadis daripada Rasulullah terus diterima, mereka tidak pernah menolak hadis yang benar atau memakai pendapat yang bertentangan dengan al-sunnah, Cuma apabila ada suatu hadis tang samar-samar atau kurang diyakini tentang kebenarannya atau ia ditafsirkan menurut pendapatnya yang dianggap kuat mungkin ia meninggalkan hadis yang kurang baik. Tidak diragukan lagi bahawa al-quran al-karim adalah sumber pertama dan utama perundangan Islam. selepas al-quran, al-sunnah lah yang menjadi sumber kedua. Al-sunnah sebagai sumber yang kedua perundangan Islam tidak dipertikaikan ladi, Cuma ada segelintir manusia Islam yang meragui al-sunnah itu da ada pula yang menulaknya. Ini sebenarnya berpunca dari pengaruh orientalis barat yang memang tugas mereka meragui umat Islam bukan sahaja terhadap al-sunnah, tetapi terhadap terhadap al-quran ini sendiri. Sebagai umat Islam yang sebenar kita wajib percaya kepada hadis dan wajib menerima dengan penuh yakin bahawa al-sunnah itu adalah benar. Jika keraaguan tentang al-sunnah itu wujud maka sedarlah bahawa itu adalah suatu kejayaan musuh-musuh Islam terutamanya orang-orang orientalis untuk menjauhkan umat Islam dari agamnya. Mereka telah lama berusaha dengan berbagi-bagai cara untuk menyesatkan kita. Di antara maslah yang boleh menyesatkan kita ialah meragui sumber asli perundangan Islam itu sendiri. 

Al-sunnah ialah segala sesuatu yang lahirnya dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. sama ada perkataan, perbuatan atau persetujuan. Fungsi al-sunnah antara lainialah memberikan penerangan yang lebih jelas terhadap maksud yang sebenar dari ayat-ayat al-quran yang diturunkan. Menurut ulama ialah untuk menerangkan fungsi al-sunnah yang antaranya lainnya untuk menjelaskan sesuatu yang memerlukan penjelasan dari ayat-ayat al-quran itu. Hal ini adalah perlu kerana seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, bahawa ayat-ayat al-quran itu banyak yang berbentuk umum. Untuk menerangkan peranan, tanpa al-sunnah amak sukar untuk memahami ayat-ayat itu. Al-sunnah di samping menjelaskan sesuatu yang memerlukan peenjelasan dari al-quran, mengkhususkan yang umum, memanjangkan yang ringkas dan sebagainya. Ia juga adalah menyempurkan dari kesuluruhan undang-undang Islam itu sendiri, dalam konteks merealisasikannya sebagai sesuatu yang praktikal. Hal ini bersesuaian sekali dengan sifat pengajaran-pengajaran al-quran itu bukan hanya teori yang tidak boleh dipraktikkan malah ianya telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. dengan jayanya. Al-quran pula adalah kitab Alah yang didalamnya terkandung berbagai-bagai petunjuk dan hukum-hukum serta ilmu pengetahuan dalam segala bidang. Jika sekirannya al-sunnah untuk menghuraikan dengan lebih jelas ayat-ayat al-quran dengan segala istilahnya dan tujuannya maka kekaburan akan wujud selama-lamanya. Muhammad sebagai penterjemah makna al-quran telah menerangkan pengajaran-pengajaran Islam yanga a berpokok kepada al-quran dengan perkataan atau sabda-sabdanya, pekerjaaan dan perbuatannya, juga persetujuannya. Semuanya itu selaras dengan isi al-quran itu sendiri. Oleh itu, dapatlah disifatkan bahawa peranan al-sunnah dalam menerangkan isi al-quran ini menjadi kenyataan adalah hakikat yang benar. 

Apabila usaha-usaha seperti itu mula dilaksanakan maka ulama-ulama hadis menerima baik malah menyambut sereuan khalifah Umar Aziz supaya orang yang berkobolehan dalam bidang tersebut mengusahakan terus pengumpulan dan penmuliaan hadis itu. Di Makatul Mukaramah lahir Ibnu Juraih sebagai pengumpul hadis. Pada mulanya hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tedak disusun mengikut bab-bab tertentu seperti yang wujud sekarang, tetapi perkembangan pengumpulan dan penulisan hadis seterusnya menghendaki supaya hadis-hadis itu dikumpul dalam bentuk penyusunan mengikut bab-bab yang tersusun rapi. Di akhir abad yang kedua Hijrah, penulisan hadis mencapai sesuatu kejayaan baru di mana muncul ulama-ulama hadis yang mengusahakan penulisan hadis mengikut penyusunan secara Almasanid iaitu sandaran –sandaran yang sebenarnya diriwayatkan dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. usaha menghalusi hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. supaya terjamin nilai hadis yang sebenar terus diusahakan. Tiap-tiap ulam di zman yang seturusnya makin mengetatkan syarat-syarat untuk menerima hadis supaya tidak bercampur aduk dengan hadis palsu yang mungkin disogokkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kitab-kitab hadis yang terkenal Sunan Sittath, iaitu enam jenis kitab hadis yang diterima umum sebagai hadis-hadis yang dapat dipertanggungjawabkan dan keenam-enam kitab kumpulan hadis dari pakar-pakar hadis adalah menjadi sumber perundangan Islam. semua hadis-hadis itu adalah melengkapi setiap bidang ilmu pengetahuan khususnya bidang keugamaan dengan segala sesuatu yang berhubung dengannya. 

Walaupun al-quran merupakan sumber utama tetapi tanpa al-hadis iaitu sumber kedua, tamadun Islam tidak dapat dibanggunkan dengan mengikuti syariat Islam. Hal ini kerana al-quran hanya memberi tajuk utama tanpa huraian dan peranan al-hadis adalah menerangkan bagaimana. Sepanjang hidup Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. al-sunnah tidak ditulis seperti ayat-ayat al-quran. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri pernah melarang sahabat-sahabat dari menuliskan hadis-hadis, sebagai mengelakkan bercampur-aduk ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis rasul. Walaupun hadis-hadis tidak ditulis akan tetapi para sahabat mengingati hadis-hadis itu denagn baiknya, tidak ubah sepertimana mereka mengingati dan menghafaz ayat-ayat al-quran ketika itu. Walaupun hadis-hadis Rasulillah tidak di tulis, para sahabat dan umat Islam ketika itu tidak ada yang membimbangi akan kelenyapan hadis-hadis itu dari ingatan mereka. Ini disebabkan oleh keyakinan mereka terhadap daya ingatan yang diberikan Allah kepada mereka dalam menginagati hadis-hadis Rasulullah . Orang yang mula-mula memikirkan masalah pengumpulan dan penulisan. Hadis untuk kemudahan dan kesenangan generasi yang kemudian ialah Khalifa Umar Bin Abdul Aziz. Beliau ialah salah seorang khalifah Kerajan Umayyah di awal abad yang kedua Hijrah. Di awal abad yang kedua Hijrah ini kebimbangan mulai wujud di kalangan pemerintahan khususnya akan kejejasan mutu hadis-hadis yang hanya dihafaz oleh orang-orang Islam. sekiranya suatu usaha yang bersungguh-sungguh tidak dibuat untuk mengumpul dan menuliskan hadis-hadis itu akan lenyap dari hafalan generasi Islam yang akan datang. Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menulis surat kepada gabenornya yang bernama Abu Bkar Umar bin Muhammad bin Khazam di Madinatul Munawwarah supaya mengusahakan pengumpulan hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Gabenor tersebut telah melaksanakan tugas itu dengan baik, beberapa jilid hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah ditulis berdasarkan kepada catatan-catatan dan hafalan-hafalan yang dipastilkan benar sebagai hadis-hadis yang sahih dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. 

Kaum muslimin yang telah sedar, sudah tentu tidak mahu lagi memakai fahaman yang nyata salahnya itu, yang tidak patut adanya diantara orang-orang Islam. sebab menyalahi tujuan al-quran, dan tidak menurut contoh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. . Umat Islam sekarang bekerja keras menyiarkan maksud tujuan al-quran, bukan sahaja terhadap kaum lmuslimin, tetapi juga terhadap golongan lain. Mengharapkan al-quran tetap menjadi iman dan petunjuk bagi kita semua sebagai umat muslimin dalam semua perkara. Dengan kata lain, kunci kebangkitan ilmu, industri dan kecegasan tamadun bukanlah seperti yang difahami oleh orang yang cetek fikirannya, konon teknologi, projek-projek ekonomi dan industri gergasi adalah kunci kemajuan. Malah tidak jauh kemungkinan bahawa sebab-sebab inilah yang akan menjadi beban yang terpaksa dipikul oleh tuannya, jika ia tidak diuruskan mangikut kaedah yang kukuh. Kebangkitan tamadun ini tidak memadai hanya dengan sogokan idea dan pemikiran yang berjela, malah ia mestilah diganding dengan kesedaran yang mendalam dalam lubuk jiwa. Ini kerana kesedaran ilmu dan pendidikan merupakan factor yang menggewrakkan segala industri menuju ke sasarannya yang betul, ia akan mendorong segala usaha kemahiran mencapai hasil yang memuaskan. Ia juga mencergaskan aktiviti ekonomi yang pelbagai serta mengawalnya daripada aktiviti ekonomi yang pelbagai serta mengawalnya daripada menyimpang ke jalan pengkhianatan dan pembelotan. Kepercayaan antara pelbagai kumpulan dalam umat Islam tidak mungkin terjalin erat sehingga melahirkan tindak balas dan kerjasama antara mereka melainkan jika mereka berada di bawah kuasa pemerintah yang bijak menangani kepentingan umat. pemerintah itu hendaklah berupaya untuk menyatukan uamt dan orang berpuas hati dengannya. Dengan itu ia akan memperolehi sebab-sebab yang membawa kestabilan dan kekuatannya. Kebijaksaan pemerintah itu hendaklah berupaya menjadikan manusia selamat daripada terjebak dalam gejala yang tidak disangka atau ketidajtentuan yang tidak termasuk dalam perkiraan. 

Tidak mungkin aada pemerintabh sebegini di kalangan umat Islam melainkan pemerintah tersebut telah tercanai dengan hakikat ajaran al-quran seperti yang telah kami huraikan dalam fasal-fasal yang lalu. Para pemerintah umat Islam mesti mengetahui apa kakikat manusia, apa ertinya kehidupan dunia ini, bagaimana bermula dan berakhirnya. Setelah itu mereka hendaklah memahami hakikat alam semesta yang berada di sekitar mereka. Mereka perlu sedar apa hubungan antara alam dan manusia. Inilah menjadikan rakyat jelata dapat menyakini keikhlasan para pemimpin yang menerajui umat ini kea rah perubahan dan kebebasan. Inilah sebab yang akan menimbulkan kepercayaan rakyat bahawa mereka sebenarnya adalah oaring yang sanggup berkorban demi membawa rakyat kea rah kehidupan yang lebih baik. 

Kesimpulannya kita perlu merangkumi semua ilmu pengetahuan dan prinsip-prinsipnya yang sejahtera di atas asas yang sama dan teratur. Kita hendaklah menjadikan himpunan semua ilmu yang sejahtera itu sebagai asas bertolak untuk memerangi kemunduran yang pelbagai bentuk dan jenisnya. Ini kerana sebarang usaha yang dilakukan oleh manusia untuk membawa perubahan kehidupannya yang lebih baik dan bahagia merupakan hasil semula jadi daripada pengetahuannya tentang hakikat dirinya sama ada sebagai individu atau sebagai satu anggota dalam masyarakat. Apabila pengetahuan manusia tentang hakikat dirinya semakin meningkat maka bertambahlah pengetahuannya tentang apa sebenarnya yang diperlukan oleh manusia. bertambahlah lagi kecelikannya tentang apakah jalan terbaik untuk menambahkan lagi kebahagian dan kestabilan hidup manusia sepanjang mereka berkelana dalam kehidupan ini. Untuk tujuan ini kita mesti mempelajari komponen asas yang membentuk keinsanan kita. Kemudian kita perlu mempelajari tabiat komponen dan kekhususan jiwa, apa keperluan sebenarnya dalam kehidupan individu dan bagaimana gabung jalinnya dalam kehidupan masyarakat. Pengetahuan itu hendaklah dengan terang dan nyata sehingga kita dapat membezakan apa yang bermanfaat untuk manusia dan apa yang memudaratkannya. Disini ingin menyatakan, sesiapa yang mendakwa beriman kepada Allah, Rasul-Nya, kitab-Nya dengan keimananyang benar, jangan cuba untk membandingkan dunia Islam dengan dunia Brat dan Timur. Jangan cuba hendak mengatakan: lihat mereka itulah manusia yang tidak sedikit pun berpegang dengan syarat-syarat ini dan tidak pun mendapat petunjuk al-quran yang dibincangkan. Sedangkan mereka maju dan berperadaban. Merka Berjaya mengecapi kehidupan yang selesa yang menjadi benteng kekuatan dan kemulian mereka. Ini kerana telah menjadi sunnah Allah kepada hamba-Nya dan alam semesta, ini bahawa bumi akan sentiasa dimakmurkan dan terus berlaku perubahan sehinggalah sampai satu waktu iaitu kiamat yang Allah sahaja mengetahuinya. 

Kemudian Allah menegaskan dengan terang dan nyata bahawa Dia akan menjadikan hamba-hamba-Nya yang beriman sebagai orang yang mulia jika mereka memakmurkan dan menerajui urusan bumi ini. Syaratnya mereka hendaklah menjadi orang Islam yang sebenar. Justeru, apabila mereka menyeleweng maka kemudian itu diragut daripada mereka lalu Allah mempertaruhkannya kepada orang lain. Mungkin orang lain yang mengambil alih tempat lebih jahat daripada mereka. Hal ini tidak menjadi kehairanan kerana Allah tidak akan memberhentikan pemakmuran dunia dan putaran kehidupan ini hanya kerana terdapat orang yang berpatah balik ke belakang dan menyimpang daripada metodologi yang menjadi faktor kemulian mereka. Malah, kembalilah semula mengkaji metode al-quran bagaiman hendak membangunkan tamadun manusia terunggul pada fasal-fasal yang telah disebutkan di atas. Kita pasti akan menemui penyelesaian bagi semua permasalahan serta penerangan terhadap segala yang menjadi misteri. Oaring yang terus menerus mambuat kajian untuk mengetahui apa maksud kebaikan dan hakikatnya, mereka sebenarnya berada jauh dari realiti masyarakat di sekitarnya. Mereka sebenarnya tersampuk di alam falsafah yang kering kontang. Mereka mungkin dapat lepas daripada kesampukan itu jika meninggalkan falsafah tersebut supaya kewarasan mereka dapat kembali semula dan dapatlah mereka memperolehi sebab-sebab yang mendorong mereka untuk berfikir dengan baik. Segala puji hanya untuk Allah Tuhan semesta alam kerana memberikan ilham dan taufik-Nya dari awal hingga akhir. 

AL-QURAN PADA MASA KINI

1-Aspek politik

Al-Quran merupakan sumber utama dalam perundangan dan perlembangan Malaysia. Semua undang-undang yang tertulis adalah berdasarkan al-Quran. Setiap hukuman yang dilaksanakan adalah berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Namun, ada sesetengah hukum Islam yang tidak dilaksanakan di Malaysia kerana tiada persetujuan. Namun, di Negara Islam yang lain melaksanakan hukum berdasarkan al-Quran dan menjadikan setiap masyarakat lebih berwaspada daripada melakukan kesilapan. Sebagai contoh, Negara Brunei melaksanakan hukum Hudud manakala ianya tidak dilaksanakan di Malaysia. 

Di Malaysia, syura adalah salah satu cara untuk menentukan pemerintah dan sistem organisasi. Hal ini, bagi melancarkan pentadbiran negara serta mengelakkan pergolakan yang mungkin akan tercetus. Hal ini selaras dengan firman Allah subhanahu wa ta’ala. 

“ Dan orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka serta mendirikan solat dan urusan mereka diputuskan secara syura sesama mereka dan mereka menafikan rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. ” (Surah al-Syura 42: 38)

Sebelum melakukan pilihan raya, mereka bersyura untuk melaksankan demokrasi. Pilihan raya danpendapat rakyat dititikberatkan untuk menentukan pemerintah dan melengkapkan sistem organisasi. Namun, ada sesetengah yang dilaksanakan tanpa persetujuan dari rakyat dan mengakibatkan kelancaran dalam pemerintahan tidak dapat dicapai. Masyarakat muslim moden telah mempraktikkan semua sistem politik yang jauh daripada ajaran Islam, padahal mereka tidak mendapatkan kestabilan didalamnya. Dan umat Islam merasakan kepahitan akan percubaan yang gagal ini dengan kehidupan yang sulit, perbatasan kebebasan, kehidupan yang merosot serta keruntuhan peradaban Islam. 

Dari sudut lain pula, Negara Islam telah banyak menjalinkan hubungan baik dengan negara luar seperti Jepun dan lain-lain. Selain dapat mengukuhkan hubungan antara sesebuah negara dengan negara lain, ianya dapat juga bertukar pandangan dan menarik minat mereka kearah perlaksanaan pemerintahan yang lebih sistematik seperti yang terkandung di dalam al-Quran. Tanpa disedari, Islam juga dapat disebarkan secara meluas. Hal ini selaras dengan keIslaman segelintir orang Barat yang memeluk Islam kerana tertarik akan keindahan Islam yang sebenar. 

2-Aspek ekonomi

Jika dibandingkan kehidupan masyarakat muslim sekarang, tentu hati akan terisi dengan kesedihan dan kegundahan. Majoriti negara Islam masih hidup dibawah uluran bantuan negeri-negeri yang lain, termasuk adalah negara kafir. Sebahagian dari negara Islam tidak mengeluarkan makanan, pakaian dan persenjataan mereka. Sedangkan sebahagian yang lain merupakan negara penghutang kepada negara-negara Barat yang kafir dengan hitungan bunga yang kian bertambah tiap harinya. Ini selaras dengan sikap muslim yang malas melakukan kerja serta masyarakat muslim yang selalu mengamalkan riba. Hal ini mengakibatkan negara kurang berkembang maju. Namun hanya sesebuah negara yang dibawah cengkaman negara Barat. Setiap negara menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara luar bagi memastikan kelancaran perniagaan yang dijalankan. Sebagai contoh, Malaysia adalah sebuah negara anggota OIC yang aktif dan berfahaman sederhana serta sedang pesat menuju status negara maju. Ini dicapai melalui perancangan pembangunan ekonomi yang begitu bijak dan rapi. Dasar luar negara disusun supaya tidak menimbulkan ketegangan dan permusuhan. Tetapi tidak dapat disangkal bahawa negara Malaysia juga sebuah negara di bawah pengaruh negara Barat dan menjaga hubungan baik sesamanya bagi memastiakan kelancaran dari semua aspek. Hal ini kerana negara Barat tidak menunjukkan sikap anti-Islam sebaliknya, sikap prejudis terhadap Islam. 

Bagi segelintir kelompok masyarakat, terdapat juga sesetengah manusia yang mengamalkan riba. Riba adalah perkara paling sadis yang diharamkan Islam dalam mencari rezeki. Hal ini selaras dengan hukum yang terkandung di dalam al-Quran. Tetapi kebanyakan ahli perniagaan mengamalkan riba untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda dan mereka dikaburi dengan kemewahan dunia sehingga melupakan dan menolak hukumnya di dalam Islam. Hukum di dalam Islam dipandang remeh. 

Sebagaimana al-Quran mengancam orang yang memakan riba dengan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya. Allah subhanahu wa ta’ala. berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman. Maka, jika kamu tidak mengerjakan, maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu modal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak dianiaya”  (al-Baqarah, (2):278-279)

Di dalam Islam bekerja mendapat perhatian penting dan apresiasi yang besar. Ianya juga terkandung didalam al-Quran. Islam adalah agama yang amat benci kemalasan namun, terdapat juga masyarakat yang memilih untuk menganggur daripada bekerja. Islam berkonfrontasi dengan problema pengangguran, kerana ia dapat melahirkan kemiskinan. Hal ini, melahirkan perilaku negatif yang biasanya mendorong untuk melakukan perbuatan jenayah. Allah subhanahu wa ta’ala. telah memerintahkan manusia untuk berusaha mencari rezeki di segala penjuru bumi, serta meraih keutamaanNya. Allah subhanahu wa ta’ala. berfirman:

“Dialah yang menjadikan itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya dan hanya kepadaNya lah kamu dibangkitkan” (al-Mulk, (67):15) 

Tidak dapat dinafikan, pada masa kini kadar jenayah semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung. Ramai remaja dan masyarakat ingin memperoleh kewangan dengan cara yang mudah dan cepat serta sanggup mengambil risiko yang bakal terjadi. 

3-Aspek sosial dan ibadah
Islam adalah agama yang sosial bukan agama individu. Dalam setiap keadaan bersilaturrahim merupakan suatu tuntutan sehingga meskipun menjalankannya mendapat sambutan keburukan dan pengingkaran, tetapi sesungguhnya ganjaran yang paling bernilai berada di sisi Allah. 

Dan hakikatnya pada masa kini, remaja terlalu sosial tanpa mengira batasan sedangkan di dalam al-Quran sudah cukup jelas menerangkan cara bersosial dan batas-batasannya. Ada segelintir masyarakat tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, berpakaian tidak sopan dan keluar masuk pusat hiburan tanpa rasa malu. Hal ini disebabkan kurangnya didikan agama bahkan kelekaan menempuh kehidupan duniawi. Dan mereka tidak meletakkan al-Quran sebagai pegangan utama. Pengaruh barat yang semakin berleluasa menarik minat masyarakat Islam sehingga melupakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan jiwanya penuh dengan budaya barat. Tetapi, terdapat juga segelintir masyarakat Islam yang semakin mendalami agama dan menjalankan kehidupan berpandukan syariat Islam dan mengamalkan sikap berkumpul dan berbincang dengan orang yang lebih arif dalam bidangkeagamaan bagi memantapkan diri mendekatkan diri kepada Allah. 

Tanpa disedari, masyarakat pada masa kini lebih gemar memenuhi pusat hiburan dan membiarkan masjid kosong tanpa pengunjungnya. Sedangkan dalam al-Quran telah menjelaskan supaya berpada-pada dalam bergembira. Dan janganlah lalai dengan hasutan syaitan yang sering mendekatkan manusia dengan neraka. 

Ibadah adalah ketaatan, kepatuhan, ketundukan serta memperhambakan diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala. dengan melakukan setiap perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Setiap manusia hendaklah menyembah atau mengabdikan diri, harta benda yang dimiliki, masa dan umurnya demi menunaikan hak tuntutan Allah subhanahu wa ta’ala. seperti Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku. ” (Surah al-Dhariyat 51:56) 

Masjid kini lebih banyak didirikan di serata tempat. Jadi, tiada alasan untuk seseorang itu tidak melaksanakan solat seperti yang dipertanggungjawabkan oleh seorang muslim. Namun segelintir masyarakat masih leka dengan kehidupan dunia. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat pelbagai kaum bukan hanya kaum beragama Islam. Terdapat pelbagai institusi yang ditubuhkan bagi mempelajari dan mendalami ilmu agama serta pendekatan terhadap Islam. Antaranya adalah seperti sekolah pondok, madrasah, dan sebagainya. Ianya melahirkan ramai ahli-ahli agama. . Namun segelintir masyarakat masih leka dengan kehidupan dunia. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat pelbagai kaum bukan hanya kaum beragama Islam. Dan di Malaysia bebas beragama mengikut kaum masing-masing. Masyarakat Islam tidak mendorong mereka sebaliknya mengikut jejak mereka yang bukan beragama Islam. Ada segelintir masyarakat yang tidak berpuasa dan berhibur tanpa rasa malu dihadapan masyarakat bukan Islam. Hal ini mengakibatkan Islam dipandang serong. Dan masyarakat lebih terdedah kepada kemunduran bukannya kemajuan. Perkara malang ini bertambah-tambah lagi dengan berakhirnya pengamalan akhlak Islam yang mulia dan bercerai putus dengan nilai Islam yang sebenarnya. 

Banyak perubahan yang dibawa oleh orang bukan beragama Islam termasuklah proses sekularisasi. Bagi mereka yang lemah iman, mereka mudah tertarik kerana mereka yang bukan Islam ini berada di bawah tasawuf, jadi mereka tidak dapat membezakannya. Pada masa yang sama, terdapat beberapa ajaran Islam yang disamakan dengan pelbagai unsur syirik, bidaah dan lain-lain. Antara bid’ah yang mungkar yang dilakukan pada masa kini adalah seperti membaca al-Quran sebagai alat meminta habuan, sedekah termasuk membacanya menerusi keset. Selain itu, perkara yang ditambah-tambah dalam solat seperti bewirid, membaca doa dengan kuat yang sering dilakukan oleh masyrakat pada hari ini. Tambahan pula, mengadakan kenduri arwah, tahlil dengan pembacaan pelbagai surah secara beramai-ramai adalah bertentangan dengan nas al-Quran, hadith sahih dan athar para sahabat. Terdapat banyak lagi perkara-perkara bid’ah yang wujud di dalam masa kini menganggap ianya sebagai perkara terpuji walaupun pada hakikatnya, ia terpesong dari nas al-Quran yang sebenarnya. Sedangkan di dalam al-Quran terkandung segala aspek untuk menjalankan kehidupan seharian tetapi masyarakat lebih memilih menerima bid’ah dan mengikuti segala perkara bid’ah berbanding al-Quran. 

4-Aspek keilmuan dan sains teknologi

Ilmu adalah alat yang terpenting untuk melaksanakan tugas dan peranan sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Tidak hairan jika al-Quran meletakkan kedudukan orang yang berilmu di tempat yang tinggi. 

Pada masa kini, telah berakhir kehebatan Arab dalam umat Arab. Mereka menjadikan bahasa Arab pasar sebagai bahasa bertutur dan mempelajari bahasa Arab standard seperti bangsa asing mempelajarinya. Orang Arab tidak kembali mengambil kefasihan al-Quran dan balaghahnya secara semulajadinya lagi kecuali dengan mempelajari dan meneliti apa yang telah ditulis oleh orang terdahulu tentang balaghah al-Quran, kedalamanuslub dan kekuatan bahasanya. 

Paling akhir sekali, zaman sekarang yang merupakan satu zaman yang penuh keilmuan dan kemajuan yang mengkagumkan dari pelbagai jenis ilmu dan teknologi. Dalam zaman kini lah terbongkarnya mukjizat al-Quran yang baru iaitu apa yang dibentangkan tentang hakikat sains dalam cakerawala, bumi dan manusia sebelum kurun-15. Inilah, tanpa syak lagi membuktikan bahawa ia diturunkan dari seorang Pemerintah yang besar. Benarlah firman Allah subhanahu wa ta’ala. 

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar. ( Surah Fussilat: 53 ) 

Ahli sains kini terlalu banyak mengkaji khazanah alam sperti yang terkandung di dalam al-Quran. Pengkaji merupakan seseorang yang mahir dalam bidang ini. Untuk memperoleh kemajuan dalam bidang kajian saintifik misalnya, penghayatan dalam bentuk bacaan sahaja tidak memadai. Dia mestilah menghayati tanpa memahami ayat-ayat yang menggesa supaya memerhati dan meyelidik fenomena alam. Itu semua membawa kepada tersebarnya Islam di kalangan tokoh ilmuan bukan Islam yang banyak mendalami Islam, membaca al-Quran dalam bahasa Arab atau menterjemahkannya kepada bahasa mereka. Namun pada masa kini, ilmu Barat dijulang sebagai pemangkin perubahan dan kemajuan. Hal ini, kerana pengaruh dari ilmuan barat yang tidak menghiraukan taksub agama menjadi takjub. Mereka berusaha untuk merealisasikan hubungan antara ayat-ayat al-quran dan pengetahuan moden berkaitan kejadian. Bahkan mereka turut mengaitkannya dengan kitab-kitab suci lain. Ianya menyebabkan kita terikut-ikut dengan budaya mereka yang sememangnya bertentangan dengan al-Quran dan hukum syarak. Al-Quran mengarahkan agar penelitian dan penyelidikan dijalankan untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik sesuai dengan zaman, suasana dan tempat. Ini bersesuaian dengan fiman Allah: “Dan orang-orang yang diberikan ilmu berpendapat bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itulah yang benar dan menunjuki manusia kepada jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. ” (Surah Saba’34:6) 

Al-Quran mencetuskan penemuan dan penciptaan baru secara berterusan. Golongan terbesar di kalangan ahli sains hari ini, kecuali segelintir, sebenarnya diikat oleh teori materialisme dan mereka memandang ringan atau tidak mempedulikan persoalan-persoalan agama yang mana mereka selalu menganggap bahawa agama itu didirikan di atas lagenda. Hasilnya, penemuan dan penciptaan baru tidak mengambil kira soal nilai baik dan buruk dari segi agama. 

RUMUSAN
Seperti yang kita sedia maklum, al-Quran ialah kitab yyang diturunkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala. sebagai panduan dan pedoman agar manusia mencapai kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat. Bahkan ia sesuai untuk setiap zaman dan menepati manusia seluruhnya sehingga berlaku hari kiamat. 

Seperti yang kita ketahui, fikiran manusia ini terbatas. Sebijak mana sekalipun seseorang hamba itu, ianya juga masih terbatas. Tanpa al-quran, kita tidak mungkin mengetahui pelbagai maklumat. Manusia pada hari ini cemerlang dengan iman dan taqwa kerana meletakkan al-quran sebagai pegangan utama. Tanpa al-quran mereka mungkin terpesong dan jatuh dari landasan syariat Islam. 

Al-Quran merupakan sumber tamadun Islam kerana al-Quran bukan sahaja mengikuti perkembangan tamadun, bahkan mencipta dan membenarkan tamadun lampau. Ia adalah penyaksi kepada kemajuan kini. Ia juga lembaran tentang kejadian yang dibentangkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Ianya juga terkandung setiap perkara yang disyariatkan, perlembagaan hidup yang syumul, ibadat dan roh, ilmu dan fikrah, kekuatan dan kegembiraan. 

Al-quran adalah sumber yang utama dan sumber ajaran yang umum manakala hadis adalah sumber kedua setelah al-Quran. Hadis pula menerangkan secara terperinci tentang sesuatu perkara. Kesua-duanya merupakan rujukan yang utama dan tepat untuk segala persoalan. Al-quran dan hadis tidak dapat dipisahkan kerana ianya saling melengkapi antara satu sama lain. Sebagai contoh, al-quran mengarahkan kita agar melakukan solat manakala hadis menerangkan cara untuk melaksanakan solat yang betul dan diterima disisi Allah subhanahu wa ta’ala. Dan kita wajib berpegang teguh kepada kedua-duanya. Hal ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat iaitu al-Quran dan hadis, nescaya kamu tidak akan sesat” 

Namun, ada segelitir manusia yang tidak menerima al-Quran sebagai sumber utama kerana terlalu riak dan takbur. Antara kesan tidak berpegang pada al-quran adalah seperti hukum Allah tidak dapat dilaksanakan dengan baik, manusia juga tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba seperti solat, puasa dan lain-lain. Tambahan pula, sebuah Negara tidak dapat membangun dengan baik. Manusia juga merasa diri mereka seperti Tuhan kerana terlalu angkuh dan takbur. 

Sekiranya kita berpegang teguh dengan al-quran, ianya memberi kesan yang baik. Sebagai contoh, kita digalakkan bermusyawarah, hal ini bagi memudahkan sesuatu urusan. Selain itu, bekerjasama dalam satu pasukan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang lebih baik bukan perkara keburukan. Hal ini mengakibatkan sesuatu pekerjaan itu dapat dilaksanakan dengan segera. Selain itu, dapat juga mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. 

Hakikatnya, kita sekarang hidup dalam satu dunia yang saling berkaitan. Sebuah negara atau seseorang manusia itu tidak akan mampu hidup terasing dari negara atau bangsa lain, apatahlagi dengan perkembangan, kekayaan dan kebaikannyayang banyak. Itu semua berlaku disebabkan mudahnya perhubungan dan cepatnya penyatuan semua bangsa dalam satu kesatuan yang mengkagumkan. Ia melibatkan semua bidang sama ada kebudayaan, pengetahuan, cara hidup, adat dan ikutan. Ini membuka peluang yang besar kepada muslimin umumnya dan para bijak pandai khususnya (dari bangsa Arab dan yang lainnya) menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan Islam dan al-Quran serta membuka mata orang bukan Islam tentang kekuataan ilmu yang ada di dalamnya. Yang paling penting, sedarkan mereka bahawa keajaiban yang tinggi ini datangnya dari Tuhan yang Maha besar. Semua usaha-usaha tersebut boleh dilakukan dengan mengarang dan menyusun buku, menterjemahkan al-Quran kepada semua bahasa untuk memudahkan bangsa-bangsa lain mendalaminya serta merasai kekuatannya, memperkenalkan ajaran agama Islam yang toleran serta asasnya yang cantik dalam menyusun kehidupan penganutnya. 

Berdakwah kepada Islam adalah perintah Allah, dipertanggungjawabkan kepada nabiNya yang mulia Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. dan orang Islam yang datang selepas baginda. Rasulullah (ajarannya ke setiap penjuru alam. Inilah juga yang perlu dilakukan oleh orang Islam selepas baginda, dengan mengibarkan bendera Islam di setiap inci dunia ini dan memberi petunjuk kepada berjuta-juta penduduknya Kita mempunyai kewajipan untuk menyempurnakan amanah seperti yang diperintahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka(yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. ” (Surah an-Nahl:125) 

RUJUKAN:
1- Prof. Dr. Muhammad al-Sayyid Yusuf (pensyarah fakulti usuluddin dan dakwah universiti al-Azhar Mesir), 2006, Metode Al-Quran Dalam Membaiki Masyarakat, JAHABERSA, Johor Bahru, Johor. 
2- Dr. Danial Zainal Abidin, 2005, Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Seberang Perai, Penang. 
3- Ali Abdul HamidAbu Al-Khair, 2002, Al-Quran dan Sains Moden, JAHABERSA, Johor Bahru, Johor. 
4- Mohd Nor Mamat, Mujaini Tarimin, Fatimah Salleh, Azizon Salleh, Minhaj Ketuhanan, Pusat Pendidikan Islam Universiti Teknologi Mara. 
5- Jamalia Aurani, Ahmad Termizi Ab Lateh, Noor Azura Zainuddin, Ahmad Sabri Osman, Raihanah Zakaria, Che Latifah Ismail, Siti Fatimah Sudin, Sharipah Isa dan Azri Bhari, 2014, Asas-Asas Pandangan Hidup Islam, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Perlis
6- Prof. Dato’ Dr. Haron Din, Prof. Madya Haji Hassan Salleh, Prof. Madya Sulaiman Yasin dan Prof. Madya Drs. Sidi Ghazalba, 1985, Manusiadan Islam, Hizbi Marketing Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor. 
7- Mohd Radzi Othman, Zaleha Muhamat, Atikullah Abdullah, Noor Shakirah Mat Akhir, Usman Yaakob dan Ismail Omar, Warisan Al-Quran Politik dan Pemikiran Semasa, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Al-Quran Merupakan Sumber Tamadun Islam. 

7- Mohd Radzi Othman, Zaleha Muhamat, Atikullah Abdullah, Noor Shakirah Mat Akhir, Usman Yaakob dan Ismail Omar, Warisan Al-Quran Politik dan Pemikiran Semasa, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)