Interaksi Antara Tamadun

Tamadun boleh diibaratkan seperti manusia yang akan berinteraksi secara fitrah sesama sendiri bagi memenuhi keperluan hidup yang tidak mungkin tercapai jika ia bersendirian. Melalui analogi itu dapat disimpulkan bahawa tamadun juga tidak terkecuali untuk terpaksa berkomunikasi dengan tamadun – tamadun lain yang sezaman dengannya. Oleh hal yang sedemikian, interaksi antara tamadun didefinisikan sebagai hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok, masyarakat dan negara. Interaksi antara tamadun berlaku kerana wujud semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling hormat – menghormati antara sesebuah tamadun. Ia juga berlaku kerana tujuan tertentu dan secara langsung mahupun tidak langsung sama ada di peringkat perkongsian nilai, idea, institusi dan insan. Secara umumnya, terdapat empat jenis interaksi yang seringkali berlaku diantara tamadun iaitu interaksi fizikal, interaksi teologi atau agama, interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya. 

Interaksi fizikal ialah interaksi yang berlaku sepanjang sejarah manusia. Ia berlaku apabila sesuatu bangsa berpindah dan menetap di sesuatu tempat dan bergaul dengan bangsa lain. Antara buktinya ialah kewujudan masyarakat di India Barat yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina dan Eropah. Selain itu, kewujudan Islam di alam Melayu telah menunjukkan kedatangan orang Arab sebagai penyebar agama Islam ke Nusantara melalui perdagangan tidak ketinggalan dimana mereka turut mengahwini penduduk tempatan dan membina petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat sumatera. Ini menjelaskan wujudnya interaksi antara fizikal iaitu dengan kewujudan bangsa daripada tamadun asing mendiami sesebuah tamadun. 

Interaksi teologi atau agama pula berlaku apabila sesuatu agama dibawa masuk ke sesebuah tempat yang telah pun mempunyai suatu kepercayaan yang khusus. Hal ini telah mewujudkan suatu interaksi antara penyebaran dan penyebaran sesebuah ajrana agama ke dalam agama yang lain. Contohnya sejak zaman Heian, agama Shinto di Jepun telah melalui proses asimilasi dan seterusnya menerima unsur ajaran daripada agama Buddha. Ia merupakan sistem kepercayaan yang melengkapi. Unsur kesejajaran Hinduisme dan Buddhisme menunjukkan terdapat konsep moksha, karma dan lain-lain pada kedua-dua ajaran ini. 

Seterusnya, interaksi sains dan teknologimerupakan kemajuan yang dicapai semasa zaman itu dan iaberlaku seiring dengan interaksi fizikal. Penghijrahan sesuatu bangsa itu biasanya akan disertai dengan teknologi mereka yang dibawa bersama. Selain itu, hubungan diplomatik antara sesebuah negara juga menghasilkan interaksi tersebut. 
Contohya semasa berlakunya hubungan antara Jepun dan Barat, interaksi antara mereka menyebabkan orang Jepun yang terkenal dengan sikap yang teliti dan tajam dalam memerhati mempelajari pelbagai perkembangan mengenai sains dan teknologi moden Eropah dan Amerika Syarikat. Hasilnya, empat ciptaan agung masyarakat tamadun Asia khususnya Jepun tersebar ke seluruh dunia iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan & kompas. Tambahan pula, disebabkan hubungan mereka yang akrab, masyarakat Barat terutamanya bangsa Amerika Syarikat sering menghadiahkan teknologi – teknologi moden kepada pemerintah Jepun pada tahun 80-an. Jelaslah, sains dan teknologi telah menambah minat sesebuah tamadun untuk berinteraksi dengan tamadun asing yang lebih maju lagi. 

Selain itu, interaksi budaya merupakan interaksi yang paling jelas terlihat pada mana - mana tamadun. Hal ini demikian kerana, interaksi budaya meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti makanan, pakaian, senibina, seniukir, muzik dan sebagainya. Melalui petempatan misalnya orang Cina di rantau Asia Tenggara, telah berlaku satu proses penyatuan atau perkahwinan campur antara meraka dan orang tempat seperti di Filipina dan Thailand. Begitu juga dengan kemasukan orang Arab, Cina dan India ke Tanah Melayu yang meyebabkan berlakunya perkahwinan campur dan membentuk keluarga pelbagai bangsa. Oleh hal yang demikian, tersebarlah kebudayaan asing dan meresap masuk ke dalam kehidupan seharian masyarakat tempatan sehingga ke hari ini. Contohnya proses akulturasi (pembudayaan) orang India dengan masyarakat tempatan berlaku dari aspek kebendaan seperti makanan, pakaian dan tingkah laku umumnya. Secara khususnya, masyarakat tempatan di Tanah Melayu dilihat secara tidak langsung mengamalkan kebudayaan masyarakat India seperti memakai inai serta bersanding di hari perkahwinan, makanan tempatan yang terdiri daripada roti canai dan capati serta penggunaan batu nisan sebagai tanda pengebumian jenazah. Melalui beberapa contoh yang disebut di atas, maka jelaslah terdapat pengaruh yang besar yang berlaku dari segi kebudayaan menerusi interaksi yang terjalin antara tamadun. 

PERTEMBUNGAN KESENIAN DAN SENI BINA ANTARA TAMADUN
KESENIAN
Asal usul kesenian Islam dijelaskan oleh B. Lewis – amat terhutang budi pada pengaruh dan sumbangan kesenian tamadun Parsi dan Cina. Pada tembok – tembok istana Bani Umaiyah di Syria melalui perkakasan hasil dari cari gali dan objek – objek lain dari Arab dan Mesir, dapat dapat melihat bagaimana orang – orang arab terawal meminjam kesenian, amalah menggunakan pakar – pakar seni dari kebudayaan lain. Kemudiannya secara berasingan mengubahnya kepada satu bentuk baru. Akhirnya menciptanya secara asli dengan daya cipta sendiri. Misalnya, kesenian tembikar Iran di Abad ke-9 adalah merupakan penerusan hasil kesenian kraftangan Bayzantuim dan Sasanid, yang diimport dari Cina, terdapat unsur – unsur tempatan yang dipadukan dengan kesenian warisan dan model – model yang diimport. 
 (Sumber Rujukan: Pengajian Tamadun Islam: Sejarah Pencapaian dan Masa Depan, 2002)

Seni khat
Tulisan merupakan salah satu unsur utama di dalm proses menuntut ilmu. Sebab iyulah umat Islam sedari awal lagi memberikan perhatian ynag paling utama dalam pengusaan tulisan. Gambaran ynag diberikan oleh A. M. A Shushtery di dalam bukunya Outlines of Islamic Culture adalah seperti yang berikut: Minat umat Islam untuk menguasai dan memperkembangkan seni khat adalah dicetuskan oleh Al- Quran, kerana di dalam Al – Quran telah disebut tentang alat tulis iaitu pen (qalam).  Ayat yang dimaksudkan ialah yang bermaksud : “ bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, yang megajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa ynag tidak diketahuinya” “Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis. ” 

Khat kufi adalah merupakan yang terawal di dalam Islam yang diambil dari Anbar atau Hirah yang merupakan salah sebuah bandar naungan kerajaan Sasan di Mesopotamia. Harb bin Umaiaah merupakan di antara ketua kaum Quraish ynag terawal mempelajari tulisan ini. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri menggalakkan kepada umatnya agar menguasai ilmu pengetahuan dan tulisan meskipun baginda seornag ynag buta huruf. Tulisan – tulisan ini sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa seperti diberi tanda untuk membezakan antara huruf besar dan huruf kecil. 

Terdapat dua jenis tulisan menjelang abad ke-7M. pertama, menggunakan batu dan duit syiling. Kedua, menggunakan kertas ynag diukir. Namun demikian khat kufi tetap terus digunakan sehingga akhir zaman Bani Abasiyyah. Mulai abad ke-7H terdapat tulisan dari Asia kecil yang berbentuk bulat. Huruf terakhir di akhir sesuatu perkataan dihias indah. 

Menjelang abad ke-16 pula ia diperkembangkan oleh tiga negara Islam yang terbesar iaitu Turki di barat, Iran di Asia Tengah dan Moghul di India. Sekaligus constantinople, Isfahan, Herat, Samarkand, Lahore, Delhi, Agra dan Deccan menjadi pusat pendidikan dan seni khususnya seni khat. Beberapa jenis khat begitu popular di pusat – pusat pendidikan Islam tersebut seperti taliq, nasakh, riqa dan sulus. 

Seni khat juga dikuasai oleh umat Islam di negeri China dan tempat – tempat lain di dunia ini seperti di Kepulauan Melayu. Di masjid Canton ynag bertarikh 1350 terdapat khata nasakh ynag indah. Khat ini jugalah yang ynag dikatakan luas penggunaannya pada bangunan – bangunan masjid ynag terdapat di Kepulauan Melayu. 

Satu perkara yang menarik di dalam perbincangan ini ialah seluruh negara Islam di dunia ini mempunyai satu jenis huruf abjad ynag berasaskan kepada tulisan Arab. Sebab itulah ia juga terdapat di Afrika Utara. Di situ jenis khat ynag terkenal ialah ynag dikenali sebagai Kairawan, mengambil sempena nama bandar di Afrika Utara. Jenis khat ini jugalah ynag terdapat di Sepanyol. Di Timbuktu ia dikatakan begitu terkenal dalam tahun 1213 lagi. 

Tembikar dan kaca
Selain daripada seni khat, Sepanyol juga terkenal dengan seni tembikar ynag bermutu tinggi ynag berlainan dengan tembikar ynag berada di tempat – tempat lain. Ia dikenali sebagai Moresque di mana reka bentuknya berkisarkan daun – daunan dan sebagainya. Pusat – pusat perusahaan tembikar jenis ini ialah Malaga (Granada) dan Valencia. Kemasyhuran Valencia di dalam industri tembikar jugatidak dapat dipertikaikan. Namun begitu, terdapat juga tempat – tempat lain ynag terkenal dengan pembuatan tembikarnya iaitu Manisis ynag amat terkenal dengan pingan mangkuk, vases dan sebagainya. Ia bukan sahaja disertaka dengan reka bentuk ynag dipinjam dari tamadun Bayzantium, tetapi sertai juga dengan seni khat khufi ynag indah. Warna ynag gemar digunakan dalam pembuatan tembikar ini ialah biru, ruby, kekuningan dan juga ungu. 

Tiles yang berwarna warni dan beraneka reka bentuk untuk lantai dan dinding pula telah pun wujud sejak zaman purba sama ada di Parsi, Mesir atau Syria. Contohnya ialah ynag terdapat di istana Raja Darius di Susah, kira – kira 2500 tahun dahulu. Ia kini masih tersimpan di muzium Parsi. Seni tembikar Parsi dikatakan dipengaruhi oleh tamadun Cina dan Babylonia dan Assyria. Mesopotamia juga dikatakan terdapat seni ini. Umat Islam di India turut mewarisi kemahiran penghasilan tiles berkilat dari Parsi dan Asia Tengah. Hubungan di antara India dan Parsi telah wujud sejak zaman purba lagi. Pada peringkat permulaan, tiles indah ini hanya digunakan oleh gabenor – gabenor dan pembesar – pembesar Islam di Punjab, khususnya di zaman pemerintahan raja – raja Timur, ia akhirnya menjadi penggunaan umum tidak lama kemudian. Tiles ynag tedapat pada tembok kota di Lahore dikatakan yang terindah dan plainh bermutu tinggi di dunia. Panjangnya ialah 497 ela dan tinggi 17 ela. Nazir Ali Khan telah membina masjid di Lahore ynag dikatakan mengandungi tiles Kushi ynag sungguh indah ynag masih boleh dilihat pada hari ini dalam keadaan yang baik. 

Logam dan barang kemas
Industri kesenian logam Islam di zaman kerajaan Saljuk dan Samanid jelas kelihatan dipengaruhi oleh tamadun Greek, Bayzantium dan Sasanid. Pengaruh Cina juga dapat dilihat sama ada di Asia Tengah atau di Parsi. 

Pedang dan kunci besi berhias indah dihasilkan oleh umat Islam di Sepanyol. Khalifah – khalifah kerajaan Fatimiah di Mesir dikatakan banyak menyimpan alat – alat ynag diperbuat oleh besi, emas dan perak seperti vases, pokok emas, alat perhiasan dan sebagainya. Barang – barang perhiasan di istana kerajaan Fatimiah digambarkan oleh Nasir Khusroe seorang ahli falsafah dan penyair Parsi yang terkenal sebagai diperbuat daripada copper. Hiasan di dalam istana itu diperindahkan lagi dengan disertai oleh seni khat kufi’. 

Industri alat – alat logam ini dikatakan terbantut buat seketika apabila kerajaan Mongul menyerang Parsi. Hal ini demikian kerana ramai ahli pertukangan ynag melarikan diri ke Mesir dan India. Tetapi mereka kembali semula ke negeri itu di zaman pemerintahan kerajaan Timur. Justeru itu, industri seni logam berjalan semula malahan lebih maju lagi. 

Tekstil dan permaidani
Pedagang – pedagang Arab dan ahli – ahli pertukangan Islam bertaburan di seluruh ceruk rantau dunia di zaman keagungan Islam termasuklah seluruh Eropah, Afrika dan Asia. hal ini telah menjadikan Eropah sebagai sebuah tempat pasaran tekstil dan permaidani yang paling penting. Hal ini demikian kerana bahan – bahan itu mendapar sambutan ynag meggalakkan. Hasil – hasil tekstil dan permaidani Islam amat dikagumi oleh raja – raja, pembesar – pembesar dan golongan hartawan Eropah kerana ketinggian mutu, keindahan dan ketahanannya. 

Kemasyhuran permaidani dan tekstil ynag dibawa oleh pedagang Arab dapat dilihat melalui penggunaan nama – nama bagi bahan – bahan tersebut secara meluas oleh orang – orang Eropah. Contohnya, muslin (kain dari Musul), damask( kain dari Damsyik), baldachini(kain dari Baghdad), cotton (dari bahasa Arab “ Qutn”), fustian( kain dari Fustat, Mesir), taffeta(kain dari perkataan Parsi “tafta”), tabis (nama sutera ynag dihasilkan di Baghdad iaitu at tibic) dan banyak lagi. 

Baghdad merupakan pusat utama industri sutera. Setelah bandar raya itu musnah, jalan ke China dibuka dan negara – negara Islam di Asia Tengah didirikan, maka industri itu bertuka ke wilayah tersebut. Kerana ahli – ahli industri tekstil adalah di antara ynag berhijrah ke situ. Mereka berpadu tenaga dengan golongan pengusaha sutera dari negara Cina ynag menghasilkan tekstil ynag bermutu tinggi ynag akhirnya membuatkan perusahaan tekstil di situ semakin berjaya. 

Parsi pula merupakan tempat industri permaidani ynag paling masyhur sehingga ia penah disebut oleh Herodotus di dalam hasil karyanya di Greek yang mengatakan bahawa permaidani Parsi telah terkenal sejak dahulu lagi yakni sebelum kedatangan Islam lagi. Raja Sasan iaitu Khusroe I telah membina taman ynag dipenuhi oleh permaidani pada abda ke-6M. permaidani itu telah dibawa ke Madinah oleh mujahidin Islam. Kemasyhuran permaidani Parsi ini telah diketahui oleh seluruh empayar Rom. Kemayhurannya terletak pada keserasian antara warna, reka bentuk hiasan dan mutu kerja. 

Pada zaman Abasiyyah, permaidani terus digalakkan perkembangannya oleh khalifah – khalifah ynag memerintah. Istana mereka dihiasi dengan permaidani bukan sahaja pada dinding malahan pada seluruh lantai. Berbagai – bagai bentuk dan ukuran permaidani ynag telah dihasilkan pada masa itu. Dari segi pilihan warna, earna ynga paling diminati ialah warna biru bertentangan dengan waran merah tua dan hijau yang kurang digemari. Bahan ynag selalu digunakan ialah cotton, bulu kambing dan sutera ynag ditenun dengan benang ynag berwarna keemas – emasan dan keperakan. Reka bentuk pula bereneka rupa dari berbentuk rajah geometri sehinggalah ke berbentuk daun – daunan. 

Seni cat dan seni lukis
Sebelum kedatangan Islam seni lukis amat diminati oleh orang – orang Sepanyol, Mesir, Syria, Parsi, China, India dan sebagainya. Seni luksi dan seni bina adalah adalah adik beradik kembar yang seiring perkembangannya. Pemerintahan Islam menggalakkan dan menaungi perkembangan seni luksi ynag diberi nafas baru dan menyempurnakan lagi dengan penghapusan unsur – unsur ynag dilarang oleh Islam seperti menggunakan gambar makhluk bernyawa sebagai subjek. 

Khalifah – khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abasiyyah tidak ketinggalan pemerintah di Sepanyol menggunakan bunga dan daun – daunan sebagai objek lukisan di dinding istana mereka. 

Pusat – pusat seni cat dan seni lukis banyak seklai terdapat di Asia Tengah, Parsi India dan Turki. Di negara Cina mereka juga menghasilkan seni lukis yang dan seni cat ynag bermutu tinggi serta mempunyai tema ynag sama sepertimana yang terdapat di Asia Tengah. Zaman kemuncak seni lukis dan seni cat yang sentiasa menghasilkan pemandangan ynag indah pada sesiapa ynag memandang mengalami kemusnahan apabila tentera – tentera Mongol menyerang negara Baghdad. Namun demikian, ia dihidupkan semula semasa pemerintahan kerajaan Timur dan terus dipertingkatkan lagi dalam abad ke-16 dan 17 dibawah pemerintahan kerajaan Safawi. Snei cat dan lukisan berkembang apabila kerajaan Timur menjadikan India sebagai pusat pemerintahannya ynag kedua. Hal ini demikian kerana seni cat dan seni lukis tynag dibawanya bersama memperkayakan lagi daya cipta di India. 

SENI BINA
Ibnu khaldun berpendapat bahawa seni bina adalah merupakan salah satu asas tamadun yang paling utama. Ini bererti bahawa seni bina adalah merupakan lambang atau menifestasi dari sesebuah tamadun itu. Keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur berdasarkan kepada pencapaiannya di dalam seni bina. Kerana itulah tamadun – tamadun purba ynag agung semuanya menghasilkan seni bina ynag bermutu di mana sebahagiannya masih lagi dapat dilihat pada hari ini meskipun dalam bentuk ynag telah usang dan runtuh. 

Alfred Fred Frazer berpendapat:   “Seni bina Islam adalah merupakan gambaran dari satu agama, bukan sebagai golongan tertentu, sistem ekonomi atau sistem politik. . . jenis bangunan utamanya ialah masjid, istana dan sejak abad ke-9 ialah madrasah atau sekolah agama, pasar, rumah persinggahan dan bilik mandi yang melambangkan kemakmuran sosial dan ekonomi” Titus Burckhardt berpendapat : “Tamadun Islam adalah bercirikan luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan keheningan ynag semestinya tidak wujud sebarang pertentangan di antara unsur kerohanian dengan kebendaan atau keduniaan dengan akhirat” 

Sir Thomas Arnold dan Alfred Guillaume di dalam buku mereka The Legacy of Islam telah mengenal pasti tentang asal – usul seni bina Islam. Mereka menjelaskan bahawa umat Islam telah pun menguasai satu wilayah ynag amat luas ynag telah menghasilkan tamadun seperti Rom, Parsi dan sebagainya tidak sampai setengah abad setelah kebangkitan Islam. Tamadun Rome, Parsi, Mesopotamia dan sebagainya telah mewariskan seni bina ynag tidak kurang hebatnyaa. Bangunan – bangunan ynag hebat seni binanya itu dihasilakn oleh pakar – pakar seni bina yang telah mempelajari kepakaran – kepakaran mereka dari pakar seni bina dari tamadun Islam. Seni bina Rom amatlah berbeza dari seni bina yang terdapat di Parsi. Hal ini demikian kerana, golongan teknokrat terdiri daripada dua golongan di dalam negara Islam iaitu ynag mahir dengan seni bina Rom dan seni bina Parsi. Antara contoh kehebatan seni bina tamadun Islam ini yang sendiri dipuji oleh masyarakat Barat ialah Masjid Sulaimaniah, Istanbul (1550 – 57M). Hal ini diketengahkan oleh U. S Scerrato: “. . . Di dalam masjid Sulaimaniah, ynag diasaskan oleh Sulaiman yang sungguh hebat, Sinan menyambung semua tugas ynag telah dimulakan oleh Ayia Sophia kira – kira seribu tahun dahulu. Diubah suai kembali dengan Islam sehingga dianggap sebagai hasil kerjayanya yang terbaik. Untuk menaikkan lagi taraf sebagai bangunan ynag bersejarah, masjid itu dibina di atas bukit yang tertinggi di Istanbul” 

Jelaslah segala seni bina yang diagungkan oleh setiap tamadun itu hakikatnya berasal dari satu sumber yang sama iaitu tamadun Islam. Namun demikain, dari masa ke semasa, seni bina mereka sedikit sebanyak menampakkan ciri – ciri ketulenan masing – masing.  

PERTEMBUNGAN SOSIAL ANTARA TAMADUN
Hak wanita
 Sesungguhnya wanita dalam Islam memiliki kedudukan yang tinggi dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan setiap muslim. Suatu hal ynag tidak dapat disangsikan bahawa Islam mengangkat darjat dan memuliakan wanita, sedangkan sebelum Islam ia merupakan makhluk ynag tiada nilai dan sama taraf dengan binatang dan barang. Bahkan ada golongan di zaman jahiliah ynag sanggup membunuh anak – anak perempuan mereka dengan menanamnya hidup – hidup hanya kerana ianya dilahirkan sebagai seorang wanita. 

Setelah kedatangan Islam, wanita yang sebelumnya dihina dan rendah martabatnya telah diangkat oleh Islam dan diletakkan di tempat ynag semestinya perlu dijaga, dihargai dan dimuliakan. Islam mengiktiraf persamaan antara wanita dan lelaki. Sebagai contoh, sewaktu zaman kerasulan baginda, Saidatina Aisyah, isteri baginda Rasulullah merupakan di antara periwayat hadis – hadis nabi Muhammad yang terunggul. Kenyataan beliau sebagai seorang wanita tidak pernahaa menghalang beliau untuk menyampai dakwah dari aspek pandangan beliau. Hal ini diteruskan meskipun baginda telah wafat. Masyarakat Barat ynag sebelumnya melaksanakan diskriminasi hak antara wanita dan lelaki dengan meletakkan perbezaan peluang dan peranan mereka akhirnya telah melihat perkara ini daripada sudut positif. Hal ini berlaku di sebabkan interaksi yang berlaku di antara negara – negara Barat dengan tamadun Islam. 

Pergaulan 
Dengan kedatangan Islam, nilai – nilai intelektual yang telah dimiliki oleh masayarakat Melayu, telah ditambah dengan pendidikan keagamaan khususnya pengajian al- Quran. Hal ini teah membawa kepada perubahan sosial yang ketara terutama dari segi pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Perhubungan mereka amatlah terbatas, iaitu hanya dalam bentuk hubungan ynag dibenaarkan mengikut lunas – lunas Islam. Tujuannnya adalah untuk mengelakkan berlakunya perkara – perkara ynag boleh membawa kepada perlakuan zina.  “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” 

Penbentukan akhlak
Ia juga menjadikan pembentukan jati diri dan peribadi yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi ynag menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Keluarga contohnya menjadi agen sosialisasi utama dalam mesyarakat dalam menjalankan tanggungjawab ini dan dibantu oleh komuniti yang melaksanakan kawalan. Hal ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi masyarakat Barat dalam membentuk masyarakat yang baik dalam bersosial dan tidak ketingalan dalam mendidik anak – anak mereka agar menjadi insan yang bermoral. 

Perkahwinan
Perkahwinan merupakan salah satu faktor perkembangan Islam di Nusantara. Perkahwinan ini berlangsung kebanyakan antara golongan sufi, pedagang dan pendakwah dengan anak – anak gadis tempatan, teramsuk puteri –puteri di kalangan istana dan anak –anak pembesar pada ketika itu, dengan adanya contoh yang baik dalam keluarganya, maka bukan sahaja anak yang telah menjadi isteri dari golongan tersebut memeluk Islam, malah seluruh keluarga mereka memeluk Islam. 

Interaksi yang berlaku antara pendatang – pendatang dari pelbagai kawasan dengan wanita tempatan melalui perkahwinan mewujudkan sebuah masyarakat ynag baharu. Sebagai contoh, perkahwinan antara bangsa Arab dan bangsa Melayu mewujudkan golongan Syed dan Syarifah manakala perkahwinan antara India dan Melayu mewujudkan golongan India Muslim tidak ketinggalan perkahwinan yang berlaku di antara bangsa Cina dan bangsa Melayu yang mewujudkan golongan Baba dan Nyonya. 
 (Sumber Rujukan: Pengenalan Tamadun dan Pemikiran Islam Kontemporari, 2015)

Jurang sosial
 Akibat daripada berlakunya jurang ekonomi, masyarakat di dunia ini seolah – olah dibahagikan kepada beberapa lapisan ynag secara tidak langsung mewujudkan kelas berdasarkan pelbagai aspek termasuklah kaum. Masyarakat kaya ynag banyak terdapat di bandar – bandar dan ibu kota terdiri daripada golongan bangsawan, usahawan, pengurus serta saudagar ynag terdiri daripada bangsa – bnagsa ynag maju ke hadapan seperti bangsa asing dan bangsa Cina. Majoriti golongan Melayu dan lain – lain bumiputera tergolong dalam golongan bawahan. 


POLITIK DAN PEMERINTAHAN TAMADUN. 

Politik. Maksud politik menurut kamus dewan bahasa dan pustaka ialah ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Politik juga didefinisikan sebagai siasah sayr’iyyah yang membawa maksud mengurusi atau mengatur perkara mengikut syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Perkataan politik dikatakan berasal daripada perkataan Yunani politikos, dan ada juga yang berpendapat bahawa perkataan ini berasal daripada perkataan Latin, politico yang bermaksud ‘negara kota’ dan kemajuan. Perkataan ini juga ditafsirkan dengan banyak makna seperti tipu muslihat, pemerintahan, peperangan, menegetahui sesuatu secara tipu muslihat dan politikmjuga ditafsir sebagi muslihat sesuatu pergerakan dan perhimpunan. (Alias Othman: pemikiran politik Islam)

Dalam realiti arab, dikatakan bahawa pemimpin sesebuah tamadun ialah orang yang mengurus, mengatur, dan menjaga rakyatnya serta keamanan dan kedamaian tamadun tersebut. Rasulullah menggunakan istilah politik (siasah) dalam sabdanya yang bermaksud : “Adalah bagi Bani Israel, mereka diurus urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang Nabi wafat, Nabi yang lain datang menggantikannya. Tidak ada Nabi setelahku, namunakan ada banyak khalifah. ” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Politik dari segi pandangan Islam ialah sesuatu yang dinamik yang menjadikan aq-Quran dan as-Sunnah sebagai garis panduan dalam pemerintahan. Matlamat politik Islam ialah membawa al falah kepada manusia, baik didunia mahupun diakhirat. Dalam politik Islam, tidak ada cara yang melanggar syariat Islam yang dihalalkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam politik Islam juga tiada perkara yang dapat memisahkan agama dan politik seperti tiada agama dalam politik dan tiada politik dalam agama. Golongan yang berpendapat sebegini yakni, tiada agama dalam politik dan tiada politik dalam agama ini sebenarnya hanya terpengaruh dengan propaganda sekularisme yang kita tahu sememangnya mahu menyempitkan dan menekankan bahawa ritual agama hanyalah tentang beribadat semata-mata dan tidak melibatkan aktiviti mahupun urusan harian manusia. Seperti yang kita sedia maklum, dalam Islam politik ialah perkara yang luas yang mana segala urusan sangat berkait rapat antara satu sama lain. Seperti pandangan Yusuf al-Qaradhawi, politik ialah suatu ilmu yang mempunyai kepentingan sendiri dan pada praktikalnya politik ialah suatu profesion yang memiliki kehormatan dan manfaat kerana ia berkaitan dengan usaha menangani urusan manusia dengan cara sebaik-baiknya dan tidak menggunakan jalan yang tidak diredhai Allah subhanahu wa ta’ala untuk menangani masalah yang berkaitan tersebut. 

Faktor politik dalam tamadun adalah bertujuan untuk menggalakkan proses interaksi antara tamadun. Salah satu cara orang Islam untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang cara hidup cara berfikir dan cara pemerintahan tamadun luar adalah dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan tamadun lain. Kumpulan peneroka Islam terdahulu berjaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan kawasan luar seperti Cordova, Valencia dan Rhoda. Secara tidak langsung hal ini dapat mendorong pemahaman antara orang Islam terhadap orang bukan Islam dari segi cara hidup, pandangan politik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran secara aman sekaligus menyebabkan masyarakat Islam tersebut dapat mengasimilasikan segala perkara tersebut dalam kehidupan seharian mereka dan juga dalam pentadbiran Negara. Sebagai contoh, pemimpin Tanah Melayu, Parameswara, menjalinkan hubungan politik dengan pemimpin China, Maharaja Yung Lo pada abad ke-15 Masihi. Hubungan politik ini dijalin oleh Parameswara bagi mengelakkan serangan kuasa kerajaan luar yang boleh memberi kesan buruk kepada pemerintahan kerajaan beliau. Sehubungan dengan itu, kerajaan China telah menjadi penaung kepada Tanah Melayu. 

Selain politik, corak pemerintahan yang digunakan oleh pemimpin sesebuah tamadun memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun. Pemerintah yang berwibawa dan mempunyai sikap kepimpinan yang unggul menjadi sebab mengapa sesebuah tamadun dapat berhubung dan saling berinteraksi. Selain itu juga pemerintah juga perlu bersifat terbuka dengan menerima pelbagai bentuk idea dan pandangan yang dilontarkan oleh rakyat demi menjamin kestabilan tamadun. Sekiranya pemerintah bersifat berfikiran sempit, bagaimanakah sesebuah tamadun dapat maju dan dapat menjadi contoh kepada tamadun lain? Hal yang demikian, pemerintah perlu bijak memerintah negara dan mengatur stratergi bagi mengukuhkan kedudukan tamadun dari segi politik dan ekonomi. Seperti yang telah dibuktikan oleh sejarah, dua sikap berbeza dalam kalangan para pemimpin seperti contohnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahannya di Madinah, malah mereka diberi perlindungan oleh undang-undang di Madinah. 

Demikian juga, kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul di India bersikap bertoleransi kepada penganut hindu, malah golongan ini dilantik menjadi pegawai dalam pemerintahan kerajaan Islam. Sebagai contoh pemimpin yang tidak mengamalkan sikap toleransi semasa memerintah ialah Sultan Shamsuddin Altanish di India yang bertindak kasar terhadap penganut hindu. Maharaja Han Wu Ti sewaktu Dinasti Han telah melaksanakan dasar memihak yang dianggap tidak adil kepada cendekiawan Konfusianism berbanding sami Buddha. 

Dalam pemerintahan tamadun awal seperti tamadun Mesopotamia, raja Hammurabi menggunakan serta mengamalkan sistem beraja dan kod undang-undang Hammurabi sewaktu beliau memerintah tamadun tersebut. Raja Hammurabi menggunakan dasar kekerasan dan kesederhanaan dalam pemerintahannya bagi mengatasi masalah Negara. Hal ini kerana penduduk Mesopotamia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan anutan agama yang kompleks. Sifat kepimpinan yang seperti ini dapat menghasilkan tamadun yang kukuh dan interaksi antara tamadun boleh berlaku tanpa ada sebarang masalah dan dapat berlaku secara aman. 

Selain itu, kita boleh lihat sendiri bagaimana cara Parameswara memerintah Melaka yang dulunya dikenali dengan nama Tanah Melayu. Tanah Melayu yang berada di bawah pemerintahan Parameswara mengamalkan sistem beraja dan sistem pembesar dikawasan empayar jajahannya. Setelah tersebarnya Islam ke Tanah Melayu, sistem beraja tersebut telah ditukar kepada sistem Kesultanan Melayu Melaka. Diatas kebijaksanaan pemerintah dalam mentadbir tamadun maka wujudlah undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diperkenal dan diguna pakai sewaktu pemerintahan Parameswara. 

Walaubagaimanapun, ekoran daripada interaksi dari segi politik ada mendatangkan kesan yang memberi impak terhadap tamadun. Kesan-kesan yang berlaku keatas sesebuah tamadun dari segi politik dan pemeritahan dapat dilihat dari aspek kesan positif dan kesan negatif. 

(a) Kesan Positif
Antara kesan positif interaksi antara tamadun dari segi politik dan pemerintahan ialah hak dan kebebasan beragama yang diberikan kepada orang bukan Islam yang menetap di Madinah. Dalam Perlembagaan Madinah, walaupun terdapat golongan atau rakyat yang tidak menganut agama Islam, mereka dibenarkan menganut agama mereka sendiri tanpa diganggu oleh Rasulullah dan dengan syarat mereka juga tidak mengganggu urusan dakwah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka juga diberi perlindungan selagi mereka tidak melanggar peraturan atau perjanjian yang telah dimeterai. Hal ini demikian kerana sikap Rasulullah sebagai pemimpin yang memerintah dengan adil dan saksama serta tidak mengamalkan pemerintahan kuku besi. Hal ini seterusnya diteruskan oleh pemerintah-pemerintah yang memerintah setelah kewafatan Rasulullah dan juga beberapa kerajaan Islam di India. Mereka juga diberi keistimewaan dalam pentadbiran negara dimana mereka juga layak memegang jawatan dalam pentadbiran negara. 

Selain itu, kesan positif ini juga dapat dilihat apabila hubungan politik yang dijalin oleh dua tamadun seperti tamadun China dan Kerajaan Tanah Melayu menjadi penghubung antara dua tamadun tersebut. Hubungan diplomatik yang dijalin sekaligus menjamin keharmonian tamadun dan peperangan dapat dielakkan. Di samping itu, disebabkan berlakunya interaksi antara tamadun, wujudlah kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tenggara yang menjadikan corak pemerintahan kerajaan Islam Madinah sebagai rujukan. Antara contoh kerajaan tersebut ialah kerajaan Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu dan lain-lain. 

(a) Kesan negatif
Tidak dinafikan, interaksi membawa kepada kesan positif, namun terdapat juga kesan negatif yang turut memberi impak kepada kerajaan dan tamadun. Kesan negatif yang pertama ialah akibat daripada interaksi antara tamadun, hubungan orang Kristian dan Yahudi yang sememangnya telah mengalami kemerosotan sejak dari awal lagi menjadi semakin buruk. Hal ini demikian menyebabkan berlakunya pembunuuhan orang Yahudi secara beramai pada abad ke-9 dan 18 Masihi. Hal ini juga melibatkan Perang Salib yang menyebabkan ramai orang Islam terkorban. 

Selain itu, terdapat juga orang Islam yang dibunuh dan masjid-masjid tutr dimusnahkan oleh golongan Hindunisme. Begitu juga yang berlaku terhadap golongan Hindunism tersebut, kuil-kuil; mereka juga turut dihapuskan dan ramai golongan mereka dibunuh. Malah sebelum kedatangan Islam lagi insiden ini telah berlaku dalam kalangan golongan penganut Buddha dan Hindunisme. Faktor yang mendorong perkara ini berlaku adalah disebabkan perbezaan ppolitik dalam kalangan penduduk yang berbilang anutan. (Zulkiflee Harun : 2010)

Sumbangan 
Hasil daripada intreraksi politik tamadun, banyak manfaat telah dapat disumbangkan untuk masyarakat masa kini. Antaranya ialah: 
• Dalam tamadun Melayu, sehingga masa kini gelaran Sultan diguna untuk menggantikan gelaran Raja. 
• Perlembagaan Madinah yang digubal oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah perlembagaan bertulis pertama dunia. 
• Interaksi tamadun Islam dengan kerajaan Tanah Melayu mewujudkan banyak kerajaan yang berasakan tamadun Islam di Tanah Melayu seperti kerajaan Melaka. 
• Pemerintahan kerajaan dilakukan secara demokrasi dan rakyat berhak menyuarakan pandangan dan pendapat. 
• Wujud undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut yang digunakan sehingga hari ini. 

EKONOMI. 

Selain faktor politik pemeritahan, ekonomi juga turut menjadi faktor dan salah sebab mengapa tamadun dapat berinteraksi. Khurshid Ahmad berpendapat bahawa ekonomi Islam ialah manifestasi kebangkitan Islam dalam tiga dekad mutakhir ini. Beliau juga menyatakan bahawa ekonomi Islam ialah ‘platform’ pendekatan dan reakti positif umat Islam terhadap ideologi tamadun barat dalam usaha mereka membina semula tamadun Islam berasakan al-Quran dan as-Sunnah. . Ekonomi dalam bahasa Arab bermaksud iqtisad yang juga berasal daripada perkataan qasd yang bermaksud pertengahan dan juga bersederhana dalam sesuatu perkara. 

 Menurut kamus ‘Oxford’, ekonomi bermaksud keadaan untuk mengelakkan pembaziran wang, kekuatan atau perkara lain yang bernilai. Ekonomi juga disebut sebagai pengawalan dan pengurusan wanng, barang-barang, dan sumber-sumber yang lain untuk suatu kelompok, masyarakat ataupun sesebuah rumah selain memberi maksud sistem pengurusan dan pneggunaan sumber-sumber. Semua maksud ini telah menggabungkan maksud ekonomi dari segi bahasa dan istilah iaitu kajian terhadap kelakuan manusia dalam menguruskan sumber-sumber yang terhad dan mengembangkan sumber-sumber tersebut bagi memenuhi keperluannya. 

Dalam pertembungan tamadun awal dunia, ekonomi yakni yang lebih merujuk kepada aktiviti dan urusan perdagangan sangat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan interaksi antara tamadun. Perdagangan yang berlaku antara tamadun China dan tamadun Arab menjelaskan bahawa tamadun ini berinteraksi melalui jalan darat dan juga laut. Sejarah mencatatkan bahawa hubungan antara dua tamadun ini telah terjalin sejak dari abad ke-3 Masihi dan pada abad ke-8 Masihi hubungan ini menjadi semakin rancak. Terdapat pedagang Arab yang membuat penempatan di Kwang Cho (Canton), Chang Cow dan Chuan Cow. Atas hubungan yang terjalin ini, maka terbinalah masjid di Ghuangzhou dan Ghuanzhou yang didrikan oleh pedagang Arab. Ini membuktikan bahawa Islamisasi telah berlaku di wilayah ini. Selain itu, terdapat juga pertembungan ataupun interaksi antara tamadun India dan tamadun Melayu, di mana tujuan pedagang India datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan emas. Dalam rekod rasmi China yang bertarikh 638 Masihi, telah mencatakan bahawa Kedah pernah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China. Pedagang Kedah berdagang ke China. 

Para sejarawan mencatatkan bahawa tamadun China ialah tamadun yang paling awal maju berbanding tamadun-tamadun lain. Pada awalnya, tamadun ini mengamalkan ekonomi sara diri sahaja sehinggalah pada abad ke-11, apabila penghasilan alat pertanian menggunakan besi mula diperkenalkan. Penggunaan alat pertanian menggunakan besi diperlukan bagi penghasilan tanaman yang mendapat permintaan yang banyak. Sewaktu pemerintaha Kerajaan Chin, banyak imigran dari Timur di bawa masuk untuk diberi peluang membuka lebih banyak tanah pertanian sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Interaksi tamadun ini juga dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh orang China yang menggunakan wang kertas pada akhir abad ke-11 Masihi untuk memudahkan urusan para pedagang. Tambahan pula, dengan kebijaksaan orang Cina mencipta sutera, tamadun China telah menjadi pengeluar utama kain sutera di dunia. Maka dengan itu, ramai pedagang China yang berdagang sehingga ke Rom. 

Di tamadun India, sistem ekonomi mereka terbahagi kepada dua iaitu sitem sara diri dan sistem ekonomi komersial. Semasa zaman Vedik, orang Aryan berperanan dalam kegiatan pertanian dan penternakan kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang musim. Mereka juga tahu bagaimana untuk membajak dan menyemai disamping melakukan aktiviti penternakan. Pada zaman Pra-Maurya, beras, padi dan tebu ditanam secara meluas bagi memenuhi permintaan yang banyak. Walaupun dengan menggunakan alat pertanian yang kurang moden berbanding kerajaan China, mereka dapat menghasilkan banyak hasil pertanian. Hasil lebihan ini digunakan untuk memenuhi keperluan penduduk bandar yang juga melibatkan diri dalam perniagaan dan perdagangan. 

Di tamadun Yunani semua negara kota menjalankan aktiviti perdagagan kecuali Sparta. Aktiviti perdagangn ini aktif disebabkan laluan atau jalan laut yang menhubungkan tamadun Yunani dengan tamadun luar. Disebabkan kekurangan bekalan makanan oleh negara kota seperti Athens dan Corinth, interaksi antara tamadun berlaku kerana mereka mendapatkan bekalan makanan dari kawasan luar. Hal ini jelas menunjukkan tamadun Yunani juga berinteraksi melalui perdagangan. 

Pada kurun ke-14, dan 15, pusat perdagangan Eropah berpindah ke utara apabila orang Turki memutuskan sebahagian perdagangan di Venice. Sebagai contohnya, keluarga Fuggers yang terkenal dengan perniagaan bank adalah pengasas kepada Bank Rothschilds menyebabkan Belanda pada waktu itu menjadi tumpuan para pedagang untuk berdagang di situ. Sejurus yang demikian, lebih banyak bank ditubuhkan dan dibuka. 

Ekonomi di Tanah Melayu pula berkembang pesat pada awal abad ke-15 Masihi, dimana perkembangan ini menyebabkan beberapa politi perdagangan di Alam Melayu. Sebagai contoh ialah Tun-Sun, Tou-Chi-Li, Tan-Tan dan sebagainya. Mereka bertukar barangan yang terdiri daripada kayu gaharu, kapur barus, tanduk badak dengan barangan seperti beras, sutera, porselin dan sebagainya dari pedagang China. Sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, aktiviti dan urusan perdagangan semakin pesat kerana pedagang China dan India akan singgah di pelabuhan Melaka sambil menunggu peralihan angin monsun. Pedagang barat juga berdagang ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus dari pedagang tempatan mahupun pedagang yang berdagang ke Melaka. Ini jelas menunjukkan interaksi antara tamadun yang boleh dilhat dari segi ekonomi. 

Walaubagaimanapun, ekoran daripada interaksi dari segi ekonomi ini telah mendatangkan kesan yang memberi impak terhadap tamadun. Kesan-kesan yang berlaku keatas sesebuah tamadun dari segi ekonomi ini dapat dilihat dari aspek kesan positif dan kesan negatif. 

(a) Kesan positif
Antara kesannya ialah setelah berlakunya interaksi ekonomi antara tamadun, kemajuan dalam teknologi dapat dicapai tanpa mengubah pemikiran beragama. Selain itu, pertukaran barang dari tamadun lain turut berlaku sementelaah proses interaksi antara tamadun berlaku. Sebagai contohnya, pedagang dari India dan Barat memperoleh barangan seperti tembikar, sutera dan porselin dari pedagangn China. 
Kesan daripada interaksi dari segi ekonomi ini juga, ramai pedagang Arab yang berkahwin dengan gadis tempatan dari Tanah Melayu dan agama Islam dapat disebarkan. Maka dengan itu, Islam juga dapat disebarkan di Tanah Melayu ekoran daripada perkahwinan yang berlaku oleh pedagang Arab dengan gadis tempatan. Pedagang-pedagang Arab yang berdagang ke Melaka selalunya akan menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk dan masyarakat si Melaka sambil menunggu peralihan angina monsun. Di samping itu, hasil daripada interaksi yang berlaku, maka institusi zakat dan sistem timbang, ukur serta matawang diperkenalkan yang memudahkan urusan perdagangan dan menjamin keadilan. 
Selain itu, aktiviti perdagangan semakin giat dilakukan oleh manusia untuk memajukan diri dan negara. Sebagai contoh, masyarakat tamadun India yang menjalankan aktiviti perdagangan hasil daripada penternakan dan pertanian yang dilakukan adalah untuk menyara diri mereka dan juga sebagai salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi negara. 

(b) Kesan negatif
Akibat daripada interaksi ini, terdapat jurang ekonomi dalam kalangan penduduk sesebuah tamadun atau kerajaan itu sendiri. Sebagai contoh, disebabkan kedatangan barat ke tanah melayu, terdapat konsep ‘pecah dan printah’ dimana telah menyebabkan perbezaan ekonomi dalam kalangan masyarakat. Contohnya, orang Melayu hanya telibat dengan ekonomi pertanian manakala orang Cina aktiviti perlombongan, perniagaan, dan perusahaan dan orang India lebih kepada ladang dan estet. 
Selain itu, kesan daripada interaksi dari segi ekonomi juga menyebabkan wujudnya ekonomi kapitalis, dimana ekonomi yang berunsurkan riba’ dan penindasan berlaku di Tanah Melayu. Ekoran daripada ini terdapat golongan yang mengalami kesengsaraan kerana ada sesetengah golongan yang mengaut keuntungan dengan megambil peluang daripada golongan yang tidak berupaya. 

Sumbangan 
Hasil daripada intreraksi ekonomi tamadun, banyak manfaat telah dapat disumbangkan untuk masyarakat masa kini. Antaranya ialah: 
• Sistem matawang yang diperkenal oleh tamadun China dan India sejak zaman Gupta telah digunapakai sehingga masa kini. 
• Penciptaan alatan moden untuk peralatan pertanian oleh tamadun China menjadi alatan penting untuk pertanian sehingga masa kini. 
• Ekonomi negara menjadi stabil. 
• Tamadun Islam menyumbangkan penubuhan Baitul Mal yang memberi hasil dalam bentuk wang. 
• Hasil daripada pedagangan yang berlaku, bahasa Melayu pernah menjadi bahasa Lingua Franca antara pedagang dan penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan. 

DISKUSI
Oleh yang demikian, faktor politik dan pemerintahan serta ekonomi adalah faktor yang menghubungkan tamadun. Dengan adanya, pemerintahan yang sistematik dan toleransi oleh pemerintah, tamadun dapat berinteraksi dengan tamadun lain. Hal ini juga mendorong kepada kekukuhan tamadun dan negara. Selain itu, faktor ekonomi juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan interaksi antara tamadun. Ekonomi yang dijalankan sekaligus memantapkan kewangan negara disamping dapat mewujudkan hubungan perdagangan dengan negara dan tamadun lain. 
 Kesimpulannya, kita perlu menghargai segala usaha yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu bagi mewujudkan interaksi antara tamadun yang sehingga hari ini masih dikekalkan. Kita juga perlu bijak mengatur langkah bagi menjamin hubungan atau interaksi yang telah dijalinkan agar generasi akan datang mampu menjadikan hal ini sebagai contoh dan teladan. 

INTERAKSI ANTARA TAMADUN
(DARI SEGI GEOGRAFI, ILMU DAN SASTERA) 

GEOGRAFI
 Memandangkan berinteraksi itu sendiri adalah fitrah manusia yang bersifat ‘makhluk sosial’, maka tamadun juga boleh diibaratkan sebagai ‘entiti sosial’ yang memerlukan interaksi dan manfaat-manfaatnya. Pelbagai aspek dapat diperkukuh hasil daripada interaksi antara tamadun, termasuklah dari segi agama, misalnya, penyebaran Islam ke serata dunia; sosial, di mana manusia meningkatkan taraf kehidupan kepada yang lebih baik; politik, di mana interaksi mengajar manusia untuk mentadbir dengan dasar yang adil dan saksama dan akhir sekali, pendidikan, iaitu aspek yang memastikan generasi yang dilengkapi dengan ilmu dan pengetahuan. (Ramawan Abd. Rahman, 2011)
Namun, apabila interaksi antara tamadun dibincangkan, kita seringkali tertanya-tanya, apakah faktor yang mendorong kepada jalinan hubungan antara tamadun-tamadun tersebut? Menurut ahli-ahli sejarah dan teori mereka yang dikukuhkan lagi dengan beberapa evidence atau bukti, geografi memainkan peranan yang utama dalam mendorong sesebuah tamadun untuk berinteraksi dengan tamadun yang lain. Tamadun yang cepat membangun biasanya mempunyai sifat yang tidak tertutup. Oleh itu, mereka lebih mudah menerima dan menyumbang idea, tenaga dan kekayaan untuk manfaat bersama. Untuk membolehkan berlakunya interaksi seperti ini, sesebuah tamadun itu haruslah mempunyai sifat geografi yang bersesuaian. (Ramawan Abd. Rahman, 2011)
 Bukan sahaja interaksi, malah sifat geografi sesebuah kawasan itu juga menentukan samada sesebuah tamadun itu dapat bertapak dan berkembang. Oleh kerana salah satu daripada ciri-ciri tamadun ialah tidak berpindah-randah, kawasan yang dipilih haruslah selamat dari pelbagai jenis ancaman dan mempunyai sumber air dan protein. Misalnya, salah satu daripada empat tamadun terawal di dunia, iaitu Tamadun Mesopotamia yang bermula di antara dua sungai, iaitu Sungai Euphrates dan Sungai Tigris. Ini secara tidak langsung memberi tamadun tersebut namanya, ‘Mesopotamia’ yang bermaksud ‘a land between rivers’ atau tanah di antara sungai. (Finkelstein, J. J, 1962) 

‘Ancient Mesopotamia’
Sumber: livebinders. com

 Tamadun-tamadun terawal dunia yang lain seperti Mesir, Indus dan Huang Ho turut menunjukkan kepentingan sungai sebagai tapak yang strategik untuk mengembangkan tamadun. Tamadun Mesir bermula di Sungai Nil, Tamadun Huang Ho di Sungai Huang Ho dan Tamadun Indus di Sungai Indus. Selain menjadi minuman dan kegunaan harian, sumber air daripada sungai-sungai tersebut digunakan untuk bercucuk tanam dan merupakan rumah kepada pelbagai hidupan seperti ikan air tawar yang kemudiannya menjadi sumber protein kepada mereka. Dengan keperluan kehidupan yang lengkap, maka Mesopotamia, Mesir, Huang Ho dan Indus dapat membangun. Mesopotamia juga telah menjadi salah satu daripada tamadun awal yang terkenal dengan sumbangannya, seperti tulisan berbentuk pepaku, iaitu tulisan ‘Cuneiform’ yang kemudiannya digunakan dalam pentadbiran dan pendidikan. Ini membuktikan bahawa tanpa kedudukan dan landskap yang strategik, sesebuah tamadun itu akan mempunyai kesukaran untuk kekal. (Finkelstein, J. J, 1962)
 Dengan kestabilannya dan sumber semulajadinya, maka tamadun-tamadun ini telah bersedia untuk menceburi bidang perdagangan. Ini termasuklah menerima pedagang-pedagang dari tamadun lain untuk berdagang di kawasan mereka. Namun, untuk membolehkan mereka berdagang, tamadun-tamadun ini haruslah mempunyai sistem pengangkutan yang baik. Tanah yang dikelilingi sungai dan laut memudahkan mereka untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan cepat menggunakan pengangkutan air seperti kapal. Contohnya, Tamadun Melayu Melaka yang terletak di pinggran selat Melaka. Melaka berjaya menjadi pelabuhan entreport yang masyur. Pada ketika itu, Bahasa Melayu turut menjadi lingua franca yang ditutur oleh majoriti pedagang yang datang berdagang ke Melaka. (Ahmad Sarji, 2011)

Gambaran pelukis, Melaka sebagai pelabuhan yang besar
Sumber: malaysia-today. net

 Dengan pembukaan ‘Silk Road’, ‘Silk Route’ atau Laluan Sutera, Cina dapat menjalinkan hubungan dengan Arab. Hubungan ini berlaku sejak abad ke-3 Masihi lagi. Laluan Sutera darat telah menghubungkan Khurasan, Samarkand, Xinjiang hingga ke Peking. Laluan lautnya pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara Cina. Selain Laluan Sutera, pembukaan Terusan Suez juga menghubungkan Barat dan Timur. Ini membuktikan lagi bahawa faktor geografi ialah antara faktor yang utama yang membawa kepada interaksi antara tamadun. (Elisseeff, Vadime, 2011) 


The Silk Road (Laluan Sutera) 
Sumber: chinasage. info

 Melalui interaksi yang didorong oleh faktor geografi ini, maka sesebuah tamadun itu dapatlah bertukar pendapat, idea, teknologi dan budaya yang mencorakkan kehidupan bertamadun kita pada hari ini. Jenis-jenis interaksi lain seperti teologi, ekonomi dan sosial terjadi kerana faktor geografi yang membolehkan tamadun-tamadun berhubung dengan antara satu sama lain. Misalnya, kedatangan pedagang-pedagang dari Arab telah menyebabkan berlakunya perkahwinan antara orang tempatan dengan pedagang Arab. Selain itu, dakwah Islam dapat disampaikan dengan luas dan efektif, melalui pelbagai cara seperti pengIslaman raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu kemudiannya menukarkan gelaran mereka menjadi sultan. Oleh itu, kerajaan Melaka dirujuk sebagai Kesultanan Melaka atau ‘Malacca Sultanate’ dalam Bahasa Inggerisnya. (Ahmad Sarji, 2011) 

ILMU DAN SASTERA
 Berbeza daripada faktor geografi yang mendorong kepada interaksi antara tamadun, perubahan dalam ilmu dan sastera pula merupakan hasil dan rentetan daripada interaksi antara tamadun. Disebabkan pengaruh daripada tamadun lain, ilmu dan sastera mempunyai pelbagai kepelbagaian. Tidak lupa juga, sains dan teknologi yang berkembang hasil pemikiran sarjana-sarjana bijaksana Islam seperti Al-Khawarizmi dan Ibnu Sina. Perubahan dalam aspek ilmu dan sastera hasil daripada interaksi antara tamadun amatlah banyak, namun, kita boleh mengambil zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum dan selepas kedatangan Islam sebagai fokus. (Mohamad Yusof Hasan, 2006)
 Kunjungan saudagar-saudagar Arab telah menghasilkan interaksi antara Melaka dan Tanah Arab. Terdapat pelbagai teori tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu, termasuklah dari China, dari India dan terus dari Tanah Arab. Sebelum kedatangan Islam, bidang Ilmu tidak digiatkan di Melaka. Selepas kedatangan Islam, pembelajaran dan pengajaran al-Quran berlaku dengan luas. Rakyat Melaka pada zaman itu mula digalakkan untuk belajar membaca, dan diikuti pula dengan menulis. Hasil daripada proses ini, maka terlahirlah tulisan jawi, yang sebenarnya merupakan tulisan Arab disesuaikan dengan Bahasa Melayu. Sejak itu, tulisan jawi menjadi medium bagi rakyat Melaka untuk menyampaikan ilmu melalui penulisan dan pembacaan. (Ahmad Sarji, 2011)

Tulisan Arab di syiling zaman Kesultanan Melayu Melaka, bukti interaksi Arab dan Tanah Melayu
Sumber: thepatriots. my

 Melalui interaksi ini juga, maka lahirlah institusi-institusi agama Islam yang menjadi tempat penimbaan ilmu, seperti madrasah, surau, masjid dan pondok. Kesusasteraan juga menunjukkan perubahan daripada mitos kepada cerita-cerita yang mempunyai elemen agama Islam. Berikut adalah beberapa tajuk buku yang ditulis di Alam Melayu selepas kedatangan Islam:- 
• Hikayat Nabi Muhammad
• Hikayat Nabi Bercukur
• Hikayat Nabi Wafat
• Hikayat Nabi Mikaj
• Hikayat Nabi Muhammad dengan Iblis
• Hikayat Puteri Salamah
• Hikayat Seribu Masalah
• Hikayat Mengajar Ali
• Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah
• Cerita-cerita dalam Al-Quran • Hikayat Nabi Muhammad
• Hikayat Nabi Bercukur
• Hikayat Nabi Wafat
• Hikayat Nabi Mikaj
• Hikayat Nabi Muhammad dengan Iblis
• Hikayat Puteri Salamah
• Hikayat Seribu Masalah
• Hikayat Mengajar Ali
• Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah
• Cerita-cerita dalam Al-Quran
• Hikayat Sultan Ibrahim 


Hikayat Abdullah Munsyi
Sumber: mimbarkata. blogspot. com
WHAT THE WEST BORROWED FROM THE MIDDLE EAST 
(Apa Yang Barat Telah Pinjam Dari Timur Tengah) 

 Hasil daripada interaksi antara Timur Tengah dan Barat, Barat telah mengambil beberapa istilah daripada Timur Tengah, kebanyakannya dari bahasa Arab, contohnya ‘syrup’ yang diambil daripada ‘sharab’ yang mempunyai maksud yang sama, iaitu larutan gula yang manis. Peminjaman ini telah membentuk tamadun kita pada hari ini, dan jika peminjaman ini tidak berlaku sejak lima ribu tahun dahulu, maka kita akan mempunyai kesukaran untuk merujuk kepada sesuatu kerana tidak adanya perkataan yang sesuai untuknya. Bukan sahaja istilah, malah kebanyakan ilmu dan teknologi seperti yang digunakan dalam pertanian, astronomi, dan pembuatan tayar, (walaupun kebanyakan mereka dikembangkan dan diperbaiki di Barat) mereka sebenarnya datang dari Timur Tengah, sejak 1000 tahun sebelum Masihi hingga ke 500 Masihi. (G. M. Wickens, 1976)
 Selain itu, Barat juga telah meminjam sistem nombor Arab, dan kemudiannya dijadikan sistem nombor universal. Angka Roman (I, II, III, IV, V, VI…) tidak digunakan kerana bentuknya yang sukar diingati dan dipelajari. Angka-angka ini hanya digunakan di dalam sesetengah jam untuk menunjukkan waktu. Ini kerana kebanyakan jam menggunakan sistem 12 jam, di mana angka yang perlu digunakan hanyalah dari I ke XII. Di dalam angka Roman juga, tidak ada angka ‘zero’ atau kosong (0). Oleh itu, angka Roman kekal sehingga ke hari ini hanya sebagai penunjuk waktu atau penombor anak perenggan. (G. M. Wickens, 1976)
 Dengan adanya Arabic Numerals, atau angka Arab, maka wujudlah sistem nombor yang mudah untuk digunakan di seluruh dunia. Sehingga hari ini, Arabic Numeralsatau sebelumnya ‘algorisms’ yang dicipta oleh Al-Khawarizmi digunakan dalam pelbagai bidang, dari bidang Matematik sehinggalah bidang Sains. Penciptaan nombor kosong (0) juga datangnya dariTimur tengah; iaitu zerodari perkataan Arab sifr yang menunjukkan kekosongan. Dengan penciptaan ini, maka mudahlah pengiraan nombor. (G. M. Wickens, 1976)

ISLAM’S INFLUENCE ON TAGORE
(Pengaruh Islam kepada Tagore) 

Rabindranath Tagore ialah seorang daripada ramai penyajak yang amat terkenal. Beliau dilahirkan di Calcutta pada 6 Mei 1861. Ketika berumur 17 tahun, beliau dihantar ke Engand untuk belajar di University College. Beliau kemudiannya pulang ke India selepas setahun kerana bidang undang-undang yang dipelajari olehnya tidak sesuai dengan kehendaknya. Sejak itu, beliau mula menceburi bidang penulisan dan menghasilkan banyak karya seperti drama, cerita, sajak dan lagu. (Ziauddin Ahmad, 2000)
Beliau amat suka dengan penyajak-penyajak Sufi Islam seperti Rumi, Hafiz, Jami dan Sa’adi, dan mereka inilah yang menjadi insipirasinya sepanjang kerjayanya. Penulisan penyajak-penyajak ini meningkatkan kesedarannya tentang alam semulajadi dan keindahannya. Beliau juga berkata bahawa ideologi Islam telah mendapat perhatiannya sejak kecil lagi. Datuknya, Dwarakanath Togore dan bapanya juga merupakan sarjana Arab dan Parsi dan berasa takjub dengan Qur’an dan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Di Bolpur berdekatan Calcutta, perpustakaannya amat besar dan cantik dan dipenuhi dengan karya-karya Hafiz, Sa’adi, Rumi, Jami dan penyajak-penyajak Sufi yang lain. (Ziauddin Ahmad, 2000)
Tagore juga mempercayai bahawa Tuhan itu maha pencipta, sama seperti konsep al-Quran, iaitu Rabubiyat dan Samadiyat. Sajaknya yang pertama dalam karyanya Gitanjali mempamerkan konsep ini melalui diksi yang indah. 

“Thou hast made me endless, such is Thy pleasure. This frail vessel Thou emptiest again and again, and fullest it ever with fresh life. 
This little flute of a red Thou hast carried over hills and dales, and hast breathed through it melodies eternally new. 
At the immortal touch of Thy hands my little heart loses its limits in joy and gives birth to utterance ineffable. 
Thy infinite gifts come to me only on these very small hands of mine. Ages pass and still Thou pourest and still there is room to fill. ” (m/s 1) 
Tagore menggambarkan bahawa manusia hanyalah hamba yang tidak berdaya berbanding dengan kuasa Tuhan yang maha berkuasa dalam karyanya Gitanjali: 
“I thought that my voyage had come to its end at the last limit of my power, -- that the path before me was closed, that provisions were exhausted and the time come to take shelter in a silent obscurity. 
But, I find that Thy will knows no end in me. And when old words die out on the tongue, new melodies break forth from the heart; and where the old tracks are lost, new country is revealed with its wonders. 
That I want Thee, only Thee – let my heart repeat without end. All desires distract me, day and night, are false and empty to the core. ” (m/s 29)
 Interaksi antara tamadun telah memberikan impak dalam sastera, dan salah satu daripadanya ialah sajak-sajak Tagore yang seringkali menceritakan tentang kekuasaan Tuhan. Ini adalah salah satu bukti yang menunjukkan bahawa Islam telah memberi pengaruh dalam cara penulisan Tagore. 

DISKUSI
 Oleh itu, dengan bukti-bukti yang telah dipamerkan, maka terbuktilah beberapa perkara, iaitu, faktor Geografi memainkan peranan dalam interaksi antara tamadun. Dengan kedudukan yang strategik, sesebuah tamadun itu dapat menjadi tempat tumpuan untuk berdagang. Selain daripada memperolehi manfaat dari segi pertukaran idea dan teknologi, tamadun juga dapat mengukuhkan kedudukan ekonominya. Kekukuhan ekonomi menunjukkan tahap kekuatan sesebuah tamadun itu. Tanpa ekonomi yang stabil, maka mudahlah anasir luar untuk datang dan menjatuhkannya. 
 Selain itu, kita juga dapat lihat bahawa daripada interaksi antara tamadun, tidak kira antara Tanah Arab dengan Tanah Melayu, Timur Tengah dengan Barat atau Timur Tengah dengan India, interaksi-interaksi ini akan memberikan impak dalam ilmu dan sastera. Kita dapat lihat bagaimana penyebaran agama Islam telah menyebabkan giatnya penulisan karya-karya yang berunusur Islamik seperti Hikayat Nabi Bercukur. Variasi dalam penulisan dan ilmu yang kita ada pada hari ini adalah hasil daripada interaksi antara tamadun-tamadun yang terdahulu. 
 Dengan itu, kita dapat lihat juga nilai-nilai seperti kegigihan tamadun dahulu dalam menimba ilmu dan juga nilai menghargai warisan nenek moyang. Kita seharusnya menjaga warisan ini agar tidak lenyap dan ditelan zaman supaya generasi depan dapat mempelajari nilai-nilai seperti ini daripadanya. 

Interaksi Antara Tamadun Dari Segi Keagamaan Dan Teknologi Sains

Keagamaan

A) Faktor Interaksi
Agama merupakan satu aspek penting dalam membina sebuah tamadun yang berjaya dan maju. Oleh itu, antara agama yang telah memainkan peranan penting dalam interaksi antara tamadun ini ialah agama Islam dan diikuti dengan beberapa agama lain. Seperti sedia maklum bahawa agama Islam merupakan satu agama yang lebih kepada mendidik manusia kearah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sebagai contoh nilai murni yang menjadi tonggak pembangunan agama Islam adalah toleransi, bekerjasama, amanah, tidak membeza-bezakan antara satu sama lain serta banyak lagi. Maka, sesiapa yang menjalankan kehidupan seharian selari dengan amalan yang diajar agama Islam, maka mereka akan lebih berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan dapat melahirkan ketinggian budaya. Seperti yang disebut oleh Syed Naquib Al-Attas dalam kitabnya, tamadun terbentuk apabila manusia telah mencapai tahap tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Berbeza dengan tokoh ilmuan lain, Syed Naquib Al-Attas menafsirkan maksud tamadun dari segi pandangan Islam. 

Kepentingan faktor agama dalam membangunkan sesebuah tamadun juga dapat dibuktikan dengan kata-kata Syed Qutb yang dapat disimpulkan seperti berikut : “Bila sahaja umat manusia itu benar-benar telah melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di bumi-Nya mengikut cara yang betul iaitu dengan menumpu dan memurnikan ubudiyah semata-mata kerana Allah dan dengan demikian membebaskan diri sepenuhnya daripada ubudiyah dan tunduk kepada yang lain daripada-Nya dengan cara menghayati syariat dan undang-undang Allah dalam segenap kehidupan dan menolak tegas sahnya (legalitinya) undang-undang dan system selain undang-undang Allah; di samping membina kehidupan di atas nilai-nilai moral yang ditentukan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dan melempar jauh nilai-nilai dan hukum-hukum bikinan para hamba Allah di samping membuat kajian dan mengambil manfaat daripada peraturan-peraturan alam yang telah ditugaskan oleh Allah sejak azali dan menggunakannya untuk memajukan kehidupan dan mengeluarkan hasil bumi, meneroka rezeki dan menikmati makanan yang telah dikurnia Allah. Memang perlu sekali alam itu diteroka dan diolah dengan menggunakan kepandaian dan keahlian yang telah dikurniaNya melalui berbagai bentuk ilmu yang berkenaan dengannya. Bila sahaja umat manusia menggali sumber rezeki dan meneroka bahan-bahan mentah, mendirikan kilang perusahaan, melaksanakan pembangunan ekonomi dan pemerintahan negara dengan menghayati undang-undang dan syariat Allah, apabila itu semuanya dilaksanakan di atas asas ‘LILLAAHI’ – kerana Allah, kerana menunaikan amanah Allah yang telah melantik umat manusia menjadi Khalifah-Nya di muka bumi ini – maka pada ketika itu umat manusia ber’tamadun’ sepenuhnya. Adapun ciptaan, kemajuan dan pembangunan benda sahaja, tanpa menjalankan tugas sebagai khalifah dan menjalankan ubudiyah kerana Allah sahaja tidak diiktiraf oleh Islam sebagai ‘tamadun’ sebab kemajuan dan pembangunan benda seperti itu boleh jadi diresapi oleh pengaruh jahiliyah” 

Selain daripada itu, Islam juga menekankan amalan bersikap terbuka. Bersikap terbuka disini bermaksud bersikap menerima golongan apa sahaja yang datang ke negara Islam tanpa perlu mendiskriminasi golongan pendatang tersebut tidak kiralah jika golongan tersebut beragama Islam mahupun sebaliknya. Sebagai contoh yang utama adalah seperti yang berlaku di Andalusia pada tahun 711 yang memakan masa sehingga 7 abad pemerintahan yang pada ketika itu diperintah oleh orang Islam atau orang Moor. Ketika itu, terdapat ramai diantara kalangan penduduk tetap disitu beragama Islam. Namun begitu, hak-hak orang yang bukan beragama tetap tidak diabaikan. Malah mereka dilayan dengan tangan serta hati terbuka. Mereka diberi peluang pekerjaan sebagai pedagang dan mereka bebas menjalankan perniagaan demi mencari sesuap nasi asalkan mereka tidak melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan syariat Islam seperti melakukan riba’, mencuri dan sebagainya. Mereka juga bebas mengamalkan agama mereka di negara tersebut selagi tidak mengganggu masyarakat Islam dan tempat beibadah mereka juga turut mendapat perlindungan daripada pemerintah pada waktu itu. Selain itu, mereka juga diberi peluang menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran namun bukanlah jawatan pemerintah. Hal ini seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk mengasah bakat terpendam yang ada dalam diri mereka. Maka, telah terbuktilah bahawa berlakunya interaksi antara tamadun di Andalusia. 

Selain itu, para ulama’ juga telah menunjukkan sikap dan akhlak yang mulia yang diajarkan Islam di Alam Melayu. Perkara ini telah memudahkan proses Islamisasi. Maka, wujudlah interaksi antara tamadun di Alam Melayu dengan tamadun luar. Mereka telah berjaya memberi tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar kepada penduduk Alam Melayu. Mereka juga telah membentuk pendidikan formal dengan mendirikan beberapa institusi yang dikenali dengan pelbagai nama seperti pondok, pensantren, madrasah dan dayah (Acheh). 

Selain daripada agama Islam, agama lain turut memainkan peranan dalam mewujudkan sesebuah tamadun. Hal ini demikian kerana agama merupakan tonggak kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni. Golongan ini wujud dalam setiap masyarakat tamadun Asia. Sebagai contoh, tamadun India. Tamadun India berteraskan kepada agama Hindu dan disandang oleh minoriti kasta Brahmin. Hal ini demikian kerana dalam agama Hindu, kasta Brahmin merupakan kasta yang tertinggi yang perlu mendapat kehormatan oleh kasta dibawahnya seperti ksyatria, vaisyu, sudra dan paria. Agama hindu walaupun bukanlah agama langit, tetapi mereka sangat mementingkan sikap memerangi hawa nafsu, memerangai kemarahan dan mencegah penyeksaan. Sikap-sikap yang dibawa ajaran Hindu ini sudah pasti dapat membantu membentuk sebuah tamadun yang aman. Agama Buddha yang didokong oleh sami mengajar bahawa pengikut-pengikut ajaran Buddha mestilah tidak membunuh, tidak mencuri, dan tidak meminum minuman keras. Manakala, agama Kristian yang dikuasai oleh paderi pula menetapkan nilai moral yang harus ada dalam setiap penganutnya. Sebagai contoh, setiap orang yang rendah hati, lembut hati, berlaku belas kepada orang lain akan menerim balasan yang baik, tidak boleh membunuh dan memarahi orang lain kerana mereka yang berperangai sebegitu akan dihukum mengikut batas-batas tertentu. Mereka juga diharamkan berzina. Kesemua agama yang ada menunjukkan usaha yang kuat dalam usaha untuk mewujudkan suasana tamadun yang harmoni dan memberi penekanan kepada sifat keinsanan. 

b) FAKTOR PENGHALANG INTERAKSI
Walaupun agama menjadi faktor interaksi antara tamadun-tamadun di dunia, namun agama juga turut menjadi faktor penghalang kepada proses interaksi ini untuk berlaku. Namun begitu, peratusan yang mengatakan bahawa agama merupakan penghalang kepada proses interaksi antara tamadun adalah tipis. Antara penyebab utama yang menjadikan agama sebagai penghalang interaksi antara tamadun adalah tiada sikap toleransi di kalangan kaum migran dengan kaum bukan migran. Apabila sikap toleransi antara kaum tidak dapat diwujudkan, maka proses interaksi sukar untuk dijalankan kerana mereka lebih kepada membuat haluan sendiri. Sikap bekerjasama dan bersatu padu juga tidak dapat diwujudkan. Tanpa sebarang usaha daripada kalangan kaum bukan migran mahupun kaum migran untuk menghapuskan dinding penghalang antara mereka, maka bukan sahaja interaksi tidak dapat dilaksanakan, malah tamadun yang dibina juga mudah untuk hancur dan tidak akan maju mengikut arus kemodenan. Selain itu, mereka yang berbeza teologi iaitu agama turut menjadi batu penghalang kepada proses interaksi antara tamadun. Masyarakat pada ketika itu memandang tinggi terhadap agama yang dianuti mereka dan mempercayai bahawa agama yang mereka anuti itu adalah yang paling betul dan tidak dapat menerima sebarang pendapat daripada agama lain. Hal ini seterusnya akan menggagalkan sebarang usaha interaksi. 


c) KESAN INTERAKSI

Dalam proses berlakunya interaksi antara tamadun, sudah pastilah memberikan impak dan kesan terhadap antara satu sama lain. Kesan positif yang berjaya diperoleh dalam proses interaksi antara tamadun dari segi agama boleh dilihat antara tamadun Islam dengan tamadun Yahudi dan Kristian. Dalam Perlembagaan Madinah, hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut agama lain diberi perlindungan. Mereka juga diberi kebebasan mengamalkan sebarang kepercayaan mengikut agama yang dipercayai dan dianuti tanpa sebarang gangguan daripada Rasullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan kaum muslimin ketika itu. Pada zaman empayar Umaiyah dan Abbasiyah, mereka (kaum bukan Islam) turut diberikan perlindungan, keamanan dan kemakmuran sepanjang penetapan mereka di negara Islam itu. Selain itu, ajaran Buddha yang telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun iaitu Shinto  juga merupakan kesan positif kepada proses interaksi antara tamadun. Interaksi yang baik antara masyarakat Muslim dan Buddhanisme di Asia Tenggara sebelum zaman colonial juga merupakan antara kesan positif yang dapat dilihat. Hal ini apabila masyarakat Buddha mendapat hak yang adil untuk mengamalkan agama mereka walaupun terdapat perbezaan dari segi kepercayaan beragama. Kewujudan kuil-kuil seperti Borobudur di Pulau Jawa yang majority penduduknya beragama Islam adalah bukti kepada kenyataan ini 

Kesan negatif dari segi agama dalam proses interaksi antara tamadun adalah apabila berlakunya pergaduhan antara masyarakat Yahudi dan Kristian sehingga terjadinya pembunuhan beramai-ramai yang telah merugikan tamadun tersebut. Tidak dilupakan juga perang salib yang berlaku antara masyarakat Kristian dengan masyarakat Islam. Hal ini berlaku apabila seruan maharaja Byzantine, Alexius I yang melancarkan perang agama mendapat perhatian masyarakat Kristian. Tujuan perang agama ini dilancarkan adalah untuk merampas kembali negara-negara yang telah jatuh ke tangan Islamyang dahulunya dikuasai oleh kerajaan Byzantine. Dinamakan Perang Salib kerana tentera Kristian yang keluar berperang pada hari itu memakai pakaian tentera bertanda salib. Pada asalnya, pihak Kristian berkeinginan untuk menguasai BaitulMaqdis dan mereka menjadikan alasan berperang sebagai jalan penyelesaian. Peperangan tersebut berlarutan sehingga hampir dua abad iaitu dari 1095 M sehingga 1291 M. 


Masyarakat Hindu juga telah memutuskan untuk membunuh masyarakat Islam dan memusnahkan masjid-masjid dengan diketuai oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Faktor utama pembunuhan ini adalah faktor teologi kerana didapati majoriti mereka mempertahankan anutan masing-masing. Hubungan tamadun India dan tamadun China juga menghadapi konflik apabila peringkat awal perkembangan agama Buddha di negara China mendapat tentangan hebat penganut Confucius. Para sami Buddha telah ditangkap, dipenjarakan dan kuil-kuil Buddha telah dimusnahkan. Hubungan tamadun Islam dan tamadun China juga bermasalah apabila Panglima Ziyad b. Salleh telah menyerang negara China sedangkan pada ketika itu telah wujud hubungan yang baik antara Empayar Abbasiyah dengan Dinasti Tang. 


TEKNOLOGI DALAM BIDANG SAINS

a) FAKTOR INTERAKSI
Sains juga memainkan peranan penting dalam proses penyebaran interaksi antara tamadun. Oleh sebab sains merupakan satu ilmu yang sangat penting dalam menbangunkan sesebuah tamadun, maka sains merupakan salah satu faktor utama interaksi antara tamadun. Disebabkan orang Islam merupakan manusia terawal yang mengkaji tentang sains, maka nama mereka seharusnya menjadi idola orang zaman sekarang. Namun begitu, kekuasaan ilmu ini telah dimonopoli golongan bukan Islam dan menjadi penyebab agama Islam dipandang rendah kini. Peringkat pertama perkembangan sains adalah tahap berlakunya proses penyerapan dan pemindahan ilmu-ilmu klasik terutamanya dalam bidang sains dan falsafah daripada bahasa Yunani, Syria, Parsi dan Sanskrit kepada bahasa Arab. Tahap kedua pula berlaku apabila mereka (orang Islam) mampu melahirkan idea-idea mereka sendiri. Antara sumbangan terbesar umat Islam dalam bidang sains adalah bidang astronomi. Muhammad Ibn Ibrhim al-Fazari merupakan antara tokoh Islam dalam bidang astronomi apabila beliau telah menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India yang bertajuk “Siddharta” ke bahasa Arab diikuti dengan buku “Zij”. 

Seterusnya, bidang matematik. Perkembangan bidang matematik ini adalah dorongan daripada bidang astronomi. Hal ini demikian kerana matematik dan astronomi sangatlah berkait rapat dan tanpa matematik, tidak dapatlah wujudnya bidang astronomi. Antara tokoh terkemuka pada waktu itu adalah Al-Khawarizmi, al-Kindi dan Ibn al-Saffar. Mereka telah banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadikan ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Antara perkara baru yang telah dicipta adalah memperkenalkan system angka, termasuklah sifar yang masih belum wujud pada waktu sebelumnya. Walaupun angka sifar itu kelihatan remeh dan tidak gah, namun ia memainkan peranan yang besar dalam dunia matematik kini. Tanpa angka sifar, tidak wujudlah nombor-nombor seperti 30, 40 dan seterusnya. Pada awalnya, system angka diperkenalkan oleh sarjana India yang bernama Sinhind. Sistem angka yang diperkenalkan adalah system angka India yang disebut sebagai “Hindi” dan berhitung disebut sebagai “Hindisah”. Al-Khawarizmi sangat terkenal dengan penciptaan system arithmatik yang masih digunakan sehingga kini. Antara karya beliau adalah “Kitab Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah”. 

Selain itu, bidang perubatan pula telah disumbang oleh Tamadun Islam kepada dunia Timur dan Barat. Pada zaman kemuncak perkembangannya, tamadun Islam telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh ilmu perubatan yang ramai. Di sebelah Timur, cabang ilmu pengetahuan yang paling awal dikaji adalah ilmu kedoktoran dan perubatan. Faktor yang mendorong mereka mengkaji ilmu berkaitan perubatan pada ketika adalah kerana telah mula tersebarnya pelbagai penyakit terutamanya penyakit mata yang kemungkinan disebabkan oleh iklim panas dan debuan gurun pasir yang berterbangan. Seterusnya, sikap prihatin pemerintah terhadap kesihatan rakyat. Akhir sekali adalah kerana profesion kedoktoran mendapat penghormatan dan bayaran yang tinggi sama seperti zaman sekarang. Dengan faktor-faktor tersebut, maka bertambah ramailah doktor-doktor yang berkaliber dan berwawasan mula dilahirkan. Antaranya adalah Yuhanna Ibn Musawih yang telah membuat kajian tentang anatomi manusia dengan membedah monyet. Pembedahan ini khas untuk tujuan anatomi khususnya anatomi mata. Tujuan pemilihan monyet sebagai tikus makmal adalah kerana pada ketika itu, pembedahan manusia masih belum dilakukan. Maka, monyet telah diambil kerana fizikalnya yang seakan-akan manusia. 

Bagi bidang kimia pula, umat Islam telah mendapat dorongan daripada kitab suci, Al-Quran yang menggesa umat Islam agar memikirkan tentang penciptaan alam dan mengkaji bagaimana langit dan bumi diciptakan untuk kepentingan manusia. Kemuncak kimia Islam dicapai apabila Jabir Ibn Hayyan telah menghasilkan banyak penulisan tentang ilmu kimia. Hasil tulisannya dikenali sebagai “Korpus Jabir”. Pada tahun 857 Masihi, al-Kindi telah membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam bukunya, beliau menerangkan tentang proses-proses pengeluaran pewangi tiruan. Dalam abad yang sama juga, Utarid Ibn Muhammad al-Hasib telah menerbitkan sebuah buku yang membicarakan tentang sifat-sifat logam iaitu kitab “Manafi’ al-Ahjar”. Sumbangan al-Razi dalam bidang kimia pula adalah bersifat kimia moden apabila beliau berjaya membuat pengelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau juga memberikan penerangan secara teliti berbanding Jabir tentang proses penyulingan, pengkalsinan, penurasan dan sebagainya. Ibn Wahsiyah juga turut menghasilkan karya yang bertajuk “Kitab al-Usul al-Kabir”. Jabir Ibn Aflah pula merupakan ahli kimia Islam yang ulung apabila beliau berjaya menemukan asid sulfuric, asid nitrik dan nitro muriatik. Beliau juga turut mencipta pelbagai proses kimia yang baru. 

Akhir sekali adalah bidang zoologi. Zoologi adalah pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang telah dikaji san dicatat oleh orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah lagi. Bidang ini tidak terlalu berkembang seperti bidang-bidang lain kerana pada zaman itu, kebanyakan binatang yang dikaji hanyalah lebih kepada kuda. Seperti yang diketahui, pada zaman tersebut, kuda merupakan haiwan yang terpenting bagi membawa barangan, berlumba, beriadhah dan sebagainya. Antara karya terawal dalam bidang ini adalah “Kitab al-Ibil”, “Kitab al-Khail” dan “Kitab al-Wuhusy”. Kitab-kitab ini telah dihasilkan oleh al-Asma’i yang berasal dari Basrah. Manakala “Kitab al-Hayawan” yang dihasilkan oleh Abu Uthman Amr Ibn Bahr al-Jahiz telah menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan antara haiwan untuk kehidupan dan adaptasi mereka kepada alam sekitar. 

b) KESAN INTERAKSI
Bagi bidang sains, kesan positif merupakan kesan yang paling menonjol sekali dan antara yang dapat dilihat adalah apabila bidang perubatan telah diambil alih sepenuhnya setelah berakhirnya jangka masa terjemahan yang berasaskan kepada sains Greek yang diperkukuhkan dengan sains Parsi dan India. Antara penemuan yang dapat dimanfaatkan sehingga kini adalah buku yang telah dikarang al-Razi berkenaan dengan On Small-Pox dan Measles (demam campak dan cacar air)telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin, bahasa Inggeris dan pelbagai lagi. Seterusnya, Faraj bin Salim telah menterjemahkan hasil karya al-Razi iaitu al-Hawi ke dalam bahasa Latin di bawah naungan Raja Charles II dari Anjou. Haly Abbas menurut sebutan Latin adalah salah seorang doktor peribadi yang telah menghasilkan sebuah encyclopedia yang berjudul The Whole Medical Art yang menghuraikan secara meluas, mendalam dan terperinci berkaitan dengan teori dan praktis di dalam ilmu perubatan. Encyclopedia ini juga turut diterjemah kepada beberapa bahasa Eropah ikutan betapa bergunanya buku ini kepada pakar perubatan. Ibnu Sina yang namanya begitu gah di seantero dunia telah menghasilkan kitab “al-Qanun fi al-Tibb” yang membincangkan secara meluas tentang penggunaan dadah dalam perubatan, jangkitan penyakit dan sebagainya. Abulcasis (juga dalam sebutan Latin) merupakan pakar ilmu perubatan di istana khalifah di Cordova. Beliau dikatakan telah menghasilkan buku “al-Tasrif” yang membicarakan tentang pembedahan yang jarang dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan Islam kemudiannya. 
Hasil penemuan pelbagai ilmu baru ini telah membawa nama Islam ke persada antarabangsa. Interaksi dengan tamadun lain juga berjaya dipraktikkan dengan berjaya apabila buku-buku yang dihasilkan mereka telah digunakan oleh bangsa lain dengan menterjemah buku-buku tersebut kepada pelbagai bahasa asing. Tanpa proses penterjemahan ini, penyebaran ilmu akan menjadi sukar untuk dilakukan akibat perbezaan bahasa. Maka dengan hal yang demikian, interaksi juga akan jarang berlaku. Interaksi yang berlaku ini juga sekaligus membantu umat Islam dalam usaha mereka untuk meneroka lagi ilmu dengan kerjasama dan bantuan dari negara luar. Penemuan-penemuan ini juga telah berjaya membantu mengubah cara hidup umat Islam yang dahulunya kosong tentang ilmu pengetahuan. Namun begitu, umat Islam tidaklah mampu berdiri di atas kaki sendiri kerana ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains merupakan satu bidang yang luas. Mereka turut memerlukan bantuan dan ilmu dari negara dan tamadun lain. Penemuan ilmu juga dapat memberi peluang kepada umat Islam untuk memajukan diri, negara dan bangsa selari dengan arus semasa. Sikap gigih mereka dalam mencari dan meneroka ilmu yang baru ini dapat menjadi contoh kepada masyarakat tamadun lain. 

PENUTUP

Berdasarkan kepada kenyataan yang telah dijelaskan, terdapat banyak faktor yang mendorong proses interaksi antara tamadun ini untuk berlaku dengan lebih pesat. Faktor agama memainkan peranan apabila kesemua agama yang wujud memperkenalkan moral dan etika yang dapat membantu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah tamadun. Faktor geografi pula memainkan peranan dalam aspek bentuk muka bumi dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun memudahkan perhubungan antara satu sama lain sekaligus mendorong interaksi untuk berlaku. Dengan adanya bentuk geografi yang baik, perdagangan akan lebih pesat membangun. Bagi faktor perdagangan pula, masyarakat akan berhijrah dari satu tamadun ke tamadun yang lain untuk mendapatkan barangan yang diperlukan berdasarkan hasil bumi sesebuah tamadun. Politik juga turut menyumbang memesatkan proses interaksi apabila pemimpin bersikap toleransi dengan mengamalkan sikap terbuka, menerima kedatangan pendatang ke negara mereka dengan aman. Pemimpin juga bertenggungjawab untuk memastikan keharmonian sesebuah tamadun dan dengan itu, mereka harus mengadakan hubungan diplomatik dengan tamadun luar bagi menjamin kesejahteraan negara dan rakyat. Ini membuktikan bahawa dengan politik, interaksi dengan tamadun luar akan turut berlaku. Selain itu, apabila kesemua tamadun menjalinkan proses interaksi yang baik, sudah tentu mereka akan terikut-ikut dengan budaya tamadun lain dan ini akan menjadikan hubungan sosial mereka lebih rapat. Akhir sekali, proses interaksi juga boleh berlaku dengan adanya pertukaran teknologi. Umum mengetahui bahawa teknologi merupakan antara aspek penting untuk memajukan sesebuah tamadun. Maka, tidak mustahillah akan berlakunya interaksi dalam proses pertukaran teknologi. Kesimpulannya, banyak faktor yang boleh diambil kira bagi menghasilkan proses interaksi yang baik. Namun begitu, tidak semua masyarakat berfikiran serupa dan ini akan menyebabkan beberapa kesan negatif dan positif untuk berlaku semasa proses tersebut berlaku. 


RUJUKAN

• Azam Hamzah (1990). Tamadun Islam: Konsep dan Pencapaiannya. Penerbitan HIZBI. 
• Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 
• Hidayatullah. com, "Piagam Madinah", Konstitusi Tertulis Pertama Di Dunia. 
• Mohamad Yusof b. Hasan, (2006). Tamadun Islam. iBook Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 
• Mohamad Yusof b. Hasan, (2006). Tamadun Islam. iBook Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 
• Mohd Liki Hamid (2002). Pengajian Tamadun Islam: Sejarah Pencapaian dan Masa Depannya. 
• Mohd Nasir Ayub (2015). Tamadun Dan Pemikiran Islam Kontemporari. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Kedah. 
• Mohd Nasir Ayub(2015). Tamadun Dan Pemikiran Islam Kontemporari. Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Kedah. 
• Mustafa Haji Daud, (1985), Pengantar Tamadun Islam, Media Indah Sdn Bhd, Petaling Jaya. 
• Prof. Ziauddin Ahmad, (2000). Influence of Islam on World Civilization. Rightway Publication, Delhi. 
Penerbitan Alambaca Sdn. Bhd. Melaka. 
• Sejarah Melaka, Wikipedia, https://ms. wikipedia. org/wiki/Sejarah_Melaka
• Zulkifli Haron (2010). Zulkifli Haron, Rawang
Bibliografi


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)