Pengaruh Islam Di Nusantara

Jelas kelihatan sebelum kedatangan Islam, kerajaan-kerajaan tempatan di semenanjung tanah melayu telah dipengaruhi oleh struktur dan amalan agama Hindu dan Buddha yang didatangi oleh India. Bukan sahaja dalam peringkat kebudayaan, malahan dalam seni, perlembagaan dan agama turut dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kehidupan sosial antara raja dan rakyat amat menonjolkan konsep kosmologis di mana meletakkan raja ke tahap yang paling suci dan rakyat di rantau merupakan golongan yang paling bawah dan hina. Mereka dianggap sebagai dewa kerana terdapat konsep tentang penitisan dewa di mana raja ada kaitan dewa. Di dalam seni pula ialah hiburan yang terdiri dari nyanyian, tarian, drama dan muzik. Permainan wayang juga mengalami perubahan sama ada dari segi bentuk dan jalan ceritanya yang mengandungi unsur-unsur Hindu. 
 Setelah kedatangan Islam, perubahan demi perubahan telah berlaku. di dalam pengaruh agama, Islam telah membawa pengertian tauhid, ibadah, syariat, muamalah, munakahat dan akhlak. Justeru, kebanyakkan masyarakat melayu telah memeluk Islam kerana Islam ialah agama yang universal dan mudah diterima oleh semua manusia. Selain itu, perubahan dalam sistem kebudayaan telah memberi pengaruh kepada bidang politik, sosial, dan ilmu. Di dalam bidang politik, raja telah diberi gelaran Zillullah Fil ‘Ard iaitu membawa maksud bayangan Allah di muka bumi. Di dalam bidang sosial pula, konsep syura dan konsep demokrasi telah diperkenalkan. Dan di dalam bidang ilmu, masyarakat melayu telah mula menuntut ilmu kerana Islam menuntut supaya orang Islam menuntut ilmu. 
 Seterusnya, pengaruh Islam dalam perlembagaan pula ialah Islam telah menjadi agama rasmi dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong menjadi ketua agama di negeri baginda sendiri. Akhir sekali, di dalam bidang seni, banyak karya-karya serta risalah agama mengenai rukun Islam, rukun iman dan lain-lain ditulis oleh pendakwah dan ulama-ulama terkenal. Pelbagai karya dan puisi dilahirkan untuk mengembangkan lagi kesenian agama Islam. Justeru, Islam telah banyak memberi pengaruh di dalam bidang-bidang yang terdapat di tanah melayu. Tanpa kedatangan Islam, mungkin tanah melayu masih ada di takuk yang lama dan mengamalkan agama Hindu-Buddha. 

KEBUDAYAAN
 Setelah kedatangan Islam ke tanah melayu, banyak perubahan yang berlaku yang dibawa oleh agama Islam di dalam bidang kebudayaan. Salah satu ciri kebudayaan yang wujud ketika pemerintahan Islam di tanah melayu ialah perkaitan antara wujudnya masyarakat dengan kewujudan kebudayaan. Terdapat banyak pengaruh kebudayaan Islam di bidang politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Dengan kedatangan Islam, masyarakat melayu yang dahulunya mengamalkan kebudayaan yang berasaskan agama hindu telah berubah kepada sistem yang paling sempurna di atas dunia ini iaitu sistem agama Islam. Masyarakat melayu yang dahulunya amat mentaati raja dan malahan ada yang takut kepada raja kini mengamalkan konsep yang dibawa Islam iaitu yang pertama yang wajib ditaati ialah hanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala taala sahaja. ( Rahim Syam Norhale, 1985; 3)
 Selain itu, dengan kedatangan Islam ke tanah melayu, perubahan sosial yang di bawa oleh Islam ialah konsep syura. Konsep syura ialah permuafakatan yang dilakukan oleh raja dan pembesar bagi membincangkan masalah dan isu terkini yang berlaku di dalam pemerintahan raja pada waktu itu. Dengan adanya konsep syura ini, suara- suara rakyat pasti akan didengari kerana pembesar selaku wakil rakyat akan menyuarakan masalah yang berlaku oleh rakyat kepada rakyat. Di samping itu, Islam juga membawa konsep ummah bagi mengekalkan perpaduan antara rakyat. (Auni Abdullah, 1991; 11)
 Akhir sekali ialah, Islam telah memberi banyak pengaruh di dalam bidang ilmu pengetahuan. Dengan kedatangan Islam, ramai ulamak-ulamak tempatan yang terkenal lahir di tanah melayu. Tidak hanya ulamak tempatan, malahan ulamak dari luar negeri seperti Jawa, Acheh dan Fatani turut dilahirkan di alam melayu ini. Perkembangan sistem ilmu telah melahirkan institusi-institusi untuk mengembangkan lagi agama Islam. Justeru, dengan kedatangan Islam, kepentingan menuntut ilmu amatlah ditekankan dan di beri perhatian khusus oleh raja-raja yang memerintah pada waktu itu. Peranan ulama ialah untuk membantu raja menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan agama dan menjadi penasihat raja. (Abdullah Ishak, 1990; 165)

POLITIK
Prinsip dan sistem politik yang berasaskan Islam telah wujud semenjak kedatangan Islam ke alam melayu ini. Dengan datangnya sistem politik berasaskan Islam ini, ia telah mengubah sedikit sebanyak struktur politik yang telah diwarisi dari zaman hindu yang telah lama menapak di alam melayu ini. Perubahan yang berlaku ini ialah untuk mengubah cara hidup masyarakat di alam melayu. Islam telah muncul sebagai kuasa politik dengan pertumbuhan Islam pada peringkat individu sehingga ke peringkat institusi dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Islam. (Auni Abdullah, 1991; 1)
Rantau melayu ini telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum datangya Islam lagi. Antara kerajaan-kerajaan melayu sebelum Islam ialah Srivajaya, Gangga Negara dan Langkasuka, pada mulanya berasaskan sistem pemerintahan Hindu-Buddha sepertimana yang ada pada sistem pemerintahan di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Mengikut kepercayaan hindu, konsep kedaulatan raja ini adalah berasaskan kuasa ghaib. Raja yang mengikut konsep Devaraja dianggap sebagai penjelmaan tuhan. Di bawah konsep Devaraja ini, raja merupakan titisan-titisan daripada tuhan-tuhan hindu iaitu Vishnu dan Siva. Misalnya, raja Cham mengakui dirinya merupakan asal daripada keturunan Siva dan Raja Airlangga pula mengaku dirinya daripada keturunan Visnu. (Auni Abdullah, 1991; 1)
Dengan kedatangan Islam ini, ia telah banyak mengubah orientasi yang menggangap raja sebagai punca kekuasaan sebenar sepertimana yang ditekankan oleh konsep agama Hindu. Islam telah melakukan perubahan keatas semua tanggapan ini, kerana disisi ajaran agama Islam, raja dan rakyat adalah sama-sama dipertanggungjawabkan untuk beribadat kepada Allah tanpa mengikut pangkat dan kedudukan dan akan sama-sama menerima ganjaran pahala dari-Nya diatas segala perbuatan tersebut. Hal ini selari dengan ajaran Islam yang mengingatkan kita bahawa sebenarnya raja tidak mempunyai kuasa mutlak kerana kuasa yang dimilikinya bukanlah milik peribadinya tetapi hanyalah satu amanah Allah yang dipertanggungjawabkan keatasnya dan perlu digunakan dijalan yang diredhai Allah. (Auni Abdullah, 1991; 2)

Dengan datangnya Islam, kedudukan raja yang selalu dikaitkan dengan unsur suci dan mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang tidak dimiliki rakyat biasa telah berubah. Di dalam sistem pemerintahan hindu, raja memiliki ‘shakti’ iaitu kekuatan dan keberanian. Keistimewaan ini diperoleh setelah melakukan pertapaan atau pemujaan alat senjata kepunyaan raja. Selepas kedatangan Islam, keistimewaan bagi raja ini diganti dengan istilah yang berunsurkan Islam yang dipanggil ‘daulat’. Daulat berasal daripada perbendaharaan kata arab yang membawa maksud berkuasa atau kerajaan. Tetapi, di dalam sistem pemerintahan Islam ini, daulat membawa maksud kewibawaan serta keunggulan yang dimiliki raja dan keturunannya. Ciri-ciri kedaulatan ini kemudiannya menjadi satu sifat yang amat berkait rapat dengan keperibadian raja. (Auni Abdullah, 1991; 2)
Keistimewaan daulat ini tidak dimiliki oleh semua raja, kerana ianya hanya dimiliki oleh mereka yang terkenal dengan sifat peribadi yang mulia, adil dan saksama dalam pemerintahan mereka, kuat beribadat serta mempunyai ilmu agama yang tinggi dan patuh kepada suruhan Allah. Sepertimana yang terbukti, tidak semua raja mempunyai ciri-ciri kedaulatan ini dalam sejarah pemerintahan Islam di alam melayu. Tetapi rakyat tetap menerima soal kedaulatan iaitu ciri-ciri keistimewaan dan keunggulan raja sebagai satu kepercayaan yang meliputi semua raja. Didalam konteks inilah yang dikaitkan dengan konsep derhaka, perkaitan ini telah timbul kerana ada konsep daulat iaitu raja tidak boleh diderhakai dan dengan kata lain, raja perlulah ditaati dengan membuta tuli. Tanggapan ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam. (Auni Abdullah, 1991; 3)
Ciri-ciri daulat ini pernah terdapat pada diri beberapa sultan yang berkarisma dan dihormati seperti Sultan Ala’uddin Shah (1477-1488) di Melaka yang terkenal kerana mencontohi khalifah Umar ibn Al- Khattab apabila baginda sultan keluar menyamar pada malam hari untuk mengetahui kehidupan sebenar rakyat dan memerangai gejala kecurian yang berleluasa di Melaka pada ketika itu. Islam juga telah menerapkan beberapa identiti baru kepada sistem pemerintahan beraja di mana seorang raja itu diberi taraf sebagai ‘bayangan Allah di muka bumi’ iaitu Zillulllah fil-Ard. Penghormatan kepada raja ini selaras dengan apa yang diajarkan Islam yang menentang persamaan taraf dan tuhan sepertimana yang dipercayai di dalam amalan Hindu. Peranan raja adalah sebenarnya berkaitan dengan konsep khalifah iaitu sebagai wakil Allah untuk mengawasi dunia dan makhluk disekitarnya. Penggunaan gelaran khalifah ini digunakan dengan cara yang meluas seperti gelaran ini digunakan untuk matawang syiling yang dikeluarkan oleh kesultanan melayu Melaka, Pahang, Kedah, Terengganu dan Johor. Di dalam sejarah matawang syiling kesultanan Terengganu, perkataan khalifah ini tercatat di bahagian belakang matawang syiling. Sementara dibahagian hadapannya pula tercatat nama raja pemerintah Terengganu, amalan penggunaan matawang syiling sebegini didapati diikuti oleh zaman Sultan Zainal Abidin I (1725-1738), Sultan Zainal Abidin II(1793-1808) sehingga Sultan Muhammad Syah(1836-1839). (Auni Abdullah, 1991; 6)
Ajaran agama Islam amat menekankan politik sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembentukan sistem pemerintahan yang berlandaskan agama Islam. Tanda terawal yang dapat dilihat dalam menegakkan satu sistem pemerintahan Islam di alam melayu bermula dengan Merah Silu, pengasas kesultanan Samudra-Pasai yang dikenali dengan gelaran Al-Malik Al-Salih (1261-1297). Hal ini dapat dilihat daripada tindakan baginda melantik dua orang ulama untuk mengendalikan urusan pentadbiran Negara dan urusan perhubungan luar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Al-Malik Al-Salih bersungguh-sungguh dalam usaha melaksanakan amalan sistem pemerintahan Islam. Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 yang dikenali dapat memberi gambaran awal tentang usaha terawal dalam menegakkan amalan sistem pemerintahan Islam di tanah melayu. Dalam batu bersurat itu, seorang pemerintah bernama Raja Mandalika mengeluarkan arahan supaya rakyatnya mematuhi ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka. (Auni Abdullah, 1991; 18)
Dalam sejarah kesultanan Melayu Melaka, banyak kejadian para Sultan Melaka merujuk kepada pasai mengenai masalah hukum-hukum dan fatwa agama. Terdapat satu kejadian dimana Sultan Pasai telah menghadiahkan satu kitab yang bertajuk Dur Al-Manzum kepada Sultan Mansur Syah (1459-1477). Dengan kedudukan Pasai sebagai pusat ilmu dan peradaban Islam, pasai telah mampu melahirkan ramai para ulama yang kemudian menjadi pendakwah yang mengembangkan Islam keseluruh pelosok alam melayu. Maulana Abu Bakar telah dikirim kepada raja Melaka untuk membawa kitab Al-Manzum tersebut. Selain membawa kitab, beliau dipercayai supaya memainkan peranan dalam penyebaran Islam di kalangan penduduk Melaka. (Auni Abdullah, 1991; 20)
Kerajaan Acheh pula telah lahir selepas kesultanan melayu Melaka. Hal ini dibuktikan bahawa Achehlah yang memiliki kemampuan dalam menyaingi kesultanan melayu Melaka. Kesultanan acheh telah didirikan pada 1507 telah melanjutkan tradisi pemerintahan kerajaan Melaka dan memainkan peranan yang lebih kurang sama iaitu berperanan sebagai pusat intelektual dan peradaban Islam, pusat perdagangan dan sebuah kuasa politik yang amat disegani. Kerajaan Acheh mungkin menandingi dan menyaingi kerajaan Melaka dari segi perdagangan dan empayar. Tetapi kerajaan Melaka terbukti lebih terkenal sebagai pusat penyiaran Islam di mana ianya terkenal dan menjadi tumpuan para ulama dari seluruh pelosok dunia Islam untuk membincangkan dan bermuzakarah tentang soal-soal agama. Banyak institusi pengajian agama telah diwujudkan. Tetapi kesultanan Acheh ternyata lebih hebat dalam memberikan sumbangan yang lebih besar kerana kemampuannya dalam melahirkan ramai ulama tempatan yang terkenal serta menghasilkan karya-karya yang meliputi bidang-bidang pengajian Islam seperti fiqah, usuluddin, falsafah, tasawuf dan lain-lain. (Auni Abdullah, 1991; 23)
Kesultanan Riau pula merupakan satu-satunya pemerintahan Islam yang banyak memberikan sumbangan tertentu di saat seluruh alam melayu sudah berada di bawah penguasaan penjajah Kristian dari Negara Eropah. Sumbangan kerajaan ini telah lahir pada abad ke-18 apabila ia berperanan sebagai pusat ilmu dan peradaban Islam terakhir di alam melayu ini. Walaupun peranan kerajaan Riau ini tidak dapat menandingi kerajaan Acheh, namun kesannya cukup besar dari segi pemeliharaan tradisi peradaban Islam di saat Umat Islam di alam melayu berada dalam keadaan tertekan ketika di bawah penjajahan Kristian. Kesultanan Riau cuba meneruskan tradisi memajukan keilmuan Islam yang sudah semakin terhakis. Perkembangan dalam alat percetakan telah sedikit sebanyak memberi manfaat untuk memainkan peranan dalam menyebarkan ilmu Islam dengan lebih berkesan. (Auni Abdullah, 1991; 28)
Sebuah lagi pemerintahan Islam yang turut memainkan peranan seperti kesultanan Riau ialah Terengganu. Kemunculan Terengganu sebagai pusat keilmuan telah berlaku hampir sama masanya dengan Riau. Di Terengganu, pengaruh peradaban dari Acheh dan patani digunakan. Banyak hasil karya penulisan Islam tersebar di Terengganu. Ramai ulama patani melindungkan diri di Terengganu kerana tidak tahan dengan pemerintah Siam telah sama-sama mengikuti untuk menyuburkan perkembangan Terengganu sebagai pusat peradaban Islam. Hal ini bertambah kukuh dengan kelahiran ulama terkenal dari Terengganu seperti Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis) dan Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad Al-Idrus(Tok ku Paluh). (Auni Abdullah, 1991; 29 )

ILMU
Sebaik sahaja Islam disebarkan di tanah melayu, sistem pendidikan terus diwujudkan. Di tahap permulaan, mubaligh Arab, Parsi dan India telah memainkan peranan dalam menyebarkan Islam kepada masyarakat tempatan. Antara ulama yang terkenal dalam memainkan peranan dalam bidang ilmu ialah Syed Abdul Aziz, Syeikh Abdul Kadir bin Husin di kedah dan Syarif Karim Al-Makhdum yang dikatakan memulakan aktiviti dakwahnya di Melaka. Di samping itu, terdapat juga pedagang-pedagang yang berdakwah untuk menyebarkan ilmu Islam dengan lebih meluas. Penyebaran agama ini pada mulanya disebarkan kepada golongan bawahan dahulu kemudian barulah disebarkan kepada golongan atasan. Kejadian ini merupakan kejadian yang semula jadi. Fenomena sejarah Islam telah pun membuktikan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah memulakan dakwah Islam dari golongan bawahan. Hubungan yang erat di antara mubaligh-mubaligh Islam dan orang awam telah memudahkan lagi kerja dakwah yang hendak dilakukan kerana mereka sering bergaul di pusat-pusat perdagangan. (Abdullah Jusuh, 1990; 4) 
Kedatangan Islam ke tanah melayu telah berlaku pada abad kurun ke-12 Masihi lagi. Oleh kerana tiada bukti atau kesan peninggalan sejarah bagi membuktikan kewujudan institusi pendidikan Islam di negeri-negeri tanah melayu, maka wajarlah dikatakan bahawa ia dimulakan di Melaka pada abad kurun ke-15 Masihi. Menurut fakta sejarah, Melaka bukan sahaja terkenal dengan pusat perdagangan malah ia turut terkenal sebagai pusat keilmuan Islam yang aktif. Sejak Islam diterima oleh Parameswara pada tahun 1414 Masihi, kegiatan agama dan pendidikan Islam telah diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh ulama tempatan dan mubaligh. Seluruh masyarakat dan golongan atasan telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan Islam. Dari kegiatan dakwah itulah mereka berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap pegangan agama, kebudayaan dan ilmu pengetahuan. (Dr. Haji Abdullah Ishak, 1990; 165)
Fungsi istana pada ketika itu di samping menjadi tempat bermuzakarah tentang ilmu, ia juga berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab agama. Ia juga menjadi pusat dakwah oleh ulama-ulama bagi menyebarkan Islam di rantau ini. Istana menjadi institusi yang boleh dianggap sebagai induktrinasi pengajian kerana mata pelajaran dan kurikulum yang diberikan di institusi tersebut hampir serupa dengan zaman silam iaitu menekankan proses pembacaan, penulisan, bahasa Arab, pengajian Al-Quran serta asas-asas agama pada peringkat awal. Manakala, pada peringkat yang lebih tinggi didedahkan dengan ilmu Fiqh, Tauhid, Tasawwuf dan sejarah Islam serta lain-lain ilmu pengetahuan secara lebih mendalam dan lebih komprehensif. Ramai ulama dari negeri luar datang ke Melaka untuk menyebarkan ilmu pengetahuan Islam menerusi institusi-institusi tersebut. Antaranya ialah Sayyid Abd Al-Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Yusuf, Qadi Menus, Qadi Menawar Shah, Maulana Sadar Johan dan ramai lagi ulama lain. (Dr. Haji Abdullah Ishak, 1990; 166)
Dengan bantuan ulama-ulama dari luar, di samping cerdik pandai tempatan, taraf pengajian di Melaka dikatakan telah meningkat ke tahap yang lebih maju. Pelajar-pelajar institusi bukan sahaja terdiri dari anak-anak tempatan malahan ada yang datang dari luar terutama Jawa. Antara tokoh yang terkenal ialah Sunan Giri dan Sunang Bonang. Setelah tamat pengajian di institusi, mereka pulang ke Jawa untuk mengembangkan ajaran Islam di sana. Selain itu, institusi tersebut bukan sahaja melahirkan ilmuan Islam dari golongan rakyat malahan terdapat raja-raja yang menuntut di institusi tersebut, antaranya ialah Sultan Megat Iskandar Shah, Sultan Mansur Shah, dan Alaudin Riayat Shah. (Dr. Haji Abdul ishak. 1990; 167)
Walaupun begitu tidaklah disangkal tentang kewujudan kelanjutan struktur pengajian dan pendidikan tentang agama Islam yang berteraskan rumah, masjid, surau dan pondok. Pada zaman pemerintahan paramesawara, baginda telah memberikan tanah kepada saudagar-saudagar untuk membina masjid. Hal ini dapat dibuktikan dengan catatan sejarah yang berbunyi ‘He had given them land on which to build a mosque’, didalam buku oleh Joanna Moore, The story of Malaya tahun 1967 halaman 58. Pada kebiasaannya, surau dan masjid akan menjadi tempat untuk diadakan kelas-kelas fardu ‘ain, pelajaran tafsir Al-Quran, Tasawuf, ceramah agama dan juga kelas tajwid. Peningkatan dalam pembelajaran ini dikatakan amat berkait rapat dengan situasi masyarakat setempat dan perubahan masa. Penyebaran Islam yang semakin meluas telah menyebabkan percambahan institusi informal. Justeru, bilangan masjid dan surau telah bertambah. Ia merupakan satu perkembangan yang positif dalam tamadun Islam di tanah melayu ini. (Abdullah Jusuh, 1990; 7)

Kepentingan ilmu dalam masyarakat melayu telah lama subur dalam kehidupan mereka sejak sekian lama. Pertambahan bilangan penuntut yang datang dari jauh dan dekat telah menyebabkan pembentukan sistem pengajian pondok didirikan. Pondok-pondok didirikan di sekitar masjid berhampiran dengan rumah tuk guru. Tapak untuk mendirikan pondok ini pada kebiasaannya diwakafkan oleh tuk guru atau oleh orang perseorangan. Menurut kajian penyelidikan yang dibuat oleh sarjana-sarjana di universiti tempatan, mereka sepakat mengatakan sistem pondok ini berasal dari Fatani atau Patani yang terletak di Utara semenanjung Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana bukti yang sahih yang dapat diberikan ialah, banyak kitab agama hasil karya ulama di Fatani misalnya Syeikh Daud Al-Fatani yang terkenal pada abad ke-17 Masihi berada di dalam Negara ini. Di antara hasil terjemahan beliau ialah Kitab Furu’ Al-Masa’il wa usul Al-Masa’il yang diterjemah dari kitab Futuwah. Selain itu, ramai guru-guru agama yang mempelopori pengajian pondok pada abad ke-18 sehingga abad ke-20 telah mendapatkan pengajian awal di Fatani. Kemudian, barulah mereka melanjutkan pelajaran ke Makkah. Antara guru-guru agama tersebut ialah Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah dan Tuan Tabal. (Abdullah Jusuh, 1990;8)
Dengan kejatuhan Melaka pada tahun 1511 Masihi, Acheh telah mengambil alih peranan Melaka sebagai kuasa politik dominan yang berperanan sebagai pusat pengajian dan pendidikan Islam di rantau ini. Kejayaan tersebut jelas kelihatan pada abad ke 16 ke abad ke 17 Masihi, menerusi institusi-institusi pendidikannya dari peringkat rendah iaitu meunasah (madrasah), peringkat menengah iaitu ‘Rangkang’ dan peringkat tinggi iaitu ‘balee’. Walaubagaimanapun, masjid juga berperanan sebagai pusat pengajian di Acheh, yang antaranya ialah masjid Bait al-Rahim, masjid Bait al-Rahman dan juga masjid bait al-Musyahadah. Acheh juga mempunyai barisan ulama yang tidak kurang handalnya. Di Acheh, kedudukan ulama sangat tinggi sehingga dia dapat bertindak sebagai wakil sultan sementara waktu sebelum dipilih sultan baru. Tentang murid-muridnya pula, pendidikan Islam di sini benar-benar bersifat kerakyatan kerana ramai di antara mereka yang terdiri dari kalangan rakyat jelata. Mereka sama ada dari orang-orang tempatan sahaja atau dari luar negeri seperti Melaka, Fatani dan sebagainya. (Abdul Rahman Hj. Abdullah, 2006; 132)

SOSIAL
Kedatangan Islam dari segi sosial pula walaupun tidak kesuluruhannya berubah, namun ada tokoh sejarawan yang bernama Wertheim berpendapat bahawa kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai merasakan dirinya dihargai seperti golongan lain. Nilai sosial Islam tidaklah seperti agama hindu yang membeza-bezakan manusia kepada berbagai kasta dan kedudukan. Namun begitu, jika diteliti secara mendalam, struktur sosial di Nusantara tidaklah mengalami perubahan yang ketara kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan feudal masih kekal. Walaupun tidak sepenuhnya unsur-unsur sosial Islam menyerap masuk ke Nusantara, namun sudah terdapat nilai persamaan taraf antara manusia, tidak wujud lagi sistem perhambaan dan amalan kasta yang membeza-bezakan taraf hidup manusia. Cuma masih terdapat perbezaan status di antara golongan bangsawan dan golongan rakyat jelata. Komunikasi di antara kelompok manusia juga berjalan dengan sempurna. Ianya dijalin melalui sifat hormat-menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu. Di dalam, unsur-unsur tersebut amat ditekankan kerana ianya sebahagian daripada amal salih yang termasuk dalam konsep Jihad Fi Sabilillah. (Dr. Haji Abdullah Ishak, 1990; 132)
Perubahan sosial di alam melayu juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara. Beberapa aspek pemikiran yang wujud dapat membuktikan hakikat yang sebenar. Semua ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam ini menekankan konsep sama taraf di antara manusia di sisi Allah. Semua manusia itu berasal dari Adam (a. s) dan Adam dijadikan daripada tanah. Oleh itu, yang Maha Berkuasa ialah Allah, dialah yang menghidupkan segala sesuatu dan dialah yang mematikan jika dia mengkehendaki. Dan dia sajalah yang wajib disembah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat di alam melayu ini menolak kepercayaan tahyul hindu dan animisme. Selain itu, Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang berkaitan rukun iman dan perkara-perkara yang berhubungan dengan Sam’iyyat di samping hukum-hukum syara yang terdiri daripada perkara wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Unsur-unsur tersebut telah mempengaruhi pemikiran mereka, segala kerjaya dan tindak tanduk mereka mereka bukan semata-mata didorong oleh kesenangan duniawi tetapi juga untuk mendapat keredhaan Allah dan pembalasan di akhirat. (Dr. Haji Abdullah Ishak, 1990;134)

Prinsip syura pula telah menggantikan konsep amalan sistem kasta hindu. Prinsip ini telah menekankan bahawa semangat bermusyawarah perlu dipupuk di bawah sistem pemerintahan Islam. Prinsip ini dengan sendirinya dapat menolak amalan pemerintahan hindu yang meletakkan raja sebagai kata pemutus atas segala sesuatu. Semangat muafakat di antara raja dan pembesar amat dititik beratkan di bawah prinsip ini. Sejarah melayu ada menekankan bahawa kepentingan muafakat kedua-dua pihak ini terutamanya dari sudut kepentingan pembesar membantu dan menasihati raja. Ini dapat dilihat apabila raja diibaratkan sebagai api dan pembesar sebagai kayu oleh sejarah melayu. Ini bererti, tanpa perundingan di antara pembesar dan raja, raja tidak akan bertenaga dan berwibawa dalam urusan pemerintahannya. (Auni Abdullah, 1991; 11)
Sesungguhnya prinsip ini telah diberi perhatian khusus di bawah sistem pemerintahan Islam kerana ianya dapat memupuk semangat bermuafakat dan bekerjasama di antara raja dan para pembesar serta rakyat jelata demi menjamin keberkesanan urusan pentadiran negara berjalan dengan lancar. Yang paling utama sekali ialah ianya menerapkan pemerintahan yang lebih demokratik dan sikap saling bertanggungjawab di antara raja dan rakyat walaupun yang paling berat memikul tanggungjawab ialah raja. Prinsip syura ini kemudiannya dipercayai menjadi asas kepada pemupukan konsep gotong-royong iaitu bermuafakat yang telah pun diterima merupakan sebahagian daripada tradisi amalan masyarakat melayu. Timbulnya istilah surau dikaitkan juga dengan perkataan syura kerana surau dalam masa pertumbuhannya pada peringkat awal bukan sahaja dikenali sebagai tempat beribadat, tetapi juga sebagai tempat perbincangan untuk menyelesaikan masalah bersama dalam kalangan masyarakat desa. Justeru, peranan surau ini didapati masih berterusan sehingga kini. (Auni Abdullah, 1991; 12)
Konsep syura ini ada disentuh di dalam sejarah melayu apabila ianya berkait dengan hadis terkenal yang berbunyi “kullukum ra’in wakullu ra’in mas’ulun’an ra’iyyatihi” yang bermaksud ‘setiap kamu adalah pemerintah, setiap pemerintah bertanggungjawab terhadap bawahannya’. Gambaran ini selari dengan konsep khalifah di sisi ajaran Islam di mana khalifah bermaksud wakil Allah di muka bumi dan mereka dipertanggungjawabkan oleh Allah mengikut pangkat dan keupayaan masing-masing. Prinsip syura ini juga disebut di dalam hukum Kanun Melaka dan dalam wasiat-wasiat oleh Sultan Mansur Shah dari Melaka, Sultan Muzaffar Shah dari Perak dan Sultan Iskandar Muda dari Acheh. Sikap bermusyawarah dan bermuafakat bukan hanya sekadar sebutan tetapi ianya menjadi amalan beberapa orang raja. (Auni Abdullah, 1991;12)
Sebenarnya amalan syura ini semakin jelas dapat dilihat daripada suasana perhubungan di antara sultan dan ulama. Berdasarkan penelitian terhadap perkembangan sistem pemerintahan di Alam Melayu selepas kedatangan Islam, banyak amalan syura dapat dikesan akibat daripada tindakbalas secara sedar ataupun tidak di antara para pemerintah dengan ulama yang bertindak sebagai pengajar agama dan penasihat peribadi sultan. Ulama yang berperanan seperti ini banyak mempengaruhi sikap dan kelakuan para sultan. Mereka banyak memberi nasihat dan menganjurkan bimbingan. Dalam suasana inilah timbulnya keadaan yang mendorong kedua-dua pihak saling bertukar fikiran dan berbincang dengan berlandaskan semangat syura semasa mengendalikan urusan pemerintahan. Gambaran ini dapat diliihat dengan jelas dalam kandungan wasiat yang dilafazkan oleh raja-raja kepada para pengganti mereka dan pembesar-pembesar negeri. Soal peranan dan wasiat ini akan dihuraikan kemudian dengan lebih jelas. (Auni Abdullah, 1991; 13)
Dengan segala huraian di atas, jelaslah Islam dapat menerapkan satu aliran pemikiran dan sistem yang baru ke dalam sejarah pemerintahan di alam melayu. Islam terbukti bukan hanya sahaja dapat menyatukan penduduk dan kaum yang berbilang bangsa di alam melayu, malahan dapat membentuk perpaduan melalui konsep ummah. Yang paling mendapat kesan dengan kedatangan Islam ke alam melayu ialah keupayaan akidah membebaskan pemikiran rantau alam melayu daripada belenggu pegangan dan keyakinan mengenai sistem pemerintahan yang diwarisi dari zaman hindu oleh nenek moyang. Islam telah banyak memberikan sumbangan yang besar dalam pembentukan pemikiran yang berasaskan falsafah baru iaitu meletakkan garis pemisah di antara raja dan Allah mengenai kekuasaan, mengembalikan taraf kemuliaan insan dengan memberi hak menikmati kebebasan dan kesamarataan sebagai rakyat dan seterusnya mewujudkan suasana pemerintahan yang berdemokrasi. Dari sini, jelaslah bahawa kedatangan Islam telah mengasaskan tunas pemerintahan musyawarah dan berasaskan keadilan. Ini dengan sendirinya menghapuskan tentang kepercayaan dengan gagasan kesetiaan membuta tuli kepada raja yang telah diperbesar-besarkan sehingga diterima menjadi mitos dan menenggelamkan hak rakyat untuk menentang kemungkinan raja. Justeru, Islam telah banyak memberikan pengaruh di dalam bidang sosial, ilmu, dan politik di alam melayu. (Auni Abdullah, 1991; 14)

PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU DAN TAMADUN MALAYSIA
1. 0 PENGARUH DALAM SENI
Pengaruh kesenian Islam dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Diantaranya seperti seni bina, kaligrafi, seni suara dan muzik, seni ukir dan sebagainya. Dalam seni bina masjid, Alam Melayu telah mengambil konsep susun atur ruang yang ada pada masjid-masjid terdahulu. Hal ini telah membuktikan kedatangan Islam ke Alam Melayu. Ayat-ayat al-Quran, al Hadith dan syair pula ditulis dengan indah menggunakan pelbagai jenis seni khat. (Mohd Faizal P. Rameli, 2011 : h. 392)
Sementara seni suara dan muzik telah melahirkan kaedah bertarannum al-Quran, berzanji, qasidah, nasyid dan lain-lain. Manakala tembikar-tembikar dan dinding-dinding bangunan yang terdiri dari bahan batu mahupun kayu yang dihas dengan ukiran-ukiran yang menggunakan pelbagai motif yang berunsurkan Islam yang diambil dari negara Arab. Tidak ketinggalan juga rekaan busana dan pakaian yang beraneka rupa muncul dengan begitu banyak untuk menutup aurat dengan sempurna. . (Mohd Faizal P. Rameli, 2011 : h. 392)
Seni secara ringkas dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama : 
i) Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya. 
ii) Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni bina, seni hias, seni pakaian dan sebagainya. 
iii) Seni yang diperoleh melalui pendengaran dan penglihatan mata seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya. 
iv) Seni yang dinikmati melalui bacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa. 
Bagaimana pandangan Islam? Keindahan merupakan salah suatu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah subhanahu wa ta’ala. Keindahan merupakan salah satu sifat kesempurnaan-Nya. Allah sangat menyintai keindahan. Lantas segala yang dicipta-Nya juga merupakan pancaran keindahan-Nya. Dijadikan manusia sebagai makhlukNya yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia juga dihiasi dengan segala keindahan. (Profesor Mohd. Kamal Hassan, 1979. h. 39)
 Seni Islam ialah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak. Sedangkan seni yang tidak mempunyai nilai-nilai ini dikatakan sebagai seni yang tidak digalakkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Sebagai contoh ialah seni ukir patung, ia bukanlah hasil seni yang diharuskan oleh Islam kerana konsep pengukiran patung itu sendiri bercanggahan dengan akidah Islamiah dan sebagainya. 
Justeru itu, sebagai kesimpulan, sebarang bentuk kesenian seperti yang dihuraikan di peringkat awal adalah dihalalkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala. sekiranya ia dapat menyemai dan mempertingkatkan cita-cita beriman, bertakwa dan beramal soleh. Sebaliknya, ia menjadi haram apabila ia dapat menyebabkan berlakunya maksiat, kemungkaran, merosakkan akhlak, menimbulkan perasaan putus asa dan sebagainya. 

KESUSTERAAN
1. 1 ZAMAN SEBELUM ISLAM (PRA-ISLAM)
Puisi Arab sebelum Islam merupakan satu seni yang berkembang maju. Puisi terawal dalam bentuk yang dinamakan sebagai Razajterakam pada tarikh seawal kurun ke-6 Masihi lagi. Puisi pada zaman ini bukanlah pengucapan peribadi atau individu, tetapi ia merupakan ucapan bersama masyarakat atau ucapan kepercayaan agama. Ia juga memerlukan peranan kemasyarakatan dan ucapan keagamaan. Hasil-hasil karya perseorangan ataupun karangan yang mungkin mewakili ideology, yang diberi Diwan. ( Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997 : h. 142)
Kekayaan bahasa Arab dan keadaan penyair-penyair Arab yang berbakat tinggi memungkinkan penggubahan syair dari satu topik yang sama menjadi ucapan puisi yang berbagai-bagai. Hanya mereka yang memahami bahasa Arab dapat menikmatinya. ( Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997 : h. 144)

1. 1. 1 QASIDAH
Qasidah pada asalnya dalam bentuk puisi Arab yang telah mencapai kematangannya pada zaman pra-Islam. Puisi jenis ini mengandungi 50 hingga 100 baris. Pada zaman pra-Islam ia dituturkan dengan diiringi oleh muzik. Dalam qasidah biasanya penyair Arab Islam membicarakan pelbagai persoalan tentang kehidupan mereka di padang pasir sebelum dinyatakan persoalan pokok. Ia merupakan suatu bentuk puisi Arab yang diwarnai hingga sekarang. Di antara ciri-cirinya ialah : 
i) Mengandungi beberapa bahagian yang menyentuh topik-topik tertentu dan perlu mengikut undang-undang imejan, ungkapan dan motif-motif hinggakan urutan bahagian ini tetap tidak boleh diubah. ( Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997 : h. 144)
ii) Qasidah dimulakan dengan nasib iaitu bahagian-bahagian pengenalannya. Biasanya tema nasib berputar di sekitar ingatan lama yang erat dan mengharukan tentang hari-hari silam. Sudahnya menjadi tradisi bagi penyair Arab menggubah puisi dengan memperkatakan suatu kisah pencintaan penyair sebagai satu pendahuluan. ( Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997 : h. 144)
iii) Kemudiannya terdapat unsur fakhr atau iftikhar (puji-pujian atau bangga diri) yang dapat mengetengahkan gambaran tentang konsep wira Arab yang unggul. 
( Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997 : h. 144)

1. 2. 2 PROSA (Ayyam)
Cerita-ceritanya adalah tentang perhubungan antara suku kaum Arab, persahabatan atau permusuhan antara mereka. Perjalanan yang teratur dalam skima yang tetap. ( Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997 : h. 143)

1. 3 ZAMAN ISLAM
1. 3. 1 CERITA-CERITA NABI MUHAMMAD sallallahu ‘alaihi wa sallam
Dari segi kesusteraan, pada zaman permulaan Islam ramai pendakwah telah menulis yang terdiri daripada cerita-cerita Nabi Muhammad, cerita-cerita dalam al-Quran, cerita-cerita sahabat Nani dan tokoh Islam, cerita-cerita pahlawan Islam, cerita-cerita tentang ahli-ahli sufi, cerita-cerita rekaan dan puisi melayu yang terdiri daripada Hamzah Fansuri, Sheikh Abdul Rauf Singkel, Abdul Rauf dan tanpa pengarang. ( Mustafa Haji Daud, 1991 : h. 329)
Islam telah memperkenalkan sejenis karya prosa iaitu cerita-cerita Nabi Muhammad yang lebih dikenali dengan nama hikayat yang belum diketahui sebelum kedatangan Islam. Malah sebaik sahaja kedatangan Islam, banyak prosa berunsur Hindu yang diberi nama hikayat. Cerita ini terdiri daripada Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Muhammad dan Iblis, Hikayat Puteri Salamah yang mencerita tugas seorang isteri dalam Islam, Hikayat Seribu Masalah yang mencerita dialog Nabi Muhammad dengan Yahudi, Hikayat Nabi Mengajar Ali, Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah(Ibid. h. 21)
Hikayat-hikayat ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Nusantara. Ia berasal daripada Bahasa Arab yang diubah ke dalam Bahasa Malaysia. Kemudian ia disalin ke dalam berbagai-bagai bahasa daerah. Hikayat ini dibaca di dalam majlis keramaian seperti majlis Maulud Nabi dan sebagainya (Dr Ismail Hamid, “Peranan Hikayat Bani Muhammad Dalam Pembinaan Kesusteraan Nusantra”, Bahasa dan Sastera Nusantara: Sejarah dan Masa Depannya, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980), h. 242)
Sebelum ia diubah ke bahasa Malaysia, ia terlebih dahulu tersebar di negara-negara Arab dan Parsi. Sebahagian hikayat ini ditulis oleh ulama sejarah Islam yang terkenal seperti Ibnu Ishaq, Ibnu Hisyam, al-Tabari, Ibnu Athir dan sebagainya berdasarkan kepada al-Quran. Ada juga pada mulanya merupakan tradisi lisan yang telah dibukukan (Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, h. 330)
Hikayat-hikayat yang berkaitan dengan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. semakin tersebar dengan meluas sejak terdirinya kerajaan Fatimiah di Mesir. Tradisi membaca sirah Nabi akhirnya menjadi satu upacara tahunan yang kebanyakan negara Islam, termasuk Malaysia dan Indonesia. (Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, h. 330)
Daripada tradisi inilah, akhirnya telah mendorong Ulama di Malaysia dan Indonesia telah mengubah kitab-kitab tersebut dari bahasa Arab kepada bahasa Malaysia. Ini dinamakan hikayat di rantau ini kerana lebih bersifat fiksyen daripada daripada sejarah yang kurang menitikberatkan tarikh. (Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, h. 330)
Hikayat Nabi Muhammad dikatakan hikayat yang tertua sekali dalam masyarakat Nusantara. Ia sangat berkesan dalam penyebaran dakwah Islamiah di rantau ini. Contohnya seperti kemasukan Islam ke Malabar. Rombongan mubaligh dari Khurasan mengadap Raja Perumal Cruganeore dalam tahun 1583. Mereka menyeru baginda memeluk Islam dengan membaca Hikayat Mukjizat Bulan Terbelah. Setelah mendengar hikayat itu, raja tersebut tertarik hati dan terus memeluk Islam. (Ibid. h. 247)
1. 3. 2 CERITA-CERITA DALAM ALQURAN
Islam juga telah memperkenalkan prosa iaitu cerita-cerita dalam al-Quran. Cerita-cerita dalam al-Quran ini ialah Hikayat Nabi Sulaiman, Hikayat Nabi Musa, Hikayat Nabi Yusuf, Hikayat Nabi Zakaria, Hikayat Lumkan al-Hakim, Hikayat Nabi Allah Ayub, Hikayat Nabi Musa Munajat dan lain-lain. Al-Quran terdiri daripada 30 juzuk, 114 ayat dan 6666 kalimah yang mengandungi prinsip utama dan Intisari ajaran Islam yang dapat diringkaskan kepada tiga, iaitu akidah, syarak dan akhlak. Ada yang menyampainya secara langsung dan tepat seperti hukum halal dan haram berkaitaan dengan tiga bidang tadi. Ada juga yang menyampainya melalui kisah-kisah yang menyampaikan ajaran Islam di dalam ketiga-tiga hal di atas secara tidak langsung, permisalan, perbandingan dan sebagainya melalui cerita para Rasul, para Wali dan umat-umat sebelum kedatangan Islam. ( Mustafa Haji Daud, 1991 : h. 302)
Dalam segi isi, kesusteraan mendapat kedudukan yang tinggi di dalam al-Quran. Cerita-cerita ini dapat memberi teladan dan pengajaran kepada pembaca al-Quran. Al-Quran juga menceritakan jalan cerita sebenar yang akan berlaku dan yang telah berlaku supaya umat Islam dapat mengelakkan diri daripada perkara yang dimurkai oleh Allah dan mengambil iktibar daripada cerita-cerita rakyat terdahulu yang pernah dibinasakan oleh Allah. 
Cerita dalam al-Quran ini adalah benar dan tidak diubahsuai untuk kepentingan mana-mana pihak. ( Mustafa Haji Daud, 1991 : h. 302)

Ketinggian al-Quran tidak dapat ditiru oleh sesiapa pun dan tidak dapat dianggap sebagai karya sastera, namun ia tetap dijadikan sebagai panduan, bahan rujukan dan hasil karya yang paling utama dalam bahasa dan kesusteraan Arab sehingga ke hari ini. (Abdul Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Shaari, Arip Saaya, 1995 : h. 218)
Dari kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa kandungan kitab suci al-Quran itu adalah wahyu Allah yang suci dan tidak sama sekali diletakkan setaraf dengan hasil sastera ciptaan manusia. Namun, kerana bentuk wahyu yang begitu indah dan maksudnya yang meluas, tinggi dan penuh rahsia sudah tentu ia harus dihargai sebagai satu bentuk seni sastera yang maha agung di luar kemampuan manusia (Abdul Rahman Nawas, Nawawee Mohammad, Omardin Haji Shaari, Arip Saaya, 1995 : h. 218)

1. 3. 3 CERITA-CERITA SAHABAT NABI DAN TOKOH ISLAM
Cerita-cerita tentang para sahabat Nabi dan tokoh Islam juga diubah menjadi cerita seperti Hikayat Abu Bakar, Hikayat Amir al-Mu’minin Umar, Hikayat Abu Syahmah, Hikayat Abu Bakar dan Rahib Yahudi, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Hassan dan Hussain dan lain lain. 

Cerita yang dituliskan ini untuk membuktikan dan menceritakan tentang pejuangan sahabat Nabi dalam mempertahakan Islam. Cerita ini digubah oleh penulis hikayat berkenaan dengan tujuan untuk menyalurkan pengajaran Islam kepada pembaca. Dalam cerita tersebut, ia terdapat amanat-amanat yang menyeru para pembaca supaya beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. 
 Di samping menekankan konsep iman, cerita-cerita ini juga menekankan tentang keperluan umat Islam untuk mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNYa iaitu Amar Maruf Nahi Mungkar. Mereka yang ditidak melanggar perintah Allah akan diberi balasan dengan kehidupan syurga di hari akhirat dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan. Sementara, orang yang mengingkari perintah Allah akan diseksa di dalam neraka yang penuh sengsara. Persoalan pokok atau tema seperti persoalan syurga dan neraka, cerita-cerita dan tokoh Islam juga turut membicarakan pelbagai aspek pemikiran Islam. 
1. 3. 4 CERITA-CERITA PAHLAWAN ISLAM 
Kedatangan Islam telah melahirkan hikayat pahlawan-pahlawan Islam yang terbilang seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Raja Jumjumah, Hikayat Saif Dzul Yazan dan lain-lain. ( Mustafa Haji Daud, 1991 : h. 330)

Semuanya adalah jenis roman yang mendapat tempat di kalangan masyarakat Nusantara. Walaupun kegagahan pahlawan-pahlawan itu digambarkan di dalam roman tersebut sebagai luar biasa, tapi ia diterima sebagai sesuatu yang realistik. Yang lebih utama, roman ini bukan sekadar hiburan tetapi membawa risalah akidah Islamiah. Pahlawan-pahlawan itu ialah mereka yang kuat berperang teguh kepada akidah Islamiah yang menjadi tonggak kekuatan yang membawa kepada kejayaan mereka. (Rahman Shaari dan Nurazmi Kuntum, 1984 : h. 151)

1. 3. 5 CERITA-CERITA TENTANG AHLI-AHLI SUFI

Dalam perkembangan sejarah Islam terdapat ahli-ahli Sufi yang terkenal dalam dunia Islam dan telah menjadi ikutan ramai. Cerita-cerita tentang ahli Sufi sering dituturkan sehingga menjadi suatu lagenda. Cerita-cerita itu kemudiannya telah dituliskan oleh sesetengah orang. Penulis Islam di Alam Melayu turut mengubah cerita-cerita mengenai tokoh-tokoh yang sering disebut oleh orang ramai pada masa itu. Cerita yang ditulis itu telah menjadi contoh dan teladan kepada pembacanya. Cerita-cerita tersebut ialah Hikayat Sultan Ibrahim, Hikayat Abu Yazid Bistami, Hikayat Syeikh Abdul Kadir Jailani, Hikayat Rabe’ah dan lain-lain lagi. 
( Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997 : h. 144)


Cerita sufi ialah cerita kerohanian yang dapat dianggap sebagai pancaran pegangan tauhid yang mengalir dalam urat nadi penyair atau pembaca. Sesetengah ahli Sufi dalam sejarah perkembangan tasawuf juga menjadi penyair. Mereka mencipta puisi atau cerita di samping menyelitkan ajaran dan doktrin tasawuf dalam karya mereka. ( Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997 : h. 144)

 Puisi merupakan satu saluran yang sesuai bagi ahli-ahli sufi untuk menyatakan segala perasaan hati nurani mereka dan terbuku di hati mereka. Sastera Sufi juga terhasil daripada pengalaman dan penghayatan estetik yang dilahirkan segala puitis untuk meluahkan perasaan kecintaan kepada Allah dan merupakan manifestasi daripada kemanisan iman. ( Hj Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997 : h. 144)

1. 3. 6 CERITA-CERITA REKAAN 

Islam juga memperkenalkan cerita-cerita rekaan yang terdapat di Nusantara. Di antaranya ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayat Seribu Satu Malam dan sebagainya. (Zuber Usman, Ibid. h. 97)

Zuber Usman telah menjelaskan bahawa cerita-cerita rekaan ini adalah pengaruh Parsi. Contohnya Hikayat Bayan Budiman. Dalam bahasa Parsi dikenali sebagai Titunamen. Cerita ini bukan sahaja terkenal di Nusantara, malah ia juga terdapat dalam bahasa daerah seperti Jawa, Makasar dan sebagainya. ( Ibid. h. 95)

 Islam bersifat sejagat. Ia menerima sebarang karya kesusteraan tanpa terikat dengan faktor geografi, bahasa, keturunan, masa dan sebagainya. Walaupun cerita jenis ini berasal dari Parsi, ia tetap mengandungi banyak pengajaran yang dapat membentuk akhlak masyarakat. Justeru itu, ia dapat diterima oleh Islam. Buktinya dalam Hikayat Bayan Budiman yang memperlihatkan pembalasan ke atas isteri yang curang terhadap suaminya. Sebaliknya, mereka yang ikhlas dan taat kepada Allah subhanahu wa ta’ala sentiasa mendapat pelindungan. (Ibid)


Di dalam hikayat ini juga mengandungi nasihat kepada seseorang bagaimana untuk memilih sahabat. Sahabat yang dicadang dalam hikayat ini ialah amanah dan ikhlas. 
(Zuber Usman, Ibid. h. 96)

 Sebenarnya cerita rekaan ini amat berkesan dalam menyampaikan sesuatu nasihat. Melalui cerita sisipan yang banyak, sesuatu nasihat itu sentiasa diulang-ulang yang dapat memberikan pemantapan kepada nasihat tersebut. ( Mustafa Haji Daud, 1991 : h. 332)

1. 4 PUISI MELAYU

Islam bertanggungjawab memperkenalkan berbagai-bagai bentuk puisi dalam kesusteraan Nusantara seperti syair, ruba’i, qit’ah, ghazal dan nazam yang dibawa sama ada dari Tanah Arab atau Parsi. Syairlah paling luas pengaruhnya di antara jenis puisi yang disebut di atas. (Ibid. h. 133. )

Antara prosa dan puisi yang mana lebih awal tersebar di Nusantara? Kebanyakan sarjana kesusasteraan Nusantara berpendapat bahawa prosa lebih awal tersebar di Nusantara berbanding puisi, walaupun tidak bererti yang puisi tidak dikenali sebelum ini. 
Buktinya, puisi baharu meluas penggunaanya setelah ilmu-ilmu Islam dalam bentuk prosa berkembang luas seperti ilmu kalam, fekah, tasawuf dan sebagainya. Puisi digunakan sebagai media untuk menyampaikan pelbagai isi ilmu. Syair, masnawi, ruba’i, qit’ah, ghazal dan nazam semuanya selalu digunakan. Tetapi, syairlah yang lebih ketara. (Syafie Abu Bakar, 1980 : h. 56)

Tradisi intelektual di Nusantara, terutamanya di Pasai dan Acheh, puisi dipergunakan di peringkat tinggi. Di peringkat awal, prosa terlebih dahulu digunakan. Tradisi intelektual dalam bentuk prosa ini lebih maju ke hadapan dengan menggunakan syair apabila isi-isi penting sesebuah kitab telah dicatatkan di tepi yang dikenali sebagai matan yang merupakan rumusan penting. ( Ibid)

Pada zaman keagungan kerajaan Islam Acheh, syair merupakan puisi yang paling luas pengaruhnya dalam perkembangan intelektual dan kegiatan ilmiah. Banyak syair yang telah diterbitkan oleh beberapa penulis. Antaranya ialah Hamzah Fansuri. Beliau telah mengarang syair iaitu Penulis Tasawuf, Syair Dagang, Syair Burung Pungguk, Syair Perahu, Syair Burung Pinggai, Syair Sidang Fakir dan sebagainya. Syair juga dikarang oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Beliau telah mengarang syair yang bertajuk Bercorak Tasawuf dan Syair Makrifat. Abdul Rauf juga mengarang syair yang bertajuk Syair Takrif al-Huruf (tasawuf). Syair juga dikarang tanpa pengarang. Antara syair yang diterbitkan ialah Syair Makrifat dan Alam Tasawuf, Syair Mistik dan Tauhid, Syair Unggas Bersoal Ilmu Akhirat, Syair Kiamat dan Syair Cerita Dalam Kubur. . (Mustafa Haji Daud, 1991 : h. 334)

Oleh kerana ilmu-ilmu ini sukar difahami dan diingati maka syair memainkan peranan penting. Syair bertanggunjawab untuk memudahkan proses pembelajaran. Melalui syair, ilmu bukan sahaja mudah difahami, tetapi ia juga lebih mudah untuk dihafalkan, mengurangkan kepenatan belajar, mengurangkan kejemuan, menyeronokkan dan menghiburkan. . (Mustafa Haji Daud, 1991 : h. 334)

Syair maju ke hadapan apabila ia mampu menjadi media yang menyampaikan karya yang lebih berat dan serius iaitu falsafah dan sufisme. Di antara ulama yang berjaya menggunakan syair dalam bidang ini iaitu Hamzah Fansuri. Dapat dikatakan kebanyakkan ulama yang mengarang kitab-kitab yang termasyhur di Nusantara ini sentiasa menggunakan puisi, terutamanya syair dalam kitab mereka. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh -Abdul Samad al-Palembang dan lain-lain lagi yang tidak terkecuali dalam hal ini. 
(Ibid h. 57-58)

Syair juga berdiri sendirian untuk menyampaikan berbagai-bagai tema. Antara tema yang dipergunakan ialah untuk menghuraikan sifat, kesempurnaan Allah subhanahu wa ta’ala, akhlak yang terpuji, sirah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, Fatimah, para sahabat dan tokoh-tokoh Islam yang berjaya dalam menegakkan kalimah Allah subhanahu wa ta’ala. . (Mustafa Haji Daud, 1991 : h. 334)

Tradisi ini sebenarnya adalah lanjutan daripada kegiatan yang berkembang di Tanah Arab. Banyak sasterawan yang menghasilkan puisi yang mempunyai tema seperti di atas tadi. Muhammad al-Busiri menghasilkan puisi pujian terhadap Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang dikenali sebagai al-Burdah Ahmad Marzuki menghasilkan puisi Aqidat al-Awam yang kemudiannya diulas oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. (Mustafa Haji Daud, 1991 : h. 334)

Selain Tanah Arab, syair juga berkembang di Parsi. Di situlah lahirnya penyair-penyair terkemuka seperti Firdausi (1935-1020) yang menggunakan bahasa Parsi. Syair dikatakan bertanggungjawab mengembalikan kekuatan bahasa Parsi sebagai bahasa ilmiah. Beliau menghasilkan Syair Shah Nameh, yang terdiri daripada 60, 000 rangkap dan Syair Yusuf dan Zaleha terdiri daripada 9, 000 rangkap (Aziz Deraman, 1980 : h. 56)
Syair-syair tema Islam banyak tersebar di Nusantara. Syair di Nusantara menerima pengaruh secara langsung dari Tanah Arab. Pengaruh ini amat jelas kelihatan di dalam syair-syair di Nusantara, iaitu wujud persamaan di akhir setiap rangkap syair. (Syafie Abu Bakar, Ibid h. 58). 

Keistimewaan lain syair tema Islam di Nusantara ialah ia dapat dilagukan dalam 16 rentak yang biasa didendangkan dalam majlis keramaian, seperti maulud Nabi, kenduri kahwin, berkhatan, kesyukuran dan sebagainya. Dendangannya adalah lebih kurang sama dengan berzanji. 
PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU-PERLEMBAGAAN

Apabila Islam mula tersebar di Tanah Melayu, politik Tanah Melayu lebih teratur dan bercorak Islam selepas Perlembagaan digubal. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran Negara. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua-semua undang. Selepas Islam tersebar luas di Tanah Melayu, Perlembagaan Persekutuan telah dikuatkuasakan kepada bentuk-bentuk pemerintah bercorak Islam. Yang pertama, mengikut Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dngan aman dan damai di mana-mana Persekutuan. Oleh itu, Islam adalah agama rasmi Negara sedangkan penganut agama lain pula bebas mengamalkan agama masing-masing. Yang kedua, dalam bahagian I, Ceraian 3(2) telah menyebut bahawa sultan-sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing tetapi Melaka dan Pulau Pinang adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong. Yang ketiga, dalam bahagian II, Ceraian 12(2) menegaskan pula bahawa tiap-tiap perkumpulan agama mempunyai hak mewujud dan memelihara lembaga-lembaga untuk mendidik anak-anak dan menganjurkan pengajaran agamanya sendiri. Tetapi Islam dilindungi oleh undang-undang Persekutuan. Yang keempat, dalam bahagian II, Ceraian 12(3) ada menyebut bahawa seseorang itu tidak akan dipaksa mendapat penganjaran dalam agama atau ikut serta dalam sesuatu upacara perlaksaan ajaran sesuatu agama lain daripada agamanya sendiri. Sebagai agama suci, Islam tidak mengalakkan penganutnya memaksa orang lain memasuki Islam secara kekerasan, sebagaimana firman Allah maksudnya : “ Tiada paksaan dalam Islam”. Yang kelima, dalam bahagian IV, Ceraian 34(1) ada menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak akan menjalankan tugas Sultan dari negeri-negeri bahagian melainkan tugas-tugas selaku ketua dari agama Islam. (Rujukan : Tamadun Islam / Abdul Rahman Nawas)
 Dalam bidang perundangan mengenai hal-hal agama Islam, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh tetapi Kerajaan Pusat tidak boleh membuat sesuatu undang-undang berhubung dengan agama Isalm, tanpa terlebuh dahulu mendapat persetujuan dengan Kerajaan Negeri yang bersangkutan. Kerajaan Negeri merupakan pusat pentadbiran sesebuah negeri. Kerajaan ini lazimnya mempunyai kuasa yang agak terhad seperti kuasa menentukan undang-undang negeri, pendidikan, budaya dan sebagainya. Sungguhpun Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam soal-soal pentadbiran agama tetapi untuk tujuan penyelarasan. Kerajaan Negeri merujuk undang-undang awam Inggeris, Enakmen undang-undang awam oada tahun 1937 telah diperluaskan ke Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kerajaan Pusat tidak akan campur dalam urusan-urusan negeri melainkan ia bertentangan dengan undang-undang persekutuan tetapi Kerajaan Pusat melalui Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong boleh campur tangan dalam hal ehwal agama Islam. Kerajaan Pusat boleh memberi bantuan kewangan khas untuk menyelenggarakan institusi Islam dan menganjurkan ajaran Islam. Oleh itu, Kerajaan Pusat telah menubuhkan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam pada 17 Oktober 1968 untu menyelesaikan masalah ketidakseragaman dalam pentadbiran Islam di negeri-negeri semenanjung. Kemudian, kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan iaitu peruntukan hukuman bagi kesalahan –kesalahan termasuklah kesalahan jenayah Syariah untuk seluruh Persekutuan, namun peruntukan yang diluluskan hanya berkuatkuasa di negeri-negeri jika Badan Perundangan Negeri menggubal atau meminda undang-undang kesalahan jenayah Syariah di negeri-negeri masing-masing supaya selaras dengan peruntukan berkenaan. Hal ini disebabkan, dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam, Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri masing-masing termasuk wilayah-wilayah Persekutuan. Apa yang menarik perhatian ialah di Wilayah-wilayah Persekutuan, undang-undang yang berkaitandengan pentadbiran undang-undang Islam adalah diluluskan oleh Parlimen yang juga berfungsi sebagai Badan Perundangan Persekutuan. Namun, perlu difahami bahawa status undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama atau hokum Syarak hanya berkuat kuasa di dalam Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja dan sama seperti undang-undang Islam yang digubal di negeri-negeri (dalam Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1). Kuasa tersebutdibuat dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Senarai 1 Senarai Persekutuan Butiran 4 yang memperuntukkan bahawa “Undang-undang dan acara Sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk menentuakn Hukum Syarak (26) dan lain-lain undang-undang diri bagi maksud undang-undang Persekutuan. Namun Badan Perundangan Negeri tidak diberi kuasa menggubal suatu peruntukan yang melebihi daripada peruntukan berkenaan dan harus mengambil kira perkara 75 Perlembagaan Persekutuan. (Rujukan : Tamadun Iskam/ Abdul Rahman Nawas) 
 Selain itu, kerajaan-kerajaan negeri yang lain juaga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di bawah Jadual Kesimbilan Senarai 2 Seanarai Negeri Butiran 1 mempuruntukkan iaitu yang pertama, Hukum Syarak dan Undang-Undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut agama Islam, termasuk hokum Syarak yang berhubug dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian maskawin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat. Yang kedua, wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan. Yang ketiga, zakat fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya, masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam. Yang keempat, mengadakan atau menghukum kesalahan –kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan. Yang kelima, keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamh Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak memunyai kuasa mengenai kesakaha-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan. Yang keenam, mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara iorang-orang yang menganut agama Islam. Yang terakhir, menentukan perkara-perkara hokum syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu. (Rujukan : Tamadun Islam/ Abdul Rahman Nawas)
 Pentadbiran Tanah Melayu juga banyak berubah sejak pengaruh Islam dibawa di Tanah Melayu. Sungguhun Islam merupakan agama rasmi Persekutuan tetapi kerajaan Pusat tiada berkuasa melaksanakan soal-soal yang berkaitan dengannya kecuali untuk tujuan adat istiadat. Doa-doa dibaca dalam upacara rasmi dan ini dilakukan secara Islam. Urusan pentadbiran agama Islam tiap-tiap buah negeri itu diketuai oleh sultan masing-masing. Duli Yng di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi Melaka dan Pulau Pinang. Urusan pentadbiran agama Isalm di tiap-tiap buah negeri itu ditadbir dengan cara tersendiri dan didukung oleh ulama-ulamadan golongan cerdik pandai tempatan. Sungguhpun Mazhab Shafie diamalkan di seluruh negeri tetapi corak pentadbiran agama negeri berbeza di anatar satu dengan yang lain. Kebebasan bagi negeri masing-masing mentadbir dengan cara tersendiri itu juga meliputi masalah fatwa. Sekarang ini, badan pentadbir agama diuruskan oleh Majlis Agama Islam dan mahkamah Syariah. (Rujukan: Tamadun Islam/Abdul Rahman Nawas)
Majlis juga ditubuhkan di Tanah Melayu iaitu diketuai oleh seorang Yang di-Pertuan, Fungsi Majlis ini adalah untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong atau sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan agama Islam di dalam negeri. Oleh itu, kadi-kadi dan Kadi Besar yang bertanggungjawab bagi membicarakan soal perkahwinan, perceraian, khalwat, tidak berpuasa di bulan Ramadan, enggan menunaikan sembahyang jumaat dan bersekedudukan. Selain itu, tiap-tiap buah negeri mempunyai Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Ahli-ahli majlis ini dilantik oleh baginda Sultan dan pengawai-pengawai-pengawai yang bertugas dalam Majlis itu ialah Yang pertama, Yang di-Pertuan Agong, yang kedua Setiausaha dan yang terakhir ketua jabatan iaitu Jabatan Pendidikan, Jabatan Penerangan dan Tabligh, Jabatan Harta Wakaf dan lain-lain. Kuasa Majlis Agama Islam adalah mengawal dan memerhati perkara-parkara yang menimbulkan kesesatan, kemungkaran dan perbuatan yang boleh mencemarkan masyarakat Islam, mengembangksn pendidiksn dan kebudayaan yang bercorakkan Islam, mengumpulkan sumbangan dan bantuan masyarakat Islam seperti harta-harta wakaf, zakat dan lain-lain, menjaga bangunan agama seperti masjid dan surau. Dan memberi tauliah dan membuat perlantikan kepada yang berikut iaitu mengeluarkan tauliah kepada mereka yang layak berdasarkan kelulusan ijazah dan lain-lain, melantik imam bagi tiap-tiap mukmin, melantik ulama untuk menganggotai Majlis Agama Islam Negeri untuk membincangkan sesuatu masalah yang berbangkit dalam masyarakat dan mendaftarkan mereka yang baru menganut agama Islam serta memberi perlindungan kepada mereka. (Rujukan : Tamadun Islam/ Abdul Rahman Nawas)

Mahkamah Syariah juga ditubuhkan oleh badan pentadbir agama. Mahkamah ini merupakan tempat pengadilan bagi orang Islam untuk menyelesaikan pengaduan yang bersabit dengan nikah-nikah, talak-cerai dan harta pusaka. Dalam pada itu, ia juga mengawasi perkara-perkara yang berhubung dengan masyarakat dan maruah Islam seperti meninggalkan sembahyang Jumaat, puasa, khalwat dan seumpamanya. Tiap-tiap daerah di sesebuah negeri diadakan juga mahkamah Syariah yang dikenali Pejabat Kadi. Kadi-kadi itu adalah di bawah Kadi Besar di peringkat negeri. Jawatan yang tertinggi di peringkat negeri adalah Mufti atau Syaikhul Islam. Mereka ini mengeluarkan fatwa yang berhubung dengan sesuatu perbuatan dalam masyarakat dan sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam hokum Islam. (Rujukan : Tamadun Islam/Abdul Rahman Nawas)
Jabatan Perdana Menteri pula mempunyai peruntukan khas untuk mengendalikan hal ehwal agama Islam, misalnya Masjid Negara terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Pusat Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) juga telah ditubuhkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Oleh itu, dapat dikumpulkan dan disatukan fikiran mengenai zakat, fitrah, baitulmal, wakaf dan tarikh penetapan awal Ramadan dan Syawal. Dan bantuan keawngan juga diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan Kebajikan Islam di kalangan penduduk Tanah Melayu dan lain-lain lagi. Jabatan Perdana Menteri juga menjalankan aktiviti dakwah melalui Institiut Dakwah Islamiah Pusat Penyelidikan Islam Jabatan Perdana Menteri. Di samping itu, Perlembagaan Malaysia Bab (12) Ceraian (2) menyatakan : “Undang-undang Persekutuan membolehkan diberi bantuan kewangan khas untuk mengadakan atau menanggung tempat-tempat pengajian Islam, atau mengadakan pengajaran Islam kepadaorang-orang Islam”. Undang-undang Pelajaran 1956 Bahagian 49 antaranya menyebut, “Manakala ada 15 orang murid atau lebih beragama Islam di sebuah agama Islam di sebuah sekolah yang menerima bantuan, maka guru agamanya hendaklah diadakan. ”(Rujukan: Nota CTU/ Ustaz Aziz Abd Harjin)
Pengaruh Islam dalam suruhan politik melayu, iaitu pengaruh Islam dalam perlembagaan, Persekutuan Bahagian Kedua Perlembagaan. Yang pertama, Ceraian (8) da mengatakan bahawa semua orang adalah sama terhadap undang-undangdan berhak atas perhitungan yag sama dari undang-undang. Firman Allah yang bermaksud :” Sesungguhnya semulia kamu pada pandangan Allah adalah orang yang paling taqwa. Iaitu sesiapa yang lebihberbakti antara kamu. ” ( Surah al-Hujurat : 13). Yang kedua, Ceraian (12) berbunyi : “ Tiada pilih kasih terhadap seseorang penduduk hanya berdasarkan agama, suku bangsa, keturunandan tempat kelahiran”. Dalam al-Quran Tuhan menyuruh yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan melakukan kebaikan, bertimbang rasa dandiperintahkan dari berlakunya kekejian dan kebencian. ” ( Surah an-Nahl: 90). Sesorang yang bukan menganut Islam mempunyai hak yang sama dengan orang Islam walaupun mereka itu berlainan warna kulit dan keturunan. Yang ketiga, Ceraian 13 (1) mengatakan : “seseorang itutidak akan tidak dirampas miliknya sesuai dengan undang-undang. ” Allah berfirman yang bermaksud : “ Janganlah kamu mengambil harta antara kamu dengan cara yang tidak benar, dan janganlah kamu kamu memberi rasuah kepada petugas-petugas untuk mendapatkan harta-harta manusia dengan cara dosa”. Tiga pengaruh Islam tersebut dalam politik melayu mendorong kepada penyebaran Islam yang meluas di kalangan yang bukan menganut Islam kerana Islam memberi hak sama rata kepada semua orang. (Rujukan : Tamadun Islam/ Abdul Rahman Nawas )
Yang keempat pula, Bahagian IV, Ceraian 32 (1) : Persekutuan mempunyai pemimpin tertinggi umat Islam. Beliau bertugas sebagaimketua agama, Panglima Tertinggi Tentera Islam dan Maha Hakim. Yang kelima, Bahagian IV, Ceraian 41 : Yang di-Pertuan Agong adalah Panglim Tertinggi angkatan perang Persekutuan. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah juga sebagai Panglima Tertinggi Perajurit Islam. Ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu mengamalkan politik seperti Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Yang keenam, Bahagian Iv, Cearaian 43 : Tabiat bertanggungjawab terhadap Panglima. Mengikut hadis yang bermaksud : “ Setiap kamu dalah penjaga dan setiap penjaga adalah bertanggungjawab terhadap penjaganya. ” Yang ketujuh, Bahagian IV, Ceraian 44 : Kekuasaan Perundangan Persekutuan berada di tangan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis yang terkenal dengan nama Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Al-Quran ada menyebut yang membawa maksud : “ Dan urusan mereka dimesyuaratkan antara mereka sendiri(umat Islam). ” Yang kelapan, BahagianVIII, Ceraian 144 (1): Jawatankuasa pemilihan dimasyurkan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berundang dengan Majlis Raja-Raja. Rsulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menunjukkan Abu Bakar r. a ketika hendak meninggal dunia telah mencadangkan Umar bin Al-Khattab r. a sebagai gantinya. Ketika Umar r, a menempuh maut, belaiu telah menyatakan pemilihan penggantinya kepada sebuah jawatankuasa yamg terdiri daripada enam orang sahabat r. a sebagai Badan Pemilih. Yang kesembilan, Bahagian IX, Ceraian 122 (1) : Mahkamah Agong terdiri daripada Hakim Besar dan hakim-hakim lain. Umar bin Al-Khattab r. a telah melantik seorang Kadi(hakim) bagi tiap-tiap daerah dan dalam zaman Umar bin Abdul Aziz, belaiu sendiri telah menjadi Hakim Besar. Dan yang terakhir, Bahagian XII, Ceraian 152 (1) : Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan cara pemakainnya diatur oleh Parlimen dengan undang-undang. Dalam zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam hanya bahasa Arab sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa agama. Bahasa ini kemudiannya dirasmikan dalam negeri Islam oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan (Umayah ). Dengan satu bahasa rasmi sahaja, sesebuah negara itu akan menjadi aman damai. (Rujukan : Tamadun Islam/ Abdul Rahman Nawas ). 

Rentetan itu, pengaruh Islam dalam perlembagaan negeri. Yang pertama, Ceraian 5, undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (1948) ; Undang-undang negeri hendaklah agama Islam, manakala agama lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna di mana jua bahagian negeri, Yang kedua, Ceraian 6 : Ketua Negeri adalah Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Negeri. Baginda mewujudkan majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu dan majlis itu sentiasa mensihati baginda Sultan. Yang ketiga, Ceraian 7 : Baginda Sultan hendaklah mendampingi rakyat dan memerintah dengan adil. Rakyat tidak boleh hilang kemerdekaannya, ditahan dan dipenjara melainkan mengikut undang-undang. Yang keempat, Bahagian IX, ceraian I : Sultan yang dipilih itu hendaklah cukup umur, sempurna akal, bangsa Melayu, beragama Islam bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, boleh membaca, menulis bahasa Melayu, wara, berbudi pekerti dan bertingkah laku baik dan terpuji. Yang kelima, Bahagian XVI, Ceraian 2, dad menyebut bahawa bakal raja tidak boleh dipilih jikalau baginda mempunyai kecacatan, menghidap penyakit yang berkekalan, hilang akal, bersifat keji yang tidak dibenarkan hokum syarak untuk menjadi raja. Kelebihan dan milik raja adalah bahawa raja mempunyai darjat kemuliaan, adil, menjadi ketua agama dan mengenal adat istiadat Melayu. Yang terakhir, mengikut ketetapan Bahagian 48 Majlis Penasihat Rja : Bginada adalah tuan punya tanah and muktamad. ( Rujukan : Tamadun Islam / Abdul Rahman Nawas )
Kesimpulannya, Perlembagaan Persekutuan ini memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di Tanah Melayu. Selain itu, ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dn kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pengaruh Islam yang dibawa ke Tanah Melayu juga mempengaruhi kepimpinan, politik dan pentadbiran bercorak Islam. Umumnya tanggungjawab memelihara agama Islam itu termasuk memelihara agama Islam, syariah dan syiarnya. Oleh itu, sekiranya Yang di-Pertuan Agong bertitah, titahnya itu juga boleh diterima sebagai titah ketua agama Islam. Maka hujah yang menolak titah Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama bercanggah dengan Peruntukan Persekutuan. Justeru, sebagai umat Islam, janganlah kita menjadi begitu naif dengan segala kezaliman yang di tunjukkan oleh pemerintah kita. Kita perlulah bersatu untuk menentang kezaliman pemerintah kerana tanpa bersatu-padu, institusi tanah melayu ini pasti akan hancur. (Rujukan : Tamadun Islam/ Abdul Rahman Nawas )

PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU DALAM AGAMA

1. 0 Kepercayaan sebelum kedatangan Islam 

 Menurut sejarah sebelum kedatangan Islam, Alam Melayu telah dipengaruhi oleh pelbagai kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme. Animisme adalah kepercayaan di mana mereka yakin terhadap makhluk-makhluk halus dan roh. Masyarakat Alam Melayu dahulu percaya bahawa setiap benda yang hidup itu menpunyai roh yang wujud di dalamnya sebagaimana mereka percaya bahawa roh nenek moyang mereka masih wujud dan mempunyai tenaga yang kuat yang mampu mempengaruhi mereka. Mereka juga percaya bahawa manusia mampu dipengaruhi oleh jiwa dan roh. Lantaran itu upacara penyembahan dan pemujaan dilakukan untuk mengelak bencana atau untuk mendapatkan pertolongan seperti memuja pantai dan memuja semangat padi. Pawang dan bomoh akan menjadi pemhubung merreka dengan roh nenek moyang mereka itu. Manakala keprcayaan dinamisme pula adalah kepercayaan yang tidak berperibadi atau tidak berjisim yang lahir dari dalam diri manusia, haiwan, benda dan sebagainya. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990:1) 

 Selepas kepercayaaan primitif, muncul pula agama hindu-buddha yang pada asalnya di India bermula dengan Zaman Veda pada tahun dua ribu sebelum masihi hingga enam ratus sebelum masihi. Agama di India tersebut mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat Veda, peringkat Brahmin dan yang ketiga ialah peringkat Upanishad. Semasa di India, kedua-dua agama tersebut, Hindu dan Buddha bersaing mencari pengaruh yang mana kebangkitan agama Brahman dalam bentuk agama Hindu yang membuatkan agama Buddha hilang terus dari India. Namun di Alam Melayu, kedua-dua agama ini tidak mengalami konflik, malah wujud kedamaian dan kerukunan sampai menimbulkan sinkretisme atau percampuran. Sinkretisme bukan berlaku pada teorinya sahaja di mana bukti kewujudan dapat dikesan melalui kitab suci dan karya sastera, malah pratikalnyasinkretisme yang terpenting sekali berlaku ialah pemujaan Dewaraja (Dewaraja cult), di mana sang raja dianggap sebagai penitisan (incarnate) Dewa Siva atau Vishnu. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 2006: 54)

2. 0 kepercayaan selepas kedatangan Islam

Proses Islamisasi mula berlaku apabila Islam mula bertapak di Alam Melayu pada abad ketujuh masihi. Kedatangan Islam ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap persinggahan, tahap pertapakan dan tahap perluasan pengaruh secara besar-besaran. Tahap pertama berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsungnya ia berlaku apabila keperluan barangan yang menyebabkan pedagang-pedagang. Arab dan Parsi ke Alam Melayu. Hubungan secara tidak langsung pula berlaku apabila mereka melakukan aktiviti perdagangan dengan China yang mana pedagang Arab menggunakan jalan lautan melintasi pesisiran India dan Asia Tenggara menurut musim angin. Dengan itu mereka menjadikan Alam Melayu sebagai tempat strategik untuk persinggahan kerana kedudukannya berada di tengah-tengah laluan perdagangan. . (Abdul Rahman Haji Abdullah, 2006: 73)

Kemudian muncul pula tahap kedua di mana terdapat kesan-kesan pertapakan Islam di Asia Tenggara yang mana berlaku sepanjang Zaman Bani Umayyah dan Bani Abassiyah. Terdapat bukti yang dikatakan pada tahun 674 Masihi sudah ada penempatan orang Arab-Islam di pantai barat Sumatera. Pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz, hasil dakwah Islamiah dapat dilihat apabila Srindavarman, Raja Srivijaya di Jambi berjaya diIslamkan. Dalam masa yang sama, umat Islam di China telah menimpa tragedi lalu mereka berhijrah ke Alam Melayu. Ini membuktikan tahap kedua juga datang dari China apabila terdapat bukti penemuan batu nisan yang bertarikh 419 Hijrah / 1028 Masihi di Pekan, Pahang, dan juga Batu Bersurat yang bertarikh 702 Hijrah / 1303 Masihi di Kuala Brang, Terengganu. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 2006: 75)

Dan yang terakhir, tahap ketiga berlaku semasa kejatuhan Baghdad akibat serangan Mongol namun dakwah Islam di Alam Melayu tetap berjalan lancar. Pada ketika ini, ramai yang memainkan peranan bukan sahaja orang-orang Arab-Parsi malah orang India dan orang tempatan sendiri. Sayyid Abdul Aziz, makhdum dari Jeddah antara orang Arab yang disebut berperanan dalam penyebaran Islam di Alam Melayu di mana sewaktu Melaka diperintah oleh Raja Kechil Besar, beliau telah mengIslamkan raja tersebut. Mubaligh dari India turu berperanan dalam penyebaran Islam ini. Dengan kedatangan Islam ini, Alam Melayu telah banyak mengalami perubahan terutamanya pengaruh dalam bidang agama. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 2006: 75)

3. 0 Pengaruh dalam Agama

Kedatangan Islam di alam Melayu telah membawa perubahan besar dalam kehidupan penduduknya terutama dalam agama. Pembahagian perubahan dalam agama dapat dilihat seperti berikut :

3. 1 Tauhid

Agama Islam telah mengubah masyarakat Alam Melayu yang dahulunya berpegang kepada kepercayaan animisme, hinduisme dan buddhisme kepada konsep ketuhanan iaitu mentauhidkan Allah. Tauhid merupakan ilmu yang membahaskan tentang kewujudan Allah, sifat-sifat yang wajib ada padaNya dan sifat-sifat yang tidak ada padaNya. Tauhid bermaksud beriktikad bahawa Allah adalah satu dan tiada lain baginya. Dari sudut penghayatan dalam kehidupan, ia membawa erti mengenal, berikrar, mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa sesungguhnya yang benar dan berhak disembah hanyalah Allah subhanahu wa ta’ala semata-mata. Tauhid ini mengandungi ciri-ciri rububiyah dan juga ‘ubudiyah atau Uluhiyah. (Syeikh Muhammad ‘Abduh, 1963 : 36)

Tauhid Rububiyah ialah kepercayaan kepada Allah subhanahu wa ta’ala sebagai pencipta, pemelihara, penguasa dan seumpanya. Manakalah tauhid ‘Ubudiyah pula bermaksud hanya kepada Allah sahaja kita berdoa dan memohon serta beribadat dengan tawaduk dan ikhlas. Tujuan asas Allah mengutus para rasul adalah untuk menyeru umat kepadad hakikat tauhid Ululiyah. Pegangan tauhid terhadap kedua ciri itu perlu seiring kerana sekiranya hanya berpegang kepada salah satu, dibimbangi akan membawa kearah syirik dan khurafat yang mana akan menyukutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Syirik yang dikatakan bukan sahaja menyembah berhala atau patung, malah seperti kercayaan animisme yang diamalkan masyarakat Alam Melayu sebelum kedatangan Islam iaitu menyembah kuasa-kuasa alam, menyembah nenek moyang, menyembah sesama manusia disebabkan kelebihan tertentu termasuk juga menyembah hawa nafsu sendiri. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990 : 95 )

Pandangan masyarakat Alam Melayu telah berubah dari kepercayaan animisme dan juga penyembahan raja sewaktu zaman hindu-buddha kepada mentauhidkan Allah subhanahu wa ta’ala setelah datangnya Islam. Walaupun pada dasarnya tidaklah tauhid itu telah mempengaruhi secara keseluruan agama hindu-buddha namun toleransi dan kompromi yang diberi penduduk peribumi terhadap kepercayaan baru atau asing tidak pernah ditolak maka agama Islam ini telah disambut baik yang kemudiannya disesuaikan dengan warisan nenek moyang. Tetapi hal ini menyebabkan wujudnya percampuran antara hak dan batil yang mana dilarang apabila disebut sendiri dalam Al-Quran iaitu “dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahuinya” (al-Baqarah:42). (Abdul Rahman Hj Abdullah, 2006 : 119) 

3. 2 Syariah

Sebelum kedatangan Islam, Alam Melayu mempunyai sistem perundangan dan adat istiadatnya tersendiri. Jika dilihat pada dasarnya, hukum terbahagi kepada dua iaitu hukum bertulis dan hukum yang tidak bertulis. Adat merupakan hukum yang tidak bertulis tertua dan terbesar sebelum pengaruh Islam dan India. Lebih jelas, hukum-hukum ini disampaikan melalui pepatah, perbilangan dan lain-lain yang mana melalui bahasa yang memiliki sifat-sifat yang mampu membantu ingatan. Perubahan yang dibawa hindu-buddha terhadap perundangan dan hukum sama dari segi undang-undang awam mahupun jenayah tidak kurang hebatnya. Namun begitu, agama Islam muncul membawa perubahannya yang tersendiri disaat penerapan pengaruh undang-undang Hindu. Agama Islam mempunyai sistem perundangan yang khas berbeza dari sebarang pemikiran manusia dan juga agama-agama yang lain yang mana dinamakan sebagai syariah. Perundangan atau peraturan ini mencakupi semua bidang kehidupan manusia seperti upacara keagamaan, moral, keluarga, sosial, ekonomi, kewarganegaraan, sistem kehakiman, undang perang serta perdamaian dan hubungan antarabangsa. ( Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990 : 117) 

Banyak yang telah disebut dalam al-Quran mengenai kalimat syariah yang mana masing-masing mempunyai maksud yang lebih kurang sama seperti yang disebut dalam surah al-Mai’dah ayat 48 yang bermaksud “…untuk setiap umat di antara kamu, kami beri kamu aturan, yakni syariah atau jalan yang terang…”, manakala dalam surah al-Syura ayat 13 ada menyebut perkataan syariah, “ dia mensyariatkan kepadamu tentang agama, hal yang serupa diwasiatkan kepada Nuh, dan apa yang Kami wahyukan kepadamu…” dan di dalam surah al-Jathiyah ayat 18 dikatakan “ Kemudian kami jadikan kamu dalam suatu aturan, yakni syariah, tentang Din, maka ikutilah syariah itu…” jadi dapatlah disimpulkan bahawa syariah ini bemaksud “jalan yang jelas yang membawa kepada kemenangan”. Secara ringkasnya syariah didefinisikan sebagai undang-undang, aturan-aturan dan ketetapan-ketetapan Allah yang diperuntukkan untuk manusia supaya mereka dapat mengatur hubungan mereka dengan Allah, sesame mereka dan untuk mencapai kesejahteraan, keamanaan dan kedamaian di dunia bagi menyelamatkan mereka untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat kelak. (Mohd. Liki Hamid (ed. ), 2002: 94)

Undang-undang Islam dianggap lengkap kerana ia mengatur hidup manusia daripada yang paling kecil sehingga yang paling besar bagi memelihara kesejahteraan manusia. Bukan itu sahaja, ia dianggap bersepadu juga bersifat universal serta undang-undang yang tetap dan tidak boleh menerima perubahan hingga hari kiamat. Perundangan Islam ini bertujuan menyelamatkan dan memelihara kehidupan manusia yang mana terdapat lima perkara penting yang harus dipelihara iaitu agama, jiwa, keturunan dan harta. Terdapat dua bahagian dalil-dalil syarak yang merupakan sumber-sumber Syariah. Yang pertama ialah dalil-dalil syarak yang disepakati iaitu al-Quran, al-sunnah, ijma’ dan qiyas dan yang kedua pula ialah dalil-dalil syarak yang dipertikaikan iaitu ihtisan, maslahah mursalah, istishab dan juga ‘urf. Secara kesimpulannya konsep syariah sangat universal kerana sesuai dengan segala situasi dan berkembang sesuai dengan peredaran zaman kerana itu ia mampu membawa perubahan keatas undang-undang Alam Melayu yang terdahulu sebelum kedatangannya. (Mohd. Liki Hamid (ed. ), 2006: 106) 
3. 3 Ibadah 

Sewaktu agama hindu-buddha masih menjadi pegangan agama masyarakat Alam Melayu, mereka beribadat kepada pelbagai dewa-dewi dan menganggap ianya adalah jelmaan Agung. Namun setelah kedatangan Islam, agama ini membawa ajaran ibadah yang lebih teratur dan tersusun. Perkataan ibadah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh taat, menghina diri serta menghambakan diri kepada yang lain. Manakala menurut syarak pula ibadah dapat didefinisikan sebagai taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah subhanahu wa ta’ala mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana yang ditetapkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. 

Ibadah bertujuan untuk kebaikan diri kita sendiri kerana Allah tidak mendapat kerugian apa pun sekiranya tiada makhluk yang tidak beribadah kepadanya. Solat merupakan ibadah yang amat penting dan istemewa dalam Islam kerana ia menjadi penghubung manusia dengan Allah. subhanahu wa ta’ala. 

3. 4 Akhlak

Dalam tamadun Islam, akhlak merupakan perkara utama yang menggerakkan umat Islam supaya menjadi satu umat yang betul-betul bertamadun. Kedudukan akhlak amat tinggi dan pelengkap kepada akidah dan syariah dalam syariat Islam dan disebabkan itu tamadun Islam tidak bemakna sekiranya tidak mempunyai akhlak. Asal perkataan akhlak ini daripada bahasa Arab iaitu jamak daripada khuluq. Daripada sudut bahasa, khuluq ini bermaksud budi pekerti, perangai, tingkah laku, pegangan, sikap ataupun tabiat. Dipetik daripada kata-kata Aisyah ra. yang bermaksud “akhlak Rasulullah adalah al-Quran”. Akhlak yang dikatakan itu bermaksud perangai, sikap dan tingkah laku Rasulullah . Menurut Ahmad Amin dalam bukunya bertajuk al-akhlaq, akhlak adalah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk. Manakala pendapat Abdul Rahman Al-Basyar pula akhlak membahaskan tentang kelebihan-kelebiihan diri dan kaedah-kaedah tatacara untuk mencapainya supaya manusia menghiasi diri mereka dengan sifat-sifat baik dan berilmu. Iman al-Ghazali pula berpendapat bahawa akhlak ialah kebiasaan manusia yang tetap yang terdapat dalam diri manusia. ( Mohd. Liki Hamid (ed. ), 2002 : 108 )

Akhlak yang dibawa Islam telah mengubah perilaku masyarakat Alam Melayu walaupun tidak secara keseluruhannya. Akhlak penduduk yang dahulunya kurang baik dan dibelenggu jahiliah, seperti minum arak, pembesar-pembesar dahulu yang mempunyai perempuan simpanan dan sebagainya diubah kepada akhlak yang lebih mulia seperti yang dibawa oleh agama Islam. Akhlak dalam agama Islam ini berhubungkait dengan keimanan seseorang individu itu dan orang yang mempunyai akhlak yang mulia tersebut adalah orang yang mempunyai iman yang tinggi. Jika dilihat, terdapat dua konsep akhlak sebenarnya iaitu akhlak baik dan jahat. Akhlak baik iaitu akhlak mulia merupakan asas perhubungan manusia yang menjamin kepada keselamatan, keamanan dan kebahagiaan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan terhadap negara. Amalan-amalan yang dapat menggambarkan akhlak hanya akan dinilai baik buruknya melalui ukuran daripada ketentuan Allah. Jiwa belum lagi dapat dikatakan baik atau buruk selagi ia masih lagi dalam keadaan asalnya. Allah telah menggariskan panduan budi pekerti didalam al-Quran supaya manusia dapat menghayati dan menetukan konsep baik dan buruk itu. (Amir A. Rahman, 1990 )

Islam membawa akhlak yang berpijak kepada keimanan dan ketauhidan yang mutlak. Ia harus dizahirkan dengan perbuatan yang nyata dan kelakuan yang baik beserta amalan yang soleh bukan hanya simpan di dalam hati. Akhlak yang dikatakan sempurna itu adalah akhlak yang wujud dari amalan yang soleh. Amal soleh itu sendiri berkait rapat dengan akhlak kerana akhlak itu bermatlamat untuk takwa dan berbakti kepadaNya. Akhlak sangat berperanan bagi melahirkan manusia yang unggul sesuai dengan kehendak Islam. Bukan itu sahaja, ia bertujuan untuk meningkatkan darjat manusia dari segi rohaniah. Akhlak yang diajarkan ini mendorong masyarakat Alam Melayu supaya membentuk hidup yang suci dengan menghayati kebaikan yang mendatangkan manfaat sesama mereka. Keindahan akhlak yang perlu mereka miliki merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman. Paling penting, ia menjadi keutamaan pada hari akhirat yang mana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud “ tiada suatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin pada hari kiamat daripada keindahan akhlak dan Allah benci kepada orang yang keji mulut dan kelakuannya” (riwayat Abu Qarda). (Amir A. Rahman, 1990 )

3. 5 Muamalah

Kedatangan Islam telah membawa suatu ajaran yang dinamakan muamalah. Muamalah merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariah Allah subhanahu wa ta’ala yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat dapat dikaitkan dengan hukum-hukum yang menyusun hubungan manusia sesama manusia iaitu hukum tentang hubungan manusia dengan harta dan cara pengurusannya, seperti jual beli, sewaan, gadaian, jaminan dan lain-lain. Konsep pemilikan biasanya berlaku pada harta. Harta dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dimiliki. Sesuatu itu boleh disebut sebagai harta apabila kita miliki dan boleh diambil manfaat daripadanya seperti rumah, kereta, tanah dan sebagainya. Sesuatu yang belum kita miliki tetapi berkemungkinan untuk memilikinya juga dianggap sebagai harta. Manakala sesuatu yangtidak boleh dimiliki walaupun dimanfaatkan seperti udara, cahaya dan sebagainya dan juga sesuatu dalam keadaan biasa seperti setitik air atau sebiji beras, walaupun boleh dimiliki tetapi tidak dianggap sebagai harta. Terdapat juga perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam dalam pemilikan tertentu. Contohnya arak yang diharamkan kepada orang Islam dan tidak haram bagi orang bukan Islam tidak boleh dianggap harta oleh orang Islam namun bagi orang bukan Islam ianya adalah harta. 

Manakala pemilikan harta yang merujuk kepada penguasaan seseorang terhadap harta secara mutlak menurut istilahnya ialah suatu hubungan syari’i (sah) antara seseorang itu dengan benda. Dia mempunyai keistimewaan yang menghalang orang lain daripada memiliki benda disebabkan hubungan itu. Terdapat dua jenis pemilikan yang mana dikatakan pemilikan penuh atau sempurna apabila pemilikan berlaku ke atas zat dan manfaat harta. Namun jika memiliki salah satu daripada unsur tersebut, ia dinamakan pemilikan tidak penuh atau tidak sempurna. Secara kesimpulannya, Islam membawa perubahan tentang urusan hubungan manusia dengan benda, harta dan sebagainya supaya lebih adil, teratur dan supaya mencapai kesejahteraan sesame manusia. 
3. 6 Munakahat 

Munakahat bermaksud perkahwinan. Salah satu faktor penyebaran agama Islam ialah melalui perkahwinan seperti perkahwinan antara orang Arab yang datang berdagang dengan gadis tempatan terutamanya puteri raja atau anak pembesar dan ada juga perkahwinan sesama raja seperti Sultan Mansor Shah dengan Puteri Hang Lipo. Cara penyebaran agama Islam ini telah membawa perubahan terhadap konsep perkahwinan di Alam Melayu. Perkahwinan merupakan salah satu ibadah yang mana perbuatan yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala dan mendapat pahala. Salah satu cara untuk mendpat pengampunan Allah, Peningkatan darjat dan istiqamah iaitu kemantapan iman dan kelurusan sikap adalah melalui perkahwinan. Di dalam perkahwinan terdapat unsur perjuangan melawan nafsu dengan tujuan menjaga, mengasuh, memenuhi kewajipan terhadap keluarga, sabar menghadapi perangai wanita berusaha memperbaiki dan menunjukkan mereka ke jalan agama an sebagainya. Kesemuanya amal perbuatan ini besar pahalanya kerana ia merupakan tugas untuk memelihara, mengasuh dan memimpin. (Muhammad Ali Quthb, 1991 : 75)
Hukum perkahwinan dari sudut hukumnya adalah pada asalnya sunat mu’akad yang mana sangat dituntut sekiranya ada keinginan dan mampu menampung perbelanjaan perkahwinan dan rumahtangga. Namun hukum itu akan berubah wajib terhadap seseorang apabila dia yakin akan terjeremus ke lembah zina sekiranya tidak berkahwin dan juga sekiranya dia mempunyai kemampuan menanggung nafkah keluarga. Menurut agama Islam yang dibawa ke Alam Melayu, pemilihan jodoh merupakan faktor yang menentukan kebahagiaan atau kekecewaan dalam sesebuah rumahtangga itu yang mana bermula dari peringkat yang lebih awal iaitu peringkat membuat penentuan dan pemilihan. Untuk menentukan kebahagiaan sesebuah rumahtangga itu, pemilihan amat penting kerana apabila memilih pasangan yang tidak betul, kebahagiaan mungkin sukar untuk diraih. Perkara utama yang menjadi kayu ukur oleh bakal suami atau isteri menurut pandangan Islam ialah agama dan akhlak yang luhur, bukannya pangkat, kecantikkan, harta benda dan sebagainya. Daripada riwayat al-Bukhari, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “perempuan itu dikahwini dengna sebab harta, kecantikan, keturunan dan ajaran agama), pasti kamu beruntung”. (Abdul Rahman Nawas…[et. al], 1995 : 36)
Langkah yang seterusnya ialah meminang setelah berpuas hati dengan sifat-sifat bakal teman hidup. Islam menggalakkan bakal suami atau isteri mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh sahabat bernama al-Mughirah, meminang seseorang perempuan yang belum dilihatnya, maka sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruhnya melihat terlebih dahulu dengan sabdanya, “lihatlah dahulu kepadanya supaya dengan itu perkahwinan kamu akan lebih terjamin berkekalannya”. Namun peringkat ini bakal suami isteri masih terbatas dan haram bagi mereka untuk berdua-duan tanpa kehadiran muhrim bagi perempuan. Seterusnya adalah akad nikah yang mana setelah keduanya yakin dan berazam untuk mendirikan rumahtangga. Islam mewajibkan kepada lelaki untuk memberikan “mahar” atau mas kahwin kepada perempuan sebagai penghargaan dan yang menentukan mahar ini adalah pihak perempuan. (Abdul Rahman Nawas…[et. al], 1995 : 40 )
Menurut pandangan Islam, perkahwinan sebenarnya adalah suatu cara yang berfaedah bagi tujuan sosial yang mulia, dan menjamin lahirnya hubungan yang kukuh di antara anggota masyarakat. Yang mana akan menimbulkan semangat tolong menolong, saling mencintai, kenal-mengenal dan saling membantu antara semua anggota keluarga dan kerabat. Ia juga suatu cara yang bermanfaat bagi menjaga kaum lelaki dari keburukan yang bahaya yang dapat merosakkan kesihatan fizikal dan mental serta jasmani dan rohani. (Muhammad Ali Quthb, 1991:82)

CADANGAN DAN KESIMPULAN 
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besar kepada masyarakat Melayu. Islam yang tersebar ke seluruh Tanah Melayu melalui beberapa faktor yang telah berjaya mengubah kepercayaan, pemikiran dan cara hidup orang-orang Melayu sehingga berjaya membentuk satu peradaban Melayu yang berbeza dari sebelum ini. Pengaruh Islam ini terus berkembang dengan meluas dalam tempoh yang agak lama. 
Namun begitu, pengaruh Islam ke Tanah Melayu terjejas apabila kedatangan pihak Barat datang menjajah terutamanya penjajah British yang telah berjaya campur tangan urusan hal-hal ehwal orang Melayu dengan memperkenalkan dasar-dasar Barat menerusi sistem Residen. Akibatnya, nilai-nilai tradisi dan agama Islam dalam politik, perundangan, ekonomi dan pendidikan dalam masyarakat Melayu telah terganggu menyebabkan ia terhakis dan terpisah dalam sistem tersebut. Ia membuktikan sistem perundangan Malaysia telah ubahsuai mengikut sistem perundangan British. 
Walaupun penjajahan Inggeris telah menjejaskan pengaruh Islam di Alam Melayu dalam pelbagai aspek, namun dari aspek kepercayaan dan pegangan akidah orang-orang Melayu tidak terjejas dan tetap bertahan. Akidah Islam yang tertanam dalam diri telah sebati dengan jiwa orang Melayu yang menyebabkan berlaku kebangkitan dan kesedaran dari orang Melayu yang telah membawa kepada kemerdekaan tanah air yang berlaku pada tahun 1957. Hal ini telah dapat mengubah Malaysia kembali ke asal yang diwarnai oleh peradaban Malaysia. 
Setelah membuat kajian dengan teliti, kami mendapati beberapa penambaikkan haruslah dilakukan untuk mendapat hasil yang lebih baik. Antaranya ialah menerapkan dalam diri pelajar tentang kepentingan mempelajari ilmu tentang tamadun Islam supaya tidak ditelan zaman dengan mengadakan minggu tamadun Islam dimana pelajar boleh melibatkan diri secara langsung dalam program yang dianjurkan. Pensyarah juga boleh mengadakan aktiviti di dalam kelas dengan menggunakan tajuk tamadun Islam sebagai tajuk utama dan dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu tamadun Islam. 


RUJUKAN 
• Muhammad Ali Quthb, Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam, 1991, Pustaka Haji Abdul Majid
• Faizah Hj. Ismail, Asas-asas Muamalat dalam Islam, 1995, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
• Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Nusantara, 1990, Dewan Bahasa dan Pustaka
• Amir A. Rahman, Pengantar Tamadun Islam, 1990, Dewan Bahasa dan Pustaka
• Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara, 2006, Karisma Publications Sdn. Bhd. 
• Mohd. Liki Hamid, Pengajian Tamadun Islam, 2002, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 
• Abdul Rahman Nawas…[et. al], Tamadun Islam, 1995, Pustaka Haji Abdul Majid
• Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam, 1999, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 
• Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, 1991, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 
• Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad, Ahmad Tarmizi Talib, Tamadun Islam, 2002, Penerbit Universiti Putra Malaysia 1997. 
• Abdullah Ishak, Islam di Nusantara, 1990, Al-Rahmaniah 
• Auni Abdullah, Islam dalam sejarah Politik & Pemerintahan di Alam Melayu, 1991, Nurin Enterprise Kuala Lumpur
• Abdullah Jusuh, Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia, 1990, Dewan Bahasa dan Pustaka. 
• Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah dan Kebudayaan Asia, 2006, Tenggala Tradisional Karisma Publication Sdn. Bhd. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)