Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu
Alam Melayu yang meliputi wilayah Selatan Thailand, Selatan Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Bangsa Melayu yang wujud di benua ini sangat menonjol dalam aspek keIslaman mereka. Bahkan masyarakat di Alam Melayu ini juga telah membentuk peratusan yang agak tinggi daripada penduduk dunia yang beragama Islam. Walaupun sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu dikatakan tela dipengaruhi dengan fahaman animisme dan juga Hindu-Buddha. Namun kedatangan agama Islam dilihat telah memberikan pengaruh yang amat besar kepada Alam Melayu berbanding pengaruh Hindu-Buddha. Pengaruh besar yang dibawa oleh agama Islam ini merupakan suatu perkara yang sangat menarik untuk dibincangkan. Apatah lagi dengan jarak yang sangat jauh antara dunia Arab yang menjadi tapak permulaan kepada pengembangan agama Islam dengan wilayah Kepulauan Melayu. Selain itu, perkembangan agama Islam di Alam Melayu sangat istimewa kerana tiada sebarang bukti penggunaan kekerasan atau peperangan dalam mengembangkan agama Islam. Ini menjelaskan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu berlangsung dalam suasana yang aman harmoni dan diterima dengan baik oleh masyarakat Alam Melayu. Namun tarikh sebenar kedatangan Islam ke Alam Melayu masih lagi menjadi bahan perbincangan di kalangan tokoh-tokoh sejarah Malaysia. Secara umumnya, terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam ke Alam Melayu seperti berikut :
1. Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi
2. Teori kedatangan Islam dari Negara China/Champa
3. Teori kedatangan Islam dari Negara India
Ketiga-tiga teori ini mempunyai penjelasan, hujah dan bukti yang menyokongnya.

Seperti yang terbukti di dalam buku-buku sejarah bahawa hubungan perdagangan antara Asia Barat dengan Alam Melayu telah berlaku sebelum kelahiran agama Islam lagi. Aktiviti ini terus keekal berlangsung dan bertambah rancak selepas lahirnya agama Islam di sekitar abad ke-7 Masihi. Islam yang bersifat universal bukan terhad seruannya kepada bangsa Arab sahaja maalh kepada seluruh umat manusia. Pedagang-pedagang Arab yang datang yang datang menjalankan perniagaan di rantau ini sekitar kurun tersebut dipercayai sebagai penganut dan pengamal agama Islam dan membawanya bersama dalam aktiviti perdagangan. Mereka datang berdagang ke sebelah Alam Melayu untuk membeli rempah ratus dan kapur barus yang hanya terdapat di rantau Melayu.
Wang Gungwu dan C. A. Majul meyatakan bahawa semenjak pedagang-pedagang Arab menguasai kegiatan perdagangan dari India dan Mesir, mereka mula menguasai perdagangan Nanhai (Asia Tenggara). Ini bererti telah berlangsungnya perdagangan laut antara Mesir, India, Asia Tenggara dan China serta mendirikan penempatan-penempatan di kawasan pantai Nusantara. Dengan mengkaji proses Islamisasi di Nusantara di peringkat awal tersebut, boleh dibuat kesimpulan bahawa orang-orang Arab telah merintis jalan walaupun agak pasif. Selepas itu baru diikuti oleh mubaligh India pada abad ke-13 (Abdul Rahman, 1981). Di samping itu, terdapat bukti menunjukkan bahawa Khalifah Muawiyah bin Abi Suffian dari Semenanjung Arab pernah mengirim utusan kepada raja kerajaan Srivijaya di Kepulauan Melayu supaya Baginda memeluk Islam. Raja Kedah yang bernama negerinya diberi gelaran “Darul Aman”. Derbar Raja II telah memeluk Islam pada tahun 1136 Masihi melalui seorang ulama dari negeri Yaman yang bernama Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad al-Qaumairi al-Yamani. Raja Kedah telah menukar namamya kepada Sultan Muzaffar Shah dan Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas (1972) telah mengemukakan hujah-hujah berkut dalam mempertahankan teori bahawa Islam yang datang ke Alam Melayu adalah terus dari Tanah Arab :
1. Pengaruh daripada sudut tulisan dan hasil karangan yang berasal dari Arab.
2. Tulisan Jawi yang menjadi teras tulisan Alam Melayu adalah pengaruh tulisan Arab yang ditambah beberapa huruf baru sesuai dengan penggunaan dalam bahasa Melayu.
3. Cara pembacaan Al Quran oleh masyarakat Alam Melayu adalah jelas menunjukkan wujudnya pengaruh bacaan Arab.
4. Sebilangan besar ulama yang datang ke rantau ini adalah dari Tanah Arab. Contohnya Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah, Syeikh Ismail al-Siddiq dan ramai lagi yang semuanya berasal dari Makkah al-Mukarramah.
Selain itu, terdapat juga hujah dan bukti lain yang menyokong teori ini iaitu:
1. Istilah Melaka itu sendiri berasal daripada bahasa Arab. Mulaqat yang bererti “tempat pertemuan”.
2. Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan sistem undang-undang Islam yang lebih dikenali sebagai Syariah Islamiyyah untuk mentadbir negara seperti yang terdapat dalam Undang-undang Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Berdasakan undang-undang yang tersebut di dalamnya menunjukkan wujudnya pengaruh pemikiran hukum daripada aliran Imam Shafi’e.
3. Banyak istilah dan pengucapan Bahasa Melayu yang berasal dari Bahasa Arab seperti ikhtisas, kanun, kalam, kerusi, adil, zalim, tabib, ilmu dan banyak lagi.
4. Nama orang Melayu dahulukala seperti Megat, Embong, Ngah, nama-nama bunga, dan seumpamanya ditukar kepada nama yang mempunyai sebutan Arab seperti Hafiz, Hamdi, Sofwan, Najwa dan lain-lain.
2. Teori Kedatangan Islam dari India
Snouck Hurgronje seorang orientalis Barat telah mengemukakan teori ini dan disokong oleh Brian Harrison. Harrison menyatakan bahawa masyarakakt Alam Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perdaganagan dan kebudayaan. Mereka menyanjung tinggi kebolehan dan pencapaian masyarakat India dalam bidang-bidang tersebut. Menerusi hubungan dua hala ini penduduk Alam Melayu berminat dengan Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India.
Menurut Thomas Arnold dalam bukunya The Peching of Islam, menyatakan bahawa agama Islam di Alam Melayu adalah sama dengan yang dianuti oleh masyarakat Malabar yang berpegang pada Mazhab Shafi’e. Terdapat bukti bertulis menyatakan bahawa Islam masuk ke Alam Melayu selepas tahun 1297 Masihi iaitu setelah Gujerat menerima Islam. Pedagang-pedagang Islam dari Gujerat ini dipercayai sebagai penyebar agama Islam ke Alam Melayu. Sarjana orientalis seperti Jasolin den Jong, menyatakan bahawa penyebaran Islam dimainkan oleh pedagan-pedagang Gujerat ini. Ini disokong pula oleh kajian yang dilakukan G. P. Moquette terhadap batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang ditemui di Gersik bertarikh 1419 Masihi dan batu nisan Umar ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat.
Selain itu, pengaruh perkataan dari bahasa India dalam kehidupan masyarakat Melayu seperti “lebai” yag berasal daripada “labbaygon” iaitu istilah biasa digunakan oleh orang Muslim India yang menjaja batu permata dan memakai songkok putih. Bila orang Melayu sudah pandai memakai songkok putih mereka pula digelar “lebai”. Di samping itu, pengaruh senibina masjid yang mempunyai kubah juga dikatakan pengaruh senibina daripada India.
3. Teori Kedatangan Islam dari Negara China/Champa
Kedatangan Islam ke Alam Melayu dikaitkan juga dengan teori kedtangannya dari negara China atau Champa. Islam sendiri telah sampai ke negara China sejak zaman pemerintahan Dinasti Pang sekitar tahun 650 Masihi. Wilayah Canton telah menjadi pusat tumpuan kepada para pedagang dan juga pendakwah Islam. Saad ibn Waqqas, Qutaibah ibn Muslim dikatakan pernah samapai ke sempadan China, malah sepanjang zaman Khalifah Abbasiah ramai utusan Islam yang sampai ke negara China.
Syed Muhammad Naqib al-Attas (1972) menyebut tentang pemberontakan yang berlaku di Canton sekitar 877 Masihi yang telah mengorbankan kira-kira 120, 000 hingga 200, 000 pedagang asing yang kebanyakannya beragama Islam (berbangsa Arab dan Parsi). Ini menyebabkan ramai orang Arab-Islam terpaksa menyelamatkan diri mereka dengan berhijrah ke Kalah(Kedah) dan Palembang. Terdapat juga di dalam catatan Dinasti Sung bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang Pantai Laut Cina Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari negara China pada awal 977 Masihi.
R. A Kern (1974) mengemukakan pandangan bahawa Islam samapai ke Alam Melayu dari sebelah Champa atau Kemboja pada abad ke-8 Masihi yang juga pada ketika itu menerima pengaruh Islam. Ini berasaskan kepada penemuan inskripsi yang mempunyai tulisan khat kufi yang bertarikh 1039M dan sebuah monumen yang bertarikh 1025M. Di dalam monumen tersebut terkandung beberapa perkara daripada hukum-hakam Islam. Malahan dikatakan Batu Bersurat yang dijumpai di Terengganu bertarikh 1301M mempunyai persamaan dengan batu nisan yang ada di Champa Selatan. Selain itu juga da persamaan dengan batu nisan Fatimah binti Maimon yang dijumpai (bertarikh 1082M) di Leran, Jawa Timur dengan batu nisan di Phanrany, Champa Selatan (bertarikh 1039M dan 1035M).
Menurut Abdul Jalil Hassan (1973) dalam catatatn sejarah Chau-Ju-Kua (1255M) terdapat negeri Islam yang disebut sebagai “Fo-lo-an” ialah Kuala Berang di Terengganu yang menjalankan perniagaan perniagaan dengan orang Arab di samping Srivijaya. Batu bersurat 1303M di Kuala Berang mempunyai pengaruh undang-undang Islam dan nyatalah Terengganu sebagai negeri yang mempunyai pengaruh Islam pada ketika itu mungkin telah melaksanakan hukuman selaras dengan syariah Islam.
Mengikut catatan sejarah terbaru telah ditemui batu bersurat di Teluk Cik Munah, Pahang yang bertarikh 702 Hijrah (1303M). Ini menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur iaitu bererti dari China dan Indochina.
Terdapat pengkaji seperti Gardener dan Emmanuel yang berpendapat Islam tiba menerusi jalan darat dari China pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, zaman Umayyah dan Abasiyyah. Zaman tersebut menyaksikan penghijrahan para pedagang Arab ke China. Mereka menetap di pelabuhan-pelabuhan seperti Canton. Terdapat bukti yang jelas bahawa hubungan China dan Tanah Arab telah berlaku sebelum kedatangan Islam lagi. Bahkan, Laksaman Cheng Ho yang melawat Melaka merupakan seorang Muslim. Beliau singgah bersama armada beliau seramai 35, 000 kelasi, sejarawan, dan para pengkaji yang dalam perjalanan ke Makkah. Pada tahun 878 Masihi meyaksikan berlaku kebakaran dan kekacauan besar di Canton. Ini menyebabkan para pedagang Islam terpaksa berpindah ke Champa dan seterusnya ke rantau sebelah sini. Ini yang menyebabkan mereka berdagang di Sumatera dan Melaka yang akhirnya menjadi pusat pemerdagangan mereka.
FAKTOR FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
erdapat pelbagai faktor yang menentukan perkembangan Islam di Alam Melayu. Dalam hal ini, Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menyimpulkan bahawa terdapat beberapa faktor terpenting dalam aspek ini contohnya perdagangan. Manakala menurut Professor Cesar (Qaisar) Adib Majul(1966), dalam bukunya: Theories On The Introduction and Expansion of Islam In Malaysia mengemukakan factor-faktor berikut :
1. Faktor Kehebatan Islam
2. Faktor Pendakwah
3. Faktor Perkahwinan
4. Faktor Politik dan Penaklukan
5. Faktor Ekonomi dan Perdagangan
6. Faktor Peranan Pusat Kebudayaan
1. Faktor Keistimewaan Islam
Penduduk Alam Melayu cepat menerima Islam tanpa sebarang penolakan dan bantahan. Hal ini kerana agama Islam sangat bersesuaian dengan fitrah hidup manusia seperti konsep ketuhanan dan keyakinan kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan dapat diterima oleh akal manusia. Di dalam Islam, tidak ada perbezaan antara manusia melainkan orang-orang yang bertakawa kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Islam menjamin kebebsan hidup tanpa terikat dengan system kasta seperti ajaran Hindu sebelumnya. Antara sebab Islam diterima oleh masyarakat Alam Melayu :
Ajaran Islam menekankan konsep ketuhanan yang lebih mudah dari ajaran sebelumnya.
Islam menegaskan ciri-ciri keadilan, hak individu, dan masyarakat, kehidupan yang harmoni, beradab, bersih dan bertanggungjawab.
Islam sebagai ajaran yang mudah difahami, dihayati dan dipraktikkan tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit.
Islam mengutamakan persamaan hak, persaudarann sesame manusia, akhlak yang mulia seperi tolong-menolong, hormat-menghormati dan sebagainya.
Islam merangkumi semua aspek kehidupan da menganjurkan kebahagiaan di dunia dan akhirat iaitu kehidupan yang seimbang.
Islam adalah ajaran yang menekankan tuntuan jasmani, rohani dan aqli dipenuhi secara yang sepadu.
2. Faktor Pendakwah
Menurut Dr. Siddiq Fadil (1986), beliau menyatakan bahawa perkembangan dan kemantapan Islam di rantau ini tidak sahaja dihasilkan oleh para pedagang tetapi ia berkait rapat dengan usaha gigih dan bijaksana para pendakwah yang komited yang terdiri daripada pedagang, mubaligh, ulama dan ahli sufi. Mereka tidak berasa malu dan takut untuk berdakwah kepada semua jenis golongan masyarakat.
Buku-buku sejarah lama antaranya Sejarah Melayu, HIkayat Raja-Raja Pasai dan HIkayat al Habib HUssain al Qadri ada menyebut beberapa nama pendakwah Arab atau tokoh-tokoh agama yang memainkan peranan dalam mengIslamkan raja-raja Melayu. Antaranya ialah:
Raja Melaka oleh Syeikh Abdul Aziz
Raja Pasai oleh Syeikh Ismail
Raja Acheh oleh Syeikh Abdullah Arif
Raja Jawa oleh Syeikh Malik Ibrahim
Raja Brunei dan rakyat Brunei oleh Syarif Ali Mufaqih Muqaddam (dipercayai dari keturunan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam)
Penduduk Borneo dan Mindanao oleh Syeikh Alawiyah
Masyarakat Pulau Sulu oleh Tuan Syarif Awliya’
Masyarakat Pontianak oleh Sayid HAbib Husain al-Qadri
Sifat keperibadian pendakwah, mubaligh, ulama dan ahi sufi serta kitab-kitab penulisan yang mereka hasilkan turut membantu penyebaran ajaran Islam di Alam Melayu. Di Pasai antara tokoh yang terkenal ialah Syarif Amir Sayyid al Syirazi, Syeikh Ismail dan Tajuddin al Asfahani. Di Melaka antara pendakwah yang terkenal ialah Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf. Di Acheh pula, terdapat 22 orang ulama telah ditugaskan untuk dijadikan sebagai penasihat pemerintah. Antaranya ialah Syeikh Abdullah Arif, Hamzah Fansuri, Shamsuddin al Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di Jawa, tokoh terkenal seperti Syeikh Malik Ibrahim, ulama wali songo yang terdiri daripada 9 orang ulama yang hidup pada awal abd ke 15M hingga akhir abad 16M. Demak dijadikan sebagai markas kegiatan dakwah mereka. Mereka telah membina masjid dan bertanggungjawab menggalakkan hidup secara sederhana dan menjauhi kehidupan yang mewah dan membazir.
Sistem pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh agama yang terkenal ini yang diajar di masjid-masjid, surau, istana raja, pondok, rumah-rumah ulama bagi menggiatkan lagi dengan pesat perkembangan ajaran Islam.
3. Faktor Perkahwinan
Perkahwinan adalah merupakan salah satu faktor perkembangan Islam. Perkahwnan ini berlangsung kebanyakannya antara golongan sufi, pedagang dan pendakwah dengan anak-anak gadis tempatan, termasuk puteri-puteri di kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri. Dengan adanya contoh yang baik di dalam keluarga, maka bukan anak sahaja yang memeluk Islam malah seluruh keluarga mereka menganut Islam.
Selain itu berlaku juga perkahwinan di antara raja dengan puteri-puteri raja dari negeri yang berhampiran atau negeri yang dijajah. Contohnya, Raja Melaka, Parameswara yang telah berkahwin dengan Puteri Kesultanan Pasai pada tahun 1414M. Disebabkan itu, bukan sahaja menyebabkan raja memeluk agama Islam tetapi para pembesar dan rakyat jelatanya akan mengikut jejak langkah raja mereka.
4. Faktor Pemimpin Dan Pembesar
Pengaruh golongan raja dan bangsawan dalam masyarakat Alam Melayu mengukuhkan lagi perkembangan agama Islam. Sikap masyarakat Melayu yang terlalu taat dan taksub kepada raja menyebabkan masyarakat mengikut sahaja agama apa yang dianuti oleh raja dan golongan bangsawan. Tradisi ini lahir dari konsep pendewaan kepada pemerintah yang merupakan doktrin dewaraja dalam agama Hindu yang menerbitkan konsep daulat dan derhaka. Tradisi taat dan setia kepada pemimpin dan pemerintah yang telah tertanam dalam jiwa masyarakat Alam Melayu menjadikan mereka mengikut tindakan pemerintah tanpa sebarang bantahan dan perdebatan. Oleh itu, jika raja mereka memluk Islam, ia akan diikuti oeh pebesar dan rakyatnya juga. Contohnya ialah pengIslaman Parameswara atau nama Islamnya ialah Sultan Muhammad Shah (1414 M) yang diikuti oleh golongan bangsawan dan rakyat jelata.
5. Faktor Politik dan Penaklukan
Perluasan kuasa politik kerajaan Melayu-Islam Melaka ke atas kerajaan Johor, Pahang, Terengganu, Pattani, Kampar, Inderagiri, Aru, Rokan, Siak dan Bengkalis telah menyebarkan Islam ke negeri – negeri tersebut. Ulama-ulama telah dihantar oleh kerajaan Melaka untuk mengajar dan menjadi rujukan kepada kerajaan Kampar, Pattani dan Inderagiri.
Selepas kejatuhan Melakan di tangan Portugis pada tahun 1511, kerajaan Acheh telah muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang terpenting di Alam Melayu pada abad ke-16 dan 17 M.
Kemerosotan kerajaan Islam di Tanah Melayu pada abad ke-18 M membuka ruang kepada Kerajaan Pattani di selatan Thailand untuk muncul sebagai pusat penyebaran Islam. Islam mula bertapak di Pattani pada abad ke-10M apabila pedagang dari Arab dan Parsi mula sampai untuk tujuan perdangangan. Sebagai bukti Islam berkembang di Pattani, raja Pattani iaitu Raja Phaya Tuk Nakpa telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mahmud Shah pada tahun 1457. Hal ini telah mendorong para pembesar dan rakyat Pattani untuk turut memeluk agama Islam.
Di kepulauan Borneo, Syariff Ali Mufaqih Muqaddam dari keturunan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menyebarkan Isam secara meluas pasa abad ke-15M dan 16M. Justeru itu, kepulauan Sulu dan Mindanau juga turut menerima Islam dengan baik. Raja dan rakyat Sulu telah diIslamkan oleh Tuan Syariff Awliya’. Muhammad bin Ali Zainal Abidin bertanggungjawab menyerbarkan agama Islam di Mindanao manakala di Pontianak Islam dibawa masuk oleh Sayid Habib Husain al Qadri.
Kebangkitan kerajaan – kerajaan Islam yang sangat berpengaruh di Samudera-Pasai, Perlak, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Demak, Mataram, Pattani, Brunei, Kepulauan Sulu dan Mindanao melengkapkan lagi pengaruh Islam di Alam Melayu.
6. Faktor Ekonomi dan Perdagangan
Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke-16M. Para pedagang dari berbagai negeri seperti China, India, Arab, Parsi dan lain-lain datang membawa barangan dagangan masing-masing untuk diniagakan di Melaka dan membawa pulang barang dagangan dari Melaka untuk dijual di tempat asal mereka.
Para pedagang Islam merupakan orang yang penting dalam penyebaran agama Islam kerana mereka adalah mubaligh dan pendakwah serta ahli sufi. Kemahiran penguasaan mereka dalam ilmu pelayaran laut membolehkan mereka menyebarkan agama Islam di Alam Melayu. Mereka juga mempunyai sifat-sifat mulia yang teah diasuh serta didikan agama yang kukuh.
Pelabuhan-pelabuhan penting seperti di Melaka, Perlak, Acheh, Pattani, Sulu dan Mindanao adalah lokasi tumpuan para pedagang Islam dan ini telah menjadikan tempat tersebut sebagai pusat perkembangan aktiviti ekonomi, ilmu dan interaksi sosial.
Marco Polo ada mengatakan bahawa ketika beliau melawat Perlak pada tahun 1292M, agama Islam memang disebar uas di pelabuhan Perlak oleh pedagang Islam yang berniaga sambil berdakwah. Berdasarkan buku Sejarah Melayu, antara ulama yang begiat aktif dalam bidang dakwah sambil berdagang ialah Syeikh Maulana Abdul Aziz yang berasal dari Jeddah, Syeikh Ismail yang berasal dari Mekah, Tuan Syariff Awliya’ dari Hadramaut dan Syeikh Malik Ibrahim serta Syariff Ali Mufaqih Muqaddam.
7. Faktor Persaingan Penyebaran Agama
Kesan penting daripada kedatangan kuasa Barat ke Asia yang berlaku pada abad ke-15 hingga 16 Masihi dan peperangan Salib yang berlaku pada kurun ke-15 dan 16 Masihi di Asia Barat ialah persaingan untuk menyebarkan agama Islam dan Kristian. Penyebaran agama Krisitian berlaku melalui dasar penjajahan dan penaklukan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Belanda, British, Perancis dan Sepanyol. Semasa melakukan misi penjajahan ini, kuasa Barat menggunakan tiga misi utama yang mesti dicapai iaitu Gold (sumber alam), Glory ( kebanggaan ) dan Gospel ( agama Kristian ).
Pada peringkat awal Tanah Melayu telah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British. Manakala di Indonesia dijajah oleh Belanda. Portugis telah melakukan tindakan drastik dengan melakukan penyerangan secara terbuka k eats wilayah-wilayah Islam di Asia Tenggara. Hal ini telah menimbulkan penentangan secara terbuka oleh masyarakat Asia khususnya penganut Islam. Keadaan ini menjadikan umat Islam untuk melipat gandakan lagi usaha dakwah mereka. Natijahnya, Islam mejadi elemen penting dalam menyatupadukan umat Islam di Alam Melayu seta menjadi slogan untuk terus berjihad menentang kuasa penjajah Kristian.
Persaingan dalam menyebarkanagama Kristian dan Islam ini berterusan sebagaimana yang digambarkan dalam kes-kes dia Pulau Maluku, Sumatera dan sebagainya. Dengan adanya ancaman sebegini ia akan menjadikan umat Islam tidak akan leka malah terus bergiat meneybarkan agama Islam.
Kesimpulannya, faktor ajaran Islam adalah faktor yang terpenting. Faktor ini menjadikan masyarakat Islam mudah menerima apa yang di ajar, mereka memahami mengapa mereka menerima Islam dan mengetahui tanggungjawab mereka. Peranan pendakwah juga turut membantu mereka lebih memahami Islam yang sebenar. Di samping itu, faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya kerana ia saling berkait di antara satu sama lain.
PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa satu era baru yang menjuruskan kepada zaman baru dan bertamadun. Islam telah berjaya mengubah minda masyarakat Alam Melayu. Tidak lagi berada di alam Hindu-Buddha yang penuh dengan tahyul, mitos dan khurafat. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat di Alam Melayu dengan cepat menerima Islam disebabkan keistimewaan yang ada pada Islam itu sendiri. Islam mampu berkembang pesat di Alam Melayu walaupun pada masa itu orang Melayu sudah mempunyai kepercayaan yang tersendiri. Apabila orang Melayu telah memeluk agama Islam, ia membawa perubahan tersebut adalah seperti berikut:
(a)Akidah dan kepercayaan
(b)Politik dan pemerintahan
(c)Perundangan
(d)Pendidikan dan Keilmuan
(e)Bahasa dan Tulisan Jawi
(f)Sosiobudaya dan sosioekonomi
(g)Kesenian
(a)Perubahan aspek akidah dan kepercayaan.
Kepercayaan masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh:
i)Sistem kepercayaaan peribumu iaitu animism dan dinamisme yang mempercayai bahawa setiap benda mempunyai jiwa, roh atau semangat yang boleh memberi kesan sama ada baik atau buruk.
ii)Mempunyai kuasa roh nenek moyangyang dinamakan hyang yang sama seperti Poyang atau moyang.
iii)Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa telah wujud agama tauhid iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa di Alam Melayu.
Namun selepas kedatangan agama Islam berlaku perubahan yang paling ketara terhadap masyarakat di Alam Melayu daripada sudut keyakinan yang berterraskan kepada ketauhidan Allah, dimana semangat serta percampuran Hindu-Buddha. Daripada kepercayaan yang berunsurkan polytheismme(kepercayaan banyak tuhan) yang mencelarukan serta sukar difahami dan diamalkan.
Dengan meresapnya kefahaman tauhid yang mnjadi asas akidah Islam kepada masyarakat di Alam Melayu telah melahirkan amalan yang selaras dengan syariat Islam, terutama ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan seumpamanya. Selain dari itu, mereka telah diperkenalkan pula dengan persoalan yang berkaitan dengan akhlak dan tasawur Islam secara meluas.
Perubahan kepercayaan ini membawa masyarakat Alam Melayu untuk membina tamadun yang lebih gemilang sehingga lahir kerajaan Melayu-Islam Melaka yang berjaya mengukir nama sebagaipelabuhan perdagangan anatarabangsa, pusat perdagangan antara Timur dengan Barat. Semua ini muncul setelah masyarakat Alam Melayu menganut dan mengamalkan Islam dalam sistem hidup mereka.
(b)Perubahan dari aspek keilmuan.
Perubahan masyarakat di Alam Melayu dalam aspek keilmuan. Perubahan ini cukup bererti di mana wujudnya budaya ilmu yang merata di kalangan rakyat. Terbukti bahawa proses Islamisasi di Alam Melayu telah membawa kesan pendemokrasian keilmuan yang berteraskan kepada pendidikan al-Quran. Dengan kata lain telah mencetuskan revolusi celik huruf, budaya membaca, dan tamadun ilmu tersebar di merata tempat. Dengan demikian, masyarakat Melayu.
Pra-Islam yang terbelenggu dalam budaya mitos atau dongeng tahyul telah mengalami transformasi intelektual yang cukup hebat hingga mampu membina masyarakat berbudaya ilmu, saintifik dan rasional.
Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa samada mahu diterima atau tidak, sejarah telah membuktikan bahwa Islamlah yang bertanggungjawab menghapuskan buta huruf di kalangan masyarakat alam Melayu. Dalam erti kata yang lain, masyaakat Nusantara baru menjadi berpendidikan dan intelektual dengan kedatangan Islam.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :-
“Sesiapa yang menghendaki kebahagiaan di dunia hendaklah dengan ilmudan sesiapa yang menghendaki kebahagian di akhirat hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya hendaklah dengan ilmu. ”
Kegiatan keilmuan di alam Melayu yang berkembang pesat sudah pasti mendedahkan kepada rakyat terhadap kekayaan khazanah pembudayaan ilmu Islam. Karya-karya kesusasteraan Islam telah menghasilkan transformasi jiwa dan minda masyarakat. Perkembangan ini telah melahirkan “Melayu Baru” dalam erti terbinanya watak Melayu yang berasaskan nilai-nilai baru keIslaman. Islam telah menjadikan mereka manusia global yang menghayati nilai-nilai universal. Kini, al-Quran, sirah nabawi, dan kisah-kisah hidup peribadi-peribadi mulia dalam sejarah Islam masih menjadi sumber inspirasi dan panduan. Dari sumber-sumber inilah umat Melayu membentuk “world view” dan nilai-nilai hidup.
(c) Pengaruh Islam dalam sastera Melayu.
Perkataan sastera berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud”kata-kata yang indah”. Keindahan bahasa dalam bahasa Arab disebut adab.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memperhaluskan lagi budi bahasa orang-orang Melayu. Islam telah memperkanalkan mereka dengan huruf-hurf jawi untuk dipakao bagi menyatakan apa yang terasa di hati dan fikirannya dengan dengan secara tertulis.
Pada abad ke 16 dan 17 dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Abdul Rauf Singkel dan lain-lain lagi. Hasil karya ulama ini menghuraikan dasar pandangan hodup Islam dengan menerangkan hakikat ketuhanan dan hubugannya dengan kenyataan-kenyataan yang oerlu diketahui dan direaliasi dalam kehidupan seorang Muslim sehingga dasar-dasar pandangan hidup Muslim menjadi lebih jelas dan tidak hanya sekadar menjadi suatu rukun daripada rukun iman yang dihafal dalam kepala sahaja. Beberapa peribadi Islam yang dikenal masyhur dalam menghuraikan ilmu ini seperti al-Ash’ari, al-Maturidi dan al-Ghazali antara lainnya mempunyai penterjemah-penterjemah dan penghurai-penghurainya di Nusantara. Selepas ilmu tentang ketuhanan, maka ilmu yang aling dekat selepasnya ialah ilmu-ilmu tentang ibadat dan hokum hakam atau fiqh iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara ssama manusia dan manusia dengan TuhannNya. Hubungan antara manusia dengan manusia itu telah membentuk kebudayaan dan tata kehidupan sehingga proses penciptaan mereka tetap berpaut kepada aqidah dan tauhid.
(d)Perubahan dari aspek bahasa dan perkataan.
Dengan kehadiran Islam, pengaruh dari sudut bahasa dan perkataan-perkataan yang baru adalah memberi nafas baru terhadap bahasa Melayu. Tulisan alQuran yang diasaskan oleh 29 huruf itu menyebabkan masyarakat Melayu pandai membaca dan menulis. Ulamak dahulu telah mengambil inisiatifdengan menambah lima huruf lain yang mirip dengan huruf Arab dan akhirnya orang-orang Melayu berkebolehan membaca dan menulis tulisan jawi.
Selain dari aspek bahasa, kehadiran Islam juga telah memberi nafas baru dalam bidang sastera di Alam Melayu. Fungsi dan peranannya telah berubah dari sifatnya sebagai media hiburan kepada media pendidikan dan dakwah. Tema sastera juga berubah dari membincangkan tema-temamanusia yang luar biasa atau kedewaan kepada membincangkan manusia biasa yang menjadi contoh kepada umat Islam. Dengan kehadiran Islam juga telah, menyuburkan sastera dalam bentuk tulisan, di samping sastera secara lisan yang amat ditekankan sebelum itu.
Sastera Islam yang berkembang di Alam Melayu, banyak menyentuh tentang kisah Nabi Muhammad seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Mukjizat Nabi dan sebagainya. Juga cerita mengenai para sahabat Rasulullah seperti Hikayat Abu Bakar, Hikayat Hasan dan Husin dan lain-lain.
Selanjutnya dengan kehadiran Islamitu juga telah memperkenalkan cerita berbingkai dalam sastera Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab dan Parsi sepeti Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Kalilah di samping perkembanan golongan sufi dan aspek ketatanegaraan.
Sebagai kesimpulan menunjukkan bahawa dengan kedatangan Islam adalah amat signifikan kepada pertumbuhan dan kemantapan bahasa Melayu. Begitu juga dengan bidang sastera yang ternyata telah dapat berkembang dan mampu berfungsi sebagai media dakwah dan pendidikan ummah yang berkesan.
(e) Perubahan aspek sosial.
Orang melayu mempunyai daya kemahiran intelektual yang unik dari segi memerhati dan meneliti faktor faktor alam semesta secara rasional dan saintifik yang kemudiannya menggubal peribahas dan pelbagai kata perbilangan secara analogi kepada perkara perkara yang mereka perhatikan, alami dan hayati. Peribahasa ini digunakan sebagai panduan teladan dan sempadan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat termasukdigunakan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan.
Denagan kedatangan Islam nilai-nilai ini ditambah dengan pendidikan keagamaan khususnya pengajian alQuran yang sangat ditekankan oleh orang Melayu, Pengajian agama ini dijalankan secara tidak formal dengan menghantar anak anak mereka berguru dengan guru guru alQuran di rumah mereka. Selain itu, kewujudan pondok-pondok dan madrasah agama menjadi pendidikan agama berlangsung secara rasmi dan sistematik. Penekanan orang Melayu dalam bidang pendidikan ini mebawa kepada telah menerima dakwah dengan ketara sekali, terutama dari segi pergaulan antara lelaki dan perempuan. Perhubungan dan pergaulan mereka amat terbatas, hanya dalam bentuk hubungan yang diharuskan mengikut lunas-lunas Islam. Tujuannya adalah untuk mengelak berlakunya perkara perkara yang tidak diingini seperti pergaulan bebas yang boleh membawa kepada penzinaan.
Selain itu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Keluarga contohnya menjadi agen sosialisasi utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan dibantu oleh komuniti yang melaksanakan kawalan. Tujuan utamanya ialah untuk mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang berguna dan dihormati masyarakat sekeliling.
Disebabkan budaya Melayu berteraskan Islam dan amalan masyarakat maka kedua dua aspek ini menjadi asas utama dalam proses sosialisasi dan pmbudayaan Proses sosialisasi orang Melayu banyak dibentuk oleh amalan keagamaan seperti budaya menzizarahi perkuburan, amalann bermaaf maafan di hari raya dan lain lain lagi.
(f)Kesenian.
Pengaruh kesenian Islam dapat dilihat dalam banyak aspek. Di antaranya seperti seni bina, kaligrafi, seni suara dan muzik, seni ukir dan sebagainya. Dalam seni bina majid, Alam Melayu mengambil konsep-konsep susun atur ruang yang ada pada masjid-masjid terdahulu. Ayat-ayat alquran, al-Hadith dan syair pula ditulis dengan indah menggunakan pelbagai jenis seni khat.
Sementara seni suara dan muzik telah melahirkan kaedah, tarannum al-Quran, berzanji, qasidah, nasyid dan lain-lain. Manakala tembikar-tembikar dan dinding-dinding bangunan yang terdiri dari bahan batu mahupun kayu dihias dengan ukiran yang menggunakan motif-motif berunsurkan Islam. Tidak ketinggalan juga rekaan busana dan pakaian yang bereka rupa muncul dengan begitu banyak sesuai dengan tuntutan menutup aurat.
Islam mempunyai pengaryh yang amat besar, mendalam dan meluas di Alam Melayu sehingga berjaya menghakis pengruh Hindu dan Buddha. Kedatangan Islam menandakan bermulanya zaman baru dan berakhirnya satu zaman lama/kuno di rantau ini. Kedatangan Islam telah memperlihatkan peninggkatan darjat bahas melayu menjadi lingua franca di rantau ini. Islam juga mempengaruhi lapangan budaya material dan ekspresif orang orang melayu. Masyarakat melayu telah menghasilkan kubah dan mihrab, ukiran batu nisan, seni muzik dan lagu berbentuk nasyid, qasidah, seni khat dan lain-lain.
(g)Perubahan aspek sosio-politik dan undang-undang.
Dari aspek politik, Islam telah mengemukakan siasah yang berpandukan kepada sumber yang asli iaitu AlQuran dan alHadis di mana raja dan rakyat sama-sama memikul tanggungjawab masing-masing untuk meningkatkan kesedaran Islam dalam kalangan masyarakat sebagai contoh:
i)Sultan Sulu bernama Maulana al-Sultan Syarif Hashim terkenal dengan kealiman dan keadilannya dalam menadbir Negara. Sepanjang pemerintahan, rakyat sentiasa
menghormati baginda. Lantaran itu, Negara di bawah pemerintahannya dalam keadaan aman dan harmoni serta terhindar daripad ancaman dalaman. Baginda meninggal dunia pada tahun 1480M.
ii)Sultan Acheh bernama Alauddin Ri’ayat shah. Baginda terkenal sebagai seorang ulamak. Dengan kemasyhuran tersebut, maka banginda dipamggil “Wali” di kalangan rakyat dan masyarakat.
iii)”Wali Songo” yang terkenal di Pulau Jawa. Mereka terdiri dari kalangan alim ulama.
Begitulah besarnya pengaruh Islam di Alam Melayu yang akhirnya menyebabkan raja-raja Melayu diberikan gelaran sultan sebagai kesinambungan pemerintahan Islam di Zaman Khulafa’al Rasyidin.
Dengan demikian, peranan raja-raja Melayu seiring dengan perkembangan dakwah Islamiah di mana perlaksanaan pemerintah berorientasikan Syariah Islamiah(undang-undang Islam) seperti Hukum Kanun Melaka, Kanun Acheh<Undang Laut Melaka, Undang undang kekeluargaan dan lain-lain.
(h)Perubahan Aspek sosioekonomi.
Menurut sejarah, aspek sosioekonomi masyarakat di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam dalam keadaan tidak menentu. Keadaan kebanyakan daripada mereka seolah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jurang perbezaan ekonomi di Negara di antara orang kaya dengan orang miskin, pangkat tinggi dengan orang bawahan amat ketara sekali kerana dipengaruhi kepercayaan dan amaln animism dan hinduisme. Setelah Islam tersebar luas perbezaan jurang tersebut telah berkurangan disebabkan mereka telah memeluk agama Islam di mana ajarannya mengamalkan persamaan taraf di kalangan manusia tanpa wujud perbezaan di sebabkan keturunan, bangsa atau pangkat. Masyarakat sanggup bekerjasama demi meingkatkan ekonomi. Kesanggupan dan kerelaan orang-orang kaya berzakat dan bersedekah merupakan faktor penting menyumbang kearah perkembangan ekonomi dan keharmonian masyarakat.
PUSAT KECEMERLANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
SUMBANGAN KERAJAAN PASAI, MELAKA DAN ACHEH TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Kemunculan Islam Alam Melayu telah membawa suatu perubahan yang besar kepada perkembangan sejarah dan ketamadunan di rantau ini. Inilah yang memberikan kelebihan kepada ajaran Islam yang sentiasa menjadi pemangkin kepada perubahan dan kehebatan sesuatu bangsa dan tamadun. Ajaran Islam yang menggalakkan umat manusia agar sentiasa membina kecemerlangan diri dan masyarakat ke arah yang lebih baik telah disambut dengan penuh keterbukaan. Meneliti pengangan akidah orang melayu yang asalnya berpegang kepada fahaman animisme serta penyembahan dewa mahupun patung-patung telah berubah kepada kepercayaan yang kukuh kepada keesaan Allah yang Esa. beegitu juga dalam aspek kebudayaan yang menjadikan orang melayu berpegang kepada ikatan Islam dalam pengamalan kebudayaan mereka agar tidak tersasar jauh daripada landasan syariat. Oleh itu, para ilmuan telah mengkaji peranan yang telah dimainkan oleh beberapa buah kerajan di nusantara yang dianggap sebagai pusat kecemerlangan dan penyebaran Islam. Antara kerajaan-kerajaan tersebut ialah kerajan Melaka, Pasai dan kerajaan Acheh. Berikut adalah penjelasan yang lebih lanjut tentang kerajaan-kerajaan tersebut:
1. KERAJAAN PASAI (1009-1444 MASIHI)
-Para sejarawan telah membuktikan penerimaan Islam di Perlak telah diikuti oleh kerajaan Pasai yang telah berlaku sekitar kurun ke-12 ataupun ke-13 Masihi. Dikatakan seorang ulama dari tanah arab bernama Sheikh Ismail al-Siddiq yang telah diutus khas oleh Syarif Makkah ke Sumatera Utara, berjaya mengIslamkan daerah Barus, Lamri, Haru(Aru), Pedak dan Pasai. Negeri Pasai ketika itu diperintah oleh Merah(Meurah)Silu(1261-1289M), setelah memeluk Islam terkenal dengan nama Malik al-salih.
Telah dikatakan bahawa Sultan Malik al-salih telah berkahwin dengan puteri Perlak setelah memeluk agama Islam, hubungan perkahwinan antara dua buah kerajaan tersebut telalh menambahkan lagi kekuatan mereka terutama dalam dakwah Islamiah. Dengan pengIslaman raja tersebut dikatakan kegiatan pengIslaman di Alam Melayu semakin meningkat, di samping beliau sendiri menjadikan Sumatera-Pasai sebagai sebuah negara Islam pada abad ke-13 Masihi.
Pada tahun 1345 Masihi, kerajan Pasai di Sumatera telahpun dikunjungi oleh Ibn Batutah iaitu seorang pengembara Arab dari Moroko yang dalam pengembaraan ke sebelah timur. Beliau mengatakan bahawa raja Pasai ketika itu ialah Sultan Malik al-Dzahir II ialah seorang raja yang soleh dan kuat berpegang dengan ajaran Islam. Menurut beliau, Pasai telahpun menerima Islam dalam jangka satu abad sebelum kedatanganya. Beliau begitu kagum terhadap raja tersebut yang begitu minat terhadap Islam serta gigih dalam menyebarkan Islam ke daerah-daerah sekitarnya. Ibn Batutah juga menceritakan tentang bagaimana hubungan baik dan penghormatan yang tinggi diberikan oleh raja Pasai kepada pedagang-pedagang dan orang-orang assing terutama daripada golongan ulama.
TOKOH-TOKOH KERAJAAN PASAI
SULTAN MALIK al-SALIH
-Dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai, nama asal raja tersebut ialah Meurah Silu, beliau dikatakan raja Sumatera yang mula-mula memeluk Islam. Beliau diIslamkan oleh Sheikh Ismail iaitu ketua rombongan pendakwah yang datang dari Makkah.
Sheikh Ismail al-Siddiq dikirimkan oleh Sharif Makkah ke Samudera Utara bagi mengIslamkan daerah Barus, Lamri, Haru, Perlak dan Pasai. Beliau diberi nama Malik al-Salih setelah diIslamkan oleh mubaligh arab. Tidak lama kemudian telah berkahwin dengan puteri Perlak iaitu Tuan Puteri Ganggang. Mereka beliau telah dikurniakan seorang putera bernama Malik al Tahir. Beliau seorang yang sangat mengambil berat tentang dakwah Islamiah.
Menurut fakta sejarah, Malik al-salih dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 1289 Masihi, jenazahnya dimakamkan secara besar-besaran, kemudian diberi gelaran sebagai al-Marhum Paduka Said Samudera.
SULTAN ALAIDIN AHMAD MALIK AL ZAHIR
-Nama beliau ialah Raja Ahmad, dilantik memerintah Pasai pada tahun 1326M, dengan gelaran Sultan Ahmad Malik al Zahir yang ada sesetengah menyebutnya seorang yang alim, bermazhab Syafie yang amat berpegang teguh kepada ajaran Islam. Keaiman beliau dapat dibuktikan dengan beliau sering terlibat dan sanggup bermuzakarah dengan para ulama bagi membicarakan sesuatu hukum terutama mengenai mazhab Syafie. Beliau seorang ahli agama yang begitu tawaddu’, beliau amat menyanjung tinggi syariah Islam sehingga menjadi suatu tradisi kepadanya apabila solat jumaat, beliau berjalan kaki dan ketika pulang barulah menaiki gajah atau kuda.
Disebabkan oleh kealiman dan keteguhan pegangan beliau terhadap syariat Islam serta bantuan dari ulama-ulama tempatan dan luar telah menjadikan Pasai sebuah kerajaan yang mempunyai institusi pendidikan Islam yang teragung di Nusantara ketika itu. Kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam di Pasai dapat membuktikan pada zaman pemerintahan Melaka, di mana Sultan Mansur Shah telah mengirim kitab dar al-mazlum ke Pasai untuk diterjemahkan di samping berbagai masalah agama yang terlebih dahulu mendapat penjelasan daripada ulama-ulamanya. Menerusi pusat pengajian dan pendidikan Islam yang telah dibangunkan dapat menbantu Pasai bagi mempertingkatkan dakwah Islamiah bukan sahaja di dalam negeri malah di sekitar Sumatera.
2. KERAJAAN MELAKA (1409-1511 MASIHI)
-Kalangan sarjana berpegang kepada fakta bahawa Melaka telah dibuka pada tahun 1400 Masihi. Peristiwa pembukaan Melaka ini telah memberi makna yang penting kepada penubuhan kerajaan di Tanah Melayu dan meletakkan asas kepada permulaan zaman baru dalam aspek keagamaan serta kehidupan masyarakat Melayu. Menurut sejahrawan Barat iaitu D. G. E Hall menyatakan bahawa kedatangan Islam ke tanah Melayu berlaku pada kurun ke-15 Masihi yang bermula dari Melaka. Bagi mereka raja Melaka yang mula-mula menganut Islam ialah Parameswara, peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1414 Masihi, setelah Islam nama beliau ditukar kepada Megat Iskandar Shah. PengIslaman raja diikuti oleh pembesar-pembesar dan rakyat jelata. Dikatakan antara tujuan pengIslaman ialah untuk mendapat pengiktirafan Sultan Pasai supaya memperakukan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa di samping mengahwini puteri Pasai.
Menurut laporan yang dicatatkan daripada sumber sejarah, setelah memeluk Islam pada tahun 1414 Masihi, Sultan Megat Iskandar telah mengunjungi Maharaja China. Kunjungan itu dibuat atas galakan Laksamana Cheng Ho, Duta Besar China yang dihantar khas ke negeri-negeri selatan bagi memperkenalkan keagongan kerajaan China. Laksamana Cheng Ho dikatakan seorang yang menganut agama Islam. Rombongan Melaka pulang beserta beberapa orang ahli pertukangan yang beragama Islam. Mereka kemudiannya ditugaskan untuk membina masjid-masjid sebagai tempat beribadat orang-orang Islam. Dari itu, ada kemungkinan besar seperti yang kelihatan bahawa bangunan-bangunan lama seperti masjid di Melaka mempunyai unsur-unsur seni bina yang berunsur kesenian masyarakat China.
Oleh kerana Melaka mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa-kuasa asing seperti Siam, Majapahit dan China, maka kedudukan politik, pentadbiran dan ekonomi kerajaan Melaka semakin bertambah baik dan kukuh. Oleh yang demikian, Melaka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan Islam sama ada di dalam mahupun luar negeri. Agama Islam mempunyai kedudukan yang kukuh di Melaka dan negeri tersebut merupakan pusat penyebaran Islam yang terpenting di rantau ketika itu. Menerusi dakwah Islam yang begitu berpengaruh, menyebabkan runtuhnya kerajaan Mahapahit di Jawa. Para sejarawan mengatakan bahawa Jawa diIslamkan dari Melaka. Penyebaran secara besar-besaran bukan sahaja ke Jawa bahkan ke Maluku dan Borneo. Selain daerah tersebut, Melaka juga telah menyebarkan Islam ke negeri-negeri yang ditaklukinya sama ada di Tanah Melayu mahupun sekitar Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Kedah, Patani, Johor, Inderagiri, Rokan, Siak dan sebagainya. Kegiatan penyebaran Islam secara menyeluruh dimulakan daripada istana dan pembesar kemudian diikuti oleh rakyat. Kedudukan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam semakin bertambah maju dan dianggap penting oleh semua pihak. Ramai tokoh-tokoh Islam dari luar negeri datang ke Melaka seperti Afganistan, Malbari, Hindustan dan lain-lain terutamanya daripada bangsa Arab. Antara mereka seperti Sayyid Abd al Aziz dan banyak lagi. Para ulama bukan sahaja diberi kedudukan dan berfungsi sebagai ulama dan guru agama semata-mata, malah mereka juga bertanggungjawab dalam hal-hal keagamaan dan mereka diberi peranan yang luas serta diletak setaraf dengan golongan pembesar dan pentadbir.
Bagi mengembangkan Islam ke dalam dan luar negeri, kerajaan dan rakyat telah mengadakan pelbagai institusi pengajian Islam walaupun secara tidak formal. Institusi-institusi pengajian dan pendidikan itu bukan sahaja ditempatkan di masjid-masjid dan surau malah di rumah-rumah dan juga di istana. Fungsi istana dalam period tersebut disamping sebagai tempat belajar dan tempat untuk muzakarah ilmu pengetahuan oleh ulama-ulama, ia juga berperanan sebagai perpustakaan iaitu sebagai tempat penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab. Dikatakn bahawa kitab Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanapiah telah disimpan di istana Melaka. Menurut Hall, peranan istana Melaka selain daripada berfungsi sebagai pusat pengajian Islam, ia turut menjadi pusat dakwah oleh para ulama dan mubaligh bagi menyebarkan Islam di rantau ini. Mengenai hal ini, beliau menegaskan: “mereka juga memperkenalkan intelek-intelek dan ulama-ulama Islam untuk memperkuatkan lagi pegangan raja-raja itu dan untuk menubuhkan pusat-pusat penyebaran agama Islam. Istana-istana menjadi pusat pengajian Islam dan mengeluarkan banyak juga hasil-hasil sastera yang sebahagian besarnya masih lagi terdapat pada hari ini”.
Peranan istana, rumah, masjid dan surau di zaman permulaan dan kecemerlangan kerajaan Melaka nampaknya memainkan peranan dan berfungsi sebagai institusi pendidikan di samping sebagai pusat dakwah yang sungguh berkesan. Peranan yang dimainkan oleh institusi tersebut boleh dianggap sebagai indoktrinasi pengajian dan pembelajaran dari zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan tabiin. Matapelajaran dan kurikulum yang diberikan hampir sama dengan zaman silam iaitu menekankan pembacaan, penulisan dan pengajian al-Quran serta asas-asas agama didedahkan dengan ilmu fiqah, Tauhid, Tasawwuf dan sejarah Islam juga lain-lain secara lebih mendalam dan komprehensif. Tradisi masyarakat Melaka menjadikan pengajian al-Quran sebagai pelajaran dasarr disamping pelajaran-pelajaran lain dapat dibuktikan dari penegasan Munshi Abdullah yang berbunyi:”dari zaman nenek moyang pun tiada pula orang menaruh tempat belajar bahasa melayu melainkan mengkaji Quran sahaja. Dan patut belajar bahasa arab, kerana itu sangat berguna kepada agama dan lagi dalam akhirat”.
Taraf pengajian Islam di Melaka dikatakan begitu meningkat bukan sahaja berada di tahap permulaan bahkan sudah meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan begitu maju. Pelajar-pelajarnya bukan sahaja terrdiri daripada anak-anak tempatan bahkan ada yang datang dari luar terutamanya dari Jawa. Terdapat beberapa pelajar Jawa yang belajar di institusi Pulo Upih antaranya seperti Sunan Bonang dan Sunan Giri iaitu antara tokoh-tokoh”wali songo” yang terkenal. Mereka itu kemudiannya kembali ke Jawa dan telah mengembangkan ajaran Islam di sana. Walaubagaimanapun bagi golongan bangsawan dan raja-raja, istanalah menjadi institusi utama mereka. Dengan penglibatan raja-raja, pembesar-perbesar dan rakyat jelata terhadap pengajian Islam dan dakwah menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajan yang kuat berpegang kepada ajaran Islam dan mempunyai autoriti bagi menyebarkannya di rantau ini ketika itu. Pentingnya ilmu pengetahuan begitu terasa sekali, apabila ianya dijadikan syarat untuk menjawat jawatan tinggi. Misalnya untuk menjadi menteri, mereka sekurang-kurangnya hendaklah peka dengan Hukum Kanun Melaka. Namun demikian kejayaan dan keagongannya dalam bidang keagamaan, politik dan ekonomi di rantau ini ia menghadapi kejatuhan di tangan Portugis pada tahun 1511 Masihi. Dengan lenyapnya kerajaan Melaka, usaha dan peranannya terutama dalam bidang penyebaran Islam telah disambung oleh kerajaan Acheh.
TOKOH-TOKOH KERAJAAN MELAKA
SULTAN MUDZAFFAR SHAH
-Muzaffar Shah ialah sultan ke-4 menurut salasilah pemerintah kerajaan Melaka. Dasar politik yang diperkenalkan di Melaka, beliau bukan sahaja menamatkan pergaduhan kaum selama hampir 10 tahun, malah dapat menguatkan pertahanan Melaka sehingga menggagalkan serangan Siam pada tahun 1456 Masihi. Beliau turut melakukan hubungan persahabatan dengan Siam dan China. Menerusi hubungan persahabatan itu, beliau berjaya menamatkan peperangan dan ancaman Siam ke atas Melaka. Begitu juga dengan China, lawatan dapat dilakukan pada tahun 1456 dan 1458 Masihi bagi mengeratkan lagi hubungan antara dua buah kerajaan.
Bagi mengukuh dan menyempurnakan lagi pemerintahan Melaka, Sultan Muzaffar menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Beliaulah raja Melaka yang mula-mula sekali memakai gelaran sultan. Agama Islam di samping menjadi agama rasmi negar turut dikembangkan pula ke negeri-negeri sekitar terutama menerusi penaklukan dan perkahwinan siasah juga perkahwinan antara kerabat-kerabat diraja. Ketika itu Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran Islam di asia tenggara.
SULTAN MANSUR SHAH(1456-1477 M)
-Mansur Shah merupakan sultan Melaka yang kelima, putera kepada Sultan Muzaffar Shah. Beliau dilantik menjadi sultan Melaka pada tahun 1456 M, Baginda telah berkahwin dengan saudara perempuan Tun Perak.
Zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah merupakan zaman keemasan dalam sejarah kerajaan Melaka, kerana kejayaannya dlam meluaskan jajahan takluk dan perkembangan agama Islam di samping kemajuan perdagangan. Melalui perkahwinan putera dan puteri diraja dan pengiriman duta-duta telah menjadikan agama Islam tersebar luas di seluruh negeri-negeri di pinggir laut Sumatera Timur. Kejayaan dalam menyebarkan Islam dan kesasteraan adalah disebabkan oleh dorongan baginda sendiri yang berjaya mempengaruhi dan menarik minat para cendikiawan dan alim ulama berkumpul di istananya. Golongan tersebut dibiayai serta diberi berbagai-bagai kemudahan dan perlindungan. Perhubungan Melaka dengan China ketika itu begitu erat, sehingga Raja China telah menghadiahkan puterinya yang bernama Hang Li Po kepada Sultan Mansur Shah supaya memperisterikannya. Puteri China serta pengiringnya seramai 500 orang, telahpun diIslamkan oleh baginda. Hubungan dengan China begitu penting dan merupakan suatu kejayaan besar kepada kerajaan Melaka kerana melaui hubungan tersebut, keselamatan Melaka akan lebih terjamin.
BENDAHARI TUN PERAK
-Tun Perak seorang daripada Bendahara Melaka yang begitu bijaksana dan masyur, bergelar Bendahara Paduka Raja dan merupakan bendahara ke-5 kerajan Melaka. Pada tahun 1445 M, Tun Perak dipanggil pulang untuk mengetuai tentera Melaka menentang Siam. Apabila Siam dapt ditewaskan, Sultan Muzaffar melantik beliau sebagai Bentara, kemudian dilantik sebagai perdana menteri ataupun bergelar Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak semakin kukuh dan amat disanjung tinggi oleh rakyat apatah lagi beliau dapt mematahkan serangan Siam.
Kali kedua beliau dapat mematahkan serangan Siam dari laut yang berlaku di Batu Pahat, tentera Siam diusir hingga ke selatan Singapura. Dengan kejayan tersebut Melaka dapt diselamatkan tetapi beliau sedar kemungkinan keadaan seperti itu tidak akan lama, besar kemungkina Melaka akan diancam lagi. Oleh yang demikian, Tun Perak mengambil langkah yang bijak iaitu menjalinkan hubungan persahabatan dengan kerajaan Siam demi menjamin keselamatan Melaka. Pada tahun 1456 dan 1458 M, rombongan dihantar ke Siam bagi tujuan tersebut. Selepas itu Melaka tidak lagi diancam oleh Siam.
Tun Perak telah menyumbangkan khidmatnya sebagai Bendahara dari tahun 1456-1498 M. Oleh sebab kewibawaannya, beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pelantikan raja/Sultan. Sebagai contoh apabila Sultan Muzaffar Shah mangkat pada tahun 1456 M, Tun Perak melantik sepupunya iaitu Sultan Mansur Shah sebagai sultan. Begitu juga ketika Tun Perak melantik putera sultan yang baru sahaja berumur 15 tahun, iaitu Sultan Alauddin Shah menjadi sultan dengan mengenepikan raja Muhummad iaitu lagi seorang puteranya yang lebih layak.
Pada peringkat awal pentadbiran Sultan Alauddin, urusan pentadbiran negeri deserahkan kepada bendahara tetapi kemudiannya baginda menerajui sendiri pemerintahannya. Atas sikap sultan itu telah menyebabkan dasar peluasan wilayah yang direncanakan oleh Tun Perak mula terhalang. Setelah baginda mangkat pada tahun 1488 M, bendahara melantik pula Sultan Mahmud yang masih muda menjadi sultan Melaka. Dengan itu sekali lagi Tun Perak menerajui pemerintahan tetapi sayang kerana usianya sudah terlalu tua. Setelah berkhidmat sebagai bendahara di bawah empat orang sultan, bendahara Tun Perak meninggal dunia dan kedudukannya diganti oleh saudaranya Tun Putih.
3. KERAJAAN ACHEH (1500-1650 M)
-Pada abad ke-15 M, Melaka merupakan pusat kegiatan agama dan kebudayaan Islam di Asia Tenggara. Setelah kejatuhannya ke tangan Portugis, peranan yang dimainkannya telahpun lenyap. Namun demikian dengan kemunculan kerajaan Acheh, negara ini berjaya mengambil alih tugas-tugas yang dimainkan oleh Melaka sebelumnya. Kerajaan ini merupakan suatu kesinambungan dari kerajaan Islam Pasai yang pernah wujud sebelum kelahiran kerajaan Melaka lagi. Daerah pemerintahan Pasai kemudiannya dikatakan telah berpecah kepada beberapa wilayah kecil. Seorang daripada keturunan Raja Pasai bernama Raja Ibrahim berjaya menyatupadukan semula wilayah tersebut dengan mendirikan kerajaan kerajaan Acheh.
Raja Ibrahim menjadi raja Acheh pertama bergelar Sultan Alaiddin Ali Mughayat Shah. Pada zaman kegemilangan, Acheh merupakan sebuah empayar Islam yang gagah serta berpengaruh di asia tenggara. Mempunyai wilayah takluk yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu. Kedudukannya yang terletak di Sumatera Utara dan berjaya menguasai pantai baratnya dan juga perairan selat Melaka merupakan suatu strategi bagi menguasai perdagangan antara India dengan China.
Dasar kerajaan Acheh sejak dari zaman Ali Mughayat Shah ialah untuk menghancurkan Portugis di Melaka dan menguasai kegiatan perdagangan mereka di selat Melaka. Untuk mencapai motif tersebut, Acheh sentiasa mengimbangi semangat dan pengaruh Islam bukan sahaja dari aktiviti perdangangan bahkan dari segi politik dan agama. Dengan itu, Acheh meniupkan semangat jihad bagi menentang kuasa dan pengaruh Portugis. Usaha-usaha bagi memperkukuhkan institusi-institusi pengajian Islam dalam negeri serta kegiatan menyebarkannya di dalam mahupun di luar negeri giat dilakukan dari semasa ke semasa.
Bagi mengukuhkan lagi status politik dan penyebaran Islam, Acheh telah mengadakan hubungan persahabatan dan diplomatik dengan negara-negara Islam lain, terutama dengan India, Turki, Mekah dan Mesir. Menerusi hubungan tersebut, Acheh berpeluang mempergiatkan lagi peranannya dalam usaha penyebaran Islam di samping memajukan ekonomi, politik, ketenteraan dan kebudayaan. Hasil daripada hubungan tersebut, pada zaman Sultan Alauddin Ri’ayat Shah, kerajaan Turki telah mengirim ke Acheh alat-alat senjata dan pakar-pakar bagi mencipta alat senjata serta 40 orang penasihat tentera untuk melatih angkatan tentera Acheh cara menggunakan meriam. Dengan adanya bantuan ketenteraan ini, ia dapt melipatgandakan lagi kekuatan pertahanan Acheh baagi tujuan keselamatan dan pertahanan.
Acheh merupakan pusat pengajian Islam dan kebudayaan yang terkenal. Kerajaan ini mempunyai institusi pengajian yang lengkap dan teratur yang bermula dari peringkat rendah( Meunasah), menengah(Rangkang) dan peringakat tinggi(Balee). Pendidikan Islam juga dijalankan di masjid-masjid. Masjid-masjid tersebut boleh dikatakan sebagai bertaraf universiti kerana mempunyai banyak fakulti. Acheh juga merupakan pusat perkembangan bahasa dan kesusteraan Melayu terutama berrcorak Islam. Banyak buku ilmu pengetahuan dan kesusteraan yang telah dihasilkan oleh ulama-ulama dan cerdik pandai Islam dalam bahasa Melayu dan Acheh. Buku-buku tersebut menyentuh mengenai agama dan sejarah.
TOKOH-TOKOH KERAJAAN ACHEH
ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM (1607-1636 M)
-Dilahirkan pada tahun 1590 M, beliau merupakan seorang yang gagah berani. Semasa usianya belasan tahun beliau pernah mengetuai gerakan bagi menentang pemerintahan bapa saudaranya, Sultan Ali Riayat Shah. Beliau ditangkap serta dipenjarakan kemudian pada tahun 1606 M, beliau dibebaskan untuk mengetuai angkatan tentera Acheh bagi menentang Portugis di pantai Sumatera dan berjaya menewaskannya. Pada tahun 1607M, ketika Sultan Ali mangkat, beliau berjaya merampas kuasa. Beliau kemudiannya menjadi sultan Acheh pada usia 17 tahun dengan gelaran Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan berjaya memerintah selama 29 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1636M.
Sultan Iskandar merupakan seorang raja yang gagah, bijaksana dan bercita-cita tinggi. Sikap tersebut bukan semata-mata didorong oleh faktor politik dan ekonomi tetapi kerana faktor agama. Portugis pada pandangannya merupakan kuasa penjajahan yang motif kedatangannya ke rantau ini bertujuan untuk mengancam agama, negara serta umat Islam.
Sepanjang pemerintahan beliau selama hampir 30 tahun, berbagai usaha dilakukan selain dari memperkemas kekuatan tentera, memajukan ekonomi dan kegiatan dakwah, berbagai pusat pengajian tinggi dan universiti. Peringkat rendah dipanggil ‘meunasah’, yang matapelajarannya ialah menulis, membaca, mengaji al-quran, bahasa arab dan asas agama. Peringat menengah dipanggil ‘rangkang’, di peringakat tersebut diajar ilmu tauhid, fekah, tafsir, hadis, bahasa arab dan lain-lain lagi. Manakala di peringkat tinggi, terkenal dengan panggilan ‘balee’ yang matapelajarannya hampir serupa dengan menengah tetapi ilmu dan pembelajarannya lebih luas dan mendalam. Selain dari mata pelajaran tersebut disampaikan di ‘balee’. ia juga disampaikan di masjid-masjid hingga beberapa buah masjid telah mencapai taraf universiti. Antaranya seperti Masjid Bayt al-Rahman, yang diperkemaskan binaan dan strukturpengajiannya pada zaman Sultan Iskandar dengan mengandungi beberapa fakulti.
Tradisi kesultanan Acheh sejak zaman awal kekuasannyaa hinggalah ke zaman selepas Sultan Iskandaramat menyanjung tinggi alim ulama dan sentiasa berdamping rapat dengan mereka. Daripada para ulama mereka bukan sahaja mendapat nasihat dan tunjuk ajar perkara yang berhubung dengan masalah agama bahkan mendapat nasihat dan pandangan dalam masalah politik serta pentadbiran negara. Oleh sebab itu dizaman Sultan Iskandar, terdapt sebuah badan penasihat yang terdiri daripada 22 orang tokoh ulama yang bertugas untuk membantu sultan dalam semua urusannya. Badan tersebut dikenali sebagai ‘Balai Gadang’. Melalui Balai tersebut permasalahan yang berhubung dengan politik, kemasyarakatan, pembangunan dan ekonomi yang berlandaskan ajaran Islam dapat dihayati dan dipraktikkan di Acheh dengan sempurna.
SULTAN ISKANDAR THANI (1636-1641 MASIHI)
-Iskandar Thani ialah menantu kepada Sultan Iskandar, menaiki tahta kerajaan Acheh pada tahun 1636 Masihi selepas mangkatnya Sultan Iskandar. Di zaman awal pemerintahannya, keadaan negara tidaklah begitu stabil sama ada daripada segi politik mahupun ekonomi. Ia berpunca daripada kegagalan Acheh menewaskan Portugis di Melaka pada tahun 1629 Masihi. kekuatan tentera Acheh selepas peperangan tersebut mula menjadi lemah, lebih-lebih lagi kerajaan Johor, Pahang dan Patani yang membantu Portugis dalam tahun tersebut meneruskan dasar memusuhi Acheh.
Kuasa Belanda atau dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda(V. O. C) yang berpusat di Betawi makin bertambah kuat dan berpengaruh sehingga dapat menguasai pelayaran di selat Melaka. Kekuatan makin bertambah lemah. Kelemahan tersebut membuatkan daerah jajahan takluk Acheh satu demi satu berjaya membebaskan diri daripada kekuasaannya. Kelemahan itu bukanlah semata-semata disebabkan oleh keadaan tentera Acheh tetapi ianya berpunca daripada sikap dan polisi pemerintahan Iskandar Thani. Pemerintahannya begitu berlawanan sekali dengan dasar yang diambil oleg Sultan Iskandar sebelumnya. Sultan Iskandar berpegang kepada sikap keras dan tegas, terutama dalam mengukuhkan angkatan tentera, meluaskan jajahan takluk dan amat berwaspada dengan musuh negara, manakala Sultan Iskandar Thani bersikap sebaliknya.
Iskandar Thani tidak begitu berminat untuk membina semula kekuatan tentera Acheh yang mengalami kelemahan, sama ada daripada segi peningkatan alat senjata mahupun galakan penaklukan.
Sikap sedemikian bukanlah semata-mata disebabkan beliau seorang yang alim dan tidak berjiwa ketenteraan. Ia sangat didorong oleh keinsafan dan kesedaran terhadap dasar-dasar politik dan pemerintahan yang lepas. Iskandar Thani sedar bahawa tindakan yang diambil pada masa yang lepas merugikan kerana banyak mengorbankan jiwa dan harta benda sedangkan hasilnya begitu mengecewakan. Oleh sebab itulah beliau tidak mempunyai inisiatif untuk menguatkan semula barisan ketenteraan sehingga tidak berdaya bagi menghadapi musuh-musuhnya. Iskandar Thani lebih mementingkan pembangunan ekonomi, sosial dan penyebaran agama.
Selain daripada bidang penaklukan dan pengukuhan ketenteraan, beliau merupakan pemerintah yang mengikut jejak langkah serta mempertahankan dasar Sultan Iskandar Muda terutama dalam memajukan dajwah Islamiah. Negeri Acheh dikatakan masih maju dalam kegiatan agama Islam, bukan sahaja berjaya menghasilkan ulama-ulama bahkan dapat menerbitkan berbagai-bagai ilmu pengetahuan terutama dalam bidang agama, bahasa dan kesusasteraan. Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa pada zaman tersebut, kuasa dan pengaruh Achehdalam bidang politik mulai menurun sehingga dapat dianggap sebagai zaman turning point. Namun ia tetap mengekalkan kedudukan Acheh sebagai pusat ilmu pengetahuan dan penyebaran Islam yang teragung di asia tenggara ketika itu.
TAMADUN MELAYU SEBAGAI ASAS PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957dan ianya sudah melepasi separuh abad. Kematangan daripada kemerdekaan ini pastinya terserlah dengan pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur, peningkatan kualiti pendidikan, kebebasan berpolitik, perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan sebagainya. Namun satu perkara yang disedari, kemajuan fizikal semata-mata belum tentu dapat menjamin bagi merealisasi konsep bahasa Malaysia yg terdiri daripada pelbagai etnik, agama, dan budaya. Masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu menjadi pemacu utama kpd perkembangan dan pembangunan masyarakat Malaysia. Justeru dalam membina tamadun Malaysia yg berasaskan kepelbagaian bangsa dan agama, ia merupakan satu usaha yg wujud daripada satu proses sejarah yang sambung menyambung. Ia memerlukan kerjasama dan sikap yang pertanggungjawaban daripada setiap rakyat Malaysia. Dalam usaha utk membina tamadun Malaysia, kita tidak sewajarnya melupakan sejarah ketamadunan Melayu terdahulu yang diterajui sama ada oleh Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Apatah lagi, kerajaan2 ini juga adalah merupakan kesinambungan kerajaan Melayu yg pernah wujud pada zaman sebelumnya spt Srivijaya, Temasik, Langkasuka, Melaka, Johor-Riau-Lingga dan lain-lain.
Berasaskan fakta2 ini, maka asas kepada pembinaan dan pembangunan Tamadun Melayu adalah Tamadun itu sendiri. Ia seharusnya menjadi tunjang kpd usaha membangun dan mengembangkan Tamadun Malaysia yang kini terdiri daripada rakyat Malaysia dgn kepelbagaian bangsa dan agama. Ianya boleh diperincikan dengan melihat kepada beberapa aspek dalam pembinaannya iaitu ;
• Bangsa Melayu Menurut Perlembagaan
• Islam dan Perlembagaan
• Dasar Pendidikan Negara
• Dasar Kebudayaan Nasional
• Bahasa Melayu
• Jati Diri Melayu
1. BANGSA MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Meneliti sejarah perlembagaan negara yang terhasil setelah berlangsungnya perbicangan yg bermula pada bulan Ogos 1955 antara Setiausaha Negara British bagi Tanah Jajahan, Raja-Raja Melayu dan Menteri-Menteri Perikatan yang baru mengenai langkah yang berikutnya ke arah pemerintahan sendiri. Pada bulan Mac 1956, satu “Misi Merdeka” yang diketuai oleh Ketua Menteri berlepas ke London utk berunding mengenai kemerdekaan. Satu Persidangan Perlembagaan telah diadakan daripada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh empat orang wakil kerajaan Perikatan; Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Setiausaha Tanah Jajahan dan Menteri Negara British. Persidangan itu menyelesaikan prinsip2 asas yang hasil daripadanya tercapai kemerdekaan. Persidangan juga mengesyorkan supaya sebuah suruhanjaya perlembagaan yang bebas ditubuhkan “untuk membuat syor bagi pembentukan perlembagaan ke arah Persekutuan Tanah Melayu yg memerintah sendiri dan merdeka sepenuhnya di dalam Komanwel”.
5 ahli telah dilantik dalam suruhanjaya ini. Mereka ialah Lord Reid (Lord of Appeal in the Ordinary) sbg pengerusi, Sir Ivor Jennings(Master of Trinity Hall, Cambridge), Sir William Mckell QC(bekas Gabenor Jeneral Australia), Hakim B. Malik(bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Allahabad) dan Hakim Abdul Hamid daripada Mahkamah Tinggi Pakistan Barat(Muhammad Kamil, 2001). Bidang tugas suruhanjaya itu dilantik atas nama Baginda Queen dan Duli2 Yang Maha Mulia Raja2 hendaklah memutuskan bagi memasukkan peruntukan untuk :
• Penubuhan sebuah kerajaan pusat yang kukuh dgn kerajaan negeri dan Negeri Selat menikmati sedikit autonomi.
• Menjamin kedudukan dam keisitimewaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
• Seorang Ketua Negara berpelembagaan bagi Persekutuan, yang akan dipilih di kalangan Raja2 Melayu.
• Satu bentuk kerakyatan untuk seluruh Persekutuan dan
• Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan di sisi undang2 kaum lain.
Justeru, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kedudkan orang Melayu dan agama Islam. Perlembagaan Persekutuan juga mengikitiraf kewujudan undang2 adat yang dilaksanakan dalam kalangan orang Melayu dan juga peribumi Sabah serta Sarawak. Undang2 tersebut tidak seharusnya mengatasi Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hak istimewa bangsa Melayu dan juga peribumi Sabah serta Sarawak telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagaimana yang disebutkan dalam Perkara 153 sebagai berikut: “memberi kedudukan yang istimewa kepada orang2 Melayu dan anak negeri di Sabah dan Sarawak”.
Manakala dalam mentakrifkan bangsa Melayu jika dirujuk kepada Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia mentakrifkan orang Melayu sebagai “seseorang yang menganut agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu, lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura. Sementara ibu dan bapanya lahir di Persekutuan atau Singapura pada Hari Merdeka”. Tamadun Melayu telah memainkan peranan yang besar sebagai asas pembinaaan Tamadun Malaysia. Penjajahan British ke negeri2 Melayu telah banyak mengubah landskap budaya daan ketamadunan Melayu. Ini ditambah pula dengan dasar British yang membawa masuk orang2 Cina dan India dengan tujuan ekonomi ke Tanah Melayu pada masa tersebut. Kemasukan orang2 Cina dan India juga telah menghasilkan interaksi antara ketamadunan pelbagai bangsa ke arah pembinaan Tamadun Malaysia.
Pengikitirafan terhadap hak isitimewa bangsa Melayu dan peribumi ini adalah suatu persefahaman yang dikenali sebagai “kontrak social” berasaskan kepada catatan sejarah Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan. Pada April 1956, Dato’ Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, telah dilantik oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk mempengerusi Jawatankuasa Siasah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbang memorandum2 yg dikemukakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Jawatankuasa Siasah telah menerima pelbagai cadangan dan isu yg paling hangat dibincangkan ialah mengenai kerakyatan berasaskan prinsip jus soli dan bahasa. Majlis Kerja Tertinggi UMNO menerima cadangan Jawatankuasa Siasah dan disahkan dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 19 Ogos 1956. Razak kemudiannya telah diminta mengemukakan memorandum cadangan Perlembagaan UMNO kpd Majlis Perikatan Perikatan untuk ditimbang dan diselaraskan sebelum dipanjang kepada Suruhanjaya Bebas. Majlis ini juga dipengerusikan oleh Razak.
Majlis Kebangsaan Perikatan telah menimbang memorandum daripada UMNO, MCA, dan MIC. Dalam deliberasinya, Majlis Kebangsaan Perikatan mencadangkan Perlembagaan mengikitiraf orang Melayu sebagai bumiputra di negeri ini berasaskan sejarah dan perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan British. Justeru, Yang Di Pertuan Besar telah diberi tanggungjawab utk menjaga kepentingan istimewa orang Melayu. Berhubung dengan soal kerakyatan dan kaedah memperolehinya, ahli2 komponen Perikatan berbeza pendapat sehinggalah Jawatankuasa mengadakan syarat iaitu mereka yg dilahirkan di Tanah Melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan itu pautlah menjadi warganegara Tanah Melayu.
Selain itu juga, Majlis Kebangsaan Perikatan juga bersetuju dengan cadangan utk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara dengan syarat cadangan itu tidak menjejaskan dasar Perikatan utk memupuk dan mempertahankan penggunaan baahasa lain dalam sistem pendidikan negara.
2. ISLAM DAN PERLEMBAGAAN
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Semenjak zaman lampau, negeri-negeri Melayu telah memiliki kanun perundangan yang berasaskan adat Melayu dan perundangan Islam. Negeri Melayu spt Melaka memiliki Hukum Kanun Melaka dan Undang2 Laut Melaka, Johor memiliki Undang2 Johor dan Undang2 Tubuh Negeri Johor(1895), Pahang memiliki Undang2 Pahang, Kedah dengan Undang2 Kedah, Terengganu dengan Itqan Al-Mulk(Perlembagaan Negeri Terengganu 1911), Perak dengan Undang-undang II dan Undang2 Keturunan Daripada Turun Negeri Perak dan Negeri Sembilan dengan Hukum Adat atau Undang2 Adat. Agama Islam disebut dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yg menyatakan bahawa agama Islam adalah agama bg Persekutuan; agama2 lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana2 bahagian Persekutuan. Ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu kebetulan yang dilakukan secara tidak sengaja oleh mereka yang bertanggungjawab merundingkan “kontrak social” lebih lima puluh tahun yang lalu. Ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah berperanan merundingkan proses kemerdekaan sbg satu rumusan dengan mengambil kira latar belakang sejarah, dinamika budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di Persekutuan Tanah Melayu. Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana anggota masyarakat yang lain utk menghayati dan mengamalkan mana-mana agama yang menjadi anutan mereka sama ada Kristian, Buddha atau lain-lain agama.
Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ini merupakan salah satu dari tujuh ciri-ciri asas Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang dicatat oleh Tun Muhammad Suffian, bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982)
Ciri-ciri bagi Perlembagaan Persekutuan menurut beliau adalah :
• Malaysia sebagai sebuah Persekutuan (Perkara 1)
• Perlembagaan sebagai undang2 utama Persekutuan(supremacy of the Constitution)(Perkara 4(1))
• Pengasingan kuasa antara eksekutif, parlimen dan kehakiman(separation of powers)
• Raja Berpelembagaan(Constitutional Monarchy)
• Demokrasi Berparlimen(Perkara 44)
• Badan Kehakiman yg terpisah dan bebas dari penguasaan Parlimen dan Eksekutif(Perkara 128)
Menurut almarhum Profesor Ahmad bin Ibrahim (m. d. 1988) di dalam kertas kerja beliau “Islam and The Constitution”yg dibentangkan di Universiti Malaya pd Ogos 1987 menjelaskan bahawa ketika Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk pada 1956, terma rujukannya (terms of reference) secara khusus memperuntukkan, antara lain, bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu mempunyai peruntukan2 seperti
Melindungi kedudukan dan martabat Raja-Raja Melayu di negeri-negeri masing-masing
Perlembagaan Persekutuan perlu mempunyai peruntukan seperti :
Yang Dipertuan Agong perlu dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu
Melindungi kedudukan istimewa kaum Melayu

Pada 10 Jun 1988, sidang Parlimen telah meluluskan pindaan Perlembagaan memperuntukkan fasal 1A kepada artikel 121 Perlembagaan menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai sebarang bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah. Pendebatan kemudiannya merujuk kepada apa yang dimaksudkan dengan “bidang kuasa Mahkamah Syariah”.
DASAR PENDIDIKAN NEGARA
DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Dasar Pelajaran Kebangsaan
Antara perkara yang paling penting perlu wujud bagi mana-mana sistem pendidikan kebangsaan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Ia bukan sahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan yang amat penting dalam melaksanakan sistem tadi. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaanya tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing dan tidak tentu arah. Kemungkinan juga pelaksanaan sistem akan mengikut suatu arah pada satu ketika dan kemudiannya mungkin juga bertukar haluan pada lain masa. Kadangkala perubahan haluan atau arah ini boleh berlaku kerana faktor kepimpinan, kewangan, pengaruh poltik dan lain-lain.
Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan epada falsafah yang jelas. Biasanya falsafah inilah yang menjadi teras pendidikan yang mengadungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Sebagai perbandingan, negara Amerika Syarikat misalnya tidak memiliki satu falsafah pendidikan yang digubal di peringkat negara walaupun sistem pendidikannya adalah yang terbaik di dunia.
Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara Serta Strategi Pelaksanaanya.
Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 menyatakan dengan jelas bahawa pendidikan di Malaysia adalah “satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara”.
Berdasarkan falsafah yang dikemukakan ini, maka dapat diperhatikan falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya falsafah ini, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke barisan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Dasar Kebudayaan Nasional
Berdasarkan sejarah, jelas membuktikan hubungan antara kaum dalam masyarakat Malaysia adalah penting untuk mengecapi keamanan dan kemakmuran. Wujudnya suasana polarisasi antara kaum adalah natijah daripada sejarah penjajahan pihak British. Kesannya dapat dilihat dalam kemuncak peristiwa 13 Mei 1969 iaitu 13 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Faktor-faktor yang membawa kepada peristiwa ini dan juga polarisasi antara kaum seharusnya dikaji dengan penuh teliti bagi menjamin keamanan dan perpaduan masyaraka Malaysia. Antara aspek penting yang dinilai kemungkinannya adalah nilai kebudayaan antara masyarakat yang pelbagai bangsa dan kebudayan. Tiadanya interaksi yang positif antara kebudayaan besar Melayu dengan Cina yang merupakan kaum majoriti berkemungkinan menyukarkan usaha perpaduan ini. Justeru bagi memastikan usaha pembinaan tamadun Malaysia ini direalisasikan dengan penuh jayanya, suatu dasar kebudayaan yang menggambarkan kebudayaan Malaysia harus diperkenal dan dihayati oleh seluruh anggota msyarakat Malaysia.
Di dalam membina konsep kebudayaan Malaysia ini, maka ia perlu diasaskan kepada beberapa prinsip asas yang sesuai dengan semua ras atau penganut agama. Semua agama atau kebudayaan mempunyai nilai persamaan dan perbezaan, nilai persamaan tersebut perlu dikembang dan dijadikan asas kepada pembinaan kebudayaan nasional. Manakal nilai yang berbeza hendaklah dijadikan suatu keistimewaan ras masing-masing yang perlu dihormati oleh setiap rakyat Malaysia demi menjamin keutuhan perpaduan nasonal ini.
Bagi memahami dengan jelas tentang konsep kebudayaan, ia adalah keseluruhan cara hidup manusia yang berperanan penting dalam proses pembangunan negara Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Dasar Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Bahasa merupakan alat budaya yang membentuk tamamdun tidak ketara sesuatu bangsa. Oleh itu tamadun bangsa yang tidak berlandaskan kepada bahsanya sendiri untuk maju, tidak boleh melonjak tinggi kerana pemikiran, budaya dan amalan hidup sesuatu bangsa yang hanya menjadi pengikut kepada bangsa dan tamdun lain akan sentiasa dikongkong jiwanya melalui bahasa yang dikuasainya. Di dalam Perlembagaan Persekutuan telah jelas menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahsa rasmi negara Malaysia sebagaimana yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan diaktakan di bawah Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
Meneliti daripada perspektif sejarah dan asal-usul, Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah kealuarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak melebihi 1, 000 tahun lagi. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebua batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Oleh itu, bahasa Melayu sering dianggap oleh para cendekiawan sebagai berasal dari Sumatera Selatan. Ia menjadi bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei serta juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, manakala di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Pelaksanaan bahasa kebangsaan ialah sebagai bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan di kalangan warganegara. Bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan harian negara. Banyak negara di dunia yang menggunakan bahasa-bahasa berlainan untuk kedua-dua fungsi itu, umpamanya India, Filipina, Paraguay dan banyak lagi. Secara ideal kedua-dua fungsi itu sepatutunya dimainkan oleh satu bahsa sahaja sebagaimana yang diperjuangkan untuk bahasa Melayu di Malaysia.
Sesuatu bahasa tidak boleh dianggap sebagai bahasa rasmi semata-mata kerana terdapatnya peruntukan dalam perlembagaan atau undang-undang negara yang memberikan taraf tersebut. Sesuatu bahasa boleh berfungsi sebagai bahasa rasmi meskipun hal itu mungkin tidak ditakrifkan dalam perundangan negara, dan begitu pula sebaliknya. Pada dasarnya sesuatu bahasa menjadi bahasa rasmi apabila fungsinya memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan.
JATI DIRI MELAYU
Jati bermaksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur. Jati diri membawa maksud identity yang memisahkan suatu peribadi dengan peribadi yang lain. Jati diri merujuk kepada ciri ciri sejati yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja yang terlihat dari lahiriah tetapi nilai nilai pegangannya. Dalam hal ini, negara kita sangat unik kerana rakyatnya berbilang kaum, bangsa dan agama. Justeru itu, rakyat di negara kita mempunyai pelbagai jati diri. Sebagai contoh, seseorang Melayu akan mempunyai tuga jati diri iaitu jati diri sebagai orang Melayu, jati diri sebagai rakyat Malaysia dan jati diri sebagai penganut Islam.
Persoalan jati diri menjadi begitu penting kerana bangsa, negara dan agama kita amat terdedah kepada pelbagai ancaman dan serangan sama ada ancaman globalisasi dan pemikiran yang menyeleweng. Antara kesan globalisaisi ialah keruntuhan tata susila agama dan adab sopan ketimuran yang disebabkan penyebaran budaya Barat dalam pelbagai bentuk. Revolusi Telnologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh mengubah budaya sesuatu kaum. Kesan ICT ialah nilai nilai tradisi akan ditinggalkan manakal unsur unsur daripada budaya dominan akan ditiru. Kesan lain ialah seks bebas, budaya berhibur yang berlebihan, gaya hidup yang boros dan sikap kebendaan akan melanda diri seseorang. Kesan kesan ini akan menyebabkan budaya tempatan, nilai agama, bangsa dan negara runtuh begitu sahaja. Tanpa jati diri, sesebuah negara akan kehilangan identitinya. Andai seseorang itu kehilangan identitinya, mereka akan kehilangan keyakinan, hilang kesetiaan dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan Negara nya sendiri.
Berdasarkan sejarah, bangsa melayu mencapai tahap tamadun yang tinggi selepas mereka memeluk Islam. Islam telah mengangkat martabat bangsa melayu ke tahap yang paling tinggi. Bangsa melayu juga terkenal selepas kedatangam Islam. Kerajaan Melayu - Islam Melaka yang mengamalkan Islam sebagai dasar undang-undang pemerintahan, ekonomi dan sosial telah berjaya membawa kemajuan dan pembangunan kepada bangsa Melayu. Namun setelah bertahun tahun dijajah oleh Barat, ia telah membawa bangsa Melayu jauh dari beramal dengan Islam kecuali dalam beberapa hal kerana Barat megamalkan system dan undang-undang mereka.
Kesan daripada renggang dengan agama Islam, masyarakat melayu telah ketinggalan daripada beberapa aspek iaiti aspek sosial, aspek politik dan aspek ekonomi.
Aspek Sosial :
Ramai anak muda bangsa Melayu merempat di pusat serenti, penjara dan pusat pemulihan akhlak.
Aspek Politik:
Terpaksaberkongsi kuasa dengan bangsa bangsa lain yang pada asalnya hanyalah pendatang.
Arus deras materialism, liberalism, sekularisme dan hedonism yang melanda umat Islam telah menenggelamkan nilai nilai mulia dan jati diri seseorang.
Aspek Ekonomi:
Tidak dapat menguasai kekayaan Negara.
Justeru, dalam pembinaan Tamadun Malaysia kita perlu membina bukan sahaja jati diri Melayu-Islam bahkan juga jati diri rakyat Malaysia itu sendiri. Maka paling nyata setiap rakyat Malaysia mesti meletakkan kedudukan Bahasa Melayu di tempat yang dihormati sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara dan menjunjung kedudukannya sebagaai identity Bahasa Melayu. Selain itu, Wawasan 2020 turut menggariskan ciri-ciri yang harus dipunyai oleh bangsa Malaysia. Wawasan 2020 menggariskan beberapa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju.
Begitulah kepentingan jati diri kepada agama, bangsa dan negara dalam era globalisasi ini. Disebabkan itu system pendidikan Negara kini mula menekankan kepada suatu bentuk pendidikan holistic bagi membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dari semua sudut. Impak kepada system pendiidkan sebegini mampu mewujudkan pelajar yang cemerlang dalam akademik kerana sifat untuk sentiasa menegjar kecemerlangan wajar dijadikan salah satu komponen kepada jati diri bangsa kita, di samping tidak meninggalkan terus aspek-aspek pembangunan sahsiah diri yang lain.
KESIMPULAN.
Islam datang ke Alam Melayu sejak sebelum kesultanan Melaka secara tidak rasminya. Pengislman Parasmeswara adalah titik mula perkembangan Islam di rantau ini. Sebelum kerajaan Melaka tertubuh, kerajaan Pasai memainkan peranan yang amat penting dalam mengembangkan syiar Islam. Setelah Islam bertapak kukuh di Alam Melayu, ia membawa pengaruh yang amat besar dalam kehidupan masyarakat alam Melayu. Dari soal paling kecil hingga kepada perkara paling penting dalam kehidupan msyarakat Alam Melayu dipengaruhi oleh agama tersebut sepertimana yang telah kita bincangkan dalam tajuk yang lepas. Kedatangan Islam ke rantau ini telah membawa perubahan baru dalam masyarakat Melayu. Perubahan ini bukan sahaja dalam aspek akidah malah mencakupi keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu. Meskipun pada tahap awal, agak sukar untuk menghilangkan sama sekali pengaruh yang telah sebati dalam masyarakat Melayu kesan daripada amlan mreka dalam tradisi pra-Islam. Namun apa yang paling penting adalah asas kepada Islam tersebut tidak mngalami perubahan. Kedatangan Ilam sama ada melalui usaha pendakwah dan ahli sufi, mahupun melalui perkahwinan antara Islam dan bukan Islam ataupun aktiviti perdagangan, namun masyarakat Melayu telah menerima agama tersebut sebagai agama mereka dan lebih penting lagi disesuaikan dengan diri mereka sehingga ke hari ini di beberapa kawasan Alam Melayu. Hingga sekarang kita dipengaruhi oleh Islam dalam setiap dasar dan tindakan yang membentuk sistem kehidupan. Islam juga menjadi asas kepada perpaduan masyarakat Alam Melayu sehingga disinonimkan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Perkembangan dan kekuatan masyarakat Alam Melayu bergantung kepada sejauh mana mereka beramal dengan Islam. Islam berjaya mengangkat martabat masyarakat Alam Melayu dan meletakkan mereka di puncak tamadun dunia pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu-Islam Melaka. Keruntuhan masyarakat Alam Melayu hari ini ialah kerana mereka merenggangkan diri dari beramal dengan Islam. Untuk memartabatkan kembali masyarakat Alam Melayu hari ini, kita perlu kembali beramal dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam secara menyeluruh bukan mengambil Islam secara juz’i atau bahagian-bahagian tertentu sahaja.
Rujukan
Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam
Penulis : Ramawan bin Abdul Rahman
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com