Interaksi Di Antara Tamadun

Interaksi Antara Tamadun

INTERAKSI HUBUNGAN DIPLOMATIK

Zaman awal Islam mengadakan hubungan diplomatik dengan habsyah ke yathrib, kemudian Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam mengadakan hubungan diplomatik dengan Rom dan Parsi. Pada zaman sahabat hubungan itu diteruskan ke India, china, Eropah, dan Nusantara. Antaranya ialah kerajaan Islam Melaka pernah mengadakan hubungan diplomatic dengan China. 

Dalam konteks Interaksi Hubungan Diplomatik dipecahkan kepada banyak bahagian, antaranya ialah sistem pemerintahan di dalam Islam. Kaedah-kaedah agama Islam telah menentukan prinsip-prinsip sistem pemerintahan di dalam kerajaan Islam dengan prinsip-prinsip yang tinggi iaitu yang lebih tinggi daripada prinsip yang dicapai oleh pemikiran manusia moden. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan khalifah-khalifah Al-Rashidin telah memajukan contoh yang bernilai bagi perlaksanaan prinsip ini. Oleh itu, orang Islam tidak mempunyai hujah-hujah lagi untuk meninggalkan apa yang mereka percaya iaitu iman yang tidak berbelah bahagi. Jika tidak maka kita akan menjadi seperti Bani Israil yang dikatakan kepada mereka oleh Allah : Surah Al-baqarah ayat 85

Yang bermaksud : Kemudian kamu Bani Israil membunuh dirimu dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampong halamannya. Kamu bantu membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan tetapi jika mereka dating kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mereka itu terlarang bagimu. Apakah kamu  beriman kepada sebahagian al kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu. Melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. 

 Kaedah kaedah agama Islam di dalam pemerintahan adalah merupakan kaedah kaedah yang jelas. Di sana terdapat perlembagaan umah iaitu al-quran al karim. Quran itu wujud sepertimana yang diturunkan oleh Allah kepada nabi nya. Tidak ada seorang pun yang berhak mengubah apa yang telah ditentu dan diwajibkan. Jadi sumber kedaulatan di dalam umat Islam hanya untuk allah sahaja. Sesungguhnya, Allah telah meletakkan tanggungjawab melaksanakan hukum syariat ke atas bahu umat Islam. 

Firman Allah : Surah Az-zukhruf ayat-44 Yang bermaksud : Dan sesungguhnya al quran itu menjadi kemuliaan besar bagimu dan kaum kamu dan nanti kamu akan diperiksa tentang hal-hal itu. 

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN DAN KEGAGALAN

Terdapat beberapa factor dalam sistem politik Islam yang membolehkannya memerintah masyarakat manusia hingga mencapai bentuk yang paling tinggi yang boleh digambarkan oleh manusia. Factor ini akn dapat kita perhatikan dengan lebih jelas apabila kita membuat perbandingan dengan sitem-sistem politik dan pemerintahan yang dicipta oleh manusia. Sistem politik Islam berkeupayaan memerintah urusan umat Islam apabila ahli-ahli yang sebenar diberi peluang berbuat demikian. Jika pemerintahan ditegakkan dia atas asas kaedah-kaedah politik Islam, dengan berpandukan kepada nas, maka masyarakat Islam akan mencapai semua unsur-unsur kekuatan dan kemajuan. Manusia akan memperolehi kedamain dan tidak ada pengganggu yang mengganggu mereka. 

Kita perlu melihat faktor-faktor kejayaan sistem politik Islam dan membincangkan faktor-faktor itu. Selain itu, kita juga perlu melihat sebab-sebab kegagalan sistem ini dalam pengalaman sejarahnya. 

Antara faktor kejayaannya ialah dari pemikiran/teori perundangan yang dinamakan juga “Kerajaan undang-undang” atau “Kedaulatan undang-undang” sepertimana yang disebutkan oleh sistem politik sekarang. Selain itu, menganggap rakyat sebagai sumber kekuasaan kerajaan. Seterusnya, Menjadikan mesyuarat sebagai dasar asasi dalam pembentukan luasa, dan sebagai cara perjalanan urusan kerajaan. 

Antara faktor kegagalan pula ialah hendak menunjukkan kebesaran dasar-dasar sistem Islam itu, atau setakat hendak memuji golongan yang pertama yang telah mempraktikkan dengan jayanya sistem itu kemudian menyesali pula jenerasi jenerasi berikutnya. Kita tidak mahu terus tersepit atau tunduk kepada dasar-dasar barat dan dasar-dasar timur yang seolah olah menunjukkan bahawa umat Islam telah mengisytiharkan bengkrapsi mereka. 

INTERAKSI TEOLOGI / AGAMA

Terdapat beberapa proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di jepun tentang nilai etika dan moral. Konsep teologi dan agama ini boleh difokuskan dalam konteks agama dan kepentingannya. Apakah yang dimaksudkan dengan agama?

Allah berfirman :- Dalam surah at-Taubah:33 Yang bermaksud: “Dialah yang telah mengutuskan rasulnya dengan membawa petunjuk iaitu al-quran dan agama yang benar untuk dimenangkan atas segala agama, walupun orang-orang musyrik tidak mengetahui. ” Dan firman Allah: dalam surah yusuf:108 Yang bermaksud: “katakanlah inilah jalan agamaku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah-hujah yang nyata. ” Berdasarkan kedua dua ayat di atas dapat difahami bahawa lafaz “din” adalah bermakna: Jalan dan manhaj hidup manusia dari segi pemikiran dan amalan. Daripada perbincangan di atas ketahuilah kita bahawa tidak ada jalan lain untuk mengetahui agama yang sebenar kecuali melalui wahyu daripada Allah. 

Majoriti penduduk bumi adalah mengikut salah seorang daripada rasul-rasul yang siutuskan membawa agama daripada Allah, dengan tidak memandang perubahan dan penyelewengan yang dilakukan terhadap agama itu. Islam juga merupakan agama fitrah walaupun di dunia ini terdapat pelbagai jenis anutan agama seperti Buddha, cina, Kristian, dan banyak lagi. Tetapi sebagai seorang Islam kita mesti tahu bahawa manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu telah Islam sejak dari dalam perut ibu lagi iaitu sejak azali. Semasa berada di alam roh sebelum Allah tiupkan kita masuk ke dalam jasad, kita semua manusia telah melakukan perjanjian dengan Allah. 

Apabila kita dilahirkan ke dunia, fitrah manusia iaitu lupa akan janjinya dengan Allah dan telah menganuti agama selain dari Islam, tetapi terdapat juga yang lahir dari keluarga Islam maka mereka terdidik dengan cara Islam dan walaupun terdapat yang menganut agama selain Islam, jika mereka mendapat hidayah dari Allah maka mereka kembali ke jalan yang benar dan menhikut janjinya dengan Allah. 

INTERAKSI SAINS DAN TEKNOLOGI 
Dalam konteks agama Islam, Islam amat menggalakkan kita memperkukuhkan ekonomi tidak kira dari segi Negara ataupun institusi kekeluargaan. Sains dan teknologi merupakan salah satu ekonomi dalam membangunkan sesebuah tamadun. Bidang-bidang ekonomi Islam adalah merupakan satu bidang baru bagi orang-orang Islam Malaysia. Kerana ia merupakan satu ilmu yang mempunyai disiplin tersendiri, maka banyaklah ulama kita kurang memahami. Dengan itu, tidak hairan kalau bilangan ulama yang boleh memperkatakan teori ekonomi Islam tidak banyak. Sedangkan bidang ekonomi amat mencabar, khasnya dalam era pembangunan Negara yang sedang berjalan dengan rancak. 

Selain dari itu, selama ini perbahasan kita banyak tertumpu dalam ibadat ritual dan amat jarang kita sentuh bidang ekonomi, yang mana dalam Islam ia satu aktiviti ibadah yang tidak boleh dipisahkan daripada aktiviti ibadat ritual. Kalau kita pisahkan, ibadat kita akan jadi tidak sempurna. Dalam ekonomi Islam, Islam mewajibkan untuk mengeluarkan zakat terutamanya pada bulan ramadhan kerana ia adalah perintah dari Allah yang Maha Esa. 

Zakat ialah satu institusi jaminan masyarakat. Dalam Islam, situasi ini telah lahir sejak diturunkan ayat-ayat yang mewajibkan pembayaran zakat dan ia menjadi rukun Islam ketiga, empat kurun yang lepas. Institusi jaminan masyarakat ini bukan untuk orang-orang Islam semata-mata tetapi untuk semua yang berhak menerimanya. Zakat mesti dipungut, dan orang-orang Islam wajib membayar pada tiap-tiap tahun, sama ada keadaaan memerlukan atau tidak, kerana ia kewajipan agama. 

Matlamat zakat dari sudut sosial bukan semata-mata untuk memerangi dan menghapuskan kemiskinan, tetapi untuk memperluas pemilikan, meningkatkan taraf hidup orang miskin kini, keseimbangan masyarakat, keharmonian perhubungan, penghapusan perasaan angkuh, pembersihan jiwa dari perasaan tamak haloba, menanamkan semangat senasib sepetrti penangguhan dan lain-lain. 

INTERAKSI BUDAYA 
Interaksi antara budaya ini merupakan interaksi yang paling ketara antara yang lain kerana ia meliputi pelbagai aspek seperti makanan, pakaian, senibina, muzik dan lain-lain lagi. Interaksi ini berlaku apabila pelbagai budaya luar seperti arab, india, china, dan lain lagi dating ke tanah melayu dan menyebarkan budaya tetapi ia tidak berlanggar dengan hukum syariah atau undang-undang Islam. 

Allah itu sangat indah dan Allah itu sangat suka kepada keindahan. Keindahan juga merupakan titik tolak seni dalam Islam. Kehidupan beragama juga merupakan seni dalam Islam. Keindahan dalam Islam juga dapat ditafsirkan melalui kekuasaan dan kehebatan Allah subhanahu wa ta’ala sebagai maha pencipta iaitu yang mencipta langit, bumi, kehidupan, dan alam semesta. 

Seni bina dalam tamadun Islam ialah seni pembinaan bangunan seperti masjid. Masjid juga telah digelar sebagai “Rumah Allah” dan sehingga kini menjadi mercu tanda bagi umat Islam selain dari madinah dan makkah. Islam juga amat terkenal dengan keindahan tulisan khat yang berasal dari tulisan jawi. Khat dapat dibahagikan kepada pelbagai jenis khat. Antaranya ialah, Khat Kufi, Nasakh, Thuluth dan Farisi. Keindahan tulisan khat ini dapat mempersonakan sesiapa sahaja yang melihat walaupun yang melihat itu datang dari bukan yang beragama Islam. 

Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Kita mestilah menghormati budaya agama lain dan tidak mengutuk antara satau sama lain. Sebagai orang yang melayu yang beragama Islam, kita ada pelbagai budaya dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat-masyarakat melayu. Contohnya, dari segi pemakaian masayarakat Melayu ialah baju-baju tradisional. Baju tradisional lelaki ialah Baju Melayu manakala perempuan ialah Baju Kurung. Jika dahulu, apabila kaum lain melihat seseorang itu memakai pakaian ini, dapat disimpulkan bahawa individu tersebut merupakan kaum Melayu. Kedua-dua pakaian ini dapat dikaitkan dengan cara pemakaian mengikut syarak Islam kerana jenis pemakaian ini menutup aurat. Akhir sekali, Islam merupakan agama yang syumul. Muzik juga dapat dikaitkan dengan agama Islam yang syumul. Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur selagi hiburan itu tidak bertentangan dengan hukum syarak Islam dan tidak melalaikan seseorang Muslim itu dari melupakan Allah dan meninggalkan segala suruhan Allah subhanahu wa ta’ala. Antara seni muzik yang dapat dikaitkan dengan agama Islam adalah seperti marhaban, nasyid dan qasidah yang menyanjungi Allah dan para Rasul.  

KESIMPULAN 
Dari tajuk yang kita pelajari iaitu Interaksi antara Tamadun, dapat disimpulkan bahawa interaksi ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan Islam. Kehidupan masyarakat sebagai seorang Muslim tidak hanya meliputi prinsip agama tetapi juga meliputi aspek pakaian, muzik dan senibina. 

Faktor Interaksi
1. Ekonomi

Dalam masa kini, ekonomi ialah satu cabang daripada disiplin ekonomi. Kadang kadang orang mengehadkan kepada masalah pembiayaan dan kos persekolahan. Perkara tersebut memang satu daripada aspek yang dirangkuminya. Pada dasarnya, ekonomi pendidikan menyentuh perkara- perkara yang berhubung dengan kesan pendidikan ke atas fenomena seperti struktur tenaga buruh, amalan pelantikan dan kenaikan pangkat, penghijrahan buruh antara bahagian-bahagian dalam sesebuah Negara dan di antara Negara dengan Negara, pola perdagangan antarabangsa, taburan hasil pendapatan peribadi, kecenderungan untuk menyimpan hasil pendapatan dan yang paling umum sekali ialah prospek pertumbuhan ekonomi. Sering kali, fungsi utamanya adalah untuk memerihalkan dan menjelaskan sesuatu keadaan. Kadangkala ia cuba mengatasai masalah dan membuat saranan-saranan kearah itu. 
Dalam konteks ini adalah relevan untuk menyelidik sama ada Islam memberikan sebarang galakan bagi pertumbuhan ekonomi. Sekiranya ada, apakah factor yang memudahkan pertumbuhan dan apakah pula campuran produk untuk mencapai kebajikan manusia?
Pertumbuhan ekonomi bukan hanya sekadar dibenarkan dalam system Islam, malah terdapat galakan yang kuat dalam usaha mengeksplotasi sumber bagi membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan dan kekayaan. Satu prinsip asas ekonomi yang bukan bertujuan untuk pengumpulan harta tetapi untuk pengumpulan harta tetapi untuk kebajikan manusia sejagat. 

Kemiskinan membuatkan manusia sukar melaksanakan tanggungjawab individu, social dan moral. Oleh itu, manusia diminta agar memohon perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta’aladaripada kemiskinan, kekurangan dan keaiban. Kemiskinan disifatkan sebagai tidak diingini, sama seperti kufur(murtad) yang amat dibenci. 

Usaha untuk memperoleh keuntungan duniawi dianggap sangat penting sehinggakan kita diperintahkan untuk mencarinya di dunia apabila selesai ibadat dan pendapatan yang diperoleh dengan cara yang halal disifatkan sebagai fardhu selepas fardhu ibadah. Kesemua ini merupakan galakan yang jelas bagi aktiviti ekonomi manusia yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. 

Pembangunan dalam bidang pertanian, industri, perdagangan dan perniagaan amat digalakan dalam system ekonomi Islam. Tiada seinci pun tanah subur dibenarkan terbiar. Pengangunan industri pembuatan yang memenuhi keperluan penduduk dianggap sebagai satu kewajipan agama. Disamping itu, aktiviti perdagangan dan perniagan diberikan yang menepati janji dan amanah disebut sebagai orang yang akan bersama para nabi pada hari khiamat. 

Sejarah

1. Interaksi perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. 

 -Arab dan China berminat untuk berdagang di tanah Melayu sejak abad pertama lagi. Semasa Arab berdagang mereka menyebarkan budaya mereka dan ada dikalangan mereka yang berkahwin dengan orang Melayu. Sebelum mereka melangsungkan perkahwinan, si pasangan Melayu memeluk Islam terlebih dahulu. 

-Sejak Dinasti Song, Champa adalah sesebuah pusat perdagagangan entrepot dan penyaluran barang-barang komoditas. Ia merupaka pelabuhan kunci yang selalu dikujungi kapal-kapal dagang dari Arab, China dan Asia Tenggara yang mengarungi China, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. 

2. Sosial

Faktor sosial juga adalah faktor interaksi antara tamadun. Contohnya pada masa dahulu berlakunya perkahwinan di kalangan raja dan para pembesar. Hal tersebut bertujuan untuk mengadakan hubungan antara Negara. Melalui perkahwinan tersebut mereka secara tidak langsung telah memperkembangkan mereka punya keturunan/keluarga. 

-Selain itu, terdapat raja-raja yang lemah mengawinkan anak perempuan mereka dengan anak raja yang mempunyai kuasa atau empayar yang besar atau luas. Hal demikian dapat menguatkan mereka punya kedudukan. 

-Terdapat juga hubungan antara China dan Melaka. Raja Melaka telah mengeratkan hubungannya lagi dengan berkahwin dengan Puteri Hang Li Po

3. Geografi

Geografi juga menjadi salah satu daripada factor interaksi. Kedudukan yang strategik mendorong kepada kelahiran tamadun yang memungkinkan penduduk/penempatan masyarakat memperolehi sumber-sumber semula jadi untuk meneruskan kehidupan. 

Faktor faktor lokasi adalah merujuk pada kesesuasian pada faktor geografi telah dilihat mengalakkan kemunculan Tamadun Cina di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, Tamadun Mesir di lembah Sungai Nil, Tamadun Mesopotamia di Lembag Tigris dan Tamadun Melayu Melaka terletak di pinggiran selat Melaka. Kebiasaannya kawasan yang lebih terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya. Perkara tersebut membuatkan mereka lebih terdedah kepada tamadun luar. Antara contoh contoh tamadun adalah kedudkan strategic Laluan Sutera mempermudahkan Cina menjalinkan hubungan dengan Negara Arab sejak tahun ke-3 Masehi lagi. Laluan Sutera darat telah menghubungkannya dengan Khurasan, Samarkand, Xinjiang hingga ke Peking. Laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua kecil India, Kepulauan Melayu hingga Canton di Tenggara China. 

4. Keagamaan. 
Selain itu, faktor keagamaan juga termasuk dalam faktor interaksi. Agama boleh dikaitkan dengan kemunculan tamadun. Agama memainkan peranan yang penting dalam tamadun. Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nila-nilai kehidupan yang tulus dan suci serta mendorong manusia kepada kehidupan bertamadun. Nilai nilai dalam agama juga membimbing masyarakat kearah yang lebih menbangun dari kemunduran. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Bermula dari situ, bermulalah pembangunan kehidupan bertamadun. Selain itu, terdapat juga agama yang bersifat terbuka dan bersifat tertutup. Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima kebaikan daripada agama lain selagi tidak bercanggah dengan syariat manakal Yahudi adalah hamba kepada mereka yang diperkotak katikan dengan sesuka hati. Sebagai contoh, walaupun Islam dapat mengekalkan kuasanya selama 7 abad di Andalusia tetapi ia tidak pernah mendiskriminasikan penduduk beragam Yahudi dan Kristian malah diberikan peluang untuk turut serta dalam pembangunan ilmu, ekonomi dan perdagangan. Seterusnya sikap toleransi dari agama lain membawa impak kepada berlakunya interaksi. Kelahiran sesebuah tamadun didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap subangan tamadun lain. Dalam hal ini, semangat untuk mewujudkan tamadun merupakan ransangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Keimpulanya, sikap terbuka untuk menerima tamadun tamadun lain mengambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik dan seterusnya membantu kemunculan sesebuah tamadun baru. 

5. Pemerintah 
Akhir sekali, sikap atau perangai pemerintah dan tokoh tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menunjukkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Sebagai contoh tamadun Islam yang bersifat terbuka menerima sumber ilmu daripada tamadun Parsi, tamadun Yunani, tamadun Parsi, tamadun China dan tamadun India. 

Antara faktor utama dalam menentukan jangka hayat sesebuah tamadun adalah kekukuhan politik. Pemerintah memainkan peranan yang amat penting untuk memperolehi kempimpinan yang kukuh. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem berjaja dengan kod Hammurabinya. Hammurabbi juga menjalnkan pemerintahannya menggunakan dasar kekerasan dan keserdahanaan dalam menangani masalah-masalah yang berlaku dalam Negara. Hal ini kerana Mesopotamia mempunya penduduk yang berbilang etnik dan sistem prundangan dan agama yang kompleks. Manakala Tamadun Melayu terkenal dengan sistem empayar Melaka. Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara dari Palembang di sekita 1400M telah mengukirkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. 

Kesimpulan
Berdasarkan apa yang telah kami perolehi dari bahagian kajian ini. Tedapat beberapa faktor yang mendorong kepada interaksi Tamadun. Sememangnya faktor faktor tersebut telah memberi impak yang positif dalam ketamadunan. 
NILAI INTERAKSI TAMADUN

Interaksi antara tamadun dapat memperlihatkan kesan yang amat memberangsangkan dimana terdapat kesan diantara Tamadun Islam dengan tamadun tamadun lain seperti Tamadun China, Tamadun Melayu, serta Yahudi dan Kristian. Manakala bagi Tamadun lain seperti India juga mempunyai kesan positif dengan Tamadun China. Tamadun China juga menunjukkan kesan yang sama dimana meninggalkan kesan positif kepada Tamadun Jepun. 

Interaksi antara Tamadun Islam dan Yahudi dan Kristian telah meninggalkan beberapa kesan positif semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab. Interaksi yang berlaku secara harmoni tanpa ada pertembungan terbuka antara budaya Kristian dan Yahudi dengan budaya yang dibawa masuk oleh Tamadun Islam sama ada oleh masyarakat sendiri atau sebaliknya. Contohnya dalam Perlembagaan Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, golongan penganut agama lain diberi kebebasan untuk mengamalkan tututan agama mereka tanpa gangguan daripada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Perkara ini juga telah diikuti pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyah, Bani Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Mereka juga mendapat kedudukan dalam pentadbiran dimana sebagai contoh ialah dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku dalam bahasa Greek ke dalam bahasa Arab. Ini juga termasuk di Sepanyol(Andalusia) dimana muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada golongan Yahudi dan Kristian. 

Interaksi antara Tamadun India dan China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun dimana Agama Buddha telah disebarkan ke China melalui interaksi dan terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan seperti teknologi membuat gula daripada tebu dan India telah diperkembangkan kepada orang China. Bidang astronomi India diperkembangkan di China oleh ahli astronomi India. Kesusasteraan China juga telah dipengaruhi dengan beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit. Tamadun India dapat mengembangkan teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Ini menunjukkan kesan positif kepada Tamadun India. Interaksi antara dua tamadun ini berlaku secara aman melali hbungan perdagangan dan keagamaan. 

Antara interaksi Tamadun Islam dan Tamadun China juga memperlihatkan kesan positif dimana proses interaksi juga berlaku secara aman iaitu secara aktiviti perdagangan. Pedagang-pedagang Parsi dan Arab memberi peranan yang penting iaitu hasil daripada interaksi kedua dua tamadun ini, terdapat komuniti Arab-Islam yang tinggal di China. Ini disebabkan oleh berlakuya perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita tempatan. Ketika zaman pemerintahan dinasti Tang, dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, muncul beberapa tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran, Ia terhasil daripada penyebaran agama Islam di negeri China yang akhirnya komuniti Islam tempatan di China diwujudkan. Perkembangan seterusnya ialah kewujudan cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang masyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-cendiakawan ini telah mencari keselarian ajaran etika dan nilai Islam dengan menujukkan konsep-konsep hubungan agama, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja serta nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme yang telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Ini telah menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang berlaku oleh ajaran agama Buddha. Selain itu, interaksi ini juga turut menjumpai seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya didalam bentuk masjid-masjid di China hari ini. 

Hubungan antara Tamadun Islam dan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat besar dimana ia berlaku melalui aktiviti perdagangan. Namun kedatangan pengaruh Islam di Asia tenggara ataupun khurusnya di Kepulauan Melayu dikatakan datang dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab, Parsi, India dan China. Teori ini telah dibincangkan dengan hangat dan terdapat beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi menyokong pendapat yang diberikan oleh mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang diperoleh daripada hubungan ini. Interksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan kesan yang amat menonjol iaitu tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta kemunculan kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam terus mengubah pandangan orang-orang Melayu. Tulisan Jawi juga berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Ini juga dapat dilihat dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. Istilah seperti Hakim dalam bahasa Melayu mermaksud pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah, berasal dari bahasa Arab yang bermaksud bijaksana. Manakala perkataan petua dalam bahasa Melayu bermakna nasihat, berasal dari perkataan “fatwa” yang bermakna pendapat hukum. Perkataan “perlu” pula dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan “fardhu” yang bermakna harus dalam dalam bahasa Arab. 

Kesan baik bagi Tamadun China dan Tamadun Melayu melibatkan falsafah dan pemikiran yang melibatkan teknologi dan kemahiran serta kebendaan. Tamadun China menyumbangkan teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu iaitu Jawa. Ini termasuk dengan kemahiran membuat tembikar dan pertukangan logam. Terdapat juga makanan daripada tamadun China yang diperkenalkan kepada tamadun Melayu iaitu tauhu, kicap dan taugeh. Interaksi antara Tamadun China dan Tamadun Melayu berlaku secara aman dan secara konflik peperangan. Bagi interaksi aman, ia berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan aktiviti perdagangan, sebagai contoh, interaksi ini berlaku pada zaman Kesultanan Melaka. Hubungan interaksi secara konflik peperangan pula berlaku pada zaman pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol (1279-1368 Masihi) dimana menyerang Myanmar ( Komboja) serta jawa pada awal abad ke-13 Masihi. 

Kesan positif daripada interaksi antara Tamadun China dan jepun pula, Negara Jepun memperoleh perbagai faedah hasil daripada hubungan ini. Tamadun China menyumbangkan banyak perkara penting kedalam Tamadun Jepun iaitu dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha telah diperkembangkan didalam Tamadun Jepun dimana ia telah diasmilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun. Contohnya ialah agama Shinto. Agama Buddha telah mencapai kemuncak ketika zaman Nara dan Heian. Selain Agama, tulisan merupakan kesan terpenting yang dibawa kepada Jepun oleh Tamadun China. Tulisan China menjadi asas pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh ini telah memberi peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Tamadun China juga telah meninggalkan pengaruhnya dengan upacara-upacara tertentu di Jepun iaitu upacara meminum the, struktur pembinaan Bandar dan seni taman. Ajaran falsafah Konfusianisme juga turut diasmilasikan dalam Tamadun Jepun dimana memberi penekanan kepada kumpulan keluarga yang memberi pemantapan lagi institusi keluarga Jepun. Akhir sekali, konsep mandat dari syurga memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun juga merupakan kesan positif dimana dikatakan berasal dari keturunan Dewi. 

RUJUKAN

1. Sazlin Ariff. (2007) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. 
2. Abdul Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. (1995). Tamadun Islam di Malaysia Pustaka Gemilang Kuala Lumpur
3. Abd. Halim Abd. Rahim. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 
4. Encyclopedia of Religion and ethics, Vol. V, New York, 1921. 
5. Shaukat Ali, Administrative Ethics in Muslim State, Lahore, 1975
6. Jabatan Pentadbiran Awam, Panduan Perkhidmatan Cemerlang, Kuala Lumpur, 1997. 



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com