Keilmuan Dalam Tamadun Islam

PENDAHULUAN
Seperti yg kita tahu Ilmu merupakan kayu ukur yg membezakan antara individu dengan individu lain. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala. yg bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui” (al-Zumar: 9). Ilmu juga merupakan asas mencapai tahap keimanan dan ketakwaan. Allah meletakkan orang yang beriman dan berilmu pada tahap yang tinggi. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan cintakan Allah dan Rasul-Nya. jadi wajarlah kita untuk menuntut ilmu kerana ilmu yg baik mendatangkan kesan yg baik. Ilmu Dari Bahasa Arab ialah alima‟ yang bermaksud mengetahui. manakala dari segi istilah ilmu adalah Segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah subhanahu wa ta’ala yang diturunkan kepada Rasul-rasul-Nya. Ilmu sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. 
 Terdapat berbezaan pengertian ilmu antara Islam dan barat. Dimana dari segi Islam. Islam menyatukan agama dan ilmu. Agama itu sendiri adalah ilmu – tiada pertentangan. Ilmu menurut perspektif Islam adalah sifat, proses, dan hasil. Ilmu merangkumi Al-Quran, Sunnah, Syariah, Iman, Pemikiran, Sains, Pendidikan dan lain2. Penekanan terhadap ilmu jelas di dalam Al Quran. Wahyu pertama menekankan kepentingan ilmu. Manakala dari segi barat ilmu Ilmu hanya merujuk kepada sesuatu fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh dilihat dengan pancaindera dan boleh dibuat uji kaji. 

ISI PERBINCANGAN
Dalam topik ini kami akan membincangkan dan mempersoalkan tentang sumber ilmu. Sebagaimana kita mengetahui, Islam merupakan agama yang menyeluruh dan sempurna serta mempunyai sumber sumber ilmu yang lengkap. Sumber ini mngandungi asas kepada ilmu dan pemikiran yang menjadi rujukan pembinaan kehidupan dan tamadun manusia. 
 Selain itu, kami akan membincangkan tentang pengkelasan ilmu dari segi ilmu fardu ain dan fardu kafayah. Ilmu merupakan skop yang meluas dan dapat dibahagikan kepada banyak bahagian. Menurut Imam Al-Ghazali ilmu dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu Ilmu Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah. Dalam topik ini kami akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang fardu ain dan fardu kifayah. 
 Di samping itu juga, kami afan mempersoalkan tentang apakah yang menjadi keutamaan dalam menuntut ilmu. ilmu amat diberi penekaan kepada semua tamadun, begitu juga dengan tamadun Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan, perutusan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bermula dengan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala pada baginda yang menyeru manusia supaya mencari ilmu. 
 Sedemikian itu juga, dalam topik sumber keilmuan dan pendidikan, kami akan mempersoalkan bagaimana pendidikan pada zaman baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Hal ini kerana, pada 610Masihi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah, menerima wahyu pertama dari ALLAH iaitu surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud membaca menjadi asas pendidikan Islam. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan guru yang menyampaikan pendidikan Islam bermula di Mekah dan diteruskan di Madinah. 

KEUTAMAAN DAN KLASIFIKASI ILMU TAMADUN ISLAM

KEUTAMAAN ILMU
Dengan ilmu pengetahuan yang cukup mengenai ilmu dunia dan akhirat seseorang itu dapat mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hal ini kerana, individu itu tahu akan kehidupan di dunia ini hanyalah sementara manakala akhirat selamanya. Seseorang itu akan melakukan sebanyak mungkin kebaikan di dunia untuk menempah tiket ke syurga kelak. Oleh itu, lahirlah masyarakat Islam yang berjaya dalam aspek jasmani dan rohani. 
Selain itu, ilmu dapat membina sebuah masyarakat yang berilmu. Hal ini demikian kerana, mereka akan berlumba-lumba untuk menimba ilmu pengetahuan kerana rasa cinta akan menimba ilmu. Masyarakat akan menjadikan ilmu sebagai salah satu aspek yang penting dalam kehidupan seharian dan gejala-gejala tidak sihat akan berkurangan kerana mereka lebih gemar menimba ilmu daripada membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah. Secara tidak langsung, negara akan menjadi harmoni dan masyarakat yang rajin menimba ilmu dapat dilahirkan. 
Seterusnya, konsep ilmu Islam yang syumul dan sepadu dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan bertolak ansur. Hal ini kerana, Islam untuk semua dan bukanlah untuk kaum tertentu. Oleh itu, wujudlah masyarakat Islam yang pelbagai dari segi warna kulit, kaum dan lain-lain. 
Di samping itu, dapat mengukuhkan kekuatan ummah. Hal ini kerana, umat Islam sering diperlekehkan kerana tidak mengikut perkembangan semasa dalam aspek sosial, pakaian dan lain-lain. Oleh itu, dengan ilmu dapat menunjukkan ummah Islam tetap maju walaupun tidak mengikut perkembangan kini. Ini dapat meningkatkan martabat ummah Islam di mata dunia dan tidak lagi dilabel sebagai ummah yang kuno. 
Akhir sekali apabila rakyatnya berilmu akan mencetuskan revolusi teknologi di sesebuah negara. Hal ini kerana, dengan ilmu dalam setiap jiwa individu dapat melahirkan idea yang bernas dalam menaiktaraf teknologi negara mereka. Secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara dengan aktiviti mengimport teknologi ke negara luar. Seterusnya, negara itu dapat menempah nama di persada dunia kerana hasil teknologi yang canggih yang telah mendapat perhatian di negara maju yang lain. 
Selain itu, kita dituntut untuk menuntut ilmu supaya kita sebagai makhlus di atas muka bumi ini dapat mengenal pencipta kita iaitu Allah subhanahu wa ta’ala. surah jumuah ayat 2 yang bermaksud :
“dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul di antara mereka yang membaca ayat ayatNya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah, al sunnah, dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar benar kesesatan yang nyata. . ”
Tujuan ilmu adalah untuk kita mengenal Allah iaitu pencipta yang mutlak. Untuk mengenal Allah kita tidak memerlukan ilmu yang tinggi. Akal sentiasa menghubungkan segala pengetahuan kebesaran dan keagungan Allah. kewajipan manusia untuk mengenal Allah adalah dengan ilmu yang dianugerahkan kepadaNya melalui akal pikiran dan pancaindera. 
Sedmikian itu juga, keutamaaan ilmu adalah untuk menghubungkan kita dengan pencipta kita iaitu Allah subhanahu wa ta’ala. melalui ilmu manusia dapat mengetahui cara untuk berhubung dengan Allah iaitu melalui beribadat dan mengerjakan ibadah ibadah baik kepadaNya kerana bersifat maha mengetahui. Sebagai manusia kita tidak boleh lupa bahawa Allah menciptakan Nabi Adam as yang pertama sebagai menyampaikan ilmu. Oleh itu kita tidak boleh mengabaikan ilmu agar kita tidak tersesat jalan. 
Justeru itu juga, ilmu menjadi keutamaa kerana untuk membantu manusia untuk mencapai kebenaran dalam menentukan segala perkara di dunia ini. Dengan adanya ilmu manusia berupaya untuk membezakan antara hak dan batil, dengan ini mereka tida akan mudah tertipu dan terpedaya dengan duniawi. Ilmu juga mampu menimbulkan keyakinan dan menghapuskan segala keraguan manusia dalam menentukan perkara. Oleh itu kita janganlah sesekali memperendahkan ilmu. 
Dan akhir sekali, ilmu mampu melahirkan keharmonian dalam diri seseorang. Ilmu bukan sahaja berupaya melahikan keharmonian dalam kenegaraan, malah dalam diri seseorang itu. Ilmu yang benar membawa faedah dan memberikan efek yang baik kepada seseorang manusia itu. Ini kerana dengan ilmu, kita akan merasa takut kepada Allah dalam mengerjakan perkara mazmumah meskipun tidak diketahui oleh orang lain. Oleh itu, manusia yang mengabaikan ilmu Islam akan hidup dalam kesulitan dan dalam keadaan gelisah dan sentiasa beurusan dengan masalah tatkala masalah di dunia mahupun di akhirat. 
Terdapat dua tingkatan orang yang memperoleh ilmu :
Tingkatan Pertama:
Orang-orang yang meraih ilmu, mengamalkannya, mendalaminya, dan boleh menarik berbagai kesimpulan hukum darinya. Mereka terlahir menjadi para Hafizh (penghafal hadits) dan Fuqaha (ahli fikih). Mereka menyampaikan ilmu dan mengajarkannya kepada orang-orang, dan mereka bisa memahamkan orang lain, memberikan pencerahan dan faedah kepada mereka. Di antara mereka ada yang berprofesi sebagai mu’allim (pengajar) dan ada yang menjadi muqri’ (pembaca), serta ada juga yang menjadi da’i ilallah ‘azza wa jalla atau menjadi mudarris (guru) yang mengajarkan dalam bentuk-bentuk pengajaran dan penularan pemahaman. 

Tingkatan Kedua:
Orang-orang yang mampu menghafalkan ilmu dan menyampaikannya kepada para ulama lain yang sudah dibukakan pemahaman ilmu baginya sehingga mereka boleh menarik berbagai kesimpulan hukum dari ilmu yang didapatkannya. 
Maka dengan begitu kedua kelompok ini sama-sama memperoleh pahala dan ganjaran yang sangat besar dan melimpah serta bisa memberikan manfaat luas kepada umat. 
Adapun kebanyakan orang yang ada, perumpamaan mereka itu ialah seperti tanah yang keras dan licin sehingga tidak bisa menampung air dan tidak mampu menumbuhkan rerumputan. Hal itu terjadi disebabkan mereka sengaja berpaling, lalai serta tidak mau menaruh perhatian terhadap ilmu. 
Oleh sebab itu maka para ulama dan penuntut ilmu yang aktif dalam berbagai aktifitas penyebaran ilmu syar’i memiliki kebaikan yang sangat banyak serta berada di atas jalan yang lurus. Segala puji bagi Allah untuk itu. Dan itu hanya berlaku bagi orang yang mendapatkan taufik dari Allah sehingga bisa mengikhlaskan niat dan bersungguh-sungguh dalam belajar. 
Maka berdatanganlah para penuntut ilmu syar’i secara beramai-ramai untuk mendalami agama Allah dan berjuang untuk bisa meraih pencerahan dalam memahami ajaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallamyang meliputi petunjuk dan ilmu pengetahuan. Dan hendaknya mereka saling berlomba untuk menuntutnya. Dan juga hendaknya mereka bersabar dalam meniti jalan tersebut, karena mereka harus merasakan keletihan dan menghadapi berbagai kesulitan. Hal ini dikarenakan sesungguhnya ilmu itu tidak akan boleh digapai apabila dicari dengan tubuh yang selalu bersantai-santai. Akan tetapi dibutuhkan kesungguh-sungguhan, kesabaran, dan kemauan untuk menanggung rasa letih. 
Inilah yang diucapkan oleh Imam Muslim rahimahullah di dalam kitab Shahih beliau dalam bab-bab tentang Mawaqit (Waktu-Waktu Shalat) yang terdapat di dalam Kitab Shalat. Ketika beliau membawakan sekian banyak sanad, di antara riwayat yang beliau sebutkan adalah perkataan Yahya bin Abi Katsirrahimahullah. Yahya mengatakan, “Ilmu tidak akan bisa diraih dengan banyak mengistirahatkan badan. ” Maksud beliau rahimahullah dengan ungkapan ini ialah sebagai catatan yang harus diingat bahwasanya untuk menggali ilmu dan mendalami agama itu sangat diperlukan kesabaran dan keteguhan. 

Selain itu diperlukan perhatian, pemeliharaan waktu, dan harus sentiasa diiringi dengan keikhlasan dalam beramal karena Allah dan menginginkan wajah Allah subhanahu wa ta’ala
Pelbagai kegiatan daurah ilmiah yang di dalamnya diajarkan ilmu syar’i dan diadakan berbagai halaqah ilmiyah syar’iyah memiliki peranan yang sangat penting. Faedah yang boleh digali darinya juga amat besar. Kerana sarana-sarana seperti itu memang dipersiapkan untuk menyebarkan kemanfaatan bagi orang banyak dan boleh menguraikan berbagai macam kesulitan yang mereka hadapi. Orang-orang yang telah mengikuti kegiatan-kegiatan seperti itu sangat diharapkan meraih kebaikan dan pelajaran yang banyak serta manfaat yang boleh disebarluaskan. 
Tidaklah seyogyanya bagi orang yang sudah diberikan anugerah berupa ilmu oleh Allah kemudian dia justeru memisahkan diri dari upaya untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada umat manusia dan tidak ikut berusaha menanamkan pemahaman agama (yang benar) kepada mereka atau mengingatkan mereka tentang Allah, hak-Nya serta hak hamba-hamba-Nya. 
Dia boleh saja menempuh cara mengajar, atau pengambilan keputusan di dalam peradilan atau dengan memberikan nasihat dan peringatan, atau sekedar saling mengingat-ingat isi pelajaran bersama sahabat dan saudara-saudaranya pada saat terjadi pertemuan-pertemuan yang bersifat umum maupun yang khusus. 
Demikian pula, sudah semestinya bagi para ulama untuk turut bergabung dalam upaya menyebarkan ilmu melalui berbagai media informasi yang tersedia, karena dengan cara itu faedah yang didapatkan sangatlah besar, dan ilmu yang disampaikan akan bisa menjangkau segala penjuru bumi sejauh yang dikehendaki oleh Allah. 
Kebaikan sangat besar yang dicapai dengan menempuh metode semacam itu sudah sangat diketahui. Begitu pula dengan cara demikian maka kaum muslimin yang bisa merasakan manfaatnya semakin bertambah luas. Terlebih lagi pada masa sekarang ini, kebutuhan akan hal itu adalah sangat mendesak, bahkan di sepanjang masa hal itu selalu diperlukan. Hanya saja pada masa kita sekarang ini kebutuhan tersebut semakin memuncak karena begitu sedikitnya ilmu yang tersebar dan betapa banyaknya ajakan yang ditebarkan oleh para penyeru kebatilan. Oleh sebab itulah sudah menjadi kewajiban bagi para ulama yang telah mendapatkan rezeki ilmu dari Allah untuk berani mengambil risiko dan menanggung beban kesulitan untuk berupaya menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang banyak melalui media-media tersebut. 
Seorang penuntut ilmu pun hendaknya menuntut ilmu dalam rangka memberikan manfaat bagi dirinya, untuk menyingkirkan kebodohannya serta dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan yang diridhai-Nya dengan didasari keterangan dan pemahaman yang baik. Dengan menuntut ilmu dia juga bisa berpartisipasi dalam menyebarkan manfaat bagi orang banyak. Yaitu untuk mengeluarkan mereka dari berbagai macam kegelapan menuju cahaya. 
Selain itu, dengan ilmunya itu maka apa yang diputuskannya akan bisa menyelesaikan berbagai kesulitan yang dihadapi oleh mereka. Dia akan mampu melakukan perbaikan di antara mereka. Dia akan sanggup mengajari orang yang belum tahu di antara mereka. Dia pun akan bisa ikut serta membimbing orang-orang yang tersesat di antara mereka. Dia akan bisa memerintahkan yang ma’ruf dan melarang yang mungkar kepada mereka, dan manfaat-manfaat lainnya. 
Kerana seorang qadhi yang sanggup bersabar dengan taufik dari Allah nescaya dia akan bisa terjun untuk menyelesaikan berbagai permasalahan. Apabila bersama dengan penuntut ilmu maka dia juga bisa berperan di sana. Apabila diserahi profesi peradilan ia juga bisa berperan di sana. Dia akan bersama dengan para pengajar. Dia akan bersama para pengajak kepada yang ma’ruf dan pencegah yang mungkar. Dia akan bersama dengan para da’i ilallah ‘azza wa jalla atau bersama para pelaku perbaikan dan urusan-urusan kaum muslimin yang lainnya. 
Oleh karena itu seorang penuntut ilmu harus mempersiapkan diri untuk mengurusi amanah yang dibebankan kepadanya dan dia harus siap menanggung berbagai kesulitan di dalam membela agama Allah. Hendaknya dia bercita-cita tinggi. Sebagaimana dahulu para Salafus Shalih yang mendahului kita -semoga Allah merahmati mereka semua- berusaha sekuat tenaga untuk bisa menyebarkan manfaat kepada umat manusia. 
Wasiatku kepada ulama dan para penuntut ilmu serta untuk setiap muslim dan muslimah ialah agar mereka bersabar dalam menjalani hal ini. 
Hendaknya mereka terus berupaya bersungguh-sungguh dalam meniti jalan kebenaran. Hendaknya mereka pandai memanfaatkan waktu yang ada. Dan supaya mereka memperbanyak kegiatan dalam rangka saling mengingat ilmu di antara mereka untuk mendiskusikan persoalan-persoalan yang terasa sulit bagi sebagian mereka. Sehingga dengan demikian akan terkumpullah berbagai pengetahuan yang akan membuahkan kebaikan bagi mereka dan insya Allah juga bagi kaum muslimin. Hendaknya hal itu juga disertai dengan semangat penuh untuk memperbaiki niat dan ikhlas dalam mengerjakan segala macam amal untuk mendekatkan diri hamba kepada Rabbnya, dan bersemangat dalam segala hal yang bisa mendatangkan kemanfaatan untuk orang banyak. 
Wajib bagi dirinya untuk senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan beramal dengan ilmu yang diajarkan oleh Alla subhanahu wa ta’ala dan mendakwahi manusia untuk mengikuti kebaikan dengan perkataan dan perbuatannya secara beriringan. Sehingga dia akan tampak jelas di antara manusia dengan ilmu dan keutamaan yang dimilikinya dan perjalanan hidupnya yang lurus serta metode yang diterapkannya yang berada di atas manhaj Nabawi yang dititi oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallamdan para sahabatnya yang mulia, semoga Allah meridhai mereka, dan mereka juga sangat menaruh perhatian yang dalam untuk memberikan kejelasan bagi umat tanpa diiringi maksud untuk menyombongkan diri di hadapan mereka. 
Seorang alim maupun bukan, sesungguhnya berada di tepi bahaya yang sangat menakutkan. Terkadang bahaya itu datang karena riak’, terkadang timbul dari sisi kesombongan, dan terkadang bersumber dari sebab lain atau maksud-maksud buruk lainnya. Maka kewajiban baginya adalah bertakwa kepada Allah dan mengikhlaskan amalan untuk-Nya. Dan hendaknya dia selalu mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala dalam seluruh urusannya. 
Tuntasnya, ilmu Islam yang yang luas diwajibkan untuk dipelajari selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Hal ini kerana, tanpa ilmu binasalah hidup. 

KLASIFIKASI ILMU 
Menurut terminologi Islam tidak wujud klasifikasi ilmu antara ilmu agama dan bukan agama tetapi yang wujud ialah penjenisan ilmu antara ilmu naqli dan aqli iaitu ilmu fardu ‘ain dan kifayah. Ilmu pengurusan diri atau Ilmu fardu ‘ain secara ringkas dapat dimaksudkan sebagai ilmu tentang asas-asas agama Islam seperti mngucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah haji bagi yang berkemampuan. Ilmu ini wajib dipelajari oleh orang Islam lelaki dan perempuan yang sudah baligh. Ia merupakan suatu ilmu yang wajib dituntut dan dilengkapkan oleh setiap individu Islam kerana menerusi ilmu pengetahuan tersebut individu Islam dapat melaksanakan segala tuntutan yang ditaklifkan samaada berbentuk iktikad dalam melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Menerusi ilmu ini juga, seseorang itu boleh memperbaiki pegangan agama dan keyakinan serta membentuk peribadi yang sempurna secara lahiriah mahupun rohaniah. 
Bagi ilmu fardu kifayah dari segi bahasa bermaksud mencukupi dan memadai. Dari segi istilah pula ia membawa maksud kewajipan yang difardukan keatas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu Al Quran, ilmu hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak orang ramai ke arah amar makruf nahi mungkar. Imam an-Nawawi menyatakan bahawa pelaksanaan fardu kifayah itu dituntut dan dikenakan keatas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seseorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggunggjawab dari seluruh umat Islam. Ilmu yang dikatogerikan di dalam ilmu fardhu kifayah ialah seluruh ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan kehidupan dunia ini untuk mencari keredhaan Allah seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia kerana “mukmin yang sihat adlah lebih baik dari mukmin yang lemah”. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan didalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. 
Galakan mempelajari ilmu fardu kifayah bertujuan memenuhi segala keperluan masyarakat Islam tanpa perlu bergantung kepada pihak lain. Amalan dan tradisi yang sentiasa bergantung kepada orang lain dalam urusan-urusan penting seperti makanan, pakaian dan peralatan pertahanan bukan sahaja boleh mengongkong dan membendung pemikiran, kreativiti dan daya usaha umat Islam dari hidup berdikari, bebas dan maju bahkan boleh melemahkan pegangan umat Islam itu sendiri. Konklusinya, walaupun terdapat pengkelasan ilmu antara fardu ‘ain dan fardu kifayah, namun dalam pelaksanaan kedua-duanya hendaklah berjalan seiring, serentak, seimbang dan bersepadu sepertimana bersepadunya unsur unsur akal, ruh dan jasad yang terdapat pada seseorang manusia. Dengan lain perkataan, disamping membangunkan modal insan dengan unsur-unsur spiritual dan intelektual aspek aspek fizikal dan material yang yang membangunkan masyarakat dan negara tidak boleh diketepikan. 

SUMBER ILMU TAMDUN ISLAM

SUMBER ILMU
Sejarah dunia hari ini terpaksa mengakui bahawa Islam berjaya melahirkan satu tamadun besar yang telah membawa keamanan dan kesejahteraan kepada seluruh dunia dan menjadi pendorong kemajuan manusia dalam segala aspek kehidupan seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Melalui ilmu pengetahuan akan dapat membimbing dan mendorong pemiliknya ke arah kejayaan yang sebenar sehingga dapat dirasai oleh timur dan barat. Sehubungan itu, terdapat beberapa sumber ilmu pengetahuan menurut Islam iaitu ilmu wahyu dan ilmu ijtihad. (Mohd Nasir Ayub, 2015)
Sumber ilmu pertama iaitu ilmu wahyu, ilmu wahyu terbahagi kepada dua iaitu Al- Quran dan Al- Hadith. Al- Quran merupakan kalam Allah subhanahu wa ta’ala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam melalui perantaraan malaikat Jibril. Selain daripada itu, Al-Quran juga mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaannya perlu dicari agar dapat menjalani kehidupan Islam yang sebenar serta untuk mendapatkan keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala. Ia dijadikan sumber rujukan utama bagi umat Islam kerana isi kandungannya yang merangkumi segala aspek mengenai kehidupan seharian manusia. (Mohd Nasir Ayub, 2015)
Proses penurunan Al Quran berlaku di dua tempat iaitu di Makkah dan Madinah. Di Makkah, proses penurunan berlaku selama 13 tahun dan isi kandungan Al Quran adalah mengenai tauhid, akhlak dan sejarah manakala di Madinah selama 10 tahun dan ia mengenai ibadah, undang-undang, akhlak, tauhid dan sejarah. (Dr Noor Syahidah Mohamad Akhir, 2015)

Terdapat beberapa ciri keistimewaan Al Quran termasuklah merupakan mukjizat terbesar kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan seterusnya membuktikan kerasulan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Selain itu, ia kekal sehingga akhir zaman. Selain itu, membacanya mendapat pahala. Di samping itu, menjadi sumber ilmu pengetahuan mengenai kehidupan di dunia dan di akhirat. Seterusnya, menjadi penawar dan rahmat kepada makhluk. Akhir sekali, merupakan panduan hidup dunia dan akhirat. (Mohd Nasir Ayub, 2015)
 Kandungan Al-Quran juga memuatkan kisah-kisah pada zaman dahulu. Sebagai contoh, Nabi Nuh dikatakan mahir dalam membina kapal. Selain itu, mengenai kehidupan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam juga termaktub dalam Al-Quran. Seterusnya, Al-Quran menyatakan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam cekap dalam segala aspek kehidupan. Oleh itu, kita sepatutnya menjadikan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai uswah hasanah yang utama dalam kehidupan kita agar dapat menjadi muslimin dan muslimat yang sejati. (Mohd Nasir Ayub, 2015)
Ilmu wahyu kedua ialah Al Hadith. Al Hadith merupakan sumber kedua selepas Al Quran. Dari segi bahasa Al Hadith ialah jalan. Manakala dari segi istilah bermaksud setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sama ada melalui perkataan (sunnah qauliyyah)contohnya, ‘sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat’, perbuatan (sunnah fiqliyyah) contohnya perlaksanaan solat, haji, cara minum dan makan dan lain-lain atau perakuan baginda(sunnah taqririyyah). (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Contoh-contoh lain termasuklah, kewajipan memotong tangan apabila seseorang itu disabitkan kesalahan mencuri. Dalam Al-Quran juga mengatakan mengenai hukum ini tetapi tidak diterangkan cara-caranya. Al Sunnahlah yang akan memberi gambaran mengenai perlaksanaan hukum itu kerana kandungan Al Quran yang mujmal. Selain itu, dalam surah Al Baqarah ayat 83 ada mengatakan mengenai kewajipan solat kepada seluruh umat Islam. Al Sunnah menerangkan kaedah solat dengan berteraskan perbuatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu ‘Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat’. (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Peranan Al Sunnah ialah menyokong dan menguatkan hukum yang terdapat dalam Al Quran serta berfungsi untuk mentafsir dan menjelaskan maksud Al Quran yang mujmal iaitu yang tidak jelas atau samar Allah berfirman dalam surah An Nisa’ ayat 80 yang bermaksud ‘ barangsiapa yang mentaati Rasul, maka sesungguhnya dia telah mentaat Allah subhanahu wa ta’ala’. Oleh itu, kita sebagai umat Nabi Muhammad haruslah taat kepada Rasulullah dengan mengamalkan suruhannya dan meninggalkan larangannya. (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Dari segi penerimaannya pula, hadis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Sohih, Hassan dan Dhaif mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama hadith. (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Hadis Sohih ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh perawi-perawi yang mempunyai sikap yang adil, tepat dan mempunyai ingatan yang kuat. Sanadnya haruslah berterusan dan tidak bersambung-sambung yang bermula dari awal hinggalah ke akhirnya. Hukum beramal dengan hadis sohih ialah wajib. (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Antara syarat hadis sohih termasuklah perawinya haruslah bersifat adil. Adil bermaksud seseorang yang soleh dan bertaqwa dalam beberapa ciri iaitu mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah subhanahu wa ta’ala. Selain itu, tidak melakukan perkara maksiat yang membawa kepada kemungkaran. Seterusnya, seseorang yang pandai manjaga maruah, baik dari segi syarak serta adat. (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Maksud perawi yang mempunyai ingatan yang kuat ialah perawi yang tidak mudah lupa, cerdik dan mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai ilmu sama ada dalam bentuk hafalan ataupun tulisan. Oleh itu, sunnah yang ditulis oleh perawi itu dapat dijaga daripada sebarang penambahan, pengurangan atau perubahan orang luar. (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Hadis Hassan ialah hadis yang bersambung sanadnya dari awal hingga ke akhirnya. Perawinya haruslah seorang yang adil dan tidak cacat serta tidak syaz, tetapi mempunyai sedikit kekurangan dalam sifat dhabitnya. Hadis Hassan juga mempunyai syarat yang cukup untuk mencapai kesahihan yang sahih. Antara sifat perawi termasuklah, seorang yang bersifat adil, dhabit dan sanadnya bersambung dari awal hingga ke akhir riwayat. Seterusnya, tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan dan tiada sebarang ‘illah. (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Hadis Dhaif ialah hadis yang tidak mempunyai syarat yang cukup untuk menjadikannya satu hadis yang mencapai tahap hadis sahih atau hasan. Hadis Dhaif ialah sebuah hadis yang tidak memenuhi syarat untuk diterima tidak seperti hadis Sahih dan Hassan yang memiliki kesemua aspek yang diperlukan untuk hadisnya diiktiraf. (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Antara sebab hadis Dhaif lemah dari sudut hujahnya ialah tidak mempunyai syarat yang cukup untuk menjadi sahih. Selain itu, mempunyai beberapa kecacatan atau ‘illat di dalam kandungannya. Seterusnya, perawi itu tidak menepati ciri perawi yang dikehendaki serta kurang dhabit dalam perwatakannya. Hadis Dhaif tidak boleh dijadikan hukum syarak, tatapi untuk beramal dengannya boleh tetapi hanyalah untuk perkara yang kecil-kecil sahaja. Hadis ini tidak boleh diaplikasikan kepada perkara-perkara yang mempunyai hukum terutamanya berkaitan aqidah. (Ahmad Yumni Abdul Bakar, 2015)
Sumber keilmuan kedua ialah ilmu ijtihad. Al ijtihad ertinya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu hukum baru dengan berpandukan Al Quran dan Al Sunnah. Sumber ini terbahagi kepada dua iaitu sumber yang disepakati dan tidak disepakati. Sumber yang disepakati ialah ijmak dan qiyas, manakala sumber yang tidak disepakati ialah istihsan, istishab, ‘uruf, maslahah, sadd al-Dzari’ah, qawl sahabi dan syar’un man qablana. (Jamalia Aurani, 2015)
Yang pertama ialah qiyas, qiyas bermaksud menyamakan sesuatu yang tidak ada nas hukumnya kepada perkara yang ada nas hukumnya kerana persamaan illat. Contohnya, pengharaman arak berdasarkan illat hukumnya adalah memabukan. Maka setiap perkara yang terdapat di dalamnya illat yang sama dengan arak dalam hukumnya, maka perkara tersebut adalah haram seperti dadah, air daun ketum dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan. Qiyas memiliki empat rukun iaitu asal, furu’, hukum asal dan illat. (Jamalia Aurani, 2015)
Selain itu, Ijmak dari sudut istilah ialah kesepakatan para mujtahid daripada umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam satu-satu zaman tertentu, setelah kewafatan Baginda terhadap sesuatu hukum syarak. Contoh ijmak dari kalangan para sahabat ialah pengharaman lemak babi, sandarannya qiyas di atas pengharaman dagingnya. Ijmak terbahagi kepada dua iaitu ijmak sorih dan ijmak sukuti. Ijmak sorih ialah semua para mujtahid bersepakat atas suatu perkara baik dengan ucapan ataupun dengan perbuatan. Semuanya dalam satu suara untuk menyetujui keputusan itu tanpa ada yang mengingkari ataupun diam. Maka ijmak semacam ini wajib diamalkan dan dijadikan hujah menurut para jumhur ulama. Ijmak sukuti pula adalah sebahagian ulama bersepakat atas keputusan yang telah ditentukan. Namun sebahagian yang lain masih ada yang tidak memberi komen mengenai keputusan itu, namun tidak menzahirkan ketidaksetujuan. (Jamalia Aurani, 2015)
Bagi sumber yang tidak disepakati ialah istihsan. Istihsan bermaksud menganggap sesuatu itu baik. Manakala dari sudut istilah Istihsan ialah pengecualian masalah tertentu dari kaedah qiyas yang digunakan pada masalah yang serupa dengannya kerana sebab-sebab tertentu seperti menjaga kepentingan individu atau awam atau menjaga keadilan yang selari dengan tujuan syariat. Contohnya, bisnes online yang kini makin berleluasa. Jika diqiyaskan kepada jual beli biasa ianya tidah sah kerana salah satu rukunnya tidak ada iaitu ‘benda’ atau ‘objek’ yang hendak dibeli, namun ianya diharuskan untuk menjaga kepentingan manusia. (Jamalia Aurani, 2015)
Di samping itu, istishab iaitu menghukum dengan berlakunya sesuatu perkara pada masa kedua(selepasnya) berdasarkan kepada berlakunya pada masa pertama (sebelumnya) kerana ketiadaan apa yang boleh menukarkan keadaannya. Contohnya, apabila tubuh badan bersih, maka haruslah solat dan hukumnya akan berseiringan sehingga berlaku sesuatu yang boleh membatalkannya seperti berlaku hadas. (Jamalia Aurani, 2015)
Seterusnya ialah ‘uruf. ‘Uruf ialah adalah adat majoriti sesuatu kaum dari segi perkataan, pengucapan atau amalan. Dalam erti kata lain ialah sebagai amalan yang biasa dilakukan oleh manusia dan diamalkan dalam urusan harian mereka. Contohnya, menjadi ‘uruf dalam masyarakat Islam untuk tidak memakai kasut di dalam rumah dan menganggap memakainya sebagai tingkah laku yang tidak sopan. (Jamalia Aurani, 2015)
Selain itu, maslahah iaitu menarik manfaat dan menolak kemudaratan. Setiap manfaat atau kepentingan yang termasuk dalam tujuan-tujuan syariat iaitu untuk menjaga agama, nyawa, maruah, akal dan harta yang tidak dalil syariat samada ianya diambil pakai atau ditolak. Contohnya, kepentingan sesebuah negara Islam mengenakan cukai ke atas rakyatnya yang belum pernah dikenakan sebelum ini. (Jamalia Aurani, 2015)
Tambahan lagi, sadd al-Dzariah bererti menahan atau menolak perkara-perkara harus yang boleh membawa kepada kerosakan. Ini bermakna, pada asalnya perkara itu harus hukumnya, tetapi berlaku sesuatu ke atasnya yang boleh membawa kemudaratan, walaupun pada kebiasaanya tidak sedemikian. Tamsilnya, menjual senjata seperti parang misalnya dalam keadaan fitnah berleluasa. Walaupun jual beli senjata itu sah dari segi syarak, namun suasana yang ada tidak mengizinkan dan hukumnya diharamkan buat sementara. (Jamalia Aurani, 2015)
Di samping itu, qawl sahabi bermaksud fatwa sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berdasarkan kepada ijtihad semata-mata yang dinisbahkan kepada tabien dan orang yang selepasnya. Contohnya, Saidina Ali membuat aduan kepada Syuraih bahawa seorang Yahudi telah mencuri pakaia perisainya. Dalam kes ini, Hasan telah memberi kesaksian bagi pihak ayahnya iaitu Saidina Ali tanpa mengambil kira hubungan kekeluargaan. Saidina Ali berpendapat bahawa kesaksian seorang anak kepada bapaya adalah harus hukumnya. (Jamalia Aurani, 2015)
Bagi sumber ilmu yang tidak disepakat yang terakhiri iaitu syar’un man Qablana. Ia memberi maksud hukum-hakam dalam syriat terdahulu seperti syariat Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa juga merupakan hukum yang disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagai contoh, perlaksanaan qisas dalam ayat 45 dari surah al-Maidah merupakan hukum yang berasal dari syariat-syariat terdahulu tanpa adanya penafian daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. (Jamalia Aurani, 2015)
Ilham atau instuisi merupakan satu daripada sumber-sumber ilmu bagi manusia. Ia berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wa ta’ala, dari kalangan hambanya yang bertaqwa. Sumber ini berkait rapat dengan deria batin seseorang. Ilham ialah idea yang diberikan oleh Allah kepada seseorang untuk melakukan sesuatu. Instuisi ialah kelebihan yang diberikan kepada seseorang untuk mengetahui sesuatu dengan cepat secara semulajadi. Ia tidak memerlukan aktiviti menggunakan akal dan sebagainya. Ia dikurniakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala kepada mereka yang bertaqwa dan bertaqarrub kepadaNya. Mimpi juga merupak sumber ilmu dalam Islam. Islam mengakui mimpi sebagai sumber ilmu seperti para rasul iaitu mimpi Nabi Yusof melihat sebelas planet dan matahari sujud kepadanya. Walau bagaimanapun sumber ilmu ini hanya khusus untuk mereka yang benar-benar layak di sisi Allah subhanahu wa ta’ala. Mereka terdiri daripada golongan-golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah subhanahu wa ta’ala. (Dr Noor Syahidah Mohamad Akhir, 2015)
Akal adalah suatu anugerah Allah yang paling agung. Ini membezakan manusia dengan makhluk yang lain seperti binatang, tumbuhan dan lain-lain. Terdapat satu ungkapan dalam kalangan ilmuan yang mengatakan bahawa dengan akal, manusia boleh membina dan mencipta kebun binatang tetapi binatang tidak mampu mencipta kebun manusia. (Dr Noor Syahidah Mohamad Akhir, 2015)
Manusia memegang amanah untuk memakmurkan alam ini. Berbeza dengan makhluk-makhluk lain seperti tumbuhan, gunung, matahari dan sebagainya kerana anugerah akal itu hanya diberikan kepada manusia. Akal merupakan salah satu anugerah Allah kepada manusia dan wajib dijaga dengan baik. Oleh itu kita haruslah menjauhkan diri daripada makanan dan minuman yang boleh merosakkan akal seperti dadah, arak dan sebagainya. Dengan adanya akal, manusia bertanggungjawab untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. (Dr Noor Syahidah Mohamad Akhir, 2015)
Walau bagaimanapun, akal hanya mampu untuk meneliti, mengkaji dan memahami perkara yang berkaitan dengan alam nyata sahaja. Namun berkaitan alam ghaib, akal manusia terbatas untuk mengetahui mengenai perkara itu. Oleh itu, menurut Imam al-Ghazali seperti yang dijelaskan dalam kitabnya iaitu Ihya’ Ulum al-Din, akal memerlukan dalil naqli manakala dalil naqli memerlukan dalil akli. Justeru itu, akal mesti digabungkan dengan naqal agar tidak bertentangan dengan hukum Islam. (Dr Noor Syahidah Mohamad Akhir, 2015)
Allah memberikan pancaindera kepada manusia. Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, pendengaran dan deria rasa merupakan sumber pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekitar dengan mudah dan betul. (Dr Noor Syahidah Mohamad Akhir, 2015)
Sebarang maklumat yang diperolehi dari deria akan dihantar kepada akal untuk ditafsirkan. Pancaindera merupakan unsur yang amat penting kepada manusia. Dengan akal dan pancaindera, manusia boleh berfikir, merancang, mengkaji dan membezakan antara yang baik dan buruk. Seterusnya dapat menjadi hamba Allah yang bersyukur kerana diberikan akal dan pancaindera untuk mengagungkan Allah serta untuk menyembahNya. (Dr Noor Syahidah Mohamad Akhir, 2015)
Kelima-lima pancaindera ini merupakan salah satu cara untuk menimba ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang kita dapat sepanjang kehidupan kita. Penggunaan pancaindera dalam mengkaji sesetengah ilmu mengenai alam ini adalah bersifat terhad. Contohnya, mata kita tidak dapat melihat dengan jelas matahari, bulan atau cakerawala yang beribu batu jauhnya dari kita. Selain itu, pancaindera kita juga tidak boleh melihat alam ghaib yang dikatakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Contohnya, syurga, neraka, malaikat dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kita haruslah tetap mempercayai bahawa alam ghaib itu wujud. (Dr Noor Syahidah Mohamad Akhir, 2015)
Kesimpulannya, ilmu adalah satu anugerah Allah yang besar dan istimewa buat semua hambanya. Ilmu ini telah diturunkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala sejak zaman Nabi Adam a. s lagi dan sehinggalah sekarang. Dengan ilmu manusia bukan sahaja mampu untuk memahami sesuatu malah dapat memenuhi kehendak manusia untuk mengetahui sesuatu perkara yang mereka lihat setiap hari. Dengan ilmu juga kita dapat mengenal pencipta kita iaitu Allah subhanahu wa ta’ala dengan memerhati dan mengkaji alam sekitar. Hal ini demikian kerana, Allah subhanahu wa ta’ala yang telah mencipta segala kehidupan dan benda di dunia ini. Ilmu adalah bersifat sepadu, tidak terpisah dengan agaman dan seimbang dengan kehidupan dunia dan akhirat. Oleh itu, ilmu dapat menjaga kita daripada melakukan maksiat yang boleh menyebabkan kita terjerumus ke lembah maksiat. 
Kita sebagai makhluk Allah yang telah dianugerahkan akal haruslah berusaha mencari dan menimba ilmu pengetahuan melalui pelbagai sumber yang telah dibincangkan. Kita haruslah memanfaatkan semua sumber ilmu agar kita menjadi hamba Allah yang berpengetahuan dan berilmu. Dengan berbekalkan semua ilmu pengetahuan ini, kita akan menjadi seorang yang tidak mudah terpengaruh dengan propaganda Barat yang ingin menjatuhkan martabat agama Islam dengan mengatakan Islam sebagai pengganas. Hal ini tidak benar kerana Islam mengajar semua umatnya untuk melakukan kebaikkan dan meninggalkan keburukkan. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa ilmu pengetahuan mempunyai pelbagai sumber dan ilmu amat penting dalam kehidupan seharian manusia. 

AKHLAK DALAM PENDIDIKAN & PENDIDIKAN RASULULLAH sallallahu ‘alaihi wa sallam
Oleh :NUR AINIE AZIZAH BINTI MD ZIN (2015859012)

AKHLAK DALAM PENDIDIKAN 

Menuntut ilmu merupakan hal yang sangat penting untuk kita pelajari. Kewajipan menuntut ilmu itu sangat dituntut dalam Islam. Darjat sesorang yang mempelajari ilmu dengan seseorang yang tidak mempelajari tidak pernah sama. Hal ini kerana Allah subhanahu wa ta’ala telah mengangkat darjat seseorang yang menuntut ilmu. Sejajar dengan firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. 
 (Surah Al-Zumar: 9)
Tujuan seseorang itu menuntut ilmu perlulah berniat ikhlas kerana Allah subhanahu wa ta’ala. Dengan adanya sifat ikhlas dalam menuntut ilmu, ilmu yang dipelajari akan lebih mudah difahami. Selain itu, ilmu yang dipelajari perlulah digunakan pada jalan yang betul. Hal ini kerana Allah akan menyediakan tempat didalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu hanya untuk kesenangan dunia semata mata tanpa memikirkan maslahatnya. 
Seterusnya, dalam menuntut ilmu seseorang itu perlulah mempunyai sifat tekun, bersungguh-sungguh tanpa mengira waktu dan keadaan. Seorang penuntut ilmu perlulah bijak mengatasi masalah masalah seperti malas, mengantuk dan mudah jemu terhadap bahan ilmiah agar tidak terjerumus melakukan hal yang tidak mendatangkan faedah kepada diri mereka. Mereka boleh melakukan pelbagai cara untuk meningkatkan minat mereka dalam menuntut ilmu seperti, mewujudkan perpustakaan didalam rumah, menyediakan jadual belajar dan sebagainya. 
Selain itu, jika kita dapat perhatikan, perbezaan dengan cara kita menuntut ilmu pada zaman sekarang sangat ketara dengan cara para ulama’ pada dahulu. Mereka sanggup merentasi padang pasir yang panas terik hanya kerana sesuatu ilmu untuk disampaki kepada kita. Padahal kita, dengan adanya teknologi yang canggih masih lagi malas untuk menuntut ilmu. 
Seterusnya, untuk mendapatkan ilmu yang berkat, kita perlulah menjauhi perbuatan maksiat. Hal ini kerana dengan melakukan maksiat, hati kita akan menjadi kotor dan seterusnya akan mengakibatkan susah untuk kita menerima sesuatu ilmu. Sebaliknya, hidupkanlah budaya amar maa’ruf nahi mungkar dalam diri agar tidak mudah terjebaj. 
Seperti kita tahu, ilmu itu adalah satu nur yang mana ia sangat suci dan akan menyebabkan susah untuk kita memperolehnya jika diri kita disaluti dengan dosa. Oleh itu, hindarilah ia sedaya yang mungkin agar kita tidak kalah dengan kehendak nafsu. 
Disamping itu, dalam menuntut ilmu penting untuk seseorang penuntut ilmu berakhlak kepada gurunya. Kita wajib mematuhi segala arahannya selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kita juga tidak dibenarkan bersikap sombong kepada guru kerana mereka merupakan insan telah memberi ilmu kepada kita. Sebagai contoh, apabila kita menanyakan soalan, janganlah kita bertujuan untuk menguji kepandaian guru tersebut. Hal ini sangat dilarang didalam Islam. Oleh itu, sebagaimana kita melayani kedua ibubapa kita, begitulah cara kita melayani guru-guru kita. 
Akhir sekali, kita perlulah beramal dengan ilmu yang telah kita pelajari. Dengan mengamalkankannya, kita akan lebih mudah untuk memahami dan mengingatinya. Sebagai contoh, apabila guru memberikan sesuatu tugasan kepada kita, kita akan melakukannya sebagai satu latihan untuk memahami tentang tajuk yang telah dipelajari. 
Oleh itu, jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai banteng dan perisai untuk kita agar tidak terjerumus ke lembah maksiat. Sebaliknya dengan memepelajarinya akan menambahkan lagi keimanan kita kepadaNya. FirmanNya lagi dalam surah Surah al-Faatir ayat 28
“ Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Surah Al Faatir: 28)

PENDEKATAN PENDIDIKAN MENURUT RASULULLAH sallallahu ‘alaihi wa sallam
Pada tanggal 12 Rabi’al-awwal tahun gajah telah lahirnya seorang insan yang diberikan nama Muhammad bin Abdullah. Beliau adalah baginda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam berasal dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Disebabkan sifat jujur dan amanah, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah digelar Al-Amin dikalangan masyarakatnya pada ketika itu. 
Baginda telah diangkat menjadi rasul pada tanggal 17 Ramadhan dan telah menerima wahyu yang pertama di Gua Hira’ iaitu surah Al-‘Alaq ayat 1-5. Setelah itu, Allah telah menurunkan pula Surah Al-Mudassir ayat 1-7 sebagai perintah Allah kepada Nabi Muhammad agar berdakwah kepada umat manusia. 
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucapkanlah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak mendapat lebih banyak daripadanya). Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar ( terhadap tentangan musuh)! (Surah Al-Mudassir: 1-7)
Setelah itu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mula menyebarkan ajaran Islam sedikit demi sedikit bagi memperbetulkan akidah masyarakat Arab. 

Pendidikan atau dakwah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berteraskan tiga aspek iaitu akidah, syariah dan akhlak. Seperti kita tahu, akidah bermaksud kepercayaan. Penyebaran dakwah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam di kota Mekah kira kira pada tahun (610-622M) bagi memperbetulkan akidah masyarakat Arab Quraisy pada ketika itu. Baginda berdakwah untuk menukarkan kepercayaan masyarakat Arab Quraisy pada ketika itu, dari menyembah berhala kepada mengesakan Allah subhanahu wa ta’ala. Perubahan ini merupakan perubahan yang besar dan agak sukar untuk ditanam dalam kalangan masyarakat Arab yang telah sekian lama menyembah berhala. 
Seterusnya syariah pula bermaksud undang undang Allah subhanahu wa ta’ala, cara Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengenalkan undang undang Allah subhanahu wa ta’ala adalah dengan mengajarkan solat kepada mereka, berpuasa, solat solat sunat, panduan mengerjakan haji dan banyak lagi. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga telah memperkenalkan konsep wajib, sunat, halal, haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab. 
Selain itu, dari segi akhlak pula, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bertungkus lumus memperbaiki akhlak masyarakat Arab supaya selaras dengan ajaran Islam. Baginda menekankan tentang konsep amar makruf nahi mungkar. Antara sifat amar maaruf yang diajarkan oleh baginda adalah hormat menghormati, tolong menolong, jujur, amanah, berkata benar. 
Konsep nahi mungkar pula adalah seperti larangan berzina, berdusta dan membunuh anak perempuan. Disamping itu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat menentang adat istiadat serta pegangan masyarakat yang memberi kesan buruk kepada masyarakat seperti semangat fanatic kepada suku, dengki mendengki, dendam mendendami dan lain lain yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. 

Pelaksanaan pendidikan di Mekah telah berlangsung secara rahsia selama tiga tahun dan terbuka selama 10 tahun. Pendidikan secara rahsia atau sirriyah diberikan kepada ahli keluarga dan sahabat handai terdekat seperti Khadijah binti Khuwailid, sepupunya Ali bin Abi Talib, anak angkatnya Zaid bin Harithah, sahabat karibnyaAbu Bakar as Siddiq dan pengasuhnya Ummu Aiman yang berpusat di rumah Arqam bin Abi Arqam. 
Setelah tiga tahun, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah di perintahkan oeh Allah subhanahu wa ta’ala untuk menjalankan dakwah secara terang-terangan. Hal ini sejajar dengan firman Allah yang bermaksud, mafhumnya:
“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Dan hendaklah Engkaumerendah diri kepada pengikut pengikutmu dari orang-orang yang beriman. Kemudian, jika mereka berlaku ingjar kepadamu, maka katakanlah: “Sesungguhnya Aku berlepas dari apa yang kamu lakukan”. (Surah Asy-Syu’ara’, ayat 214-216)
Hal ini kerana segelintir masyarakat Arab pada ketika itu sedikit demi sedikit sudah mula menerima agama Islam. Dakwah tersebut khususnya ditujukan kepada kaum kerabat seperti keluarga Abdul Mutalib dan telah diadakan di rumah Ali bin Abi Talib. Ada sesetengah keluarga yang mula menerima dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan juga ada yang menentang seperti Abu Lahab, bapa saudara baginda. 
Kemudiannya, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengadakan dakwah terbuka dan secara besar-besaran kepada orang ramai di Bukit Safa. Ramai dikalangan ketua ketua tadbir Mekah pada ketika itu seperti ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad yang hadir untuk menyaksikan ucapan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. 

Bagaimanapun perjuangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menyebarkan dakwah tidak semudah yan disangka. Beliau sering diganggu oleh bapa saudarannya iaitu Abu Lahab yang selalu memikirkan pelbagai cara untuk menghentikan dakwah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. 
Setelah 13 tahun Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan menyebarkan dakwah di tanah suci Mekah, baginda telah berhijrah ke Yathrib (ataupun sekarang lebih dikenali sebagai Madinah) pada tahun 622M untuk meneruskan dakwahnya. Baginda telah berhijrah dengan beberapa orang para sahabat dan penduduk Mekah. Kedatangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam disambut dengan baik oleh penduduk Madinah. 
Usaha dakwah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam di Madinah telah terbahagi kepada dua, iaitu yang pertama membina, menyusun masyarakat dan negara Islam dan yang kedua supaya dapat memelihara, mempertahankan masyarakat dan negara Islam Madinah. 
Antara pendekatan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam di Madinah ialah, baginda telah membina sebuah masjid. Pembinaan masjid ini bertujuan menjadi tempat perbincangan tentang hukum hakam, menerima pelajaran-pelajaran agama, peraturan-peraturan kemasyarakan dan ayat-ayat Al-Quran dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam disamping menjadi tempat untuk beribadat. 
Seterusnya, Rasulullah juga telah mengubah keadaan sosial masyarakat Arab Madinah dari negatif kepada positif. Baginda telah berjaya mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin sehingga masing masing sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentingan bersama. 

Persaudaraan ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara suku Aus dan Khazraj yang selalu berperang sebelum penghijrahan baginda ke Madinah. Disamping itu, kedatangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengangkat kedudukan wanita dimana mereka dibolehkan menerima harta pusaka walhal sebelum ini mereka dilarang sama sekali. 
Selain itu, Rasulullah telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan institusi pendidikan sebaik sahaja baginda sampai di Madinah. Sebagai contoh, masjid Nabawi telah dijadikan sebagai pusat pendidikan Islam. Rasulullah dan para sahabat sering berkumpul dimasjid tersebut untuk membincangkan perihal agama. Disamping itu, terdapat satu hari dimana kaum muslimat telah diberi peluang untuk menimba ilmu yang akan disampaikan oleh Saidatina Aisyah yang merupakan rujukan para muslimat. 
Rasulullah telah menghantar para sahabat ke Yaman, Kufah dan Basrah untuk mempelajari ilmu bahasa asing supaya lebih mudah untuk mereka menyebarkan ajaran Islam. Antara sahabat-sahabatnya adalah, Muaz bin Jabal, Abdullah bin Mas-ud, Abu Musa Al-Asyaari. Bagi mereka yang berkebolehan membaca dan menulis telah diarahkan untuk membaca, menulis mencatat wahyu. Rasulullah juga telah mengarahkan orang yang boleh membaca dan menulis untuk mengajarkan sesuatu ilmu terhadap orang lain. 
Sebagai contoh, tawanan perang Badar yang tahu membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai dan sebagai balasan mereka akan dibebaskan. Dari segi pendidikan fizikal, Rasulullah menggalakan masyarakat Madinah untuk menunggang kuda, memanah dan berenang. Hal ini kerana, disamping mereka mempelajari ilmu agama, mereka juga dapat meningkatkan kekuatan jasmani. 

Oleh itu, pendekatan pendidikan yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat. (Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam, Ramawan Bin Ab. Rahman, 2012)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjalankan pengajaran kepada sahabatnya dengan berpandukan kurikulum yang teratur, mengikut urutan sukatan berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada baginda melalui Al Quran dan seterusnya dengan hadis. Firman Allah yang bermaksud: 
“dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, segala yang diperkatakan itu(sama ada al Quran atau hadis) tidaklah melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya. ”(Surah Al-Najm: 3-4). 
Pendidikan di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan model dan ikutan kepada pendidik di sepanjang zaman. Selaku pesuruh Allah, baginda mendapat wahyu dari Allah subhanahu wa ta’ala. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menambah atau mengurangkan kehendak al Quran dan al Sunnah dalam pendidikan yang diwujudkannya. Apa yang terkandung di dalam al Quran dan al Sunnah itulah sahaja bahan bahan silibus yang diguna pakai. Sehingga akhirnya telah berhasil mengubah bangsa Arab menjadi bangsa yang besar, dihormati dan penting dalam sejarah peradaban manusia. 
Dalam masa 23 tahun Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mendidik sehingga akhirnya berhasil mengubah manusia gurun yang liar menjadi manusia yang mempunyai seperti malaikat, mampu menguasai ¾ dunia dengan iman dan kasih sayang antara satu sama lain. Generasi ini dikenali dengan generasi al Quran. segala apa yang terkandung didalam al Quran dicernakan dalam kehidupan mereka sebagai individu, keluarga, masyarakat dan warganegara. 
 Proses pendidikan yang digunakan oleh baginda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melahirkan manusia-manusia berwatak ‘abid di malam hari dan singa disiang hari’ adalah melalui dua peringkat pendidikan iaitu peringkat pembangunan insan di Mekah dan pembangunan material di Madinah. 
Menurut sirah nabawi, peringkat pertama mengambil masa selama 13 tahun, sepanjang tempoh tersebut Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menggunakan seluruh tenaga dan masa untuk menanamkan ke dalam jiwa para sahabat akidah yang mantap serta mempunyai akhlak yang hebat. Hal ini amat penting bagi menjamin kekentalan dan kekuatan jiwa mereka apabila tiba fasa yang kedua nanti. Masa yang diambil untuk peringkat kedua ialah selama 10 tahun. 
Proses pembangunan insan tetap dijalankan seiring dengan proses pembangunan material, ini kerana insan seharusnya perlu dibangunkan selalu kerana ia mudah berubah dan berpaling arah dari kebenaran apabila berhadapan dengan godaan dan cubaan yang melanda sehingga boleh mengubah sesiapa sahaja yang tidak mempunyai keimanan yang kental kepada Allah. 
Untuk mendidik insan di peringkat pertama ayat-ayat Makiyyah yang diturunkan di Mekah berkisar mengenai keimanan kepada Allah subhanahu wa ta’ala, hari kiamat dan sebagainya. Dengan ayat-ayat yang demikian itu fikiran dan jiwa insan akan menjadi yakin kepada Allah serta cinta dan takut kepadaNya. 
Juga yakin dengan hari kiamat, bahkan boleh menjadikan individu yang mendalami dan memahami ayat-ayat tersebut lebih mengutamakan kehidupan di alam akhirat dari segala kemewahan dunia. Ayat-ayat Makkiyah dapat menjadikan seseorang insan lebih bersedia dan takut dengan azab Allah dan kedahsyatan di Padang Mahsyar. 
 Peringkat pembangunan seterusnya ialah pembangunan material yang menjadi lebih mudah dan senang bagi generasi awal Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam disebabkan tarbiah yang tinggi di Mekah. Jiwa-jiwa yang telah dibangunkan atas dasar iman dan Islam menjadikan jiwa sentiasa rela dan bersedia untuk berkorban bagi menjayakan tamadun dan kebudayaan Islam di atas tauhid yang suci. 
Dengan kata lain, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berjaya mengubah fikiran, jiwa dan fizikal manusia sehingga berjaya mencetuskan zaman kegemilangan di dalam sejarah tamadun manusia. Itulah rahsia kejayaan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam melahirkan generasi contoh, dalam membina sebuah negara yang cukup indah sehingga mendapat pujian Allah (Pengenalan Tamadun & Islam Kotemporari, Mohd Nasir Ayub, 2015) dalam firmanNya yang bermaksud:
“Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah”(Surah As Saba’). 

KESIMPULAN
 Sebagai kupasan topik ini iaitu sumber keilmuan dan pendidikan, sebagaimana yang dapat kita ketahui ilmu adalah suatu anugerah ALLAH subhanahu wa ta’ala yang sangat agung dan ternilai kepada manusia sejak Nabi Adam AS lagi. Hal ini keran dengan ilmu manusia bukan sahaja mampu memahami sesuatu perkara yang tidak meraka ketahui sebelumnya, bahkan dengan ilmu mereka dapat menggunakan sesuatu yang ada dimuka bumi ini yang telah dianugerahkan kepada ALLAH subhanahu wa ta’ala ysng mencipta sekalian alam. Selain itu hanya dengan ilmu, dapat membawa keamanan dan kemajuan kepada sesebuah negara, disamping mengangkat darjat seseorang disisi ALLAH dan manusia. Disamping itu, penggunaan ilmu ke jalan yang benar dapat mendekatkan lagi hubungan kita denga pencipta Yang Maha Esa, justeru membawa kita kejalan syurga. Oleh itu sewajarnyalah kita menggunakan ilmu itu dengan baik dan tidak menyia-yiakannya kerana ilmu yang baik mendatangkan untung yang baik untuk diri sendiri, masyarakat, negara dan agama yang bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak serta tuntutan ALLAH subhanahu wa ta’ala. Sekian terima kasih kami ucapkan. 

RUJUKAN
1. Sejarah filasah pendidikan, Dr. Asma Hasan Fahmi, 1979
2. Dasar Dasar Pendidikan Islam, Abdullah Al Qar bin Hj Salleh, 1978
3. Teori Ilmu Dalam Al Quran, Dewan Bahasa dan Perpuatakaan, Syed Muhamad Dawilah Al Edrus, Kuala Lumpur
4. Tamadun dan Pemikiran Islam Kontemporari, Mohd Nasir Ayub, Dr. Noor syahidah Mohammad Akhir dan Ahmad Yumni Abu Bakar 2015
5. Asas Asas Pandangan Hidup Islam, Jamalia Aurani dan Siti Fatimah Sudin, 2015. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)