Islam Di Alam Melayu

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di Tanah Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu. Namun yang penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka bertindak menyebar luas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu. 

Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan. Namun perkembangan dan pengaruh Islam menghadapi cabaran apabila kuasa Barat khususnya Inggeris (British) menjajah Tanah Melayu dengan mencampuri hal ehwal pentadbiran di negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan beberapa dasar bercorak sekular dan moden dalam pelbagai aspek sehingga secara perlahan meminggirkan pengaruh Islam. Situasi ini telah membangkitkan kesedaran orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah menuntut kemerdekaan demi kesinambungan peradaban Islam yang telah lama bertapak di negara. 

Pengaruh Islam Di Alam Melayu
Kedatangan Islam di Alam Melayu telah membawa satu era baru yang menjurus kepada zaman baru dan bertamadun. Islam telah berjaya mengubah minda masyarakat alam melayu. Masyarakat melayu tidak lagi berada di alam Hindu-Buddha yang penuh dengan kesesatan, tahyul, mitos dan khurafat. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat di alam melayu dengan cepat menerima Islam disebabkan keistimewaan yang ada pada agama Islam itu sendiri. Islam mampu berkembang pesat di alam melayu walaupun paa masa itu orang melayu sudah mempunyai kepercayaan merek sendiri. Apabila orang melayu telah memeluk agama Islam, ia membawa perubahan yang amat nyata. Kedatangan Islam ke tanah melayu telah membawa perubahan yang amat besar terhadap masyarakat melayu dalam beberapa aspek. Di antara kesan-kesan dan perubahan-perubahan tersebut adalah seprti berikut:

1. Akidah/kepercayaan 
2. Politik dan pemerintahan
3. Perundangan 
4. Pendidikan dan keilmuan
5. Bahasa dan sistem tulisan
6. Sosial
7. Ekonomi
8. Kesenian

Perubahan-perubahan dalam aspek-aspek ini juga telah mendorong penyebaran agama Islam di tanah melayu menjadi senang dn semakin pesat. Melalui aspek-aspek ini juga masyarakat di alam melayu dapat menerima agama Islam dengan mudah dan senang. Hal ini kerana, agama Islam mengubah aspek-aspek ini yang belandaskan agama Hindu-Buddha kepada agama yang benar dan lurus iaitu agama Islam. Agama Islam juga mengubah aspek-aspek ini yang berlandaskan kepercayaan hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alasahaja. Dan perubahan aspek-aspek ini juga mengajar masyarakat melayu untuk menyamakan taraf hidup tidak ada lagi golongan hamba abdi, saling menghormati antara satu sama lain. Dan yang paling penting adalah kesetiaan kepada pemimpin tetapi tidak boleh lebih taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’alayamg maha Besar. 

Perubahan Dan Pengaruh Islam Dalam Sistem Tulisan, Bahasa Dan Sastera Melayu
Pengaruh agama Islam juga dapat dilihat dalam aspek bahasa dan perkataan yang digunakan oleh masyarakat melayu. Kehadiran agama Islam juga telah memberi nafas baharu terhadap bahasa melayu. Tulisan Al-Quran yang diasaskan oleh dua puluh sembilan huruf itu juga menyebabkan masyarakat melayu pandai membaca dan menulis. Masyarakat melayu telah mengguna pakai tulisan arab dan disesuaikan dengan bahasa tempatan. Ulama dahulu juga telah mengambil beberapa inisiatif dengan menambah lima huruf lain yang mirip dengan huruf arab iaitu huruf “NGA”, “CA”, “NYA”, “PA”, “GA” dan sekarang ini ditambah pula dengan huruf “V” yang akhirnya dapat membantu masyarakat melayu membaca dan menulis jawi dengan lancer. 

Kedatangan agama Islam kea lam melayu juga telah menjadikan bahasa melayu sebagai lingua franca. Menurut sejarah juga dengan kehadiran agama Islam juga telah menambahkan ragam terhadap karya- karya melayu. 
Selain daripada itu, terdapat beberapa perkataan daripada bahasa arab yang diguna pakai sehingga ianya menjadi bahsa masyarakat tempatan seperti perkataan masjid, doa, kitab, tazkirah, ilmu dan banyak lagi. Pengaruh daripada sudut bahasa dan perkataan telah memberi nafas baru pada bahasa melayu. 

Sebagai contoh:
1. Pengaruh bahasa Sanskrit:

•Bhumi Bumi, 
•Bahasa Bahasa, 
•Bhakti Bakti. 
•Arghah Harga
•Nagaram Negara
•Putrah Putra 
•Sastram Sastera
•Upama Umpama 

2. Pengaruh bahasa Tamil dapat dilihat digunapakai dalam bahasa melayu seperti:

•Kendii Kendi
•Mutal Modal
•Kulam Kolam
•Vagai Bagai
•Kaval Kawal
•Kadai Kedai
•Mampalam Mempelam

3. Pengaruh bahasa Arab dapat dilihat melalui perkataan seperti:
•Kitab 
•Kalam 
•Nahas 
•Tarikh 
•Maklumat
•Nafsu
•Zahir
•Batin
Dan banyak lagi contoh lain. 

4. Pengaruh bahasa Cina pula seperti:
•Mi
•Kueh
•Taugeh
•Tauchu
•Cat
•Candu
•Pangkin
•Jong
•Dacing
•Nyonya
•Gua
•Lu
•Congkak

Selain daripada aspek bahasa, kehadiran agama Islam juga telah memberi nafas baru dalam bidang sastera di alam melayu. Perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud “kata-kata yang indah”. Dalam bidang penulisan atau sastera, kita dapat lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut pada abad ke-16 dan 17, dengan tokoh-tokoh di acheh seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani, seterusnya di banjar dengan tokoh-tokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan Muhammad Nafis al-Banjari dan ramai lagi karyawan-karyawan atau ulama-ulama dahulu menghasilkan katya sastera ini dan bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa, persuratan, keseniaan, dan kebudayaan selain dari hal-hal keagamaan. Hasil karya para ulama Melayu itu, antara lain, menghuraikan dasar-dasar pandangan hidup Islam dengan menerangkan hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan kenyataaan-kenyataan yamg perlu diketahui dan direalisasikan dalam kehidupan seseorang muslim, sehingga dengan demikian, dasar-dasar pandangan hidup muslim menjadi lebih jelas dan tidak hanya sekadar menjadi suatu rukun daripada rukun-rukun iman yang dihafal dalam kepala sahaja. Beberapa tokoh yang masyhur dalam menghuraikan ilmu ini seperti al-Ash’ari, al-Maturidi dan al-Ghazali, antara lainya mempunyai penerjemah-penerjemah dan penghurai-penghurainya di Nusantara. 

Selepas ilmu tentang ketuhanan dan world-view, maka ilmu yang paling dekat selepasnya ialah ilmu-ilmu tentang ibadat dan hukum-hakam atau fiqh, iaitu ilmu yang mengatur cara berhubung antara manusia dan manusia dan manusia dengan Tuhannya. 

Kehadiran agama Islam ini juga telah memberi nafas yang cukup baharu dalam sastera melayu. fungsi dan peranaanya telah berubah dari sifatnya sebagai media hiburan kepada media pendidikan dan dakwah. Tema sastera juga telah berubah daripada membincangkan tema-tema “manusia yang luar biasa” atau “kedewaan” kepada membincangkan manusia-manusia yang menjadi contoh kepada umat Islam dan kisah-kisah pengajaran yang diambil daripada sejarah agama Islam. 

Dengan kehadiran agama Islam juga telah menyuburkan sastera dalam bentuk tulisan, di samping sastera secara lisan yang amat ditekankan sebelum itu. Sastera Islam yang berkembang di alam melayu, banyak menyentuh kisah-kisah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Israk Dan Mikraj, Hikayat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan banyak lagi. Selain itu, sastera melayu juga banyak menyentuh tentang para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Hikayat Abu Bakar r. a, Hikayat Amirulmukminin, Hikayat Hasan dan Husin dan banyak lagi. 

Di samping itu, dengan kehadiran agama Islam juga telah memperkenalkan cerita berbingkai dalam sastera melayu yang mendapat pengaruh dari Arab dan Farsi, seperti: Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Kalilah dan Dimnah, Hikayat Bakhtiar, di samping perkembangan golongan sufi dan aspek ketatanegaraan. 

Selain daripada hikayat, pengaruh agama Islam juga terdapat dalam puisi-puisi melayu. Syair yamh pertama yang dikatakan dihasilkan oleh Hamzah Fansuri iaitu pada seribu lima ratus lima puluh Masihi hingga ke seribu enam ratus Masihi. 

Perkataan sastera berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud “kata-kata yang indah”. Keindahan bahasa dalam bahasa Arab disebut “adab”. Jika “kata-kata indah” itu dikaitkan dengan “adab”, maka sesuailah dengan ungkapan melayu “budi bahasa”. Bahasa adalah ucapan lidah, sedangkan ucapan yang keluar daripada lidah itu adalah berasal daripada dalam batin kita iaitu “budi”. Bertambah halus budi, maka bertambah haluslah bahasa yang kita pakai. Sebaliknya orang yang kurang budi, maka mereka suka memakai ucapan kasar. Ia amat berkait rapat dengan pepatah melayu yang berbunyi:”hidup di dunia biarlah beradab, bahasa tidak dijual beli”. Ia bermaksud; “bahasa yang halus, budi yang baik, tidaklah dapat dihargai dengan wang; tidak dapat dibeli dan tidak dapat dijual. Kedatangan agama Isalam kea lam melayu juga telah memperhaluskan lagi budi bahasa orang-orang melayu. Islam telah memperkenalkan kepada mereka huruf-huruf tulisan jawi untuk dipakai bagi menyatakan apa yang terasa di hati dan fikirannya dengan secara tertulis. Hal ini asal mulanya berlaku terhadap pengajaran dan didikan kepada kanak-kanak mengaji al-Quran; di mana huruf al-Quran yang telah dibaca setiap hari, lalu dipakai secara berulang-ulang akhirnya menjadi huruf kita; sebagaimana di alam melayu biasanya disebut “huruf jawi, huruf melayu, huruf arab melayu”. 

Sebagai kesimpulan, kedatangan agama Islam ini menunjukkan bahawa agama Islam adalah amat signifikan kepada pertumbuhan dan kemantapan bahasa melayu. Begitu juga dengan bidang sastera yang ternyata telah dapat berkembang dan mampu berfungsi sebagai media dakwah dan pendidikan ummah yang berkesan. 

Pengaruh dan Perubahan Agama Islam Dalam Aspek Sosial

Orang melayu mempunyai daya kemahiran intelektual yang unik dari segi memerhati dan menghayati factor-faktor alam semesta secara rasional dan saintifik yang kemudiannya menggubal dan mencipta peribahasa dan pelbagai kata perbilangan sebagai analogy kepada perkara-perkara yang mereka perhatikan, alami dan hayati. Peribahasa ini mereka gunakan sebagai panduan, teladan, dan sempadan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat termasuk digunakan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. 

Dengan kedatangan agama Islam, nilai-nilai ini ditambah dengan pendidikan keagamaannya khususnya pengajian al-Quran. Selain itu, kewujudan pondok-pondok dan madrasah agama menjadi tempat pendidikan agama yang berlangsung secara rasmi dan sistematik. 

Penekanan orang melayu dalam bidang pendidikan ini membawa kepada perubahan sosial masyarakat melayu setempat. Ia berlaku ke atas individu yang telah menerima dakwah dengan ketara sekali, terutama daripada segi pergaulan antara lelaki dan perempuan. Perhubungan dan pergaulan mereka amat terbatas, hanya dalam bentuk hubungan yamg di haruskan mengikut lunas-lunas agama Islam sahaja. Tujuannya adalah untuk mengelak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti pergaulan bebas yang boleh membawa kapada penzinaan. 

Hal ini jelas diterangkan dan ditegaskan dalam al-Quran iaitu yang berbunyi; Firman Allah Subhanahu Wa Ta’aladalam surah al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. 

Sebelum kedatangan agama Islam kea lam melayu masyarakat melayu di alam melayu mengamalkan system di mana masyarakat melayu pada ketika itu dibahagikan pada dua kelas atau juga dikenal sebagai kasta. 

Kelas atau kasta ini terdiri daripada:

a)Kelas pemerintah(sultan, pembesar, ulama istana)
b)Kelas yang diperintah (rakyat biasa, hamba)

Kedatangan agama Islam juga telah melahirkan aspek sosial yang baharu di mana persamaan taraf dan persaudaraan Islam di antara umat manusia atau golongan masyarakat amat dititik beratkan. 

Selain itu, pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaaan. Keluaraga contohnya menjadi agen sosialisasi utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan dibantu oleh komuniti yang melaksanakan kawalan. Tujuan utamanya adalah untuk mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu menjadi anggota masyarakat yang berguna dan dihormati masyarakat sekeliling. 

Disebabkan budaya masyarakat melayu berteraskan agama Islam dan amalan masyarakat (adat), maka kedua-dua aspek ini menjadi asas utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi orang melayu banyak dibentuk oleh amalan keagamaan seprti budaya menziarahi perkuburan, amalan bermaaf-maafan di hari raya dan banyak lagi. 

Disamping itu, agama Islam juga mengajar dan mendidik masyarakat supaya bergaul dengan baik bersama ahli keluarga, menghormati kedua ibu bapa dan orang yang lebih tua. Agama Islam juga menganjurkan sifat-sifat mulia dalam pergaulan seperti tolong-menolong, bekerjasama, budaya menziarahi, berbuat baik kepada jiran tetangga, menghormati tetamu dan banyak lagi. 

Perubahan sosial ini juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dalam masyarakat di alam melayu. Semua ajaran Islam mengandungi unur-unsur rasionalisme yang menekankan konsep kesamarataan di sisi Allah subhanahu wa ta’ala. Berpandukan dengan konsep ini masyarakat di alam melayu dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindhu dan fahaman animisme. 

Kesimpulannya, kedatangan agama Islam ke alam melayu telah mengubah sebaik-baiknya perilaku tiap seorang anggota masyarakat melayu yang memeluk agama Islam. Msyarakat melayu juga mempunyai jati diri yang baik dan berakhlak selepas kedatangan agama Islam ke alam melayu. Agama Islam juga menonjolkan unsur-unsur metafizika yang berkaitan dengan rukun iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Sam’iyyat di samping hukum-hukum syarak. Unsur-unsur ini amat mempengaruhi pemikiran masyarakat di alam melayu. Oleh itu, segala tindak tanduk mereka bukan sahaja didokongi untuk kesenangan duniawi semata-mata tetapi untuk mendapat keredaan dan rahmat daripada Allah subhanahu wa ta’ala. Jesteru itu, segala amalan sama ada dai segi sosial mahupun tidak adalah berdasarkan pemikiran dan pengaruh agama Islam. 

Pengaruh Dan Perubahan Agama Islam Dari Aspek Ekonomi

Ekonomi merupakan hasil pendapatan utama di kalangan masyarakat melayu pada masa dahulu. Ekonomi masyarakat melayu dahulu dipengaruhi oleh kepercayaan dan amalan dan agama Hindhu. Ekonomi masyarakat melayu sebelum kedatangan agama Islam amatlah terhad kerana dipelopori oleh golongan atasan ataupun golongan bangsawan iaitu yang terdiri daripada maharaja ataupun pemerintah dan diikuti oleh pembesar-pembesar yang dahulunya mengikut amalan dan kepercayaan agama Hindhu. Oleh hal demikian hidup masyarakat melayu dahulu sebelum kedatangan agama Islam amatlah sedih dan perit. 

Menurut sejarah, aspek ekonomi nasyarakat di alam melayu sebelum kedatangan agama Islam dalam keadaan yang tidak menentu. Keadaan kebanyakan daripada mereka seolah-olah kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Jurang perbezaan ekonomi di antara orang kaya dengan orang miskin amatlah ketara sekali kerana dipengaruhi oleh amalan dan kepercayaan animism dan hinduisme. 

Walaubagaimanapun, setelah agama Islam tersebar dengan luasnya di alam melayu dan ajaran agama Islam diamalkan dan dianuti oleh hamper keseluruhan masyarakat di alam melayu, perbezaan jurang tersebut telah berkurangan di sebabkan masyarakat di alam melayu telah memeluk dan menghayati agama Islam dengan sebaiknya. Hal ini kerana, dalam agama Islam ajarannya mengamalkan persamaan taraf di kalangan manusia tanpa wujud perbezaan di sebabkan keturunan, bangsa atau pangkat kerana semuanya tetap sama di mata Allah subhanahu wa ta’ala tidak kira tinggi mana pangkat atau betapa kayanya seseorang itu, kerana yang membezakan pada Allah subhanahu wa ta’ala hanyalah iman dan amal soleh seseorang umat manusia itu sahaja. 

Sebelum kedatangan agama Islam ke alam melayu, masyarakat melayu tradisional memperoleh sumber kewangan atau ekonomi mereka melalui kegiatan harian seprti bercucuk tanam, menangkap ikan, memburu binatang, dan mengutip hasil hutan seperti damar dan rotan. Walaubagaimanapun, selepas kedatangan agama Islam di alam melayu kegiatan ekonomi masyarakat melayu yang bercorak algaria ini tetap dijalankan oleh masyarakat melayu. 

Kedatangan agama Islam ke alam melayu juga merancakkan aktiviti perniagaan di kalangan masyarakat melayu. Sebelum kedatangan agama Islam di alam melayu perniagaan di kalangan masyarakat melayu bersifat riba, rasuah dan sebagainya kerana mengikut amalan dan kepercayaan hinduisme yang hanya mementingkan keuntungan diri sendiri. Tetapi, selepas kedatangan agama Islam ke alam melayu, perniagaan yang berlandaskan riba dan rasuah ini tidak lagi dijalankan oleh masyarakat melayu di alam melayu. Hal ini kerana, ajaran agama Islam mengaharamkan urusan jual beli yang berandaskan amalan riba dan rasuah. 

Seterusnya, kedatangan agama Islam kea lam melayu juga telah mewujudkan pasar-pasar dan kota yang bersifat etripot ataupun internasional. Hal ini kerana, peniaga-peniaga dari seluruh pelosok dunia amat suka berurusan jual beli di tanah melayu. Hal ini boleh dilihat melalui sejarah kota dan pelabuhan di negeri Melaka yang pada satu masa dahulu amat maju dalam urusan jual beli. Selain itu, dengan kemajuan pelabuhan dan perniagaan ini, penggunaaan mata wang dalam aktiviti perdagangan telah diperaktikkan secara meluas. Hal ini boleh dilihat melalui sejarah penemuan mata wang sperti dinar, pitih, kupang, mata wang yang berbentuk ayam jantan, pokok dan sebagainya. 

Selepas kedatangan agama Islam ke alam melayu juga telah mewujudkan satu institusi yang dikenal sebagai baitulmal. Penubuhan Baitulmal ini memainkan peranan sebagai sebuah organisasi yang menguruskan hal-hal kewangan Negara. Baitulmal ini telah menjadi pusat kewangan bagi masyarakat di alam melayu yang memeluk agama Islam. Semua hasil yang didapati sama ada dalam bentuk cukai, jizyah dan banyak lagi di simpan di Baitulmal. Hasil kutipan ini pula akan disimpan dan digunakan untuk perbelanjaan Negara. 

Kedatangan agama Islam kea lam melayu juga dapat menggalakkan umatnya hidup saling bantu-membantu bagi mengelakkan kemeleretan hidup bagi satu-satu golongan masyarakat. Agama Islam juga memerintahkan umatnya supaya membayar zakat, menggalakkan sedekah, wakaf dan banyak lagi. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan orang Islam masyarakat melayu saling bantu-membantu antara satu sama lain. Melalui cara ini juga akan mewujudkan semangat persaudaraan yang lebih erat di kalangan orang-orang agama Islam. Agama Islam juga menggalakkan umatnya mencari rezeki dan ianya termasuk dalam perkara ibadah. 

Kesimpulannya, kedatangan agama Islam ke alam melayu telah mengembangkan dan memajukan lagi ekonomi penduduk masyarakat melayu, mereka tidak lagi perlu mengikut ajaran dan fahaman agama Hindhu. Kesan terhadap ekonomi yang berlandaskan ajaran dan agama Islam ini juga menjadikan Melaka sebagai pusat perdangangan antarabangs pada satu masa dahulu. Kedatangan agama Islam ini juga telah menjadikan masyarakat melayu maju dan mampu bersaing dalam urusan perniagaan dan perdangan pada masa dahulu dan hingga masa sekarang. 

ASPEK KEPERCAYAAN
Pada suatu masa dahulu iaitu sebelum kedatangan Islam di Alam Melayu, Tanah Melayu dipengaruhi oleh kepercayaan Animisme dan kepercayaan Hindu-Buddha. Kepercayaan Hindu-Buddha merupakan kepercayaan yang terawal sampai ke kawasan Nusantara serta meluas hingga ke negara lain. 
Pengaruh Hindu-Buddha ini sangat kuat pada waktu itu. Bukan sahaja Tanah Melayu yang berada dibawah pengaruhnya, juga negeri-negeri sekitar seperti Tanah Jawa dan Brunei. 
Kepercayaan Hindu-Buddha ini memasuki Alam Melayu melalui kuasa-kuasa asing yang menjalinkan hubungan dengan Tanah Melayu seperti kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit dan sebagainya. 

Kebanyakan kepercayaan Hindu-Buddha ini dianut oleh golongan pemerintah dan golongan bangsawan. Manakala, rakyat jelata masih berpegang kepada kepercayaan animisme. Keadaan ini berlaku kerana golongan pemerintah kerap menjalinkan hubungan sosial dengan kuasa-kuasa asing sama ada perniagaan atau pemerintahan. 
Rakyat jelata pula lebih kepada kegiatan dalam negara dan tidak meluas. Oleh itu, kebanyakan masyarakat ini masih lagi berpegang kepada kepercayaan animisme iaitu kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling mempunyai semangat alam. 
Kepercayaan ini bersifat khurafat kerana ianya bertentangan dengan kebenaran dan kewujudan Allah subhanahu wa ta’ala. Keadaan ini disebabkan kejahilan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu. 

Selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyarakat Melayu mula tertarik dengan agama Islam dan telah membawa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu. 
Terdapat beberapa perkara yang menjadi faktor kepada perkembangan Islam di Alam Melayu. Antaranya, keistimewaan ajaran Islam. Keistimewaan ajaran Islam itu sendiri adalah menjadi faktor masyarakat Melayu menerima Islam. Ajaran Islam adalah mengutamakan persamaan hak bagi setiap umat manusia. Setiap manusia itu adalah sama, apa yang membezakannya adalah ketakwaan kepada Allah subhanahu wa ta’ala tidak kira sama ada golongan pemerintah atau rakyat. Ini jelas menjadi sebab mengapa masyarakat Melayu mudah untuk menerima Islam. 

Islam juga amat mementingkan keamanan dan kedamaian dengan melaksanakan pemerintahan berlandaskan syariah. Syariah adalah peruntukan dari Allah subhanahu wa ta’ala kepada manusia demi kebaikan manusia itu sendiri. Setiap perintah daripada Allah subhanahu wa ta’ala itu bukanlah mendatangkan apa-apa manfaat melainkan kepada hambanya itu. Setiap kesalahan akan dibalas dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan tersebut serta menjadi pengajaran bagi masyarakat. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa keadilan diutamakan dalam pemerintahan. Seterusnya dapat mengekalkan kedamaian dalam hidup bermasyarakat. 
Ajaran Islam adalah ajaran yang seimbang dari segi jasmani dan rohani. Islam mendidik umat Islam untuk beribadat kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Ibadah adalah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus adalah ibadah yang diperintahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala seperti menunaikan solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan sebagainya yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran. Manakala, ibadah umum adalah apa jua jenis pekerjaan yang dilakukan dan mestilah memenuhi syarat-syarat ibadah umum iaitu niat yang ikhlas kerana Allah subhanahu wa ta’ala, amalan yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak, tidak meninggalkan ibadah khusus, amalan yang dilakukan penuh ketekunan dan kesungguhan, serta amalan yang dilakukan memberi impak yang positif kepada kemanusiaan dan alam sejagat. 
Faktor yang kedua iaitu perdagangan. Pedagang yang terdiri dari kalangan pendakwah dan ulama' telah datang ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu dengan tujuan untuk berdagang. Tercatat di dalam sejarah Islam bahawa Tanah Melayu menjadi tumpuan dalam perkembangan perdagangan. Tanah Melayu telah dilawati oleh pelbagai kerajaan asing dalam tujuan perdagangan. 

Pedagang yang terdiri daripada golongan pendakwah ini bukan sahaja bertujuan untuk berdagang sahaja. Di samping itu, mereka telah berusaha dan meletakkan tekad yang tinggi dalam usaha dakwah kepada masyarakat Melayu. Pelbagai kesukaran yang dihadapi dalam usaha meneruskan dakwah Islam ini. Kekuatan yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala kepada mereka menjadi dorongan untuk terus menyampaikan pesanan iaitu dakwah yang telah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk melaksanakannya. 

Faktor yang ketiga iaitu pengIslaman raja-raja. Ketaatan rakyat terhadap raja pada suatu ketika dahulu adalah sangat kukuh. Selepas penerimaan Islam oleh raja, rakyat mula menerima Islam sebagai agama mereka berikutan ketaatan dan kesetiaan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada raja mereka. 
Faktor yang keempat iaitu perkahwinan. Setelah para pedagang yang juga merupakan ulama' datang ke Tanah Melayu, Tanah Melayu telah dijadikan tapak bagi memulakan dakwah ini lantaran Tanah Melayu merupakan Negeri yang aman pada waktu itu dan dapat dipamerkan pada masyarakat Melayu iaitu nilai-nilai yang boleh dipupuk untuk meneruskan kehidupan yang harmoni. 

Sudah sekian lama para ulama' ini menjejakkan kaki di Tanah Melayu. Oleh itu, terdapat dari kalangan mereka yang menjalinkan hubungan perkahwinan dengan penduduk Tanah Melayu. Dari situ, dakwah Islam mudah tersebar kepada lebih ramai masyarakat Melayu dengan persaudaraan yang ramai. 
Begitu juga dari kalangan pemerintah yang menjalinkan hubungan perkahwinan dengan puteri-puteri dari kerajaan luar. Keadaan ini membawa kepada perkembangan dakwah Islam oleh kerana tanggungjawab sebagai seorang Muslim iaitu menyampaikan pesanan berlandaskan al-Quran dan al-Hadis. 

Faktor yang kelima iaitu penaklukan. Di bawah pemerintahan Tanah Melayu terdapat berbagai-bagai negeri taklukan. Kekuasaan yang dimiliki oleh pemerintah telah digunakan bagi menarik minat masyarakat dari negeri taklukan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. 
Sebagai seorang Muslim, kita ditugaskan hanya untuk menyampaikan pesanan kepada umat manusia yang lainnya. Penerimaan Islam di dalam diri mereka adalah sesungguhnya bergantung kepada Allah subhanahu wa ta’ala untuk memberi hidayah. 

Faktor yang keenam iaitu pendakwah. Kebenaran dalam Islam adalah berteraskan al-Quran dan al-Hadis. Ia mengajarkan tentang banyak perkara yang menjadi petunjuk di dalam hidup setiap umat manusia. Justeru ia dapat membawa seseorang itu menjadi lebih bertakwa kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Perwatakan atau sifat-sifat yang dibawa oleh golongan pendakwah itu juga telah menjadi salah satu faktor kepada perkembangan Islam di Alam Melayu. 
Perwatakan yang dibawakan oleh mereka bukanlah dibuat-buat atau direka-reka. Tetapi kerana hidayah Allah subhanahu wa ta’ala telah menjadi petunjuk kepada mereka. Perwatakan yang dipancarkan oleh mereka secara tidak sengaja telah menarik minat penduduk masyarakat Melayu untuk mendekatkan diri dengan Islam. Secara perlahan-lahan ia dapat menarik lebih ramai masyarakat Islam untuk mempelajari tentang Islam. Sehingga kini kita dapat lihat perwatakan yang dibawa oleh mereka menjadi pemangkin untuk memperluaskan dakwah Islam. Sesungguhnya dakwah itu bukanlah secara kekerasan, tetapi secara menyampaikan dengan ikhlas kerana Allah subhanahu wa ta’ala. Seterusnya Allah subhanahu wa ta’ala yang berhak untuk memberi hidayah kepada mereka. 

Faktor yang ketujuh iaitu sokongan pemerintah. Para pemerintah turut menyumbang ke arah kejayaan tersebarnya Islam di alam Melayu. 
Para ulama' diberi kepercayaan untuk berperanan sebagai tenaga penggerak utama, membantu penyebaran dakwah Islam dan menjadi tenaga pengajar di kawasan tanah Melayu. Juga terdapat ulama' yang dilantik menjadi penasihat dalam urusan negara dan berbincang bersama mereka hal-hal keagamaan. Sultan Alauddin Shah iaitu sultan Melaka ketujuh adalah menjadi contoh membuktikan peranan dan sokongan pemerintah terhadap penyebaran Islam. Baginda juga telah melaksanakan undang-undang Islam seperti hukum hudud dan sebagainya. 

ASPEK PENDIDIKAN/ILMU PENGETAHUAN
Ilmu berasal dari perkataan bahasa Arab 'alima yang bermaksud pengetahuan. Pengetahuan adalah merujuk kepada bidang-bidang dunia dan akhirat, zahir dan batin. Dari segi istilah ilmu ditakrifkansebagai cahaya dan petunjuk dari Ilahi. Syed Muhammad Naquib Al-Attas mentakrifkan ilmu sebagai ketibaan makna hasil dari maklumat yang benar dan sahih yang memberi kesan terhadap diri seseorang. 
 Ilmu adalah sesuatu perkara yang mempunyai banyak manfaat dan amat bernilai. Ilmui juga merupakan unsur yang penting dalam pembinaan tamadun Islam. Ilmu adalah berperanan sebagai petunjuk agar setiap masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Islam sentiasa mendorong umatnya menuntut ilmu. 
Surah pertama yang diturunkan di dalam al-Quran menggesa umatnya supaya menuntut ilmu. Terdapat dalam firman Allah subhanahu wa ta’ala yang bermaksud:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu Maha Pemurah, yang mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq, 96: 1-5)

Al-Quran juga amat menyanjungi golongan yang berilmu, sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala bermaksud:
Allah meninggikan derjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang diberi ilmu (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. (al-Mujadalah, 58: 11)

 Menurut para cendekiawan terdahulu, ilmu adalah cahaya milik Allah subhanahu wa ta’ala yang menjadi penunjuk arah kepada umat manusia ke jalan yang benar. 
Barangsiapa yang sering melakukan maksiat tentu sekali sukar untuk mendapat cahaya Allah subhanahu wa ta’ala yakni ilmu. 
Penyebaran ilmu pada suatu zaman dahulu sebelum kedatangan Islam di tanah Melayu adalah sangat perlahan. 
 Sebahagian besar masyarakat tidak berminat dan tidak mempunyai semangat untuk mencari ilmu kerana pada zaman itu kehidupan mereka amat sukar untuk memperolehi ilmu. 
Kewujudan sistem kasta telah menyebabkan masyarakat terasing dari memperoleh ilmu pengetahuan. Sejarah telah menceritakan bahawa suatu masa dahulu hanya golongan pemerintah sahaja dan sebahagian kecil masyarakat yang memperolehi ilmu pengetahuan lantaran tanggungjawab pemerintah untuk memerintah negara dan menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa luar. 

Golongan yang diperintah pula amat sukar sekali untuk memperolehi pendidikan kerana ia tidak disediakan kepada mereka dan para ilmuwan pada zaman itu adalah sukar untuk dicari. 
Sememangnya pada waktu itu kawasan besar Nusantara dipengaruhi oleh kuasa-kuasa asing seperti Hindu dan Buddha. Pengaruh ini telah diserap ke dalam kepercayaan masyarakat di Alam Melayu. Oleh itu, sehingga kini pengaruh ini masih lagi wujud dalam kebudayaan masyarakat Melayu. Contohnya, wayang kulit iaitu cerita atau hikayat dewa-dewa yang dipercayai wujud dalam kepercayaan Hindu-Buddha. Pengaruh ini sukar untuk diasingkan kerana ia telah menjadi kebudayaan bagi masyarakat itu sendiri. 
Mereka hanya mempraktikkan pengetahuan yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti bercucuk tanam, memungut hasil hutan, dan melakukan kerja-kerja rumah. Pada waktu itu juga kehidupan masyarakat lebih kepada corak sara diri. Mereka memperolehi hasil dan digunakan dalam kelompok mereka sendiri. 
Sememangnya pemikiran kebanyakan masyarakat di Alam Melayu adalah mundur sebelum kedatangan Islam. 
Mereka menganggap bahawa ilmu bukanlah sesuatu yang amat penting untuk dijadikan sebagai petunjuk dalam menjalani kehidupan pada masa itu. 
Kedatangan Islam di Alam Melayu telah mengubah corak pemikiran masyarakat Melayu mengenai ilmu. Para pedagang yang juga para pendakwah telah mendirikan tempat-tempat untuk mengajarkan ilmu seperti surau, madrasah, dan pondok-pondok. Ilmu ini wujud sebagai Ilmu Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah. Ilmu Fardu Ain diwajibkan keatas setiap individu muslim untuk mempelajari dan mengamalkannya. Ilmu Fardu Ain merupakan ilmu-ilmu asas yang menjadi dasar kepada ajaran Islam seperti ilmu berkenaan akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Menurusi ilmu ini seseorang itu boleh memperbaikipegangan agama dan keyakinan serta membentuk peribadi yang tinggi secara lahiriah mahupun rohaniah. 
Ilmu Fardu Kifayah pula diwajibkan ke atas masyarakat Islam mempelajari dan mengamalkannya secara kolektif. Ilmu fardu kifayah merupakan ilmu-ilmu yang diperlukan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan dan kestabilan masyarakat Islam. Mempelajari ilmu fardu kifayah adalah bertujuan memenuhi segala keperluan masyarakat Islam tanpa perlu bergantung kepada pihak lain. 

Kesedaran terhadap ilmu amatlah penting kerana ilmu ini bukan sahaja dipraktikkan dalam aspek keagamaan. Malah, setiap aspek dalam kehidupan ini memerlukan keilmuan. Pemerintahan negara tentu sekali tidak dapat dijalankan dengan baik tanpa penguasaan ilmu yang mendalam mengenai pemerintahan. Ekonomi negara juga tidak dapat berkembang tanpa penguasaan ilmu dalam menggunakan sumber yang ada bagi mengeluarkan hasil. 
 Jelasnya mereka mengajarkan tentang ilmu keduniaan dan keakhiratan yang menjadi panduan hidup kepada setiap masyarakat Melayu yang telah memeluk Islam. Keadaan ini membawa kepada kelahiran golongan intelektual dan ilmuwan. Ilmu yang diajarkan telah dipraktikkan oleh masyarakat Melayu dan jelas telah membawa perubahan yang mendalam dari segala sudut aspek kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu, golongan pemerintah menjadi amat meminati ilmu serta menyediakan peruntukan yang banyak untuk perkembangkan ilmu. 
Islam amatlah sesuai untuk dijadikan pegangan hidup kerana amat bersesuaian dengan tuntutan hidup sebagai umat manusia dan bersifat adil dan seimbang dari segi syariat serta berlandaskan al-Quran dan al-Hadis yang menjadi panduan hidup. 

PERUBAHAN DARIPADA ASPEK PEMERINTAN DAN POLITIK. 

Daripada aspek politik, Islam telah mengemukakan siasah yang berpandukan al-Quran dan al-Hadis, di mana raja dan rakyat sama-sama memikul tanggungjawab masing-masing untuk meningkatkan kesedaran Islam dalam kalangan masyarakat, sebagai contoh Sultan Sulu bernama Maulana al-Sultan Syarif Hasyim terkenal dengan kealiman dan keadilannya dalam mentadbir negara. 

Selain itu, di beberapa buah negeri terdapat ulama yang dilantik oleh sultan untuk menjadi penasihat sultan. Di Melaka, Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, dan Qadi Yusuf merupakan ulama yang telah dilantik oleh sultan Melaka untuk menjadi penasihat sultan. Manakala di Kelantan, Tuk Pulau Condong telah dilantik untuk menjadi penasihat dan di Terengganu, ulama yang dilantik oleh sultan untuk menjadi penasihat sultan ialah Tuk Pulau Manis. 
Di samping itu, sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, system pentadbiran yang digunakan untuk mentadbir Tanah Melayu ialah institusi pemerintahan beraja yang dipengaruhi tradisi Hindu-Buddha yang dikenali sebagai konsep dewa-raja. Dalam tradisi Hindu-Buddha seseorang pemerintah sering menggalurkan nasab keturunannya daripada penitisan dewa. Selepas kedatangan Islam, corak dan kedudukan institusi beraja telah berubah. Golongan raja telah menitikberatkan beberapa konsep Islam contohnya penggunaan istilah Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah subhanahu wa ta’ala di muka bumi. Konsep ini menjadi teras institusi raja dan memberian suatu pengesahan berlandaskan Islam terhadap kewibawaan seseorang raja tersebut. Gelaran Khalifatul Mukminin yang bermaksud pemimpin yang mukmin juga telah diguna pakai oleh para pemerintah. Sebagai contoh, Sultan Abdull Ghaffur Muhyidin yang memerintah Pahang pada tahun 1572-1614 telah menggunakan gelaran ini. Tokoh-tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain telah mula dirujuk sebgai asas nasab keturunan Islam dan keadaan ini telah meninggikan kedudukan seorang raja atau sultan tersebut. 
Seterusnya selepas kedatang Islam, institusi sultan di tanah melayu kekal sebagai intitusi berdasarkann perwarisan. Sistem ini meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. Sistem pemerintan yang terdapat di setiap negeri seperti Perlis, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Selangor tidak sama seperti pemerintahan di Negeri Sembilan yang berdasarkan Adat Pepatih. Di Negeri Sembilan tunjang kuasa bukanlah terletak pada sultan tetapi pada Yang DiPertua Besar. Pemerintan sultan di Tanah Melayu telah dibantu oleh lapisan pembesar seperti Bendahara, Laksamana, Temenggong, Penghulu Bendahari dan sebagainya. 
Kekukuhan institusi kesultanan adalah berasaskan pegangan orang Melayu terhadap konsep daulat iaitu ikatan taat setia terhadap sultan. Selain itu, konsep ini telah mengangkat kedudukan seorang raja atau sultan ke tahap yang begitu tinggi dan mewujudkan penghormatan rakyat terhadap institusi tersebut. 
Sebagai kesimpulan, selepas kedatangan Islam institusi raja telah banyak berubah contohnya, daripada institusi raja Hindu-Buddha telah berubah kepada institusi raja yang menggunakan istillah sultan. Selain itu, para sultan telah menitikberatkan aspek Islam dalam pentadbiran dan sebagai contoh, beberapa orang ulama telah dilantik sebagai penasihat sultan. Di samping itu, selepas kedatangan Islam, pemilihan sultan atau raja berdasarkan perwarisan dan sistem ini meletakkan kedudukan raja dan sultan sebagai kuasa tertinggi di dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu

RUMUSAN

Islam tersebar ke serata dunia dari Eropah, Asia Tengah, Asia Timur, dan Asia Tenggara. Di Asia Tenggara, Islam telah sampai disebabkan oleh beberapa faktor yang paling utama ialah melalui perdagangan. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu juga jelas telah membawa pengaruh yang cukup besar kepada masyarakat Melayu. Islam yang tersebar ke seluruh Tanah Melayu melalui beberapa faktor telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran dan cara hidup orang-orang Melayu sehingga membentuk satu peradaban Melayu yang berbeza dengan sebelumnya. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat menganut agama Hindu dan Buddha. Kebanyakkan mereka ini menetap di bandar pelabuhan seperti Pasai, Melaka, Brunei, Terengganu dan Pattani. Melaka pernah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pusat perkembangan agama Islam yang penting di Tanah Melayu, di samping negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor. 

Seterusnya, teori oleh John Crawford, disokong oleh intelektual tempatan profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. John Crawford berkata Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi perdagangan. Mengikut bukti catatan China yang digunakan oleh John Crawford, orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perdagangan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 350 Masihi. Pedagang Arab ini juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China. Mereka berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ke-7 masihi. Pedagang Arab singgah di Melaka sebelum ke China. Mereka menetap beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan dan terbina kampung. Mengikut dalam catatan China telah wujudnya sebuah perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi. Ini telah membuktikan bahawa Islam telah pun bertapak di AsiaTenggara sejak abad ke-7 masihi. -Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas –alasannya: wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab. 

Selepas, kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Tamadan Melayu sering dikaitkan dengan Islam oleh itu Tamadun Malaysia yg diasaskan daripada Tamadun Melayu tidak terpisah dari pengaruh ajaran Islam. Bangsa Melayu menurut perlembagaan, orang Melayu ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bercakap Bahasa Melayu, dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Selain itu, Sultan atau Raja berperanan sebagai ketua agama Islam di Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Bagi negeri-negeri yang tiada Sultan, Yang di Pertuan Agong adalah ketua agama Islam iaitu bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Islam juga dijadikan landasan dalam kehidupan bangsa Melayu. Pegangan Islam bukan hanya dari segi kepercayaan. bahkan aspek2 cara berfikir, sistem ekonomi, sistemsosial, sistem perundangan, sistem pendidikan, dan sistem pemerintahan

Namun begitu pengaruh Islam telah terjejas apabila pihak Barat datang menjajah terutama penjajah British atau Inggeris yang telah berjaya mencampuri urusan hal-ehwal orang-orang Melayu dengan memperkenalkan dasar-dasar Barat menerusi sistem Residen. Akibatnya nilai-nilai tradisi dan agama Islam yang mewarnai politik, perundangan, ekonomi dan pendidikan dalam masyarakat Melayu semakin terhakis dan terpisah. 

Walaupun penjajahan Inggeris telah menjejaskan pengaruh Islam dan membantutkan perkembangannya dalam pelbagai aspek, namun dari aspek kepercayaan dan pegangan akidah orang-orang Melayu tidak terjejas dan tetap dipertahankan. Akidah Islam yang sudah tertanam dalam diri dan sebati dengan jiwa orang Melayu sejak sekian lama telah membangkitkan kesedaran dan semangat di kalangan mereka untuk berjuang menentang penjajahan Barat ini sehinggalah membawa kepada kemerdekaan tanahair pada tahun 1957. Selepas mencapai kemerdekaan, pengaruh dan perkembangan Islam kembali mewarnai peradaban Malaysia. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com