Nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf, sifat ketinggian. Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai dianggap sebagai batu asas kepada pembinaan setiap tamadun. Tidak dinafikan bahawa terdapat perbezaan yang besar antara tamadun yang muncul disebabkan setiap tamadun itu muncul sebagai manifestasi budaya, falsafah hidup malah penghayatan agama masyarakatnya. Tamadun Islam lahir daripada manifestasi tauhid, perkembangan tamadun India banyak dipengaruhi konsep ketuhanan Hinduisme yang bersifat Politeisime manakala tamadun Jepun juga banyak dibentuk oleh agama Shintoisme. Setiap tamadun juga mungkin memperlihatkan penonjolan masing-masing yang tidak dimiliki oleh rakan tamadun lain. Misalnya tamadun Greek terkenal dengan falsafah dan keseniannya manakala tamadun Islam menyerlah dengan pandangan semestanya yang menyeluruh terhadap kehidupan di samping pencapaian menakjubkan di bidang sains dan teknologi. Namun begitu, sebenarnya masih wujud nilai-nilai universal yang dikongsi bersama (universal shared values) antara tamadun Islam dan tamadun dunia lain.
Ini bermakna, tamadun Islam itu bukanlah terlalu asing daripada ruang lingkup ketamadunan manusia. Hal ini berlaku kerana tamadun Islam turut mempunyai beberapa ciri yang terdapat pada tamadun-tamadun lain dan turut menjelaskan bahawa betapa tamadun Islam tetap mementingkan beberapa ciri yang bersifat material namun diseimbangkan dengan ciri khusus yang menekankan aspek ruhaniah.
Dalam sejarah manusia tamadun sering sahaja dilihat sebagai pencapaian yang tinggi yang mampu dicapai oleh sesuatu bangsa. Berdasarkan hal ini maka wujud beberapa tamadun besar seperti lembah Indus, tamadun Hwang Ho, tamadun Mesir dan tamadun Greek. Kewujudan sesebuah tamadun sebenarnya sangat bergantung kepada kebolehan bangsa pembentuk tamadun tersebut memenuhi beberapa kriteria umum.
MAKSUD NILAI UNIVERSAL
Nilai adalah rujukan dan keyakinan dalam menentukan pilihan. Yang dimaksudkan dengan hakikat dan makna nilai adalah berupa norma, etika, peraturan, undang-undang, adat kebiasaan, aturan agama dan rujukan lainnya yang memiliki harga dan dirasakan berharga bagi seseorang. Nilai bersifat abstrak, berada di sebalik fakta, memunculkan tindakan, terdapat dalam moral seseorang, muncul sebagai hasil proses pemikiran, dan berkembang ke arah yang lebih kompleks.
Nilai juga ditakrifkan mengikut bidangnya yang tertentu. Dalam ekonomi, nilai bermakna kuasa yang ada pada sesebuah komoditi untuk mendapatkan komoditi-komoditi lain sebagai ganti. Nilai boleh menjadi istimewa atau sebaliknya bergantung kepada cara melaksanakannya oleh manusia. Sebagai contoh, nilai udara yang dihirup adakalanya dianggap tidak penting kerana ia ada di mana-mana. Berbanding sesuatu produk yang diketahui tinggi nilainya yang boleh memberikan pulangan kepada manusia dalam bidang pertanian misalnya. Selalunya bagi perkara-perkara yang bersifat fitrah dan asas, nilainya tidak begitu dipentingkan oleh manusia. Sebaliknya jika ia boleh memberikan pulangan maka barulah dihargai dan dianggap positif.
Nilai universal pula secara mudahnya ialah nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat. Terdapat sembilan nilai universal yang akan dibincangkan yang mewujudkan persamaan dan perbezaan. Walau bagaimanapun, aspek perbezaan nilai tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat hidup secara aman dan harmoni.
NILAI KEPERCAYAAN
Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan ‘pasti’ atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan.
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak. manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.
Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap kedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan penekaan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. kebenaran yang dituntut itu mungkin sahih, dan mungkin palsu secara objektif, tetapi bagi individu yang berkenaan ianya adalah sahih.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala yang bermaksud : “Orang yang paling mulia di sisi Allah subhanahu wa ta’ala. Ialah orang yang paling bertaqwa” dan firmanNya lagi “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya, dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya), sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah menetukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. ”
Orang yang beriman dan bertaqwa berada sebaris dalam darjat orang-orang soleh atau solehin yang menduduki maqam tertinggi dalam nilai keperibadian muslim. sifat-sifat tersebut merupakan nilai-nilai universal yang menjadi keperluan naluri dan fitrah manusia secara semulajadi. Umat Islam diajar untuk mencari kemuliaan nilai tersebut melalui penerimaan secara total rukun Islam yang lima dan rukun iman yang enam itu. Individu mu’min atau muttaqin layak mendapat nilai tertinggi dalam agama disisi Allah subhanahu wa ta’ala, dan masyarakat pula memuliakannya.
Peranan agama Islam dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur social dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains.
Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan hokum halal dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik harta secara mutlak didunia ini. Harta dan kebendaan hanya alat untuk mencapai keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala.
NILAI EKONOMI
Ekonomi merupakan salah satu ilmu social yang mempelajari aktiviti manusia yang berhubung dengan produksi, distribusi, dan konsumsi terhadap barang dan jasa. istilah “ekonomi” sendiri berasal dari bahasa yunani, iaitu o koc (oikos) yang bermaksud “keluarga”, “rumah tangga”, dan nomos yang bermaksud “peraturan, aturan, hukum”. Secara garis besar, ekonomi dimaksudkan sebagai “aturan rumah tangga”. Sementara yang dimaksudkan dengan ahli ekonomi atau ekonom adalah orang menggunakan konsep ekonomi, dan data dalam bekerja.
Tokoh pemikir Islam juga memberikan sumbangan pada pemahaman di dalam bidang ekonomi. Ibn Khaldun dari Tunis (1332-1406) menulis teori ekonomi dan politik dalam karyanya Prolegomena, menunjukkan bagaimana kepadatan populasi adalah terkait dengan pembagian tenaga kerja yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang sebaliknya mengakibatkan pada penambahan populasi dalam sebuah lingkaran. Dia juga memperkenalkan konsep yang biasa disebut dengan Khaldun-Laffer Curve (keterkaitan antara tingkat pajak dan pendapatan pajak dalam kurva berbentuk huruf U)
Nilai ekonomi merujuk kepada yang dapat dilihat dan dirasa atau didengar. nilai ini kemudian diterjemahkan kedalam dunia ekonomi sebagai berharga dan ditukar kepada nilaian wang. Islam tidak menolak pentingnya manusia kepada benda, tetapi ia adalah alat kepada manusia untuk mencapai matlamat yang utama dalam kehidupan manusia, iaitu mencari keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala. Firman Allah subhanahu wa ta’ala (dalam surah al-Qassas ; 77) yang bermaksud : “dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah kamu melupai bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia. ”
Melalui kelebihan harta yang dikurniakan oleh Allah itu maka manusia diwajibkan melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah, atau menggunakan untuk berjihad meninggikan agama Allah dalam pelbagai bidang kehidupan. Ekonomi dalam perkataan yang lain adalah nadi kekuatan ummah. Masyarakat yang miskin adalah yang menjadi hamba kepada orang lain, justeru itu mencari harta dan berikhtiar untuk mengeluarkan dari kejahilan dianggap jihad dalam Islam.
Namun apapun galakkan mencari harta dan memakmurkan ekonomi ummat itu hendaklah secara halal dan tidak merampas hak orang lain atau dengan tidak menipu atau mendatangkan kemudharatan kepada maslahat umat. Harta itu sendiri tentulah sesuatu yang memberi manfaat dan faedah kepada manusia dalam nilaian agama dan adat masyarakat.
Ekonomi Negara tidak selalunya stabil
NILAI KERJA
Kerja atau amal menurut Islam dapat diertikan dengan makna yang umum dan makna yang khusus. Amal dengan makna umum ialah melakukan atau meninggalkan apa jua perbuatan yang disuruh atau dilarang oleh agama yang meliputi perbuatan baik atau jahat. Perbuatan baik dinamakan amal soleh dan perbuatan jahat dinamakan maksiat.
Adapun kerja atau amal dengan maknanya yang khusus iaitu melakukan pekerjaan atau usaha yang menjadi salah satu unsur terpenting dan titik tolak bagi proses kegiatan ekonomi seluruhnya. Kerja dalam makna yang khusus menurut Islam terbahagi kepada:
1. Kerja yang bercorak jasmani (fizikal)
2. Kerja yang bercorak aqli/fikiran (mental)
Dari keterangan hadis-hadis Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wa sallam), terdapat kesimpulan bahawa konsep kerja menurut Islam adalah meliputi segala bidang ekonomi yang dibolehkan oleh syarak sebagai balasan kepada upah atau bayaran, sama ada kerja itu bercorak jasmani (flzikal) seperti kerja buruh, pertanian, pertukangan tangan dan sebagainya atau kerja bercorak aqli (mental) seperti jawatan pegawai, baik yang berupa perguruan, iktisas atau jawatan perkeranian dan teknikal dengan kerajaan atau swasta. Antara hadis-hadis tersebut ialah:
"Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)
Selain daripada itu para sahabat menggunakan perkataan pekerja (amil) untuk jawatan orang yang ditugaskan menjadi petugas pemerintahan umpamanva kadi, gabenor dan sebagainya. Oleh yang demikian segala kerja dan usaha yang dibolehkan oleh syarak baik yang bersifat kebendaan atau abstrak atau gabungan dan kedua-duanya adalah dianggap oleh Islam sebaga "kerja". Segala kerja yang bermanfaat Islam dan yang sekecil-kecilnya seperti menyapu longkang hingga kepada yang sebesar-besarnya seperti menjadi menteri atau kepala negara adalah merupakan kerja atau amal sekalipun ianya berlainan peringkat dan kelayakan yang diperlukan untuknya. Berdasarkan konsep ini maka menurut pandangan Islam, masyarakat seluruhnya dan semua peringkat adalah pekerja.
Oleh yang demikian konsep kerja seperti ini membawa implikasi sosial yang penting, antaranya:
1. Bahawa asal manusia adalah sama sebagai manusia dan pekerja yang mempunyai kemuliaan dan kehormatan sekalipun perbezaan itu tidaklah merupakan keistimewaan satu pihak terhadap yang lain.
2. Para pekerja bukanlah hanya satu kelompok dari masyarakat, bahkan mereka adalah semua anggota masyarakat. Jadi mengikut konsep Islam bahawa masyarakat itu adalah tersusun atau terbentuk dari kerjasama antara sesama para pekerja di dalamnya, bukan terdiri dari kumpulan para pekerja dan para majikan seperti yang difahami menurut sistem ekonomi komunis atau kapitalis.
Kerja Menurut Tuntutan Islam:
Islam menjadikan kerja sebagai tuntutan fardu atas semua umatnya selaras dengan dasar persamaan yang diisytiharkan oleh Islam bagi menghapuskan sistem yang membeza-bezakan manusia mengikut darjat atau kasta dan warna kulit. Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang taqwa. " (al-Hujurat: 13)
Dengan menggunakan segala unsur-unsur perbezaan darjat atau warna kulit itu maka jadilah kerja menurut Islam suatu tuntutan kewajipan yang menyeluruh atas setiap orang yang mampu bekerja untuk mencapai kebahagiaan individu dan juga masyarakat. Jadi tidaklah kerja itu hanya khusus untuk golongan hamba abdi seperti sebelumnya.
Firman Allah bermaksud: "Dan katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu akan segala apa yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. " (al-Taubah: 105)
Islam juga meningkatkan tuntutan kerja itu hingga ke tahap kewajipan agama. Oleh itu tahap iman sentiasa dikaitkan oleh al-Quran dengan amal soleh atau perbuatan baik. Ini bererti Islam itu adalah akidah yang mesti diamalkan dan amalan yang mesti berakidah secara tidak terpisah. Seperti firman Allah bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya sekalian manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh". (al-Asr: 1-3)
Kerja Sebagai Sumber Nilai:
Islam menjadikan kerja sebagai sumber nilai insan dan ukuran yang tanggungjawab berbeza. Firman Allah bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan". (al-Najm: 39)
Firman-Nya lagi bermaksud: "Dan bagi tiap-tiap seseorang beberapa darjat tingkatan balasan disebabkan amal yang mereka kerjakan dan ingatlah Tuhan itu tidak lalai dari apa yang mereka lakukan". (al-An'am: 132)
Kerja sebagai sumber nilai manusia bererti manusia itu sendiri menentukan nilai atau harga ke atas sesuatu perkara itu. Sesuatu perkara itu pada zatnya tidak ada apa-apa nilai kecuali kerana nisbahnya kepada apa yang dikerjakan oleh manusia bagi menghasil, membuat, mengedar atau menggunakannya. Kerja juga merupakan sumber yang objektif bagi penilai prestasi manusia berasaskan segi kelayakan. Oleh yang demikian Islam menentukan ukuran dan syarat-syarat kelayakan dan juga syarat-syarat kegiatan bagi menentukan suatu pekerjaan atau jawatan itu supaya dapat dinilai prestasi kerja seseorang itu. Dengan cara ini, Islam dapat menyingkirkan perasaan pilih kasih dalam menilai prestasi seseorang sama ada segi sosial, ekonomi dan politik.
Kerja Sebagai Sumber Pencarian:
Islam mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk mencari rezeki dan pendapatan bagi menyara hidupnya. Islam memberi berbagai-bagai kemudahan hidup dan jalan-jalan mendapatkan rezeki di bumi Allah yang penuh dengan segala nikmat ini. Firman-Nya bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan. " (al-A'raf: 168) Dan firman-Nya lagi bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunnya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepada-Nya jualah dibangkitkan hidup semula. " (al-Mulk: 15)
Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia. Firman Allah bermaksud: "Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik". (al-Baqarah: 168)
Sabda Nabi (sallallahu ‘alaihi wa sallam) bermaksud: "Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam. " Oleh yang demikian Islam mencela kerja meminta-minta atau mengharapkan pertolongan orang lain kerana ianya boleh merendahkan harga diri atau maruah. Dalam sebuah hadis Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wa sallam) bermaksud: "Bahawa sesungguhnya seseorang kamu pergi mengambil seutas tali kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka rnemberinya atau menolaknya. "
Islam Menolak Pengangguran:
Islam menuntut umatnya bekerja secara yang disyariatkan atau dibenarkan menurut syarak bagi menjamin kebaikan bersama dengan mengelakkan dari meminta-minta dan sebaliknya hendaklah berdikari. Islam sentiasa memandang berat dan menyeru umatnya untuk bekerja dan berusaha mencari rezeki melalui dua pendekatan berikut:
Islam melarang dan mencegah umatnya meminta-minta dan menganggur. Banyak hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wa sallam) mengenai larangan berusaha cara meminta. Baginda sering benar mengarahkan orang yang datang meminta, supaya mereka bekerja umpamanya, suatu ketika seorang fakir datang meminta-minta kepada baginda lalu baginda bertanya: "Adakah anda memiliki sesuatu?" "Tidak", kata lelaki itu. Baginda bertanya lagi dengan bersungguh-sungguh, lalu lelaki itu menjawab: "Saya ada sehelai hamparan yang separuhnya kami jadikan alas duduk dan separuhnya lagi kami buat selimut dan ada sebuah mangkuk yang kami gunakan untuk minum". Maka baginda bersabda kepadanya: "Bawakan kedua-dua benda itu kepada saya". Lalu dibawanya kedua-dua barang itu, kemudian Nabi tunjukkan barang itu kepada orang yang berada di sisi baginda kalau ada sesiapa yang hendak membelinya. Akhirnya baginda dapat menjualnya dengan harga dua dirham dan diberikan wang tersebut kepada lelaki itu sambil baginda berkata: "Belilah makanan untuk keluargamu dengan satu dirham manakala satu dirham lagi belikanlah sebilah kapak". Kemudian Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wa sallam) meminta lelaki itu datang lagi, lalu lelaki itupun datang dan baginda telah membubuhkan hulu kapak itu dan menyuruh lelaki itu pergi mencari kayu api sambil baginda mengatakan kepada lelaki itu supaya lelaki itu tidak akan berjumpa lagi dalam masa 15 hari. Lelaki itu pergi dan kembali lagi selepas 15 hari sambil membawa datang 10 dirham, lalu ia berkata: "Wahai Rasulullah, Allah telah memberkati saya pada kerja yang tuan suruh saya itu. " Maka baginda Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wa sallam) bersabda: "Itu adalah lebih baik daripada anda datang pada hari kiamat kelak sedang pada muka anda bertanda kerana meminta-minta.
Nilai Akhlak
Akhlak berkait rapat dengan iman. Akhlak adalah suatu kelakuan yang lahir manifestasi dari iman. Akhlak meliputi zahir batin, hubungan dengan Allah, sesama manusia dan juga dengan alam dan haiwan
Akhlak berperanan penting dalam pembentukan pembangunan dan tamadun-tamadun yg wujud yang didasari kepada nilai akhlak akan diredhai Allah dan membawa kebaikan kepada semua makhluk
Wujud tamadun yang seimbang dunia/ akhirat, kepentingan individu/masyarakat, urusan zahir/batin, material ( fizikal)/ spiritual.
Apabila akhlak menjadi asas, tidak akan wujud sesuatu yg dianggap pembangunan yang bercanggah dengan ajaran atau nilai-nilai Islam seperti arak, judi, hiburan yang bercanggah dengan hukum.
Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri. Justeru, perutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia, sebagaimana maksud hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam:
Antara faktor perutusan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak manusia. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Allah subhanahu wa ta’ala, sesama manusia dan makhluk lain termasuk alam persekitaran
Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa, karana salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu mulai pada jaman penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng.
Hal ini juga berlaku pada zaman jahilliyyah dimana akhlak manusia telah runtuh, perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka menjolimi kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bedanya dengan manusia yang tidak beragama.
Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan kita dari seksa api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya di dalam neraka. Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, durhaka kepada kedua orang tuanya, melakukan kezhaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka untuk dijadikan ahli syurga.
Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia karena akhlak merupakan lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud : “Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. ” Kekalnya suatu ummah juga karena kokohnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya suatu ummah itukarena lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keridhoan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti pada zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Tidak adanya akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan manusia krisis akan nilai diri, keruntuhan rumah tangga, yang tentunya hal seperti ini dapat membawa kehancuran dari suatu negara. Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : “Kekalahan Perancis di tangan tantara Jerman disebabkan karena tentaranya runtuh moral dan akhlak” Pencerminan diri seseorang juga sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang ditunjukkan.
Malahan, akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang karena orang yang berakhlak jika dibandingkan dengan orang yang tidak berakhlak tentu sangat jauh perbedaannya. Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan suatu mata uang apapun, akhlak merupakan wujud di dalam diri seseorang yang merupakan hasil didikan dari kedua orang tua serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita kenalkan, didik serta diarahkan pada akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hingga seterusnya.
Proses pembentukan sebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti di mulai dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa yang telah dibina diatasnya. Akhlak tentu amat penting karena merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika memulai pembentukan masyarakat Islam.
Antara contoh nilai akhlak ialah:
Bersalam-salaman dan bertegur sapa menunjukkan akhlak keperibadian mulia seseorang umat manusia sesama manusia yang lain.
Menunaikan solat lima waktu sehari semalam juga dapat meningkatkan keimanan sekaligus dapat melahirkan akhlak yang terpuji dalam diri seseorang manusia.
Menyumbangkan harta atau barang yang kita miliki kepada golongan yang kurang berkemampuan juga akan membentuk diri kita supaya menjadi manusia yang bersyukur dengan nikmat Allah subhanahu wa ta’ala.
Nilai Keilmuan
Al-Quran adalah sumber Ilmu Pengetahuan sekaligus sumber ajaran Agama Islam, Untuk itulah al-Quran sebagai dasar yang mampu menjelaskan bagaimana Ilmu pengetahuan bisa berkembang di kalangan ummat Islam dan pernah mencapai masa keemasan, walaupun sekarang tidak seperti zaman Daulah Umayyah terutama Daulah Abbasiyah yang berhasil mengembangkan Ilmu Pengetahuan secara gemilang dengan berlandaskan Islam.
1. Pengertian Ilmu
Ilmu merupakan kata yang berasal dari bahasa Arab علم, masdar dari عَـلِمَ – يَـعْـلَمُ yang bererti tahu atau mengetahui. Dalam bahasa Inggeris Ilmu biasanya dipadankan dengan kata science, sedang pengetahuan dengan knowledge.
Pengertian Ilmu adalah pengetahuan tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut metode-metode tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan gejala-gejala tertentu dibidang (pengetahuan) itu
dari pengertian di atas nampak bahwa Ilmu memang mengandung arti pengetahuan, tapi pengetahuan dengan ciri-ciri khusus yaitu yang tersusun secara sistematis atau menurut Moh Hatta (1954 : 5) “Pengetahuan yang didapat dengan jalan keterangan disebut Ilmu”.
2. Kedudukan Ilmu Menurut Islam
Ilmu menempati kedudukan yang sangat penting dalam ajaran Islam, hal ini terlihat dari banyaknya ayat al-Quran yang memandang orang berilmu dalam posisi yang tinggi dan mulya disamping hadis-hadis nabi yang banyak memberi dorongan bagi umatnya untuk terus menuntut ilmu.
Didalam al-Quran, kata ilmu dan kata-kata jadianya di gunakan lebih dari 780 kali, ini bermakna bahwa ajaran Islam sebagaimana tercermin dari al-Quran sangat kental dengan perkar-perkara yang berkaitan dengan ilmu, sehingga dapat menjadi ciri penting dari agama Islam sebagaimana dikemukakan oleh Dr Mahadi Ghulsyani sebagai berikut ;
“Salah satu ciri yang membedakan Islam dengan yang lainnya adalah penekanannya terhadap masalah ilmu (sains), al-Quran dan al-Sunnah mengajak kaum muslim untuk mencari dan mendapatkan Ilmu dan kearifan, serta menempatkan orang-orang yang berpengetahuan pada darjat tinggi”
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam al-Quran yang artinya: “Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan). dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”
Ayat tersebut jelas menunjukan bahwa orang yang beriman dan berilmu akan menjadi memperoleh kedudukan yang tinggi. Keimanan yang dimiliki seseorang akan menjadi pendorong untuk menuntut Ilmu, dan Ilmu yang dimiliki seseorang akan membuat dia sadar betapa kecilnya manusia dihadapan Allah, sehingga akan tumbuh rasa kepada Allah bila melakukan hal-hal yang dilarangnya, hal ini sejalan dengan firman Allah: “Sesungguhnya yang takut kepada allah diantara hamba –hambanya hanyaklah ulama (orang berilmu). ”
Disamping ayat-ayat Al-Quran yang memposisikan Ilmu dan orang berilmu sangat istimewa, al-Quran juga mendorong umat Islam untuk berdoa agar ditambahi ilmu.
dalam hubungan inilah konsep membaca, sebagai salah satu wahana menambah ilmu, menjadi sangat penting, dan Islam telah sejak awal menekankan pentingnya membaca, sebagaimana terlihat dari firman Allah yang pertama diturunkan yaitu surat Al-Alaq yang artinya:
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan kamu dari segummpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling pemurah. Yang mengajar (manusia ) dengan perantara kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui. ”
Ayat-ayat tersebut, jelas merupakan sumber motivasi bagi umat Islam untuk tidak pernah berhenti menuntut ilmu, untuk terus membaca, sehingga posisi yang tinggi dihadapan Allah akan tetap terjaga, yang bermaksud juga rasa takut kepada Allah akan menjiwai seluruh aktiviti kehidupan manusia untuk melakukan amal soleh, dengan demikian nampak bahawa keimanan yang mantap dengan ilmu akan membuahkan amal, sehingga Nurcholis Madjid menyebutkan bahwa keimanan dan amal perbuatan membentuk segi tiga pola hidup yang kukuh ini seolah menengahi antara iman dan amal.
Di samping ayat-ayat al-Quran, banyak juga hadis yang memberikan dorongan kuat untuk menuntut Ilmu antara lain hadis berikut::
“Carilah ilmu walau sampai ke negeri Cina, kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim’”(hadis riwayat Baihaqi).
“Carilah ilmu walau sampai ke negeri cina, karena sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim. sesungguhnya Malaikat akan meletakan sayapnya bagi penuntut ilmu karena rela atas apa yang dia tuntut “(hadist riwayat Ibnu Abdil Bar).
Dari hadis tersebut di atas, semakin jelas komitmen ajaran Islam pada ilmu, dimana menuntut ilmu menduduki posisi fardhu (wajib) bagi umat Islam tanpa mengenal batas wilayah.
3. Klasifikasi Ilmu menurut ulama Islam.
Dengan melihat uraian sebelumnya, nampak jelas bagaimana kedudukan ilmu dalam ajaran Islam. Al-Quran telah mengajarkan bahwa ilmu dan para ulama menempati kedudukan yang sangat terhormat, sementara hadis nabi menunjukan bahwa menuntut ilmu merupakan suatu kewajiban bagi setiap muslim.
Dari sini timbul permasalahan apakah segala macam Ilmu yang harus dituntut oleh setiap muslim dengan hukum wajib (fardu), atau hanya Ilmu tertentu saja ?. Hal ini mengemuka mengingat sangat luasnya spsifikasi ilmu dewasa ini. Pertanyaan tersebut di atas nampaknya telah mendorong para ulama untuk melakukan pengelompokan (klasifikasi) ilmu menurut sudut pandang masing-masing, meskipun prinsip dasarnya sama, bahwa menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim.
Syech Zarnuji dalam kitab Ta’limu al-Muta‘alim ketika menjelaskan hadis bahwa menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim menyatakan : Ketahuilah bahwa sesungguhya tidak wajib bagi setiap muslim dan muslimah menuntut segala ilmu, tetapi yang diwajibkan adalah menuntut ilmu perbuatan, sebagaimana diungkapkan, “sebaik-baik ilmu adalah Ilmu perbuatan dan sebagus –bagus amal adalah menjaga perbuatan. ”
Kewajiban manusia adalah beribadah kepada Allah, maka wajib bagi manusia (Muslim, Muslimah) untuk menuntut ilmu yang berkait dengan tata cara tersebut, seperti kewajiban solat, puasa, zakat, dan haji, Mengakibatkan wajibnya menuntut ilmu tentang hal-hal tersebut. Demikianlah nampaknya semangat pernyataan Syech Zarnuji, akan tetapi sangat disayangkan bahwa beliau tidak menjelaskan tentang ilmu-ilmu selain Ilmu Hal tersebut lebih jauh di dalam kitabnya.
Sementara itu Al Ghazali di dalam Kitabnya Ihya Ulumudin mengklasifikasikan Ilmu dalam dua kelompok iaitu Ilmu Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah, kemudian beliau menyatakan pengertian Ilmu-ilmu tersebut sebagai berikut :
1-Ilmu fardu Ain.
Ilmu tentang cara amal perbuatan yang wajib, Maka orang yang mengetahui ilmu yang wajib dan waktu wajibnya, berartilah dia sudah mengetahui ilmu fardu ain. Selain itu, ilmu agama dengan segala cabangnya, seperti yang tercakup dalam rukun Islam, sementara itu yang termasuk dalam ilmu (yang menuntutnya). Antara contoh ilmu fardu Ain ialah:
Menunaikan solat Mengeluarkan zakat
2-Ilmu fardu kifayah.
Ialah tiap-tiap ilmu yang tidak dapat disampaikan dalam menegakan urusan duniawi.
fardhu kifayah antara lain ilmu kedoktoran, ilmu berhitung untuk jual beli, ilmu pertanian, ilmu politik, bahkan ilmu menjahit yang pada dasarnya ilmu-ilmu yang dapat membantu dan penting bagi usaha untuk menegakan urusan dunia. Antara ilmu fardu Kifayah ialah:
Memandikan jenazah Ilmu keagamaan
Ilmu Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan anugerah Allah subhanahu wa ta’ala yang diamanahkan kepada manusia untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. DAlam agama Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam sekitar dan melarang sebarang tingkah laku dan perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal oleh hukum Islam terutamanya konsep halal dan haram. Alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah subhanahu wa ta’ala yang maha pencipta. Justeru, Allah subhanahu wa ta’ala telah menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam termasuk makhluk ghaib.
Tamadun-tamadun lain selain Islam juga menitik beratkan aspek penjagaan alam sekitar. Sebagai contoh dalam Tamadun China khususnya ajaran Tao, alam dianggap sebagai “ibu” atau dao. Ini menunjukkkan bumi sebagai entity yang perlu dimuliakan. Dalam Buddhanisme dan Shinto pula hubungan harmonis manusia dengan alam ditekankan melalui konsep esho fui, iaitu manusia dan alamsaling memerlukan. Firman Allah yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbul yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balsan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Surah al-Rum:41)
Penjagaan alam sekiar merupakan isu sejagat yang mendapat perhatian daripada semua golongan manusia. Hanya mereka-mereka yang tidak bertamadun sahaja yang akan merosakkan keindahan alam, mencmarkan sungai, membakar hutan sewenang-wenangnya tanpa pengawasan dan lain-lain. Allah subhanahu wa ta’ala tidak menciptakan alam dengan sia-sia. Daripada alam ini, manusia dapat belajar mengenai pelbagai perkara yang mengilhamkan sesuatu yang baru. Sebagai contoh, teknik pencahayaan dan mewarnakan ruang aplikasi daripada langit yang luas ataupun berdasarkan warna tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Pembinaan kubah masjid, ruang solat dan sebagainya juga diterjemahkan melalui pengamatan yang tinggi terhadap penciptaan alam. Justeru, hubungan antara manusia dan alam adalah intim dan idak saharunya dikotorkan dengan perlakuan yang tidak bertamadun.
Antara contoh ilmu alam sekitar ialah:
Bercucuk tanam dapat berbakti kepada tanah juga merupakan ilmu alam sekitar
Menjaga persekitaran hutan dapat memberi pelbagai faedah, seperti bekalan makanan kepada manusia, tempat tinggal haiwan dan lain-lain.
Hidupan flora dapat memberi impak yang sangat besar kepada alam sekitar kerana kecantikan flora boleh menenangkan fikiran seseorang manusia.
NILAI KEMANUSIAAN
Apabila membincangkan tentang nilai kemanusiaan ini, perkara paling penting yang perlu difahami ialah siapakah manusia?Manusia diciptakan Allah sebagai suatu makhluk yang mulia, mempunyai kehebatan yang tersendiri yang berfungsi sebagai khalifah. Jesteru, secara logiknya, ciptaan yang hebat ini perlu diperlakukan mengikut tatacara yang sebaiknya. Siapakah pula yang perlu memperlakukan mereka dengan baik? Tidak lain dan tidak bukan adalah sesama manusia itu sendiri. Oleh kerana itu, terdapat nilai-nilai yang baik yang harus diaplikasikan bagi menjamin kedudukan mulia seorang manusia.
Nilai kemanusiaan semakin subur dan jelas arah tujunya apabila Islam menyatakan manusia wajib menghormati nilai-nilai kemuliaan manusia sebagai makhluk dan khalifah Allah di bumi. Manusia menjadi mulai kerana dirinya, agamanya, tugas dan peranannya, akhlaknya atau moralnya, akal dan ilmunya, dan naluri serta perasaan kemanusiaan semulajadinya yang sentiasa suka kepada kebaikan.
Anugerah sejagat iaitu kasih dan nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia. Sebagai firman Allah subhanahu wa ta’ala yang bermaksud : “Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya diantara kamu perasaan kasih saying dan belas kasian sesungguhnya keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah Al-Rum : 21)
Nilai kemanusiaan merupakan satu nilai yang mementing kehormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan. Nilai ini tidak akan wujud kecuali dengan wujudnya sebuah kelompok masyarakat yang masing-masing memahami hakikat kejadian manusia secara menyeluruh. Manusia merupakan makhluk yang dimuliakan oleh Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan” (Surah Al-Tin : 4)
Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai tambah. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya.
Hubungan manusia sesama manusia dikenali sebagai ”hablum minannas”. Manusia pada setiap masa perlu menghubungkan diri sesama manusia dalam segenap bidang kehidupan. Masyarakat Islam ialah sebuah masyarakat yang bersifat universal. Apa yang dikehendaki oleh Islam ialah saling kenal mengenal serta mengadakan hubungan yang baik sesama manusia dalam segenap lapangan hidup sama ada yang berupa peribadi atau kemasyarakatan. Perbezaan yang sedia ada seperti perbezaan warna kulit, kelainan keturunan, bahasa dan bangsa adalah menggambarkan kebesaran Allah serta sebagai satu rahmat kepada manusia. Ini juga dapat menyedarkan manusia bahawa mereka sebenarnya saling memerlukan di antara satu sama lain. Ini diterangkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling takwa di antara kamu”. (al-Hujurat: 13)
Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan Allah (hablum mina’Llah) dan hubungan yang baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat dengan ukhuwah Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak antara sesama manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga. Hubungan yang baik sesama manusia amat perlu dijaga, malah andainya seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga.
Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi manusia terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga nyawa, harta benda dan maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai kemanusiaan. Manusia diciptakan sebagai suatu makhluk yang mulia, mempunyai niilai kemanusiaan merupakan suatu nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan.
Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri dan memandang tinggi martabat manusia. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap “ekspresi jantung manusia”.
Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang.
NILAI KEKELUARGAAN
Nilai kekeluargaan salah satu elemen penting untuk dipelihara dan menjadi salah satu dalam Maqasid Syariah iaitu dalam perkara dalam menjaga keturunan. Cara pemilihan jodoh juga amat dititk beratkan dalam Islam. Begitu juga dalam tatacara pernikahan, hubungan sesama keluarga, sanak saudara dan sebagainya. Hasil daripada nilai kekeluargaan yang baik akan membentuk pula komposisi masyarakat yang baik.
Agama Islam merupakan agama yang sangat mementingkan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan. Setiap insan seharusnya berkasih sayang sesama manusia, haiwan, tumbuhan serta apa yang ada di langit dan di bumi kerana Allah bersifat dengan sifat Rahman dan Rahim. Keluarga merupakan orang terdekat yang mempunyai pertalian darah dan keturunan seperti adik beradik dan saudara mara. ‘Air yang dicincang tidak akan putus. ’Begitulah perumpamaan yang dibuat untuk menggambarkan betapa kukuhnya ikatan kekeluargaan yang terjalin.
Dalam sebuah riwayat, Abu Ayyub telah menceritakan bahawa seorang Arab Badwi telah bertanya kepada baginda Nabi Muhammad mengenai amalan yang menghampirkan dirinya kepada syurga dan mengenai apa yang menjauhkan dirinya daripada neraka lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Engkau beribadat kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, menunaikan zakat dan menghubungkan kekeluargaan. ”
Dalam Islam, nilai kekeluargaan menjadi salah satu elemen penting untuk dipelihara. Ia menjadi salah satu aspek penjagaan penting dalam perkara Maqasid Syariah iaitu dalam perkara menjaga keturunan. Untuk membentuk sesebuah keluarga, ia perlu bermula dari awal lagi iaitu dengan menjaga diri sendiri. Justeru, Nabi berpesan kepada setiap umatnya dengan pesanan bahawa setiap individu adalah pemimpin dan sekurang-kurangnya pemimpin adalah keatas diri sendiri. Jika diri sudah terpimpin, tahap seterusnya adalah untuk memimpin orang. Bagi kaum lelaki, tugas pemimpin yang seterusnya adalah dengan menjadi ketua keluarga dan bagi kaum wanita pula dengan memimpin urusan hal ehwal rumah tangga dan anak-anak.
Semua manusia dari keturunan Nabi Adam a. s dan Hawa. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala yang bermaksud : “Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dan diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) ini pasangannya (isteri-Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu minta dengan menyebut-nyebut namanya serta perihalalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa (mengawasi) kamu. ” (Surah Al-Nisa’ : 1)
Nilai kekeluargaan dan masyarakat diterima oleh hampir semua tamadun di dunia. Tamadun Islam meletakkan institusi keluarga sebagai asas pembentukan sebuah masyarakat. Apabila masyarakat baik, maka wujudlah ummah dan negara yang baik. Sumber masyarakat baik adalah al-Qur’an, Sunnah Rasul-Nya dan ijtihad para ulama’. Tamadun Islam menetapkan darjat manusia semua adalah sama di sisi Allah subhanahu wa ta’ala. Kelebihan seseorang ádalah ketaqwaannya kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan juga pemilikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Oleh kerana itu, tidak ada kelebihan orang Arab dari orang ajam (bukan Arab).
Kekeluargaan dalam Tamadun Melayu pula berasaskan kepada fahaman ajaran Islam. Hubungan yang terjalin antara ahli keluarga begitu erat. Ibu, bapa, anak-anak dan sanak saudara menjalankan tugas dan memahami tanggungjawab masing-masing. Fahaman mengenai setiap tanggungjawab amat berkait rapat dengan ajaran agama Islam
Tamadun Asia begitu sarat dengan elemen “rite de passage” iaitu adat istiadat dari saat kelahiran hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota keluarga. Ini menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan sangat ditekankan. Sebagai contohnya, dalam perspektif Islam, soal institusi kekeluargaan diperhalusi oleh ilmu munakahat yang mengatur pembinaan institusi keluarga bermula dari proses mencari jodoh, tanggungjawab suami isteri dan seterusnya.
Keluarga menjadi kaedah utama dalam pembentukan masyarakat dan keluarga dibina di atas asas pembahagian tugas di antara suami dan isteri, maka masyarakat itu akan menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun kerana keluarga dalam bentuk ini merupakan tapak dan pengkalan kepada nilai-nilai kemanusiaan itu dibentuk dan dipupuk untuk menjadi panduan generasi muda. Nilai-nilai itu tidak mungkin dibentuk kecuali dalam sebuah keluarga.
Institusi keluarga merupakan unit yang penting dalam setiap tamadun. Tamadun China menekankan kepada pentingnya hubungan kasih sayang dan hirarki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Dalam Tamadun Islam, tanggungjawab perlu dilakukan oleh setiap anggota keluarga yang berasaskan kepada perasaan kasih sayang dan hormat menghormati. Manakala dalam Tamadun Hindu pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian di samping menjadi penerusan zuriat. Ikatan keluarga didasarkan kepada kasih sayang dan rasa hormat.
Sesungguhnya barangsiapa yang menghubungkan silaturahim seolah-olah ia menghubungkan dirinya dengan Allah dan sesiapa yang memutuskannya, Allah akan memutuskan hubungan dengannya. Menjaga hubungan silaturahim merupakan suatu perkara yang besar dan memutuskannya adalah haram. Kita diingatkan supaya mengekalkan hubungan silaturahim yang terjalin dan seterusnya menjaga hubungan tersebut agar tidak terputus. Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan). ” ( Hadis riwayat Muslim)
NILAI KEADILAN
Adil membawa maksud sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak dan berpihak kepada yang benar. Adil juga dapat didefinisikan sebagai sikap pertengahan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya. Selain Islam memerintahkan untuk berlaku adil, Islam juga mengharamkan kezaliman dan membanteraskan dengan bersungguh-sungguh.
Dalam perspektif Islam, nilai keadilan didefinisikan sebagai prinsip yang menunjukkan kejujuran, keseimbangan, kesederhanaan, dan keterusterangan merupakan nilai-nilai moral yang sangat ditekankan dalam Al-Quran. Majid Khadduri menemukan dalam kitab suci itu tidak kurang dari seratus ungkapan yang memasukkan gagasan keadilan baik dalam bentuk kata-kata yang bersifat langsung ataupun tidak langsung. Semua itu mencerminkan dengan jelas komitmen Islam terhadap keadilan.
Prof. Muhammad Abu Zahrah membahagikan keadilan dalam tiga kategori, iaitu keadilan undang-undang, keadilan sosial, dan keadilan global. Keadilan undang-undang adalah penguatkuasaan undang-undang secara merata kepada semua tahap sosial yang ada. Tidak membezakan antara kaya ataupun yang papa, yang mulia ataupun yang hina. Semua manusia di sisi undang-undang dan perundangan adalah sama.
Keadilan sosial adalah sesuatu yang menuntut setiap individu dalam suatu kumpulan agar dapat hidup secara terhormat tanpa ada tekanan dan halangan serta mampu memanfaatkan kemampuan sesuai dengan apa yang berfaedah bagi diri dan orang lain sehingga boleh berkembang secara kolektif. Keadilan global ialah prinsip utama sebagai landasan ditegakkannya hubungan antara kaum Muslim dan bukan Muslim.
Islam meletakkan aspek keadilan pada kedudukan yang sangat tinggi dalam sistem perundangannya. Tiada bukti keadilan yang begitu kompleks, kecuali dalam ayat Al-Quran. Dari situ, jelas kiranya kedudukan prinsip keadilan dalam Islam. Dalam kes keluarga, misalnya, Al-Quran menyebutkan; “Jika kamu takut berlaku tidak adil, ambillah seorang isteri sahaja. ” (Surah An-Nisa [4]: 3)
Keadilan itu harus menjadi pertimbangan seseorang dalam mengambil keputusan untuk poligami atau tidak. Adanya sikap seperti itu sebenarnya dimaksudkan agar tindakan seseorang tidak mengakibatkan merugikan orang lain. Bukankah adil itu bererti meletakkan sesuatu secara profesional pada tempatnya?
Kewajipan berlaku adil dalam penulisan kontrak kerja sama ada bidang perniagaan (mu’amalah) juga secara tegas dinyatakan dalam Al-Quran. Kontrak perjanjian kerja, sewa-menyewa, atau hutang-piutang itu harus ditulis secara jelas dan adil demi melindungi hak masing-masing pihak yang berkaitan. Keadilan merupakan sunatullah yang tidak dapat diganti.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. ”(Surah Al-Maidah, ayat 8).
Allah memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan terperangkap dengan penyakit hati seperti dengki dan kebencian yang akan mengakibatkan keruntuhan serta kehancuran bangsa itu sendiri. Paling istimewa, sifat adil akan menghiaskan diri seseorang Muslim dengan perhiasan takwa iaitu neraca piawaian yang utama untuk memburu darjat istimewa di sisi Allah. Takwa adalah tiket yang tiada nilainya untuk menjejakkan kaki ke pintu syurga penuh kenikmatan.
Menurut Prof Dr Hamka, keadilan pintu terdekat kepada takwa, sedangkan rasa benci hanya menyebabkan seseorang itu jauh dari Allah. Apabila seseorang Muslim menegakkan keadilan, jiwanya akan merasai kemenangan yang tiada tandingannya.
Seterusnya, Islam menuntut kepada seorang suami supaya berlaku adil kepada isterinya kerana Islam melarang sama sekali sebarang bentuk kezaliman dan penderaan dalam institusi rumah tangga. Oleh itu, jika suami merasakan tidak dapat berlaku adil, maka memadai mengahwini seorang isteri.
Begitu juga seorang Muslim yang diamanahkan memikul jawatan kadi supaya dapat bersikap adil, berwaspada serta tidak berat sebelah dalam memutuskan hukuman kepada pesalah biarpun daripada kalangan keluarga dan kerabatnya.
Seorang pemimpin juga dituntut bersikap adil dan saksama dalam kepemimpinannya dan jangan sesekali melakukan kezaliman kepada manusia sejagat. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud: “Kepimpinan itu satu amanah yang berat. Pada hari kiamat nanti ia adalah satu penyesalan dan kehinaan melainkan seorang pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab kepemimpinannya dengan amanah dan adil kepada rakyat bawahannya. ” (Hadis riwayat Abu Hanifah)
Keadilan sosial dalam Islam juga penting. Sejak manusia membentuk masyarakatnya di muka bumi ini persoalan keadilan merupakan asasi pertama yang harus dihadapinya. Hal ini kerana, jika keadilan terabaikan akan terjadilah kekacauan dalam masyarakat. Tetumpahnya darah manusia yang pertama kali di muka bumi ini, yakni darah Habil adalah akibat saudaranya Qabil merasa tidak puas dengan keadilan yang ada ketika itu. Demikian pula, terjadinya peperangan persengketaan dan sebagainya yang di akibatkan dari terabainya keadilan dan orang yang memperuntukkan hawa nafsunya sendiri tanpa memperhatikan hak-hak orang lain.
Demikian betapa luasnya nilai keadilan dalam Islam. Justeru untuk menjamin kelangsungan Islam supaya terus bertapak di bumi Allah ini, konsep keadilan perlu disemai dan dibajai supaya bertunjang dalam kehidupan ummah sejagat.
KESIMPULAN
Nilai universal adalah nilai sejagat yang diamalkan oleh semua tamadun. Pembinaan sesebuah tamadun perlu didasarkan kepada perletakan yang kukuh bagi memungkinkan kesinambungannya berterusan. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai nilai ini tidak dapat lari daripada pemusatan pandangan semesta yang menjadi pengukur utama kepada pengamalan nilai dalam mana-mana tamadun. Tamadun Islam yang berpaksikan kepada tauhid meletakkan segala pencapaian nilai kepada unsur tauhid dan keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala.
Berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain di mana sebagai contohnya Barat menjadikan keupayaan manusia dalam menterjemahkan kemajuan sebagai ukuran utama. Tanpa interaksi yang positif serta mengalami perubahan, sesebuah peradaban akan beku, jumud, mundur seterusnya musnah. Dengan menyedari hakikat bahawa integrasi antara tamadun ini merupakan penyumbang kepada penerusan kecermelangan sesuatu tamadun bangsa, maka ianya perlu dipelihara agar kerukunannya dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Ia sekaligus membuka ruang perbahasan yang sihat dengan minda yang terbuka serta penuh berhikmah. Sekaligus mengurangkan syak wasangka dan prejudis kaum lain terhadap Islam yang dianuti oleh bangsa Melayu di Malaysia.
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa persamaan. Namun terdapat juga persoalan-persoalan tertentu terutamanya berkaitan dengan teologi di mana wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Dalam memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun dengan tamadun yang lain, ini akan mendorong kita untuk bersikap tolenransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Ini secara tidak langsung memberi ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama dan tenteram.
RUJUKAN
• Mohd Nasir Ayub, Dr. Noor Syahidah Mohamad Akhir, Ahmad Yumni Abu Bakar
• Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Kedah
• Ahmad Fauzi Morad, Tamadun Islam, Kuala Lumpur, UPM
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA
013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)