Kedatangan Islam Ke Alam Melayu


PENGENALAN
Pembentukan sebuah tamadun bukan hanya merujuk kepada pegangan agama sahaja dalam masyarakat tersebut, malah ia boleh juga dinilai melalui bangsa yang menggerakan tamadun tersebut. Ini boleh dilihat pada tamadun melayu yang berlangsung di alam melayu. Alam melayu yang juga dikenali dengan kepulauan melayu yang terletak di wilaya asia tenggara adalah juga termasuk juga dalam gugusan gugusan kepulauan melay di benua ini seperti di borneo/Sumatra kepulauan riau jawamaluku Luzon dan mindanaou. Selain itu ala mini juga amat dikenali dengan panggilan yang amat terkenal iaitu nusantara kerna kedududkan geografinya

Dari segi kelangsungan tamaduan melayu maka bolehlah dikatakan dan diambil dari permulaan wujudnya bangsa melayuitu tersendiri. terdapat dua pengaruh atau kepercayaan pada alam melayu yang diamalkan iaitu memepercayai jiwa dan roh yang wujud pada zaman terdahulu dan menjadi amalan warisan yang mampu menguasai manusia atau lebih dikenali sebagai anemisma. dan satu lagi cara iaitu diberinama sebagai dinamisme iaitu alam mempunyai semangat keatas manusia. bahkan kepercayaan ini masih diamalkan membentukdalam masyarakat melayu hari ini. 

Pada ketika itu masyarakat melayu dikatakan sebagai masyarakat primitive iaitu mengamal kan dua kepercayaan iaitu anismisma dan dinimisma yang bermaksud bahawa setiap ada roh atau ada semangat yang mempunyai perwatakan samaada ianya membawa kesan yang baik atau member kesan yang buruk. Roh nenek moyang yang diberi nama sebagai hyang atau moyang bukan nama sebenardipercayai masih ada di kalanagan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang mampu menguasai mereka. Oleh itu mereka harus ditenangkan melalui pemujaan dan penyembahaan. Manakala pawang momh dan dalang merupakan peribadi peraantara yang mampu menghubungkan hyang melaui pembacaan daripada jampi sarapah pengajian dan sebagainya. 

Manakala kepercayaan yang kedua ialah kepercayaan yang dating dari pengaruh luar iaitu Hindhu Buddha. Dengan kedatangan hindu dan Buddha dalam alam melayu upacara menjadi lebih formal dan tersusan. Namun pengaruh itu pengaruh yang tidak benar benar yang melibat keseluruhan yang terdapat dalam kitab kitab daripada hindhu, Buddha dan asli yang man hanya menerangkan pekara biasa dan tidak ada penerangan yang jelas benda benda berkaitan dengan selok belok upacara agama. di samping itu kepercayaan ini hanya mengagong agongkan dewa dewa dan ini telah membawa pengaruh yang besar dan impak maksima kepada masyarakat melayu. 

Pandangan semesta yang dipengaruhi kepercayaan baru dalam alam melayu ini juga dapat dikesan melalui hasil karya karya orang melayu yang penuh dengan kisah yang berunsurkan mitos dan lagenda. ini banyak dipengaruhi dari pada kitab kitab yang di bawa dari hindhu Buddha iaitu mahabrata, bhagavad sita, baratayudha. Oleh itu aspek aspek Yang ditekankan iaitu kesenian keindahan keromantisan kesedihan keagongan dan ketakjuban. aspek aspek keagamaan dan kewaran berfikir seperti rasionalism tidak ditekan ini telah mempengaruhi pemikiran orang orang melayu terutamnya golongan masyarakat bangsawan beberapa kerajaan hindhu buddh

Menurut pendapat syed naquib, pengaruh hinddhu Buddha tidak merubah pandangan masyarakat melayu semerta secara mutlak. Apa yang terlihat ialah kesan pengaruh hinddhu budhha hanya pada lapisan atas sahaja dan tidak menyarapkepada masyarakat melayu. Namun ianya meningallkan kesan kepda masyarakat iaitu pada lapisan masyarakat iaitu system kasta. 

Yang memisah kan antara golongan raja bangsawan dan rakyat telah menular masuk ke dalam sisitem social masyarakat melayu. maka dengan itu wujudlah system feudal yang diamalkan dalam system pentadbiran dimana mana alam melayu mengamalkanyaa. Malahan ketika man sebelum kedatangan Islam di alam melayu kerajaan hindhu Buddha menguasai serantau riau. majapahit, kedah tua srivajayadan mataram. kesan kesa peningalan agama hindhu Buddha boleh didapati di candi bukit batu pahat di daerah bujang kedah dan candi Borobudur di pulau jawa. 

KESIMPULAN
Kesimpulan yang saya boleh huraikan dalam bab ini adalah Islam dating kea lam melayu dari sejak sebelum zaman kesultanan Melaka lagi dengan cara tidak rasmi. Kita juga boleh lihat pengIslaman raja diketika itu adalah satu anjakan paradigm kepada pekembangan isalam di rantau ini. sebelum kerajaan Melaka tertubuh kerajaan pasai memainkan peranan yang amat penting dalam mengembangkan syiar Islam. Setelah pengaruh Islam telah kukuh menetap di alam melayu ianya membawa pengaruh yang amat besar dalam kehidupan Islam bertapak di alam melayu. 

Dari soal yang sekicil kecil zarah hingga lah sebesar gunung dalam kehidupan masyarakat di alam melayu dipengaruhi oleh agama tersebut sepertiman telah dibincangkan. Kedatangan Islam ke rantau initelah membawa perubahan baru kepada masyarakat melayu

Perubahan ini bukan sahaja dalam aspek akidah malah mencukupikeseluruhan kehidupan masyarakat melayu. meskipun pada tahap awalnya masyarakat melayu agak sukar untuk menghilangkan samasekali pengaruh yang telah sebati dalam masyarakat melayu kesan daripada amalan tersebut mereka dalam teadpra Islam. Namun apa yang paling penting adalah asas kepada Islam tersebut mengalami perubahan

Kedatangan Islam sama ada melalui usaha pendakwah dan ahli sufi mahupun melalui perkahwinan antara Islam dan bukan Islam ataupun aktiviti perdangangan namun masyarakat melayu telah menerima agama tersebut sebagaimana yang telah ada sekarang dengan hati dan tangan yang terbuka

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah untuk mengenali cara cara pengenalan agama yang suci dan benar iaitu agama Islam kepada alam yang penuh budi pekerti dan sopan santunya iaitu alam melayu. 

Seperti mana yang sudah kita ketahui bahawa masyarakat di alam melayu pada sebelum kedatangan agama Islam yang suci dan benar ini adalah yang majoritinya menganut dan berpengaruh kepada agama hindu Buddha kerana peninggalan nenek moyang mereka. 

Kajian ini juga akan menerangkan lagi lebih dalam tentang Islam dan bagaimana agama tersebut boleh menjadi satu agama rasmi pada alam melayu pada ketika itu. Kajian akan menerangkan tentang kelebihan agama Islam yang suci lagi benar ini dan impaknya kepada masyarakat alam melayu dengan terperinci dan penentangan yang berlaku kepada agama Islam ini. 

kajian in juga akan menerangkan bagaimana agama Islam yang suci dan benar ini telah merubah sesebuah alam melayu kepada sesebuah tamadun yang mana kita ketahui dewasa ini. 

PENGENALAN
SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkansecaraberansur-ansur. 

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengIslamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar pendudukdiKepulauanMelayu. 

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keIslaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam. 


DEFINISI
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain kerana ianya berlangsung dengan suasana yang aman dan harmoni serta tidak berlaku peperangan malah diterima baik masyarakat melayu. Secara umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam di Tanah Melayu:

•Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi
•Kedatangan Islam dari India 
•Kedatangan Islam dari China

a)Teori kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi
Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam lagi. Tetapi akitiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-7 masihi. Sesuai dengan Islam yang bersifat universal, masyarakat melayu selesa dengan agama Islam yang dianuti mereka. Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang Arab untuk melakukan aktiviti dagangan mereka. John Crawford telah mengemukakan teori dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam datang dari Arab melalui pedagang. Buktinya, Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya strategik dan pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab. Perkampungan ini juga menjadi tempat untuk berdagang. Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menyebarkan Islam. Menurut catatan China telah wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitudiTaShih. 

Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah:
•Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab
•Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq, Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah dan ramai lagi. 
•Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan. 
•Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara. 

b)Teori Kedatangan Islam Dari China dan Champa
Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang. Pada waktu tersebut, wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam. Pada tahun 877 Masihi, telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingg 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab -Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang, Menurut catatan, Kedatangan Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi. Emanuel Gadinho Eredia mengemukan teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana. 

S. Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut: 
•Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara. Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu. Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M. Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama. Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China. 

C)Teori Kedatangan Islam Dari India

 Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan. Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India. Selain itu, pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga kini. Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina dari negeri india. 

•Snouck Hurgronje merupakan sejarawan belanda telah mengemukakan sejak abad ke13 lagi Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel. Pendapat beliau ialah berdasarkan bukti berikut: 

•Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara. Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India. 
•Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam. 
Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia Tenggara. 

Pengaruh Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu Sebagai Contoh Perubahan Kepercayaan

Animisme kepada Islam:
•Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan. Keimanan dan konsep keesaan Tuhan. Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional - mengubah berfikir secara 

Tahyul dan Fantasi:
•Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain. Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-tokoh Islam. 

Perundangan/peraturan

•Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain. Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie. 

Pentadbiran
•Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha. Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. Alim ulama’ sebagai penasihat sultan. 

Pendidikan
•Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik. 
•Terbuka kepada semua golongan masyarakat. 
•Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati. 
•Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain. 
•Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji. 
•Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam. 
•Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar. 
•Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab. 

Bahasa dan Kesusasteraan
•Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan. 
•Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-franca. 
•Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. 
•Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain. 
•Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah. 
•Antara penulis – Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Ramli. 

Kesenian Islam
•Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain. 
•Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan. 
•Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis. 

FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN AGAMA ISLAM KE TANAH MELAYU

Faktor Perdagangan:
 Para pedagang memang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Para pedagang Arab, India, Parsi memang mempunyai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu sejak abad ke 8 atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu usaha mereka sendiri menyampaikan Islam kepada penduduk tempatan dan keduanya ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada para pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain untuk berdakwah. Para pedagang Islam mempunyai peluang yang sebaik-baiknya untuk menyebarkan Islam melalui tiga saluran iaitu hubungan baik mereka dengan para penguasa pelabuhan, raja atau pembesar-pembesar tempatan. Selain itu, mereka mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin hubungan baik dengan pedagang-pedagang lain yang datang dari berbagai-bagai kawasan di Nusantara. Di samping itu, pada abadabad 14, 15, 16, dan 17 Masihi menyaksikan bahawa kegiatan perdagangan amat menggalakkan sekali. Contohnya, pada abad ke-14 kerajaan Pasai, abad ke-15 kerajaan Melaka, dan pada abad ke-16 kerajaan Acheh merupakan pusat-pusat perdagangan yang mewarnai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu. Kedudukan Tanah Melayu yang amat strategik membantu kerancakan perdagangan. 

Faktor Ajaran Islam:
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu terpaksa menghadapi persaingan agama Hindu yang telah bertapak selama 13 abad. Namun, semua aspek ajaran Islam itu mempunyai kelebihannya yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh penduduk Nusantara. Salah satu kebaikan Islam ialah mudah difahami, tidak bertentangan dengan akal fikiran, sentiasa rasional dan amat sesuai bagi semua manusia pada segenap zaman dan tempat. Misalnya, dalam aspek sosial, Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah sama taraf dan manusia yang paling mulia di sisi Allah subhanahu wa ta’ala ialah mereka yang paling bertakwa. Di samping itu, Islam memberikan jaminan dan keadilan sosial, menekankan persaudaraan Islam yang bersifat universal, tolong-menolong, hormat-menghormati, bersatu padu, dan lain-lain. 

Faktor Ahli Tasawuf dan Pendakwah:
Ahli tasawuf dan pendakwah ialah ulama Islam yang kuat berpegang dan beramaldengan ajaran Islam. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan serta menarik minat penduduk Tanah Melayu. Mereka bukan sahajaberpakaian bersih dan tertib, tetapi semua tingkah laku dan tutur kata mereka amat menarik dan mempersonakan serta penuh dengan hikmah. Pada peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi tentangan sami-sami Hindu yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk mematahkan kegiatan dakwah danpengaruh Islam. Dengan pertolongan Allah subhanahu wa ta’ala, mereka dapat menghadapinya. Oleh itu, orang ramai mudah mempercayai kebenaran ajaran Islam. Pada zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan sultan dan pembesar-pembesar negara. Contohnya, pada zaman Acheh mereka memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Mereka menganggotai beberapa lembaga pemerintahan. Balai Gadang pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah dianggotai oleh 22 orang ulama terkenal di Acheh. Di samping itu, ulama-ulama luar yang datang ke Acheh seperti dari negeri-negeri Semenanjung Arab, Parsi, Turki, India, Gujerat, dan lain-lain telah menjadi penasihat kepada kerajaan dan guru-guru kepada institusi pengajian dan masjid-masjid. 

Faktor Penaklukan:
Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor penyebaran Islam di Tanah Melayu. Penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain mendorong tersebarnya Islam dengan cepat. Jika daerah yang ditawan belum Islam maka melalui penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan, ekonomi, dan sebagainya. Jika daerah yang ditakluk itu telah Islam maka Islam dapat dikembang dengan lebih berkesan lagi. Contohnya, catatan Ibn Batutah membuktikan bahawa Kerajaan Pasai telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya melalui peperangan lalu Islam tersebar luas di daerah tersebut. Melaka pula pada zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderagiri, Rokan, Siak, Johor, Bengkalis, dan lain-lain. 

Faktor Kesusasteraan dan Penulisan:
Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Tanah Melayu. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Nusantara. Selain itu, berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak kitab agama dikarang atau diterjemahkan ke bahasa Melayu. Karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Nusantara. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad, dan sebagainya sering dibacakan kepada penduduk Nusantara. 

Faktor Perkahwinan:
Perkahwinan turut menjadi faktor penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Perkahwinan berlaku melalui dua cara iaitu perkahwinan antara saudagar Islam dengan gadis-gadis tempatan, terutama anak gadis pembesar atau kerabat diraja tempatan. Keduanya ialah perkahwinan antara raja dengan puteri raja daerah atau negeri lain. Contohnya, perkahwinan Merah Silu dengan puteri raja Perlak menyebabkan beliau memeluk Islam dan bergelar Malikul Salleh. Rakyat Pasai turut memeluk Islam kemudiannya. 
Peranan Pemerintah di Nusantara:
 Penyebaran Islam di Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan peranan pemerintah. Minat dan sokongan raja-raja dan pembesar-pembesar negeri terhadap gerakan penyebaran Islam sangat penting. Contohnya, sultan-sultan di Acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan ilmu pengetahuan dan penyebaran Islam. Antaranya ialah Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke Pahang untuk meyebarkan dakwah Islamiah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam turut menjadikan Acheh sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga digelar sebagai Serambi Mekah. Institusi istana menjadi pusat pendidikan pengajian ilmu dan penyebaran Islam. Peranan sultan Melaka seperti Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Syah. Sultan Muzaffar Syah. 

Hubungan Diplomatik:
Penyebaran Islam di Tanah Melayu turut didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh misalnya mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah. 

Perlaksanaan Perundangan Dan Keadilan:
Hukum Kanun Melaka mempunyai unsur-unsur Islam. Jadi perlaksanaan undang-undang ini mewujudkan keadilan dalam masyarakat

Faktor Institusi Pendidikan:
 Contoh Istana-istana, pondok, balai gadang, Jamiah Baitul Rahman. Para pelajar yang menerima ilmu pengetahuan dan ajaran Islam akan menyebarkan pula di tempat masing-masing setelah tamat pengajian. 
Pengaruh Kedatangan Islam DI Alam Melayu

Aspek Kepercayaan (Akidah)
 Kedatangan Islam telah mengubah masyarakat Islam di Alam Melayu daripada beragama Hindu-Buddha kepada berakidah Islam iaitu mentauhidkan Allah. Kesannya, pandangan semesta Melayu telah dibentuk berasaskan “hablum minAllah” (berbuat baik kepada Allah) dan “hablum minannas” (berbuat baik kepada manusia). Pandangan mereka terhadap kehidupan menjadi benar iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah dan bukan untuk tujuan yang lain. Akidah Islam disebarkan di Alam Melayu melalui ajaran metafizik ahli sufi menerusi ilmu tasawuf. Diperingkat awal penerimaan Islam, masyarakat di Alam Melayu masih terpengaruh dengan amalan ajaran agama terdahulu, namun peringkat demi peringkat ianya mula terhakis apabila proses sinkretisme (usaha mencari penyesuaian) berlaku. 

Aspek Politik dan Pemerintahan

 Terdapat perubahan yang jelas bila wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang berpunca dari gerakan dakwah Islamiah oleh mubaligh-mubaligh & ulamak-ulamak yang datang ke rantau ini. Di nusantara terdapat masyarakat Islam yang dikenali sebagai “Ta-Shih” pada tahun 674m. ‘Ta-Shih’ ialah panggilan kepada orang-orang Arab atauParsi dirantau ini yang terdapat di pantai Barat Sumatera & juga di Jawa Pd abad ke 8m. Pengaruh Islam sudah menular ke dalam kerajaan Srivijaya, hasil usaha dakwah kalifah Umar Ibn Abdul Aziz pada tahun 718m raja Srindravarman di Jambi memeluk agama Islam. Dengan pengIslaman raja Srindravarman ini maka pernah dikatakan dialah raja Islam yang pertama di Indonesia & kerajaannya dikenali dengan nama kerajaan Sribuza Islam. Pada abad ke-9m, muncul pula kerajaan Islam yang pertama di Perak(840m). Raja pertama ialah Sayid Maulana Abd al-Aziz Shah pada 1042M, tertubuh pula kerajaan Samudera dengan raja pertama Meurah Giri yang bergelar Mahmud Shah. Di semenanjung tanah melayu, lahir kerajaan Kedah Darul Aman dalam kurun ke 12m. Raja pertamanya ialah Derbar Raja II & setelah memeluk Ialam, nama baginda ditukar kepada Sultan Muzaffar Shah. Pada kurun ke 13 dan 14m tertubuh pula sebuah kerajaan di pattani yang terletak di selatan Siam. Dalam kurun ke 15m, muncul kerajaan Melaka dgn raja pertamanya Paramesmara dikatakan memeluk Islam pd tahun 1414. Usaha menjaga kestabilan pemerintahan, negara-negara Islam menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa besar Islam seperti India & Turki. -Hubungan rapat tersebut dikatakan berlaku sampai abad ke 13 & 16m. - Aspirasi keIslaman juga terjelma melalui nama-nama negeri seperti Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim & lain-lain. Kedatangan Islam juga telah membawa beberapa pembaharuan dalam sistem politik dan pentadbiran. Institusi kesultanan yang berdasarkan kerajaan Turki Uthmaniyyah diperkenalkan. Sistem ini berbeza daripada sistem Dewa-Raja kerajaan Hindu yang wujud sebelumnya. Gelaran raja ditukar kepada “sultan” yang digunakan oleh ketua kerajaan dan juga sebagai ketua agama Islam. Sultan dihormati sebagai pemerintah dan bukan sebagai jelmaan dewa-dewa yang bersifat ketuhanan. Sultan dianggap sebagai pemegang amanah Allah di muka bumi dan bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelata. Ketaatan rakyat kepada sultan telah digambarkan dalam ungkapan, ’raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah’. Sultan Sulu, Maulana al-Sultan Syarif Hasyim adalah antara contoh sultan yang alim dan adil. Semasa menjalankan pentadbiran, sultan dibantu oleh penasihat, ulama dan mufti. Kerajaan Islam menggunakan undang-undang Syariah yang meliputi pelbagai perkara seperti hukum kesalahan jenayah iaitu mencuri, membunuh, berzina, jual beli, hal-hal perkahwinan, dan pembahagian harta pesaka. Kerajaan Melaka dan Brunei telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi, Melaka menjadi pusat penyebaran dan pusat pengajian Islam yang terkenal semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Acheh pula muncul seabagai pusat penyebaran Islam yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah pada kurun ke 16. Islam telah membawa perubahan nilai dan etika pemerintahan kepada raja-raja. Contohnya, kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari, memperincikan tata susila dan kod etika yang harus dipakai oleh raja-raja dan sifat-sifat yang harus dimiliki seperti amanah, adil dan kewajipan melaksanakan syariah. Islam juga telah membangkitkan semangat jihad dan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Melayu menentang penjajahan kafir seperti penjajah Belanda, Inggeris, Portugis dan Sepanyol. Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penentangan terhadap penjajah Inggeris dan Belanda. Mereka ialah Haji Abbas bin Muhmmad Taha, Syed Syeikh al-Hadi, dan Sheikh Tahir Jalaluddin di Tanah Melayu. Haji Abdul Karim Amrullah (HAMKA), Haji Agus Salim, Haji Omar Said Tjokroaminoto dan Haji Abdullah Ahmad di Indonesia. 

Aspek Perundangan

 Kedatangan Islam turut mempengaruhi pemakaian undang-undang tempatan di mana undang-undang syariah telah menjadi sebahagian undang-undang yang wajib dikuatkuasakan di samping pemakaian undang-undang adat. Kerajaan Islam Melaka telah menguatkuasakan undang-undang syariah mengikut mazhab Syafie yang memainkan peranan utama dalam menentukan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan penduduk di Nusantara seperti hal-hal yang berkaitan dengan perwarisan, undang-undang muamalah, perkahwinan & hukuman terhadap orang yang bersalah. Pengaruh undang-undang Islam terhadap undang tempatan, contohnya di Melaka, Hukum Kanun Melaka/ Undang-Undang Melaka (undang-undang negeri) & Undang-undang Laut Melaka merupakan undang-undang induk di dalam negeri di samping pengaruhnya tehadap negeri-negeri Melayu di bawah empayarnya:
a. Hukum Kanun Melaka – merangkumi undang-undang jenayah, muamalat, munakahat dan sebagainya. Bentuk hukuman pula seperti hukum qisas, hukum hudud bagi kesalahan zina, mencuri, dan sebagainya, hukum diat (denda), hukum takzir (dera) dan lain-lain. 
b. Hukum Laut Melaka – berkaitan dengan peraturan pelayaran dan peniagaan, kesalahan jenayah perdagangan serta bidang kuasa nakhoda kapal & lainlain berkaitan dengannya. 
Undang-undang Islam ini turut dikuatkuasakan di negeri-negeri di bawah jajahan kerajaan Islam seperti Pahang dan Johor di bawah jajahan kerajaan Melaka. 

Aspek Keilmuan

 Pendemokrasian ilmu berlaku dalam masyarakat yang mana sebelum ini (zaman Hindu-Buddha) ilmu cuma boleh dipelajari oleh golongan tertentu sahaja seperti di kalangan golongan bangsawan & golongan di istana sahaja. Masyarakat di alam melayu secara umumnya telah menganggap kedudukan ilmu serta ilmuan amat penting pada mereka. Menurut Siddiq Fadil kedatangan Islam telah membawa transformasi intelektual yang cukup hebat di kalangan masyarakat melayu sehingga mampu membina masyarakat berbudaya ilmu, saintifik & rasional. Sejajar dengan perkembangan bahasa Arab & bahasa Melayu, maka lahirlah institusi-instiusi agama Islam yang berpusat di madrasah & di ikuti peringkat yang lebih tinggi iaitu pondok & pasentren (satu institusi pengajian tinggi agama Islam yang bercorak tradisi di Jawa. Tokoh ulama yang lahir seperti Nurudin al-Raniri, Bukhari al-Jauhari Amir Hamzah, Syeik Daud al-Patani & lain-lain. Mereka mengembangkan Islam melalui bidang penulisan. Misalnya Hamzah Fansuri mencipta puisi Melayu berbentuk keIslaman untuk menyampaikan ajaran tasawuf melalui susunan syair. 

Aspek Tulisan, Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian

 Sebelum kedatangan Islam bahasa Melayu kuno yang menggunakan huruf-huruf dari India seperti Pallava Dewanagari, huruf Kawi & Nagari mula menggunakan huruf-huruf Arab yang disebut huruf Jawi. Tulisan Jawi diperkenalkan untuk memudahkan mereka menyampaikan pembelajaran agama Islam & juga membaca al-Quran. Bahasa Sanskrit sebagai bahasa ilmu telah diganti dengan bahasa melayu. Bahasa Melayu berkembang pesat & menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah yang telah dipinjamkan daripada perbendaharaan kata Arab & Parsi. Dengan perkembamgan tersebut, bahasa Melayu mulai menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang bercorak agama Islam & karya-karya kesusasteraan, malah bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam gerakan dakwa Islamiyah di rantau ini. Disamping ia juga menjadi bahasa ‘lingua franca’ (bahasa perhubungan) di rantau Melayu. Secara tidak langsung, Islam telah menyatupadukan masyarakat Melayu yang terpisah oleh perbezaan bahasa. Islam telah mengubah ‘fungsi’ sastera daripada bersifat hiburan semata-mata kepada sastera yang menjuruskan kepada pendidikan, dakwah & kritikan social. Tema sastera berubah dari membincangkan tema-tema ‘manusia yang luar biasa’ atau ‘Kedewaan’ kepada membincangkan manusia biasa menjadi contoh kepada umat Islam. Kedatangan Islam juga menyuburkan sastera dalam bentuk tulisan, disamping secara lisan, gaya, tatabahasa & bentuk kesusasteraan Melayu banyak dipengaruhi oleh bentuk sastera Islam seperti Syair, gurindam, nazam & cerita rakyat. Tamadun Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina mahupun seni drama. Seni bina masjid, umpamanya dipengaruhi oleh reka bentuk masjid dari asia Barat. Seni ukuran Islam dapat dilihat pada batu-batu nisan dikawasan perkuburan Islam. Seni lukis bercorak benda-benda yang tidak bernyawa seperti bunga daun-daun & geometri. Seni lagu & muzik Islam di Malaysia bercorak dakwah- nasyid & qasidah. Antara alat-alat muzik dari Asia Barat yang mendapat tempat dalam muzik tempatan rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus & lain-lain. Seni khat dan kaligrafi merupakan kesenian yang paling rapat dengan cita rasa keIslaman kerana seni ini menggunakan ayat-ayat al-Quran atau hadis-hadis nabi sebagai sumber ilham bagi membuat ukiran atau tulisan-contoh kesenian Islam tertua dipercayai pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M dan diukir dengan tulisan khat yang memperlihatkan ketinggian seni tulisannya. 

Aspek Sosial dan Kemasyarakatan

 Kedatangan Islam telah membawa konsep persamaan taraf & konsep keadilan, unsur kekastaan semakin terhakis & diganti dengan sistem keadilan & persamaan di kalangan insan. Menurut W. Wetheim, Islam telah memperkenalkan konsep sama rata atau unsur demokrasi sebagai ganti sistem kasta Hindu yang membahagikan penduduk di nusantara kepada beberapa susun lapis seperti di India. Kedatangan Islam telah menghapuskan semangat kedaerahan, perkauman & keturunan. Islam telah menyatukan umatnya dengan ikatan yang sama, di mana setiap individu yang beriman & menerima Islam adalah dianggap bersaudara. Islam membentuk sistem kekeluargaan yang teratur, dapat melahirkan generasi yang soleh, berguna kepada agama & negara. Melalui perkahwinan Islam telah menggariskan tanggungjawab kepada lelaki & wanita di dalam pembentukan rumahtangga muslim. Dr Deliar Noer, “konsep Bangsa Melayu akan terus kekal selagi Islam tidak dipisahkan, tetapi bila mana Islam dipisahkan daripadanya, akan terus hilanglah Bangsa Melayu itu sendiri” Dari sudut pemikiran masyarakat, kalau sebelumnya mereka dibelenggu dengan kepercayaan karut marut & tahyul, telah ditukar kepada kepercayaan adanya Allah & menerima prinsip-prinsip Islam yang lain seperti kepercayaan kepada unsur-unsur metafizik-hari akhirat, qada’ & qadar, syurga & neraka. 

Aspek Ekonomi
 Kedatangan Islam telah membawa kegiatan perdagangan lebih rancak dan aktif daripada sebelumnya. Munculnya pasar-pasar dan kota bersfat internasional. Penggunaan mata wang telah digunakan dalam urusan jual beli, ini adalah disebabkan pertambahan perdagangan asing ke Alam Melayu. Penggunaan mata wang lebih baik dan menyenangkan dalam urusan perdagangan. Penekanan diberikan terhadap konsep keuntungan dimana keuntungan yang diperolehi adalah untuk dunia dan akhirat. Islam juga memperkenalkan institusi zakat, sistem timbang, ukur, sedekah, kafarah, wakaf dan baitulmal yang merupakan fenomena baru dalam masyarakat di Alam Melayu. Baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan negaradan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. Amalan riba, penindasan dan penipuan dilarang. 

Pengaruh Kedatangan Islam DI Alam Melayu

Aspek Kepercayaan (Akidah)
Kedatangan Islam telah mengubah masyarakat Islam di Alam Melayu daripada beragama Hindu-Buddha kepada berakidah Islam iaitu mentauhidkan Allah. Kesannya, pandangan semesta Melayu telah dibentuk berasaskan “hablum minAllah” (berbuat baik kepada Allah) dan “hablum minannas” (berbuat baik kepada manusia). Pandangan mereka terhadap kehidupan menjadi benar iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah dan bukan untuk tujuan yang lain. Akidah Islam disebarkan di Alam Melayu melalui ajaran metafizik ahli sufi menerusi ilmu tasawuf. Diperingkat awal penerimaan Islam, masyarakat di Alam Melayu masih terpengaruh dengan amalan ajaran agama terdahulu, namun peringkat demi peringkat ianya mula terhakis apabila proses sinkretisme (usaha mencari penyesuaian) berlaku. 

Aspek Politik dan Pemerintahan

Terdapat perubahan yang jelas bila wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang berpunca dari gerakan dakwah Islamiah oleh mubaligh-mubaligh & ulamak-ulamak yang datang ke rantau ini. Di nusantara terdapat masyarakat Islam yang dikenali sebagai “Ta-Shih”pada tahun 674m. ”Ta-Shih” ialah panggilan kepada orang-orang Arab atauParsi dirantau ini yang terdapat di pantai Barat Sumatera & juga di Jawa Pd abad ke 8m. Pengaruh Islam sudah menular ke dalam kerajaan Srivijaya, hasil usaha dakwah kalifah Umar Ibn Abdul Aziz pada tahun 718m raja Srindravarman di Jambi memeluk agama Islam. Dengan pengIslaman raja Srindravarman ini maka pernah dikatakan dialah raja Islam yang pertama di Indonesia & kerajaannya dikenali dengan nama kerajaan Sribuza Islam. Pada abad ke-9m, muncul pula kerajaan Islam yang pertama di Perak(840m). Raja pertama ialah Sayid Maulana Abd al-Aziz Shah pada 1042m, tertubuh pula kerajaan Samudera dengan raja pertama Meurah Giri yang bergelar Mahmud Shah. Di semenanjung tanah melayu, lahir kerajaan Kedah Darul Aman dalam kurun ke 12m. Raja pertamanya ialah Derbar Raja II & setelah memeluk Ialam, nama baginda ditukar kepada Sultan Muzaffar Shah. Pada kurun ke 13 dan 14m tertubuh pula sebuah kerajaan di pattani yang terletak di selatan Siam. Dalam kurun ke 15m, muncul kerajaan Melaka dgn raja pertamanya Paramesmara dikatakan memeluk Islam pd tahun 1414. Usaha menjaga kestabilan pemerintahan, negara-negara Islam menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa besar Islam seperti India & Turki. -Hubungan rapat tersebut dikatakan berlaku sampai abad ke 13 & 16m. - Aspirasi keIslaman juga terjelma melalui nama-nama negeri seperti Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim & lain-lain. Kedatangan Islam juga telah membawa beberapa pembaharuan dalam sistem politik dan pentadbiran. Institusi kesultanan yang berdasarkan kerajaan Turki Uthmaniyyah diperkenalkan. Sistem ini berbeza daripada sistem Dewa-Raja kerajaan Hindu yang wujud sebelumnya. Gelaran raja ditukar kepada “sultan” yang digunakan oleh ketua kerajaan dan juga sebagai ketua agama Islam. Sultan dihormati sebagai pemerintah dan bukan sebagai jelmaan dewa-dewa yang bersifat ketuhanan. Sultan dianggap sebagai pemegang amanah Allah di muka bumi dan bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelata. Ketaatan rakyat kepada sultan telah digambarkan dalam ungkapan, ”raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Sultan Sulu, Maulana al-Sultan Syarif Hasyim adalah antara contoh sultan yang alim dan adil. Semasa menjalankan pentadbiran, sultan dibantu oleh penasihat, ulama dan mufti. Kerajaan Islam menggunakan undang-undang Syariah yang meliputi pelbagai perkara seperti hukum kesalahan jenayah iaitu mencuri, membunuh, berzina, jual beli, hal-hal perkahwinan, dan pembahagian harta pesaka. Kerajaan Melaka dan Brunei telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi, Melaka menjadi pusat penyebaran dan pusat pengajian Islam yang terkenal semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Acheh pula muncul seabagai pusat penyebaran Islam yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah pada kurun ke 16. Islam telah membawa perubahan nilai dan etika pemerintahan kepada raja-raja. Contohnya, kitab Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari, memperincikan tata susila dan kod etika yang harus dipakai oleh raja-raja dan sifat-sifat yang harus dimiliki seperti amanah, adil dan kewajipan melaksanakan syariah. Islam juga telah membangkitkan semangat jihad dan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Melayu menentang penjajahan kafir seperti penjajah Belanda, Inggeris, Portugis dan Sepanyol. Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penentangan terhadap penjajah Inggeris dan Belanda. Mereka ialah Haji Abbas bin Muhmmad Taha, Syed Syeikh al-Hadi, dan Sheikh Tahir Jalaluddin di Tanah Melayu. Haji Abdul Karim Amrullah (HAMKA), Haji Agus Salim, Haji Omar Said Tjokroaminoto dan Haji Abdullah Ahmad di Indonesia. 

Aspek Perundangan

Kedatangan Islam turut mempengaruhi pemakaian undang-undang tempatan di mana undang-undang syariah telah menjadi sebahagian undang-undang yang wajib dikuatkuasakan di samping pemakaian undang-undang adat. Kerajaan Islam Melaka telah menguatkuasakan undang-undang syariah mengikut mazhab Syafie yang memainkan peranan utama dalam menentukan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan penduduk di Nusantara seperti hal-hal yang berkaitan dengan perwarisan, undang-undang muamalah, perkahwinan & hukuman terhadap orang yang bersalah. Pengaruh undang-undang Islam terhadap undang tempatan, contohnya di Melaka, Hukum Kanun Melaka/ Undang-Undang Melaka(undang-undang negeri) & Undang-undang Laut Melaka merupakan undang-undang induk di dalam negeri di samping pengaruhnya tehadap negeri-negeri Melayu di bawah empayarnya

c. Hukum Kanun Melaka – merangkumi undang-undang jenayah, muamalat, munakahat dan sebagainya. Bentuk hukuman pula seperti hukum qisas, hukum hudud bagi kesalahan zina, mencuri, dan sebagainya, hukum diat (denda), hukum takzir (dera) dan lain-lain. 
d. Hukum Laut Melaka – berkaitan dengan peraturan pelayaran dan peniagaan, kesalahan jenayah perdagangan serta bidang kuasa nakhoda kapal & lainlain berkaitan dengannya. 
Undang-undang Islam ini turut dikuatkuasakan di negeri-negeri di bawah jajahan kerajaan Islam seperti Pahang dan Johor di bawah jajahan kerajaan Melaka. 

Aspek Keilmuan

Pendemokrasian ilmu berlaku dalam masyarakat yang mana sebelum ini (zaman Hindu-Buddha)ilmu cuma boleh dipelajari oleh golongan tertentu sahaja seperti di kalangan golongan bangsawan & golongan di istana sahaja. Masyarakat di alam melayu secara umumnya telah menganggap kedudukan ilmu serta ilmuan amat penting pada mereka. Menurut Siddiq Fadil kedatangan Islam telah membawa transformasi intelektual yang cukup hebat di kalangan masyarakat melayu sehingga mampu membina masyarakat berbudaya ilmu, saintifik & rasional. Sejajar dengan perkembangan bahasa Arab & bahasa Melayu, maka lahirlah institusi-instiusi agama Islam yang berpusat di madrasah & di ikuti peringkat yang lebih tinggi iaitu pondok & pasentren(satu institusi pengajian tinggi agama Islam yang bercorak tradisi di Jawa. Tokoh ulama yang lahir seperti Nurudin al-Raniri, Bukhari al-Jauhari Amir Hamzah, Syeik Daud al-Patani & lain-lain. Mereka mengembangkan Islam melalui bidang penulisan. Misalnya Hamzah Fansuri mencipta puisi Melayu berbentuk keIslaman untuk menyampaikan ajaran tasawuf melalui susunan syair. 
Aspek Tulisan, Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian

Sebelum kedatangan Islam bahasa Melayu kuno yang menggunakan huruf-huruf dari India seperti Pallava Dewanagari, huruf Kawi & Nagari mula menggunakan huruf-huruf Arab yang disebut huruf Jawi. Tulisan Jawi diperkenalkan untuk memudahkan mereka menyampaikan pembelajaran agama Islam & juga membaca al-Quran. Bahasa Sanskrit sebagai bahasa ilmu telah diganti dengan bahasa melayu. Bahasa Melayu berkembang pesat & menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah yang telah dipinjamkan daripada perbendaharaan kata Arab & Parsi. Dengan perkembamgan tersebut, bahasa Melayu mulai menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang bercorak agama Islam & karya-karya kesusasteraan, malah bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam gerakan dakwa Islamiyah di rantau ini. Disamping ia juga menjadi bahasa ‘lingua franca’(bahasa perhubungan) di rantau Melayu. Secara tidak langsung, Islam telah menyatupadukan masyarakat Melayu yang terpisah oleh perbezaan bahasa. Islam telah mengubah ‘fungsi’ sastera daripada bersifat hiburan semata-mata kepada sastera yang menjuruskan kepada pendidikan, dakwah & kritikan social. Tema sastera berubah dari membincangkan tema-tema ‘manusia yang luar biasa’ atau ‘Kedewaan’ kepada membincangkan manusia biasa menjadi contoh kepada umat Islam. Kedatangan Islam juga menyuburkan sastera dalam bentuk tulisan, disamping secara lisan, gaya, tatabahasa & bentuk kesusasteraan Melayu banyak dipengaruhi oleh bentuk sastera Islam seperti Syair, gurindam, nazam & cerita rakyat. Tamadun Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina mahupun seni drama. Seni bina masjid, umpamanya dipengaruhi oleh reka bentuk masjid dari asia Barat. Seni ukuran Islam dapat dilihat pada batu-batu nisan dikawasan perkuburan Islam. Seni lukis bercorak benda-benda yang tidak bernyawa seperti bunga daun-daun & geometri. Seni lagu & muzik Islam di Malaysia bercorak dakwah- nasyid & qasidah. Antara alat-alat muzik dari Asia Barat yang mendapat tempat dalam muzik tempatan rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus, & lain-lain. Seni khat dan kaligrafi merupakan kesenian yang paling rapat dengan cita rasa keIslaman kerana seni ini menggunakan ayat-ayat al-Quran atau hadis-hadis nabi sebagai sumber ilham bagi membuat ukiran atau tulisan-contoh kesenian Islam tertua dipercayai pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M dan diukir dengan tulisan khat yang memperlihatkan ketinggian seni tulisannya. 

Aspek Sosial dan Kemasyarakatan

Kedatangan Islam telah membawa konsep persamaan taraf & konsep keadilan, unsur kekastaan semakin terhakis & diganti dengan sistem keadilan & persamaan di kalangan insan. Menurut W. Wetheim, Islam telah memperkenalkan konsep sama rata atau unsur demokrasi sebagai ganti sistem kasta Hindu yang membahagikan penduduk di nusantara kepada beberapa susun lapis seperti di India. Kedatangan Islam telah menghapuskan semangat kedaerahan, perkauman & keturunan. Islam telah menyatukan umatnya dengan ikatan yang sama, di mana setiap individu yang beriman & menerima Islam adalah dianggap bersaudara. Islam membentuk sistem kekeluargaan yang teratur, dapat melahirkan generasi yang soleh, berguna kepada agama & negara. Melalui perkahwinan Islam telah menggariskan tanggungjawab kepada lelaki & wanita di dalam pembentukan rumahtangga muslim. Dr Deliar Noer, “konsep Bangsa Melayu akan terus kekal selagi Islam tidak dipisahkan, tetapi bila mana Islam dipisahkan daripadanya, akan terus hilanglah Bangsa Melayu itu sendiri” Dari sudut pemikiran masyarakat, kalau sebelumnya mereka dibelenggu dengan kepercayaan karut marut & tahyul, telah ditukar kepada kepercayaan adanya Allah & menerima prinsip-prinsip Islam yang lain seperti kepercayaan kepada unsur-unsur metafizik-hari akhirat, qada’ & qadar, syurga & neraka. 

Aspek Ekonomi
Kedatangan Islam telah membawa kegiatan perdagangan lebih rancak dan aktif daripada sebelumnya. Munculnya pasar-pasar dan kota bersfat internasional. Penggunaan mata wang telah digunakan dalam urusan jual beli, ini adalah disebabkan pertambahan perdagangan asing ke Alam Melayu. Penggunaan mata wang lebih baik dan menyenangkan dalam urusan perdagangan. Penekanan diberikan terhadap konsep keuntungan dimana keuntungan yang diperolehi adalah untuk dunia dan akhirat. Islam juga memperkenalkan institusi zakat, sistem timbang, ukur, sedekah, kafarah, wakaf dan baitulmal yang merupakan fenomena baru dalam masyarakat di Alam Melayu. Baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan negaradan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. Amalan riba, penindasan dan penipuan dilarang. 

Perkahwinan
 Perkahwinan memainkan peranan dalam pembentukan interaksi antara tamadun. Antara contoh yang didapati adalah pada lembaran sejarah dan salasilah masyarakat di rantau Alam Melayu. Penduduk tempatan telah menjalin interaksi dengan pedagang Arab sehingga terdapat sebilangan pedagang yang telah berkahwin dengan gadis tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam Melayu dalam beberapa waktu sementara menunggu angin monsun. Secara tidak langsung perkembangan ini telah menjurus kearah Islamisasi kerana bagi membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut mesti diIslamkan terlebih dahulu. 
 Sejarah turut mencatatkan, perkhawinan ini tidak sahaja mengIslamkan gadis tempatan yang dikahwini pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis juga turut menerima Islam. Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Perkahwinan ini turut mengIslamkan keluarga pihak lelaki dan perempuan. Putera Parameswara yang beristerikan dengan puteri Sultan Pasai yang beragam Islam telah ditauladani oleh pengikut-penigkut dan rakyatnya kerana hendak mendapat limpah kurnia daripada pemerintah dan daripada pergaulan hidup bermasyarakat. 
 Wanita diberi hak untuk memilih dan menentukan pasangan hidupnya dan boleh menolak calon suami yang diajukan oleh keluarganya jika tidak menyukainya dengan mempunyai alasan yang kukuh. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam Yang bermaksud : 
 “Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah (diminati pendapatnya), dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan hingga diminta izinnya” Para sahabat berkata: “ Wahai Rasulullah, bagaimanakah izinnya seorang gadis?” “Izinnya adalah dengan ia diam”, jawab Rasulullah . (Hadis riwayat al-Bukhari) 

Perkahwinan merupakan factor utama dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ramai saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja. Antara saudagar-saudagar terdapat yang menjadi hartawan. Melalui hadiah-hadiah dan pengaruh, mereka dapat berkahwin dengan puteri-puteri tempatan. 
Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka Berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan, ada saudagar-saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagan Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri. 
Selepas perkahwinan, saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam pada isterinya, keluarga isterinya dan seterusnya pada masyarakat tempatan amnya. Proses yang sama akan berlaku yang berkahir dengan seluruh keluarga diraja tersebut memeluk agama Islam. Sudah menjadi tabiat masyarakat Melayu akan meingikut apa yang dilakukan oleh raja-raja dan golongan bangsawan, jadi bila raja-raja dan pembesa-pembesar menerima Islam, amat mudah dan cepat Islam berkembang di kalanga rakyat bawahan. 
Sebagaimana yang diketahui Melaka mempunyai tanah jajahan takluk yang luas. Melaka berfungsi sebagai pusat perkembangan agama Islam memain peranan utama mengembangkan Islam di tanah-tanah jajahan takluknya seperti ke Siak, Inderagiri, Rokan, Pahang dan lain-lai. Pada lazimnya perkahwinan sering dilakukan di antara puer-puteri Melaka dengan putera-puteri tanah-tanah jajahan tadi. Jadi, putera-puteri Melaka yang beragam Islam bila berkahwin dengan putera-puteri lain sudah pastilah akan memeluk agama Islam terlebih dahulu. Dengan pemelukan Islam oleh raja-raja tempatan tadi dengan mudah Islam berkembang di kalangan rakyat bawahan. Schrieke juga turut menekankan bahwa perkahwinan peniaga Islam yang kaya dengan keluarga diraja setempat telah menjadi factor utama dalam penyebaran Islam ke seluruh alam Melayu. Walau bagaimanapun, sukar untuk menunjukkan bukti tentang pengIslaman yang dilakukan secara besar-besaran di sesuatu daerah tertentu. Hubungan perkahwinan selalunya membawa pengIslaman bagi jumlah yang kecil sahaja. 
Faktor ekonomi dan social menjadi pendorong yang besar kearah kepesatan berkembangnya agama Islam di kawasan ini. Brunei telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat dengan pedagan-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511 Masihi. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka ini suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut. Mereka kahwinkan puter-puteri bangsawan dan puter-puteri orang besar mereka untuk mengekalkan saudagar-saudagar tersebut di tempat itu dan untuk mendapatkan faedah ekonomi. Dengan cara perkahwinan ini maka keluarga-keluarga yang terlibat dalam perkahwinan itu dengan sendirinya memeluk agama Islam

RUJUKAN
Buku:
•Merintis Kecemerlangan Islam, m/s 153, Prof. Madya Rasid Muhamad, 2010
•Islam di Nusantara, khususnya di tanah Melayu, m/s 71, Abdullah Ishak (Haji. ), 1990
•Abdul Monir Yaacob dan Ahmad Faiz Abdul Rahman, Towards A Positive Islamic World-View Malaysian and American Perspective, Kuala Lumpur:IKIM
•Abdullah Ishak(1992) Islam di Nusantara, Kuala Lumpur:Maskha Sdn. Bhd
•Syed Muhammad Naquib Al Attas. (1972). Islam dan Kebudayaan Melayu, Bangi:UKM


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)