Sejarah Islam Di Alam Melayu

Pendahuluan

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di Tanah Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu. Namun yang penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka bertindak menyebarluas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu. 

 Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan. Sebelum kedatangan Islam di alam melayu, terdapat beberapa kerajaan hindu yang menguasai rantau ini, antaranya ialah kerajaan Langkasuka, Tambralinga, Kedah tua, Srivijaya, Mataram dan Majapahit. Kesan-kesan peninggalan kerajaan hindu ini boleh didapati di daerah Candi Bukit Batu Pahat dan di daerah Bujang, Kedah dan Candi borobodur di Pulau Jawa. 

Teori kedatangan Islam ke alam melayu

Alam melayu meliputi wilayah selatan Thailand, selatan filiphina, Malaysia Indonesia, brunei dan singapura. Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain kerana ianya berlakudalam suasana yang aman, harmonidan damai serta tidak berlaku peperangan malah diterima baik oleh masyarakat melayu. Secara amnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam di Tanah Melayu iaitu, Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi, Kedatangan Islam dari India dan yang terakhir ialah Kedatangan Islam dari China. Namun tarikh sebenar kedatangan Islam ke alam melayu masih lagi menjadi perbincangan di kalangan sejarawan Malaysia. 


• Teori kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi

Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam lagi di tanah melayu. Tetapi akitiviti dagangan yang berlaku bertambah setelah Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-7 masihi. Sesuai dengan Islam yang bersifat universal dan menyeluruh, masyarakat melayu selesa dengan agama Islam yang mereka anuti. Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang Arab untuk melakukan aktiviti perdagangan mereka seperti jual beli barang dan pertukaran barang yang berlaku di perlabuhan. John Crawford telah mengemukakan teori dan teori itu disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam telah datang dari Arab melalui pedagang. Sebagai buktinya, catatan China telah mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak dari tahun 300 M. Pedagang Arab yang pergi ke China telah singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya strategik. Mereka datang berdangang ke alam melayu untuk membeli rempah ratus dan kapur barus yang hanya terdapat di rantau Melayu. Selepas itu, pedagang Arab ini tinggal selama beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab. Perkampungan ini juga menjadi tempat untuk berdagang. Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan terus menyebarkan ajaran Islam dengan lebih meluas. 

Menurut catatan China telah wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih. Sebagai contohnya, bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun1972 ialah pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab seterusnya, kebanyakkan ulama-ulama yang bertandang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq, Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah dan ramai lagi. Selain itu, Istilah Melaka yang berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan turut menjadi bukti kedatangan Islam. Yang terakhir ialah terdiri daripada kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk memerintahnegara.  
• Teori Kedatangan Islam Dari China dan Champa

Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan ialah pemerintah Dinasti Pang. Malahan, sepanjang zaman pemerintahan khalifah abbasiah ramai utusan Islam telah sampai ke Negara china. Pada waktu tersebut, wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam. Seterusnya pada tahun 877 Masihi, di wilayah Canton telah berlaku pemberontakan yang telah mengorbankan 120 000 hingg 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanya datang dari Tanah Arab. Hal ini menyebabkan orang Arab –Islam berundur menyelamatkan diri mereka di Kalah atau pada ketika ini dikenali sebagai Kedah serta Palembang. Menurut catatan, Kedatangan Islam dari negara China bermulanya pada awal tahun 977 Masihi dengan kedatangan pedagang Islam dari Negara china melalui sepanjang pantai laut cina selatan. 

Emanuel Gadinho Erediatelah mengemukan teori bahawa sejak dari abad ke-9 Masihi, perdagang Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton kini dikenali sebagai Guang Zhou iaitu yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan para peniaga cina di Negara China ini dan ini secara tidak langsung menyebabkan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana. S. Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang dinyatakan berikut iaitu, Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899 masihi yang bertempat di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu. Selain itu, Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai ukiran tulisan al-Quran dan kalimah Arab yang bertarikh 1028M. bukti seterusnya ialah seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai ciri-ciri dan corak yang sama. Yang terakhir ialah penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap-tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, serta kolam air di masjid dan pengaruh atap genting dari China. 

• Teori Kedatangan Islam Dari India

Brian Harrisoniaitu penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori seperti masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan dan pencerahan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan. Ianya bertujuan untuk mengwujudkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu tertarik dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India tersebut. Selain itu, pengaruh perkataan India seperti 'lebai' yang berasal dari perkataan labbaygoniaitu org yang menjaja batu permata dan memakai songkok putih. Perkataan lebai ini telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga sekarang. Malahan senibina seperti kubah masjid juga turut dikatakan berasal daripada senibina dari negeri india. 
Snouck Hurgronje iaitu sejarawan dari belanda telah menyatakan sejak abad ke13 lagi ajaran Islam telah berkembang luas ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu diwilayah Gujerat dan di Pantai Koromandel. Pendapat beliau ialah berdasarkan beberapa bukti berikut. Yang pertama ialah pedagang India Islam dari India telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara. Gujerat ialah pelabuhan yang agak penting pada zaman pemerintahan Khilji di India. Selain itu, batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai menunjukkan ianya merupakan ciri buatan Islam. Yang terakhir ialah sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah banyak disebarkan ke dalam komuniti masyarakat yang bertempat di Asia Tenggara

FAKTOR PENYEBARAN ISLAM DI ALAM MELAYU

1. Faktor perdagangan. 

Perdagangan adalah salah satu faktor yang penting dalam usaha perkembangan Islam. Hal ini kerana, pada zaman dahulu perdagangan adalah satu kegiatan yang sangat penting untuk ekonomi negara. Dalam pada masa yang sama juga, pedagang - pedagang yang datang berdagang di Negara tersebut akan mengambil kesempatan untuk menyebarkan dakwah agama masing – masing. Sebagai contoh, pedagang arab dari parsi yang sudah lama melakukan kegiatan perdagangan di tanah melayu. Pedagang arab yang datang di tanah melayu hanyalah untuk bersinggah sementara menunggu angin monsun berlalu sebelum mereka berlalu pergi ke tanah china, canton dimana terletaknya pusat perniagaan pedagang arab parsi. Orang melayu pula yang melaksanakan dasar buka pintu mengalu - alukan kedatangan pedagang – pedagang arab tersebut dengan memberi bantuan seperti bekalan air, tempat berehat, pembaikan kapal dan sebagainya. Selain itu, pedagang dari arab parsi juga datang berniaga di tanah melayu adalah disebabkan lokasi tanah melayu yang strategik. Tanah melayu terletaknya di tengah tengah antara timur dan barat dimana laluan timur ke barat sering kali digunakan oleh pedagang – pedagang untuk sampai ke destinasi mereka. Dengan kedudukan tanah melayu yang strategik secara tidak langsung tanah melayu akan menjadi tempat persinggahan untuk semua pedagang seluruh dunia. Oleh sebab itu pedagang arab berniaga di tanah melayu, ada yang diantara mereka menetap di tanah melayu sehingga wujudnya perkampungan arab iaitu Ta Shih. Ada juga diantara mereka yang berkahwin dengan rakyat tanah melayu dan hubungan mereka dengan orang melayu semakin rapat. 


2. Faktor ajaran Islam. 

Islam adalah agama yang menuntut kesejahteraan hidup dan keamanan. Islam juga menegakkan keadilan di dalam semua aspek. Islam juga menerapkan dalam diri setiap individu sikap mahmudah. Disebabkan semua ciri – ciri ajaran Islam ini membuatkan penduduk tempatan tanah melayu tertarik dengan ajaran agama Islam. Tambahan pula, dengan sikap pedagang- pedagang Islam yang menunjukkan sikap berhemah dan penuh santunnya, penduduk di tanah melayu terpikat akan sikap – sikap yang ditunjukkan oleh pedagang – pedagang Islam tesebut. Apa yang menjadi satu penarikan kepada penduduk tempatan akan agama Islam adalah konsep keadilan dan kesamarataan. Hal ini disebabkan, mereka yang golongan dibawah ditindas oleh orang atas seperti kerabat diraja, pembesar dan orang kaya kaya. Walau bagaimanapun, mereka tetap menunjukkan taat setia kepada raja mereka. Dalam agama Islam setiap perkara perlu mempunyai keadilan, semua manusia dilayan sama rata tidak kira pangkat darjat, bangsa, kulit dan sebagainya. Semua manusia dilayan secara adil. Apabila wujud keadilan dalam sesuatu masyrakat tersebut, keamanan dalam masyarakat itu dapat dicapai. Selain itu, tuntutan persaudaraan dalam agama Islam. Menjaga hubungan persaudaraan sangat penting bagi mencapai keamanan dalam Negara, masyarakat dan individu. Kerabat diraja dan penduduk di tanah melayu tertarik dengan sikap ini dan mereka mengamalkannya. 


3. Faktor Pendakwah dan Ahli Tassawuf. 
Ahli tassawuf adalah golongan alim ulama yang berpegang teguh akan ajaran agama Islam. Akhlak yang ditunjukkan oleh mereka menarik minat penduduk di tanah melayu pada masa itu untuk berpegang kepada agama Islam. Setiap perbuatan mereka mempunyai sifat dan sikap mahmudah. Mereka bukan sahaja bersih malah tingkah laku dan sikap mereka terhadap penduduk tanah melayu membuatkan penduduk di tanah melayu tertarik dengan ajaran Islam. Pada mulanya, mereka ditentang oleh penduduk tempatan kerana ajran yang dibawa bertentangan dengan hindu-buddha akan tetapi dengan keyakinan dan ketabahan para ulama tersebut dalam menyebarkan ajaran Allah subhanahu wa ta’ala mereka tetap berdakwah di tanah melayu. Lama – kelamaan penduduk di tanah melayu terbuka hati untuk memegang ajaran agama Islam. Pada zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan sultan dan pembesar-pembesar negara. Para tassawuf telah menganggotai dalam pemerintahan negara. Ada diantara mereka yang menjadi penasihat kepada pemerintah negara. Mereka juga menjadi guru – guru mengajar diinstitusi pengajian dan masjid – masjid. 

4. Faktor penaklukan. 
Faktor penaklukan juga membantu dalam menyebarkan agama Islam dengan cepat. Jika negara yang itu dipimpin oleh pemerintah Islam secara tidak langsung penduduk dalam negara yang telah berjaya ditakluk akan memeluk Islam. Ini adalah disebabkan para pembesar negara taklukan tersebut tertarik dengan corak pemerintahan Islam dari segi politik, sosio – budaya dan ekonomi. Contoh dai catatan ibnu battutah beliau menyatakan dalam catatannya Kerajaan Pasai telah meluaskan kuasa politik ke daerah sekitarnya melalui peperangan lalu Islam tersebar luas di daerah tersebut. Melaka pula pada zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Johor, Patani, Kampar, Siak, Rokan, Indergiri, Bengkalis, dan lain-lain. 

5. Faktor peranan pemerintah di nusantara. 

Sikap minat pemerintah negara dalam penyebaran Islam juga adalah pemangkin kepada dakwah Islam supaya tersebar luas. Contohnya, Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke Pahang untuk menyebarkan dakwah Islam. Semua sultan – sultan di acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan ilmu penyebaran dan pengetahuan Islam. Selain itu, Sutan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menjadikan acheh sebagai satu pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga Acheh diberi gelaran sebagai Serambi Mekah. Pada masa itu, sultan – sultan begitu bersemangat dalam kegiatan penyebaran Islam sehingga mereka menjadikan istana – istana mereka sebagai pusat pengajian Islam. 


6. Faktor perkahwinan. 

seperti yang diperkatakan dalam teori perkahwinan juga salah satu faktor yang dalam penyebaran Islam. Terdapat dua cara perkahwinan iaitu perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa. Apa yang dimaksudkan dengan perkahwinan siasah ialah perkahwinan yang melibatkan diantara golongan atasan seperti golongan kerabat diraja dan pembesar. Manakala, perkahwinan biasa pula melibatkan dengan penduduk tempatan sahaja. Islam tersebar apabila para ulama atau saudagar Islam berkahwin dengan puteri raja tempatan (perkahwinan siasah) ataupun dengan gadis – gadis tempatan (perkahwinan biasa ). Antara contoh perkahwinan siasah ialah, perkahwinan diantara Merah Silu dengan puteri raja Perlak menyebabkan beliau memeluk Islam dan bergelar Malikul Salleh. Kemudiannya, rakyat Pasai memeluk agama Islam. 


7. Faktor kesusasteraan dan penulisan. 

Selain itu penulisan dan kesusasteraan juga membantu sedikit sebanyak dalam perkembangan Islam. Selepas kedatangan Islam di tanah melayu, tulisan dalam bahasa arab sering kali digunakan dalam medium bacaan. Sejurus prkembangan dalam penulisan arab, bahasa melayu juga tidak dilupakan. Bahasa melayu pada masa itu tersebar luas seiring dengan bahasa arab. Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam penyampaian ilmu Islam. Selain itu, berbagai – bagai sastera yang dikeluarkan pada zaman itu dalam bentuk arab seperti syair, sajak, nazam dan sebagainya. Akhirnya, ramai tokoh Islam yang lahir menghasilkan kesusateraan dalam kegiatanpenyebaran ilmu Islam. Banyak kitab agama diterjemahkan ke bahasa Melayu. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad, dan sebagainya yang sering dibacakan kepada penduduk Nusantara. 

8. Faktor perlaksanaan undang – undang. 

Seterusnya, perundangan Islam yang mengamalkan konsep keadilan juga menjadi satu faktor mengapa agama Islam digemari oleh pendududk tempatan di tanah melayu. Antara contoh undang – undang tersebut ialah, Kanun Laut Melaka. 

KESAN KEDATANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kedatangan Islam di Tanah melayu tidak membawa sebarang kesan atau pengaruh terhadap masyarakat di rantau ini. Pendapat ini merupakan satu pendapat yang amat keterlaluan dan tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar. Menurut Al Attas, kebangkitan Islam di Tanah Arab telah bertanggungjawab mewujudkan suatu perubahan baru atau “Zaman Baru” di Eropah. Begitu juga dengan kedatangan Islam di Tanah Melayu juga membawa suatu perubahan di sini. Pendapat ini nampaknya lebih konkrit dan berasas, kerana kedatangan Islam ini telah membawa satu bentuk persambungan dan perubahan. Dengan kata lain, kedatangan Islam telah membawa pelbagai perubahan tetapi masih terdapat unsur-unsur tradisi dan kefahaman yang bercanggah dengan Islam. Antara perubahan yang berlaku adalah seperti berikut:


• PENGARUH DALAM BIDANG POLITIK

Dari segi politik, terdapat perubahan yang jelas apabila wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam yang berpunca dari gerakan dakwah Islamiyah oleh mubaligh-mubaligh dan ulama-ulama ke rantau ini. Di Tanah Melayu terdapat masyarakat Islam yang dikenali sebagai Ta-Shih pada tahun 674 M. Ini adalah suatu panggilan kepada orang-orang Arab atau Farsi Islam di rantau ini yang terdapat di pantai barat Sumatera dan Jawa. 

Masyarakat Ta-Shih adalah yang dikaitkan dengan sebutan Che-Po (Jawa) yang menemui Ratu Siam dari kerajaan Ho-Ling (Kalingga) yang terletak di Jawa Timur. Jadi, pada abad ke-7 suda wujud penempatan ini dan dikatakan pengaruh Islam telah menjalar dalam pemerintahan Srivijaya. 

Dengan pengIslaman Raja Jambi yang pertama di Nusantara telah mewujudkan kerajan yang bertukar corak menjadi kerajaan Islam yang terkenal dengan “Kerajaan Sribuza Islam”. Kerajaan ini tidak panjang kerana telah diserang oleh Dinasti T’ang. 

Pada abad ke-9 M telah muncul kerajaan Islam Perlak. Raja pertamamya ialah Sultan Maulana ‘Abdul Aziz Shah. Kemudian pada abad ke-11 M wujud pula kerajaan Samudera-Pasai. Di Semenanjung Tanah Melayu, lahir sebuah kerajaan yang terkenal dengan “Kedah Dar al-Aman” pada kurun ke-12 M. Rajanya telah memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah. Baginda telah melantik ulama sebagai guru dan penasihat kerajaan. 

Pada kurun ke-15 muncul pula kerajaan Melaka. Rajanya yang pertam dikatakan memeluk Islam pada tahun 1414 M. Kemudian muncul kerajaan Acheh dan Kerajaan Johor Riau yang diperintah oleh orang-orang Bugis. 

Walaupun terdapat beberapa fakta sejarah yang menyatakan yang tergolong dalam zaman kuno di Nunsantara ialah zaman kuno di Nunsantara ialah zaman Hinddu-Buddha manakala zaman moden ialah kedatangan penjajah barat. Sebenarnya kedatangan penjajah Barat di Tanah Melayu bukanlah untuk menghadapi kekuasaan Hindu tetapi bagi menghadapi kekuasaan Islam. Dengan itu jelaslah bahawa Islam tiba di Tanah Melayu sebelum tibanya kuasa barat. 

Sebagai negara yang menerima ajaran Islam, unsur-unsur politik Islam yang berbentuk sejagat, saksama, adil dan bertanggungjawab telah mempengaruhi masyarakat Tanah Melayu. Konsep pendewaan kepada raja-raja sehingga tahap menyambah telah bertukar kepada memuliakan seseorang yang memrintah. Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti Zaman Hinddu. 

Oleh kerana raja-raja dan pembesar-pembesar terdiri daripada orang Islam, maka agama Islam merupakan agama rasmi negara yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan seperti kemudahan penyebaran, pentadbiran, dan pelaksanaan hukum. 

Rata-rata struktur politik kerajaan Islam di Tanah Melayu menggembleng tenaga seluruh rakyat bagi memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam, negara dan umatnya. Jesteru, semangat jihad untuk berbakti kepada Allah sama ada dalam bentuk fizikal dan mental merupakan sebahagian kepada kehidupan mereka. 

• PENGARUH DALAM BIDANG SOSIAL

Dari segi aspek sosial, bahawa kedatangan Islam walaupun tidak secara keseluruhan, berlaku juga beberapa perubahan dan pembaharuan. Kedatangan Islam menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri meraka dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran Hindu yang mempunyai berbagai-bagai kasta dan kedudukan. Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan secara feudal masih kekal. 

Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di Tanah Melayu. Semua ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme yang menekankan konsep kesamarataan di sisi Allah. Berpandukan dengan konsep rasionalisme ini masyarakat Tanah Melayu dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme. 

Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizikal yang berkaitan denga rukun Iman dan pekara-pekara yang berkaitan dengan Sam’iyyat di samping hukum-hukum syarak. Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran mereka. Oleh itu, segala tindak-tanduk mereka bukan sahaja didokongi untuk mendapat kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredhaan Allah. Jesteru, segala amalan sama ada dari aspek sosial, ekonomi dan politik adalah berdasarkan pemikiran dan petunjuk Islam. 


• PENGARUH ISLAM DALAM BIDANG KESENIAN

Dalam bidang kesenian pula, pengaruh Islam dapat dikesan pada batu-batu nisan, bina-binaan, masjid-masjid dan perhiasan seperti seni khat dan sebagainya. Secara umum, pada makam atau batu-batu nisan tersebut terdapat tulisan-tulisan dana kalimah Arab dan potongan ayat-ayat Al Quran serta ajaran-ajaran Islam juga angka-angka Arab. 

Selain daripada batu-batu nisan, bentuk masjid juga merupakan karya dan seni bina Islam yang terpenting di Tanah Melayu. Dari segi corak dan polanya, bangunan masjid yang menunjukkan kronologi dari abad ke-14 hingga ke-18M masih mempertahankan kelanjutan struktur tradisional. Walau bagaimanapun, masjid berfungsi sebagai tempat-tempat ibadat tentulah pengaruh Islam lebih tertonjol dan banyak kelihatan. Tiap-tiap bahagian bangunannya memberi gambaran kosmologi atau gambaran alam semesta yang setiap bahagian tersebut mempunyai pengertian dan peranan. 


• PENGARUH ISLAM DALAM BAHASA DAN KESUSTERAAN

Kedatangan Islam di Tanah Melayu juga mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan kesusteraan Melayu. Sebelum ini dikatakan terdapat antara 150 hingga 200 bahasa yang sering digunakan oleh penduduk-penduduk tempatan sebagai alat komunikasinya. Dalam bilangan tersebut hanya dua sahaja yang berpengaruh. Dengan kedatangan Hindu, datang pula bahasa sanskrit yang mempengaruhi kedua-dua tetapi ia tidaklah berkembang maju. 

Dengan kedatangan Islam ke rantau ini telah dapat memperkayakan bahasa dan kesusteraan Melayu. Bukan sahaja buku-buku yang berunsur agama ditulis dengan huruf jawi bahkan berbagai-bagai jenis buku ilmu pengetahuan kesusteraan seperti hikayat, cerita-cerita penglipur lara, sama ada berbentuk prosa atau puisi ditulis dengan huruf jawi. Pengunaan perkataan Arab yang diasimilasikan ke dalam bahasa melayu menambahkan lagi kesempurnaan dan pengukuhan dalam kesusteraan Melayu. Bahasa Melayu sebelum ini merupakan bahasa yang terbatas, kini berjaya menempah kedudukan yang tinggi dan kukuh sebagai bahasa peranataraan di seluruh Tanah Melayu. 

Pengaruh Islam bukan sahaja menonjolkan perkembangan bahasa dan kesusteraan Melayu bahkan berjaya membentuk suatu konsep yang melambangkan identiti kepada bangsa Melayu itu sendiri. Kejayaan ini telah sebati dan menjadi tradisi serta budaya masyarakat Melayu apabila mengatakan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. 
KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan dalam tajuk kerja ini iaitu Kedatangan Islam di Alam Melayu adalah Islam datang ke tanah melayu melalui tiga bangsa iaitu Arab, China dan India. hal ini dapat dibuktikan dari catatan China yang mengatakan ketiga – tiga buah negara ini pernah menduduki di tanah melayu untuk menyebarkan dakwah agama Islam. Selain itu, Islam juga tersebar luas disebabkan beberapa faktor seperti kegiatan perdagangan, sikap dan sifat orang Islam, perkahwinan, penaklukan, sikap permerintah yang berusaha dalam kegiatan berdakwah ilmu Islam, dan sebagainya. Disebabkan faktor - faktor berikut, tanah melayu telah berubah secara drastik. Agama hindu – buddha yang dianuti oleh mereka sebelum kedatangan Islam telah berubah dengan memeluk Islam. Perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosio-budaya. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com