Konsep Kekeluargaan Islam

PENDAHULUAN
Tamadun Islam bermula sejak terbinanya Negara Islam yang pertama semasa zaman pemerintahan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. di Madinah. Selepas kewafatan Rasulullah, ia diteruskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani, Bani Abbasiyah, dan seterusnya pada zaman kini. 

Menurut Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad ( 2008 ), tamadun Islam boleh didefinisikan sebagai sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas taqwa dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. menepati syarat-syarat dan ciri-ciri yag ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah sehingga terbentuk sebuah masyarakat yang hidup secara harmoni dan mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. . 

Definisi beliau selaras dengan pernyataan al-Quran yang bermaksud : Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaan-Nya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.   ( al-Taubah : 109 ) 

Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda ( kekuasaan Tuhan ) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan si sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan) : “Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun. ”

Berdasarkan dua ayat di atas jelas menampakkan perbezaan antara tamadun Islam dengan tamadun–tamadun lain, lebih-lebih lagi tamadun Barat yang mengetepikan agama. 

Menurut beliau lagi, beralaskan imbasan sejarah lampau, sesebuah tamadun yang hendak dibangunkan tidak seharusnya diasaskan kepada kehendak dan inspirasi hawa nafsu manusia, sebaliknya ia mestilah berpaksi kepada ajaran tauhid dibina atas asas taqwa dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. bukan dibina di tepi jurang yang dalam dan berisiko tinggi kerana lambat laun akan jatuh terhumban ke gaung neraka bersama dengan orang yang membinanya. Sebab itu pada pemangku tamadun seharusnya memastikan bahawa tamadun yang bakal didirikan itu benar – benar boleh menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Al- Quran semenjak awal – awal lagi memperingatkan manusia :

Maka apakah orang – orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang – orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama – sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang – orang yang zalim.   ( al – Taubah : 109 ) 

Tamadun Islam mempunyai matlamat yang khusus untuk menjaga hubungan sesame manusia. Matlamat ini penting kerana kehidupan manusia bersifat universal dan mempunyai pelbagai jenis, warna kulit, bangsa dan bahasa. Kehidupan manusia yang mempunyai latar belakang yang berbeza ini sedikit sebanyak membawa kepada masalah ketika berhubung sesama mereka. hubungan yang tidak terarah kepada pengabdian kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. akan melahirkan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan manusia lain di sekitarnya yang menyebabkan berlakunya konflik seperti hari ini. 

Tamadun – tamadun tradisional begitu mementingkan prinsip kekeluargaan dengan meletakkannya sebagai asas pembentukan masyarakat. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. Pengalaman seperti ini telah menjadi warisan turun temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut ajaran konfusianisme, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam Islam begitu mementingkan kasih sayang dan hormat menghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum wanita dan kaum lelaki dalam sesebuah keluarga itu menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing – masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat menghormati. ( Ab. Aziz Mohd Zain, 2006 )

Menurut Malik bin Nabi, untuk membina tamadun yang Berjaya, ianya bermula dengan membina masyarakat yang berperadaban, untuk membina masyarakat yang berperadaban, ianya bermula dari institusi kekeluargaan. Pembentukan institusi keluarga berpaksikan kepada kasih sayang dn tanggungjawab. Institusi kekeluargaan yang terbentuk dan disemai dengan kasih sayang akan menghasilkan sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. ( Zulkifli Dahalan, 2009 )

Perkahwinan merupakan salah satu faktor berlaku interaksi dalam keluarga, masyarakat dan antara tamadun. Perkahwinan yang melibatkan bangsa yang berlainan akan menyebabkan berlakunya interaksi dalam keluarga dan tamadun. Perkahwinan merupakan faktor dalam membentuk sesebuah keluarga. Perkahwinan yang berlaku antara golongan pendakwah Arab dengan masyarakat Melayu pada zaman Kerajaan Melayu Melaka telah mentebabkan berlakunya interaksi secara fizikal, agama dan budaya dalam sesebuah tamadun. 

KEKELUARGAAN
Keluarga beerti seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau beserta anak-anak. Juga meliputi kaum kerabat atau sanak saudara. 
Berkeluarga beerti mempunyai keluarga, saudara-mara atau berkerabat. Kekeluargaan pula membawa maksud yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan. 

KONSEP KEKELUARGAAN 
Islam telah menetapkan peraturan-peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga yang lengkap dan sempurna. Peraturan ini berbentuk undang-undang dan juga pendidikan kesederan beragama yang membina rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak. 
Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang- orang yang mempunyai kesedaran beragama. 
Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini merupakan kawalan berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan kerana orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedaran tentang wujudnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala. dan takut kepada-Nya, maka sangat mudah melanggar undang-undang dan peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walaubagaimana sempurna undang-undang tersebut. 

Walaupun keluarga sebuah institusi yang kecil, namun merupakan asas utama kea rah pembinaan dan kemantapan sesebuah negara bahkan sesebuah tamadun. Keunggulan tamadun adalah manifestasi keteguhan dan kestabilan institusi kekeluargaan. Sekiranya institusi kekeluargaan longgar, maka tamadun yang dibina mula mengalami keretakan dan sedang menuju keruntuhan. 
Bagi proses pembentukan institusi kekeluargaan ini, Allah Subhanahu Wa Ta’ala. telah menetapkan peraturan yang terperinci sama ada melalui firman-Nya atau sunnah Nabi-Nya. Kekeluargaan itu mestilah bermula dengan ikatan perkahwinan yang sah antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan adalah seumpama satu pembentukan satu produk baru hasil daripada proses tindak balas yang melibatkan pemutusan dan pembentukan ikatan baru antara sesama manusia. 

Konsep Kebahagian Dalam Keluarga Islam
Rumah tangga Islamik adalah merupakan rumah tangga yang di dalamnya dikukuhkan dengan adab-adab Islamik, kepada semua anggota keluarga sama ada individu mahupun keseluruhan anggota rumah tangga. Mereka adalah sebuah keluarga yang didirikan di atas landasan ibadah. Mereka bertemu dan berkumpul kerana Allah, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran, serta saling menyuruh kepada yang makruf dan mencegah diri sendiri dan sesama anggota keluarga dari yang mungkar kerana rasa cinta mereka kepada Allah. Rumah tangga Islamik adalah rumah tangga dengan teladan yang dijadikan panutan dan dambaan umat. Mereka tinggal di dalamnya kerana kekayaan iman dan rohani. Mereka taat dan patuh kepada Allah dalam suka mahupun duka, dalam keadaan senang mahupun susah. 

Setiap rumah tangga memiliki tujuan berdasar pada pernikahan, iaitu menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, wa rahmah. Dalam rumah tangga, pernikahan merupakan kewajipan dan kesempatan untuk menguatkan nilai moral bagi setiap individu. Hal ini kerana suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang bertambah yang harus dipikul oleh kedua pasangan suami isteri itu ketika sudah menikah. Jelaslah bahawa rumah tangga Islamik tidak bersifat patriarchal (lelaki lebih dominan) juga bukan matriarchal (perempuan lebih dominan). Rumah tangga Islamik harus berlandaskan prinsip saling memahami, melengkapi, dan musyawarah di antara anggota keluarga. 

GALAKAN PERKAHWINAN 

1. Perkahwinan adalah sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. dan juga sunnah para Rasul
 - Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. bersabda dengan maksudnya : “Empat perkara termasuk sunnah para Rasul ialah pemalu, suka berharum-haruman, bersiwak dan bernikah”(Riwayat Ahmad dan Tarmizi ). Sesiapa yang menolak perkahwianan beerti menolak sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Seiapa yang menolak sunnah Nabi, maka terkeluarlah dia daripada menjadi umat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. sebagaimana sabdaNya yang bermaksud “Sesiapa yang membenci sunnahKu maka dia tidak termasuk umatKu” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

2. Rasulullah berbangga dengan bilangan umat-Nya yang ramai
 - Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang bermaksud. ”Kahwinilah perempuan yang banyak keturunannya (ramai anak) lagi dicintai, kerana sesungguhnya aku akan bermegah-megah dengan ramainya umatKu di hari kiamat kelak”. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban )

3. Mencari nafkah untuk anak dan isteri adalah sangat besar pahalanya di sisi Alla Subhanahu Wa Ta’ala
 - Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. bersabda yang bermaksud : “Dinar (wang atau harta) yang anda nafkahkan untuk membela agama Allah (fisabilillah), atau yang anda nafkahkan untuk kesejahteraan (memerdekakan) budak atau yang anda sedekahkan untuk kesejahteraan orang-orang miskin dan yang anda nafkahkan untuk keluarga anda, maka yang paling besar pahalanya ialah yang anda nafkahkan untuk keluarga anda. ” (Riwayat Muslim)
4. Menyempurnakan iman 
 - Anas bin Malik r. a berkata, telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. dengan mafhumnya : “Barangsiapa bernikah, maka ia telah melengkapi separuh daripada agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. ” (Riwayat Thabrani dan Hakim)

5. Menunaikan tuntutan syahwat secara halal adalah ibadat di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 
 - Beberapa orang sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. pernah berkata kepada beliau, “Kaum hartawan dapat memperoleh pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, mereka puasa seperti kami puasa, dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. “Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah ? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah ; setiap kalimah takbir adalah sedekah ; setiap kalimah tahmid adalah sedekah ; setiap kalimah tahlil adalah sedekah ; amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) adalah sedekah ; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat unsur sedekah. ” Tanya mereka, “(Kalau begitu) dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat (kepada isteri) kami?” Jawab Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. “Kalau kamu melakukannya dengan yang haram, tentu kamu berdosa. Sebaliknya bila kamu melakukan dengan yang halal, kamu dapat pahala” (Riwayat Muslim)

KONSEP-KONSEP KEHIDUPAN YANG DIHARAMKAN OLEH ISLAM

1. Konsep Rabbaniyah
 - Perkataan rahbaniyah bermaksud kerahiban atau kependetaan atau kehidupan paderi. Dalam Islam, membujang tidak dianggap satu etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama Kristian, Buddha dan sebagainya. Sebagai contoh agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan membujang. Mengikut agama Buddha, jika seseorang itu mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana. 
Dalam agama Kristian ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi yang hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga berpendapat bahawa paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana perkahwinan beerti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari berkahwin”. Oleh yang demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja. 
Selain itu, perkahwinan jugak ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga. 
2. Konsep Ibahiyah
 - Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan. Antara konsep ibahiyah yang berleluasa kini ialah :

i. Pergaulan Bebas
 -Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan wanita, pergaulan bebas telah menjadi punca kepada pelbagai penyakit dalam masyarakat. Antaranya ialah : keruntuhan akhlak, wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah), merebaknya pelbagai penyakit berbahaya, banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang dan berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh. 

ii. Amalan Seks Bebas 
 - Kegilaan Barat yang memilih cara hidup “hedonistic” iaitu mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks bebas dan rambang berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. 
ISU-ISU KEKELUARGAAN 
Poligami
-Dalam antropologi social, poligami (dari bahasa Greek, ertinya perkahwinan banyak) merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus. Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ia merupakan lawan kepada monogami. 

1. Kesalahan Dalam Pelaksanaan Poligami :
- Ramai umat Islam yang salah dalam melaksanakan keringanan hokum untuk berpoligami sebagaimana yang disyari’atkan oleh Allah. Ada yang berpoligami tetapi tidak mempunyai cukup persediaan untuk memberi nafkah kepada isteri-isteri dan anak-anaknya. Ada pula yang mampu untuk memberikan nafkah, tetapi dia tidak mampu untuk memdidik diri, isteri-isteri serta anak-anak ke jalan yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 
Kesalahan dalam menggunakan kebenaran ini seringkali menimbulkan akibat-akibat yang membahayakan keberadaan rumahtangga. Sebagai akibat dari perhatian yang lebih terhadap seorang isteri dan menzalimi isteri yang satu lagi. Kecintaan yang berlebihan itulah yang menyebabkan ia membiarkan mana-mana isteri terkontang-kanting, seakan tidak lagi sebagai isteri tetapi tidak pula diceraikan. Sering kali sikap seperti itu juga mengakibatkan anak-anak saling membenci sedangkan mereka anak dari satu bapa. Tidak kurang juga berlaku kes anak-anak membenci bapa bahkan turut menyimpan dendam kepada kaum lelaki dengan anggapan “semua lelaki adalah sama” iaitu jahat dan tidak bertanggungjawab. Kesan kejiwaan ini sangat besar pengaruhnya ke atas setiap tindak-tanduk anak-anak tersebut apabila mereka dewasa kelak. 
2. Peraturan Poligami Dalam Islam 
 -Tidak melebihi 4 orang isteri pada satu-satu masa
 -Melaksanakan keadilan antara isteri-isteri 
 -Jika seorang lelaki itu merasa tidak upaya melaksanakan keadilan, maka hendaklah dia berkahwin dengan seorang wanita sahaja. Sebagaimana maksud firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala. : “Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (surah al-Nisa’: 3)

3. Perceraian 
Perceraian atau talak bermaksud melepaskam ikatan perkahwinan (Haron, 1985). Merungkaikan ikatan perkahwinan adalah satu perkara yang sangat tidak disukai oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. sekalipun Allah Subhanahu Wa Ta’ala. telah menghalalkannya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. bersabda yang bermaksud : “Perkara halal yang sangat dibenci Allah Subhanahu Wa Ta’ala. ialah talak”
Andaikata berlaku situasi rumahtangga yang tidak lagi selaras dengan matlamat perkahwinan menurut syara’, maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala. dengan sifat keadilan serta kebijaksanaannya telah membuka jalan keluar masalah berkenaan iaitu melalui perceraian. 
Walaubagaimanapun, ramai kaum lelaki yang telah menyalahgunakan fungsi talak. Mereka menempatkannya bukan pada tempatnya dan mereka menggambarkan talak itu seakan pedang yang dihunus lalu diletakkan di leher si isteri. 

PERSIAPAN KE ARAH KELUARGA BAHAGIA
1. Ilmu Pengetahuan
Bakal suami isteri hendaklah memahami dan mendalami ilmu – ilmu pengetahuan khususnya ilmu – ilmu agama dan yang berkaitan dengan rumah tangga. Ilmu – ilmu ini sangat penting bagi pasangan yang ingin berkahwin kerana tanpa persiapan ilmu, mereka akan hidup dalam kejahilan dan melahirkan generasi yang buta ilmu. 
2. Ekonomi
Bakal suami isteri hendaklah merancang ekonomi keluarga dengan bijak. Setiap perancangan hendaklah dibuat dengan teliti sama ada perancangan jangka panjang atau jangka pendek. Perbelanjaan rumah tangga dari sudut menyediakan makan – minum, pakaian, tempat tinggal, dan pendidikan anak – anak wajib diambil kira. 
3. Akhlak
Perkara yang menjadi asas dalam kehidupan rumah tangga ialah asas akidah, iman dan akhlak. Bakal suami isteri hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan asas – asas akidah dan akhlak yang baik. Suami isteri yang berahlak akan melahirkan keluarga yang behagia dan masing – masing sentiasa bertimbang rasa antara satu sama lain. Pasangan yang tidak berakhlak menyebabkan rumah tangga akan kucar – kacir dan runtuh. Suami hendaklah menjadi contoh terlebih dahulu kepada isteri dan anak – anak. Nilai – nilai murni dalam keluarga seperti hormat menghormati dan tolong – menolong hendaklah sentiasa diamalkan. 


TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI DALAM MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA
Tanggungjawab Suami
• Memberi nafkah zahir dan batin. Suami berkewajipan melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak – anak. 
• Suami perlu menyediakan keperluan asas dalam rumah tangga seperti rumah kediaman yang sesuai menurut kemampuan dan status suami dan isteri, makanan, perubatan dan pakaian. 
“Tempatkanlah mereka ( para isteri ) di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka ( supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu ). ”
 ( Surah At-Talak: ayat 6 )
• Memberikan pendidikan. Didikan yang dimaksudkan ialah didikan agama yang sempurna melalui fardhu ain dan kifayah seperti solat, bersuci, puasa dan lain – lain lagi. Selain itu, ilmu – ilmu berkaitan urusan kekeluargaan dan kemasyarakatan perlu diajarkan kepada para isteri. 
• Isteri yang mendapat didikan agama dan adab yang baik daripada suami akan sentiasa mentaati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. dan menghormati suami dan akan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. 
“Wahai orang – orang yang beriman, peliharalah diri dan keluarga kamu daripada api neraka dan bahan – bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu ( berhala ). ”
• Memberi layanan yang baik. Suami dilarang menggunakan kekerasan, bersikap melampau dan ganas dalam perhubungan suami isteri. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala. :
“Dan bergaullah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu ) itu dengan cara yang baik. ”
Tanggungjawab Isteri
• Mentaati suami. Isteri berkewajipan mentaati suami dalam perkara yang diharuskan oleh syarak. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. bersabda : Seandainya aku boleh menyuruh sorang sujud kepada seseorang nescaya aku menyuruh isteri sujud kepada suaminya. ”
• Memelihara maruah dan kehormatan. Isteri wajib memelihara maruah dan kehormatan dirinya pada setiap masa. 
• Antara cara memelihara maruah ialah : 
o Tidak melakukan perkara – perkara yang menimbulkan fitnah dan kemarahan suamiya seperti memebenarkan orang asing masuk ke rumah tanpa keizinan suami tanpa kehadirannya. 
o Menutup aurat di hadapan lelaki ajnabi dan berhias hanya untuk suami. 
o Menjaga harta suami semasa ketiadaannya. Bijak menguruskan perbelanjaan rumah tangga dan tidak boros. 
o Memberi layanan yang baik kepada suami. Isteri wajib memberi layanan yang baik kepada suami seperti pandai mengambik hati, dan sentiasa mengambil berat terhadap suami. 
o Tinggal di rumah suami. 

Tanggungjawab bersama
• Memelihara dan mendidik anak – anak dengan baik. 
• Menghubungkan silaturrahim antara keluarga suami dan isteri
• Memenuhi keperluan dan hak masing – masing berdasarkan keharusan syarak 
• Saling nasihat menasihati antara satu sama lain. 

Kesan Pengabaian Tanggungjawab terhadap keluarga. 
• Kerukunan rumah tangga akan tergugat. 
• Timbul pertelingkahan dan salah faham antara suami dan ister
• Anak – anak hidup tanpa penjagaan dan didikan yang sempurna. 
• Anak – anak membesar tanpa kasih sayang yang secukupnya. 

Kesan Kerukunan Rumah Tangga Terhadap Pembangunan Ummah
• Melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni yang menjadi asas keamanan Negara da tamadun. 
• Melahirkan generasi yang bijak dan cemerlang yang bakal menjadi pemimpin Negara. 
• Keluarga yang bahagia akan melahirkan masyarakat yang maju, produktif seterusnya melahirkan Negara dan tamadun yang membangun. 


Keluarga memainkan peranan penting dalam sebuah organisasi keluarga. Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kuladanwarga "keluarga" yang bermaksud "anggota" atau "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga adalah dua atau lebih dari dua individu yang tergabung kerana hubungan darah, hubungan perkahwinan atau pengangkatan dan mereka hidupnya dalam suatur umah, berinteraksi satu sama lain dan di dalam peranan masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan. (Menurut Salvicion dan AraCelis). Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa keluarga adalah : - Unit terkecil dari masyarakat. Terdiri dari [ada dua orang atau lebih. Adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah. Hidup dalam satu rumahtangga. Di bawah pimpinan seseorang ketua rumahtangga. Berinteraksi diantara sesama anggota keluarga. Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Diciptakan ahli keluarga untuk mempertahankan suatu kebudayaan. 
Istilah "harmoni" itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk didefinisikan secarat epat, apatah lagi jika ia ditakrifkan oleh bermacam orang yang sudah tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan menggunakan kacamata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi harmoni itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ia nya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang tidak bertulang berupa sesuatu lafaz ata uucapan kata-kata. Bahkan kalau dikira, definisi yang dirungkaikan dalam bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikan dan diungkapka nmelalui kata-kata atau ucapan. Mempertingkatkan kualiti keIslaman, ke imanan dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauh mana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memilik isebuah keluarga yang harmoni mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan "Kalamullah" dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang diiktiraf oleh Allah subhanahu wa ta’ala yang Maha Pencipta, Maha Mengetahuilagi MahaPengasih dan Penyayang serta Maha Adil keatas sekelian makhluk ciptaanNya. 
 Slogan ‘Rumahku Syurgaku’ membawa erti keluarga yang bahagia. Dalam hal ini, ibu bapa amat berperanan dalam melahirkan keluarga yang aman dan damai. Menurut Dr. Hassan Ali, Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula dari rumah, maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak. Kesejahteraan di rumah akan dapat mewujudkan keluarga penyayang. Oleh itu, ibu bapa harus peka dan faham serta mempunyai iltizam untuk melahirkan insan yang utuh dari segi emosi, akhlak, dan moraliti dalam mengharungi ranjau serta liku yang sentiasa menghambat kesejahteraan keluarga. Anak-anak yang membesar dalam lingkungan kebahagiaan lebih mudah menerima perkara-perkara positif dalam membina jati diri mereka. Oleh itu, anak-anak terutamanya remaja yang baru sahaja berumur setahun jagung, darah setampuk pinang ini, tidak akan bercermin di air keruh. Selain itu, mereka juga lebih tenang dan lebih mudah menerima pelajaran bagi memastikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Mereka tidak akan teraba-raba dalam mencari hala tuju kerana mereka sudah mempunyai keluarga bahagia yang menjadi tulang belakang mereka. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa keluarga yang bahagia menjadi sumber kekuatan mereka dalam menempuh usia remaja yang penuh cabaran. 

 Selain itu, ibu bapa bertanggungjawab memberikan ilmu kepada anak-anak. Peranan ilmu dalam kehidupan seseorang individu sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, anak-anak mestilah dipupuk supaya mencintai ilmu. Misalnya, ibu bapa wajar membudayakan amalan membaca dalam keluarga. Sesungguhnya, ilmu umpama cahaya yang akan menerangi hidup kita dengan membawa kejayaan. Menurut Islam, menuntut ilmu itu difardhukan kepada setiap muslim. Malah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. pernah bersabda, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada anak-anak supaya mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik yang seterusnya akan melahirkan insan yang lebih intelektual dan berketrampilan. 

 Pada era globalisasi dan modenisasi ini, tugas mendidik, menjaga dan melindungi anak-anak daripada perkara yang negatif bukanlah suatu perkara yang ringan dan mudah bagi sesebuah keluarga. Bekalan pendidikan yang berkualiti dari sekolah, menanamkan rasa tanggungjawab dan disiplin, tidak cukup sekiranya tidak diimbangi dengan bekal pendidikan agama yang baik. Kita sendiri dapat melihat hakikat bahawa golongan yang berpelajaran turut terlibat dalam kes-kes jenayah yang berlaku pada hari ini. Oleh itu, tidak lengkaplah seorang individu itu sekiranya tidak menghayati nilai-nilai agama. Dalam hal ini, ibu bapa mesti bertindak sejak peringkat akar umbi lagi dalam usaha menerapkan nilai agama. Bak kata pepatah, sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Menurut Presiden Persatuan Penggerak Komuniti Malaysia, Norizan Sharif mengatakan bahawa ibu bapa sebagai golongan veteran haruslah membina kekuatan dalaman diri anak-anak dengan asas agama. Sememangnya tidak dapat disangkal lagi, didikan agama yang secukupnya akan menjadi benteng yang kukuh dalam menangkis segala anasir yang tidak baik dan seterusnya akan memandu mereka ke arah kecemerlangan. Justeru, ibu bapa amat berperanan dalam memberikan didikan agama yang baik dalam usaha menjadikan mereka insan yang cemerlang. 

 Di samping itu, ibu bapa perlu bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak. Oleh hal yang demikian, mereka mesti menjadi role model kepada anak-anak. Bagi menjadi role model yang baik, ibu bapa mestilah memulakannya daripada diri mereka sendiri. Ibu bapa tidak boleh menjadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus. Misalnya, dari segi penampilan diri, ibu bapa yang menjadi role model ini, perlu berketrampilan sopan dan tidak melanggar batasan agama dan budaya. Mereka juga perlu menjadi pengurus rumahtangga yang baik iaitu dari segi pengurusan masa, pengurusan diri, sehinggalah ke pengurusan kewangan. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bapa borek anak rintik, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya. 

 Tambahan pula, keluarga merupakan sumber inspirasi kepada setiap individu. Sentuhan kasih sayang dan dakapan mesra menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa seharusnya menjadi pemudah cara kepada anak-anak supaya mereka dapat membebaskan diri daripada belenggu masalah. Sebagai contoh, apabila anak-anak berhadapan dengan masalah pelajaran atau gangguan emosi, ibu bapa perlu menjadi pendengar yang setia dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Terdapat juga anak-anak yang mengalami tekanan sehingga mereka hilang kawalan diri dan putus asa, ibu bapalah orang pertama yang seharusnya menghidupkan kembali semangat mereka dan memberikan bimbingan untuk meneruskan kehidupan. Jika tidak, mereka pasti akan mencari orang luar yang belum tentu dapat menjadi penggalak dan pembimbing ke jalan yang benar. Justeru, ibu bapalah yang harus menjadi penggalak dan pembimbing yang terbaik supaya mudah bagi mereka untuk mengharungi segala cabaran dalam usaha menjadi insan yang cemerlang. 

 Pada masa yang sama, anak-anak mestilah diberikan perhatian. Ibu bapa mestilah peka terhadap faktor-faktor di sekeliling anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa mestilah mengawal dan memantau pergaulan anak-anak dengan rakan supaya mereka tidak akan mudah terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tersilap langkah dalam memilih rakan. Malah, kita dapat melihat pada setiap hari, isu negatif yang melibatkan generasi muda menghiasi lembaran akhbar. Contohnya, gejala merokok dalam kalangan remaja. Isu negatif seumpama ini bertitik tolak daripada pengaruh rakan sebaya. Hal ini bermakna, ibu bapa berperanan mengawal dan melindungi anak-anak mereka daripada terjebak dengan perkara negatif yang akhirnya akan menjadi penghalang kepada kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. 

 Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar untuk menafikan bahawa kecemerlangan ibu bapa menjadi modal insan yang utama untuk menjana kecemerlangan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa mestilah melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan sebelum melayari bahtera rumahtangga demi melahirkan ibu bapa yang prihatin. Pengisian ilmu keibubapaan yang merangkumi tanggungjawab suami, isteri, dan anak-anak serta batasan-batasan hak mereka ini diharapkan dapat membantu mereka dalam membentuk sahsiah atau disiplin anak-anak. Sesungguhnya disiplin yang kukuh adalah pencetus kecemerlangan dan kegemilangan. Hal ini seiring dengan kata-kata mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi yang berhasrat menjana rakyat Malaysia menjadi cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam usaha mewujudkan negara yang maju. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa peranan keluarga ini sebenarnya memberi sumbangan dalam pembentukan sesebuah negara. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa maju atau mundur sesebuah negara terletak di tangan ibu bapa yang membentuk sesebuah institusi keluarga. 
Keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini adalah kerana masyarakat itu terdiri daripada unit unit keluarga, dan keluarga adalah laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak. 

Sesebuah masyarakat itu pula akan menjadi baik dan dipandang baik hanya bila ia berlandaskan kepada satu sistem hidup yang haq, iaitu Islam, di mana pengabdian hanya kepada Allah sahaja dan tidak kepada sesama manusia atau apa apa sesuatu selain daripada Nya. 

Fungsi utama institusi keluarga dalam Islam adalah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa, diri dan peribadi ahli keluarga. Melalui institusi ini generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya. Melalui institusi ini jugalah generasi muda dibentuk untuk mendukung aspirasi aspirasi yang diredai dan yang dikehendaki. Suasana ini akan wujud di dalam sebuah keluarga dalam masyarakat Islam kerana pertalian antara ahli keluarga dan segala perlakuan mereka adalah berdasarkan iman dan taqwa kepada Allah semata mata. Di samping itu terdapat hak hak dan tanggungjawab setiap ahli keluarga yang diatur dengan begitu saksama dan 'adil oleh Islam. Keadaan tidak sihat seperti adanya perasaan dengki dan dendam, tidak puas hati atau mementingkan diri sendiri tidak mendapat tempat di dalam sebuah keluarga Islam. Malah apa yang timbul adalah perasaan kerjasama dan perpaduan antara ahli ahli keluarga. 

Fungsi keluarga ini amat penting difahami oleh setiap muslim dan muslimah. la adalah suatu perkara yang memerlukan perhatian dan pelaksanaan yang teliti demi untuk melahirkan umat yang dapat menjalankan tugasnya. sebagai umat pilihan, yang berusaha secara berterusan untuk membawa sinar kebenaran kepada seluruh dunia. 
Setiap orang adalah pemimpin dalam lingkungan tertentu. Dalam institusi rumah tangga, suami atau bapa merupakan pemimpin tertinggi yang diberi tanggungjawab oleh Allah untuk mentadbirkannya di samping menegakkan kebenaran dan keadilan dalam batas kekuasaannya. Tugas memakmurkan bumi ini secara jelas disebutkan supaya tidak timbul anggapan di kalangan manusia bahawa agama hanya memberi perhatian kepada aspek akhirat sematamata. Sebagai pemimpin rumah tangga, ibu dan bapa perlu menggunakan kesempatan yang diberikan Allah untuk hidup di muka bumi ini dengan menjalankan tugas keibubapaan dengan sebaik yang mungkin. Di dalam menyempurnakan tanggungjawab tersebut, mereka tentunya akan menghadapi pelbagai cabaran, ujian dan rintangan yang didatangkan di dalam berbagai bentuk Untuk menghadapi segala cubaan dan ujian inilah sebagai hamba Allah, kita dikehendaki menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan. 
Lebih jelas dari itu, Allah menjadikan tujuan penciptaan bumi dan perhiasannya, penciptaan kematian dan kehidupan bagi alam seluruhnya adalah untuk menguji manusia siapa di antara mereka yang paling baik amalannya. Firman Allah subhanahu wa ta’ala. dalam Surah al-Kahfi, ayat 7 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka siapakah yang lebih baik amalannya”. 
FirmanNya lagi yang bermaksud “Yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya” (Surah al-Mulk: 2). Dari dua ayat di atas, dapatlah difahamkan bahawa cubaan dalam kedudukan ini bukanlah bermatlamat menonjolkan siapa yang baik amalannya berbanding dengan yang jahat amalannya, bahkan matlamatnya ialah menonjolkan siapa yang melakukan amal yang lebih baik daripada orang lainnya, lebih ideal dan lebih mantap, satu persaingan yang berkisar pada
yang lebih baik bukan pada sekadar yang baik. Justeru, dalam dunia hari ini yang terlalu mencabar, kewibawaan diri sebagai muslim perlulah menggunakan kesempatan yang dianugerahkan Allah dengan sebaik mungkin untuk menjadi seorang ibu atau bapa yang
berjaya. Kemajuan tidak mungkin akan dicapai tanpa pencapaian ilmu yang tinggi. Untuk tujuan ini ibu bapa perlu memastikan bahawa perasaan cinta terhadap ilmu ini perlu dipupuk seawal mungkin. 
Bermula dari rumah tangga, ibu bapa perlu menyediakan suasana yang kondusif yang boleh menggalakkan minat anak-anak kepada pertumbuhan ilmu. Dalam hal ini ilmu tanpa nilai moral boleh menyebabkan manusia akan hilang pertimbangan kemanusiaan. Richard Livingston, Naib Canselor Universiti Oxford dalam bukunya berjudul “Al-Tarbiyah li ‘Alam Haier” (Education for Confusing World):
Sekiranya kita mencari ungkapan kata-kata indah untuk melukiskan abad ini, tentu akan terlintas dalam pemikiran kita berbagai ungkapan. Mungkin kita menyebutnya sebagai zaman ilmu pengetahuan (sains) atau abad revolusi sosial atau abad tanpa nilai akhlak. Tetapi ungkapan-ungkapan ini tidak akan dapat menjelaskan hakikat abad ini secara sepenuhnya ataupun menyifatkannya dengan adil. Barangkali ungkapan terakhir lebih sesuai daripada yang lain dalam beberapa sudut untuk diletakkan di tempat perkiraan (Yusuf, 1999:36). 
Generasi hari ini perlu diberi pendedahan tentang kepentingan sejarah terhadap masa depanmereka. Apa yang dimaksudkan dengan sejarah di sini bukanlah sekadar mengingati tarikh
bila sesuatu peristiwa itu berlaku tetapi yang penting ialah mempelajari kesilapan yang telah dilakukan agar kesilapan itu tidak diulangi. Sejarah juga telah membuktikan bahawa walau semaju mana sesebuah tamadun itu, kegagalan untuk belajar dari sejarah boleh meruntuhkan ketamadunan yang telah dicapai. Justeru institusi keluarga hari ini yang mewariskan generasi muda perlu sentiasa diberi peringatan agar mereka tidak leka dengan kesenangan yang telah dicapai. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa meningkatkan keupayaan diri sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup yang bakal ditempuhi. Sesungguhnya penggunaan undang-undang semata-mata tidak mampu membendung gejala negatif. Hal ini disebabkan secara lumrah manusia yang melanggar undang-undang beranggapan mereka boleh mengelakkan dari ditangkap oleh pihak berkuasa. 
 Oleh itu keluarga yang berwawasan adalah keluarga yang dapat dibangunkan mengikut generasi peredaran masa kini. Mungkin perkara yang dibincangkan di atas adalah remeh tetapi semua itu jika dilihat dengan mata kasar dan hati yang mendalam pasti akan dapat mengetahui bahawa pentingnya pengurusan bagi sesebuah keluarga yang bahagia ini. keluarga yang bahagia akan dapat menjamin kesempurnaan hidup dalam masyarakat. keluarga yang harmoni akan dapat melahirkan generasi yangb lebih membangun dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman dan belajar dari kisah silam pada tamadun terdahulu tentang cara untuk membina keluarga yang lebih bahagia. sempurna nya sesebuah organisasi keluarga itu apabila keluarga itu mempunyaui pemmimpin yang lebih berefisien dalam menjalankan tugas nya iaitu ayah, bermotivasi dalam kehidupan seharian seperti ibu bapa dan melengkapi carta organisasi keluarga seperti anak anak dan lain lain. 

Wanita Menurut Perspektif Islam
Dalam sebuah institusi kekeluargaan wanita atau perempuan memainkan peranan yang cukup besar dari menjadi seorang isteri yang solehah sehinggalah menjadi ibu yang bertanggungjawab. Tanpa wanita sebuah insititusi keluarga yang bahagia tidak akan tercipta. Oleh sebab itu, Islam amat menjaga martabat dan maruah wanita. 
Suatu ketika dahulu wanita di Barat boleh dijual beli. Menurut peruntukan undang-undang Inggeris sehingga tahun 1805 seorang suami boleh menjual isterinya dengan harga minima yang ditetapkan iaitu 6 pence. Manakala pada tahun 1916 seorang lelaki Itali telah menjual isterinya dengan bayaran secara ansur-ansuran. Apabila pembeli tersebut gagal membuat bayaran maka terjadilah pergaduhan sehingga berakunya pembunuhan (Harun Din:2010). Situasi ini menunjukkan betapa rendahnya martabat kaum wanita. Perlakuan mereka tidak ubah seperti amalan umat Jahiliyah yang sanggup membunuh anak perempuan sendiri kerana malu dan bimbang disisihkan oleh kaumnya. 
Pengutusan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah bagi membela martabat kaum wanita yang ditindas dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya. Kaum wanita kemudiannya telah diberi peluang untuk sama-sama menikmati kehidupan, mewarisi harta peninggalan si mati dan diletakkan di tempat yang begitu mulia sehingga seakan-akan syurga terletak di bawah telapak kakinya. 
Islam telah menetapakan cara bagi memastikan maratabat kaum wanita ini untuk terus terbela iaitu dengan kaedah perkahwinan Islam. Melalui perkahwinan Islam maratabat dan maruah wanita terus terbela kerana kaifiyat perkahwinan daripada nikah dan seterusnya dilakukan dengan begitu teratur sebagai tanda penyerahan (betapa berharganya) anak perempuan kepada si suami supaya maruah si perempuan akan terus terbela. 

Hak kesamrataan Wanita Dalam Islam. 
Hak kesamarataan yang dimiliki oleh wanita adalah selari dengan firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam Al-Quran. Antara lainnya Allah subhanahu wa ta’ala berfirman yang bermaksud :
 “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghdupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. ” (Surah al-Nahl : 97)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :
 “. . Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain. . ” (Surah al-Imran : 159)

Baginda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda menurut hadis yan bermaksud :
 “Kamu semua berasal dari Adam. Adam dari tanah. Tidak ada kelebihan bagi seorang Arab dengan orang bukan Arab, bagi seorang berkulit putih dengan yang berkulit hitam melainkan ketakwaan kepada Allah sahaja yang berbeza”
Golongan wanita dalam Islam juga memiliki kelebihan-kelebihan khusus sebagaimana dinyatakan oleh baginda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadisnya yang bermaksud :
 “Seorang lelaki telah datang menemui Rasullah sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bertanya, Siapakah yang paling berhak untuk saya damping, jawab Rasullah Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi kemudian siapa lagi, Jawab Rasullah ibumu. Lelaki itu bertanya lagi kepada Rasullah lalu baginda menjawab ibumu. Lelaki itu bertanya lagi kepada Rasullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian baginda menjawab bapamu. ” (Hadis riwayat al-Nasaiy dan Muslim)
Oleh keran itu juga baginda Rasullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyatakan dalam hadis yang bermaksud;
 “. . Syurga itu dibawah telapak kaki ibumu. ”
Berdasarkan dua hadis diatas jelas menhyatakan peranan wanita dalam menjalankan tanggunjawab sebagai seorang ibu amat besar sehingga Rasullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri meyatakan hal tersebut sebnayak 3 kali. Oleh hal yang demikian dalam sebuah intitusi kekeluaragaan atau dalam institusi rumahtangga ibu atau isteri ini memainkan perana yang besar. Melalui hadis diatas jelas menunjukkan Islam telah meletakkan golongan wanita di tempat yang begitu tinggi. 
Sungguhpun demikian terdapat segelintir wanita yang sengaja menjatuhkan maruah dan kedudukannya dengan terlibat atau melibatkan diri mereka dalam aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran, menjadi GRO dan lain-lain. Terdapat juga golongan wanita yang dieksploitasi menjadi penghias muka depan majalah dengan gaya yang menggairahkan, menjadi pelakon iklan dengan gaya seksi dan diperalatkan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa sehingga tertangkap dan dipenjarakan di luar Negara. Ada pula segelintir yang lain mejadi pejuang kepada imansipasi wanita tanpa berlandaskan kepada kehendak dan nilai-nilai agama kononnya Islam telah tidak berlaku adil kepada mereka. 
Pada zaman sekarang terdapat juga wanita yang selalu memakai pakaian yang dilabelkan sebagai ‘bogel’ iaitu tidak menutup aurat atau berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan. Perkara ini kebiasannya berlaku kepada anak perempuan yang terlalu sosial. Hal ini tercetus adalah kerana kekurangan didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa. Perkara ini boleh membuatkan hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang kerana apabila sesuatu perkara yang tidak diingini seperti anak perempuan itu dirogol boleh mnyebabkan air muka keluarga jatuh dan malu yang amat sangat sekali gus membuakan hubungan kekelurgaan menjadi semakin renggang. 
Kanak-Kanak Pembangun Asas Kekeluargaan. 
Kanak-kanak adalah sebahagian daripada anggota keluarga dan masyarakat. Jika golongan kanak-kanak dibiarkan terus bermain dan berseronok begitu sahaja ia pasti akan merosakkan keluaraga dan masyarakat suatu hari nanti. Justeru itu, aspek pendidikan terhadap kanak-kanak perlu dititikberatkan agar mereka membesar dengan persiapan emosi, intelektual dan keperibadian yang unggul. 
 Kanak-kanak juga tidak patut dieksploitasi dengan bebanan kerja seperti golongan dewasa. Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan segelintir masyarakat yang menjadikan kanak-kanak sebagai pekerja sama ada di kedai-kedai runcit, di pasar malam, sebagai pencuci kereta dan lain-lain lagi. Ada pula kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti tdak sihat sepeeti melepak, mencuri dan sebagainya. 
 Oleh kerana itu, para ibu bapa secara khususnya tidak wajar membiarkan anak-anak tanpa kasih saying dan pendidikan terutama ketika mereka berada dalam jagaanya. Kesibukan tugasan harian tidak patut menjadi alasan untuk mereka mengabaikan tanggungjawab tersebut. 
 Ada pula daripada kalangan masyarakat yang memberikan seratus peratus kepercayaan kepada pembantu rumah untuk mengasuh dan memlihara anak-anak. Fenomena ini jika dibiarkan berterusan akan mengundang bencana kepada keluarga dan masyarakat apabila kanak-kanak membesar tanpa agama. 

 Malah anak adalah anugerah Tuhan Yang Maha Esa. Ia merupakan amanah yang dipikul ibu bapa demi mencorakkan masa depan yang cemerlang. Mereka umpama kain putih yang belum tercemar dengan sebarang coretan mahupun lukisan. Di tangan para ibubapalh terletaknya tanggungjawab untuk mencorakkan penghidupan mereka sesuai dengan kehendak syariat. 
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
 “Semua kanak-kanak dilahirkan atas fitrah agama. Maka ibu bapalah yang menjadikannya beragama Majusi, Yahudi dan Nasrani. ”
Oleh itu, bagi membentuk anak-anak dengan akhlak yang terpuji ibu bapa haruslah memberikan didikan yang sempurna agar anak-anak itu menjadi orang yang berguna kelak sekali gus sebuah keluarga yang bersatu dapat dibentuk apabila didikan yan sepatutnya diberikan dengan sempurna. 

IbuBapa Pembentuk Keluarga Bahagia
 Setelah pasangan lelaki dan wanita berkahwin serta mempunyai anak mereka akan bergelar ibu dan bapa. Ataupun setidak-tidaknya mereka adalah anak kepada kedua ibu bapa yang melahirkan mereka. Sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab anak untuk sentiasa taat kepada ibu dan bapa mereka serta berlaku ihsan kepada mereka terutama setelah lanjut usianya. Ini kerana jasa dan perngorbanan kedua ibubapa tidak boleh dibayar dengan wang ringgit serta segala kemewahan dunia. Justeru itu, suruhan untuk taat dan patuh kepada kedua ibubapa adalah termasuk ajaran agama yang wajib dipatuhi. 

 Perkara ini boleh diperhatikan kepada sebuah hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud:
 “Keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibudan bapa juga. ”

Setiap anak juga diperintahkan untuk berlaku ihsan terhadap ibubapa dan tidak mengasari mereka. Malah berkata ‘ah’ sekalipun adalah dilarang. Bersikap kurang ajar terhadap ibubap adalah paling dilarang keras oleh agama. Hal ini menunjukkan betapa tingginya darjat ibubapa. Anak-anak yang soleh akan ditempatkan disyurga kerana syurga terletaknya dibawah telapak kaki ibu. 

Firman Allah subhanahu wa ta’ala :
 “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking, menyergah, mereka, tetapi ktakanlah kepada mereka perataan yang mulia (yang bersopan santun). ” (Surah al-Isra’: 23-24)

Ibu dan bapa adalah permulaan sebuah keluarga, namun untuk membina sebuah keluarga yang bahagia adalah sukar. Keluarga yang bahagia terbina melalui anak-anak yang soleh yang menghormati dan mentaati ibubapa. Soal kebahagiaan dalam sebuah institusi kekeluargaan haruslah dipandang tinggi oleh semua umat Islam kerana ianya merupakan asas pembangunan tamadun Islam. 

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, keluarga yang bahagia dan membangun dengan konsep dan prinsip ajaran Islam pasti akan membawa selaras dengan kemajuan sesebuah tamadun. Keluarga yang bahagia merupakan faktor yang penting yang perlu diambil berat dan perhatian oleh semua lapisan masyarakat. 
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. telah menetapkan peraturan dalam urusan perkahwinan secara terperinci bermula daripada memilih calon suami isteri, merisik, meminang sehinggalah terbina sebuah rumah tangga. 
Tanggungjawab suami isteri sangat penting untuk mewujudkan rumah tangga dan keluarga yang bahagia. Suami dan isteri mempunya tanggungjawab masing – masing yang mesti disempurnakan untuk memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan rumah tangga. Pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga akan memberi implikasi buruk kepada keluarga dan anak – anak. Seterusnya, bakal suami dan isteri hendaklah membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga supaya memperoleh keluarga yang bahagia. 

RUJUKAN
• (Hameed, Aendi Sahi, Mohammad Zaini Yahya, & Zulhazmi Omar, 2006)
• (Mohd Zainodin Bin Mustafa, Md Saufi Bin Abdul Hamid, Emie Sylviana Binti Mohd Zahid, & Mohd Ali bin Mohamad Don, 2011)
• (Mohd Nasir Ayub, Dr Noor Syahidah Mohamad Akhir, & Abu Bakar, 2013)
• (S. M. Naguib al – Attas ( 1969 ), Preliminary Statement On a General Theoty of the Islamization
• (Zulkilfi Dahalan ( 2009 ), Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam )

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)