Konsep Tamadun Islam

PENDAHULUAN

Ketamadunan dan peradaban merupakan ciri khas manusia yang tidak terdapat pada makhluk makhluk yang lain. Kaitan antara ketamadunan dengan kehidupan manusia jelas diungkapkan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya al-Muqaddimah bahawa manusia secara tabiinya makhluk yang bertamadun atau makhluk sosial yang saling berinteraksi sesama sendiri dalam pelbagai aspek untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Tamadun Islam merupakan segala yang dihasilkan oleh fikiran orang Islam menurut wataknya dengan panduan agama Islam baik menerusi bangsa Arab, Parsi, Sepanyol, Turki, India, Cina, Melayu dan lain lain yang membina tamadun Islam bersama sama dalam pelbagai bidang tanpa mengira sempadan politik, geografi, etnik, ideologi, dan sebagainya. Adunan ini berpandukan al-Quran dan al-Hadis sebagai dua sumber induk keilmuan Islam yang melahirkan elemen tamadun dalam bentuk dan acuan tersendiri, unik dan melambangkan keperibadian Islam di samping mampu berkembang dan memberikan sumbangan terhadap kehidupan manusia seluruhnya. Selagi mana manusia meneruskan kelangsungannya untuk hidup dengan selesa, maju, demi mencukupi segala keperluannya maka selagi itulah proses ketamadunan akan berjalan. 

ERTI TAMADUN ISLAM
Pertama : 
 Perkataan “Umran”. 
 Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun dalam kitab al ‘ibar kepada al-Muqaddimah abad 14M 
Kedua : 
Perkataan “Hadarah”
 Juga digunakan oleh Ibn Khaldun sebagai seerti dengan perkataan ‘Umran. Perkataan “Hadarah”
 Hadarah bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah atau bahagian ibu kota dan bandar. 
Ketiga:
 Perkataan “Madaniyyah”
 Muhammad Farid Wajdi telah dalam bukunya al-Madaniyyah Wal-Islam" (Tamadun dan Islam) dalam tahun l899m. 

KONSEP TAMADUN ISLAM
• Bahasa
Tamadun bermaksud kemajuan, peradaban, sopan santun dan seumpamaanya atau civilization, iaitu berasal dari perkataan inggeris. Mengikut pengetahuan kita semua, kita sudah pun mengetahui perkara ini sejak di bangku sekolah menegah lagi, iaitu matapelajaran sejarah. 

Perkataan “tamaddun” adalah dari bahasa Arab yang sudah lama dipakai oleh kaum melayu dan arab juga berdekad dahulu. Ia telah diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu. Hal ini kerana, pada suatu ketika dahulu, orang arab menghadirkan diri ke tanah melayu untuk menyebarkan ajaran agama Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa sebutan bahasa arab bagi orang melayu adalah lebih jelas berbanding di kawasan asia yang lain. 
Selain itu, perkataan yang boleh diguna pakaikan bagi menjukkan tamadun yang dibentangkan dan didefinisikan di atas iaitu “tamaddun” adalah seperti ini umran, hadharah dan madaniah. Asal kata arabnya ialah “Maddana” dan kata terbitan “tamaddun” yang kemudiannya digugurkan huruf “d” yang kedua bagi memudahkan sebutan dan tulisan. Dari kalimah Maddana terbit perkataan Madani yang merupakan sifat nama. Walau bagaimanapun, sarjana dan pakar keilmuan Islam mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang definisi tamadun. Perbezaan ini membuka ruang dan intelek yang lebih luas terhadap konsep kehidupan dan kebangkitan sebagai impak luasnya pandangan Islam itu sendiri. Tanpa menafikan dan berlari latar belakang keilmuan, pengalaman, dan persekitaraan masa dan zaman yang berbeza menjadi sebab penyumbang kepada perbezaan pandangan tersebut. 

Tamadun sebagai keadaan masyarakat atau sosial manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi dalam peradaban, kebudayaan, cara hidup masyarakat tertentu. Jelasnya kalimah peradaban lebih merujuk kepada pencapaian tertinggi nilai kemanusiaan seperti akhlak, tingkah laku, budi pekerti, etika, seni, social budaya serta adat pegangan sesuatu masyarakat. Tamadun lebih merujuk kepada pencapaian secara fizikal dan umum, manakala peradaban lebih mengkhususkan kepada pencapaian nilai kemanusiaan yang berasaskan agama dan ilmu pengetahuan. 
Ibn Khaldun pernah menggunakan “Umran” dan “Hadharah” bagi maksud tamadun. Umran lahir dari kata dasar “amara” yang membawa lima maksud iaitu:
1. Kawasan tanah, rumah yang diduduki, tinggal menetap dan seumpamanya
2. Keadaan berkembang atau maju subur lagi makmur
3. Kawasan tanah yang dipimpin dan ditanam dengan baik
4. Sebuah rumah yang terpelihara, atau binaan atau struktur bangunan
5. Ibu kota, Bandar yang didirikan oleh raja atau dinasti terdahulu

Perkataan “Umran” juga dikaitkan dengan mempunyai ciri-ciri agama, sistem kenegeraan dan perundangan atau syara’ yang teratur bagi semua lapisan masyarakat, kehidupan cara bandar dan pencapaian kaedah penulisan yang tinggi dan kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka. 

Kalimah “Hadharah” pula digunakan oleh Ibn Khaldun bagi menjelaskan sekumpulan manusia yang hidup di kota atau wilayah atau tanah pertanian iaitu digelarkan sebagai penduduk dalam sebuah kelompok kepada sesebuah tempat. Namun M. A. J Beg lebih cenderung kepada maksud kebudayaan (culture) iaitu cara kehidupan dan ia menjelaskan ‘Umran’ lebih terkenal dan popular digunakan oleh khalayak orang ramai pada abad ke 14 manakala Hadharah pula terkenal pada abad ke 20. 

Pada abad ke 11M, sarajana Islam Abu Nasir al-Farabi (meninggal 350H) dalam kitabnya yang terulung iaitu al- Siyasah al- Madiniyyah telah lebih awal dan lama diperkenalkan Kalimah Madaniyah bagi menjelaskan definisi tamadun. Katanya perkataan tersebut asalnya daripada Madinah yang bererti “Kota” dan Madaniyyah pula merujuk kepada kehidupan berteraskan aqidah iaitu pegangan yang kukuh dan akhlak yang mulia apabila bergaul bersama masyarakat. Istilah Madaniyyah ini kemudiannya dikenalkan oleh Muhammad Farid Wajdi dalam bukunya al-Madaniyyah wa al-Islam, Syeikh Muhammad Abduh dalam Risalahnya yang popular : al-Islam wa al-Nas al-llm wa al-Madaniyyah dan Syeikh Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar. 

Keindahan istilah ini kemudiannya telah mempengaruhi sarjana barat menggunakannya dalam buku-buku mereka seperti Carl Brown dalam “From Madinah to Metropolis” bagi menjelaskan pusat peradaban Islam terawal ialah Kota Madinah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Perkataan Madinah kemudian bertukar kepada Tamadun pada abad ke 19 dengan Jurji Zaidan memperkenalkan dalam bukunya Tarikh al-Tamadun al-Islami yang diterbitkan pada tahun 1902-1906. Ia akhirnya menggantikan istilah-istilah yang pernah digunakan sebelum ini. 

Seterusnya, seperti yang telah dibincangkan diatas, perkataan Tamadun juga diterjemahkan ke dalam bahasa lain iaitu bahasa Inggeris dengan Civilization asal kata Civitas dari bahasa asalnya Latin, bermaksud “Kota atau Bandar”. Seperti juga Hadharah dan Peradaban yang telah dibincangkan sebelum ini. Civilization juga bermaksud penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan. Ia menjelaskan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sejurus dengannya. Seperti ekonomi Malaysia dahulu dan kini, ia juga terdapat banyak perubahan dari segi positif dan negative dari segi semua aspek. Perkataan ini kemudian digunakan dengan meluas, selepas itu dalam pelbagai buku. 

Kesimpulannya, daripada definisi bahasa bagi Tamadun adalah maksud Tamadun hampir sama dari bahasa Inggeris mahupun Arab ata Melayu. Iaitu menyentuh tentang kemajuan dari kedua-dua aspek kebendaan dan kerohanian. Namun memahami konsep kedua-dua aspek tersebut adalah berbeza berdasarkan kepada pandangan, pemikiran dan latar belakang kepercayaan agama tamadun masing-masing. Berdasarkan pemerhatian kita semua perbezaan antara Tamadun Islam dan Tamadun yang lain, amatlah berbeza sekali dari segi kepercayaan dan corak kehidupan. Tamadun Islam itu sendiri adalah pencapaian manusia dalam semua aspek kehidupan, kebendaan(materialistik) dan kerohanian yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan agama dan ketuhanan, undang-undang, politik dan akhlak yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Kita sebagai umat Islam juga wajiblah berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah, hal ini kerana kita adalah ahli sunnah wal jamaah. Tamadun Islam juga adalah sebaik-baik dan selengkap yang mungkin dalam mengajar kita erti kehidupan dan cara bergaul bersama masyarakat mengikut batas dan syara’ yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala. 

• Istilah 
Pada bahagian ini pula, ingin dibincangkan mengenai Tamadun Islam dari sudut istilah dengan lebih mendalam iaitu ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagai contoh, kemenangan yang Islam menjulang ketika pada zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam didalam beberapa buah peperangan yang dimenangi. Islam juga dikatakan sangat bertamadun adalah kerana Islam sebagai satu cara hidup melihat manusia sebagai makhluk istimewa, berpotensi dan mampu mencipta tamadun atau kemajuan hidup. Potensi dan keupayaan tersebut telah melayakkan mereka memiliki status khalifah atau pemimpin peradaban dunia. Namun sedihnya ialah Tamadun dan pengaruh Barat pada masa era moden ini semakin rancak dan meningkat dan ini adalah punca-punca orang muda pada masa kini semakin jahil serta tidak mengenali baik dan buruk. Umum mengetahui bahawa tamadun tersebut diketuai oleh Amerika Syarikat. Merekalah yan mencipta dan mempromosikan globalisasi. 

Sehubungan itu, pembangunan insan menurut Islam perlu menjadi agenda penting dalam melahirkan masyarakat berkualiti dan berwibawa. Ia juga merupakan salah satu usaha kea rah mempertingkatkan kesejahteraan manusia ke tahap yang optimum dalam semua aspek kehidupan dengan berlandaskan paradigma tauhid dan aqidah. Al-quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang dikurniakan akal dan dibimbing oleh wahyu. Oleh itu setiap manusia mesti memajukan dan melakukan perubahan terhadap diri mereka. Setiap individu mesti mengikut fitrah kejadian dan mesti hidup mengikut standard etika yang ditetapkan. Ia bertujuan agar tidak berlaku keburukan dan kesusahan serta mesti berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah Allah yang baik di muka bumi. Anugerah Allah yang besar dari segi jasmani, akal, rohani, dan emosi mesti dijaga dan dibentuk. Lantaran itu setiap insane menguasai berbagai bidang ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat agar hidup dengan aman dan sentosa di alam yang sementara dan kekal abadi. 

Tamadun Islam turut mendefinisikan ia sebagai konsep yang luas dan lengkap dalam pemikiran keilmuan dan tamadun seperti cara kehidupan sebagai seorang muslim. Ini berikutan luasnya konsep Islam terhadap kemajuan dan pembangunan, zahir dan batin, jasmani dan rohani, dunia dan akhirat, ilmu, budaya, seni dan lain-lain, aspek-aspek ini adalah amat penting bagi setiap individu untuk menuju kejayaan yang Allah telah janjikan. Lanjutan daripada itu Tamadun Islam dalam sejarahnya telah meletakkan sebuah tamadun yang sangat berpengaruh baik di timur mahupun di barat dan sehingga hari ini ia semakin berkembang dan diguna pakaikan diseluruh muka bumi. Kelahiran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mencipta khazanah ketamadunan, kemanusiaan dan keilmuan yang tersendiri hingga ke akhir zaman. Ia mengambil masa yang singkat untuk mengubah masyarakat kepada nilai-nilai tamadun dan mampu pula mengekalkan penguasaannya dalam tempoh yang lama. Tetapi tanpa pegangan akidah yang kukuh dan tepat semua perkara yang telah diajar mampu hilang begitu saja, sekiranya tidak dipraktikkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian. Untuk mempermudahkan kata, kita sebagai umat Islam wajiblah berpegang dan sentiasa mengamalkan suruhanNya, serta membuat yang terbaik bagi diri sendiri agar dirahmati oleh Allah subhanahu wa ta’ala. 

Selain itu, Tamadun Islam mengikut istilah juga boleh dijelaskan, merupakan yang berkaitan dengan pencapaian pembangunan, kemasyarakatan dan kemanusiaan. Ia juga menjelaskan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi yang suci ini. Masyarakat dikatakan bertamadun apabila individu dan unit-unit sosial mempunyai pencapaian tertinggi secara seimbang antara tuntutan kebendaan atau metrialistik dan kerohanian, moral dan akhlak, seni dan budaya, ilmu pengetahuan agama dan nilai-nilai yang perlu diterapkan yang dipandu oleh al-Quran dan al- Sunnah. Pegangan ahli sunnah wal jamaah adalah pegangan yang kukuh dan tiada keraguan oleh mereka. 

Syed Qutb rahimullah menjelaskan. “ Apabila manusia benar-benar melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah dengan cara yang betul ubudiyyah semata-mata keranaNya, mengahayati syariat dan undang-undangNya dalam segenap kehidupan, serta menolak dengan setegasnya undang-undang selain dariNya, membina nilai moral yang ditentukan oleh Allah subhanahu wa ta’ala, manusia menggali sumber rezeki dan bahan mentah, mendirikan kilang dan melaksanakan pembangunan ekonomi dan pemerintahan kerana Allah. . . maka ketika itu manusia bertamadun sepenuhnya “ kerana ketika itu mereka sudah dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Selain itu, Tamadun Islam diterima oleh semua ahli mayarakat dan ia adalan agama yang universal, hal ini kerana keitimewaan agama Islam itu sendiri. Iaitu agama yang memfokuskan konsep ketuhanan yang rasional yang boleh diterima dengan logik akal yang berbeza berbanding tamadun-tamadun yang lain. Manusia hanyalah insan yang lemah dan perlu bimbingan. Terutama ketika kanak-kanak, ibubapa wajib memberi didikan agama kepada anak-anak mereka, jika tidak mampu maka dibenarkan golongan yang alim mengajar anak-anak mereka. 

Antara ciri-ciri penting yang perlu wujud di dalam setiap individu masyarakat bertamadun agar tidak berpecah belah dan porak peranda, itu semua dapat diringkaskan seperti berikut:
1. Masyarakat berpaksikan tauhid
2. Melaksanakan syariat, cita-cita dan realiti
3. Ilmu wahyu sebagai teras pedoman nilai
4. Menghormati hak-hak kemanusiaan
5. Berakhlak, bermoral dan beradab
6. Menghormati alam semulajadi

KONKLUSI

Definisi Tamadun Islam dapat dikatakan ia mendefinisikan mengenai kehidupan dan bermulanya revolusi Islam ketika dahulu dan telah dikajikan dan diolahkan oleh para ilmuan. Terdapat banyak hujah dan pendapat mengenai apa erti Tamadun dari segi bahasa dan istilah melalui saluran tersendiri dari barat dan timur. Dunia Islam ahari ini mengalami kemelut sosial yang amat kritikal. Di mana-mana sahaja berlaku gejala sosial yang melibatkan umat Islam. Segala sifat negatif dikaitkan dengan mereka. Mereka menjadi juara merogol, sumbang mahram, zina, khalwat, lumba motosikal haram, mat rempit dan yang sekutu dengannya. Di manakah silapnya, ini bertentang sekali dengan suruhan Allah subhanahu wa ta’ala dan hal ini semua berpunca daripada kelalain masyarakat, ibubapa dan rakan dalam bercampur dan menegur. 

Di dalam surah Ali-Imran, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, ayat 110: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mungkar dan beriman kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Akan tetapi umat Islam pada masa kini, tidak mengerjakan perkara yang baik dan tidak mencegah perkara yang mungkar. Malah, mereka melihat kebaikan itu sebagai kemungkaran manakala kemungkaran itu sebagai kebaikan. Lebih-lebih lagi orang yang menegakkan kebaikan dengan yang menentangnya sentiasa hidup dalam satu masyarakat yang selesa. Oleh yang demikian, maka berluasalah pelbagai fitnah di kalangan mereka sebagaimana yang disaksikan sekarang. Ringkasnya manusia pada akhir zaman ini semakin lupa kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan lupa akan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Allah subhanahu wa ta’ala menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri, sehingga melakukan kekufuran dan tidak mengenal erti dosa dan pahala. 

Namun demikian, kebudayaan global yang semakin merebak pada hari ini kelak tidak memberi kebaikan yang banyak malah sebaliknya. Ia juga menggelamkan sastera dan bahasa kita iaitu bahasa Arab yang merupakan bahasa al- Quran tetapi mempopularkan bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia. Mempelajari bahasa lain tidak salah bahkan sangat digalakkan tetapi mempopularkan bahasa lain sebagai bahasa universal. Mempelajari bahasa lain tidak salah bahkan sangat digalakkan tetapi janganlah sampai mengorbankan bahasa agama Islam iaitu bahasa Syurga (bahasa Arab). Masyarakat Melayu pada era kini tidak lagi seperti Tamadun dahulu, mereka memandang enteng terhadap perkara-perkara yang kecil yang mampu mengubah segala-galanya. Sebaliknya, mereka mengabaikan ia dan terus berfoya dengan kehidupan yang semakin moden dan maju. 

Golongan manusia dan masyarakat juga terhasil melalui himpunan unit-unit individu yang diikat melalui sebuah system atau peraturan yang suci, benar, tulus dan bersih. Apabila semua aspek-aspek positif telah dilaksanakan oleh setiap pihak, Inshaallah ia mampu menghasilkan sebuah masyarakat yang harmoni dan suasana yang lebih tenang dan dilindungi oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Hubungan di antara saudara ataupun sahabat perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni antara satu sama lain agar tiada berlaku persilisihan faham. Hal ini perlu difokuskan lagi adalah kerana, sikap manusia pada zaman modenisasi ini tidak lagi menerapkan ajaran Islam yang telah dipraktikkan sejak kecil dahulu lagi, seperti memaafkan antara satu sama lain, tidak menggunakan bahasa yang kasar dan bergurau mengikut batasan agar tidak berlakunya pertelingkahan ataupun pergaduhan. Corak dan gaya yang ditunjukkan oleh kedua ibubapa ataupun adik beradik yang lebih sulung adalah penting bagi setiap keluarga, ini adalah bagi bertujuan untuk menunjukkan satu tauladan atau contoh kepada yang lebih muda. Hal in perlu ditekankan kerana kanak-kanak atau bayi amat memerlukan suasana hidup yang lebih tenang dan positif agar ia dapat diterapkan kedalam jiwa dan mental mereka agar hidup diberkati oleh Allah subhanahu wa ta’ala. . Namun demikian masyarakat yang lebih tamadun dan bijak dalam membuat keputusan atau apa jua sekalipun, pasti akan melihat nilai dalam makna yang lebih abstrak dan mampu meningat kembali kepada sesuatu sebagai memori dan ingatan yang bermakna. 

Sesungguhnya Allah lebih mengenali kita sebagai insan yang lemah dan tidak celik sepenuhnya. Muslimin dan muslimat yang takwa ialah yang melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya kerana takut akan seksaan api neraka, Allahualam. Hanya Allah yang berhak menetapkan mehakimi nilai diri kita dan memberi segala ganjaran terhadap kita. 

ASAS TAMADUN ISLAM (MUAZZIM)
Asas tamadun Islam ada empat iaitu akidah, syariah, akhlak, ilmu. Akidah merupakan konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah Taala, para rasul, malaikat, kitab, hari akhirat serta qada dan qadar. Keyakinan kepada konsep tauhid kepada Allah subhanahu wa ta’ala memberi kesan dalam kehidupan manusia. Zaman Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan zaman kegemilangan tamadun Islam sama ada dalam aspek politik, pentadbiran dan ekonomi. Syariah merupakan himpunan peraturan dan sistem perundangan yang mencakupi pelbagai lapangan hidup. Ia merangkumi ibadah dan muamalah. Ibadah ialah peraturan yang menyusun hubungan manusia dengan Allah subhanahu wa ta’ala melalui amalan dan kewajipan yang menekankan tentang hak Allah subhanahu wa ta’ala sebagai khaliq yang mesti ditaati oleh makhluknya. Akhlak yang berkaitan dengan sistem nilai dalam kehidupan iaitu nilai kebaikan dan keburukan, akhlak juga merupakan mekanisme yang menggerakkan umat Islam menjadi umat yang bertamadun dalam erti kata yang sebenarnya. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “sifat tertanam dalam jiwa seseorang, yang dengannya lahir perbuatan hasil daripada pancaran hati sanubari dalamannya”. Para intelektual telah mendapati bahawa salah satu watak khas peradaban Islam ialah perhatiannya yang serius terhadap pencarian pelbagai bidang ilmu. Islam menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dalam usaha memenuhi keperluan spiritual dan meraih kabahagiaan, bukan sekadar sebagai komoditi sosioekonomi. Tamadun Islam berjaya dicipta kerana penghayatan umatnya terhadap budaya ilmu dalam kehidupan seharian. Konsep ilmu dalam tamdun Islam mempunyai kaitan dengan nilai ketuhanan (rabbani). Konsep ilmu menurut ciri terbuka iaitu terbuka dalam dua aspek iaitu memperolehi ilmu dan menggunakan ilmu. 

Asas-Asas Tamadun Islam(AZRUL)
 Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan dan kebendaan dan kerohanian umat Islam. Sebagai Islam sejati kita hendaklah mempunyai asas-asas tersebut bagi merealisasikan impian sebagai tamadun yang berkembang dan di redhai Allah. Sebagai langkah permulaan perkembangan tamadun hendaklah dilengkapi dengan asas iaitu 
1) Akidah 
2) Ibadah 
3) Syariah 
4) Akhlak. 
5) Ilmu
Ia juga sebagai asas kepada kita secara individu muslim yang berpegang teguh dengan Islam. Kesemua asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Bagi menyempurnakan tamadun Islam ini hendak menggunakan asas-asas ini secara menyeluruh bukan hanya mengambil sebahgian dan meninggalkan sebahagian lagi tanpa usul periksa dan sebab yang munasabah. Perkembangan dari segi kebendaan iaitu pembangunan dan kemajuan atau kerohaian umat Islam hendak seiringan dengan keimanan atau akidah kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Ia juga dikira sebagai ibadah dan mengikut landasan syariah serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
1) Akidah
• Merupakan salah satu perkara asas iaitu memajukan muka bumi ini sama ada dari sudut perkembangan politik, pembangunan, ekonomi mahupun perkembangan dari segi kerohanian iaitu perkembangan dari sudut keagamaan
• Perkara yang dinyatakan hendakllah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah iaitu bermula dengan keimanan kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. 
“ Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling Maka Sesungguhnya kewajiban Rasul itu ada yang dibebankan kepadanya, dan kewajipan kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu dan jika kamu taat kepadaNya, nescaya kamu mendapat petunjuk” ( An-Nuur:54)
“barangsiapa yang taat kepada rasul maka sesungguh dia telah taat kepada Allah ” (An-Nisaa:80)
“ Katakanlah: ‘ Taatilah Allah dan RasulNya; jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir ” (Al-Imran:32)
“Katakanlah ; “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, necaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Ali Imran :31)
• Apabila seseorang itu beriman kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam maka segala usahanya ada pasti di jalan Allah dan ikhlas kepada Allah subhanahu wa ta’ala

• Setiap umat Islam wajiblah beriman kepada rukun iman yang mempunyai 6 iaitu :
1) Beriman kepada Allah subhanahu wa ta’ala
2) Beriman kepada Al-Quran
3) Beriman kepada Malaikat
4) Beriman kepada Rasulullah 
5) Beriman kepada Hari Kiamat
6)Beriman kepada Qada’ dan Qadar
• Sebagai seorang muslim yang berpegang teguh kepada rukun iman dan percaya akan kewujudan Malaikat sudah pasti takut dan mengawasi setiap langkah kerana Malaikat adalah makhluk Allah yang paling patuh akan perintahNya yang sudah pasti melakukan apa yang diperintahkan. Contohnya, mengambil nyawa, memberi rezeki, menjaga pintu syurag dan neraka, menyoal mayat di alam barzakh dan sebagainya
• Bagi mereka yang mengaku mentaati perintah Allah subhanahu wa ta’ala hendaklah menturuti segala perintahNya dan meninggalkan segala larangaNya. Ini kerana Allah telah utuskan malaikat untuk mencatit apa amalan dan larangan yang dilakukan. 
• Seterusnya, hendaklah sesuatu kaum atau tamadun itu berpegang teguh dengan kitab yang diutuskan kepada Jibrail untuk disampaikan kepada Rasulullah sebagai garis panduan yang tercatat di dalamnya. Ini dapat membantu manusia menjalani hidup harian dengan teratur. Hal ini kerana, Al-Quran adalah kitab asli dari zaman Rasulullah hingga harini berbanding kitab Injil atau Bibble yang telah ditokok tambah. Al-Quran juga telah dimuatkan segala peraturan hidup untuk kejayaan manusia. Tidak wajar bagi sesuatu tamadun menolak Al-Quran sebagai panduan utama bagi mentadbir dan mengembang tamadun masing-masing. 

• Keimanan kepada Rasul turut dikira dan diambil sebagai perkara yang amat penting kerana Rasul adalah penyampai amalan serta ibadah dalam berhubungan manusia kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Rasulullah juga dijadikan contoh manusia contoh terbaik di sisi yang Maha Esa dalam membangunkan tamadun di muka bumi. Sebagai contoh, Rasulullah merupakan pemimpin terbaik di zamannya apabila telah berjaya mentadbir dan memajukan kota Yathrib atau Madinah. Baginda juga berjaya mengetuai para pendakwah menyebarkan ajaran agama Islam di zaman itu. Manusia yang sesat dari ajaran Islam adalah mereka yang tidak mempercayai ajaran yang dibwa dan diperjuangkan oleh Rasul. Misalnya, Firaun membangunkan bandar Mesir dengan kemajuan pyramid Giza yang dapat disaksikan hingga ke hari ini tidak dianggap sebagai manusia yang bertamadun kerana tidak beriman kepada Nabi. 

• Kepercayaan kepada hari kiamat juga asas kepada kepada tamadun. Umat Islam yang dianggap bertamadun ialah mereka yang sentiasa memikir hari pembalasan yang jauh lebih dasyat dari hidupan di dunia. Adanya keimanan terhadap hari akhiratt, sewajarnya kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berfikiran jauh dan mengkaji sesuatu perkara sebelum melakukannya. Adakah apa yang dilakukan itu mengikut apa yang diredhai Allah atau tidak. Ini kerana memikirkan balasan-balasan yang akan diterima di hari pembalasan kelak. Sama ada Syurga yang dijanjikan Allah atau Neraka yang telah banyak diingatkan tentang balasannya, 

“ Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah ( membunuhnya ) kecuali dengan alasan yang benar dan tidak berzina. Barangsiapa melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat pembalasan dosanya ” (Al-Furqan:68)

• Beriman kepada Qada’ dan Qadar pula antara rukun iman yang penting untuk menjadi seorang Islam yang sejati. Pengertian Qada’ di dalam Surah An-Nisa’ ayat 65 bermaksud keputusan. Qadar bermaksud mengatur atau menentukan sesuatu menurut batas-batasnya dalam Surah Fussilat ayat 10. Dengan kata lain Qada’ dan Qadar adalah sama-sama merupakan ketetapan, keputusan dan kehendak dari Allah subhanahu wa ta’ala kepada semua makhluk ciptaanNya. Sesetengah berpendapat bahawa Qada’ ialah ketetapan dari Allah dan Qadar ialah ketetapan Allah yang telah terjadi. 
• Jenis-jenis Qada’ dan Qadar ialah :
1. Muallaq – Qada’ dan Qadar Allah bergantung kepada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri. Sebagai contoh, usaha seseorang untuk menjadi kaya dan pintar hendaklah melakukan perkara itu berdasarkan kemahuan dan kemampuan diri sendiri
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan (nasib) suatu banggsa sehingga bangsa itu mau mengubah keadaan (nasib) yang ada pada mereka sendiri ” (Ar-Ra’d:11)
2. Mubrom – Qada’ dan Qadar Allah subhanahu wa ta’ala yang tidak boleh diubah lagi oleh manusia walaupun ada ikhtiar dan tawakkal. “ Dan setiap umat mempunyai ajal (batasan waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan sesaat pun” (Al-A’raf:34)

2)Ibadah
• Tidak lain dan tidak bukan, tujuan manusia hidup di atas muka bumi Alla subhanahu wa ta’ala ada semata-mata beribadah kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Dan itulah tujuan asal kehadiran manusia di bangunkan di muka bumi untuk mengikut perintah Allah. 
“ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada Ku ”(Surah Adz-Dzariyat:56)
• Sesungguhnya aktiviti harian manusia sama ada urusan dunia ataupun urusan akhirat juga di kira sebagai ibadah. Turut dikira tujuan kita bekerja untuk membangunkan muka bumi sebagai ibadah jika niat kita ikhlas hanyalah mencari keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala
• Antara contoh ibadah yang wajib kita lakukan termaktub di dalam rukun Islam ialah:
a) Mengucap 2 kalimah Shahadah
“ aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang dilayak disembah selain Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu ada pesuruh Allah ”
b) Solat 5 waktu sehari semala
“ Kemudian apabila kamu berasa tenteram berada dalam keadaan aman, dirikanlah solat itu dengan sempurna sebagaimana biasa. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman yan tertentu waktunya “ (an-Nisa’:103)
c) Berpuasa di bulan Ramadhan
“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa ” (Al-Baqarah:183)
d) Mengeluarkan zakat
“ Dan laksankanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukulah beserta orang yang rukuk ”(al-Baqarah:43
e) Menunaikan haji pada yang berkemampuan
“ Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalankan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta ” ( Ali-Imran:97)

3) Syariah
• Kemajuan dalam ketamadunan turut lah merangkumi semua aspek seperti ekonomi, politik, pertanian, perniagaan, pelajaran, perindustrian dan sebagainya. Bagi mencapai kesemua kemajuan teersebut, mestilah berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah sebagai pimpinan pertama. Ini kerana di dalam al-Quran dan As-Sunnah terkandungnya hukum-hukum Allah yang ditetapkan berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah serta dalil-dalil yang berkaitan dengan keduanya seperti Qiyas dan Ijma’. Dari segi bahasa, syariah bermaksud sumber air mengalir yang didatangi manusia atau binatang. Menurut istilah, hukum-hukum Allah diturunkan melalui rasul-rasulNya untuk manusia agar tidak membuat dosa dan terus mendapat petunjuk Allah subhanahu wa ta’ala. 
• Syariah turut termasuk dalam ibadah iaitu peraturan-peraturan dalam melakukan ibadah-ibadah wajib seperti solat, berpuasa, zakat dan sebagainya turut merangkumi ibadah seperti cara bersuci, beristinjak, wudhu’ dan sebagainya. 
• Selain dari ibadah, turut merangkumi aspek Mali(bersifat harta) misalnya aqiqah, qurban, wakaf, hibbah dan lain-lain
• Turut termaktub dari aspek muamalat iaitu peraturan yang mengatur hubungan seseorang dengan yang lain dalam hal tukar-menukar barangan bernilai seperti perniagaan, sewa menyewa, simpanan, hutang pemiutang, wasiat, jizyah dan seterusnya. 
• Turut memasukan hukum munakat yang membawa maksud mengatur hubungan seseorang dengan orang lain dalam hubungan berkeluar. Misalnya dari segi perkahwinan, penceraian, pengaturan nafkah, hak penjagaan anak-anak, mas kahwin dan pergaulan antara suami dan ister. 
• Selain itu ialah jinayat iaitu hukum yang termaktub untuk pembunuhan, zina, kirafat, murtad, khianat, diyat serta penipuan. 
• Akhlak, iaitu mengaturkan sikap hidup peribadi seseorang dengan perasaan bersyukur, sabar, tawadduk, tawakal dan istiqomah
• Sumber-sumber syariat ialah berpegang teguh dengan Al-Quran, kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Jibrail dan merupakan undang-undang yang menyeluruh. 
• As-Sunnah sumber syariat kedua yang memberikan penjelasan dan rincian terhadap hukum Al-Quran yang bersifat umum
• Ijtihad bermaksud hukum atau fatwa yang dikeluarkan oleh para ahli mengkaji Al-Quran dan As-Sunnah untuk menetapkan hukum yang belum ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah
• Terdapat pelbagai bidang yang tidak ada pada zaman Rasulullah tapi sangat membangun di zaman ini misalnya penerbangan, perkapalan, automotif, teknologi, komputer dan sebagainya yang hendaklah dikaji dan difahami berlandaskan dari sudut Syariat
• Objektif Syariah terbahagi kepada 3 : Maqasid Dhururiyyah, Maqasid Hajiyah dan Maqasid Tahsiniyah. 
I. Maqasid Dhururiyyah membawa kepada asas yang bermatlamatkan manusia terhadap kehidupan dunia dan akhirat. Termasuk aspek agama, diri sendiri, akal, keturunan dan harta
II. Maqasid Hajiyah untuk mendapat kelapangan dan kesenangan dalam kehidupan harian. Terbahagi kepada 3 aspek iaitu Mualamat( pengurusan kewangan mengikut Islam), Jinayat(hukum atau undang-undang) dan Munakhat(kehidupan berkeluarga)
III. Maqasid Tahsiniyah perkara yang membezakan antara manusia dan bersifat terpuji dalam adat kehidupan manusia. Merangkumi cara kehidupan, pakaian, makanan dan lain-lain. 

4) Akhlak
• Akhlak perkara yang penting di dalam ajaran Islam. Permulaan pembinaan peradaban manusia yang berasaskan kehidupan semasa untuk membangunkan manusia serta tamadun. Semua agama mengajarkan sesuatu yang baik mahupun dari perkara yang kecil dan membawa kepada perkara yang lebih besar. Dari segi bahasanya, bermaksud tabiat seseorang, perangai dan kelakuan, Istilahnya pula bermaksud sifat yang tertanam di dalam diri seseorang yang mengeluarkan sesuatu dengan senang dan mudah. 
• Akhlak membincangkan pelbagai cabang yang mahmudah iaitu sifat-sifat yang ada terhadapt diri setiap muslim. Misalnya sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, takwa, zuhud, pemaaf dan sebagainya. Tamadun yang wujud daru peradaban manusia pertama dipandang dan dititik beratkan terhadap akhlak yang merwarnai kesemua manusia secara langsung dan tak langsung. Ini dapat mengembangkan dan memajukan sesuatu tamadun misalnya negara Jepun yang sengat maju dan terkenal dengan akhlak yang baik antara sesame manusia walaupun bukan beragama Islam. 
• Akhlak bermula dari diri sendiri atau peribadi seseorang, seharusnya seseorang itu sedar dan insaf kepada diri sendiri. Dengan berakhlak kepada diri sendiri dapat membina dan mengajak umat yang lain terhadap kehidupan berakhlak. 
• Akhlak terhadap keluarga merangkumi dari kedua ibubapa, anak-anak, saudara-mara dan para sahabat. Bermula kewajipan ibubapa terhadap anak-anak untuk memberikan perhatian dan didikan awal secara sempurna dengan ajaran-ajaran yang baik dibawa oleh Islam. Sebagai seorang anak mestilah kita menghargai dan mencintai kedua orang tua kerana mereka lebih berhak mendapatnya sebelum orang lain. Bermula dari pendidikan awal, penjagaan rapi dan membesarkan kita, tidak wajarlah jika kita tidak beradab atau berakhhlak terhadap mereka. 
• Seterunya, berakhlak terhadap masyarakat di sekeliling yang turut menjadi tonggak utama dalam membangunkan sebuah tamadun. Bermula sejak azali, manusia tidak hidup bersendirian dalam hidupan seharian malah berkelompok antara sesame manusia dan saling memmerlukan. Diterapkan sikap tolong-menolong dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. 
• Hendaklah kita juga berakhlak terhadap negara tercinta atau tanah air dimana tertumpahnya darah. Bagi membangunkan sesebuah tamadun, penghormatan dan hubungan diantara masyarakat dengan negara memerlukan ikatan yang utuh untuk sama-sama membantu. Perjuangan bersama ini turut dimeterai sejak zaman Rasulullah . Islam juga menggalakkan dan mengadakan akhlak terhadap pemimpin negara yang sangat penting bagi sesebuah negara yang berkembang dan maju misalnya Jepun. . 
• Akhlak terhadap agama dan merupakan kewajiban manusia terhadap Tuhan dan merangkumi seluruhnya. Bermula dengan ibadah sehinggalah menyampaikan dakwah Islamiah kepada orang lain. 
5) Ilmu
• Terbahagi kepada 2 cabang ilmu iaitu :
i) Fardhu Ain
ii) Fardhu Kifayah
• Bersumberkan kepada : Al-Quran, Al Hadith, Ijtihad dan ilmu Aqli

CIRI CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM (MUAZZIM)
SEJAGAT
Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu atau tempat tertentu, sebaliknya kepada seluruh umat manusia. Tamadun Islam dapat dilihat di mana-mana kawasan di seluruh dunia ini tanpa dibatasi sama ada oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi moden. Ini menjelaskan bahawasanya tamadun Islam amat bersesuaian di praktikkan dalam mana-mana negara di dunia ini bagi melahirkan negara yang bermaruah dan lebih di hormati di mata dunia. 

TERBUKA
Keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam terutamanya dalam dialog antara tamadun atau interaksi antara tamadun. Keterbukaan ini menunjukkan wujudnya sifat toleransi dan tolak ansur bagi kepentingan bersama. Unsur-unsur tamadun selain Islam boleh diamalkan dan dikembangkan selagi tidak melanggar garis panduan syariat. Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut. Hal ini membuktikan tamadun Islam bukanlah bersifat terlalu ekstrim tanpa mempedulikan pandangan atau pendapat dari tamadun-tamadun lain. 

SEPANJANG ZAMAN
Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, Surah Al-'Alaq dan tidak pernah berhenti, kerana ia tidak dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat. Ianya juga akan terus berkekalan tanpa boleh diubah oleh apa-apa unsur sekalipun. Walaupun ianya telah diturunkan oleh Allah ribuan tahun yang lalu, ianya sentiasa terpelihara dan terus menjadi panduan kepada seluruh umat manusia. 

TOLERANSI
Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, tetapi tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan. 

RABBANI
Tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Hakikat keberadaannya di dunia ini adalah sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap wilayah yang diduduki bagi memberi manfaat kepada setiap penghuni bumi. Nilai-nilai agama dan ketuhanan dimana ianya merupakan sumber, matlamat dan tujuan kehidupan umat manusia yang berlandaskan ketetapan daripada Alah subhanahu wa ta’ala. Ciri ini juga menjadi bukti semua bangsa adalah sama dalam masyarakat Islam. Pembezanya hanyalah iman dan takwa, bukan warna kulit, pangkat, keturunan dan kekayaan. Oleh itu, ciri ini merupakan tunggak utama Tamadun Islam dan asas perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun lain. 

CIRI- CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM(HAYYUM)

Tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang berasaskan wahyu, mempunyai ciri- ciri khusus serta tersendiri. Terdapat juga ciri-ciri khusus di dalam tamadun Islam. Ciri-ciri khusus tamadun Islam ini amat penting untuk diketahui kerana ianya merupakan perbezaan yang dapat ditunjukkan di antara tamadun Islam dengan tamadun-tamadun yang lain. Berkaitan ciri-ciri khusus tamadun Islam, ia menjelaskan mengenai konsep dari segi tauhid, keseimbangan dan kesederhanaan, universal, ideal dan realistik, nilai tetap dan berubah-rubah dan bersifat menyeluruh. Ciri-ciri tersebut menjadikan tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang sentiasa mampu bertahan mengharungi perkembangan zaman tanpa mengira sempadan, masa dan geografi. . Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tamadun Islam merupakan terjemahan praktikaliti ajaran Islam di mana ia mempunyai matlamat dan ciri yang sama dengan ajaran Islam. Antara ciri keistimewaan ajaran Islam ialah bersifat rabbani(bersumberkan ajaran allah), universal, komprehensif, tetap dan anjal, ideal dan realistik dan seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. 

Antara ciri khusus tamadun Islam yang membezakan antara tamadun Islam dan lain lain tamadun, antaranya ialah tauhid. Agama Islam di dasari dengan ilmu-ilmu ketuhanan yang tinggi sekali, kerana matlamat setiap individu Muslim ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dengan mengabdikan diri hanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala disamping melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah subhanahu wa ta’ala, dan AlQuran juga menjadi sumber asas rujukan. Tauhid bermaksud pengesaan allah subhanahu wa ta’ala dalam iktikad yakni pegangan sesuatu atau kepercayaan sesuatu, amalan atau tindakan serta pengakuan secara lisan. Konsep ini menjelaskan bahawa tauhid menterjemah seluruh tindak tanduk kehidupan termasuk sikap individu, emosi individu, atau perasaan individu, minat (kesukaan dan juga kebencian) hanya berasaskan nilai syariat allah subhanahu wa ta’ala semata mata dan yag bercanggah darinya. 

Konsep tauhid juga menghimpun seluruh cabang-cabang ilmu dan pencapaian manusia untuk tunduk dan bersatu dibawah satu kesepaduan ilmu dengan paksinya ialah kalimah ‘tauhid’ teersebut. Dalam istilah lain disebut sebagai bersifat rabbaniyyah (konsep percacaya kepada konsep ketuhanan) dalam nilai, peraturan serta undang undang, tindakan amalan, pemikiran dan ideology serta rekacipta, seni dan budaya. Manakala manusia adalah merupakan actor yang melaksanakan atau menjalankan segala bentuk arahan tuhan dan meninggalkan segala larangannya dengan mengadunkan segala aktiviti ketamadunan berasaskan kreativiti akliyyah supaya sesuai dengn zaman mereka. konsep ini membezakan antara tamadun Islam dengan tamadun barat, hal ini kerana tamadun Islam menjadikan sumber naqli sebagai sumber asasi, disamping tidak menafikankepentingan sumber aqli. 

Nilai ketuhanan dan keagamaan dalam tamadun Islam adalah nilai tertinggi sekali. Matlamat kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala iaitu mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata disamping melakukan tugas-tugas khalifah dan Al-Quran menjadi sumber asasnya. Sedangkan tamadun barat hanya berdasarkan sumber akli yakni berteraskan akal fikiran semata mata malah yang lebih buruknya adalah mereka banyak menyangkal dan menepis perkara-perkara atau sumber-sumber yang dinyatakan dalam sumber naqli. 

Seterusnya ciri-ciri khusus yang membezakan antara tamadun Islam dan tamadun lain lain adalah adalah konsep keseimbangan dan kesederhanaan. Iaitu keseimbangan dalam segala aspek kehidupan, rohani dan jasmani, masyarakat dan individu, dunia dan akhirat. Kesederhanaan pula perlu ada dalam melaksanakan segala perintah Allah tetapi tidak pula mempermudahkan segala urusan. Konsep ini adalah konsep semulajadi yang membezakan tamadun Islam dengan tamadun yang lain. Ia menjadi hukum kepada survival manusia dan alam semesta ini. Tidak ada satu kebaikan yang dapat dilahirkan dari konsep yang ekstrim dan melampau ini. 

Keseimbangan dalam segala aspek kehidupan, rohani dan jasmani, masyarakat dan individu, dunia dan akhirat. Keseimbangan alam dan cakrawala ini berada diatas paksinya dpat menghasilkan kehidupan dengan aman dan harmoni, saling memberi dan menerima demi faedah bersama. Konsep ini menjadi tunjang kepada tamadun Islam itu sentiasa bersedia menghadapi cabaran samada dari segi agama, ideology, ilmu social, budaya dan lain lain lagi. Seimbang dari segi keduniaan dan keakhiratan, kebendaan dan kerohanian, wahyu dan akliyyah urusan ibadat dan sosial dan antara individu dan masyarakat. Selain itu, ia juga bermaksud ajaran Islam seimbang diantara dua keadaan bertentangan. konsep keseimbangan dalam tamadun Islam berbeza dengan prinsip dualisme barat. Keseimbangan dalam banyak aspek antara kerohanian dan kebendaan dan antara urusan kehidupan rohani dan kepentingan individu dan masyarakat. Kesederhanaan pula perlu ada dalam melaksanakan segala perintah Allah subhanahu wa ta’ala tetapi tidak pula dengan maksud mempermudahkan segala urusan. 

Tamadun Islam ditegakkan atas dasar kesederhanaan mengikut apa yang telah digariskan atau ditetapkan agama. Misalnya dalam melihat persoalan dunia tidak keterlaluan, memuja dunia dan tidak meremehkan dunia. Sebab itu Islam melihat secara adil persoalan dunia dan akhirat, persoalan individu dan masyarakat dan sebagainya. persoalan tersebut bukan hanya sederhana dan adil akan tetapi dilaksanakan secara bersepadu. Persoalan tentang kesederhanaan dalam melihat isu utama kehidupan tidak wujud dalam tamadun barat. Hal ini kerana tamadun barat lebih kepada bersifat dualisme iaitu memisahkan antara hal dunia dan akhirat, hal individu dan masyarakat, hal akli dan naqli, hal roh dan jasad dan juga sebagainya. 

Seterusnya ciri-ciri khusus yang membezakan antara tamadun Islam dengan tamadun yang lain adalah tamadun Islam bersifat ideal dan realistik. Ideal bermaksud meletakkan manusia di tempat paling tinggi dengan mengawasi setiap gerak geri manusia. Realistik pula bermaksud menabil kira hakikat yang berlaku iaitu di dunia yang nyata. Ideal bermaksud meletakkan manusia pada tingkat yang paling tinggi dengan mengawasi setiap gerak geri manusia. Realistik pula bermaksud mengambil kira hakikat yang berlaku iaitu di dunia yang nyata. 
Konsep ideal merujuk kepada sesuatu yang bersifat sempurna atau model atau kecemerlangan. Manakala realistik ialah sesuatu yang dapat diterjemah dan dipraktikkan pada alam nyata. Ia merupakan sebuah pengalaman yang terbukti kebenarannya. Islam adalah agama wahyu yang bertunjangkan kemukjizatan, ilmu dan pedoman sebenar mampu menjadi tamadun Islam sebagai model dan ideal ketamadunan untuk sepanjang zaman. Tiada satu pun aspek pengajarannya hanya bersifat teori dn berada di dalam ruang fikiran semata-mata, bahkan ia bersifat reality atau waqie dengan masa dan zamannya yang boleh diterjemah kepada kehidupan dan pelaksanaan untuk manusia mendapatkan manfaatnya Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran allah. Tunjangnya ialah kesederhanaan dan kesempurnaan. Ia realistik dari segi mengambil kira realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku didunia nyata yang menunjukkan kewujudan allah subhanahu wa ta’ala. 

Seterusnya ciri-ciri khusus yang membezakan antara tamadun Islam dengan tamadun yang lain adalah tamadun Islam bersifat tetap dan anjal. Ciri tamadun Islam yang seterusnya ialah tetap dan tidak berubah pada matlamat dan sasaran tetapi anjal pada cara dan pelaksanaannya. Kebebasan diberikan kepada umat untuk merealisasikan tamadun bagi mencapai matlamat yang dikehendaki tetapi mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Konsep ini menjadikan tamadun Islam sebuah tamadun yang relevan dengan zamannya. Nilai dan konsep kepercayaan, keimanan dan peribadan bersifat tetap dan tidak berubah. Manakala dalam perkara yg bersifat pelaksanaannya. 
Ia boleh berubah mengikut keadaan atau suasana atau situasi bergantung kepada kemashlahatan ummah untuk melaksanakannya. ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi ajaran Islam anjal dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari sudut untuk merealisasikan sesuatu tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai, bukan kemajuan kebendaan semata - mata dengan mengenepikan unsur spiritual. 

Selain itu, ciri-ciri khusus yang membezakan antara tamadun Islam dengan tamadun yang lain adalah tamadun Islam bersifat menyeluruh. Merangkumi bidang akidah, syariah, akhlak, hubungan dengan Allah subhanahu wa ta’ala, dengan sesama manusia dan alam. Satu seruan keadilan untuk semua samada Islam mahupun bukan Islam, musuh atau kawan, termasuk hubungan antarabangsa, ilmu dan ibadah. Ini bermakna tamadun Islam sesuai digunakan didalam semua aspek dalam kehidupan seharian manusia. 
Konsep tamadun Islam bersifat menyeluruh bermaksud konsep ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia, akidah, undang-undang dan panduan akhlak, politik, ekonomi, sirah, pendidikan, ilmu dan kehidupan sosial. Ia menyediakan pandangan kepada seluruh sisem kehidupan manusia secara bersepadu dengan tauhid menjadi teras kepada sistem sosial – ekonomi dan politik ummah. Tauhid menjadi nilai yang merentasi seluruh sub – sistem, sosial-ekonomi dan politik tersebut. Islam meliputi seluruh kehidupan manusia termasuklah undang-undang(syariah) akhlak dan juga akidah. Islam juga menyeru supaya berlaku adil kepada semua insan tidak kira seseorang itu beragama Islam atau tidak. Islam juga meliputi semua tempat dan masa tanpa batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka berada dimana sekalipun. Tamadun Islam juga bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat kerana ciri umumnya bersifat sejagat dan terbuka. 

Setiap manusia di seluruh dunia tidak kira dimana dapat menyesuaikan dirinya dengan ciri tersebut. Hal ini kerana ia tidakterikat kepada bangsa tertentu atau bersandarkan pada tempat tertentu, bahkan ia adalah milik seluruh manusia yang berpegnag pada konsep al-din. Ia juga bersifat terbuka kerana ia tidak terbatas kepada had tertentu dan ianya terletak di atas garis panduan yang tetap dan ia berkembang dengan peredaran masa. Selain itu, tamadun Islam juga terbuka kepada sebarang bentuk tamadun selain Islam. Ia boleh diteruskan dan dimajukan selagi ia tidak lari dan berlandaskan hukum syarak. 

Selain itu, ciri-ciri khusus yang membezakan antara tamadun Islam dengan tamadun yang lain adalah tamadun Islam bersifat Universal(sejagat). Tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh tertentu, bahkan ia milik seluruh manusia. Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi dan peredaran zaman. Ini bermaksud tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh tertentu, bahkan ia milik seluruh manusia. Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi dan peredaran zaman. Tamadun Islam merupakan tamadun sejagat kerana dimiliki oleh sesiapa sahaja dan tidak bersifat eksklusif kepada satu satu bangsa. Ia bukan milik orang arab sebaliknya turut dibangunkan bersama sama oleh bangsa parsi, sepanyol, turki india, china dan juga melayu. Setiap bangsa tersebut telah membangunkan peradaban di daerah masing-masing berdasarkan sumber yang sama, dan berkongsi nilai yang serupa walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi subsidiari yakni kecil disebabkan pengaruh budaya dan tradisi setempat. Namun sumbangan setiap sub-ketamadunan tersebut berjaya mengangkat kemuliaan Islam sebagai agama yang dihormati diperingkat regional masing-masing serta memberi sumbangan dari segi pembangunan daerah berdekatan. 
Peradaban Islam di benua arab dan india tidak jauh bezanya daripada peradaban Islam di parsi dan juga kepulauan nusantara kerana tidak pernah timbul pertembungan antara tamadun Islam yang melahirkan ketegangan agama, budaya dan mahupun pencapaian teknologi. Fenomena ini berbeza dengan tamadun barat yang melihat bangsa atau masyarakat sebagai asasnya. Nilai-nilai lain tidak dilihat sebagai sesuatu yang istimewa malah bangga diri masyarakat barat agak menonjol dan dijelmakan dalam tamadun mereka. 

RUJUKAN (MUAZZIM)

i) Ramawan bin Ab. Rahman (2012) Penghantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam
ii) Abdul Rahman Haji Abdullah, Dr. (2000), Wancana Falsafah Sejarah : Perspektif Barat dan Timur, K. Lumpur. Utusan Publication
iii) Dr. Mahmud Mohamad Babeli (terj). Persaudaraan Islam dan Pembangunan Sosial. Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia
iv) Ezad Azraai Jamsari (2004), Pengajian Islam, Shah Alam : Fajar Bakti

2. Mubrom – Qada’ dan Qadar Allah subhanahu wa ta’ala yang tidak boleh diubah lagi oleh manusia walaupun ada ikhtiar dan tawakkal. 
“ Dan setiap umat mempunyai ajal (batasan waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan sesaat pun”
( Al-A’raf:34)

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)