Hadis Sebagai Sumber Tamadun Islam

PENDAHULUAN
Ketamadunan dan peradaban adalah suatu sifat yang hanya terdapat pada manusia dan tidak terdapat pada makhluk bernyawa lain yang dicipta oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ketamadunan dan kehidupan manusia mempunyai talian kaitan yang jelas seperti yang telah diungkapkan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya al-Muqaddimah yang menjelaskan bahawa manusia merupakan makhluk yang bertamadun (madaniyyun bi tab’ihi) atau makhluk sosial yang saling berinteraksi sesama sendiri dalam pelbagai aspek untuk melengkapi keperluan hidup mereka. Hidup bertamadun adalah fitrahdan sifat semula jadi manusia, pemikiran al-Sirhindi seorang tokoh Islam tersohor India. Dari pandangan lain, tamadun boleh dikira sebagai sunnah insaniyyah yang muncul ekoran dari sifat kreativitidan inovasi manusia sendiri. Proses ketamadunan akan sentiasa berlansung jika manusia meneruskan perjalananuntuk hidup selesa, maju, demi mencukupi segala keperluannya. 

Dalam konteks ingin meningkatkan ketamadunan dan peradaban, terdapat pelbagai ciri untuk membenarkan hal itu berlaku. Tetapi, apa yang akan ditekankan oleh kami ialah, ‘Peranan Al-Hadis sebagai Pemangkin Ketamadunan dan Peradaban Islam’. 

Satu hadis tentang tinggalan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam agar kita tidak sesat Mafhumnya : Dari Katsir bin Abdullah dari ayahnya dari datuknya RA, ia berkata : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda : “Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu : Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya”. [HR. Ibnu Abdil Barr]

DAKWAH DAN TABLIGH
Antara faktor yang boleh meningkatkan ketamadunan adalah dengan menyampaikan dakwah. Dakwah merupakan sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengembangkan Islam. Tanpa dakwah yang efektif, Islam tidak akan berkembang maju sehinggalah ke zaman ini. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah berkorban segalanya demi melahirkan umat Islam yang berkeimanan tinggi dan bertamadun. Terdapat hadis-hadis yang menyatakan tentang kewajipan dalam berdakwah dan tabligh. 

Mafhumnya : Sayyidina Abu Sa’id Kudri R. A. berkata bahawa saya telah mendengar Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman (HR. Muslim, Tirmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah: Targhib)

Dalam hadis yang lain menyatakan, “…Sesiapa yang tidak mampu mengubah dengan lidahnya hendaklah dia mengubah dengan hatinya, dengan itu dia sudah terlepas daripada tanggungjawab tersebut dan itu adalah iman yang selemah-lemahnya. ” Mengubah dengan hati seperti yang dinyatakan mafhum hadis di atas bermaksud dengan membenci perkara buruk atau kemaksiatan tersebut jika tidak mampu mengubah dengan kuasa yang ada. Tetapi dalam hadis yang lain pula, hadis itu menerangkan bahawa “Sesiapa yang dapat mengubah dengan tangannya, dia adalah seorang mukmin dan sesiapa yang bersungguh-sungguh mengubah dengan lidahnya, dia adalah seorang mukmin dan sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dengan kalbunya, dia juga adalah seorang mukmin dan tiada darjah iman yang lebih lemah daripada itu”. Di sini kita dapat huraikan bahawa dengan apa cara sekali pun, kita perlu mengubah atau mencegah kemungkaran dengan sedaya upaya yang mampu walaupun dengan membenci kemungkaran tersebut. 

Segala-galanya perlu dicontohi dari Nabi Muhammad. Segala sunnah Baginda perlu diikuti dan dijadikan sebagai norma dalam kehidupan manusia ketika ini, termasuklah sunnah Baginda dalam menyampaikan agama Islam. Konsep tabligh atau menyampaikan ini adalah seperti membasuh kain, kita membasuh kain untuk membersihkan kain itu tapi secara tidak langsung tangan kita juga menjadi bersih. Begitu juga dengan berdakwah atau menyampaikan, kita menyampaikan perkara tentang Islam dan iman kita dengan izin-Nya akan meningkat. 

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah berputus asa walaupun dicaci-maki dan diseksa manusia, Baginda tetap menjalankan usaha dakwah demi menjamin umatnya dan kebajikan umatnya. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dikenali sebagai orang yang banyak berhijrah ke rumah orang untuk berdakwah dan mengeratkan silaturrahim. Jika tapak kaki Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam bercat, maka penuhlah satu Mekah itu dengan kesan tapak kakinya. Begitu gigihnya usaha dakwah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam sampai kita susah untuk membayangkan, ditambah lagi dengan ujian yang menimpa baginda saat menyampaikan ajaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah banyak memikirkan masalah umat walaupun di rumah, sehingga merah muka Baginda dibuatnya. Nabi Muhammad sangat menyayangi umatnya, sehingga wafat Baginda pun, masih Baginda ingat tentang umatnya. Kita pula bertanggungjawab menyambung legasi pendakwahan ini demi kebaikan semua. Kita perlu merasakan diri kita ini teruk kerana, mereka yang tidak solat, tidak puasa dan sebagainya adalah tidak seteruk kita yang hidup dalam suasana tarbiah. Oleh itu, kita hendaklah saling memperingati dalam hal-hal yang tersebut, bukan mengecam. 

Tetapi haruslah diingat bahawa, kita berdakwah bukanlah untuk membetulkan manusia yang lain atau mengajar mereka, niat sebenar kita adalah untuk memperingatkan diri kita sendiri tentang kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’aladan segala isi-isi yang dicipta-Nya. Dakwah adalah tanggungjawab kita selepas kewafatan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, haruslah diingat lagi bahawa warisan Nabi Muhammad ini adalah sangat penting untuk kebaikan umat dan ketamadunan. 

Ada suatu hadis yang membincangkan lagi tentang usaha dan kepentingan dakwah 
Mafhumnya : Daripada Nu'man bin Bashir r. a. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
"Perumpamaan orang yang mentaati hukum-hakam Allah Subhanahu Wa Ta’aladan orang yang melanggar adalah seperti satu kaum yang telah mencabut undi untuk menentukan tempat di dalam kapal. Sebahagian daripada mereka telah mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila orang di bawah memerlukan air, mereka terpaksa pergi ke atas. Lalu sebahagian mereka merancang: “Jika kita lubangkan bahagian kita ini, maka kita tidak perlu menyusahkan mereka yang di atas. ” Sekiranya orang yang di atas membiarkan (kejahilan) mereka, maka kesemua mereka akan karam. Sekiranya mereka memegang tangan-tangan (mencegah) orang di bawah, maka mereka semua (sama ada yang di atas mahu pun yang di bawah) akan selamat. "

Keterangan bagi hadis di atas, pada suatu kali ada sahabat bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Apakah mungkin kami akan musnah dan binasa sedangkan dalam kalangan kami masih ada yang soleh lagi bertaqwa?” Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Ya, apabila keburukan telah bermaharajalela. ”

Seperti yang kita ketahui zaman kala ini telah pun menunjukkan refleksi apa yang Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam nyatakan dulu. Pelbagai strategi baru telah diketengahkan sebagai cara untuk memperbaiki keadaan tersebut. Tetapi bagaimana pun, sama ada orang berpendidikan agama atau orang yang berpendidikan moden, tidak terlintas pun dalam fikiran mereka tentang masalah umat Islam dan cara untuk memperbetulkan status Islam. 

Tabligh juga mempunyai adab-adab yang tersendiri, kerja ini adalah satu ibadat dan kurniaan besar dari pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Oleh itu, perhatian yang baik haruslah diberi akan beberapa perkara berikut, 
1. Menanggung sendiri pembelanjaan sama ada makan minum, tambang, dan lain-lain sekiranya berkemampuan. Jika diberi rezeki yang lebih, bantulah rakan-rakan yang tidak mampu. 
2. Menghormati dan bersopan-santun bersama rakan-rakan. Kita jug hendaklah berasa bersyukur dan bertuah apabila dapat memberi khidmat bantuan serta semangat kepada rakan-rakan dan kepada yang menjalankan kerja yang suci ini. 
3. Perhubungan dengan orang Islam dengan penuh tawaduk dan rendah diri. Pastikan percakapan dengan mereka adalah secara lemah lembut dan memujuk. Jangan sesekali berfikir yang mereka itu hina dan jangan sesekali membenci mereka. Kemudian, janganlah cuai dalam menghormati dan memuliakan para ulama’. Sebagaimana kita wajib memuliakan Al-Quran dan hadis maka demikian jugalah penting bagi kita memuliakan, beradab, menghormati dan membesarkan para ulama’ yang mulia kerana mereka ini merupakan pewaris para Nabi. Mencaci dan menghina para ulama’ yang haq adalah seperti menghina agama yang akan membawa kepada kemuraan dan kemarahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
4. Hendaklah kita hiasi waktu lapang kita dengan membaca buku agama dan berdamping dengan ulama’ bagi mendapat ilmu dan mempelajari selok belok agama. Hal sedemikian dapat mengelakkan diri daripada berbohong, bergaduh dan perkara mazmumah yang lain. Perkara yang mazmumah haruslah ditinggalkan khususnya semasa bertabligh. Gantikan aktiviti-aktiviti negative tersebut dengan zikrullah, berfikir, belajar dan mengajar. 
5. Carilah pendapatan yang halal dengan pelbagai cara yang diharuskan dan selepas itu belanjakannya dengan jimat cermat dan tunaikanlah hah-hak ahli keluarga dan sanak saudara mengikt hokum syarak. 
6. Jangan pernah menyentuh perkara yang sensitif dan boleh mengakibatkan perbalahan dan masalah-masalah furu’. Tetapi, hendaklah kita dakwah manusia kepada asas tauhid dan sampaikanlah kepada mereka rukun-rukun Islam. 
7. Dekorasikan lagi segala perilakuan dan permadahan dengan niat yang ikhlas kerana dengan terbitnya sifat keikhlasan, amal yang sedikit pun akan mendatangkan keberkatan serta hasil yang baik. 

Adab-adab di atas hendaklah diikuti dan diamalkan agar usaha dakwah kita lebih produktif, sistematik dan efisyen. Niatkan dakwah hanya ingin membantu agama Islam dan supaya Allah islah hati kita. Dengan izin-Nya, hati kita akan terpelihara. Kelebihan tabligh ini ialah, Allah Subhanahu Wa Ta’alatelah memilih kita setelah membelek buku amalan kita sebanyak 70 kali. Allah pilih kita untuk bekerja di jalannya. Maka bersyukurlah kepada-Nya kerana kita tidak dimasukkan ke dalam golongan yang Allah Subhanahu Wa Ta’alakehendaki mereka untuk terus hidup dalam kesesatan dan tidak bertamadun. 

Sekali lagi diingatkan, dakwah ini adalah sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan kita yang mewarisi sunnah tersebut. Ia sudah menjadi tanggungjawab buat kita untuk menyampaikan dakwah dan sensitif terhadap keadaan umat Islam sejagat pada masa kini. Solat dan puasalah banyak mana pun, jika tidak ada niat untuk menyampaikan atau berdakwah, syurga itu tidak terjamin lagi. Ayuhlah umat Islam, bangkitlah ! Mari kita menyampaikan dakwah dengan ikhlas dan mengikut cara Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. 

AKHLAK
Akhlak memainkan peranan penting dalam meningkatkan nilai-nilai ketamadunan Islam. Tanpa akhlak yang baik, maka tidak akan muncullah tamadun yang maju dan stabil ekoran darikelahiran umat Islam yang tidak berakhlak. Terdapat hadis yang menyatakan tentang kepentingan akhlak yang baik demi menjana umat Muslim yang bermutu. 

Mafhumnya : Sesungguhnya orang yang baik keIslamannya adalah yang paling baik akhlaknya. (Musnad Ahmad : Sahih)

Akhlak ini bagaikan sesuatu yang ditunjukkan apabila minda di separa sedar terutamanya, kerana ia adalah refleksi bagi diri kita. Oleh itu, kita hendaklah menjaga akhlak dan membaiki akhlak masing-masing. Akhlak itu bukannya hanya berpandukan kepada aspek dalaman semata-mata, ia juga merangkumi aspek luaran juga seperti pakaian dan sebagainya kerana kita kena sentiasa mengingati bahawa kekemasan diri itu juga adalah sebahagian dari akhlak. 

Di samping itu, kita hendaklah mengikut cara Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam pelbagai aspek, contohnya akhlak. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah pesuruh Allah Subhanahu Wa Ta’aladan merupakan manusia yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’alasebagai seorang yang lengkap dan maksum. Hati Baginda telah dibersih dengan air zam-zam. Hati Baginda suci dan perilakunya wajar diikut. 
Salah satu cara untuk mengenali Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah dengan membaca hadis kerana, hadis ini adalah perkara yang bersandarkan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Di dalam hadis kita dapat mengenali Baginda dan menghayati kisah pahit getir Baginda pada waktu dakwahnya. Dengan membaca hadis, kita dapat mengenal pasti sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan tahu perihal akhlak Baginda yang cukup molek. 

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat menyayangi umat Baginda yang berakhlak, dan membenci perihal yang sebaliknya. Kita digalakkan mempunyai azam untuk mencontohi Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam walaupun bukan secara menyeluruh, tetapi sekurang-kurangnya ikutlah apa yang Rasulllah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah ajarkan kepada umatnya sendiri. 

Mafhumnya : Sesungguhnya yang aku paling cintai dari kalian dan tempatnya paling dekat dariku di hari kiamat adalah orang yang mulia akhlaknya, dan yang aku paling benci dari kalian dan yang paling jauh tempatnya dariku di hari kiamat adalah yang banyak cakap, angkuh dalam percakapan, dan sombong. (Sunan Tirmidzi : Sahih)

Di sini ada satu perkongsian cerita tentang Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam pergi ke Taif untuk berdakwah. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah pergi ke Taif dengan anggapan bahawa di sana ada kabilah Thaqif yang jumlahnya sangat besar dan sekiranya mereka memeluk Islam akan membawa hasil yang besar dalam Islam dan Taif menjadi pusat penyebaran Islam. Tetapi, hasil yang dipohon tidak kesampaian kerana, ajaran Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam bukan sahaja ditolak malah mereka telah melayan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan begitu kasar dan hina sekali. Hal ini sudah melanggar norma-norma orang Arab yang selalunya melayan tetamu dengan begitu lembut dan sopan sekali. Dari ketiga-tiga pembesar yang ditarbiah oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam tiada satu pun yang melayan dan menerima ajaran Islam dengan hati yang terbuka. Setelah Baginda selamat dari jekahan mereka, Baginda pun berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’alamengirimkan malaikat kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan malaikat itu menawarkan diri untuk melagakan bukit-bukau di kedua-dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa-apa sahaja hukuman yang Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam mahu tetapkan. 

Tetapi ketahuilah bahawa, pilihan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah untuk memaafkan mereka dan bersangka baik. Di sini kita dapat lihat, betapa tingginya akhlak Baginda. Baginda sendiri tidak mendoakan akan keburukan mereka malah bersangka baik dan teruskan lagi usaha dakwah tanpa putus asa. Jikalau kita ingin mencontohi Baginda, hendaklah kita membaca hadis tentang baginda. Dalam hadis, kita dapat belajar lebih lagi dan boleh menaikkan lagi sifat ke-Islaman. Secara tidak langsungnya, ketamadunan juga akan meningkat dan menjadi lebih produktif. 

Akhlak bukanlah perkara yang boleh dibuat main, soal akhlak ini adalah soal hati umat Islam. Jika tiada akhlak, tidak akan terlahirlah umat Islam yang berpengaruh dan bertamadun. Tidak kiralah siapa pun, semua bertanggungjawab dalam menjaga akhlak. 

Bacalah hadis-hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam agar dapat kita mengenali Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan akhlak Baginda, serta dapat beramal dengannya. Sekali gus, ia akan membawa kepada ketamadunan yang berakhlak. 

POLITIK
Politik dalam Islam dikenali sebagai siyasah. Di dalam buku para ulama-ulama dikenal sebagai siyasah syar’iyyah. Dalam kalimat Sasa Addawaba Yasusuha SiyasatanberertiQama ‘Alaiha Wa Radlaha iaitu mengerusi, melatihnya dan mendidiknya. Ini merupakan serba sedikit maksud ringkas politik Islam adalah pengurusun kea as seluruh umat Islam. 
Rasulullah pernah menggunakan perkataan siyasah; "Adalah Bani Israil, mereka diurusi siyasah urusannya oleh para nabi. Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah. " Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda bahawa politik adalah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat; "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani) 

Kepentingan politik dalam Islam adalah menegakkan agama dan merealisasikan perhambaan terhadap Allah Yang Esa. Politik di dalam negara tersebut mesti berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Rasullulah sallallahu ‘alaihi wa sallam turut menekankan kepada setiap umat Islam sekiranya ingin mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat mesti berpegang kepada dua iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Dengan itu, kita boleh kaitkan dengan politik dalam pegangan dalam politik tersebut. Seterusnya, menegakkan keadilan dengan seluas-luasnya seperti kemasyarakatan, kehakiman, pentadbiran dan pengurusan politik. Dengan itu juga, ini boleh juga termasuk dalam kebajikan rakyat, perlindungan dan kebebasan rakyat dalam negara tersebut. Menegakkan keadilan itu bertujuan bagi rakyat hidup dalam penuh keadilan dan kebaikan. Melindungi daripada orang ramai daripada kezaliman serta menegakkan keadilan di atas muka bumi daripada segi kemasyarakatan. Tambahan pula, merpebaiki keadaan manusia di atas muka bumi ini. Hukum Islam bukan sahaja berskopkan dengan Hudud ataupun terhadap penyatuan umat Islam sahaja tetapi ia bertanggungjawab terhadap seluruh manusia dari segi ekonominya, kemasyarakatan, kebudayaan dan pendidikan. 

Dalam setiap tamadun perkara yang penting bagi menentukan jangka hayat dengan sistem politik mereka gunakan. Kestabilan politik dalam sesebuah tamadun tersebut boleh dititikberatkan bagi penjaminan terhadap keutuhan terhadap sesuatu tamadun tersebut. Bagi sesebuah tamadun yang berada dalam tidak stabil pasti mengalami kepincangan dalam negara dan masyarakat. Seterusnya boleh mengalami hancurnya sesebuah tamadun tersebut. Dua tamadun yang boleh diambil sebagai contoh dalam keutuhan dan kejatuhan politiknya. Dua tamadun yang tersebut adalah:

Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal. Tamadun ini berkembang pada 3500 S. M. Kedudukan tamadun Mesopotamia. 

Tamadun Mesopotamia adalah salah satu diantara sebuah tamadun yang hebat kerana mempunyai sistem politik yang tersusun dan sistematik. Pemerintahan beraja dan dasar perleluasaan kuasa itu diamalkan oleh tamadun Mesopotamia. Antara kemajuan yang agak besar dalam tamadun ini ialah Kanun Undang-Undang Hammurabi (1750-1792 S. M). Kanun ini derkenalkan oleh Hammurabi merupakan Raja Babylonia. Dalam kanun tersebut memperkenalkan undang-undang yang berkaitan kekeluargaan, perjagaan anak dan sebagainya. Setiap kehidupan mereka berlandaskan terhadap kanun tersebut ang mengandungi 250 artikel dalam setiap 46 bahagian. Sebagai contoh, sekiranya seseorang menuduh seseorang itu melakukan pembunuhan dengan tidak mempunyai bukti yang kukuh dan munasabah, maka si penuduh terebut akan dikenakan hukuman bunuh. Ini menunjukan bahawa tamadun tersebut telah berada dalam sesuatu peradaban yang tinggi dan sesuatu kehidupan yang sistematik. 

Kejatuhan Tamadun Mesopotamia disebabkan beberapa sebab dan munasababnya. Faktor utamanya ialah sering berlaku peperangan di antara negara kota untuk mendapatkan bekalan air di Sungai Tigris. Faktor seterusnya, kerajaan Mesopotamia yang tidak bersatu padu dalam kerajaannya menyebabkan Parsi telah menakluki kerajaan tersebut di zaman Chaldea. 

TAMADUN MELAYU DI MELAKA
Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400 Masihi. Parameswara merupakan orang yang berasal daripada Palembang. Parameswara telah melarikan dari daripada Palembang disebabkan daripada gagal membebaskan Palembang daripada Majapahit. Parameswara telah menubuhkan kerajaan di perkampungan nelayan di Kuala sungai Bertam. Kerajaan yang ditubuhkan dikenali sebagai Kerajaan Melaka. Kedudukan Kerajaan Melaka:

Perkembangan Tamadun Melayu di Melaka juga menunjukkan kemajuan yang agak baik. Daripada permulaan mereka menangkap ikan dan pertanian akhirnya Melaka telah Berjaya menubuhkan sebuah kerajan. Tamadun Melayu Melaka begitu hebat sehingga menggubalkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang digunakan dalam pentadbiran Tamadun Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal. Di dalam fasal tersebut menyentuh dari segi bidang kuasa raja dan pembesar. Pantang larang dalam kalangan masyarakat juga disentuh dan kesalahan jenayah awam. Tamadun Melayu merupakan pusat perdagangan. Di situlah, agama Islam dapat disebarkan dalam Tamadun Melayu Melaka. Kerajaannya telah mempunyai naungan yang agak besar. 

Kejatuhan kerajaan Melayu Melaka disebabkan kerajaan Melayu yang semakin lama menjadi semakin merosot. Dengan kemorosotan yang dihadapi kerajaan Melaka telah menarik kuasa Barat iaitu portugis untuk menakluki Melaka. Akhirnya kerajaan Melayu jatuh ke tangan Portugis pada 1511 Masihi. 

Dengan itu, kerajaan Malaysia boleh mengambil iktibar daripada apa yang berlaku oleh tamadun-tamadun terdahulu. Kerajaan Malaysia haruslah menerapkan sistem politik Islam dalam pemerintahan negara. Sebagai contoh yang paling mudah, kerajaan Malaysia tidak melakukan hukum hudud. Setiap masyarakat yang menolak hukum Allah Subhanahu Wa Ta’alaakan ditimpakan bala dan bencana. Oleh itu, kerajaan Malaysia haruslah menaikkan agama Islam di persada dunia bagi menaikkan nama Islam seperti zaman Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menakluki Konstantinopel di bawah pemerintahan Kristian. Malaysia merupakan majoriti penduduknya Islam. Tetapi cara pemerintahan Malaysia merupakan secara secara sekular iaitu kuasa Barat. Pemimpin yang akan datang boleh menolakkan pemerintahan serkuler dan dilakukan pemerintahan sistem Khalifah. Kerajaan Malaysia boleh melangkau ke arah menjatuhkan pemerintahan Barat yang menindas orang Islam di pelusuk dunia. Mereka menganggap bahawa orang Islam itu sebagai pengganas iaitu “terrorist”. Sebagai contoh yang boleh kita lihat di media massa iaitu penduduk Palestin telah ditindas oleh Zionis iaitu yahudi. Masyarakat Malaysia haruslah mempunyai kesedaran dalam kepentingan kita hidup di muka bumi ini iaitu menjadi khalifah. Kita perlulah memelihara setiap apa yang ada di muka bumi ini dan menjadikan dunia ini damai dan tenteram. 

Dengan itu, takkan kita hanya berdiam diri sahaja? Setiap individu perlu menanamkan azam bagi menaikkan agama Islam seperti zaman kegemilangan Islam. Kita boleh menciptakan satu tamadun yang baru bagi menggantikan zaman sekarang yang Islam ditindas. Bagi mendapatkan negara yang baik mestilah dimulakan dengan pemimpin yang baik, diikuti dengan pemerintahan yang baik dan rakyat yang baik. Ini boleh diikuti dengan pemerintaan yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang ingin menakluki Konstantinopel. Beliau mengikuti setiap apa yang disabdakan oleh Rasullulah dalam hadis tersebut. Beliau sanggup pergi ke kehidupan rakyat-rakyatnya untuk melihat setiap tingkah laku mereka dan mendengar respon rakyatnya terhadap kepimpinan beliau. Dengan setiap usaha yang dilakuka olehnya, akhirnya kota Konstantinopel dapat ditawan. 

Pemimpin Malaysia pada zaman sekarang, tidak menghiraukan rintihan rakyatnya. Mereka yang memimpin seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Mereka cuma menggunakan kekuasaan pemerintah tanpa menghiraukan amanah mereka dalam memimpin. Sifat mereka sungguh berlainan dengan pemimpin di zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, mereka telah berjaya menakluki Jerusalem iaitu di Palestin. Semasa berlaku penyerahan kunci kepada pihak Islam. Orang Kristian ingin berjumpa dengan pemimpin mereka. Umat Islam memberitahu kepada Khalifah Umar al-Khattab untuk hadir ke sana. Dengan itu, beliau datang ke sana dengan menaiki keldai dan ditemani hambanya. Semasa dalam perjalanan ke sana, mereka saling menukar seorang akan berada di atas keldai manakala seorang lagi menarik tali keldai tersebut. Kebetulan, semasa mereka sampai di sana, Umar Al-Khattab menarik tali keldai tersebut. Umat Islam yang berada di situ berjumpa dengan beliau dan membawa mereka bertemu dengan si pemegang kunci tersebut. Dan mereka merasa hairan, mereka mengenali Umar Al-Khattab dengan 20 kesan tampal di baju. Akhirnya mereka mengira dan betul mempunyai 20 tampalan di baju. Dengan itu, kita boleh melihat bagaimana perbandingan di antara pemimpin zaman sekarang dengan di zaman khulafa Ar-Rashidin. 

Kesimpulan yang boleh diringkaskan ialah kita boleh jadikan pengajaran dan ambil iktibar daripada sejarah yang berlaku ke atas tamadun yang runtuh disebabkan faktor-faktor yang parah tersebut. Apa kebaikan daripada kenaikan tamadun tersebut, kita boleh jadikan teladan ke diri sendiri bagi mempertingkatkan ke arah yang lebih baik. Jikalau berkesempatan, setiap apa yang politik yang baik dan mantap boleh dijadikan ikutan seperti mempraktikan sekiranya menjadi ahli kuasa tertinggi di dalam sekolah, universiti ataupun di institusi pekerjaan kelak. Jadikan setiap diri individu menjadi lebih baik dari semalam bagi menghasilkan individu yang cemerlang dari segi akhlak dan pemikirannya. Dengan itu, generasi akan datang menghasilkan ketamadunan yang lebih baik daripada pemimpinnya sehingga ke rakyatnya. Dengan itu, hasrat bagi menaikkan nama Islam di persada dunia menjadi lebih mantap. Islam akan menjadi di antara yang terkuat. Dengan itu, Islam tidak akan ditindas lagi dan muncul sejarah yang bakal tercipta kebangkitan tamadun Islam di muka bumi Allah yang penuh Barrakah. 

EKONOMI
Ekonomi adalah kegiatan yang memenuhi kegiatan usaha-usaha dalam kehidupan manusia. Dalam pengertian Islam pula ialah dasar kegiatan ekonomi yang dapat dikaji berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Ekonomi Islam juga boleh dikatakan majoriti dalam ekonomi di negara Islam seperti Malaysia, Brunei dan selainnya. Kedua-duannya juga tidak boleh diasingkan dalam kehidupan kerana terhubung kepada jalin dengan sistem sosial Islam. 

Hadis yang menunjukkan antara ekonomi yang dilarang dalam Islam; “Satu dirham wang riba yang dimakan seseorang sedangkan orang tersebut mengetahuinya, dosa perbuatan tersebut lebih berat daripada dosa enam puluh kali zina” (HR. Ahmad) Dari Abu Hurairah R. A dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Janganlah dua orang yang jual beli berpisah, sebelum saling meredhai” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) 

Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan tidak mengharamkan bermuzara’ah bahkan baginda menyuruhnya, supaya yang sebahagian menyayangi sebahagian yang lain, dengan katanya, barangsiapa yang memiliki tanah, hendaklah ditanaminya atau diberi faedahnya kepada saudaranya jika ia tidak mahu maka boleh ditahan saja tanah itu. 

Diantara asas-asas dalam ekonomi Islam ialah Allah pemilik segala sesuatu iaitu Allah memberi kepada hamba-hambanya kelebihan dan kekurangan kerana dia adalah pemilik sebenar segala sesuatu. Seterusnya, kekayaan yang berada di dunia adalah menjadikan pembekal untuk ke akhirat bagi mendapatkan kebaikan dan kesejahteraan di akhirat. Kemudiannya, bahagian di dunia tidak boleh diabaikan dalam mendapatkan akhirat kerana umat Islam perlu bekerja keras di dunia bagi mendapat tempat orang yang beriman di akhirat. Tambahan pula, umat Islam perlu berlaku adil kepada semua hamba-hamba Allah. Sekiranya manusia kita tidak perlu menilaikan dari segi agama dan bangsa. Kita perlu menghulurkan bantuan terhadap orang yag memerlukan dari setiap segi seperti kewangan dan pertolongan. Selain itu, tidak boleh melakukan sebarang kerosakan di muka bumi ini. Umat Islam tidak perlu mencari rezeki dengan kekerosakan di dunia ini seperti melakukan pembalakan haram. Kita jangan memerlukan penipuan dalam perniagaan. 

Prisip-prinsip utama dalam ekonomi dalam Islam ialah Islam memperakui pemilikan hak perseorangan dan menempatkan hak ini yang paling sesuai dengan manusia. Malah Islam menetapkan bahawa harta dan milik peribadi. Perakuan Islam terhadap hak milik peribadi tidaklah bereti bahawa hak peribadi ini menunjukkan Islam bebas dalam melakukan pelbagai kegiatan yang tak elok. Syariat Islam menetapkan peraturan-peraturan yang kukuh dan berkesan untuk meletakkan perakuan hak milik peribadi atas jalan yang diiring dengan fitrahbaik dan bukan pula mengikut hawa nafsu. Seterusnya, kebebasan mencari sumber pendapatan kerana Islam tidak menghalang setiap hambanya dalam mencari rezeki melainkan melanggar syariat dalam Islam. Dengan kepelbagaian dalam sektor pekerjaan ini menunjukkan variasi dalam negara tersebut dalam kepelbagaian sektor yang membantu menaikkan ekonomi negara. Tambahan pula, keadilan sosial dalam kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada prinisip dalam Islam iaitu syumul. Oleh itu salah satu asas utama sistem ekonomi Islam juga untuk menegakkan keadilan. Keadilan sosial yang hendak ditegakkan oleh sistem Islam mesti berlandaskan syariah Islam. Ini kerana dalam Islam mempunyai asasnya yang tersendiri, iaitu di atas dasar taqwa. 

Dalam setiap kegiatan ekonomi kita boleh mengambil contoh daripada tamadun-tamadun yang terdahulu. Terdapat pelbagai sumber-sumber yang mereka boleh memperolehi dalam tamadun mereka. Salah satunya sistem ekonomi yang berjaya daripada kejayaan mereka iaitu memperoleh hasil-hasil di tanah yang penuh barakkah. Kita boleh membuat spekulasi dalam kejayaan tamadun-tamadun ini. Tamadun yang boleh kita tengok ialah ekonomi tamadun Mesopotamia dan tamadun Melaka. 

Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesopotamia berada di kawasan sungai Tigris dan Euphrates. Tamadun tersebut mempunyai kawasan lembah yang subur bagi ekonomi pertanian. Dengan tempatnya yang strategik membolehkan para pedagang untuk membuatkan kegiatan ekonomi di situ. Tambahan dengan kemajuan kemudahan perhubungan dan pengakutan membolehkan setiap pedagang membuat kegiatan sektor ekonomi dari dalam dan luar negeri. Mereka juga menjalankan aktiviti perternakan yang agak maju seperti kambing. Dengan kelebihan mendapatkan bekalan air, ini memberikan mereka keistimewaan dalam sektor perternakan. Hasil daripada perternakan mereka mendapat mempromosi hasil mereka di pelabuhan yang menjadi perantaraan dengan para pedagang. Daripada lembah sungai tersebut, mereka mendapat mempertingkatkan ekonomi tamadun Mesopotamia menjadi lebih baik. Petempatan mereka di lembah tersebut akhirnya menjadikan negara kota yang disertai dengan aktiviti politik dan sosial yang menjadikan kehidupan mereka semakin kompleks. 

Tamadun Melayu Melaka
Tamadun melayu Melaka juga salah satu tamadun yang agak berjaya daripada segi ekonomi. Mereka juga terletak di selat Melaka, merupakan tempat laluan dagang. Tempat tersebut menjadi pelabuhan interpot yang berjaya. Selat Melaka juga merupakan tempat yang berlindung daripada laluan angin. Sekiranya para pedagang ingin merehatkan diri dan berlindung daripada angin tersebut. Mereka menempatkan diri mereka di Tanah Melayu Melaka. Daripada situ, pihak melayu Melaka mendapat mempertingkatkan ekonomi mereka. Di sini kita boleh melihat bahawa selat Melaka merupakan tempat yang strategik dalam segi pelabuhan. Pelabuhan Melaka juga mengadakan tempat bagi pembaikan pulih bagi kapal laut yang mempunyai kerosakan semasa mereka belayar dalam perjalanan yang jauh. Ini juga menarik minat para pedagang untuk menghinggap di sini. Selain itu, pedagang Cina dan India juga mebuatkan pelabuhan Melaka tempat bagi barang mereka seperti kain sutera dan rempah ratus di situ. Di situ menunjukkan para pedagang daripada sana sering kali datang ke pelabuhan Melaka. Dengankan merek mempunyai Bahasa perantaraan iaitu lingua francissa. Para pedagang lagi mudah berhubung di antara mereka menggunakan Bahasa melayu. Dengan itu, ini menarik perhatian mereka singgah di pelabuhan ini. Pihak pelabuhan Selat Melaka juga menetapkan setiap pedagang menggunakan Bahasa perantaraan tersebut. Dengan bantuan orang yang berada di hutan telah mengambil sumber-sumber daripada hutan seperti kayu, herba dan lain-lain. Dengan itu, ekonomi di tempat pelabuhan tersebut menjadi lebih rancak dan boleh menarik ramai pedagang untuk ke pelabuhan. Dengan tenaga kerja “orang laut” lagi mempermudahkan pedagang untuk belayar di situ. “Orang laut” tersebut membantu para pedagang dalam tenaga-tenaga bagi perpindahan barang-barang. 

Dengan itu setiap kejayaan yang diperoleh ekonomi tersebut. Pasti ada yang ingin mengambil kesempatan dengan merampas keistimewaan yang dimilik. Dengan ini boleh dilihatkan daripada pihak Melayu Melaka mendapati tentangan daripada kuasa-kuasa besar Barat. Mereka juga mempunyai pelbagai kemajuan daripada zaman Kegelapan mereka. Dengan itu mereka mencari negara negara yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Pihak Bugis telah mengambil Tanah Melayu sebagai sasaran mereka. Mereka ingin mendapatkan rempah ratus yang berada di pelabuhan tersebut. Orang barat ketika itu ingin menggunakan rempah ratus tersebut bagi kegunaan memanaskan badan mereka. Seterusnya, mereka ingin mengutip kekayaan daripada tanah Melayu seperti timah, besi dan kayu balak. Di barat, mereka mempunyai peningkatan dalam sektor perindustrian dalam membuat besi seperti kenderaan dan tin makanan. Pada zaman tersebut, mereka mempunyai kemajuaan dalam perkapalan mereka iaitu menggunakan wap air. Sebelum itu, mereka menggunakan angin bagi melakukan perlayaran. Dengan kapal wap yang mereka ada, perjalanan mereka ke Tanah Melayu menjadi lebih cepat. Dengan mereka memperoleh laluan yang cepat bagi ke Tanah Melayu melalui Laluan Mediterian yang melalui Arab. Pemerintah Barat telah memberi tegasan kepada rakyat mereka bagi tentang slogan “Glory, Gold and Gospel”. Pemerintah Barat menekankan bahawa mereka perlu menaikkan nama Barat di seluruh dunia. Ini menunjukkan untuk “Glory”. Selepas itu, “Gold” menerangkan bahawa pihak Barat perlu mencari dan mendapatkan hasil-hasil bagi menaikkan ekonomi mereka. “Gospel” pula menunjukkan bahawa pihak Barat perlu menyebarkan agama Kristian di persada dunia. 

Pihak Barat mereka telah menjadi begitu disebakan kebangkitan daripada zaman gelap mereka. Mereka menjadi lebih bermotivasi dengan menaikkan zaman gelap. Bagi umat Islam, zaman gelap tersebut adalah zaman kegemilangan umat Islam. Di situ kita dapat melihat kejayaan orang Islam seperti Salahuddin Al-Ayubbi telah mengambil Jerusalem daripada cengkaman orang Kristian. Orang Islam telah mendapat pelbagai inovasi dalam perciptaan alat-alat yang baru, mebuat ilmu kedoktoran dan astronomi. Umat Islam ketika itu mempunyai kekuatan yang begitu kuat dari segi ilmunya dan peperangannya. Dengan kejayaan umat Islam, pihak Barat telah bangkit sehingga menggulingkan kuasa-kuasa besar Islam. Dengan itu, mereka telah ambil kesempatan daripada kelemahan orang Islam. Pihak Barat telah bangkit sehingga menakluk tamadun Melayu Melaka. 

Semasa pihak Barat datang ke pelabuhan tersebut, mereka mendapati terdapat pelbagai keistimewaan di situ. Dengan itu, pihak Barat cuba mengucar-kacirkan pentadbiran dalam pemerintahan Melayu Melaka. Mereka berjaya menghasut pembesar-pembesar yang tamak haloba dengan kemewahan dan janji palsu. Dengan itu, pembesar-pembesar tersebut menjadi tali barut setiap dalam pemerintahan tersebut. Dengan itu, pihak Barat telah menyerang Melaka dan berjaya menakluk Melaka. Dengan itu, pemerintahan Barat dimulakan di Taah Melayu. Pihak Melayu Melaka ditindas atas setiap perbuatan mereka. Disebabkan daripada pemerintahan Barat itu, cara pemerintahan tersebut telah kekal hingga sekarang. 

Harapan yang boleh disampaikan mengharapkan negara kita dapat menggunakan ekonomi dalam Islam ini lebih diperluaskan dalam negara kita. Sebagai contoh, memperbanyakkan bank yang tidak menggunakanriba’. Tambahan daripada itu, ajaran dalam Islam tidak membenarkan sistem cukai digunakan dalam ekonomi tetapi kita boleh lihat daripada sistem negara Malaysia mendapat hasil pendapatan lebih daripada 60% menggunakan sistem cukai. Sekiranya Malaysia menggunakan sistem ekonomi Islam adakah itu lebih baik? Dengan itu pemipin yang akan datang dapat mebuat transformasi yang lebih baik kepada pemeritahan dan sistem ekonomi. 

Pihak kerajaan boleh memberi kepada setiap umat Islam dalam Malaysia dalam setiap sektor pekerjaan yang baik. Ini membolehkan Umat Islam menjadi lebih sifat kterbukaan minda dan menghasilkan umat Islam yang cemerlang dan terbilang. Dengan itu, galakkan umat Islam membuat perniagaan dalam sektor ekonomi kerana Rasulullah pernah menyatakan bahawa 2/3 daripada rezeki adalah daripada perniagaan. Kita boleh melihat sejarah awal Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda telah melibatkan dirinya dalam perniagaan sehingga baginda bertemu denan Khadijah. Baginda berniaga sehingga ke Syams. Di situ kita boleh mengambil ikutan daripada Sirah tersebut. Betapa pentingnya berniaga dalam sektor ekonomi

Di Malaysia, kita boleh melihat daripada ekonomi kita dikuasai oleh orang bukan Islam iaitu Cina. Mereka telah mengawal ekonomi Malaysia sehingga mereka berkuasa terhadap setiap ekonomi yang ada. Paling mudah kita dapat lihat, orang Cina telah menguasai pembekal-pembekal bahan bagi membuat pembagunan. Oleh itu, sekiranya mereka menaikkan harga bahan-bahan, bagaimana kos-kos bagi membuat bangunannya. Di situ kita boleh melihat apa yang berlaku pada zaman sekarang. 

Disebabkan daripada kos-kos yang kehidupan yang mahal. Rakyat Malaysia mendapat penyeksaan bagi menyara ekonomi keluarga. Dengan itu, sesetengah pihak mengambil kesempatan daripada kesusahan rakyat dengan mementingkan diri mereka. Sekiranya rakyat tidak berpuas hati terhadap kepimpinan negara, adakah rakyat itu salah? Perlukah mereka dipersalahkan atas tidak kepuasan hati terhadap ancaman ekonomi yang mereka peroleh disebabkan pemimpin. 

Oleh itu, betapa pentingnya umat Islam mempunyai akal yang bijak dan cemerlang dalam kehidupan. Di sini bermula lah generasi muda bagi mengubah sistem pemerintahan Malaysia bagi memberi kesenangan terhadap semua rakyat Malaysia. Penting bagi ekonomi yang stabil bagi mempunyai negara yang aman dan harmoni. 

SOSIAL
Kemajuan tamadun dapat dipacu dengan adanya hadis sebagai rujukan bagi keseluruhan tamadun untuk menjadi iktibar, untuk diamalkan dan untuk disebarkan. Implikasi dari penghayatan dan pengamalan dapat jugadilihat dari segi sosial. Islam tidak mengira dari mana kamu datang, bangsa apakah kamu dan warna kulit kamu seperti dalam satu hadis Dari Abu Zar r. anhu meriwayatkan bahawa baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya : Lihatlah! sesungguhnya kamu bukanlah dari orang yang terbaik disebabkan kamu berkulit putih atau hitam tetapi kamu akan menjadi terbaik disebabkan takwa kepada Allah (HR Musnad Ahmad). Antara yang dibawa oleh hadis dari segi sosial ialah kedudukan dan hak wanita. Pada zaman jahiliah kedudukan wanita adalah yang paling bawah sekali sehinggakan wanita dirasakan tiada nilai dan harga diri lagi. Apabila seseorang lelaki mendapat anak perempuan tentulah lelaki itu sungguh takut kerana malu dengan kaumnya. Betapa teruknya pada masa itu bayi-bayi perempuan yang baru lahir akan ditanam hidup-hidup. Perempuan dilihat hanya sebagai pemuas hawa nafsu. Selepas kedatangan Islam, darjat dan kedudukan wanita diangkat daripada yang berada terbawah dalam kelompok masyarakat ke atas dan wanita dimuliakan kembAli. Wanita juga memainkan peranan dalam penyebaran Islam. Contohnya peristiwa penyertaan Hazrat Ummu Ziad r. anha bersama beberapa orang wanita dalam peperangan Khaibar. Sememangnya menjadi kegemaran kaum lelaki pada zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengambil bahagian dalam jihad. Kisah-kisah mereka telah diriwayatkan dengan begitu banyak. Wanita-wanita juga tidak ketinggalan dalam berjihad dan apabila ada sahaja peluang mereka akan turut hadir. Hazrat ummu ziad r. anha berkata, “kami enam orang wanita telah pergi untuk mengambil bahagian dalam jihad semasa peperangan khaibar. Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat berita tentang kehadiran kami, baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam telah memanggil kami. Wajah baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam didapati dalam keadaan marah. Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “dengan keizinan siapakah kamu dating ke mari dan dengan siapa kamu dating ke mari? ” Kami berkata, “wahai Rasulullah, kami pandai menenun dan kebolehan ini ialah satu keperluan jihad. Kami juga ada bekalan ubat-ubatan untuk luka-luka. Jika tidak pun kami akan membantu mujahidin dengan membekalkan anak-anak panah. Kami dapat merawat orang-orang sakit serta dapat dapat menyediakan sagun (tepung gandum atau barli yang digoreng) dan makanan serta minuman yang lain kepada mereka. “lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam membenarkan kami untuk terus berada di situ” [Abu daud]. Seterusnya dalam aspek sosial juga ditekankantentang perkahwinan. Perkahwinan ialah ikatan yang suci yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Dalam beberapa hadis ada disebutkan tentang anjuran untuk menikah bagi orang yang sudah berkeinginan serta memiliki nafkahnya dan anjuran bagi yang belum mampu untuk berpuasa. Diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud r. anha dari Alqamah ia berkata:aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kahwinkan dengan seorang yang masih belia?Abdullah menjawab:kalau kamu telah mengatakan seperti itu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa diantara kamu Sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangaannya. Dalam aspek yang sama tetapi lebih kepada poligami dan penceraian, Islam melalui hadis dan Al-Quran juga ada menetapkan tentang syarat-syaratnya. Poligami bererti seorang lelaki yang bernikah lebih dari satu dengan perempuan yang bukan mahram baginya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga berpoligami dengan beberapa orang wanita (mengikut apa yang dibahaskan ulama-ulama ialah 11 orang wanita) antaranya saidatina aisyah, ummu salamah dan zainab. Musuh-musuh Islam sering memandang serong terhadap poligami sehinggakan ada pada satu masa para orientalis barat mengatakan yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam hanya memikirkan tentang seks semata-mata. Hal ini amat bercanggah dengan kenyataan yang sebenarnya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berkahwin dengan kebanyakkan adalah balu kepada orang orang Islam yang syahid demi untuk menjaga kepentingannya dan pula nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang yang sangat adil terhadap isterinya dan tidak membezakan antara isteri isterinya. Dari Abu Hurairah r. anhu meriwayatkan bahawa baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:Mukmin yang sempurna di kalangan orang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya. (HR Ahmad). Penceraian pula dari segi bahasa ialah pisah dan dari segi istilah pula bermaksud perpisahan antara suami dengan isteri dengan lafaz cerai dari suami. Penceraian Islam diuruskan dengan penuh keadilan melalui undang-undang syariah Islam yang memainkan peranan penting bagi mengelakkan pergaduhan walaupun antara bekas suami dan isteri. 

Selanjutnya dalam sosial adalah hubungan kejiranan. Jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan kita 40 rumah dari setiap penjuru. Dari Sa’id dari abu Syuraih bahawasanya nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:“Demi Allah, tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah, demi Allah tidak beriman:siapa yang tidak beriman wahai Rasulullah ? ” beliau bersabda “iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan gangguannya. ” sahih bukhari. Betapa seriusnya apa yang cuba ditegaskan baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam kita menjaga hubungan sesama manusia amnya dan jiran khususnya. Adalah menjadi sunnah bagi melawat jiran-jiran kita kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam juga selalu menziarahi jiran-jirannya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Dari Ummi Ummarah binti Ka’ab Al Ansari r. anha meriwayatkan bahawa satu ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam meziarahinya, maka dia telah menghidangkan makanan kepada baginda maka nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:Makanlah kamu bersama. Maka Ummi Ummarah r. anha berkata:Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:Apabila seorang yang berpuasa berdiri di hadapan seorang yang makan malaikat akan mendoakan untuknya sehinggalah orang itu selesai makan atau sehingga dia kenyang. (HR Tirmizi) Kehidupan berjiran memerlukan kerjasama dan tolak ansur antara jiran bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham. Tapi kita dapat lihat pada hari ni ramai yang tidak prihatin atau tidak menjaga pergaulan antara jiran-jiran mereka. Gangguan terhadap jiran dengan bunyi-bunyi yang bising tanpa menghiraukan perasaan jiran mereka adalah bertentangan dengan apa yang Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ajar melalui sunnah-sunnahnya. Rentetan dari rosaknya hubungan kejiranan telah menjejaskan satu sistem kemasyarakatan dan perpaduan juga tidak dapat dibina dan tamadun juga tidak akan berkembang apabila seseorang meninggalkan sunnah-sunnah berkaitan hidup dalam kejiranan. Dalam sosial juga boleh dilihat kesannya kepada kanak-kanak. Golongan inilah yang pada suatu masa nanti yang akan memacu Negara, jadi penting untuk menerapkan segala sunnah dalam hati dan sanubarinya. Sekirannya semua ibu bapa serta penjaga dapat mendidik dan membimbing kanak-kanak sepertimana zaman Rasulullah dahulu, sesebuah Negara akan dapat dimajukan dengan pesat dengan adanya golongan-golongan professional yang lahir hasil dari pemupukam sejak kecil kanak-kanak itu In shaa Allah. Karamullah wajhah yakni Hazrat Ali bin Abi Talib merupakan seorang kanak-kanak yang menjadi contoh sebagaimana apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengumpulkan semua orang di bukit safa, dia lah antara orang yang mempercayai akan apa yang diucapkan nabi dan beliau tidak pernah menyembah berhala. Hazrat Ali ialah seseorang yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam gelarkan gedung ilmu kerana banyaknya ilmu yang beliau ada. Dan apabila Hazrat Ali r. anhu menjadi khulafa ar rasyidin, beliau berjaya memberhentikan pemberontakan yang berlaku pada zaman beliau. Selanjutnya dalam tumpuan sosial juga ada ditekankan tentang hubungan kita dengan ahli keluarga. Dari Aisyah r. anha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :Sesungguhnya orang mukmin yang pAling sempurna imannya ialah orang yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya. (HR Tirmizi). Betapa pentingnya hubungan terhadap ahli keluarga sehinggakan antara tanda kiamat pun disebut dalam satu hadis dari Umar ibnu khattab r. anhu menceeritakan bahawa pada suatu hari ketika kami sedang duduk bersama sama dengan baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian putih berseri, berambut hitam legam, yang tiada kesan-kesan dia seorang musafir dan tidak ada diantara kami yang Mengenalinya (yang menunjukkan dia seorang ahli penduduk madinah)Lalu dia duduk rapat dihadapan nabi sehingga lututnya bertemu dengan lutut nabi dan meletakkan kedua tapak tangannya pada kedua lututnya kemudian dia bertanya Wahai Muhammad khabarkan kepadaku apakah itu Islam? Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab Islam itu (diantara rukun-rukunnya)ialah bersaksi bahawasanya tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah Subhanahu Wa Ta’aladan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasadi bulan ramadhan dan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan. kemudian dia menjawab: kamu berkata benar!mendengarkan jawapannya Umar r. anhu berasa hairan: Dia sendiri bertanya (seperti orang yang tidak tahu) tetapi dia sendiri membenarkannya (seolah-olah dia sudah tahu dari awal). Kemudian orang itu bertanya lagi: Khabarkan kepadaku apakah itu iman? baginda menjawab iman itu apabila kamu beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitabNya dan rasul-rasulNya, beriman kepada hari akhirat, dan beriman kepada Takdir, segala yang baik dan yang buruk datang dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudianorang itu berkata : Kamu berkata benar! Bertanya lagi : Khabarkan kepadaku apakah itu ihsan?Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: ihsan ialah: beribadatlah kamu seolah olah kamu melihat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, namun jika sifat ini kamu tidak memperolehi, tawajuhlah kamu, sesunguhnya Allah sedang melihat kamu. kemudian orang itu bertanya lagi: beritahu lah kepadaku bilakah hari kiamat akan berlaku? baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: mengenai perkara itu orang yang bertanya lagi mengetahui dari orang yang ditanya. Kemudian oran itu bertanya lagi: kalau macam itu bagi tahu lah tanda-tandanya. baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (diantara tanda-tanda hari kiamat ialah) hamba sahaya akan melahirkan tuannya sendiri. kedua kamu akan melihat seorang fakir yng tidak berkasut dan tidak berbaju, seorang gembala kambing akan membina mahligai yang tinggi-tinggi dan mereka berlumba-lumba diantara satu dengan yang lain. Umar r. anhu berkata: selepas itu orang itu berlalu dari situ. beberapa lama aku tidak menanyakan hal itu kepada baginda sehinnga nabi sendiri bertanya kepadaku: Wahai Umar adakah kamu mengetahui siapakah orang yang bertanya tempoh hari? aku menjawab: Allah dan rasulNya lagi mengetahui. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Dialah malaikat Jibrail yang datang untuk mengajar agama kepada kamu semua (HR Muslim). Dari hadis diatas seorang hamba akan melahirkan tuannya sendiri ialah apabila seorang ibu yang melahirkan anak dan anak itu kelak akan derhaka kepadanya dan bertindak seperti emaknya itu seperti hambanya yang boleh dilakukan sesuka hati. 

ILMU
Hadis sebagai penyumbang kemajuan kepada tamadun Islam dapat dilihat dari segi keilmuannya. Dari Jabir r. anhu meriwayatkan bahawa nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ilmu terbahagi kepada dua : pertama ialah ilmu yang meresap ke dalam hati dan inilah ilmu yang bermanfaat. yang keduanya ialah ilmu yang hanya pada lisan sahaja yaitu ilmu yang kosong daripada amal dan ikhlas. Dia akan menjadi hujjah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alaterhadap anak adam bahawa meskipun berpengetahuan namun tidak beramal dengan ilmu yang diketahuinya. (At Targhrib). Sebelum kewujudan zaman renaissance, orang-orang dari eropah amat mengagumi ilmu-ilmu Islam yang dikaji oleh ilmuwan Islam sehinggakan mereka datang untuk belajar ilmu-ilmu itu untuk kemajuan Negara meraka. Hal ini jelas dilihat terutamanya pada zaman bani ummayah di andalus sepanyol dengan kerajaan Islam pada ketika itu menjadi tempat pengumpulan dan penyebaran ilmu dengan kewujudan-kewujudan pelbagai institusi pendidikan yang telah dibina kemudian apabila kerajaan Turki Uthmaniyyah jatuh salah satu sebabnya adalah ketiadaan kemajuan dalam bidang ilmu terutamanya dalam strategi peperangan dan sesungguhnya umat Islam ketika itu amat mundur pengetahuannya jika nak dibandingkan dengan kerajaan eropah lain. Dari Abu bakar r. anhu meriwayatkan bahawa baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Jadilah kamu seorang yang Alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi golongan kelima, yang mana kamu akan binasa. kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu. (HR Tabrani). Hadis diatas menampakkan pada kita yang nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam terlalu menekankan kepentingan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu agama yang dimana apabila kita meninggalkan segala apa yang nabi suruh didalam hadis diatas maka kita akan binasa. Kita hendaklah mencintai ilmu dengan mempelajari ilmu, mendengar majlis ilmu dan mengajarkan kepada orang ramai seterusnya. Dari Abbas r. anhu meriwayatkan bahawa baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :Ajarkanlah ilmu dan permudahkanlah (dalam menyampaikannya) dan janganlah disusahkannya. (HR Ahmad). 

Dengan ilmu kita dapat beribadat dan memahami Islam dengan lebih terperinci kerana amal tanpa ilmu adalah sesat dan ilmu tanpa amal adalah rugi. Dari Jabir ibn Abdullah r. anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Manusia adalah seumpama barang barang galian seperti emas dan perak. Orang orang yang baik dimasa jahiliah terlebih dahulu masuk Islamlebih baik selepas masuk Islam, selagi mana mereka mempunyai kefahaman Islam. (Musnad Ahmad). Hadis di atas menerangkan bahawa kefahaman dan ilmu yang dibawa Islam telah menyebabkan seseorang itu lagi bernilai kerana manusia diibaratkan seperti emas dan perak yang belum dibersihkan, dan kefahaman dan ilmu yang akan membersihkan mereka. Hadis diatas juga menerangkan tentang nilai manusia yang diukur melalui kefahaman dan agamanya menunjukkan ilmu itu sangat penting kerana dengan ilmu kita akan dapat memahami dengan lebih lanjut agama Islam. Manusia sebenarnya sama dan mereka pula hanya dibezakan berdasarkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ketakwaan itu dicapai melalui ilmu yang luas berkaitan agama Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Bahkan apabila kita melafazkan dua kalimah syahadah yakni aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya nabi Muhammad pesuruh Allah, hendaklah juga kita mempunyai ilmu kerana kita tidak boleh menyaksikan (menjadi saksi)sesuatu yang kita tidak tahu. Terdapat satu hadis yang bermaksud dari Abu Hurairah r. anhu berkata: Aku mendengar baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: sebaik-sebaik diantara kamu ialah orang yang baik akhlaknya dan disamping itu mempunyai kefahaman agama. (HR Ibn Hibban) jelas membuktikkan kedudukan ilmu (kefahaman) dalam kehidupan manusia sehingga mereka yang mempunyainya dianggap sebagai yang sebaik baik diantara manusia. Selanjutnya ilmu juga dapat mencegah seseorang daripada berbuat perkara mungkar lagi penuh kemaksiatan terhadap sang pencipta yang agung yakni Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Seseorang yang belajar tentang ilmu agama misalnya tidak akan membuat perkara yang dimurkaiNya kerana dia sudah mengetahui akan balasanNya (bagi sesiapa yang masih normal pemikirannya) tetapi berbeza pula dengan orang yang tiada sedikitpun ilmu agama dalam diri atau mungkin hanya ada sedikit ilmu dan mereka akan cenderung untuk berbuat perkara maksiat kerana tiadanya kesedaran dan ilmu tentang pengazaban dan balasan yang bakal menanti di akhirat kelak bagi sesiapa yang ingkar suruhan yang Allah Subhanahu Wa Ta’alatelah tetapkan. Mengambil contoh golongan atheis (mulhid), mereka sebenarnya tidak percaya akan tuhan kerana mereka tiada ilmu yang sebetulnya tentang agama, dan mereka didedahkan dengan agama yang lain yang tiada logiknya dengan menyembah patung-patung berhala dan mereka sendiri berpendapat dan berfikir bahawa agama yang dianuti keluarga dan masyarakat mereka salah dan Alhamdulillah berkat dengan hidayah Allah Subhanahu Wa Ta’alamereka boleh melihat akan kebenaran Islam terutamanya dari kitabullah (Al-Quran) yang didalamnya terkandung ribuan ilmu dan peringatan dari RabbNya yang Maha Bijaksana (Al Hakim). Setentunya dengan adanya kefahaman agama (ilmu Islamik) manusia tidak akan berbuat kemungkaran dan mengesakan Allah Subhanahu Wa Ta’alasebagai pencipta dan tuhan bagi Sekalian alam. Dari Abdullah ibn Amr AlAs r. anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: barangsiapa membaca Al-Quran sesungguhnya dia telah memelihara pengetahuan Al-Quran di dalam dadanya walaupun Al-Quran tidak diwahyukan kepadanya. Adalah tidak patut bagi seseorang ahli Al-Quran (para hafiz) untuk marah kepada orang yang pemarahdan bertindak jahil kepada orang yang jahil, sementara kalam Allah Subhanahu Wa Ta’alaberada didalam hatinya. (HR Hakim). Betapa besarnya dan pentingnya ilmu itu kepada manusia umumnya dan umat Islam khususnya. Selain itu ilmu mempunyai banyak manfaat dan kepentingannya. Dalam memajukan Negara memerlukan seseorang yang berilmu dan berpengetahuan dalam memacu Negara ke tahap yang lagi tinggi. Kita perlu mencari Umar al Khattab dan Umar al aziz generasi baharu yang adil dan bijaksana dalam memimpin Negara kearah kemajuan. Dalam satu satu bidang pun memerlukan seseorang yang pakar dan berpengetahuan. Dalam bidang perubatan kita memerlukan doktor pakar bahkan dalam bidang agama kita memerlukan ulama. Seterusnya dengan ilmu Allah Subhanahu Wa Ta’alabagi pelbagai nikmat kepada sesiapa yang mempunyai ilmu seterusnya mengamalkannya dan menyebarkannya. Terdapat beberpa hadis yang menerangkan betapa besar nikmat yang Allah kurniakan kepada sesiapa yang berilmu, antaranya dari Buraidah aslamiy r. anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :barangsiapa membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya akan dipakaikan pada hari kiamat dengan sebuah mahkota yang diperbuat dari nur. Cahayanya seperti cahaya matahari. Kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan dua helai pakaian yang tidak ada tandingannya di dunia ini. Dia akan bertanya kenapakah dia dipakaikan dengan pakaian yang seumpama ini? Akan dijawab :Ini kerana kamu mengajar anak kamu membaca Al-Quran. (HR Hakim). 

KESIMPULAN
Dapat dirumuskan bahawa hadis hadis yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tinggalkan pada umat manusia ialah sebagai pembimbing manusia dalam mencapai kehidupan Islam yang sebenar. Benarkah kita tulus mencintai nabi atau hanya sekadar bual-bual kosong? Nabi ialah manusia yang tak pernah kita jumpa di dunia ini tapi dialah manusia yang paling banyak menangis kerana kita lebih dari ibu bapa kita. Kerana kita darah Rasulullah mengalir kerana kita air mata rahmat Rasulullah berlinangan. Apa yang kita buat pada hari ini? layakkah kita mencintai Rasulullah sedangkan kita mencintai kekasih kita lebih dari Rasulullah yang sayangkan kita mengatasi dirinya sendiri. Ketika di dalam khutbah Rasulullah yang terakhir di hadapan seratus empat puluh empat ribu Jemaah. Beliau berdiri di tengah-tengah mereka dan bersabda
Wahai manusia, dengarkanlah apa yang hendakku katakan. Mungkin setelah tahun ini aku tidak dapat bertemu kalian lagi disini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang. 
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. 
Wahai manusia! sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 
Wahai manusia ! Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. 
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU. Begitulah kisahnya betapa nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam teramat sayangkan umatnya jadi kita sebagai umatnya mengapa tidak kita mencintai nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana nabi mencintai. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi mafhumnya barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku dan barangsiapa mencintaiku maka dia akan berada bersamaku di syurga kelak. Setiap apa yang nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam buat dari segala segi adalah satu cara mencapai kejayaan kerana nabi diutuskan sebagai contoh bagi sekalian ummat manusia dan menjadi rahmat bagi sekalian alam dan sebagai penutup segala kenabian dan kerasulan. Marilah kita mengamalkan sunnah yang Rasulullah tinggalkan kepada umatnya. Para sahabat r. anhum semuanya mencintai sehingga sanggup mengadaikan nyawa dalam melindungi nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan membenarkan apa sahaja yang nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, mereka semua tidak mempersoalkan tetapi terus membuat andai itu apa yang baginda Rasulullah suruh. Hidupkan sunnah nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam kita mengejar kehidupan akhirat yang kekal. 

RUJUKAN

1. Ramawan bin Ab. Rahman, 2012, Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam, Penerbitan Alambaca Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. 
2. Muhammad Sanadi Bin Hj. Abu Bakar, 2008, Muntakhab Ahadith, Klang Book Centre, Kuala Lumpur. 
3. Syaikh ul-Hadis Hadrat Maulana, 2013, Fadhilat Amal, Maktabah Ilmiah Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 
4. Ustaz Abdullah Khairi, 2016, #Sound Direct, PTS Publishing House Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 
5. Abdul Latip Talib, 2014, Isabella : Permulaan Sejarah Hitam Andalusia, PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hadis Sebagai Sumber Tamadun Islam


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)